The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2024-03-20 21:31:59

1202 Bank Soalan Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 KSSM

Sem. Malaysia: RM9.95
Sabah/Sarawak: RM10.50

Keywords: 1202 Bank Soalan Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 KSSM,1202 Bank Soalan Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1,Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 KSSM,Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1,Reka Bentuk dan Teknologi KSSM,Reka Bentuk dan Teknologi,Tingkatan 1 KSSM,Tingkatan 1,KSSM

MESTI TAHU iii – x Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi 1 Bab 2 Pengurusan Projek 14 Bab 3 Proses Reka Bentuk 25 Bab 4 Lakaran 38 Bab 5 Aplikasi Teknologi 53 Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 87 Jawapan 96 Kandungan


Definisi Penting (Bab 1) 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Definisi Penting (Bab 2) 7 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Definisi Penting (Bab 1) 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Definisi Penting (Bab 3) 9 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Definisi Penting (Bab 2) 5 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Definisi Penting (Bab 3) 11 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. MESTI TAHU Definisi Penting • Reka bentuk ialah pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan. • Teknologi ialah pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem. • Reka bentuk dan teknologi merupakan gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan Sains dan Matematik. • Tujuan reka bentuk dan teknologi: Memudahkan kehidupan manusia. • Kumpulan kerja ialah ahli pasukan dalam sesuatu organisasi, iaitu setiap individu membantu dan bekerjasama, berkongsi maklumat, mempunyai matlamat yang sama dan berkomunikasi. • Kelebihan pembentukan kumpulan kerja kepada: – Individu: kurang tekanan dalam aspek pekerjaan, berkongsi tanggungjawab, dapat memilih tanggungjawab yang lebih khusus, berkongsi pengiktirafan, saling mempengaruhi dan berkongsi pengalaman. – Pasukan: hasil yang optimum, kejelekatan, komunikasi terbuka, penglibatan menyeluruh, memanfaatkan sumber secara maksimum dan peningkatan motivasi. • Pengurus perlu memberi tugas yang mencabar dan menentukan pembentukan individu bagi melibatkan individu untuk bekerja dalam pasukan. • Invensi ialah kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan baharu serta belum pernah wujud sebelumnya. • Penemuan produk baharu boleh diperoleh melalui eksperimen, pengamatan, secara tidak sengaja atau kajian. • Produk tidak lagi dianggap invensi apabila usianya melebihi 10 tahun atau telah lazim digunakan. Contohnya, radio merupakan produk invensi sekitar tahun 1901 tetapi menjadi produk lazim pada masa kini. • Pengurusan projek reka bentuk melibatkan skop kerja, tempoh masa dan kos projek. • Skop kerja terdiri daripada skop produk (melibatkan kualiti, ciri dan fungsi reka bentuk) dan skop projek iaitu kepimpinan dan pengurusan terhadap masa, bahan, maklumat, ruang dan ahli kumpulan. • Tempoh masa ialah waktu yang ditetapkan untuk menyempurnakan sesuatu projek. • Kos projek ialah peruntukan kewangan bagi menjayakan projek. • Setelah proses saringan maklumat di dalam projek brief selesai, semua data akan diaplikasikan dalam bentuk jadual dan lakaran. • Aplikasi projek brief dalam bentuk jadual melibatkan semua ciri-ciri projek brief. • Aplikasi projek brief pada lakaran mengaplikasi prinsip reka bentuk, elemen reka bentuk dan idea inovasi. • Contoh aplikasi prinsip dan elemen reka bentuk pada lakaran: • Projek brief ialah satu proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan dengan kehadiran pereka bentuk. • Tujuan: Mendapatkan maklumat secara terus daripada pelanggan mengenai produk yang ingin dihasilkan. • Ciri-ciri projek brief: – Tajuk projek – Gambaran keseluruhan projek – Kriteria produk – Perancangan pengurusan projek – Analisis kajian – Lakaran idea – Mock-up atau model


