MESTI TAHU i – vi Bab 1 Sistem dan Aplikasi Bahasa 1 – 34 1.1 Morfologi 7 1.2 Sintaksis 13 1.3 Penyuntingan 19 1.4 Bahasa Melayu Standard 29 1.5 Peribahasa 32 Bab 2 Pemahaman 35 – 51 2.1 Petikan Umum 38 2.2 Petikan Sastera 43 2.3 Novel 49 Bab 3 Penulisan 52 – 74 3.1 Kepelbagaian Bahan Rangsangan 58 3.2 Karangan Mengikut Domain 65 3.3 Rumusan 69 Bab 4 Ujian Lisan (Bertutur dan Mendengar) 75 – 84 4.1 Ujian Bertutur 77 4.2 Ujian Mendengar 81 Pentaksiran Tingkatan 5 85 – 103 Jawapan 104 – 120 Kandungan ii
MESTI TAHU Kata Tunggal 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Majmuk Mantap 7 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Terbitan 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Pemeri 9 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Nama 5 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Ayat Biasa dan Ayat Songsang 11 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta dan Definisi Penting Kata Tunggal Kata Majmuk Mantap Tanggungjawab Jawatankuasa Pesuruhjaya Warganegara Kerjasama Bumiputera Setiausaha Tandatangan Suruhanjaya Kakitangan Beritahu Matahari Tanggungjawab Sukarela Olahraga • Hafal 15 kata majmuk mantap ini. • Ejaannya telah mantap. • Tidak boleh diubah dan tidak boleh dieja terpisah. • cat, skor, gred, bank, teks, gred, skru, skrip • aku, ais, emas, umpan, doa, kanta, lambat • cuaca, usia, haluan, berlian, ilmiah, senapang • keluarga, biduanda, laksamana, munasabah, universiti, cenderawasih, maharajalela Satu suku kata Dua suku kata Tiga suku kata Empat suku kata atau lebih Ragam Ayat Ragam Ayat Aktif Pasif • Untuk membezakan ayat biasa daripada ayat songsang, kita mestilah mahir mengkaji susunan subjek dan predikat dalam sesuatu ayat itu. • Ayat susunan biasa, subjek haruslah di depan dan diikuti oleh predikat. Transitif Tak transitif KGN diri pertama dan KGN diri kedua Ayat pasif dengan imbuhan pasif di-, ber-, dan ter Ayat pasif dengan kata ‘kena’ Kata Nama KNK Hidup Manusia: Lina, Abu, Tun Teja KNA Abstrak: Roh, angin KGN Tunjuk: Itu, ini KNK Hidup Bukan Manusia: Tompok, Si Comel, Jalak, Jibrail KNA Konkrit: Isteri, bapa KGN Diri • KGND Tanya: Siapa, apa, mana • KGND Orang: Orang pertama, orang kedua, orang ketiga KNK Tidak Hidup: Proton Persona, Sungai Nibong, Planet Marikh Kata Nama Khas (KNK) Kata Nama Am (KNA) Kata Ganti Nama (KGN) Kata Nama Kata Pemeri • Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. • Kata pemeri ini menghubungkan subjek ayat dan predikat ayat dengan memberikan huraian lanjut berkenaan dengan subjek yang disebut sebelum itu. • Kata pemeri adalah menunjukkan penerangan. • Kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh kata kerja. • Kata pemeri ialah dan adalah tidak boleh digunakan bersama kata nafi, kecuali dalam bentuk kata pemeri (adalah) + kata nafi (tidak) + frasa adjektif. • Penggunaan kata pemeri amat terhad dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat. Malah, dalam sesetengah ayat kata pemeri dapat digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat itu. Kata Terbitan Berawalan Awalan kata kerja Awalan kata nama Akhiran kata nama Apitan kata nama Hadir sebelum kata dasar Akhiran kata kerja Apitan kata kerja Sisipan dalam kata nama Apitan kata adjektif Sisipan dalam kata adjektif Kata Terbitan Bersisipan Kata Terbitan • Kata terbitan mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan sama ada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan. Kata Terbitan Kata Terbitan Berakhiran Kata Terbitan Berapitan
MESTI TAHU Akronim 8 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Tunggal 2 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Jenis-jenis Frasa 10 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Terbitan 4 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Ayat Pasif 12 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Ganda Seluruh 6 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta dan Definisi Penting Kata Tunggal Setiausaha, warganegara, tandatangan Sukacita Menandatangani Apabila Kebolehubahan, uji kaji Dukacita Bertanggungjawab Apalagi Bagaimana Kata Nama Majmuk Kata Sifat Majmuk Kata Kerja Majmuk Kata Tugas Majmuk Jenis-jenis Frasa Ayat Biasa dan Ayat Songsang • Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh disusun dengan dua cara, iaitu susunan biasa dan susunan songsang. • Ayat biasa terbentuk daripada susunan biasa manakala ayat songsang terbentuk daripada susunan songsang. • Ayat biasa dan ayat songsang mempunyai makna yang sama. Ayat-ayat itu hanyalah berbeza dari segi penekanannya. Jenis-jenis Frasa Contoh Ayat Frasa Nama + Frasa Nama Maisarah (FN) + seorang doktor. (FN) Frasa Nama + Frasa Kerja Husnina (FN) + membaca buku. (FK) Frasa Nama + Frasa Adjektif Rumah Aiman (FN) + besar. (FA) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Tengku Zarena (FN) + dari Kelantan. (FSN) Kata Terbitan Berawalan • pe- (pelari, penyodok) • pem- (pembina, pembuka) • pen- (pendatang, pendua) • peng- (penggali, penggubal) • dwi- (dwibahasa, dwitahunan) Kata Terbitan Berapitan • pe-...-an (percintaan, perubahan) • penge-...-an (pengeboman) • ke-...