JADUAL ANALISIS SOALAN perniagaan SPM (3766) Bab Kertas 1 (3766/1) Kertas 2 (3766/2) Ujian Bertulis (Objektif Aneka Pilihan) Ujian Bertulis (Subjektif Respons Terhad / Subjektif Respons Terbuka) 2021 2022 2021 2022 Tingkatan 4 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 5 1 (a)(b)(c) 5 (a) 7 (a)(b)(c) 2 Trend Semasa dalam Perniagaan 4 8 (a)(b)(c) 10 (a)(b) 3 Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan 5 2 (a)(b)(c) 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan 7 5 (b) 10 (c)(d) Tingkatan 5 1 Pengurusan Sumber Manusia 4 6 (a) 7 (c) 2 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi 3 3 (a) 3 Sumber Pembiayaan Perniagaan 2 3 (b) 10 (e) 4 Penyata Kewangan Perniagaan 5 3 (c) 9 (a)(b)(c) 5 Persediaan Menjadi Usahawan 1 4 (a) 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 2 4 (b)(c) 6 (b) 7 Merancang Pengendalian Perniagaan 2 – Jumlah 40 10
KERTAS MODEL SPM Perniagaan Kertas 1 3766/1 1 jam 15 minit 1 Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 1. Berikut ialah organisasi yang bermotifkan keuntungan dalam perniagaan kecuali A Klinik Wasbir dan Rakan-rakan B Restoran Nasi Ambeng Hawa C Persatuan Kebajikan Banjar Malaysia D Cemerlang Utama PLT 2. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri rakan kongsi. • Menanggung liabiliti tidak terhad. • Tidak terlibat secara langsung dalam urusan pengurusan. • Menyumbangkan modal perniagaan. Apakah jenis rakan kongsi perniagaan berkonsepkan perkongsian tersebut? A Lelap B Aktif C Biasa D Nominal 3. Gambar di bawah menunjukkan sejenis bentuk pemilikan perniagaan syarikat. Antara berikut, pernyataan yang manakah berkaitan dengan bentuk pemilikan di atas? I Mempunyai bilangan pemilik yang tidak terhad II Memindah milik saham dengan kebenaran Lembaga Pengarah III Mengumumkan laporan kewangan terhad kepada pemilik IV Menawarkan jual beli saham di Bursa Malaysia A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4. Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk perniagaan. Wak Kasurin telah mendapat hak kebenaran menggunakan jenama “ANGGUN” milik sebuah perniagaan lain. Mengapakah Wak Kasurin menjalankan perniagaan tersebut? A Mengubah cara perniagaan mengikut trend semasa B Merancang promosi dengan rakan niaga lain C Mendapat keseragaman reka bentuk produk D Menambah baik pelbagai pilihan perniagaan KM1 K1 – 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
5. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan sektor tertier? A Kassim menjalankan aktiviti ternakan ikan air masin B KZ Sdn Bhd terlibat dalam industri pembinaan rumah kos rendah C Puan Kusumawati menghasilkan mi kuning menggunakan resepi warisan keluarga D Ah Long menjadikan ladang ternakan kambingnya sebagai tempat kunjungan ramai 6. Rajah berikut berkaitan dengan perkembangan sektor perniagaan di Malaysia. Era 1990-an R Abad ke-21 Z Apakah aktiviti berkaitan sektor R dan Z? R Z A Pendidikan Pembinaan B Pembinaan Pengilangan C Pelancongan Pendidikan D Pengilangan Pelancongan 7. Maklumat berikut berkaitan dengan pengangguran dalam ekonomi. Perubahan dalam industri secara keseluruhan menyebabkan kemahiran pekerja tidak lagi diperlukan. Apakah jenis pengangguran tersebut? A Kitaran B Struktur C Bermusim D Teknologi 8. Antara berikut, yang manakah tindakan kerajaan mengatasi deflasi? I Mengurangkan kadar cukai II Menambahkan perbelanjaan kerajaan III Meningkatkan syarat pinjaman IV Meningkatkan kadar faedah simpanan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 9. Agensi yang manakah menyediakan pembiayaan perniagaan di Malaysia? A Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) B Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) C Institusi Keusahawanan Negara (INSKEN) D Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) 10. Maklumat berikut merupakan pemacu dalam pencapaian sesebuah organisasi perniagaan. RT ialah: • Pernyataan ringkas untuk menjelaskan tujuan utama perniagaan. • Ketetapan dalam mencapai matlamat. Apakah RT tersebut? A Visi B Misi C Objektif D Hala tuju © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM1 K1 – 2