MESTI TAHU Fakta Penting (Bab 1) 25 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta Penting (Bab 4) 31 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta Penting (Bab 2) 27 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta Penting (Bab 5.1) 33 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta Penting (Bab 3) 29 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta Penting (Bab 5.1) 35 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta Penting • Kriteria reka bentuk yang baik: – Kecenderungan inovasi yang menjadikan sesuatu produk unik dan mampu berdaya saing dalam pasaran. – Kreativiti yang melibatkan idea baharu dalam penghasilan produk. – Keaslian reka bentuk yang mengandungi unsur simbolik, emosi, estetika, penampilan produk serta tidak meniru produk sedia ada. – Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran sesuatu reka bentuk produk. – Ergonomik iaitu ciri keselesaan yang ada pada produk. – Lakaran persembahan: Lakaran yang membantu memahami konsep rekaan yang disampaikan oleh pereka. • Dua kaedah melakar garis lurus: – Kaedah garisan pendek – Kaedah melakar garisan terus dua titik • Lakaran oblik: – Lakaran berbentuk 3D. – Lakaran terdiri daripada jenis kavalier atau kabinet. – Lakaran berpandukan tiga paksi asas iaitu paksi menegak, paksi surut dan paksi mendatar. – Sudut antara paksi surut dengan paksi mendatar ialah 45°. – Sudut antara paksi mendatar dengan paksi menegak ialah 90° (sudut tepat). • Penjanaan idea bagi reka bentuk produk: – Meniru sebarang objek di persekitaran dan menukarkannya ke bentuk produk, contohnya idea sarang burung digunakan pada reka bentuk buaian gantung. – Menterbalik fungsi sesuatu alat, contohnya, fungsi tayar kenderaan berubah menjadi fungsi pasu bunga. – Menukar saiz objek, contohnya saiz bendera Jalur Gemilang yang dikecilkan boleh diletakkan di atas kereta atau sebgai hiasan di atas meja. – Mengubah kedudukan, contohnya kerusi yang diubah kedudukan boleh berfungsi sebagai tangga. • Komponen utama sistem fertigasi: – Sumber: tempat simpanan bekalan nutrien – Medium: laluan penyampaian nutrien – Alur keluar: tempat keluar nutrien ke tanaman • Komponen sistem fertigasi komersial: – Tangki nutrien: menakung larutan baja dan dialirkan menggunakan pam atau tarikan graviti. – Pam air: mengepam larutan baja dan air dari tangki nutrien ke sistem pengairan. – Set penitis terdiri daripada tiub mikro, penitis dan nipple: menghantar larutan baja dan air ke pangkal tanaman. – Penapis: menapis benda asing supaya tidak masuk ke dalam sistem pengairan. • Mock-up dibina untuk memberi gambaran awal produk yang akan dibina dari segi rupa bentuk, warna dan ergonomik. – Bahan yang boleh digunakan untuk membina mock-up: kasa dawai, polistirena, plastisin, kadbod, foam dan kayu. • Model separa berfungsi boleh dibina daripada bahan sebenar atau bukan bahan sebenar. – Beberapa komponen model separa berfungsi boleh berfungsi seperti produk sebenar. • Model berfungsi sepenuhnya boleh dibina menggunakan bahan sebenar dan menggunakan kaedah cantuman sebenar. • Elemen dalam reka bentuk fesyen: – Bentuk: merujuk kepada bentuk badan atau silhouette. Empat bentuk asas badan: ✓ Bentuk segi empat atau tubular ✓ Bentuk jam pasir atau hour glass ✓ Bentuk tiga segi terbalik ✓ Bentuk tiga segi – Garisan: menghasilkan kesan visual yang berbeza melalui pakaian dan aksesori. Tiga jenis garisan: ✓ Garisan menegak memberi kesan panjang, tinggi atau langsing ✓ Garisan mendatar memberi kesan lebar atau gempal ✓ Garisan menyerong memberi kesan tinggi atau rendah


MESTI TAHU Rajah Penting (Bab 1) 37 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 4) 43 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 2) 39 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 4) 45 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 2) 41 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 5.1) 47 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting • Melakar garis lurus: – Kaedah garisan pendek: 1 2 3 – Kaedah garisan terus dua titik: 1 2 3 • Elemen reka bentuk: • Pengurusan projek reka bentuk: • Konsep SMART: • Contoh lakaran isometrik: • Teknik penyusunan sistem fertigasi jejari: Rupa Tekstur Bentuk Elemen Reka Bentuk Garisan Menentukan bilangan produk Mengawal selia sumber yang terhad Ruang Saiz Warna Pengurusan Projek Reka Bentuk Mengawal pelaksanaan Merancang aktiviti projek Menyediakan pelan atau lukisan reka bentuk produk S Penetapan tujuan atau objektif (Specific) A Keupayaan tenaga kerja dan kewangan (Attainable) M Pengagihan kewangan (Measurable) R Kesesuaian kehendak pengguna dengan tujuan projek (Realistic) T Masa dan sumber kewangan mencukupi (Time-bound)


Rajah Penting (Bab 4) 44 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 1) 38 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 4) 46 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 2) 40 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 5.1) 48 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 3) 42 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. MESTI TAHU Rajah Penting • Contoh lakaran oblik: • Contoh lakaran perspektif satu titik, dua titik dan tiga titik: • Teknik penyusunan sistem fertigasi gegelang: • Prinsip reka bentuk: • Tujuan penjadualan: • Ciri-ciri projek brief: Prinsip Reka Bentuk Ciri-ciri Projek Brief Tujuan Penjadualan Keseimbangan Tajuk projek Kesatuan Analisis kajian Kepelbagaian Perancangan pengurusan projek Keringkasan Lakaran idea Kontras Kriteria produk Pengulangan Gambaran keseluruhan projek Harmoni Mock-up atau model Mengelakkan kerugian masa dan kos Mengawal sumber tenaga pekerja Mengelakkan pembaziran atau pemborosan Mengurus bahan mentah secara sistematik


1 Bab 1 NOTA Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi 1.1 Dunia Reka Bentuk 1. Reka bentuk – pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan. 2. Teknologi – pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi yang bertujuan untuk memudahkan tugasan manusia. 3. Reka bentuk dan teknologi – gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik yang bertujuan untuk memudahkan kehidupan manusia. 4. Dua jenis reka bentuk – Reka bentuk konkrit dan reka bentuk abstrak. (a) Reka bentuk konkrit – reka bentuk produk yang dapat dilihat dan dipegang. (b) Reka bentuk abstrak – reka bentuk produk yang dapat dilihat tetapi tidak dapat dipegang. Contoh reka bentuk konkrit Contoh reka bentuk abstrak Mesin Pengangkutan Masakan Sistem pembelajaran Alat muzik Bahasa 5. Elemen reka bentuk – perkara yang dapat membantu menzahirkan idea seseorang dalam bentuk lakaran atau lukisan. Elemen reka bentuk Penerangan Garisan • Cantuman atau sambungan siri titik yang mempunyai ukuran panjang dan jarak. • Fungsi garisan dalam reka bentuk: – membahagikan dua ruang kawasan. Contohnya pelan lantai rumah – menunjukkan pergerakan, arah atau aliran. Contohnya papan tanda – menunjukkan perhubungan antara elemen. Contohnya gear – mewakili ketegangan antara dua titik. Contohnya garisan lurus pada tali gitar – menunjukkan kestabilan dan kerehatan. Contohnya garisan melintang pada susunan batu-bata sebuah tembok – menunjukkan keseimbangan. Contohnya garisan menegak pada tali jam – menunjukkan daya gerakan yang dinamik. Contohnya garisan serong pada kertas pembungkus hadiah – mewakili gerakan dan tenaga yang berpadu. Contohnya titisan air paip – menunjukkan kedudukan objek. Garisan tebal digunakan bagi objek dekat dan garisan nipis digunakan bagi objek jauh. Contohnya pada lukisan Rupa • Hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya. • Mempunyai ruang kawasan yang berbeza daripada ruang sekeliling, bersifat 2D dan mempunyai luas. • Dua kategori rupa: – Rupa geometri. Contohnya bentuk berlian, rombus dan pentagon – Rupa organik. Contohnya bentuk daun, bunga dan epal


