The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1202 Bank Soalan Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2024-01-08 22:32:50

1202 Bank Soalan Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM

1202 Bank Soalan Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM

Keywords: 1202 Bank Soalan Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM,1202 Bank Soalan,Bank Soalan,Bank Soalan KSSM,Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM,Bahasa Melayu Tingkatan 4,Bahasa Melayu,Bahasa Melayu KSSM,Tingkatan 4 KSSM,Tingkatan 4,BM Tahun 4 KSSM,BM,BM KSSM

MESTI TAHU iii – x Bab 1 Sistem dan Aplikasi Bahasa 1 1.1 Morfologi 7 1.2 Sintaksis 13 1.3 Penyuntingan 19 1.4 Bahasa Melayu Standard 31 1.5 Peribahasa 37 Bab 2 Pemahaman 40 2.1 Petikan Umum 45 2.2 Petikan Sastera 51 2.3 Novel 57 Bab 3 Penulisan 60 3.1 Kepelbagaian Bahan Rangsangan 71 3.2 Karangan Mengikut Domain 76 3.3 Rumusan 79 Bab 4 Ujian Lisan (Bertutur dan Mendengar) 84 4.1 Ujian Bertutur 86 4.2 Ujian Mendengar 91 Pentaksiran Tingkatan 4 96 Jawapan 120 Kandungan ii


MESTI TAHU Penjodoh Bilangan 1 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Kerja Transitif 7 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Penjodoh Bilangan 3 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Majmuk 9 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Kerja Transitif 5 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Majmuk 11 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta dan Konsep Penting Penjodoh Bilangan Kata Bilangan Penjodoh Bilangan Kegunaan dua sisir pisang emas tiga ikat sayur, buah empat ekor haiwan beberapa butir beras, telur, peluru beberapa orang manusia Penjodoh Bilangan Penggunaannya Contoh batang menunjukkan benda yang panjang sungai, kayu, galah, jalan, pen, pensil bentuk menunjukkan benda yang melengkung atau berkeluk cincin, mata kail, subang buah menunjukkan benda yang mempunyai bentuk yang tidak tentu kereta, komputer, televisyen, rumah biji menunjukkan benda yang bulat dan kecil buah, cawan, sayur, ubat butir menunjukkan benda kecil dan bulat peluru, telur, beras laras senjata api senapang, meriam Ayat yang Mengandungi KKT Ayat Pasif Kami makan ais kacang. Ais kacang kami makan. Sofia menyatakan bahawa dia telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Sesi Akademik. Bahawa dia telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Sesi Akademik dinyatakan oleh Sofia. Umar menghantar e-mel kepada sahabatnya. E-mel dihantar oleh Umar kepada sahabatnya. Kata Dasar Kata Dasar Kata Dasar Kata Majmuk balai polis ‒ balai polis alat pandang dengar alat pandang dengar surat khabar ‒ surat khabar lampu meja ‒ lampu meja papan kekunci ‒ papan kekunci bakul buah ‒ bakul buah Surat Pekeliling Ikhtisas Surat Pekeliling Ikhtisas Kata Dasar Kata Dasar Kata Majmuk ada hati ada hati ringan tulang ringan tulang berat mulut berat mulut kepala batu kepala batu panjang akal panjang akal batu loncatan batu loncatan ayam tambatan ayam tambatan anak emas anak emas cahaya mata cahaya mata cari jalan cari jalan ikat perut ikat perut kaki ayam kaki ayam harga mati harga mati langkah kanan langkah kanan Subjek KKT Objek Keterangan Kami makan ais kacang ‒ Umar menghantar e-mel kepada sahabatnya Sofia menyatakan bahawa dia telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Sesi Akademik Kata Kerja Transitif (KKT) 1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan untuk menentukan sesuatu benda berdasarkan bentuk atau saiznya. 2. Kata bilangan pula digunakan untuk menunjukkan bilangan atau jumlah sama ada secara tentu (tepat) atau tidak tentu (tidak dapat dipastikan jumlahnya). 3. Contoh penggunaan kata bilangan adalah seperti berikut: 5. Penggunaan tepat penjodoh bilangan iaitu: 3. KKT tidak dapat berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. 4. Unsur keterangan dalam ayat yang mengandungi KKT adalah untuk menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut lagi. 5. Ayat yang mengandungi KKT dapat dipasifkan iaitu: 3. Bentuk kata majmuk terdiri daripada rangkai kata bebas, istilah khusus dan kiasan atau simpulan bahasa. 4. Kata majmuk rangkai kata bebas adalah seperti berikut: 6. Kata majmuk kiasan atau simpulan bahasa adalah seperti berikut: 1. Kata kerja yang diikuti oleh kata nama atau frasa nama sebagai objek atau penyambut. 2. Kata kerja transitif juga diikuti oleh ayat komplemen frasa nama sebagai objek dalam ayat majmuk komplemen.