-an (kebaikan, kesedihan, kemelayuan, keakraban) • diper-...-kan/-i (diperdengarkan, diperdengari) Kata Terbitan Berakhiran • -an (minuman, bantuan, tuisan) • -kan (pulangkan, bacakan, turunkan) • -i (mulai, sakiti, jauhi) Kata Terbitan Bersisipan • -el- (telunjuk, kelelakian) • -er- (seruling, serabut) • -em- (gemilang, semerbak) • -in- (sinambung) • -er- (serabut, gerigi) • Contoh-contoh kata terbitan berawalan, kata terbitan berakhiran, kata terbitan berapitan dan kata terbitan bersisipan. Ayat Pasif Tugas itu sudah saya selesaikan semalam. Mereka kena hasut oleh anasir luar. Hutang itu perlu engkau selesaikan. Sampah sarap dibakar oleh nenek petang tadi. Surat anaknya belum berjawab. Pasu itu terlanggar oleh motosikal Pak Abu. Ayat pasif diri pertama dan kedua Ayat pasif dengan imbuhan di-, ber- dan terAyat Pasif Ayat pasif dengan kata ‘kena’ Kata Ganda Seluruh Kata Ganda Separa • Kata ganda seluruh terbahagi kepada: Gandaan Kata Nama Gandaan Kata Kerja Gandaan Adjektif/ Sifat Majalah-majalah Kambing-kambing Pelajar-pelajar Sahabat-sahabat Lari-lari Makan-makan Gelak-gelak Tengok-tengok Bijak-bijak Manis-manis Cantik-cantik Muda-muda • Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama. Gandaan Kata Nama Bebawang Bebenang Dedaun Geguli Gegendang Jejari Lelangit Lelayang Sesiku Akronim Kata Akronim Cantuman Bahagian Awal Perkataan Pertama dengan Bahagian Lain Perkataan • RAS – Rakan Alam Sekitar • JAS – Jabatan Alam Sekitar Kata Akronim Cantuman Huruf dan Suku Kata Perkataan • Madum – Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia • Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Kata Akronim Cantuman Suku Kata Awal Perkataan • Tadika – Taman didikan kanak-kanak • Kugiran – Kumpulan gitar rancak Kata Akronim Cantuman Bahagian Awal Perkataan Pertama dengan Bahagian Lain Perkataan • Purata – Pukul rata • Jantina – Jantan betina
MESTI TAHU Peribahasa 32 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bahasa Istana 26 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Peribahasa 34 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Peribahasa 28 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. 36 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Peribahasa 30 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta Penting Bahasa Istana Maksud Beradu Tidur Berangkat Bertolak Berkenan Suka, sudi, bersetuju Bersemayam Duduk Bersiram Mandi Bertitah Berkata Beta Saya/ patik Gering Sakit Gering hulu Pening Hari keputeraan Hari lahir Jemala Kepala Kurnia Pemberian Menghadap Datang berjumpa Murka Marah Inang Pengasuh Santap Makan Sembah Memberi salam Peribahasa Maksud Bagai halilintar membelah bumi Bunyi yang sangat kuat. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga Pergaduhan sesama saudara (selalunya adik-beradik) itu tidak panjang dan lama-kelamaan mereka akan berbaik juga. Genggam bara api biar sampai jadi arang Kesungguhan sangat penting bagi menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Jika menginginkan sesuatu, kita akan berusaha mendapatkannya sedaya upaya dan begitulah sebaliknya. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. Peribahasa Maksud Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang Kalau terjadi sesuatu hal, tentu ada sebab-sebabnya. Seperti air di dalam dulang Negeri yang aman sentosa. Seperti harimau menyembunyikan kukunya Orang yang hendak menyoroknyorokkan kelebihan dirinya. Seperti hujan jatuh ke pasir Teguran yang tidak dihargai. Ular menyusur akar, tiada akan hilang bisanya. Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran Perkara atau barang yang diinginkan tidak dapat, manakala yang ada hilang dari genggaman. Peribahasa Maksud Bertangguh itu pencuri masa Perbuatan menangguhkan masa menyebabkan sesuatu kerja itu tidak dapat disiapkan. Titik peluh Hasil usaha sendiri Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus untuk orangorang tua sahaja. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya. Indah khabar dari rupa Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. Peribahasa Maksud Ada rotan adalah duri Dalam kesenangan, ada kesusahan. Anak kapal Awak-awak atau pekerja dalam sesebuah kapal. Bagai Belanda minta tanah Perihal orang yang tamak. Bagai merak mengigal di tengah hutan Orang yang menunjukkan kepandaiannya di hadapan orang yang bodoh. Biar titik jangan tumpah Biar rosak sedikit asalkan tidak rosak kesemuanya. Bagai sampah hanyut Orang hina yang tidak diendahkan oleh orang lain. Tanam padi lalang yang tumbuh Usaha yang belum berhasil. Peribahasa Maksud Api padam puntung berasap Perkara yang telah selesai tetapi ditimbulkan kembali. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi Orang yang bercakap besar, sedangkan keluarga hidup melarat. Lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu Orang yang tidak menyedari akan kekurangan dirinya. Lemah melapis, condong menopang Tolong-menolong antara satu sama lain. Meletup di sana, di sini bunyinya Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. Selama enggang mengeram Lama benar. Seperti hendak meluruskan ekor beruk Sangat sukar menasihati orang yang degil.