3 7. Pereka bentuk perlu menguasai prinsip reka bentuk sebelum menghasilkan lakaran reka bentuk produk. 8. Pereka bentuk boleh mengenal pasti prinsip dan elemen reka bentuk pada produk sedia ada di pasaran dengan membina jadual analisis. 9. Kriteria reka bentuk yang baik: (a) Kecenderungan inovasi – menjadikan reka bentuk produk unik dan berdaya saing dalam pasaran. (b) Kreativiti – reka bentuk produk menggunakan idea baharu dan berupaya membaiki fungsi produk sedia ada. (c) Keaslian reka bentuk – reka bentuk produk mempunyai unsur simbolik, emosi atau estetika dan tidak meniru produk sedia ada. (d) Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran – reka bentuk produk mempunyai ciri-ciri tambahan, contohnya tahan lasak bagi memudahkan produk memasuki pasaran. (e) Ergonomik – produk direka bentuk dengan ciri keselesaan untuk digunakan pengguna. 10. Idea reka bentuk boleh dizahirkan dengan menggunakan bentuk-bentuk asas seperti kiub, silinder, sfera dan sebagainya. 11. Empat teknik bagi mereka bentuk objek baharu: (a) Pembenaman – memasukkan suatu objek asas ke dalam objek lain. Pembenaman (b) Pembuangan – mengerat, menebuk atau mencungkil keluar bahagian yang tidak diperlukan pada objek. Dibuang Pembuangan (c) Penyatuan – mencantumkan dua atau lebih objek asas (tanpa pembuangan atau pembenaman) dengan menggunakan bahan seperti skru, paku, glu atau rivet. Penyatuan (d) Peleraian – meleraikan objek asas sehingga menjadi objek baharu yang lebih ringkas. Dileraikan Peleraian Prinsip reka bentuk Penerangan Keringkasan • Pengolahan idea yang kompleks kepada bentuk visual yang lebih ringkas bagi mengelakkan pemerhati menjadi keliru, hilang tumpuan atau sukar mengingati. Harmoni • Keamanan dan kedamaian secara visual yang dihasilkan melalui penggunaan rona warna yang sama atau kontras dalam sesuatu ruang, contohnya bilik, dewan dan sebagainya.


7TIP SOS Jawab semua soalan. 1.1 Dunia Reka Bentuk 1. Reka bentuk dan teknologi ditakrifkan sebagai gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan... A pengetahuan Sains dan Matematik. B produk yang memberi impak kepada kehidupan. C proses mereka bentuk yang ringkas. D reka bentuk yang konkrit atau abstrak. 2. Apakah fungsi garisan yang digunakan dalam suatu reka bentuk? I Menunjukkan pertemuan antara hujung garisan. II Menghasilkan kesan pembalikan cahaya ke atas objek. III Menunjukkan keseimbangan. IV Membahagikan dua ruang kawasan. A I dan III B I dan IV C II dan III D III dan IV 3. Rajah 1 menunjukkan suatu reka bentuk produk. Rajah 1 Nyatakan prinsip reka bentuk yang terdapat pada produk. A Kepelbagaian B Pengulangan C Kontras D Harmoni 4. Apakah kriteria reka bentuk yang menekankan pada kandungan unsur simbolik, emosi, estetika, penampilan dan tidak meniru produk sedia ada? A Kreativiti B Ergonomik C Keaslian reka bentuk D Kecenderungan inovasi 5. Rajah 2 menunjukkan suatu teknik dalam pembinaan objek. Rajah 2 Namakan teknik tersebut. A Pembuangan B Penyatuan C Pembenaman D Peleraian 6. Pilih peranan reka bentuk yang betul. A Melahirkan masyarakat yang bersatu padu. B Meningkatkan pendapatan negara. C Menjana pendapatan pengguna. D Menggunakan bahan semula jadi dengan sebanyak yang mungkin. 7. Antara berikut, yang manakah kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi? A Juru teknik B Pereka bentuk bangunan C Juru ukur D Pereka bentuk pengajaran Bahagian A Soalan 2: Fungsi elemen garisan dalam lakaran reka bentuk. Soalan 3: Analisis reka bentuk produk untuk mengecam prinsip reka bentuk pada produk.


8 TIP SOS Bahagian B Jawab semua soalan. 1. Tanda (3) bagi takrifan reka bentuk dan teknologi yang betul dan (7) bagi yang salah pada ruang jawapan. Takrifan Ruang jawapan Gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan Sains dan Matematik. Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk. Aplikasi ilmu Sains dan Matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem. Barangan teknologi yang dapat dihasilkan daripada idea pereka bentuk. [4 markah] 1.2 Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi 8. Bidang yang manakah dipadankan dengan tujuan invensi dan inovasi yang betul? Bidang Tujuan invensi dan inovasi A Pendidikan Memudahkan kaedah pengesanan dan perawatan B Pembuatan Dapat mengurangkan kos penghasilan produk C Kesihatan Melibatkan dua aspek iaitu peralatan dan rangkaian D Teknologi Mewujudkan suasana yang dapat menarik minat ketika pembelajaran 9. Inovasi ialah pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih... I baik II bernilai. III terperinci. IV mesra pengguna. A I dan III B I dan IV C II dan III D III dan IV 10. Rajah 3 menunjukkan perubahan reka bentuk suatu produk. Rajah 3 Apakah kaedah perubahan pada reka bentuk produk tersebut? A Inovasi B Invensi C Aksesori D Reka bentuk dan teknologi Soalan 10: Ingat maksud invensi dan inovasi.


