The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1202 Bank Soalan Ekonomi Tingkatan 5 KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2024-01-08 22:34:05

1202 Bank Soalan Ekonomi Tingkatan 5 KSSM

1202 Bank Soalan Ekonomi Tingkatan 5 KSSM

Keywords: 1202 Bank Soalan Ekonomi Tingkatan 5 KSSM,1202 Bank Soalan,Bank Soalan,Bank SoalanKSSM,Ekonomi Tingkatan 5 KSSM,Ekonomi Tingkatan 5,Ekonomi,Ekonomi KSSM,Tingkatan 5 KSSM,Tingkatan 5

MESTI TAHU iii – x Bab 1 Ekonomi dan Kerajaan 1 NOTA 1.1 Peranan Kerajaan dalam Ekonomi 1 1.2 Penunjuk Ekonomi 3 1.3 Alat Dasar Ekonomi 5 Kertas 1 Kertas 2 Bab 2 Malaysia dan Ekonomi Global 36 NOTA 2.1 Globalisasi 36 2.2 Perdagangan Antarabangsa 38 2.3 Imbangan Pembayaran 41 2.4 Kadar Pertukaran Asing 44 Kertas 1 Kertas 2 Pentaksiran 1 Tingkatan 5 73 Pentaksiran 2 Tingkatan 5 86 Jawapan 100 Kandungan ii


MESTI TAHU Bab 1 1 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 7 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 3 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 9 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 5 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 11 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta Penting Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar Peranan Kerajaan sebagai Majikan Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif Konsep Inflasi Kesan Inflasi Kesan Pengangguran terhadap Ekonomi • Kerajaan mengeluarkan barang awam dan barang sosial bagi memaksimumkan kebajikan. • Majikan terpenting dalam sektor perkhidmatan. • Berperanan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. • Contohnya, guru, tentera dan polis. • Terdapat faedah sampingan yang disediakan oleh kerajaan iaitu: • Inflasi merupakan peningkatan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan dalam sesebuah ekonomi. • Terdapat tiga jenis inflasi iaitu: Barang awam Barang sosial Digunakan oleh seseorang individu, tidak dikenakan bayaran dan penawaran terhad. Memberi manfaat terbesar kepada masyarakat serta kerajaan bertindak dan berbelanja untuk Contoh, jalan raya dan memenuhinya. hospital. Contoh, sungai yang bersih dan udara yang segar. Inflasi tarikan permintaan Inflasi tolakan kos Inflasi diimport Elaun perumahan dan sara hidup Kemudahan pinjaman kenderaan dan perumahan Imbuhan tetap khidmat awam Pencen selepas bersara Cuti tahunan mengikut kelayakan Cuti bersalin Pendapatan negara sebenar lebih rendah daripada pendapatan negara potensi Taraf hidup dan kuasa beli masyarakat merosot Hasil kerajaan berkurang kerana kutipan cukai pendapatan merosot Menghalang pertumbuhan ekonomi akibat pelbagai masalah sosial Ketidakcekapan pengeluaran dan pembaziran sumber ekonomi Mengawal eksploitasi pengguna Mengawal kesan eksternaliti negatif Undang-undang dan peraturan Cukai Subsidi Pelaksanaan Kesan terhadap ekonomi Harga barang • Kos sara hidup meningkat. • Taraf kebajikan masyarakat terjejas. Tabungan • Perbelanjaan penggunaan meningkat. • Nilai wang merosot dan merugikan penyimpan wang. Pendapatan • Pendapatan benar dan kuasa beli pengguna menurun. Pengangguran • Peluang pekerjaan dan guna tenaga meningkat. Eksport • Harga barang yang dieksport akan lebih mahal dan eksport akan menurun. Kadar faedah • Bank pusat meningkatkan kadar faedah bagi mengurangkan penawaran wang.


1 Bab 1 1.1 Peranan Kerajaan dalam Ekonomi 1. Peranan kerajaan sebagai pengeluar dan majikan (a) Kerajaan merupakan satu unit ekonomi yang menjalankan kegiatan ekonomi dengan matlamat untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. (b) Kerajaan berperanan mengeluarkan barang awam dan barang sosial bagi memaksimumkan kebajikan yang tidak dapat disediakan oleh pihak swasta yang bermotifkan keuntungan. (c) Berikut merupakan perbezaan antara barang awam dan barang sosial. Barang awam Barang sosial • Barang yang digunakan oleh seseorang individu tanpa mengurangkan faedah penggunaan individu lain. • Tidak dikenakan bayaran atau bayaran minimum. • Penawaran terhad. • Contohnya hospital kerajaan dan jalan raya. • Barang atau perkhidmatan yang membawa manfaat terbesar kepada masyarakat. • Kerajaan perlu bertindak dan berbelanja untuk memenuhi keperluan sosial. • Contohnya sungai yang bersih, udara yang segar dan kesihatan yang baik memerlukan projek dilakukan oleh kerajaan untuk memenuhi keperluan tersebut. (d) Kerajaan sebagai pengeluar tunggal dalam pasaran yang mengawal harga barang dengan bertindak sebagai monopoli semula jadi. (e) Monopoli semula jadi bermaksud monopoli kerajaan iaitu pengeluaran barang atau perkhidmatan dibenarkan untuk dikeluarkan oleh firma berkaitan kerajaan. (f) Antara ciri monopoli semula jadi ialah: (i) Terdapat sebuah firma pengeluar sahaja seperti TNB dan TM Malaysia (ii) Keluaran tiada pengganti (iii) Penentu harga pasaran (iv) Tiada kebebasan keluar masuk industri NOTA Ekonomi dan Kerajaan (g) Kerajaan ialah majikan yang menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor awam seperti guru di sekolah kerajaan, tentera, dan polis. (h) Kesan kerajaan sebagai majikan ialah: (i) Peluang pekerjaan meningkat dan menjana pendapatan penjawat awam (ii) Taraf hidup meningkat kerana kuasa beli meningkat (iii) Pertumbuhan ekonomi meningkat kerana pendapatan negara meningkat (i) Contoh faedah sampingan kerajaan ialah: (i) Elaun perumahan dan sara hidup (ii) Imbuhan tetap khidmat awam (iii) Pencen selepas bersara (iv) Cuti bersalin (v) Cuti tahunan 2. Peranan kerajaan untuk mencapai objektif makroekonomi (a) Terdapat empat objektif makroekonomi kerajaan iaitu: Objektif Huraian Guna tenaga penuh • Tenaga buruh ialah mereka yang berumur 15 – 64 tahun yang sedang aktif mencari pekerjaan tidak termasuk pesara, OKU dan pelajar. • Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan oleh sesebuah negara dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan. • Apabila guna tenaga tinggi, jumlah pengangguran berkurang sebaliknya jika guna tenaga rendah, jumlah pengangguran meningkat. • Guna tenaga penuh bermaksud kadar pengangguran yang berada kurang daripada empat peratus. • Kesan guna tenaga penuh ialah:


2 − Kadar pengangguran rendah − Keluaran negara tahap maksimum − Pendapatan negara meningkat − Taraf hidup meningkat Kestabilan harga • Kestabilan harga bermaksud harga purata barang tidak mengalami sebarang perubahan dan harga yang terkawal dapat menjamin kestabilan kuasa beli serta kos sara hidup pengguna. • Kesan ketidakstabilan harga menyebabkan inflasi dan deflasi. • Inflasi melibatkan: − Tingkat harga umum naik berterusan − Kos sara hidup meningkat − Kuasa beli menurun • Deflasi melibatkan: − Tingkat harga umum jatuh berterusan − Firma kerugian membuang pekerja − Kadar pengangguran meningkat Pertumbuhan ekonomi • Pertumbuhan ekonomi menunjukkan peningkatan jumlah keluaran barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada suatu tahun berbanding tahun sebelumnya. • Kesan pertumbuhan ekonomi antaranya ialah: − Peningkatan aktiviti ekonomi − Peningkatan peluang pekerjaan − Peningkatan guna tenaga − Kadar pengangguran menurun − Peningkatan pendapatan negara − Peningkatan kuasa beli dan permintaan agregat − Taraf hidup meningkat Kestabilan imbangan pembayaran • Imbangan pembayaran ialah satu penyata kewangan yang merekodkan aliran masuk dan keluar wang ke dalam sesebuah negara kesan daripada perdagangan antarabangsa dalam tempoh setahun. • Aliran masuk wang lebih tinggi daripada aliran keluar wang wujud lebihan imbangan pembayaran. • Aliran masuk wang lebih rendah daripada aliran keluar wang wujud kurangan (defisit) imbangan pembayaran. • Tindakan meningkatkan imbangan pembayaran adalah meningkatkan nilai eksport dan menggalakkan kemasukan pelaburan asing. • Kesan imbangan pembayaran lebihan ialah: − Rizab pertukaran asing meningkat − Nilai mata wang tempatan meningkat − Kegiatan ekonomi semakin pesat • Kesan imbangan pembayaran kurangan ialah: − Rizab pertukaran asing menurun − Nilai mata wang tempatan menurun − Kegiatan ekonomi semakin merosot 3. Peranan kerajaan dalam mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif (a) Matlamat firma untuk memaksimumkan untung menyebabkan: (i) Mengeksploitasi pengguna iaitu menetapkan harga yang tinggi dan barang yang tidak selamat. (ii) Menimbulkan kesan eksternaliti negatif iaitu kos luaran yang ditanggung oleh masyarakat selain pengguna dan pengeluar barang tersebut. (b) Kawalan adalah melalui seperti berikut: Pelaksanaan Mengawal eksploitasi pengguna Mengawal kesan eksternaliti negatif Undangundang dan peraturan • Mengisytiharkan barang asas sebagai barang kawalan yang tidak dibenarkan untuk meningkatkan atau menurunkan harga tanpa persetujuan kerajaan. • Memperkenalkan dasar harga dan kuota. • Pemberian lesen bagi menjalankan sesuatu operasi. • Menentukan kawasan perindustrian, kawasan perumahan, kawasan industri berat dan kawasan industri ringan.


