泛 亚 EXCELLENCE AWARDS Tahun 年级 5 5 set Ujian Akhir Sesi Akademik Set dapat dileraikan Jawapan lengkap Format dan Penskoran Terkini Zaharin Liam Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Bahasa Melayu 国文 模 拟 评 估
BAHASA MELAYU [011] 1 jam 15 minit 1. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan. Bahagian A [10 markah] Soalan 1 dan 2 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1 Shu Zen dan Fatin pergi ke perpustakaan kerana suka membaca buku di situ. A dia B saya C kalian D mereka 2 Cikgu Nurul dan murid-muridnya sering tentang cara untuk menjaga kebersihan kelas mereka. A bertugas B berharap C berpesan D berbincang Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 A Suzi membelek-belek beberapa naskhah surat khabar. B Mereka merancang perbelanjaan agar dapat berjimat-jimatan. C Lily berbanding-bandingkan harga barang jualan dalam talian. D Lim bertolong-tolongan ibunya menulis senarai barang yang hendak dibeli. Nama: Kelas: Tarikh: Kertas Model 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 1 Set 1_Kertas Model UASA BM Thn 5.indd 1 08/10/2024 5:16 PM
Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Amalan kitar semula bahan-bahan buangan dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar yang semakin hari semakin meruncing. Sikap masyarakat yang sering memandang ringan terhadap pentingnya amalan kitar semula amatlah dikesali. Banyak usaha boleh dilakukan untuk memupuk amalan kitar semula. Pihak sekolah boleh menganjurkan kempen kitar semula untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada murid tentang cara-cara mengitar semula bahan-bahan buangan. Antara barangan yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah, botol plastik, botol kaca, tin aluminium dan sebagainya. Amalan ini jika dilaksanakan secara berterusan, pasti akan membuahkan hasil yang diharapkan. Semua pihak haruslah memberikan kerjasama untuk memelihara alam sekitar. 4 Mengapakah amalan kitar semula perlu diambil berat oleh setiap orang? A Sesiapa yang tidak mengitar semula akan didenda. B Amalan kitar semula dapat membangunkan negara. C Bahan-bahan kitar semula merupakan bahan yang berharga. D Amalan kitar semula dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Amalan kitar semula perlu dilakukan di sekolah sahaja. B Sikap masyarakat yang mementingkan amalan kitar semula amat dikesali. C Kempen kitar semula dapat memupuk amalan kitar semula dalam kalangan murid. D Amalan kitar semula menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar semakin meruncing. 6 Berikut ialah barangan yang boleh dikitar semula berdasarkan petikan kecuali A pakaian. B botol kaca. C surat khabar. D tin aluminium. © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 2 Set 1_Kertas Model UASA BM Thn 5.indd 2 08/10/2024 5:16 PM
Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Pada suatu petang, Jie Sen sedang melayari Internet. Tiba-tiba, satu paparan iklan muncul pada skrin komputernya. Iklan tersebut tentang Pertandingan Swafoto Keluarga Bahagia. Tanpa membuang masa, Jie Sen memberitahu ibu bapanya tentang pertandingan itu. Mereka bersetuju untuk menyertai pertandingan tersebut. Mereka bersama-sama memilih gambar swafoto terbaik semasa mereka bercuti di Pulau Langkawi. Jie Sen berharap mereka memenangi pertandingan tersebut kerana dapat melancong ke Korea Selatan. BAHAN 2 PERTANDINGAN SWAFOTO KELUARGA BAHAGIA Syarat pertandingan: ✤ Peserta perlu berswafoto bersama dengan keluarga di tempat peranginan. ✤ Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Yuran penyertaan: percuma Hadiah utama: pakej melancong ke Korea Selatan © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 3 Set 1_Kertas Model UASA BM Thn 5.indd 3 08/10/2024 5:16 PM