14 Bab 2 NOTA Pengurusan Projek 2.1 Pengurusan Projek Reka Bentuk 1. Pengurusan projek reka bentuk ialah aktiviti yang melibatkan proses kerja, iaitu skop kerja, tempoh masa dan kos projek. 2. Skop kerja terdiri daripada skop produk (kualiti, ciri dan fungsi reka bentuk yang dikehendaki) dan skop projek (kepimpinan, pengurusan terhadap masa, bahan, maklumat, ruang dan ahli kumpulan). 3. Tempoh masa adalah waktu/masa yang ditetapkan untuk menghasilkan suatu projek mengikut jadual yang telah dipersetujui. 4. Kos projek adalah peruntukan kewangan projek bagi urusan seperti pembelian bahan, sewaan, peralatan dan perbelanjaan mengurus. Buku teks Guru Internet Rakan kelas Pengurusan projek reka bentuk 4 Menentukan bilangan produk 2 Mengawal pelaksanaan 3 Mengawal selia sumber yang terhad 1 Merancang aktiviti projek 5 Menyediakan pelan atau lukisan reka bentuk produk 5. Kaedah menjana idea reka bentuk produk: Kaedah Contoh Meniru objek daripada persekitaran Rak buku direka bentuk daripada bentuk dahan pokok. Menterbalikkan fungsi sesuatu alat Meja kopi boleh diterbalikkan fungsinya menjadi tempat duduk. Menukar saiz objek Kereta dikecilkan saiznya untuk dijadikan hiasan. Menterbalikkan kedudukan objek Jaket direka bentuk supaya boleh digunakan sebagai baju hujan apabila diterbalikkan.


17TIP SOS 18. Kelebihan pembentukan kumpulan kerja terhadap: Individu Pasukan Mengurangkan tekanan dalam pekerjaan. Memperoleh hasil yang optimum. Berkongsi tanggungjawab bersama ahli kumpulan. Berkomunikasi secara terbuka. Dapat memilih tanggungjawab lebih khusus. Mewujudkan kemesraan antara ahli. Dapat mempengaruhi ahli yang lain. Sumber dikumpul dan dimanfaat secara maksimum. Berkongsi penghargaan dan pengiktirafan. Penglibatan yang menyeluruh. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Meningkatkan motivasi. Jawab semua soalan. 2.1 Pengurusan Projek Reka Bentuk 1. Pengurusan projek reka bentuk merupakan aktiviti kerja yang melibatkan skop kerja, tempoh masa dan... A skop projek B mengawal pelaksanaan C kos projek D merancang aktiviti 2. Rajah 1 menunjukkan kaedah penjanaan idea bagi menghasilkan suatu reka bentuk produk. Rajah 1 Apakah kaedah penjanaan idea tersebut? A Menukar saiz objek B Menterbalikkan kedudukan C Meniru objek di persekitaran D Menterbalikkan fungsi sesuatu alat 3. Rajah 2 menunjukkan lakaran reka bentuk sebuah katil kanak-kanak. Rajah 2 Menggunakan konsep SMART, nyatakan jenis kos dalam anggaran kos bagi menghasilkan katil kanak-kanak tersebut. 19. Langkah-langkah membentuk pasukan kerja yang berkesan: (a) Mempelbagaikan ahli dalam pasukan (b) Memastikan bilangan ahli pasukan tidak terlalu besar (c) Memilih ahli pasukan dengan teliti (d) Memberi latihan yang berterusan (e) Menerangkan matlamat pasukan dengan jelas (f) Menggunakan sistem ganjaran yang sistematik (g) Menggunakan pengukur prestasi yang sesuai (h) Menggalakkan penyertaan ahli pasukan (i) Melaksanakan aktiviti pembentukan pasukan Bahagian A Soalan 3: Jenis-jenis kos dalam anggaran kos projek dengan konsep SMART.


25 Bab 3 NOTA Proses Reka Bentuk 3.1 Projek Brief 1. Projek brief ialah proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan dengan kehadiran pereka bentuk. 2. Pereka bentuk berperanan menterjemahkan idea reka bentuk produk daripada pelanggan kepada bentuk lakaran. 3. Perbincangan awal bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada pelanggan mengenai produk yang akan dihasilkan berdasarkan ciri-ciri projek brief. 4. Ciri-ciri projek brief: Ciri-ciri Projek Brief Tajuk projek Analisis kajian Perancangan pengurusan projek Lakaran idea Kriteria produk Gambaran keseluruhan projek Mock-up atau model (a) Tajuk projek (i) Merujuk kepada produk yang akan dihasilkan. (ii) Perlu spesifik supaya dapat memberi gambaran awal bentuk dan fungsi produk yang akan dihasilkan. (b) Gambaran keseluruhan projek (i) Terbahagi kepada dua bahagian: pengurusan projek dan gambaran awal produk. (ii) Gambaran awal produk perlu dibincangkan bersama pelanggan, pengurus projek dan pereka bentuk. Perbincangan adalah penting bagi mengelakkan pereka bentuk tersalah tafsir kehendak pelanggan. (c) Kriteria produk (i) Melibatkan elemen reka bentuk dan prinsip reka bentuk yang akan diaplikasikan pada produk. (ii) Perlu mengambil kira kriteria produk sedia ada di pasaran. (d) Perancangan pengurusan projek (i) Merangkumi skop kerja, kos pengeluaran, masa, perancangan jadual kerja dan pembentukan kumpulan kerja. (ii) Skop kerja merujuk kepada skala pengeluaran produk sama ada secara besar-besaran, sederhana atau kecil. (iii) Pengurus projek menentukan skop kerja berdasarkan kos pengeluaran, kualiti dan tempoh penghasilan produk. (e) Analisis kajian reka bentuk produk dan pasaran (i) Melibatkan kajian reka bentuk produk dan kajian pasaran. (ii) Kajian reka bentuk produk dilakukan dengan membandingkan dengan produk sedia ada di pasaran dari segi reka bentuk, fungsi dan ciri-ciri moden. (iii) Kajian pasaran adalah soal selidik dan pemerhatian yang dijalankan terhadap kumpulan sasaran dan persaingan sedia ada. (f) Lakaran idea (i) Dihasilkan pereka bentuk selepas analisis kajian reka bentuk produk dilakukan. (ii) Lakaran dihasilkan dalam bentuk visual yang menarik untuk ditunjukkan kepada pelanggan dan pengurus projek. (g) Mock-up atau model (i) Dihasilkan selepas lakaran idea dipersetujui oleh pelanggan. (ii) Mock-up (model olokan) boleh dihasilkan daripada bahan yang mudah didapati seperti polistirena, gabus, span dan bahan kitar semula. (iii) Model boleh dihasilkan sama ada dalam bentuk model berfungsi sepenuhnya atau model separa berfungsi.