10TIP SOS KERTAS 1 Pilih jawapan yang paling tepat. 1.1 Peranan Kerajaan dalam Ekonomi 1. Antara berikut, yang manakah menunjukkan maksud barang awam? A Pihak lain dihalang penggunaannya apabila sesuatu barang digunakan B Pengeluaran barang bergantung kepada corak agihan pendapatan C Penggunaan barang tidak mengurangkan faedah penggunaannya D Penawarannya bersifat memenuhi kehendak yang tidak terhad 2. Manakah yang benar tentang barang awam? A Penawaran barang adalah tidak terhad B Memerlukan perbelanjaan dan tindakan kerajaan C Tidak melibatkan kos lepas dalam pengeluaran barang D Berkongsi penggunaan barang dengan semua masyarakat 3. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya monopoli semula jadi kerajaan? A Pengeluaran barang kepada banyak firma dalam pasaran B Mempunyai keluaran yang menjadi pengganti sempurna C Terdapat kuasa penuh dalam menentukan harga pasaran D Setiap pengeluar bebas keluar dan masuk ke dalam industri 4. Antara berikut, yang manakah contoh pekerjaan yang menjadikan kerajaan sebagai majikan? A Pelakon filem B Tentera udara C Penyanyi profesional D Operator pengeluaran 5. Antara berikut, yang manakah menunjukkan faedah sampingan pekerjaan sektor awam di Malaysia? I Imbuhan kerja lebih masa berdasarkan prestasi kerja II Kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan III Elaun perumahan dan elaun sara hidup (COLA) IV Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk hari tua A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV 6. Maklumat di bawah berkenaan data petunjuk ekonomi di Malaysia. Kadar pengangguran di Malaysia kekal berada pada paras 3.3% manakala kadar penyertaan tenaga buruh adalah pada kadar 68.4% pada bulan Mei 2018. (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia) Berdasarkan data di atas, objektif makroekonomi yang manakah telah dicapai oleh kerajaan? A Kestabilan harga B Guna tenaga penuh C Pertumbuhan ekonomi D Kestabilan imbangan pembayaran 7. Apakah kesan yang akan berlaku jika negara gagal mencapai tingkat guna tenaga penuh? A Kadar inflasi akan meningkat secara berterusan B Keluaran negara mencapai tahap optimum yang telah ditetapkan C Peningkatan taraf hidup masyarakat yang terdapat dalam negara D Pendapatan negara sebenar lebih rendah daripada pendapatan potensi Soalan 6: (i) Kata kunci ialah kadar pengangguran berada pada paras 3.3%.


11TIP SOS 8. Manakah yang berikut menunjukkan kesan sekiranya kerajaan tidak dapat mencapai objektif makroekonomi kestabilan harga? A Inflasi menyebabkan banyak pekerja diberhentikan kerja B Inflasi memberi tekanan untuk harga turun secara berterusan C Deflasi mengakibatkan kos sara hidup seharian akan meningkat D Deflasi membawa kepada kejatuhan guna tenaga dalam negara 9. Keadaan yang manakah dapat mewujudkan imbangan pembayaran yang menguntungkan negara? KBAT Mengaplikasi A Firma X milik warga Malaysia mengimport barang dari negara China B Firma Y milik warga Britain berhasrat membuka kilang baharunya di Melaka C Kerajaan membuat keputusan menambahkan jumlah biasiswa pelajar ke luar negara D Bilangan kemasukan pelancong Malaysia ke destinasi menarik di Indonesia meningkat 10. Apakah kesan sekiranya imbangan pembayaran lebihan dicapai oleh sesebuah negara? A Aliran wang ke luar negara akan bertambah B Nilai mata wang tempatan semakin meningkat C Kegiatan ekonomi dalam negara akan mengalami kejatuhan D Rizab pertukaran asing di bank pusat mengalami kemerosotan 11. Antara berikut, yang manakah merupakan peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam ekonomi? I Mengeluarkan barang yang dapat meningkatkan keuntungan pengeluar II Membantu mengurangkan tekanan inflasi dalam negara III Menyediakan barang percuma untuk kegunaan masyarakat IV Menggalakkan kesan eksternaliti positif berlaku dalam negara A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 12. Apakah yang dimaksudkan dengan kesan eksternaliti negatif? A Kos luaran yang ditanggung selain daripada pengguna sesuatu barang B Masalah dalaman yang ditanggung oleh firma dalam pengeluaran C Kerugian yang dialami oleh pengeluar yang mengeluarkan sesuatu barang D Beban ditanggung oleh pengguna yang terlibat secara langsung dengan sesuatu barang 13. Gambar di bawah ialah satu keadaan kesan daripada aktiviti pengeluaran dalam ekonomi. Apakah tindakan yang sesuai dilakukan oleh kerajaan bagi menangani masalah di atas? KBAT Mengaplikasi A Mengurangkan bayaran denda kepada pengilang yang terlibat B Memberikan subsidi kepada pengeluaran yang bersifat mesra alam C Menetapkan dasar harga maksimum yang perlu dibayar oleh pengusaha D Menurunkan pembayaran cukai karbon yang dikenakan ke atas pengeluar 14. Pernyataan di bawah menerangkan satu keadaan dalam ekonomi. Kerajaan perlu menggajikan seramai 1.61 juta penjawat awam pada tahun 2022. Apakah kesan yang akan diperolehi negara daripada tindakan di atas? KBAT Mengaplikasi A Guna tenaga penuh tercapai B Kestabilan harga diwujudkan C Pertumbuhan ekonomi positif D Kestabilan imbangan pembayaran Soalan 11: (i) Jawapan II merupakan jawapan yang betul.