7 Jie Sen melayari Internet pada waktu A pagi. B tengah hari. C petang. D malam. 8 Mereka bersama-sama memilih gambar swafoto terbaik semasa mereka bercuti di Pulau Langkawi. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A buah. B helai. C keping. D bentuk. 9 Perkataan melancong dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A melihat. B melawat. C menjalani. D menghadiri. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Tiada yuran penyertaan diperlukan untuk pertandingan tersebut. B Iklan tentang pertandingan tersebut muncul pada skrin televisyen. C Pemenang pertandingan tersebut dapat melancong ke Korea Utara. D Keluarga Jie Sen memilih gambar swafoto semasa mereka bercuti di Pulau Tioman. © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 4 Set 1_Kertas Model UASA BM Thn 5.indd 4 08/10/2024 5:16 PM
Bahagian B [10 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Pada cuti sekolah yang lalu, Diana dan keluarganya pergi ke dusun datuk. Banyak jenis buah-buahan yang ada di dusun datuk. Diana memasukkan rambutan ke dalam guni. Ayah dan abang Diana pula memasukkan dua tandan pisang dan beberapa biji buah durian ke dalam bakul. Ibu Diana membelah sebiji buah cempedak yang diperoleh dari dusun datuk. Mereka makan buah itu bersama-sama. Sebelum pulang, datuk Diana mengirimkan seguni rambutan untuk jiran-jiran keluarga Diana di Kuala Lumpur. 1 (a) Diana dan keluarganya pergi ke dusun datuk pada . [1 markah] (b) Apakah tugas ibu Diana? [2 markah] (c) Bulatkan satu penjodoh bilangan yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Ayah dan abang Diana pula memasukkan dua tandan pisang dan beberapa biji buah durian ke dalam bakul. [1 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 5 Set 1_Kertas Model UASA BM Thn 5.indd 5 08/10/2024 5:16 PM
(d) Pilih dan tuliskan (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Sebelum pulang, datuk Diana mengirimkan seguni rambutan untuk jiran-jiran keluarga Diana di Kuala Lumpur. Jiran-jiran keluarga Diana di Kuala Lumpur mengirimkan seguni rambutan untuk datuk Diana sebelum mereka pulang. Datuk Diana mengirimkan seguni rambutan untuk jiran-jiran keluarga Diana di Kuala Lumpur sebelum mereka pulang. [1 markah] Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kawan Vijay kurang sihat. Dia mengalami gejala batuk dan selesema. Namun, dia tetap hadir ke sekolah. 2 Sekiranya kamu berada dalam situasi Vijay, apakah tindakan yang perlu kamu lakukan? [5 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 6 Set 1_Kertas Model UASA BM Thn 5.indd 6 08/10/2024 5:16 PM
Grafik di bawah menunjukkan tentang aktiviti melancong bersama keluarga. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan-kebaikan melancong bersama keluarga. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Bahagian C [10 markah] Kebaikan-kebaikan Melancong Bersama Keluarga mengeratkan hubungan kekeluargaan mengenali budaya tempat lain menambah ilmu pengetahuan mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 7 Set 1_Kertas Model UASA BM Thn 5.indd 7 08/10/2024 5:16 PM
1 Tuliskan karangan keperihalan berdasarkan gambar di atas. ATAU 2 Tuliskan laporan berdasarkan gambar di atas. Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. PERKHEMAHAN PASUKAN PENGAKAP © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 8 Set 1_Kertas Model UASA BM Thn 5.indd 8 08/10/2024 5:16 PM
Penerangan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) boleh berlaku secara formatif dan sumatif: • Pentaksiran Formatif: Pentaksiran yang berlaku secara berterusan dalam PdP • Pentaksiran Sumatif : Pentaksiran yang berlaku pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) ialah ujian yang perlu diambil oleh murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) pada akhir sesi akademik. Format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA): Subjek Bahasa Melayu (011) Jenis Instrumen Ujian Bertulis : Pemahaman & Penulisan Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRTh) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) Bilangan