11. Rajah di bawah berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi perubahan dalam persekitaran perniagaan. 9 (1, 9) X 8 7 6 5 (5, 5) 4 3 2 1 (1, 1) (9, 1) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Orientasi Pengeluaran Orientasi Pekerja Situasi yang manakah berkaitan dengan X? A Puan Gurmit memberi kebebasan kepada pekerja semasa menjalankan tugas B Dato’ Nash tegas dalam mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan C Encik Kala Anak Kumit mengamalkan sikap toleransi dalam menguruskan perniagaan D Puan Yasmin menerima pendapat pekerja dalam membuat keputusan 12. Antara berikut, ciri yang manakah perlu diambil kira dalam penetapan objektif sesebuah perniagaan? I Penjelasan kemudahan perkhidmatan yang disediakan II Mampu dicapai dengan keupayaan sedia ada III Mengambil kira persekitaran perniagaan IV Dinyatakan secara khusus A I dan II B I dan IV C II dan IV D III dan IV 13. Apakah faktor yang dipertimbangkan untuk menghasilkan visi, misi dan objektif perniagaan? A Belian B Produk C Kos overhed D Syer pasaran 14. Antara berikut, yang manakah menunjukkan faktor trend persekitaran meningkat? A Gaya pengurusan yang baik B Cita rasa pengguna yang pelbagai C Persaingan sihat dalam perniagaan D Kualiti produk yang ditawarkan 15. Rajah di bawah menunjukkan Titik Pulang Modal (TPM) yang dicapai oleh Syarikat Kim Tuan Sendirian Berhad. Hasil/ Kos (RM) Jumlah hasil Jumlah kos Kos tetap 0 Q1 Kuantiti (unit) Apakah yang berlaku sekiranya kuantiti pengeluaran berada di kawasan yang berlorek? A Perniagaan berpotensi untuk diperbesarkan B Pengeluaran dilakukan secara produktif C Pengeluaran produk perlu diberhentikan D Perniagaan mengalami kerugian KM1 K1 – 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab lima soalan di Bahagian A, dua soalan di Bahagian B dan Bahagian C wajib dijawab. Bahagian A [50 markah] Jawab lima soalan sahaja. 1. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah organisasi. Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) ialah badan sukan bagi orang pekak peringkat nasional di Malaysia yang dibentuk pada tahun 1993. Persatuan ini juga berafiliasi dengan badan sukan orang pekak antarabangsa, Comité International des Sports des Sourds sejak tahun itu. Walaupun ditubuhkan pada tahun 1993, majlis sukan ini mendapat pengiktirafan sebagai Persatuan Sukan Pekak Malaysia daripada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak pada tahun 2018. Pada 5 April 2018, kerajaan Malaysia mengiktiraf Persatuan Sukan Pekak Malaysia sebagai satu-satunya persatuan negara bagi sukan pekak setelah meluluskan pindaan Akta Pembangunan Sukan yang telah diluluskan di Parlimen. Jelaskan matlamat penubuhan organisasi bukan bermotifkan keuntungan. [5 markah] KERTAS MODEL SPM Perniagaan Kertas 2 3766/2 2 jam 15 minit 1 KM1 K2 – 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan isu tenaga. Kerajaan Komited Kurangkan Kebergantungan Buruh Asing Kerajaan komited mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dengan menggalakkan lebih banyak penyertaan warga tempatan dalam pasaran buruh. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata ia akan dibuat menerusi inisiatif Memudah Cara Penyertaan Tenaga Buruh di bawah Strategi A1 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Sementara itu, mengenai isu pengangguran tenaga kerja tempatan, kata beliau, kadar direkodkan pada suku kedua 2021 berada di tahap 4.8 peratus ekoran pandemik COVID-19 berbanding 3.3 peratus sebelum berlakunya krisis pada Februari 2020. Kadar pengangguran belia berusia 15 hingga 24 tahun pada suku kedua 2021 adalah 11 peratus, peningkatan 0.2 peratus berbanding 10.8 peratus dicatatkan pada Februari 2020. (Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/872795/ kerajaan-komited-kurangkan-kebergantungan-buruh-asing) (i) Apakah sektor perniagaan yang terlibat? [1 markah] (ii) Jelaskan punca berlakunya isu guna tenaga tersebut. [4 markah] 2. Rajah di bawah berkaitan dengan ciri-ciri objektif sesebuah syarikat. Ciri-ciri Objektif Spesifik Boleh dicapai Z Munasabah Jangka masa © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM1 K2 – 2
(a) Jelaskan Z. [4 markah] (b) Terangkan kepentingan interaksi antara sesebuah perniagaan dengan organisasi luar. [6 markah] 3. (a) Mengapakah pembentukan persekitaran kerja yang positif dan harmoni sangat penting diamalkan dalam sesebuah organisasi perniagaan? [5 markah] KM1 K2 – 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan luaran. Perniagaan dalam talian semakin mendapat sambutan terutamanya sejak penularan pandemik COVID-19. Oleh itu, Cik Siti berhasrat untuk memulakan perniagaan dalam talian untuk menjual pakaian wanita. Dia menganggarkan modal untuk memulakan perniagaannya sebanyak RM5 000 iaitu kos untuk membeli komputer riba, pakaian dan langganan internet. Berdasarkan maklumat berikut, cadangkan sumber pembiayaan yang sesuai digunakan oleh Cik Siti untuk memulakan perniagaannya. [5 markah] 4. (a) Huraikan jenis-jenis stok yang perlu diuruskan bagi memastikan aktiviti perniagaan berjalan dengan lancar. [6 markah] (b) Gambar di bawah menunjukkan satu kaedah promosi dalam perniagaan. TERUS KILANG PERABOT LIM KHIN WAH 10a.m - 10p.m DARI © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM1 K2 – 4
Jelaskan kaedah promosi tersebut. [4 markah] 5. (a) Rajah berikut berkaitan dengan trend perniagaan yang menurun. Jelaskan faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi trend menurun bagi perniagaan di atas. [4 markah] (b) Gambar di bawah berkaitan dengan satu peranan bahagian fungsian bagi sesebuah perniagaan. Gudang barang Pengangkutan Kedai runcit KM1 K2 – 5 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
Jelaskan peranan bahagian fungsian lain. [6 markah] 6. (a) Jelaskan tentang analisis nisbah kecairan dalam penyata kewangan perniagaan. [4 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan. Encik Gopalan memang dikenali sebagai peniaga roti canai special yang terkenal di Seremban. Beliau telah mendaftarkan perniagaan restorannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama Roti Canai Gopalan Sdn Bhd. Bagaimanakah prosedur pendaftaran yang perlu dilakukan oleh Encik Gopalan? [6 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM1 K2 – 6