12TIP SOS 15. Tindakan kerajaan yang dapat mengawal kesan luaran negatif adalah melalui dasar A fiskal mengembang B kewangan menguncup C penetapan harga maksimum D kawalan pemberian lesen pengeluaran 16. Maklumat di bawah berkaitan dengan satu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan. Kerajaan menetapkan tepung gandum, minyak masak dan gas petroleum cecair sebagai barang kawalan yang bersubsidi. Berdasarkan tindakan di atas, apakah kesan kepada ekonomi negara? A Meningkatkan hasil dan pendapatan yang dapat dikutip oleh kerajaan B Meningkatkan pengeluaran barang untuk dieksport ke luar negara C Mengelakkan berlaku eksploitasi yang dilakukan oleh pengeluar D Mengawal kesan luaran negatif yang akan dialami pengguna Bagi Soalan 17 hingga Soalan 20, anda dikehendaki memilih jawapan seperti dalam jadual di bawah. Pilihan Pernyataan I Pernyataan II A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul 17. I Barang awam perlu disediakan bagi melindungi kebajikan pengeluar II Barang awam tidak melibatkan pembayaran untuk menggunakannya 18. I Deflasi perlu diatasi oleh kerajaan untuk mencapai objektif makroekonomi II Deflasi menyebabkan kos sara hidup yang ditanggung masyarakat meningkat 19. I Penetapan dasar harga maksimum dapat meningkatkan kebajikan pengguna II Dasar harga maksimum ialah penetapan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran 20. I Imbangan pembayaran lebihan melibatkan aliran wang keluar negara adalah lebih rendah daripada aliran masuk ke dalam negara II Imbangan pembayaran lebihan menyebabkan rizab pertukaran asing di bank pusat mengalami pengurangan 1.2 Penunjuk Ekonomi 21. Pernyataan yang manakah benar tentang indeks harga pengguna? A Mengukur tingkat kadar inflasi barangan yang berlaku pada satu tahun tertentu B Menghitung peningkatan pendapatan dalam sesebuah negara pada tahun semasa C Mengira tenaga buruh yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran D Menilai perbezaan aliran masuk wang berbanding aliran keluar wang sesebuah negara 22. Inflasi tarikan permintaan ialah kenaikan harga disebabkan oleh peningkatan A kos bahan mentah B dasar upah minimum C nilai mata wang asing D bekalan wang oleh bank pusat 23. Maklumat berikut tentang data indeks harga pengguna pada bulan Julai tahun 2017 dan 2018 bagi negara Malaysia. Tahun 2017 2018 Indeks harga pengguna 118.9 119.8 (Sumber data: Jabatan Perangkaan) Apakah kesan yang akan berlaku akibat perubahan indeks harga pengguna di atas? A Peningkatan kos sara hidup seharian rakyat B Pertambahan tingkat taraf hidup masyarakat C Penurunan kadar faedah oleh bank pusat dalam pasaran D Pengurangan pertumbuhan guna tenaga dalam pasaran buruh Soalan 22: (i) Inflasi ini berlaku ketika ekonomi negara berada pada tingkat guna tenaga penuh.


13TIP SOS 24. Antara berikut, yang manakah menunjukkan berlakunya inflasi diimport? I Peningkatan kos upah buruh untuk pekerja tempatan dan buruh asing II Pengurangan bekalan wang akibat dasar kewangan mengembang III Kenaikan harga barang berlaku secara berterusan di negara pengeksport IV Kejatuhan nilai mata wang ringgit Malaysia dalam kadar pertukaran asing A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 25. Situasi yang manakah menyebabkan berlakunya inflasi tarikan permintaan? A Syarikat B menghadapi peningkatan harga bahan mentah yang dikeluarkan di negara asal pengeluar B Syarikat A mengimport barang dari negara Y dalam keadaan nilai mata wang tempatan mengalami susut nilai C Bank Negara X telah menurunkan nisbah rizab berkanun untuk menambahkan penawaran wang dalam negara D Kerajaan Negara Y memutuskan untuk memenuhi tuntutan kesatuan sekerja bagi meningkatkan tingkat upah dan pendapatan pekerja 26. Berikut ialah dua situasi yang menyebabkan inflasi di negara X dan Y. Negara X Negara Y • Peningkatan pendapatan masyarakat menyebabkan perbelanjaan mereka bertambah. • Harga bahan mentah yang dibeli dari negara X semakin meningkat. Manakah yang benar berkenaan jenis inflasi yang berlaku di negara tersebut? KBAT Mengaplikasi Negara X Negara Y A Inflasi tarikan permintaan Inflasi tolakan kos B Inflasi tolakan kos Inflasi tarikan permintaan C Inflasi diimport Inflasi tarikan permintaan D Inflasi tarikan permintaan Inflasi diimport 27. Situasi di bawah ialah satu keadaan ekonomi yang berlaku di sesebuah negara. Situasi 1: Kejatuhan kuasa beli yang berlaku di negara ini kesan daripada kejatuhan nilai mata wang tempatan. Situasi 2: Keadaan bertambah kritikal selepas upah pekerja ditingkatkan melalui pelaksanaan skim upah minimum. Pasangan yang manakah benar berkaitan keadaan inflasi di atas? KBAT Mengaplikasi Situasi 1 Situasi 2 A Inflasi tarikan permintaan Inflasi tolakan kos B Inflasi tolakan kos Inflasi diimport C Inflasi diimport Inflasi tolakan kos D Inflasi diimport Inflasi tarikan permintaan 28. Kesan positif jika berlaku inflasi sederhana ialah penurunan A kos sara hidup B pendapatan benar C kadar pengangguran D pertumbuhan eksport 29. Inflasi yang berterusan dalam sesebuah negara akan menyebabkan kejatuhan I harga barang II pendapatan benar III kadar pengangguran IV kadar faedah A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Soalan 26: (i) Jawapan bagi negara X ialah inflasi tarikan permintaan.