1 Bab 1 1.1 Morfologi 1. Berdasarkan DSKP KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4, aspek morfologi yang diuji merangkumi: Aspek Morfologi Tingkatan 4 (Pembentukan Kata) Standard Pembelajaran Golongan Kata dan Frasa Huraian 5.1.1 Kata Tunggal dan Kata Majmuk Dengan betul mengikut konteks 5.1.2 Kata Terbitan 5.1.3 Kata Ganda dan Akronim 5.2.1 Kata Nama 5.2.2 Kata Kerja 5.2.3 Kata Adjektif 5.2.4 Kata Tugas 2. Kata tunggal merupakan perkataan yang tidak menerima sebarang bentuk imbuhan dan tidak mengalami penggandaan serta perangkaian. 3. Berikut merupakan jenis kata tunggal berserta contoh. Kata tunggal satu suku kata Cat, skru, skrip, gred, teks, bank, zink Kata tunggal dua suku kata atau lebih Adik, ikan, terima, cendawan, gelanggang, sementara 4. Kata majmuk merupakan perangkaian dua perkataan kata dasar atau lebih sehingga membawa maksud tertentu. 5. Kata majmuk dieja terpisah dan bagi kata majmuk mantap menggunakan kata dasar yang telah utuh dieja sebagai satu perkataan. 6. Berikut merupakan contoh bagi kata majmuk dan kata majmuk mantap. Kata majmuk Mata pelajaran, jam tangan, bandar raya, alat tulis, atur cara, urus setia, hak milik, batu kapur, berat tangan, anak emas, kapal terbang Kata majmuk mantap Antarabangsa, beritahu, tandatangan, setiausaha, tanggungjawab, warganegara, matahari, jawatankuasa, olahraga, sukarela, suruhanjaya NOTA Sistem dan Aplikasi Bahasa 7. Kata terbitan merupakan kata dasar yang menerima imbuhan atau proses menambahkan imbuhan pada kata dasar. 8. Berikut merupakan empat jenis kata terbitan. Kata terbitan awalan Pelari, merasa Kata terbitan apitan Pelarian, merasai Kata terbitan akhiran Pakaian, seniwati, gunakan Kata terbitan sisipan Seruling, telunjuk, gemilang 9. Kata ganda terbentuk daripada proses menggandakan kata dasar. 10. Penggandaan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: (a) Penggandaan penuh (kura-kura, tiba-tiba) (b) Penggandaan separa (jejari, lelangit) (c) Penggandaan berentak (sayur-mayur, kuihmuih) 11. Akronim merupakan gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata daripada beberapa perkataan. 12. Antara contohnya ialah RISDA, MARA, UPM, UiTM, MARDI, PROTON dan ETS. 13. Golongan kata dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. 14. Berikut merupakan jenis dan contoh bagi setiap golongan kata.


2 Golongan Jenis Contoh Kata nama Kata nama am Burung, pokok, tingkap, epal Kata nama khas Sofia, Kedah, Hospital Taiping Kata ganti nama Aku, saya, dia, mereka, kita, kamu Kata kerja Kata kerja transitif: Boleh menjadi transitif aktif dan pasif. Menyapu, memperisteri, membaca, menghulurkan Kata kerja tak transitif: Tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Menangis, terduduk, tidur, berbual Kata adjektif Sifatan Baik, sihat, takut Warna Biru, hijau, kuning Ukuran Nipis, panjang, kecil Bentuk Bulat, leper, bengkok Pancaindera Sedap, cantik, pahit Waktu Awal, baharu, lama Perasaan Rindu, benci, marah Jarak Jauh, dekat, hampir Kata tugas Kata hubung Kerana, dan, maka Kata seru Aduh, oh, amboi Kata tanya Apa, bila, mengapa Kata perintah Sila, tolong, harap Kata pangkal ayat Alkisah, hatta Kata bantu Akan, telah, patut Kata penguat Sangat, amat Kata penegas -kah, -lah, juga Kata nafi Bukan, tidak Kata pemeri Ialah, adalah Kata sendi nama Dengan, antara Kata pembenar Ya, benar Kata bilangan Semua, bertiga Kata arah Atas, bawah, tepi Kata pembenda Sakitnya, lajunya Kata penekan Sesungguhnya