KERTAS MODEL SPM Perniagaan Kertas 1 3766/1 2 1 jam 15 minit Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 1. Pasangan yang manakah benar berkaitan dengan Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) dan Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)? Organisasi Bermotifkan Untung Organisasi Bukan Bermotifkan Untung A Menjual pada harga bawah kos Menyediakan barangan kehendak pengguna B Menjual pada harga bawah kos Menyediakan keperluan secara percuma C Menjual pada harga di atas kos Menyediakan keperluan secara percuma D Menjual pada harga di atas kos Menyediakan barangan kehendak pengguna 2. Antara berikut, yang manakah ciri perniagaan milikan tunggal? I Tertakluk kepada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 II Keputusan dibuat oleh pemilik sendiri III Perniagaan berterusan IV Liabiliti terhad A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3. Pernyataan yang manakah menerangkan bentuk pemilikan koperasi seperti Bank Rakyat? A Anggota terlibat dengan liabiliti tidak terhad B Anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan C Perniagaan dikenakan kadar cukai yang tinggi D Perniagaan bebas memindah milik syer kepada syarikat lain 4. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan. • Perkongsian strategik antara dua atau lebih firma. • Satu entiti perniagaan baharu dibentuk. • Semua pihak bertanggungjawab mengawal perniagaan baharu. Apakah bentuk pemilikan perniagaan yang paling sesuai dengan maklumat di atas? A Perkongsian B Francais C Koperasi D Usaha sama KM2 K1 – 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
5. Situasi yang manakah menerangkan sektor sekunder? A Encik Gunasegaran mengusahakan penternakan ayam daging secara komersial B Puan Kamariah bekerja sebagai pemandu pelancong C Encik Tan mengusahakan kilang membuat meja D Puan Adila binti Majid bekerja sebagai akauntan di kilang kasut 6. Pernyataan yang manakah menerangkan klasifikasi perniagaan pengilangan bersaiz kecil? I Jualan tahunan RM300 000 hingga kurang daripada RM15 juta II Jualan tahunan RM300 000 hingga kurang daripada RM3 juta III Bilangan pekerja tetap lima hingga kurang daripada 30 orang IV Bilangan pekerja tetap lima hingga kurang daripada 75 orang A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 7. Gambar berikut menunjukkan dua buah syarikat perniagaan di Malaysia. Apakah skala perniagaan tersebut? A Skala zon B Skala negeri C Skala global D Skala tempatan 8. Maklumat berikut berkaitan dengan pelepasan cukai. Syarikat Gajet Komputer Enterprise mengeluarkan komponen komputer menggunakan bahan mentah dalam negara. Apakah bentuk pelepasan cukai tersebut? A Taraf perintis B Potongan cukai C Pengecualian cukai D Elaun cukai pelaburan 9. Gambar di bawah merupakan sebuah agensi kerajaan. Apakah peranan agensi tersebut dalam pembangunan usahawan di Malaysia? A Mempromosikan aktiviti perniagaan di Malaysia B Menyediakan latihan dan pembangunan usahawan C Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan D Memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM2 K1 – 2
10. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan pengangguran kitaran dalam kitaran perniagaan? A Berlaku semasa keadaan ekonomi meleset B Berlaku disebabkan perubahan dalam industri C Berlaku apabila kemahiran pekerja tidak diperlukan D Berlaku apabila pekerja bekerja dalam jangka masa pendek 11. Maklumat di bawah menunjukkan peranan Bank Negara Malaysia kepada pembangunan ekonomi negara. • Meningkatkan perbelanjaan pembangunan kerajaan. • Mengurangkan kadar faedah agar pengguna meningkatkan perbelanjaan. Mengapakah Bank Negara Malaysia bertindak sedemikian? A Mengatasi masalah deflasi B Mengurangkan keadaan inflasi C Meningkatkan kadar simpanan D Mengurangkan pendapatan boleh guna 12. Situasi yang manakah berkaitan dengan gaya pengurusan sederhana yang diamalkan oleh pihak pengurusan perniagaan? A Encik Luqman Anwar tidak menerima sebarang pendapat pekerjanya B Encik Ramjit sentiasa memberi motivasi kepada