1 Bab 1 1.1 Morfologi 1. Soalan morfologi sebenarnya menguji kemahiran tatabahasa calon. 2. Berikut kemahiran yang perlu dicapai di Tingkatan Lima seperti yang dinyatakan dalam DSKP KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5: (a) Mengaplikasi bentuk kata tunggal, kata majmuk dan menulis dengan menggunakan laras bahasa yang betul (b) Mengaplikasi pelbagai kata terbitan dalam pelbagai laras bahasa dengan betul (c) Mengaplikasi bentuk kata ganda dan akronim dalam pelbagai laras bahasa dengan betul (d) Memahami dan menggunakan golongan kata dalam pelbagai laras bahasa dengan betul 3. Kata tunggal ialah perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. 4. Ada dua jenis kata tunggal: (a) Kata tunggal satu suku kata (b) Kata tunggal dua suku kata atau lebih 5. Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih untuk membentuk perkataan baharu yang membawa maksud lain. 6. Ada dua bentuk kata majmuk: (a) Kata majmuk berbentuk istilah khusus, (contohnya: kertas kerja, mata pelajaran, tabung uji dan sebagainya) (b) Kata majmuk kiasan (contohnya: kaki ayam, batu api, anak emas, mati kutu dan sebagainya) 7. Kata terbitan ialah kata dasar yang menerima imbuhan. 8. Ada empat jenis kata terbitan: (a) Awalan (b) Akhiran (c) Apitan (d) Sisipan Kata ganda ialah kata yang wujud daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Setiap kata ganda mesti dieja menggunakan tanda sempang (-) kecuali kata ganda separa. 9. Terdapat empat jenis kata ganda: (a) Kata ganda seluruh/ penuh (contohnya: bukubuku, pusing-pusing, cantik-cantik, gelak-gelak dan sebagainya) NOTA Sistem dan Aplikasi Bahasa (b) Kata ganda separa/ separuh (contohnya: kekuda, sesiku, bebola, jejari, tetupai, lelangit dan sebagainya) (c) Kata ganda berentak/ berima (contohnya: lauk-pauk, kuih-muih, batu-batan, kusut-masai, simpang-siur dan sebagainya) (d) Kata ganda berimbuhan (contohnya: bermain-main, terlihat-lihat, setidak-tidaknya, turun-temurun, wangi-wangian dan sebagainya) 10. Kata akronim tergolong sebagai kata tunggal. Kata akronim terbentuk dengan: (a) Menggabungkan huruf awal suku kata, atau (b) Menggabungkan huruf awal dan suku kata, atau (c) Menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkaian kata sehingga terbentuk perkataan baharu yang utuh. 11. Golongan kata dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada empat golongan utama: (a) Kata nama (kata nama am, kata nama khas, kata nama terbitan, kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama tanya, kata ganti nama tempat, kata ganti nama tak tentu) (b) Kata kerja (kata kerja transitif, kata kerja tak transitif) (c) Kata adjektif (keadaan, warna, ukuran, bentuk, jarak, waktu, cara, perasaan, pancaindera) (d) Kata tugas (kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan kata pasca kata) 1.2 Sintaksis 1. Soalan 2, iaitu sintaksis merupakan sebahagian daripada sistem dan aplikasi bahasa yang menguji kemahiran tatabahasa calon berkaitan dengan pembinaan ayat. 2. Dalam DSKP KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, aspek yang diuji dalam bahagian ini terkandung dalam SK 5.3, iaitu memahami dan menggunakan ayat yang sesuai dalam pelbagai bidang di bawah: (a) 5.3.1 Memahami dan menggunakan frasa dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks (b) 5.3.2 Memahami dan menggunakan ayat terbitan dengan betul mengikut konteks (c) 5.3.3 Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul mengikut konteks (d) 5.3.4 Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul mengikut konteks
7TIP SOS 1.1 Morfologi Latihan 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja transitif dan satu kata kerja tak transitif. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kebaikan yang diperoleh daripada pembelajaran dalam talian ialah murid boleh mengakses maklumat pada bila-bila masa supaya dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, pembelajaran secara dalam talian dapat membantu mengurangkan penularan virus ini kerana tidak berlaku pembelajaran secara bersemuka. Seterusnya, guru dan murid dapat meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi secara optimum kerana secara tidak langsung pelbagai kemahiran teknologi informasi komunikasi (ICT) perlu diaplikasikan untuk memastikan PdPR berjalan dengan lancar. 1. Perkataan Ayat 2. Perkataan Ayat 3. Perkataan Ayat 4. Perkataan Ayat Kata Kerja Transitif Kata Kerja Tak Transitif Mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat. Kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak memerlukan objek.