45TIP SOS 2.1 Petikan Umum Latihan 1 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Semasa pandemik melanda, ketiadaan pelancong menyebabkan hilangnya kuasa beli, lantas menyebabkan sistem perekonomian di kawasan tersebut hampir lumpuh sepenuhnya. Ketiadaan kuasa beli menyebabkan perniagaan yang dijalankan berisiko muflis. Sebagai contohnya, pengusaha restoran tidak menerima pelanggan dan keuntungan, tetapi upah pekerja tetap perlu demi mengelakkan kerugian yang lebih ketara. Begitu juga bagi inap desa yang tidak berpenghuni, seterusnya termasuk juga model perniagaan seumpamanya seperti perkhidmatan sewa kenderaan yang pastinya menekan setiap pengusaha yang terlibat. Pada akhirnya, sistem sosioekonomi penduduk Langkawi yang berpaut hampir 60 peratus pada sektor pelancongan lumpuh akibat ketiadaan aliran tunai berlangsung. Dipetik dan diubah suai daripada: Kesuraman Industri Pelancongan Oleh: Nur Afiqah Md. Ali Vejaya Sumber: Dewan Ekonomi, Bil.05/2021 Bahan 2 Tidak dapat dinafikan dalam usaha berhadapan dengan pandemik COVID-19, industri pelancongan terpaksa menerima kesannya. Pekerja di sektor perhotelan dan penerbangan terpaksa diberhentikan kerana ketiadaan pelancong dari dalam dan luar negara. Selain itu, peniaga kecil juga terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat menjalankan perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Walau bagaimanapun, dengan perancangan rapi oleh pihak kerajaan dalam menangani isu ini, pelancong domestik tetap menunjukkan perkembangan yang positif khususnya selepas kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dengan pelbagai sektor mula menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan termasuklah sektor pelancongan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana sejarah dan budaya akan terus relevan dan unggul sebagai medium mempromosikan kekayaan sesebuah negeri dengan cara yang selari dengan kehendak semasa. Dipetik dan diubah suai daripada: Subsektor Pelancongan Sejarah dan Budaya Melaka Oleh: Noor Azimah Md Ali Sumber: Dewan Masyarakat, Bil.10/2020 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata mengelakkan kerugian. Soalan (i): (i) Baca soalan terlebih dahulu dan diikuti dengan petikan. (ii) Maksud rangkai kata adalah berdasarkan konteks petikan. (iii) Jika dua perkataan yang diuji dalam rangkai kata tersebut, berikan juga dua perkataan bagi maksud rangkai kata tersebut. (iv) Elakkan menulis maksud rangkai kata menggunakan huraian yang panjang bagi mengelakkan kehilangan markah dalam soalan tersebut.


46TIP SOS (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kesan buruk kepada sektor pelancongan semasa pandemik COVID-19. (iii) Walau bagaimanapun, dengan perancangan rapi oleh pihak kerajaan dalam menangani isu ini, pelancong domestik tetap menunjukkan perkembangan yang positif. Pada pendapat anda, selain pelancong domestik yang menunjukkan perkembangan yang positif, apakah punca-punca pelancong gemar berkunjung ke negara kita? (iv) Mohamad merupakan pekerja dalam bidang kulinari hotel yang terpaksa diberhentikan akibat pandemik yang melanda negara. Dia tidak mempunyai sumber pendapatan lain dan terpaksa menganggur dalam tempoh yang lama. Jika anda ialah Mohamad, apakah tindakan yang perlu anda ambil bagi mengatasi masalah tersebut? Soalan (ii): (i) Baca soalan terlebih dahulu dan diikuti dengan petikan. (ii) Pastikan kehendak soalan difokuskan semasa membaca petikan. (iii) Gariskan atau tandakan jawapan dalam petikan dengan tepat.


51TIP SOS 2.2 Petikan Sastera Latihan 1 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 “Iz janji tak akan sesekali lupakan nasihat ibu. Ibu bolehkan Iz mohon biasiswa kerajaan negeri? Boleh kurangkan sedikit beban keluarga. Iz pun tak perlu susahkan ibu. Lagipun, gaji Iz bekerja di kebun Pak Saidin sepanjang cuti ni masih ada. Bolehlah Iz tampung yuran masuk ke universiti.” Muiz menjelaskan kepada ibunya. Puan Faizah tersenyum menyenangi sifat anaknya yang sentiasa berusaha menjaga kebajikan keluarga. “Alhamdulillah. Jangan lupa asal usul kita. Jangan sesekali langgar perintah agama dan jangan pernah abaikan adat Melayu kita. Tak perlu kita bangga dengan budaya Barat dan hiburan melampau remaja sekarang ya. Ibu risau pengaruh di luar sana Iz, masalah sosial dan keruntuhan akhlak anak muda sekarang. Tutur kata yang tidak sopan dan mudah terjebak gejala negatif.” Nasihat Puan Faizah kepada anaknya. Dipetik dan diubah suai daripada: Cerpen Madu Penawar Berharga Oleh: Syamimi Rasyidah Moktar Sumber: Dewan Kosmik, Bil.11/2020 Bahan 2 www.sibermerdeka.com.my Dalam kebun diriku aku tanam saujana rancangan untuk memerdekakan warga susahku hidup menentang senja dan malam. Dalam parlimen diriku aku bahas isu onak dan enak untukku merdekakan warga fikirku mengelak hidup dikotak-katikkan. Dalam laut diriku ombak gelora menampar pantai aman untuk menguji amal dan iman. Dalam gergasi diriku terpedaya jua oleh permainan si kancil namun sempat sedar dan beringat lagi. Dalam pentas diriku aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan menghayati skrip demi skrip yang tak diduga klimaksnya. Fokus dan tumpuan pelajar mestilah pada: (i) Baca soalan terlebih dahulu, kemudian baca petikan yang diberikan. (ii) Tandakan jawapan dalam petikan sambil pelajar meneruskan pembacaan. (iii) Gariskan maksud rangkai kata yang terdapat dalam bahan yang diberikan.