pekerjanya C Encik Sunak A/L Saji memberi kebebasan penuh kepada pekerjanya D Encik Lee sentiasa bertoleransi dengan pekerjanya 13. Apakah kelebihan mengambil pekerja dari luar organisasi kepada perniagaan? A Proses penyesuaian diri cepat berlaku B Menjimatkan kos merekrut C Pekerja lebih bermotivasi D Perkongsian idea baharu 14. Manakah yang menerangkan ciri-ciri objektif perniagaan dengan tepat? A Menjadi satu ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan B Merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus C Menjadi garis panduan dalam pengurusan organisasi D Menggariskan sebab kewujudan sesebuah organisasi 15. Maklumat di bawah merujuk kepada objektif sebuah syarikat. Syarikat Zul Motor Sdn Bhd akan mengeluarkan 50 000 unit motosikal pada tahun ini. Apakah ciri objektif tersebut? A Boleh diukur B Munasabah C Jangka masa D Boleh dicapai KM2 K1 – 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
Bahagian B [30 markah] Jawab dua soalan sahaja. 7. Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Encik Muhammad Adha. Nama perniagaan AZ Farm Sdn Bhd Bentuk perniagaan Sendirian Berhad Aktiviti perniagaan Pelbagai variasi buah betik dan biji benih Jumlah jualan pada tahun 2022 RM2.5 juta Bilangan pekerja tetap 10 orang (a) Nyatakan saiz perniagaan Encik Muhammad Adha berdasarkan maklumat di atas. [1 markah] (b) Jelaskan kelebihan perniagaan Encik Muhammad Adha berdasarkan saiz perniagaan yang dinyatakan di 7 (a). [7 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM2 K2 – 8
(c) Terangkan cabaran yang dihadapi oleh Encik Muhammad Adha apabila memilih saiz perniagaan tersebut. [7 markah] 8. (a) Maklumat di bawah ialah sejenis perniagaan perkongsian. QRP INTERNATIONAL PLT Terangkan empat ciri-ciri perniagaan bagi QRP INTERNATIONAL PLT. [4 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan situasi ekonomi Negara Y. Negara Y mengalami suatu masalah ekonomi yang serius. Harga barang dan perkhidmatan di dalam negara Y menunjukkan penurunan secara berterusan untuk tempoh tiga tahun. Situasi ini telah menyebabkan perniagaan terjejas terutamanya peniagaan kecil dan sederhana kerana gagal mencapai matlamat dan objektif perniagaan yang ditetapkan. KM2 K2 – 9 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
(i) Apakah masalah ekonomi yang berlaku di negara Y? [1 markah] (ii) Bagaimanakah cara kerajaan mengatasi masalah ekonomi di (b)(i)? [6 markah] (iii) Jelaskan implikasi kegagalan tersebut kepada peniaga kecil dan sederhana. [4 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM2 K2 – 10
9. Maklumat di bawah berkaitan dengan analisis nisbah asas dua buah firma yang menjalankan perniagaan barangan sukan bagi tahun 2021. Butiran Firma A C-One Futsal Sport (RM) Firma B B-One Futsal Sport (RM) Kos Jualan 144 600 125 500 Untung Bersih 105 500 86 600 Modal Awal 198 800 184 400 Liabiliti Semasa 10 600 11 100 Aset Semasa 14 100 13 100 (a) Firma yang manakah mencapai prestasi yang baik dalam perniagaan? Berikan alasan anda. [7 markah] (b) Cadangkan cara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan operasi perniagaan yang berprestasi rendah. [8 markah] KM2 K2 – 11 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