14TIP SOS 30. Pernyataan yang manakah benar menunjukkan keadaan berlakunya pengangguran dalam ekonomi? A Berlaku lebihan penawaran ke atas barang dan perkhidmatan B Jumlah penduduk yang berumur 15 hingga 64 tahun sedang bekerja C Penggunaan faktor buruh digunakan dengan cekap dan sepenuhnya D Wujud kurangan permintaan terhadap buruh dalam sesebuah negara 31. Data berikut merupakan data pengangguran di Malaysia pada bulan Mei 2021 dan Mei 2022. Mei 2021 Mei 2022 507 500 orang 504 800 orang Perubahan data pengangguran ini menyebabkan peningkatan KBAT Mengaplikasi A hasil cukai kerajaan B jurang agihan pendapatan C kadar jenayah dalam negara D masalah sosial dan kekeluargaan 32. Situasi manakah yang benar menunjukkan kesan pengangguran dalam negara? A Penurunan hasil kutipan cukai pendapatan oleh pihak kerajaan B Pendapatan negara sebenar melebihi pendapatan negara potensi C Ketidakcekapan dalam pengeluaran akan mengalami pengurangan D Keupayaan isi rumah mendapatkan barang dan perkhidmatan bertambah 33. Antara berikut, keadaan yang manakah menunjukkan berlakunya pengangguran kitaran? KBAT Mengaplikasi A Perubahan struktur ekonomi negara B Mobiliti buruh yang rendah pada diri pekerja C Ketiadaan maklumat tentang sesuatu pekerjaan D Ancaman krisis ekonomi kesan pandemik Covid-19 34. Situasi yang manakah menunjukkan berlakunya pengangguran geseran dalam negara? A Trend kejatuhan nilai ringgit Malaysia yang berterusan dan tidak berlaku peningkatan B Ketiadaan maklumat yang tepat tentang peluang pekerjaan yang wujud dalam negara C Pertumbuhan sektor ketiga yang lebih tinggi berbanding sektor kedua dan sektor utama D Dasar upah minimum yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan upah buruh di negara ini 35. Apakah yang dimaksudkan dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)? A Jumlah barangan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran di luar negara B Perkembangan kegiatan ekonomi dari tahun semasa berbanding tahun sebelumnya C Nilai barang dan perkhidmatan yang dilakukan oleh semua faktor pengeluaran dalam negara D Menjumlahkan nilai keluaran yang dihasilkan oleh semua faktor pengeluaran milik warganegara 36. Manakah antara berikut yang dihitung dalam Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia? A Pemain bola sepak Malaysia yang bermain di Liga Singapura B Jurutera syarikat negara China yang bekerja di Pontian, Johor C Pengurus operasi cari gali syarikat minyak Malaysia beroperasi di Uganda D Pelajar Malaysia yang diberi biasiswa melanjutkan pelajaran di United Kingdom 37. Maklumat di bawah berkaitan kaedah pengiraan Keluaran Dalam Negara Kasar yang digunakan di Malaysia. Kaedah 1 Kaedah 2 • Menjumlahkan nilai tambah pada setiap tingkat proses pengeluaran. • Menetapkan penjumlahan nilai barang akhir yang dibayar oleh pengguna. Soalan 31: (i) Fokus kepada pengurangan data berikut. (ii) Memberi kesan positif kepada ekonomi negara.


15TIP SOS Kaedah yang manakah betul berdasarkan maklumat di atas? Kaedah 1 Kaedah 2 A Kaedah keluaran Kaedah perbelanjaan B Kaedah perbelanjaan Kaedah pendapatan C Kaedah keluaran Kaedah pendapatan D Kaedah pendapatan Kaedah keluaran 38. Maklumat di bawah ialah data Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2016 dan 2017. Tahun 2016 Tahun 2017 RM 1 108 227 juta RM 1 168 444 juta (Sumber: Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan Malaysia, 2018) Apakah faktor yang menyebabkan perubahan data Keluaran Dalam Negara Kasar di atas? KBAT Mengaplikasi A Persaingan sumber semula jadi dari negara asing B Mobiliti pusat pengeluaran ke luar negara semakin bertambah C Levi yang lebih rendah untuk membawa masuk buruh asing ke dalam negara D Kadar keciciran murid di sekolah menengah menunjukkan trend peningkatan 39. Situasi yang manakah menjadi faktor pertumbuhan ekonomi buat negara kita? KBAT Mengaplikasi I Petronas menemui telaga minyak baharu di Kepulauan Sulawesi, Indonesia II Kadar kelahiran baharu generasi muda menunjukkan trend peningkatan III Kerjasama pengeluaran kereta nasional dengan kereta keluaran China diperluaskan IV Pola perubahan sistem politik negara yang cenderung untuk kerap berubah A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 40. Antara berikut, situasi yang manakah menunjukkan kesan pertumbuhan ekonomi secara mampan? I Penyediaan lapangan kapal terbang baharu II Perubahan dasar pentadbiran berasaskan sentimen politik III Peningkatan sifat kepenggunaan yang tinggi dalam diri masyarakat sesebuah negara IV Kewujudan sekolah-sekolah berteraskan vokasional bagi memenuhi keperluan pasaran buruh A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 1.3 Alat Dasar Ekonomi 41. Antara berikut, yang manakah menunjukkan dasar fiskal yang dijalankan di sesebuah negara? A Penguatkuasaan bayaran denda dan penalti oleh kerajaan B Bank pusat mengubah nisbah rizab berkanun ke atas bank perdagangan C Tindakan mendapatkan pinjaman bagi menampung kekurangan pendapatan negara D Penetapan cukai pendapatan yang sesuai bagi menampung perbelanjaan pengurusan 42. Situasi yang manakah berkaitan dengan cukai langsung? I Puan Akmal membayar cukai kepada Majlis Bandaraya Shah Alam setiap tahun untuk perkhidmatan pembersihan kawasan perumahannya II Koperasi Warisan Lereh membayar cukai hasil daripada perniagaan yang dilakukan untuk menambah dana ahli III Encik Luqman dikenakan bayaran tambahan sebanyak 6% apabila membeli makanan di restoran makanan segera IV Syarikat R pengeluar tembakau di Kelantan ditetapkan bayaran cukai oleh kerajaan bagi mengawal pengeluaran tembakau dalam negara ini A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV Soalan 40: (i) Fokus kepada situasi yang menyediakan infrastruktur fizikal dan meningkatkan taraf pendidikan.