52TIP SOS (i) Berdasarkan Bahan 1, apakah perkara yang dirisaukan oleh ibu Iz? (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah nasihat-nasihat bagi mengelakkan generasi muda terpengaruh dengan budaya negatif? (iii) Generasi muda mudah terjebak dengan budaya Barat dan pengaruh negatif apabila sering didedahkan dengan budaya tersebut. Pada pendapat anda, apakah cara-cara mengatasi pengaruh negatif dalam kalangan generasi muda? (iv) Pendidikan amat penting kepada semua. Setiap individu berhak mendapat pendidikan sejak dari kecil lagi. Sebagai pelajar yang bertanggungjawab, nyatakan persediaan-persediaan untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Soalan (i): (i) Pelajar perlu menyenaraikan daripada Bahan 1, isi penting berdasarkan kehendak soalan. (ii) Senaraikan lebih jawapan jika terdapat lebih daripada satu jawapan dalam petikan. Soalan (ii): (i) Kenal pasti jawapan dalam kedua-dua bahan dan tuliskan jawapan mengikut bahan 1 dan bahan 2. Dalam dewan diriku aku tak cemas lagi oleh kata yang mengekang aku tak lemas lagi oleh kata yang menyerang. Apabila sibermerdeka sampai ke rumah aku panggil diriku bermesyuarah menyokong, berkecuali atau menentang aku ambil keputusan waktu itu aku kenal batas diri untuk tidak mengulangi kekalahan. Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia aku turun darinya menghadapi hidup nyata peristiwa datang peristiwa pergi bagai siang memanggil malam dan sibermerdeka terus berkaca terus mengalirkan arus ingatan elakkan dirimu menjadi sia-sia hamparkan dirimu di persada Tuhan. ABDUL GHAFFAR IBRAHIM, dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul


71TIP SOS 3.1 Kepelbagaian Bahan Rangsangan Latihan 1 Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. E-mel 1 Daripada : [email protected] Kepada : [email protected] Subjek : Makanan yang baik untuk minda Assalamualaikum sahabatku, Serra. Apa khabar saudari sekarang? Saya berharap agar saudari dan keluarga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Sejak akhir-akhir ini, saya ada terlihat saudari memuat naik foto beberapa jenis makanan untuk meningkatkan keupayaan ingatan. Saya sangat kagum kerana saudari sangat berdisiplin menjaga pemakanan kerana ingin kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari. Jika saudari tidak keberatan, sudilah kiranya saudari kongsikan dengan saya makanan yang baik untuk minda dan kesihatan tubuh. Tambahan pula pada tahun ini kita akan menghadapi peperiksaan SPM. Saya berharap perkongsian saudari dapat membantu saya mengatasi masalah kelesuan dan sering mengantuk ketika belajar. Sekian, sahabatmu. Eric Jhon E-mel 2 Daripada : [email protected] Kepada : [email protected] Subjek : Tip berjaya dalam pelajaran Selamat sejahtera sahabatku, Mikail. Apa khabar saudara sekarang? Saya berharap agar saudara dan keluarga berada dalam keadaan yang sihat di samping keluarga tersayang. Mika, baru-baru ini saya memperoleh keputusan Penilaian 1. Saya ditegur oleh beberapa orang guru subjek kerana lemah dalam mata pelajaran yang mereka ajar. Sebenarnya, saya akui telah banyak tertinggal pelajaran kerana saya bekerja secara sambilan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Saya agak buntu memikirkan bagaimanakah saya boleh berjaya dalam pelajaran sedangkan dalam masa yang sama saya juga bekerja untuk membantu menyara ibu sejak kematian ayah tahun lepas. Jika saudara tidak keberatan, sudilah kiranya saudara kongsikan dengan saya cara terbaik agar saya dapat menyeimbangkan antara pelajaran dan kerja sambilan saya. Saya juga ingin berjaya seperti kamu, Mika. Sekian, sahabatmu. Andrew Abdullah Pastikan calon mengikuti langkah ini sebelum membina rangka jawapan: (i) Analisis – Pilih satu sahaja e-mel yang mudah untuk anda jawab. (ii) Tulis – Tulis isi dalam rangka karangan. (iii) Semak – Semak jawapan e-mel anda.


72TIP SOS (i) Penulisan e-mel masih tertakluk kepada 150 hingga 200 patah perkataan. (ii) Rujuk subjek e-mel tersebut agar jawapan e-mel anda tidak terpesong atau tersasar.