Bahagian C [20 markah] Soalan ini wajib dijawab. 10. Kedai Ayam Goreng D’Selera dimiliki oleh Puan Lailatul dan Puan Husna. Kedai ini menawarkan pelbagai perisa ayam goreng yang menarik sedang beroperasi di Alor Setar. Bagi melancarkan urusan perniagaan, Puan Lailatul menguruskan bahagian kewangan dan jualan sementara Puan Husna menguruskan pembelian dan pengeluaran. Seorang pengurus diambil bagi menguruskan sumber manusia dan pemasaran bagi perniagaan tersebut. Selain itu, terdapat enam orang pekerja yang berpengalaman dalam bidang merempah dan memasak ayam goreng. Selain itu, kedai ini juga menerima tempahan khas pelbagai perisa ayam goreng dan mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan di sekitar negeri Kedah. Bahagian fungsian pengeluaran sangat teliti dalam membuat pemilihan bahan dan sentiasa memantau hasil kerja para pekerja mereka. Hal ini bagi memastikan ayam goreng di Kedai Ayam Goreng D’Selera akan sentiasa menjadi pilihan para pelanggannya. Bagi memastikan resipi ayam goreng keluaran Kedai Ayam Goreng D’Selera tidak dieksploitasi atau ditiru sewenang-wenangnya, Puan Lailatul dan Puan Husna telah mendaftar resipi mereka dengan MyIPO. Memandangkan permintaan dan tempahan terhadap ayam goreng semakin meningkat, pihak pengurusan memerlukan tambahan modal dan pekerja bagi memastikan tempahan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Puan Lailatul dan Puan Husna bersetuju untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan dalam aspek pembiayaan bagi menampung kos operasi yang semakin bertambah dan mencabar di era pandemik COVID-19. Berdasarkan kajian kes di atas, jawab soalan-soalan berikut: (a) Terangkan kelebihan pemilikan perniagaan Kedai Ayam Goreng D’Selera. [5 markah] (b) Lukiskan struktur organisasi yang sesuai bagi Kedai Ayam Goreng D’Selera. [5 markah] (c) Jelaskan tujuan mengurus sumber teknologi dalam operasi perniagaan. [4 markah] (d) Selain daripada menawarkan pembiayaan, terangkan dua peranan kerajaan dalam membantu usahawan tempatan. [6 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM2 K2 – 12 KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
JAWAPAN Kertas Model 1 Kertas 1 1. C – Bentuk organisasi bukan keuntungan sebagai NGO 2. A – Rakan kongsi lelap bermaksud menanggung liabiliti tidak terhad dan tidak aktif dalam pengurusan serta menyumbangkan modal sahaja 3. D – Ciri-ciri perniagaan berbentuk syarikat awam berhad 4. D – Menambah baik pelbagai pilihan produk kepada pengguna 5. D – Ah Long menjadikan ladang ternakan kambingnya sebagai tempat kunjungan ramai merupakan sektor perkhidmatan 6. B – Perubahan sektor kedua kepada sektor ketiga 7. B – Pengangguran struktur berlaku disebabkan oleh perubahan struktur ekonomi negara 8. A – Mengurangkan kadar cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan 9. A – AIM memberi pembiayaan kewangan 10. A – Ciri-ciri visi perniagaan 11. C – X ialah gaya pengurusan demokratik 12. C – Mampu dicapai dengan keupayaan sedia ada dan dinyatakan secara khusus 13. D – Faktor terpenting ialah syer pasaran 14. C – Persaingan sihat dalam perniagaan merupakan faktornya 15. D – Perniagaan mengalami kerugian jika kuantiti pengeluaran berada di kawasan berlorek 16. D – Faktor dalaman merujuk kepada faktor-faktor yang dimiliki oleh syarikat yang boleh memberikan kekuatan dan kelemahan kepada sesebuah organisasi 17. D – Pembekal bahan mentah memberi kemudahan kredit 18. B – Peranan fungsian teknologi maklumat adalah betul 19. B – Fungsian pembelian ialah aktiviti yang dilakukan oleh dua pihak iaitu penjual dan pembeli bertujuan menukarkan barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan alat transaksi yang sah 20. A – Peranan fungsian pengeluaran adalah menukar input kepada output 21. A – Sumber perniagaan bertambah dan jaringan perniagaan meningkat 22. B – Membolehkan pekerja memberikan sumbangan maksimum untuk mencapai matlamat syarikat 23. C – Ordinan KWSP (1955) yang mewajibkan caruman dibuat oleh