Soalan Bahagian A (10 markah): OAP • Tatabahasa (3-5 soalan) • Pemahaman Petikan (5-7 soalan) (Teks tunggal & Teks pelbagai) Bahagian B (10 markah): OPB dan SRTh • Pemahaman Petikan dan Tatabahasa (3-5 soalan) • Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan) Bahagian C (10 markah): SRTb • Penulisan Perenggan – 1 soalan Bahagian D (20 markah): SRTb • Penulisan Karangan – 1 soalan Markah 50 markah Tempoh Ujian 1 jam 15 minit Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa Kemahiran Membaca: • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis Kemahiran Menulis: • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik Catatan • Merangkumi soalan yang berdasarkan kurikulum yang telah dipelajari dalam tempoh sesi akademik tersebut sahaja © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. J – 2 Set Jaw_Kertas Model UASA BM Thn 5.indd 2 24/10/2024 5:51 PM
Kertas Model 1 Bahagian A 1 D 2 D 3 A 4 D 5 C 6 A 7 C 8 C 9 B 10 A Bahagian B 1 (a) cuti sekolah yang lalu (b) Tugas ibu Diana membelah buah cempedak yang diperoleh dari dusun datuk. (c) tandan/biji (d) Datuk Diana mengirimkan seguni rambutan untuk jiran-jiran keluarga Diana di Kuala Lumpur sebelum mereka pulang. 2 Saya akan melaporkan keadaan kawan itu kepada guru kelas. Kemudian, saya akan menemaninya di bilik rawatan kesihatan sementara menunggu ibu bapanya datang untuk membawanya pulang. Bahagian C Pada pendapat saya, antara kebaikan melancong bersama keluarga ialah kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, kita boleh mengenali budaya tempat lain dan menambah ilmu pengetahuan. Di samping itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah melalui aktiviti melancong. Kesimpulannya, melancong bersama keluarga ialah aktiviti yang berfaedah kepada kita. Bahagian D 1 Karangan tidak berformat (Keperihalan) Pada minggu yang lepas, saya berpeluang untuk menyertai aktiviti perkhemahan yang diadakan oleh pasukan pengakap sekolah. Kami mendengar taklimat daripada komandan kem dan diarahkan untuk memasang khemah masing-masing. Kami bangun awal pagi keesokan harinya untuk melakukan senaman dan makan sarapan. Selepas itu, aktiviti kembara hutan dan pertandingan kawad kaki dijalankan. Pada malam itu, persembahan malam kebudayaan diadakan. Para peserta Jawapan mempersembahkan nyanyian, tarian, lakonan dan sebagainya. Pada hari terakhir, kami bergotongroyong membersihkan kawasan tapak perkhemahan. Saya berharap dapat menyertai lagi perkhemahan seperti ini pada masa akan datang. 2 Karangan berformat (Laporan) Laporan Perkhemahan Pasukan Pengakap SJKC Chung Hwa Pada 24 hingga 26 Mei yang lalu, pasukan pengakap sekolah telah mengadakan perkhemahan di Hutan Bandar. Seramai 40 orang murid dan 8 orang guru menyertai perkhemahan tersebut. Tujuan perkhemahan itu diadakan adalah untuk meningkatkan disiplin murid-murid. Para peserta mendengar taklimat daripada komandan kem dan diarahkan untuk memasang khemah masing-masing. Keesokan harinya, kami bangun awal pagi untuk melakukan senaman dan makan sarapan. Selepas itu, aktiviti kembara hutan dan pertandingan kawad kaki dijalankan. Pada malam itu, persembahan malam kebudayaan diadakan. Para peserta mempersembahkan nyanyian, tarian, lakonan dan sebagainya. Pada hari terakhir, kami bergotongroyong membersihkan kawasan tapak perkhemahan dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Laporan disediakan oleh, 28 Mei 2024. Kai Jun (LEE KAI JUN) Setiausaha, Pasukan Pengakap, SJKC Chung Hwa. Kertas Model 2 Bahagian A 1 B 2 D 3 A 4 C 5 C 6 C 7 C 8 A 9 C 10 B © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. J – 3 Set Jaw_Kertas Model UASA BM Thn 5.indd 3 24/10/2024 5:51 PM