54TIP SOS KERTAS 2 Bahagian A Arahan: Jawab semua soalan. 1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan globalisasi? [2 markah] (b) Terangkan tiga ciri yang perlu ada dalam pasaran globalisasi. [6 markah] (c) Huraikan situasi yang mendorong proses globalisasi. [6 markah] (d) Jelaskan konsep syarikat multinasional dengan contoh yang sesuai. [6 markah] 2. (a) Gambar di bawah ialah beberapa contoh firma yang terdapat dalam negara kita. (i) Nyatakan jenis syarikat yang diwakili oleh gambar di atas. KBAT Mengaplikasi [1 markah] (ii) Berikan definisi syarikat dalam (a)(i). [2 markah] Soalan 1(c): (i) Menghuraikan situasi yang mendorong proses globalisasi iaitu meluaskan pasaran, perlindungan perdagangan, kos pengangkutan yang tinggi dan sebagainya.


55TIP SOS (iii) Nyatakan tiga ciri yang perlu ada pada syarikat di atas. [3 markah] (b) Andaikan anda mempunyai sebuah syarikat yang beroperasi dalam negara. Apakah faktor yang mendorong anda untuk membawa operasi syarikat anda ke peringkat antarabangsa? KBAT Menganalisis [4 markah] (c) Terangkan risiko yang perlu dihadapi oleh syarikat multinasional. [6 markah] (d) Jelaskan faktor yang menjadi penggalak kepada proses globalisasi. [4 markah] 3. Maklumat berikut berkaitan definisi pelaburan langsung asing. Pelaburan langsung asing bermaksud pelaburan yang dibuat oleh firma atau individu dari luar negara untuk memulakan operasi perniagaan atau membeli aset perniagaan di Malaysia. (Sumber: Buku Teks Ekonomi Tingkatan 5, Halaman 133) (a) Nyatakan tiga cara kemasukan pelaburan langsung asing ke dalam sesebuah negara. [3 markah] (b) Huraikan tiga manfaat yang diperoleh sesebuah negara melalui pelaburan langsung asing. [6 markah] Soalan 3(b): (i) Menghuraikan tiga manfaat iaitu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kemasukan pemindahan teknologi dan meningkatkan modal pelaburan langsung.


56TIP SOS (c) Terangkan tiga kesan negatif jika tiada kawalan ke atas pelaburan langsung asing. [6 markah] (d) Jelaskan bagaimana pelaburan langsung asing membantu meningkatkan ekonomi negara.[5 markah] 4. Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan urus niaga di peringkat antarabangsa bagi negara X. Negara X tidak mempunyai sumber ekonomi yang mencukupi kerana keluasan negara yang terhad. Oleh itu, negara tersebut bertindak membeli barangan dari negara luar bagi memenuhi permintaan domestik. Sebagai usaha mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara tersebut, kerajaan telah bertindak meminta firma melakukan inovasi pada barangan tersebut dan menjual semula ke negara lain. (a) (i) Berikan dua bentuk perdagangan antarabangsa yang dilakukan oleh negara X. KBAT Mengaplikasi [2 markah] (ii) Nyatakan dua faktor yang menyebabkan negara X perlu melakukan perdagangan antarabangsa. [2 markah] (iii) Huraikan kesan tindakan kerajaan negara tersebut ke atas ekonomi negara. [2 markah] (b) Jelaskan tiga faktor kewujudan perdagangan antarabangsa selain daripada (a)(ii). [3 markah] (c) Terangkan tiga kepentingan perdagangan antarabangsa ke atas sesebuah negara. [6 markah] Soalan 3(c): (i) Menerangkan tiga kesan negatif iaitu mewujudkan ketidakseimbangan pendapatan, berlaku kemusnahan alam sekitar dan aliran keluar untuk ke luar negara akan meningkat.


57TIP SOS (d) Nyatakan sekatan perdagangan yang digunakan untuk mengurangkan barang import secara langsung. [5 markah] 5. (a) Huraikan tiga bentuk sekatan ekonomi dalam perdagangan antarabangsa. [6 markah] (b) Bagaimanakah sekatan perdagangan dapat memberi kebaikan kepada sesebuah negara? KBAT Menganalisis [4 markah] (c) Bandingkan pelaksanaan sekatan dalam bentuk tarif dan kuota. [4 markah] (d) (i) Sekiranya anda diberi pilihan untuk menentukan perdagangan antarabangsa, cadangkan sekatan perdagangan yang anda akan pilih. Berikan alasan untuk menyokong pilihan anda. KBAT Mengaplikasi [2 markah] (ii) Jelaskan empat keburukan sekatan perdagangan antarabangsa. [4 markah] Soalan 5(d)(i): (i) Anda boleh memilih sama ada tarif, kuota, subsidi, kawalan pertukaran asing dan sebagainya.