76TIP SOS 3.2 Karangan Mengikut Domain Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1. Semasa cuti sekolah yang panjang pada penghujung tahun, anda ke rumah ibu saudara anda di bandar. Di sana anda telah membantu ibu saudara anda mengusahakan sebuah restoran. Anda ingin menceritakan pengalaman anda di bandar kepada rakan anda dalam sepucuk surat. Tulis surat anda itu selengkapnya. 2. Melakukan aktiviti atau percutian di kawasan alam semula jadi dapat memberikan ketenangan. Di samping dapat menghirup udara segar dan jauh daripada kesibukan serta kebisingan kota. Bukan sekadar dapat merasai pengalaman berbeza, bahkan memberi peluang pencinta alam untuk meneroka alam semula jadi di samping melatih diri untuk menjadi lebih berdikari. Dipetik dan diubah suai daripada: “Nikmati udara segar di hutan, ketahui kelebihan aktiviti berkhemah” Sumber: majoriti.com.my, 13 Disember 2022 Kelab Pencinta Alam sekolah anda telah mengadakan percutian sambil berekreasi di salah sebuah taman negara berhampiran dengan tempat anda. Selaku setiausaha, anda telah diminta untuk menulis laporan tentang percutian tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya. Tip menulis karangan jenis cerita: (i) Menggambarkan cerita yang akan anda tulis dalam minda terlebih dahulu. (ii) Buat rangka penulisan. (iii) Pastikan jalan cerita (plot) dan watak yang terlibat jelas semasa menulis. (iv) Cerita yang dikarang mestilah menarik, mudah difahami dan tidak berbelit-belit (jalan ceritanya) serta logik dan rasional.


77TIP SOS 3. Kemunculan siri animasi popular seperti Upin dan Ipin, BoboiBoy, Didi and Friends, Ejen Ali serta The Amazing Awang Khenit telah membuka mata generasi muda terhadap prospek cerah bidang kreatif itu sekali gus berminat menjadikannya kerjaya pilihan pada masa depan. Dipetik dan diubah suai daripada: “Kerjaya bidang animasi kian berkembang” Sumber: Berita Harian, 1 Julai 2017 Perkembangan industri animasi di negara ini menyaksikan pertumbuhan semakin banyak syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan untuk produksi di dalam mahupun luar negara. Benarkah juruanimasi merupakan suatu kerjaya yang menarik? Berikan pendapat anda. 4. Bintang Kecil merupakan acara yang signifikan dalam mengetengahkan bakat kanak-kanak khususnya dalam bidang seni suara. Kita yakin bahawa program seumpamanya dapat membentuk generasi pelapis yang berketerampilan, kreatif dan berkeperibadian tinggi dalam bidang seni suara. – Datu Hii Chang Kee, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan. Dewasa ini ramai pelajar menceburi bidang seni suara walaupun masih di bangku sekolah. Keadaan ini dilihat ada kebaikan dan keburukannya. Tulis sebuah rencana berkaitan perkara tersebut untuk dimuatkan dalam sebuah akhbar tempatan. Tip menulis karangan cemerlang: (i) Kesan kata kunci/ fokus supaya calon tahu isi yang hendak ditulis atau disampaikan. (ii) Mempunyai pengetahuan frasa menarik yang luas. (iii) Frasa menarik termasuklah peribahasa, kata-kata hikmah, maksud ayat al-Quran atau hadis, kata-kata pemimpin dan sebagainya.