8 TIP SOS Latihan 2 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata sendi nama dan satu kata ganti nama tunjuk. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Pihak industri mempunyai pandangan yang berbeza dalam memberikan definisi kecemerlangan kepada pelajar. Bagi pihak industri, kecemerlangan itu bukan sahaja tertumpu pada jumlah gred A yang diperoleh semata-mata tetapi yang lebih penting ialah kemampuan pelajar yang terlibat mempamerkan kemahiran insaniah mereka. Antara kemahiran tersebut termasuklah kemahiran berkomunikasi, kepemimpinan, menyelesaikan masalah, dan bekerja dalam kumpulan. Kemahiran insaniah jauh lebih bermakna kepada pihak industri berbanding dengan jumlah gred A yang dimiliki oleh pelajar. Dipetik daripada Halaman 64, Buku Teks Tingkatan 5 Kementerian Pendidikan Malaysia 1. Perkataan Ayat 2. Perkataan Ayat 3. Perkataan Ayat 4. Perkataan Ayat 5. Perkataan Ayat Kata Ganti Nama Tunjuk Umum Tempat Contoh: ini, itu Contoh: sini, situ, sana
35 Bab 2 2.1 Petikan Umum 1. Kertas 2 Bahasa Melayu terdiri daripada 3 bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Bahagian B terdiri daripada Soalan 6 (Pemahaman Petikan Umum), Soalan 7 (Pemahaman Petikan Sastera) dan Soalan 8 (Pemahaman Novel). 3. Bagi Soalan 6 dan Soalan 7, calon dikehendaki menjawab 4 soalan (i, ii, iii dan iv) untuk setiap satu manakala Soalan 8 terdapat 2 soalan, iaitu (i dan ii). 4. Untuk pengetahuan calon, bahagian ini memerlukan 60% kemahiran membaca dan 40% kemahiran menulis. Justeru, pastikan calon membaca setiap bahan yang diberikan dari awal hingga akhir. 5. Cadangan masa untuk menjawab Soalan Bahagian B ini ialah 60 minit (1 jam) daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan. 6. Perlu diingat, calon digalakkan agar meneliti soalan terlebih dahulu sebelum membaca petikan atau bahan yang disediakan. Hal ini bertujuan agar calon dapat mencari jawapan yang tertera dalam petikan yang dikemukakan. 7. Calon digalakkan untuk menggariskan atau menandakan jawapan pemahaman ketika proses membaca agar dapat menjimatkan masa. 8. Antara soalan yang ditanyakan dalam Soalan 6 (i) ialah soalan berbentuk rangkai kata. Contohnya, (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud cukup penting. [2 markah] 9. Oleh itu, calon disarankan agar menukarkan kedua-dua perkataan di atas dengan perkataan sesuai yang sama erti dengan rangkai kata tersebut. Dalam erti kata lain, cari perkataan sinonim untuk cukup dan perkataan sinonim untuk penting. Jadi, jawapannya ialah sangat mustahak. 10. Bagi Soalan 6 (ii), jawapannya terdapat dalam petikan daripada bahan-bahan yang diberikan. Soalan boleh terdiri daripada 2 bahan atau 3 bahan. 11. Oleh itu, calon perlu mengenal pasti jawapan daripada bahan yang diberikan. Ini melibatkan kemahiran pemindahan maklumat. Contoh Soalan 6 (ii) ialah seperti yang berikut: Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan faktor yang menyebabkan kaedah pembelajaran Teknik Meja Bulat dan Permainan Bahasa kurang dipraktikkan di dalam kelas. 12. Jawapan hendaklah ditulis dalam ayat. Contoh jawapan adalah seperti yang berikut. NOTA Pemahaman Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, persamaan faktor yang menyebabkan kaedah pembelajaran Teknik Meja Bulat dan Permainan Bahasa kurang dipraktikkan di dalam kelas ialah ruang bilik darjah yang terhad. Selain itu, perbezaan yang dikemukakan dalam Bahan 1 ialah bilangan pelajar yang ramai manakala Bahan 2 pula mengemukakan faktor ketiadaan alat atau bahan yang berkaitan dengan Permainan Bahasa. 13. Demikianlah contoh ayat yang perlu ditulis untuk menjawab soalan persamaan dan perbezaan. 14. Seterusnya, bagi Soalan 6 (iii) dan (iv) berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Soalan ini memberikan peluang kepada calon untuk mendapat markah dengan mudah kerana calon hanya perlu mengemukakan idea sendiri yang logik dan rasional berdasarkan soalan. 15. Contoh soalan adalah seperti yang berikut. (iii) Pada pendapat anda, sejauh manakah pertandingan berkumpulan dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid? Jawapan hendaklah dijawab dalam ayat seperti yang berikut. Pada pendapat saya, pertandingan berkumpulan dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid kerana… (iv) Cadangkan langkah-langkah terbaik yang dapat menarik minat murid untuk menyertai Kelab Catur di sekolah. Jawapan hendaklah dijawab dalam ayat seperti yang berikut. Langkah-langkah terbaik yang dapat menarik minat murid untuk menyertai Kelab Catur di sekolah ialah… 16. Bagi soalan 3 markah, calon dicadangkan untuk memberikan 2 isi manakala bagi soalan 4 markah, calon dicadangkan untuk memberikan 3 isi. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri serta ditulis dalam bentuk yang lengkap dan sempurna. 17. Calon disarankan agar menjawab kesemua soalan kerana Bahagian B ini menyumbang 35/100 markah dalam Kertas 2.