Bahagian B 1 (a) hujung kampung (b) Pak Hassan bersyukur sejak kebelakangan ini kerana pendapatannya agak lumayan disebabkan harga getah yang sangat tinggi. (c) menjual/menambah (d) Pak Hassan mengusahakan kebun sayur di belakang rumahnya selepas pulang dari kebun getah. 2 Sebagai jiran yang baik hati, saya akan mengajak keluarga saya membantu jiran itu mengangkat barang. Selain itu, saya juga akan berkenalan dan beramah mesra dengan jiran baharu itu. Bahagian C Pada pendapat saya, antara langkah keselamatan semasa mandi di air terjun ialah kita perlu mandi di kawasan yang cetek sahaja. Selain itu, kita harus memakai jaket keselamatan untuk mengelakkan kejadian lemas. Akhir sekali, kita perlu mengelakkan mandi di air terjun semasa hujan kerana paras air akan naik dengan tiba-tiba. Bahagian D 1 Karangan tidak berformat (Keperihalan) Pada hari Ahad yang lalu, Persatuan Penduduk Taman Ceria telah mengadakan sukaneka di padang. Kami sekeluarga turut menyertai sukaneka tersebut. Selepas pendaftaran, pengerusi persatuan penduduk menyampaikan ucapan perasmian. Selepas itu, acara senamrobik dimulakan. Saya dan abang menyertai acara tarik upih. Kami mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Ayah dan ibu pula menyertai pertandingan boling kelapa. Gelagat mereka sangat lucu. Penonton ketawa melihat aksi lucu para peserta. Sebelum pulang, kami menjamu selera dengan hidangan yang disediakan di dewan. Kami sekeluarga sangat seronok kerana dapat menyertai sukaneka tersebut. 2 Karangan berformat (Catatan) Ahad, 21 Januari 2024 7:30 pagi Penduduk Taman Ceria berkumpul di padang untuk menyertai sukaneka yang dianjurkan oleh persatuan penduduk. 8:00 pagi Selepas pendaftaran, pengerusi persatuan penduduk menyampaikan ucapan perasmian. Selepas itu, acara senamrobik dimulakan. 9:00 pagi Acara sukaneka bermula. Saya dan abang menyertai acara tarik upih. Ayah dan ibu pula menyertai pertandingan boling kelapa. Penonton ketawa melihat aksi lucu para peserta. 11:30 pagi Majlis penyampaian hadiah diadakan. Saya dan abang mendapat tempat pertama dalam pertandingan tarik upih. 12:30 tengah hari Sebelum pulang, para penduduk menjamu selera dengan hidangan yang disediakan di dewan. Kertas Model 3 Bahagian A 1 A 2 B 3 B 4 C 5 C 6 D 7 B 8 D 9 C 10 B Bahagian B 1 (a) bidang perubatan (b) Pesakit kanser mempunyai harapan yang tinggi untuk sembuh dengan penemuan kaedah rawatan menggunakan radioterapi dan kemoterapi. (c) baik/baharu (d) Kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit berbahaya dapat dikurangkan dengan kemajuan sains dan teknologi dalam bidang perubatan. 2 Saya akan mencadangkan agar tugas dibahagikan mengikut kumpulan. Selain itu, setiap murid perlu membawa peralatan yang diperlukan seperti kain lap, baldi dan plastik sampah. Hal ini dapat meringankan kerja semasa gotong-royong. Bahagian C Pada pendapat saya, antara kebaikan menghadiri majlis rumah terbuka ialah dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, kita dapat mengenali dan memahami budaya kaum lain. Di samping itu, kita juga dapat menikmati pelbagai makanan tradisional dalam majlis tersebut. © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. J – 4 Set Jaw_Kertas Model UASA BM Thn 5.indd 4 24/10/2024 5:51 PM
2022 此系列包括: Judul-judul dalam siri ini: 199101016590 (226902-X) Online Bookstore Ingin menjadi penulis kami? Sertai kami dengan menghantar e-mel ke alamat [email protected]. 泛亚出版有限公司 Akses Digital 科目 Subjek 年级 Tahun 国文 Bahasa Melayu 4 5 6 英文 Bahasa Inggeris 4 5 6 数学 Matematik 4 5 6 科学 Sains 4 5 6 Grab A KERTAS MODEL UASA Bahasa Melayu Tahun 5 泛亚出版有限公司 Pan Asia Publications Sdn. Bhd. 199101016590 (226902-X) No. 2-16, Jalan SU 8, Taman Perindustrian Subang Utama, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603-5614 4168 Faks: +603-5614 4268 E-mel: [email protected] Laman web: www.panasiapub.com © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada penerbit. Cetakan Pertama 2025 Dicetak oleh Metrobay Industry Sdn. Bhd. (430102-W) NETT PRICE SEM. M’SIA RM5.30 SABAH/ SARAWAK RM5.60 9 786294 970397 ISBN 978-629-497-039-7