79TIP SOS 3.3 Rumusan Latihan 1 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis menjadi satu penyakit lumrah dalam kalangan masyarakat kini. Masyarakat mengambil remeh isu diabetes seolah-olah penyakit ini hanya demam atau selesema yang dapat ditangani oleh sistem imunisasi badan kita. Tahukah anda bahawa diabetes merupakan penyakit bahaya yang boleh menyebabkan banyak komplikasi dan boleh mengundang maut? Diebetes berpunca daripada faktor usia lanjut yang menyebabkan sistem ketahanan mulai lemah. Selain itu, obesiti juga sering dikaitkan dengan penyakit ini. Adakalanya, penyakit diabetes ini juga boleh menyebabkan terencat ketahanan glukosa sama ada berlaku kepada kanak-kanak dan juga golongan dewasa. Sesetengah faktor pula adalah berpunca daripada keturunan atau genetik. Hal ini menyebabkan generasi muda yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat mudah menghidapi penyakit diabetes walaupun pada usia yang masih muda. Faktor pemakanan merupakan punca yang sering dikaitkan dengan penyakit diabetes. Penggunaan gula yang tidak terkawal dan sering mengambil minuman dan snek yang manis punca penyakit ini kian bertambah dari masa ke masa. Di samping itu, faktor kurang bersenam juga penyebab diabetes kerana amalan gaya hidup sihat mampu mengawal glukosa dalam badan kita. Diabetes punca kepada pelbagai komplikasi iaitu kerosakan saraf atau neuropati. Kadar gula yang tinggi dalam darah akan menyebabkan kerosakan saraf. Kerosakan saraf ini menyumbang kepada rasa sakit dan kebas di sekitar kawasan tangan dan kaki. Sesetengah individu mengalami kesukaran untuk bergerak kerana kesan langsung daripada diabetes. Malahan, lebih kronik lagi apabila pesakit juga mengalami gangren atau kematian tisu jika tidak menjaga luka dengan baik. Keadaan gangren yang serius boleh menyebabkan infeksi dan mengakibatkan kematian. Berdasarkan statistik, sebanyak seorang daripada empat pesakit diabetes yang mengalami masalah buah pinggang. Komplikasi lain diabetes ialah hipertensi atau dikenali sebagai darah tinggi disebabkan oleh peningkatan tekanan darah dalam saluran darah kerana paras glukosa yang tinggi. Pelbagai langkah telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mencegah diabetes pada peringkat awal melalui kempen gaya hidup sihat. Kerajaan juga menyediakan pemeriksaan gula percuma kepada individu yang berumur 40 tahun ke atas untuk mengesan penyakit kencing manis dan mengambil langkah mengawal paras gula mereka. Selain kerajaan, individu juga perlu mempunyai kesedaran untuk mengawal penyakit diabetes dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Semua pihak perlu berwaspada dengan tahap kesihatan diri kerana mencegah lebih daripada mengubati. Dipetik dan diubah suai daripada: Diabetes dan Komplikasinya Oleh: Fazlina Mustaffa Sumber: Dewan Kosmik, Bil.11/2020 Teknik cemerlang rumusan: (i) Baca petikan dan pastikan kata kunci rumusan iaitu fokus rumusan yang terdapat dalam petikan ditandakan dengan jelas. (ii) Cari penanda wacana selain itu, di samping itu dan seterusnya yang merupakan penandaan isi rumusan. (iii) Kenal pasti perkataan wajar, boleh, perlulah dan dapat bagi menentukan fokus rumusan.


80TIP SOS Bahan 2 Bahan 3 Kurangkan Manis dalam DIET, Ini Kesan DIABETES PADA BADAN! Otak Angin ahmar (strok) Mata Kabur penglihatan, katarak, pendarahan dalam mata yang boleh menyebabkan buta Buah pinggang Kegagalan buah pinggang Jantung Serangan jantung Sistem reproduktif Mati pucuk & sering buang air kecil Saraf Kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki Kulit Luka lambat sembuh Sumber: Hellodoktor.com Teknik cemerlang rumusan: (i) Pelajar perlu menyenaraikan semua isi tersurat daripada semua bahan dalam rumusan yang akan dihasilkan. (ii) Pastikan pelajar memberikan sekurang-kurangnya lapan isi tersurat dengan tepat. (iii) Pelajar diingatkan supaya tidak memotong isi tersurat atau mengambil sebahagian isi tersurat sahaja.


86TIP SOS 4.1 Ujian Bertutur Bahagian A: Taksiran Individu Latihan 1 Tema: Keselamatan Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. Sindiket Penipuan Ini Kadang kala dia memperkenalkan dirinya sebagai Dia akan meminta maklumat kewangan seperti nombor akaun bank, PIN dan TAC daripada anda Si Penipu Pegawai polis Pegawai mahkamah Pegawai bank Orang Jahat JANGAN LAYAN DIA! Kes penipuan dalam talian dilihat semakin menjadi-jadi. Pelbagai cara dan modus operandi digunakan sindiket berkenaan untuk mengaut duit mangsa sehingga kosong. Antara jenis penipuan ialah scam tawaran pekerjaan, Macau Scam, Love Scam, scam pelaburan, scam wang daripada pihak luar dan sebagainya. Aspek kesedaran kepada orang ramai tentang modus operandi terkini sindiket scam adalah usaha berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengelakkan lebih ramai orang menjadi mangsa. Kerugian yang dialami bukan sahaja memberi impak negatif ke atas ekonomi negara malah boleh menjadi pencetus kepada masalah sosial secara umumnya. la juga mendatangkan masalah kepada individu atau keluarga daripada aspek kewangan yang turut menjejaskan kesihatan mental serta emosi mereka yang terbabit. Sementara itu, Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) JSJK Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos berkata, kaedah menakutkan mangsa antara taktik digunakan sindiket penipuan dalam talian terutamanya Macau Scam untuk memerangkap mangsa. Katanya, sindiket bijak bermain dengan psikologi menjadikan mangsa tidak mempunyai ruang untuk mengelak daripada terpedaya. Dipetik dan diubah suai daripada: ‘Waspada taktik licik sindiket jenayah scam’ Oleh: Ahmad Ismadi Ismail Sumber: sinarharian.com.my, 20 Februari 2023 Nota: Sila imbas kod QR untuk mendengar soalan-soalan yang dikemukakan. Audio Petikan 1 Tip menjalani lisan individu: (i) Baca petikan yang diberikan dengan suara yang jelas dan kuat. (ii) Pastikan anda menyebut setiap perkataan dan ayat dengan intonasi yang betul serta memahami maksudnya.