40TIP SOS Bahan 2 Bidang sukan gimnastik mampu dijadikan sumber pendapatan dan salah satu karier yang boleh menjamin masa hadapan. Izzah binti Amzan merupakan salah seorang ratu gimrama negara yang sedang meningkat naik. Ketika ini, bidang tersebut bukan hanya menjadi aktiviti mengisi masa lapang bagi memenuhi minat. Malahan, minat yang mendalam tersebut telah berjaya memupuk disiplin diri yang tinggi sehingga beliau mampu menempa nama sebagai seorang ahli gimnas yang berjaya mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara pencapaian terbaiknya termasuklah berada pada kedudukan ke-57 dalam World Championships Baku, Azerbaijan, pada Tahun 2019. Sukan gimrama memerlukan tempat yang luas dan rata seperti di dalam dewan tertutup di samping menguji ketangkasan atlet menggunakan pelbagai peralatan seperti tali, reben dan bola dengan iringan irama muzik. Dipetik daripada ‘Ratu Gimrama Negara’ Halaman 17, Buku Teks Tingkatan 5 Kementerian Pendidikan Malaysia (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud impak positif. (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan antara permainan e-sukan dengan sukan gimrama. (iii) Perubahan pembangunan institusi kesukanan telah berlaku yang mana jika dahulu sukan merujuk kepada permainan yang perlu dimainkan di arena atau gelanggang, melibatkan perlawanan bersemuka dan memerlukan sentuhan fizikal. Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memperkasa e-sukan pada masa ini? (iv) Selaku Pengerusi Kelab e-Sukan, anda telah berbincang dengan guru penasihat kelab untuk menambahkan bilangan ahli kelab yang sedia ada. Cadangkan langkah-langkah terbaik yang dapat menarik minat murid seterusnya membantu meningkatkan bilangan ahli Kelab e-Sukan di sekolah anda. (i) Soalan berbentuk rangkai kata (soalan i), calon mesti menulis mengenal pasti sinonim bagi perkataan yang diberikan dengan padanan yang sesuai.
49TIP SOS 2.3 Novel Latihan 1 (i) Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Selesai latihan, Pak Haji Salam yang juga merupakan ketua kumpulan zapin D’Purnama tidak membenarkan aku pulang dahulu kerana ada beberapa perkara yang hendak dibincangkan. Aku, Tauke Lim dan beberapa rakan yang terlibat dengan kumpulan zapin ini duduk berkumpul di atas pentas. “Sebenarnya begini, selepas solat isyak di masjid tadi, Haji Kemat JKKK memaklumkan bahawa YB Shamsuri akan datang dua minggu lagi. Katanya malam minggu. Kebetulan pula, pegawai daripada Yayasan Warisan Negeri juga telah menghubungi Haji Kemat untuk datang ke sini kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat kat sini. Mereka hendak memperkembang rentak jincat ini dan akan diwartakan sebagai salah satu rentak asli dalam tarian zapin. Jadi, nampaknya kita perlulah membuat persediaan yang rapi supaya acara kita berjalan dengan baik dan lancar,” jelas Pak Haji Salam. Dipetik daripada novel ‘Silir Daksina’ karya Nizar Parman Kementerian Pendidikan Malaysia Apakah yang disampaikan oleh Pak Haji Salam semasa perbincangan di atas pentas? (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairudin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Daksina, karya Nizar Parman (h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa bagi setiap novel yang menyentuh perasaan anda sebagai pembaca. (i) Nyatakan nama novel yang dipilih dalam jawapan berserta penulisnya. (ii) Tulis jawapan dalam perenggan sahaja (ayat yang gramatis).