29 12. Mock-up (model olokan) dibina untuk memberi gambaran awal produk dari segi ergonomik, rupa bentuk dan warna. Mock-up boleh dibina mengikut saiz sebenar atau tanpa mengikut saiz sebenar. Mock-up kerusi malas daripada kadbod 13. Model terbahagi kepada: (a) Model separa berfungsi (model blok) – dihasilkan secara berskala atau mengikut saiz sebenar. Beberapa komponen pada model dapat berfungsi seperti produk sebenar. (b) Model berfungsi sepenuhnya – dihasilkan menggunakan bahan dan kaedah cantuman sebenar. Mengikut saiz sebenar dan dapat berfungsi seperti produk sebenar. 14. Alatan dan bahan untuk mencantum mock-up atau model. Pistol perekat panas Memerlukan arus elektrik untuk beroperasi. Sesuai untuk mencantumkan bahan seperti plastik, mounting board dan kadbod. Perekat kayu Mencantumkan dua atau lebih permukaan bahan berunsur kayu. Gam paip PVC Menyambungkan mock-up atau model yang menggunakan paip PVC tidak berulir. Benang dan jarum Mencantumkan mock-up atau model yang menggunakan bahan-bahan fabrik. Super glue Perekat yang melekat dengan kuat untuk mencantumkan mock-up yang menggunakan bahan seperti plastik, mounting board, fabrik, kadbod dan kayu. 15. Penilaian terhadap mock-up (model) dilakukan untuk mengukur tahap keberkesanan produk. 16. Tiga faktor mengukur tahap keberkesanan produk: Faktor mengukur tahap keberkesaan produk • Mematuhi kriteria projek brief • Ketepatan rupa bentuk • Memenuhi kehendak pelanggan 17. Dua kaedahmenguji produk yang telah dihasilkan: Kaedah menguji produk (a) Ujian di makmal (b) Ujian di lapangan 18. Parameter yang akan dijadikan piawaian perlu ditetapkan sebelum menjalankan ujian terhadap mock-up atau model. 19. Parameter perlu boleh diukur dan tidak bersifat subjektif. Ciri-ciri subjektif seperti cantik, kemas dan bersih tidak boleh digunakan sebagai parameter. 20. Pengujian terhadap mock-up boleh dilakukan pada aspek bentuk, keseimbangan, kestabilan dan kekuatan cantuman. Pengujian terhadap mock-up tidak boleh dilakukan pada aspek kefungsian. 21. Pengujian terhadap model boleh dilakukan pada aspek kefungsian. 22. Keputusan pengujian direkodkan bagi tujuan penambahbaikan pada reka bentuk produk yang akan dihasilkan. 11. Contoh aplikasi maklumat projek brief dalam bentuk lakaran: Bingkai pelbagai warna dan bentuk mengikut trend terkini Bingkai daripada fiber boleh dilentur Pelaras kanta Pelaras kanta Ketebalan kanta boleh dilaras Elemen • Saiz • Warna • Bentuk • Garisan • Rupa Prinsip • Keseimbangan • Keringkasan • Pengulangan • Kesatuan