58TIP SOS 6. Maklumat di bawah adalah berkaitan usaha kebanyakan negara bagi membentuk perdagangan bebas. Liberalisasi perdagangan bermaksud tiada syarat pegangan atau sekatan dalam hubungan perdagangan antara sesebuah negara dengan negara lain. (Sumber: Buku Teks Ekonomi Tingkatan 5, Halaman 163) (a) (i) Apakah bentuk sekatan yang dimaksudkan dalam maklumat di atas? [2 markah] (ii) Bagaimanakah liberalisasi perdagangan dapat meningkatkan ekonomi negara? [4 markah] (b) Dengan menggunakan contoh yang sesuai, apakah yang dimaksudkan dengan blok perdagangan? KBAT Mengaplikasi [4 markah] (c) (i) Nyatakan perjanjian perdagangan yang melibatkan negara Malaysia. [1 markah] (ii) Jelaskan tiga kesan positif yang diperoleh negara daripada perjanjian tersebut. [3 markah] (iii) Bagaimanakah kerajaan boleh memanfaatkan perjanjian ini kepada masyarakat? [2 markah] Soalan 6(b): (i) Matlamat blok perdagangan adalah menjaga kepentingan ekonomi bersama.


59TIP SOS (d) Jelaskan kesan buruk jika blok ekonomi gagal beroperasi mengikut objektif yang ditetapkan. [4 markah] 7. Apakah perbezaan antara konsep eksport nampak dengan eksport tak nampak? KBAT Menganalisis (a) Eksport nampak [2 markah] Eksport tak nampak [2 markah] (b) Berikan dua contoh barang yang merupakan import nampak bagi Malaysia. [2 markah] (c) Nyatakan empat komponen akaun semasa. [4 markah] 8. Data berikut merupakan nilai eksport nampak dan import nampak bagi tiga buah negara. Butiran Negara X (RM juta) Negara Y (RM juta) Negara Z (RM juta) Eksport nampak 600 000 600 000 600 000 Import nampak 700 000 400 000 600 000 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan akaun barangan dalam imbangan pembayaran? [2 markah] Soalan 7(a): (i) Contoh eksport nampak adalah seperti kelapa sawit dan barangan elektronik. (ii) Contoh eksport tak nampak adalah seperti penggunaan perkhidmatan kapal terbang MAS oleh pelancong asing.


60TIP SOS (b) Hitung nilai akaun barangan bagi: (i) Negara X [2 markah] (ii) Negara Y [2 markah] (iii) Negara Z [2 markah] (c) Negara manakah mencatatkan akaun barangan yang paling baik? Nyatakan sebabnya. KBAT Menganalisis [2 markah] 9. (a) Nyatakan dua contoh import tak nampak di Malaysia. [2 markah] (b) Berdasarkan situasi di bawah, tentukan komponen akaun semasa yang terlibat. KBAT Mengaplikasi (i) Syarikat Rastam Sdn Bhd mendapat kebenaran membawa masuk kereta dari negara China. [2 markah] Soalan 8(b)(i)(ii)(iii): (i) Imbangan dagangan = Jumlah nilai eksport barang nampak – Jumlah nilai import barang nampak


61TIP SOS (ii) Malaysia mendapat bantuan daripada kerajaan Arab Saudi bagi memulihkan keadaan banjir besar yang berlaku di Pantai Timur Malaysia. [2 markah] (iii) Air Asia berjaya mendominasi dengan meluaskan pasarannya ke seluruh negara di rantau Asia Tenggara. [2 markah] (c) Nyatakan kesan yang akan berlaku jika akaun semasa mencatatkan nilai defisit. [2 markah] 10. Data berikut ialah maklumat mengenai akaun semasa tahun 2017 mengikut suku tahun. Tempoh RM bilion Suku pertama 4.8 Suku kedua 8.8 Suku ketiga 12.8 Suku keempat 13.9 (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia 2017) (a) Huraikan arah aliran akaun semasa Malaysia mengikut suku tahun 2017. [4 markah] (b) Terangkan dua sebab akaun semasa Malaysia sentiasa mencatatkan nilai lebihan. [4 markah] Soalan 9(b)(i)(ii)(iii): (i) Menentukan sama ada akaun barangan, akaun perkhidmatan, akaun pendapatan primer atau akaun pendapatan sekunder yang terlibat.


73 Pentaksiran 1 Tingkatan 5 Masa: 1 jam 15 minit Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. KERTAS 1 1. Gambar di bawah menunjukkan barangan yang dikeluarkan oleh firma kerajaan. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan gambar tersebut? I Tidak wujud kos lepas II Penawaran tidak terhad III Boleh berkongsi penggunaan IV Dikenakan bayaran yang minimum A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 2. Gambar di bawah berkaitan dengan sebuah firma kerajaan. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan firma tersebut? I Mempunyai pengganti sempurna II Firma tunggal dalam industri tersebut III Tiada kebebasan keluar masuk industri IV Harga ditentukan oleh mekanisme pasaran A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 3. Antara berikut, yang manakah manfaat yang dinikmati oleh semua kakitangan awam? I Elaun sara hidup II Caruman Perkeso III Pencen selepas bersara IV Cukai pendapatan individu A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 4. Tindakan kerajaan yang manakah lebih memberi manfaat kepada pihak pengeluar? A Dasar harga maksimum B Dasar harga minimum C Kutipan cukai D Kuota 5. Pernyataan yang manakah betul tentang usaha kerajaan membanteras eksploitasi pengeluar kepada pengguna? A Memberi subsidi kepada firma yang menggunakan kaedah mesra alam B Mengisytiharkan barang pengguna sebagai barang kawalan C Menarik balik lesen perniagaan pengeluar yang ingkar D Menentukan kawasan perumahan dan perindustrian 6. Pernyataan yang manakah menunjukkan indeks harga pengguna sedang meningkat? A Harga barang naik secara berterusan B Kadar pengangguran meningkat C Pertumbuhan ekonomi terbantut D Lambakan barang import