52 Bab 3 3.1 Kepelbagaian Bahan Rangsangan 1. Cadangan panduan menjawab Kertas 1 Bahagian A yang terdiri daripada kombinasi pelbagai bahan rangsangan adalah seperti yang berikut: Rangka Teknik Contoh Pendahuluan T – Tema I – Isu K – Kata kunci Belakangan ini, kejadian bencana alam sering berlaku. Kejadian tanah runtuh meragut banyak nyawa. Justeru, pelbagai pihak perlu memainkan peranan agar kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Isi karangan I – Isi m – mengapakah? ba – bagaimanakah? san – kesan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui agensinya perlu menjalankan penyelidikan tentang punca sebenar kejadian tanah runtuh ini. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat mahu melihat pihak kerajaan menjalankan tindakan yang sewajarnya. Contohnya, kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan di Hulu Selangor barubaru ini dapat dielakkan jika pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang diperketat terhadap pihak yang menjalankan pembalakan haram di kawasan tersebut Penutup ke – ayat kesimpulan ca – ayat cadangan pan – ayat harapan Tuntasnya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menangani masalah bencana alam ini daripada terus menjadi barah agar keselamatan masyarakat terjamin. Contoh Bahan Rangsangan Baca kedua-dua emel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab salah satu e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. E-mel 1 Daripada : [email protected] Kepada : [email protected] Subjek : Pengalaman Bercuti Assalamualaikum sahabatku. Saya harap awak sihat di samping keluarga tersayang. Tujuan saya menulis e-mel ini kerana ingin mendengar perkongsian cerita tentang percutian awak bersama keluarga baru-baru ini. Saya dengar awak pergi ke destinasi pelancongan menarik. Saya menunggu balasan e-mel ini. Sekian, terima kasih. Yang benar, Khai NOTA Penulisan Bahagian penulisan dapat dibahagikan kepada tiga bahagian dalam Kertas Bahasa Melayu SPM, iaitu: 1. Kertas 1 (Bahagian A) – Kepelbagaian Bahan Rangsangan 2. Soalan bahagian ini wajib dijawab. 3. Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah. 4. Cadangan masa ialah 30 minit. 2. Kertas 1 (Bahagian B) – Karangan Mengikut Domain 3. Kertas 2 (Bahagian C) – Rumusan 5. Panjang karangan hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. 6. Berikut merupakan contoh karangan kepelbagaian bahan rangsangan.
61TIP SOS Latihan 3 Bahan di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat yang berkaitan dengan sambutan perayaan di Malaysia. Berdasarkan bahan tersebut, tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan perihal sambutan perayaan di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Bahan 1 Sambutan rumah terbuka Pakaian tradisional Hidangan unik dan enak Bahan 2 Aidilfitri hari kemaafan, Menghapus kesalahan sesama insan; Memupuk perpaduan sesama ehsan, Mengikat tali keakraban. Tip: (i) Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu, terlebih dahulu jawab pertanyaan yang ditanyakan sebelum ini. (ii) Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti nenda, ayahanda, ibunda / bonda, kakanda / kanda, adinda, anakanda dan cucunda.
63TIP SOS Latihan 5 Maklumat di bawah berkaitan dengan tip menjaga kesihatan. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menjaga kesihatan diri daripada penyakit berjangkit. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Bahan 1 Jika kebersihan tidak dijaga, Tubuh yang sihat akan diduga. Jika makanan tidak seimbang, Penyakit datang hati bimbang. Amalan Hidup Sihat Melakukan pemeriksaan kesihatan Melakukan senaman Menjaga pemakanan seharian Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran Bahan 2 (i) Fikirkan kata-kata yang indah dan luar biasa (bombastik) ketika mengarang untuk memperoleh markah yang cemerlang. (ii) Contoh: – "Harta sejati adalah kesihatan, bukan emas dan perak." Mahatma Gandhi – Kesihatan merupakan anugerah terindah yang terkadang lupa untuk kita syukuri.
75 Bab 4 NOTA Ujian Lisan (Bertutur dan Mendengar) 4.1 Ujian Bertutur 1. Ujian Lisan juga disebut sebagai Ujian Bertutur, diuji dalam Kertas 3 Bahasa Melayu (1103/3). 2. Di sekolah, pentaksiran dijalankan secara berterusan bermula Tingkatan Empat hingga Tingkatan Lima. 3. ULBS 1103/3 memperuntukkan: (a) Individu (40 markah) (b) Kumpulan (30 markah) Jumlah markah (70 markah) 4. Masa yang diperuntukkan untuk ujian lisan adalah seperti yang berikut. (a) Individu (3 minit hingga 5 minit) 4.2 Ujian Mendengar 1. Ujian Mendengar diuji dalam Kertas 4 Bahasa Melayu (1103/4). 2. Dalam ujian mendengar, calon akan diperdengarkan dengan rakaman audio yang terdiri daripada 4 petikan hingga 6 petikan. 3. Seterusnya, calon dikehendaki menjawab soalan yang terdiri daripada: (b) Kumpulan (12 minit hingga 15 minit) 5. Teks, bahan dan tema yang dikemukakan berdasarkan kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM. 6. Aras kesukaran semasa pentaksir mengemukakan soalan pula biasanya berdasarkan respons atau tahap kebolehan calon. Walau bagaimanapun, calon SPM wajar mempersiapkan diri dengan menguasai kesemua tema yang terkandung dalam buku teks. 7. Contoh soalan 3 dan soalan 4 yang memerlukan persediaan seperti yang berikut. (a) Objektif Aneka Pilihan (b) Objektif Pelbagai Bentuk (c) Subjektif Respons Terhad 4. Soalan yang perlu dijawab adalah antara 20 soalan hingga 25 soalan. 5. Calon wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan. Jawapan berdasarkan petikan. 6. Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah. 7. Masa yang diperuntukkan ialah 30 minit. Tema: Pelancongan Tema: Keselamatan • Bagaimanakah cara mempromosikan sesuatu tempat pelancongan? • Apakah kepentingan arkeopelancongan? • Mengapakah kawasan seperti Tanah Tinggi Cameron menjadi pilihan pelancong? • Pada pendapat anda, adakah penggunaan e-dompet selamat? • Bagaimanakah cara untuk memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara? • Apakah langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum menunggang motosikal? Tema: Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Tema: Sains, Teknologi dan Inovasi • Apakah langkah yang perlu diambil agar muzik tradisional tidak terus ditelan zaman? • Bagaimanakah kuih tradisional mampu bertahan dan bersaing dengan kuih moden? • Apakah keunikan busana Melayu? • Mengapakah adat dalam suku kaum Orang Asli masih dipelihara? • Apakah kebaikan mengompos sisa kepada alam sekitar? • Nyatakan aplikasi nanoteknologi dalam kehidupan harian yang anda tahu? • Bagaimanakah teknik kultur tisu pisang dapat meningkatkan hasil pertanian? • Apakah fungsi hidrogen yang kamu tahu? Tema: Pertanian, Penternakan dan Perikanan Tema: Sukan dan Rekreasi • Mengapakah herba yang digunakan dalam masakan menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit? • Sejauh manakah penternakan ikan hiasan mampu menjanakan pendapatan? • Apakah antara cabaran industri ikan hiasan? • Mengapakah permainan tradisional perlu dipertahankan? • Nyatakan kepentingan sukan kepada diri dan negara. • Nyatakan jenis sukan yang anda minati. Sejauh manakah anda memperuntukkan masa untuk mengamalkannya?