38 Bab 4 NOTA Lakaran 4.1 Lakaran Piktorial 1. Lakaran ialah lukisan awal atau lukisan draf yang dihasilkan dengan menggunakan teknik lakaran bebas (freehand drawing), iaitu tanpa bantuan alatan melukis seperti pembaris atau jangka lukis. 2. Lakaran menjadi gambaran awal yang menunjukkan rupa atau bentuk sesuatu produk. 3. Alatan asas yang digunakan untuk membuat lakaran: pensel, arang, pastel kapur, pen penanda (marker pen) dan pen. 4. Peranan lakaran dalam reka bentuk: Peranan lakaran dalam reka bentuk (c) Medium komunikasi pelanggan Lakaran yang telah dihasilkan dan dipersetujui oleh pelanggan akan diteruskan ke peringkat lakaran akhir. (a) M e m p e r c e p a t k a n pembangunan konsep Lakaran merupakan kaedah terbaik untuk meneroka konsep bagi menunjukkan gambaran pereka bentuk. (b) Asas komposisi ilustrasi Lakaran dapat menunjukkan komposisi komponen dalam sesuatu produk dengan cepat. (d) Eksplorasi visual Lakaran boleh digunakan sebagai catatan aktiviti dan eksplorasi pereka bentuk. (e) Penyelesaian perincian visual Lakaran diperincikan dengan maklumat elemen, prinsip dan bahan yang digunakan bagi memudahkan proses pembangunan reka bentuk. 5. Jenis-jenis lakaran: Jenis-jenis lakaran Penerangan Lakaran peribadi atau contengan Lakaran tidak kemas, tidak tersusun dan dilukis dalam buku lakaran. Lakaran penting untuk mendapatkan konsep produk. Lakaran penerokaan Lakaran lebih kemas. Lakaran digunakan untuk membuat perbandingan dengan produk sedia ada dari aspek saiz, bahan dan lain-lain. Lakaran teknikal Terdiri daripada lakaran ceraian, lakaran keratan rentas dan lakaran dalam pelbagai sudut pandangan. Ukuran pada lakaran akan membantu pereka bentuk menggambarkan produk yang akan dihasilkan. Lakaran perkembangan idea Terdiri daripada semua lakaran yang telah dilukis iaitu, bermula daripada idea awal hingga ke lakaran akhir yang digunakan untuk penghasilan produk. Lakaran persembahan Lakaran yang membantu memahami konsep rekaan yang ingin disampaikan pereka bentuk. Lakaran digital Lakaran menggunakan komputer dan aplikasi tertentu untuk persembahan yang lebih menarik.


39 6. Kaedah melakar garisan lurus adalah penting untuk memastikan garisan yang dilukis tidak tersasar. (a) Kaedah garisan pendek 1 Tandakan titik di kedua-dua hujung garisan yang hendak dilakar. 3 Sambungkan garisan putus-putus dengan garisan yang tebal. 2 Bermula pada satu titik hujung, buat garisan putus-putus pendek ke arah titik di hujung satu lagi. (b) Kaedah garisan terus dua titik 1 Tandakan titik di kedua-dua hujung garisan yang hendak dilakar. 2 Bermula pada satu titik hujung, buat garisan nipis ke arah titik di hujung satu lagi. 3 Hitamkan garisan nipis yang terhasil. 7. Lakaran piktorial memaparkan imej 3D bagi lakaran. Teknik lakaran piktorial: lakaran oblik, lakaran isometrik dan lakaran perspektif. 8. Lakaran oblik ialah lakaran 3D yang dilakar berpandukan paksi menegak, paksi surut dan paksi mendatar. (a) Paksi mendatar bersudut 90° (bersudut tepat) dengan paksi menegak. Paksi surut bersudut 45° dengan paksi mendatar. Paksi surut Paksi menegak Paksi mendatar 45˚ Paksi-paksi lakaran oblik (b) Lakaran oblik kabinet – lakaran oblik yang menggunakan ukuran (skala) yang sebenar. Lakaran oblik kabinet (paksi surut mengikut ukuran sebenar) (c) Lakaran oblik kavalier – lakaran oblik yang menggunakan ukuran paksi surut separuh daripada yang sebenar. Ukuran paksi surut dari panjang sebenar 1 2 Lakaran oblik kavalier (paksi surut mempunyai ukuran 1 2 daripada sebenar)


41 12. Langkah-langkah melakar bulatan dan lengkungan: X X X X Y Y Y Y (a) (b) (c) (d) 13. Langkah-langkah melakar elips: C B D A C B D A C B D A (a) (b) (c) (d) 14. Gaya visual lakaran adalah teknik yang digunakan untuk menjadikan lakaran objek lebih realistik dan menarik. Lakaran boleh dihasilkan dalam bentuk 2D atau 3D. Teknik gaya visual lakaran Penerangan Contoh lakaran (a) Rendering • Teknik digunakan untuk memaparkan permukaan rata kelihatan melengkung atau membonjol keluar. Teknik boleh menggunakan warna, tekstur, garisan atau bentuk. • Alatan asas mewarna yang digunakan seperti pensel warna, pen penanda, high lighter, pen dakwat dan chalk pastel. (b) Kesan cahaya dan bayang • Teknik digunakan untuk menjadikan lakaran lebih realistik. • Kedudukan sumber cahaya perlu ditetapkan terlebih dahulu sebelum menggunakan teknik lakaran ini.


53 Bab 5 NOTA Aplikasi Teknologi 5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi 1. Sistem fertigasi ialah sistem pengeluaran tanaman yang menggunakan sistem pengairan pembajaan yang rapi. 2. Reka bentuk sistem fertigasi merupakan inovasi dalam teknologi pertanian. (a) Larutan baja dibekalkan serentak ke zon akar tanaman dengan menggunakan sistem pengairan. (b) Media tanaman seperti coco peat atau sekam padi digunakan bagi menggantikan tanah. (c) Cahaya matahari diperlukan secara langsung sekurang-kurangnya selama 6 jam untuk proses fotosintesis. (d) Fertigasi adalah inovasi pada teknik pengairan titis yang merupakan cabang kaedah hidroponik. Kaedah hidroponik Penerangan Teknik aliran cetek Larutan baja disalurkan ke dalam palung yang terdapat akar tanaman. Pam air digunakan untuk menyalurkan larutan baja ke dalam palung. Aliran larutan baja Pam air Larutan baja Palung Larutan baja Akar tanaman Teknik aliran dalam Palung bersaiz lebih lebar dan lebih tinggi. Aras larutan baja pada akar tanaman lebih tinggi. Pam air Aliran larutan baja Palung Larutan baja Larutan baja Akar tanaman