100 BAB 1 Ekonomi dan Kerajaan KERTAS 1 1. C 11. C 21. A 31. A 41. D 51. B 2. D 12. A 22. D 32. A 42. A 52. B 3. C 13. B 23. A 33. D 43. B 53. D 4. B 14. A 24. B 34. B 44. C 54. C 5. C 15. D 25. C 35. C 45. C 55. C 6. B 16. C 26. A 36. B 46. C 56. C 7. D 17. B 27. C 37. A 47. D 57. A 8. D 18. A 28. C 38. C 48. C 58. C 9. B 19. A 29. C 39. C 49. A 59. B 10. B 20. A 30. D 40. B 50. A 60. D KERTAS 2 Bahagian A 1. (a) • Peranan kerajaan sebagai pengeluar dan majikan. [1m] • Peranan kerajaan mencapai objektif makroekonomi. [1m] • Peranan kerajaan dalam mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif. [1m] (b) (i) • Barang awam [1m] • Barang sosial [1m] (ii) Persamaan: • Kedua-dua barang dikeluarkan oleh kerajaan. [1m] • Kedua-dua barang dapat meningkatkan kebajikan masyarakat. [1m] Perbezaan: Barang awam Barang sosial • Barang yang boleh digunakan terus tanpa dikenakan bayaran. [1m] • Contoh barang awam ialah jalan raya dan sekolah kerajaan. [1m] • Barang yang memerlukan perbelanjaan dan tindakan kerajaan terlebih dahulu. [1m] • Contoh barang sosial ialah perkhidmatan pendidikan percuma untuk rakyat. [1m] (c) • Satu firma sahaja. [1m] • Contoh, firma bekalan elektrik ialah TNB dan telekomunikasi TM Malaysia. [1m] • Keluaran tiada pengganti. [1m] • Tidak dikeluarkan oleh firma lain. [1m] • Penentu harga pasaran. [1m] • Kerajaan yang menentukan harga barang. [1m] • Tiada kebebasan keluar masuk industri. [1m] • Wujud halangan firma lain masuk ke pasaran melalui undang-undang. [1m] (d) • Elaun perumahan [1m] • Elaun sara hidup [1m] • Imbuhan tetap khidmat awam [1m] Jawapan • Cuti tahunan [1m] • Pencen [1m] • Cuti bersalin [1m] • Kemudahan pinjaman perumahan / kenderaan [1m] 2. (a) (i) • Guna tenaga penuh [1m] • Kestabilan harga [1m] • Pertumbuhan ekonomi [1m] • Kestabilan imbangan pembayaran [1m] (ii) • Pencapaian guna tenaga penuh dapat meningkatkan keluaran negara. [1m] • Peningkatan keluaran negara dapat meningkatkan pendapatan negara. [1m] • Maka taraf hidup masyarakat akan meningkat. [1m] • Contohnya, masyarakat dapat menikmati barang yang lebih banyak. [1m] (b) Persamaan: • Menjejaskan taraf hidup masyarakat. [1m] • Memerlukan tindakan kerajaan melalui dasar fiskal / belanjawan. [1m] • Memerlukan tindakan bank pusat melalui dasar kewangan. [1m] Perbezaan: • Inflasi menyebabkan kenaikan harga barang, deflasi menyebabkan penurunan harga barang. [1m] • Inflasi stok barang berlebihan dalam pasaran, deflasi stok barang berkurang dalam pasaran. [1m] • Inflasi menyebabkan cukai dinaikkan, deflasi cukai diturunkan. [1m] • Inflasi perbelanjaan kerajaan dikurangkan, deflasi perbelanjaan kerajaan dinaikkan. [1m] (c) • Peluang pekerjaan meningkat. [1m] • Pendapatan negara / hasil kerajaan bertambah. [1m] • Projek pembangunan infrastruktur negara meningkat. [1m] • Taraf hidup rakyat akan bertambah. [1m] • Kuasa beli pengguna akan bertambah. [1m] • Mengurangkan pengangguran. [1m] (d) • Aliran masuk wang ke dalam negara meningkat. [1m] • Rizab mata wang asing akan meningkat. [1m] • Meningkatkan kedudukan Ringgit Malaysia. [1m] • Hutang benar dari luar negara berkurang. [1m] • Kos mengimport barang ke dalam negara akan lebih murah. [1m] 3. (a) (i) • Mengeksploitasi pengguna. [1m] • Menimbulkan kesan eksternaliti negatif. [1m] (ii) • Kenaikan harga barang keperluan seperti tepung dan minyak masak. [1m] • Penghasilan barang yang tidak mengikut spesifikasi yang diperlukan. [1m] • Pencemaran sungai. [1m] • Kesesakan lalu lintas. [1m] • Kerosakan alam sekitar / hidupan flora dan fauna. [1m] Bab 1


Click to View FlipBook Version