majikan (12%) dan pekerja (11%) setiap bulan 24. A – Bonus tunai dan komisen 25. C – Peralatan teknologi maklumat dan produk siap 26. D – Perlindungan insurans dan baik pulih terancang 27. A – Menyukarkan untuk mendapatkan modal tambahan dalam jangka masa pendek 28. D – Butiran yang berkaitan dengan belanja dalam penyata pendapatan perniagaan ialah faedah simpanan 29. A – Selain insurans, contoh lain ialah sewa dan kadar faedah pinjaman 30. D – Sewa beli dan Ar-Rahnu 31. D – RM35 000 + RM15 000 = RM50 000 32. C – RM50 000 RM10 000 = 5 33. A – Jualan Berbaloi Komputer COM lebih laris 34. D – Pelbagai produk dapat ditawarkan kepada masyarakat selaku pembeli dan pengguna 35. B – Memberi sumbangan kewangan ialah contoh tanggungjawab sosial 36. A – Sentosa Damai Trading dan Mus dan Zue Enterprise 37. C – Lokasi premis perniagaan perlu didaftarkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 38. B – Invois menunjukkan pembelian secara kredit 39. B – RM31 950 menyamai lebihan tunai 40. B – X ialah harga Kertas 2 Bahagian A Soalan Jawapan Markah 1. (a) F1 OBBU bermatlamatkan untuk meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan kemasyarakatan. F2 OBBU menyediakan ruang dan peluang semua golongan untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh membangunkan masyarakat kurang berkemampuan. F3 OBBU turut membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan seperti perlindungan, pendidikan, rawatan dan kaunseling. F4 OBBU memastikan nasib setiap insan yang memerlukan bantuan terus terbela dan terpelihara demi menjamin masa depan yang baik. F5 OBBU menjalankan perniagaan secara percuma, jualan pada harga kos dan jualan pada harga di bawah kos. 1 1 1 1 1 [maks. 5m] (b) (i) F Sektor kedua iaitu pembinaan / perkilangan yang banyak menggunakan buruh asing kerana sektor lebih berorientasikan buruh. 1 (b) (ii) F1 Penambahan bilangan pekerja memandangkan sektor ini makin berkembang pesat. F2 Perkembangan dalam teknologi menyebabkan keperluan kepada pekerja asing yang berkemahiran tinggi. F3 Kepakaran guna tenaga berkemahiran tinggi menumpukan kepada peningkatan nilai kebolehpasaran guna tenaga dalam sesebuah industri. F4 Mengutamakan penggunaan modal dalam menjalankan aktiviti pekerjaan seperti penggunaan mesin, komputer, perkakas, robot dan teknologi. Trend penggunaan sumber manusia di negara maju semakin berkurangan. Kesannya kadar upah yang akan dibayar adalah tinggi. 1 1 1 1 [maks. 4m] 2. (a) F Elemen Z merujuk kepada boleh diukur (measurable). H1 Merujuk kepada objektif yang telah ditetapkan dapat dibandingkan dengan pencapaian pada sebelum dan selepas sesuatu aktiviti perniagaan yang dilakukan. 1 1 J1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
Sila isikan markah anda dalam ruang yang disediakan untuk menilai prestasi anda. Prestasi saya dalam FAST TRACK Kertas Model SPM Kertas Model SPM 1 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Kertas 1 40 Jumlah Kertas 2 Bahagian A 50 Bahagian B 30 Bahagian C 20 Jumlah Kertas Model SPM 3 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Kertas 1 40 Jumlah Kertas 2 Bahagian A 50 Bahagian B 30 Bahagian C 20 Jumlah Kertas Model SPM 2 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Kertas 1 40 Jumlah Kertas 2 Bahagian A 50 Bahagian B 30 Bahagian C 20 Jumlah Kertas Model SPM 5 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Kertas 1 40 Jumlah Kertas 2 Bahagian A 50 Bahagian B 30 Bahagian C 20 Jumlah Kertas Model SPM 4 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Kertas 1 40 Jumlah Kertas 2 Bahagian A 50 Bahagian B 30 Bahagian C 20 Jumlah