61 NOTA 5.2 Reka Bentuk Fesyen 1. Fesyen merujuk kepada gaya atau stail dan tingkah laku yang diterima dan menjadi popular pada satusatu masa. 2. Reka bentuk fesyen adalah proses atau bidang seni yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian atau aksesori. Kerjaya dalam bidang reka bentuk fesyen Bidang tugas Pereka fesyen (fashion designer) Menghasilkan lakaran reka bentuk fesyen yang baharu, sama ada secara manual atau dengan menggunakan perisian komputer tertentu. Peramal fesyen (fashion forecasting) Meramal trend fesyen berdasarkan analisis fesyen dari segi jenis fabrik, corak, warna, tema, bentuk, elemen dan sebagainya. Turut terlibat menganjurkan pameran pakaian dan aksesori. Perunding imej (image consultant) Penata gaya bagi meningkatkan imej dan personaliti pelanggan. Memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada pelanggan seperti artis, wartawan atau pelakon dari segi pemilihan stail pakaian dan aksesori. Tenaga pengajar fesyen Mengajar secara langsung kemahiran menjahit dan pelbagai ilmu yang berkaitan jahitan. Merupakan guru sekolah dan pensyarah di kolej vokasional, kolej komuniti, universiti serta institut latihan kemahiran. 3. Jenis reka bentuk fesyen: Jenis reka bentuk fesyen Pakaian merujuk kepada penutup badan dan anggota badan seperti seluar, kemeja-T, blaus, kemeja, baju kurung, tudung dan lain-lain. Aksesori merujuk kepada objek yang dipakai oleh individu sebagai perhiasan atau tambahan kepada pakaian seperti topi, tali pinggang, jam tangan, kasut, skaf dan sebagainya. 4. Cantuman ialah proses mencantum, menyambung atau menyatukan kepingan fabrik atau bahan lain bagi menghasilkan reka bentuk fesyen. 5. Cantuman boleh dibuat dengan kaedah jahitan, sulaman, tampalan dan kaedah lain. 6. Kaedah jahitan: (a) Teknik cantuman yang biasa digunakan dalam reka bentuk pakaian. Menggunakan jahitan tangan atau jahitan mesin. (b) Cantuman yang dihasilkan adalah kukuh, sekata dan kemas. (c) Pengokot dan pita selofan boleh digunakan untuk cantuman mock-up reka bentuk fesyen. 7. Kaedah sulaman: (a) Teknik cantuman untuk tujuan hiasan bagi menyerlahkan keindahan dan estetika reka bentuk fesyen. (b) Contohnya, sulaman manik, sulaman reben, labuci, sulaman benang dan sulaman applique. Sulaman applique Sulaman reben


63 Jenis alatan Fungsi Alatan memotong • Gunting kertas – menggunting kertas • Gunting fabrik – menggunting fabrik • Kacip/snipper – menggunting benang, menggunting lubang butang dan menggunting bahagian yang kecil atau sempit. • Penetas – membuka jahitan yang tersilap dan menebuk lubang butang. Gunting fabrik Gunting kertas Kacip/Snipper Penetas Alatan menanda • Pensel tukang jahit – menanda, menulis dan membuat garisan penanda pada kertas dan fabrik. • Kapur penanda – menanda garis pemadan dan memindahkan garis tanda pola pada fabrik. • Roda surih dan kertas karbon – memindahkan garis pemadan ke fabrik dan memindahkan tanda dan garis semasa mengubahsuai pola. • Jarum peniti – menyemat pola pada fabrik dan menetapkan kedudukan kepingan fabrik sebelum menjahit. Roda surih Kapur penanda Pensel tukang jahit Jarum peniti Alatan menjahit • Jidal disarungkan pada jari tengah bagi mengelakkan jari tercucuk jarum semasa melakukan jahitan tangan. • Jarum jahit tangan – mencantum menggunakan jahitan tangan. • Mesin jahit – membuat jahitan lurus dan mencantum kepingan fabrik. • Mesin sulaman – membuat jahitan sulaman. Jidal Jarum jahit tangan


87 1. Nyatakan kriteria reka bentuk yang berkaitan dengan ciri keselesaan sesuatu produk yang dihasilkan. A Kreativiti B Keaslian reka bentuk C Ergonomik D Kekuatan kualiti 2. Kepentingan reka bentuk dan teknologi adalah untuk... I memenuhi kehendak individu dan masyarakat. II menyaring kerjaya dan pekerjaan yang tepat. III menimbulkan persaingan senjata nuklear. IV memudahkan urusan kerja. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3. Rajah 1 menunjukkan reka bentuk produk yang berfungsi membantu bayi tidur dengan lena. Rajah 1 Apakah penjanaan idea bagi menghasilkan reka bentuk produk tersebut? A Menukarkan saiz objek B Menterbalikkan kedudukan C Mempelbagaikan fungsi sesuatu produk D Meniru objek yang terdapat di persekitaran 4. Maklumat berikut menerangkan tentang suatu elemen reka bentuk. Teknik yang memberikan impak atau kesan terhadap orang yang melihat sesuatu permukaan pada lukisan atau objek. Apakah elemen reka bentuk tersebut? A Tekstur B Bentuk C Keseimbangan D Keringkasan 5. Rajah 2 menunjukkan aplikasi prinsip inovasi dalam reka bentuk suatu produk. Rajah 2 Antara berikut, bidang kerjaya yang manakah berkaitan dengan inovasi reka bentuk produk yang ditunjukkan? A Pertahanan B Kecantikan C Kesihatan D Pendidikan 6. Apakah definisi projek brief ? A Proses perbincangan awal antara pengurus projek dan pelanggan dengan kehadiran pereka bentuk. B Proses menyaring maklumat yang diperoleh daripada pelanggan kepada bentuk jadual dan lakaran. BAHAGIAN A [10 markah] Jawab semua soalan. Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)