87TIP SOS Tip menjalani lisan individu: (i) Elakkan daripada sekadar membaca kosong tanpa memahami setiap perkataan dan ayat yang dibaca. (ii) Hal yang demikian kerana pentaksir akan memberikan dua soalan berdasarkan petikan dan dua soalan KBAT. Latihan 2 Tema: Pertanian, Penternakan dan Perikanan Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. Industri Perikanan di Malaysia Industri perikanan Malaysia mempunyai perkembangan dinamik dan kompetitif, malah berpotensi untuk dimajukan terutama dalam menyumbang pendapatan eksport negara. Bagi membangunkan industri itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) merangka pelan strategik secara holistik merangkumi pembangunan sektor perikanan dan sosioekonomi nelayan. Kerajaan juga komited dalam meningkatkan pengeluaran ikan untuk makanan di samping menguruskan sumber perikanan secara mapan dengan memperkenalkan teknologi baharu seterusnya meningkatkan pendapatan nelayan. LKIM serius dalam melaksanakan pembangunan nelayan dan industri perikanan di negara ini. Justeru itu, para nelayan diminta keluar daripada kerangka lama supaya selari dengan arus kemajuan hari ini selain berani mengambil risiko meneroka sumber baharu dalam perikanan. Nelayan yang maju boleh dilihat menerusi beberapa aspek seperti pendapatan, cara hidup, pemilikan aset, hak milik kediaman dan tahap pendidikan ahli keluarga. Peningkatan taraf hidup nelayan pada hari ini juga dapat dilihat apabila ramai nelayan mampu memiliki bot sendiri dan memasarkan hasil tangkapan tanpa bergantung kepada orang tengah. Dipetik dan diubah suai daripada: ‘Potensi sektor perikanan’ Sumber: hmetro.com.my Nota: Sila imbas kod QR untuk mendengar soalan-soalan yang dikemukakan. Audio Petikan 2


91TIP SOS 4.2 Ujian Mendengar Petikan 1 Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Dengar petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Imbas Kod QR di sebelah untuk memuat turun audio Ujian Mendengar Petikan 1. 1. Slogan 3R – reduce, reuse, recycle dalam kempen kitar semula sudah berusia . 2. Laporan Pusat Kajian Alam Sekitar dan Kebangsaan (NECC). Penghasilan sisa pepejal domestik (i) sehari. (ii) Pada tahun (iii) Dijangka meningkat kali ganda. 3. Isu kempen kitar semula di Malaysia. (i) Sikap ambil mudah dan kurang kesedaran kepentingan kitar semula. (ii) Pihak berkuasa . (iii) Terdapat kegagalan mengasingkan punca pencemaran pada sumber. Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 4. 4. Pernyataan berikut betul berkaitan langkah drastik kerajaan bagi mengatasi ketidakberkesanan kempen kitar semula kecuali A mengenakan cukai pembuangan sisa pepejal B meningkatkan kesedaran dan pendidikan awam C kerajaan perlu memperketat pengawasan dan penguatkuasaan undang-undang D menyediakan infrastruktur dan sumber mencukupi seperti tong sisa dan tempat kitar semula Audio Petikan 1 (i) Pastikan anda berada di tempat ujian diadakan sekurang-kurangnya beberapa minit lebih awal. (ii) Ujian mendengar hanya berlangsung selama 30 minit.


92TIP SOS Petikan 2 Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Dengar petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Imbas Kod QR di sebelah untuk memuat turun audio Ujian Mendengar Petikan 2. Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 1. 1. Pernyataan yang benar ialah A Yakult merupakan pengeluar minuman probiotik B Minuman Yakult terkenal di seluruh Malaysia sahaja C Nama penuh syarikat ini ialah Yakult Malaysia Enterprise D Syarikat Yakult menganjurkan Bengkel Lompat Jauh Peringkat Dunia 2. Lengkapkan pernyataan berikut. Bengkel Lompat Tali Tempat (i) . Anjuran (ii) Yakult Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Falsafah Korporat Yakult (iii) Pencegahan lebih baik dari merawat, kesihatan usus yang baik akan dapat . 3. Tandakan (3) bagi pernyataan yang betul dan (7) bagi pernyataan yang salah. (i) Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berkaitan penjagaan kesihatan. (ii) 100 peratus sistem imun badan berpusat di usus. (iii) Seramai 80 peserta menyertai bengkel ini serta cabaran lompat tali. 4. Pemenang dibahagikan kepada kategori berbeza. Audio Petikan 2 (i) Baca soalan betul-betul. (ii) Dengar audio dengan teliti.