78TIP SOS Latihan 2 Tema: Perpaduan Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. Semai Perpaduan dan Keharmonian Kaum KUCHING: Pendedahan tentang perpaduan dan keharmonian kaum dicadang untuk diterapkan dalam silibus pendidikan peringkat sekolah supaya budaya tersebut dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat sejak usia kanak-kanak lagi. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, saranan tersebut merupakan komitmen Kementerian Perpaduan Negara (KPN) untuk memastikan masyarakat yang berbilang kaum dibentuk dengan sikap keharmonian sesama bangsa. Beliau berkata bahawa KPN telah melaksanakan usaha ini di peringkat sekolah lagi kerana mereka perlu diberikan pendedahan awal. Oleh sebab itu, cadangan tersebut dipersetujui agar nilai keharmonian antara kaum diberikan pendedahan dalam silibus pendidikan seawal pendidikan taska, sekolah rendah dan juga sekolah menengah seterusnya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam usaha memperkasakan nilai tersebut. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Semai Perpaduan, Keharmonian Kaum dalam Silibus Pendidikan’ oleh Cowen Linch Utusan Malaysia, 26 Februari 2023 Nota: Sila imbas kod QR untuk mendengar soalan-soalan yang dikemukakan. Audio Petikan 2 (i) Semua elemen yang dinyatakan dalam rakaman mesti ditulis semula dalam jawapan untuk mendapat markah penuh, sebagai bukti calon dapat mendengar dengan baik.
79TIP SOS Latihan 3 Tema: Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. Jati diri selalunya dikaitkan dengan akhlak dan maruah individu, masyarakat atau negara. Pembentukan Jati Diri Kebangsaan pula merujuk kepada suatu yang asasi dan menjadi agenda utama dalam sesebuah negara dengan tujuan untuk membina identiti tulen dan murni yang boleh menjadi teras serta lambang keagungan juga keunggulan sesebuah negara. Dalam erti kata lain, mengamalkan prinsip Rukun Negara. Namun, pada masa sekarang hal ini agak menampakkan kemerosoton terutamanya yang berkaitan dengan kecintaan terhadap negara dan bangsa. Hal ini berlaku bukan disebabkan oleh pemikiran generasi muda yang tidak ambil tahu, tetapi disebabkan oleh sikap segelintir masyarakat yang mudah menularkan perkara yang tidak benar sehingga menjejaskan keakuran generasi muda tentang jati diri. Malah, saban hari ada sahaja perkara-perkara yang tidak benar dan agak keterlaluan untuk menjatuhkan sesuatu pihak demi kepentingan pihak lain. Akibat daripada perkara tersebut, sebanyak 82 peratus daripada 346 orang golongan belia kian muak dengan berita-berita berbentuk provokasi sebegini. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jati Diri Pembentuk Identiti Bangsa’ utusanborneo.com.my Nota: Sila imbas kod QR untuk mendengar soalan-soalan yang dikemukakan. Audio Petikan 3 (i) Perkataan yang didengar tidak boleh ditukar dengan perkataan lain yang sama erti.