94 BAHAGIAN C [20 markah] Jawab semua soalan. 1. Seramai 5 orang murid SMK Air Dalam telah menyiapkan 100 unit beg sandang serba guna untuk dijual pada sambutan Hari Guru. Peratus keuntungan ditetapkan pada 50%. Gunakan konsep SMART untuk penentuan bajet projek. (a) Lengkapkan tujuan projek pada Jadual 1. Nama projek (i) Tujuan (ii) Bilangan (iii) Sasaran (iv) Jadual 1 [2 markah] (b) Lengkapan Jadual 2 untuk menghitung jumlah kos bagi projek. Bahan dan alatan Kuantiti Kos seunit (RM) Jumlah (RM) Kadbod 10 keping 0.80 Fabrik felt oren 30 keping 1.20 Fabrik felt hitam 50 keping 1.20 Fabrik bercorak 20 meter 5.00 Glu 7 botol 2.00 Zip 100 unit 0.70 Pensel 3 batang 1.00 Gunting 5 unit 3.50 Jumlah Jadual 2 [3 markah] (c) Lima orang murid tersebut mengambil masa selama 7 jam untuk menyiapkan projek ini dan mereka melakukannya secara sukarela. Kos lain yang terlibat ialah bil elektrik sebanyak RM2.50. Hitung jumlah kos modal bagi menghasilkan 100 unit beg sandang serba guna tersebut. [2 markah]


96 BAB 1 Bahagian A 1. A Definisi reka bentuk dan teknologi. 2. D Fungsi elemen garisan pada lukisan/lakaran. 3. B – 4. C Kriteria reka bentuk yang baik, iaitu keaslian reka bentuk. 5. D – 6. B Peranan reka bentuk kepada kelompok Pengeluar dan Negara. 7. D – 8. B Aplikasi prinsip invensi dan inovasi dalam kerjaya reka bentuk. 9. B Definisi inovasi. 10. A Inovasi pada reka bentuk produk sedia ada. Bahagian B 1. 3 7 7 7 6. A C B B 2. Q P S R 7. 3 7 3 3. Y 7 Y X Z 8. 3 3 3 7 4. • Kontras 9. Pentagon Nonagon Rombus Segi empat sama • Kesatuan • Pengulangan • Keringkasan 5. R Q P S 10. 7 7 3 7 Bahagian C 1. (a) [Lakaran lain yang relevan diterima] (b) Elemen reka bentuk Penerangan Garisan Garisan membolehkan lakaran mempunyai ukuran panjang dan lebar. Garisan juga digunakan untuk membahagikan dua ruang kawasan. Rupa Rupa ditunjukkan melalui permukaan yang rata dan sempadan yang mengelilinginya. Lakaran mempunyai luas tetapi tidak mempunyai jisim. Saiz Saiz ditunjukkan melalui ukuran atau dimensi akan menunjukkan kesan panjang, tinggi dan kedalaman. Ruang Ruang ialah kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan bagi menampakkan objek dengan lebih jelas. 2. (a) Elemen reka bentuk Prinsip reka bentuk 3 3 3 3 3 3 (b) [Jawapan murid yang relevan diterima] (c) [Jawapan murid yang relevan diterima] Jawapan Bab 1


97 BAB 2 Bahagian A 1. C Definisi pengurusan projek reka bentuk. 2. D Penjanaan idea reka bentuk iaitu menterbalikkan fungsi tayar. 3. A Kos-kos dalam pengukuran pengagihan kewangan konsep SMART. 4. C Proses kerja dalam pengurusan projek reka bentuk ialah skop kerja, tempoh masa dan kos projek. 5. C – 6. C Memastikan objektif tercapai, mengelakkan pembaziran sumber dan mencegah gangguan. 7. B Blok hubungan aktiviti melalui rangkaian. 8. D Kos bahan dan alatan + kos upah + kos overhed = Jumlah kos modal 9. B RM12 = RM8 + ( x 100 × 8) 8x = 400 x = 50% 10. D Menyediakan anggaran kos projek. Bahagian B 1. B C A B 6. C D B A 7. 4 orang × RM5.00 × 3 hari × 8 jam = RM480.00 2. 7 3 7 7 8. Individu Pasukan Pasukan Individu 3. • Mengelakkan kerugian masa dan kos • Mengawal sumber tenaga pekerja • Mengelakkan pembaziran • Mengurus bahan mentah secara sistematik 4. 3 3 3 7 9. T M A S 5. P Q Q P Bahagian C 1. (a) Bahan dan alat Kuantiti Kos seunit (RM) Jumlah (RM) Kadbod hitam 200 keping 3.50 700.00 Gam 20 botol 4.50 90.00 Kertas warna 100 keping 0.60 60.00 Riben merah 6 gulung 3.00 18.00 Riben biru 5 gulung 3.00 15.00 Gunting 5 unit 4.00 20.00 Bendera kecil 100 unit 0.50 50.00 Jumlah 953.00 (b) Jumlah kos modal = RM953.00 + RM5.00 = RM958.00 (c) Kos pengeluaran satu unit = RM958 100 = RM9.58 (d) Kos jualan satu unit = RM9.58 + (RM9.58 × 65%) = RM9.58 + RM6.23 = RM15.80 2. (a) Setiausaha Bendahari Pembangun mock-up atau model Pereka bentuk Pengurus projek (b) Kos bahan dan alat, kos upah, kos overhed (c) (i) Melakar reka bentuk rak kasut (ii) Menanda, mengukur dan memotong bahan (iii) Pengujian dan penambahbaikan [Jawapan lain yang relevan diterima] BAB 3 Bahagian A 1. D Projek brief melibatkan pengurus projek, pelanggan dan pereka bentuk. 2. A – 3. D Bahan-bahan seperti kadbod, plastisin, kayu, polistirena, foam dan dawai kasa sesuai digunakan untuk menghasilkan mock-up. 4. A – Bab 2 – Bab 3


Click to View FlipBook Version