96 Pentaksiran KERTAS 1 Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan: 30 minit] Bahan di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan dengan sukan di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan sukan kepada negara. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Bahan 1 Bahan 2 Agenda Nasional Bermatlamat Menjadikan Rakyat Malaysia Sihat Sejahtera Budaya Hidup Sihat Dapat Mengukuhkan Sistem Imun Badan (Daya Ketahanan Badan) Bagi Mencegah Penyakit Malaysia Sihat Aktifkan diri Pupuk minda sihat Makan secara sihat dan selamat Kuartet negara meraih pingat emas acara 4 x 100m Kejohanan Olahraga Terbuka Australia di Brisbane pada Khamis. Barisan pelari negara mencipta sensasi apabila berjaya merangkul pingat bagi acara 100m dan mengharumkan nama negara di Kejohanan Siri Shield: Darren Thrupp Shield di Queensland pada 18 Mac lalu. Sumber: sinarharian.com.my Bahan 3 • Mengisi masa dengan aktiviti bermanfaat dengan mengelakkan gejala-gejala negatif. • Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara rakyat berbilang kaum. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia Tingkatan 4


120 BAB 1 Sistem dan Aplikasi Bahasa 1.1 Morfologi Latihan 1 1. Kata Tunggal Ayat banjir Kampung itu dilanda banjir kerana lokasinya berhampiran dengan sungai. 2. Kata Tunggal Ayat kasut Suria sangat gembira apabila mendapat hadiah sepasang kasut berjenama daripada kakaknya. 3. Kata Tunggal Ayat kotor Keadaan taman permainan di perumahan tersebut sangat kotor setelah banjir. 4. Kata Majmuk Ayat beg tangan Beg tangan milik wanita itu telah tertinggal di Restoran Delisha. 5. Kata Majmuk Ayat tali pinggang Murid lelaki disarankan membeli tali pinggang yang terdapat di koperasi sekolah. Latihan 2 1. Kata Terbitan Ayat membezakan Ahmad dapat membezakan perkara baik atau buruk kerana sering mendengar nasihat ibunya. 2. Kata Terbitan Ayat menggunakan Golongan remaja sering menggunakan telefon pintar untuk memuat naik gambar. 3. Kata Terbitan Ayat tanaman Tanaman di kebun itu musnah akibat tanah runtuh. 4. Kata Terbitan Ayat mempunyai Husaini mempunyai seorang sahabat yang amat baik dan sanggup membantunya ketika kesusahan. 5. Kata Terbitan Ayat pewarna Makanan ringan mempunyai kandungan pewarna dan tidak baik untuk kesihatan. Latihan 3 1. Kata Ganda Ayat Berturut-turut Sudah tiga hari berturut-turut, pencarian mangsa lemas di sungai itu masih diteruskan. 2. Kata Ganda Ayat Pertanyaanpertanyaan Selebriti itu menjawab pertanyaanpertanyaan yang diajukan oleh wartawan itu dengan tenang. 3. Kata Ganda Ayat Prosedurprosedur Pihak sekolah perlu mematuhi prosedurprosedur yang telah ditetapkan semasa aktiviti kokurikulum. Jawapan 4. Kata Akronim Ayat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kebanyakan negara di seluruh dunia membuat pinjaman dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). 5. Kata Akronim Ayat Kadar Dasar Semalam (OPR) Ayah telah mendapat surat memaklumkan bahawa Kadar Dasar Semalam (OPR) pinjamannya telah meningkat. Latihan 4 1. Kata Nama Ayat kuda Aktiviti lumba kuda telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan generasi muda. 2. Kata Nama Ayat murid Semua murid perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa berada di sekolah. 3. Kata Nama Ayat otot Atlet angkat berat itu mempunyai otot yang kuat dan tegap. 4. Kata Nama Ayat lelaki Lelaki itu mundar-mandir di kaki lima kedai tersebut. 5. Kata Nama Ayat dunia Kejadian gempa bumi di Turki dan Syria itu telah mendapat perhatian daripada rakyat di seluruh dunia. Latihan 5 1. Kata Kerja Ayat berdepan Penduduk di kawasan pedalaman berdepan dengan cabaran getir bagi memperoleh sistem jaringan jalan raya yang baik. 2. Kata Kerja Ayat mendapat Rania sangat gembira kerana mendapat peluang melanjutkan pelajaran di universiti. 3. Kata Kerja Ayat membabitkan Kemalangan jalan raya itu membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal. 4. Kata Kerja Ayat melibatkan Setiap murid mestilah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan dan permainan. 5. Kata Kerja Ayat ditingkatkan Pengeluaran sarung tangan getah terus ditingkatkan kerana mendapat permintaan yang menggalakkan dari luar negara. Latihan 6 1. Kata Adjektif Ayat deras Arus sungai itu mengalir deras selepas hujan. Bab 1


Click to View FlipBook Version