85 Pentaksiran Tingkatan 5 KERTAS 1 Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan: 30 minit] Maklumat di bawah berkaitan dengan kehidupan berjiran. Huraikan pendapat anda tentang kehidupan berjiran dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Hidup Berjiran Asas Keharmonian
91 Soalan 4: Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang. Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam Antologi Sejadah Rindu Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Soalan 5: Peribahasa Senaraikan tiga peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah. 1. Puan Che Mashitah menghulurkan mangkuk berisi gulai ayam kampung bagi membalas juadah yang diberikan oleh Puan Noreena sambil mengucapkan terima kasih kepadanya. Keadaan ini dikatakan . 2. “ . Oleh itu, berfikirlah sebelum berkata-kata agar kamu tidak meluahkan kata-kata yang boleh merugikan diri kamu sendiri,” nasihat Mak Timah kepada Siti. 3. Puan Haslina mementingkan perniagaan daripada anak dan suaminya. Setelah rumah tangganya berkecai, barulah dia menyesal. Namun, sudah terlambat kerana . [6 markah]
104 BAB 1 Sistem dan Aplikasi Bahasa 1.1 Morfologi Latihan 1 Bil. Perkataan Ayat 1. mengakses Saya meminta kebenaran jurujual sebelum mengakses ciri yang terdapat pada android itu. 2. menyelesaikan Produk kecantikan itu dijamin dapat menyelesaikan masalah kulit sensitif. 3. membantu Rahman suka membantu ayahnya berkebun semasa cuti hujung minggu. 4. meningkatkan Menggunakan teknologi terkini sebenarnya dapat membantu petani meningkatkan hasil pertanian negara. Latihan 2 Bil. Perkataan Ayat 1. dalam Dalam hal ini, kita bersetuju untuk mengadakan kelas tambahan pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan. 2. kepada Azmin menyerahkan bungkusan yang ditemui di pinggir jalan itu kepada pihak polis. 3. pada Sekolah akan dibuka semula pada hari Rabu setelah bercuti sempena Hari Kebangsaan. 4. dengan Ibu pergi ke bendang dengan ayah. 5. itu Orang itu ketua jabatan saya. Latihan 3 Bil. Perkataan Ayat 1. Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara. 2. Suku Temuan Suku Temuan merupakan suku keempat terbesar di dalam hierarki kaum Orang Asli. 3. Orang Asli Terdapat kira-kira 140 000 Orang Asli di Malaysia. 4. Melayu Proto Dalam sejarah Asia, Melayu Proto merupakan salah satu ras yang dianggap sebagai nenek moyang bangsa Indonesia. 5. Pahang/ Negeri Sembilan/ Selangor/ Melaka/ Johor Pahang ialah salah sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia. Latihan 4 Bil. Perkataan Ayat 1. desas-desus Mak Limah ada terdengar desas-desus mengatakan bahawa anak jiran baharunya itu akan berkahwin pada hujung bulan ini. 2. pegawaipegawai Ketua jabatan saya mengarahkan pegawaipegawai di bawahnya untuk menghadiri mesyuarat kewangan esok. 3. pemimpinpemimpin Forum itu dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi setiap parti komponen bagi mencapai kata sepakat. 4. antarabangsa Murid yang berjaya menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa akan memperoleh merit yang tinggi dalam pemarkahan kokurikulum. Jawapan Latihan 5 Bil. Perkataan Ayat 1. Gelanggang Pada setiap hujung minggu, gelanggang di hadapan rumah Pak Ya penuh dengan anak muda yang berlatih futsal. 2. lelaki Kaum lelaki biasanya mempunyai pandangan yang berbeza dengan kaum wanita terutamanya dalam hal rumah tangga. 3. gemilang Suasana di Dataran Merdeka sangat meriah dengan sambutan bulan kebangsaan yang penuh gemilang. 4. dipanggil Airin dipanggil oleh Cikgu Sufi kerana dia kerap hadir lewat ke sekolah. 5. pengukur Keputusan peperiksaan ini sebagai kayu pengukur sejauh mana persediaan calon SPM pada tahun ini. Latihan 6 Bil. Perkataan Ayat 1. jika Abang akan pulang ke kampung jika majikannya meluluskan cuti yang dipohon. 2. dan Maria dan adiknya berjalan menuju ke kedai. 3. walaupun Dia tetap tersenyum walaupun hatinya sakit diperlakukan begitu. 4. yang Amir yang menghadiahkan buku itu kepada Rajoo. 1.2 Sintaksis Latihan 1 Bil. Ayat Susunan Songsang 1. Sebenarnya, yang membantu kita memperoleh kejayaan restu dan keredaan mereka inilah. 2. Juga merupakan faktor seseorang itu berjaya dalam pengajiannya, bimbingan daripada guru dan pensyarah. 3. Sudah tentu kita tidak dapat mencapai kejayaan yang membanggakan, tanpa ilmu dan pengorbanan mereka. Latihan 2 Bil. Ayat Bergaris Jenis Ayat 1. Saya telah menerima notis pembayaran tertunggak daripada pihak bank. Ayat penyata 2. Bagaimanakah hal ini boleh berlaku? Ayat tanya 3. Oh, begitu! Ayat seruan 4. Sila datang ke pejabat kami untuk maklumat lanjut. Ayat perintah Latihan 3 Bil. Ayat Pasif 1. Persembahan makyung yang sungguh unik dapat disaksikan oleh penulis. 2. Persembahan seni tradisional makyung yang bermula jam 8:30 malam dihadiri oleh ramai penonton. 3. Sokongan daripada semua pihak diperlukan oleh penggiat makyung untuk mempromosikan seni warisan ini. Latihan 4 Bil. Pola Ayat 1. Latihan tatabahasa yang terdapat dalam buku ini (FN) agak mudah untuk difahami. (FA) Bab 1