ii Tema 1: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Bab 1 Biodiversiti 1.1 Kepelbagaian Organisma .............................. 1 1.2 Pengelasan Organisma ................................. 3 Cabaran Masteri 1.................................................... 9 Bab 2 Ekosistem 2.1 Aliran Tenaga dalam Ekosistem................... 10 2.2 Kitar Nutrien dalam Ekosistem .................... 13 2.3 Saling Bersandaran dan Interaksi antara Organisma dan antara Organisma dengan Persekitaran ................................................. 16 2.4 Peranan Manusia dalam Mengekalkan Keseimbangan Alam .................................... 25 Cabaran Masteri 2.................................................. 26 Bab 3 Nutrisi 3.1 Kelas Makanan ............................................ 28 3.2 Kepentingan Gizi Seimbang ........................ 33 3.3 Sistem Pencernaan Manusia ...................... 36 3.4 Proses Penyerapan dan Pengangkutan Hasil Pencernaan serta Penyahtinjaan ....... 40 Cabaran Masteri 3.................................................. 43 Bab 4 Kesihatan Manusia 4.1 Penyakit Berjangkit dan Penyakit Tidak Berjangkit .................................................... 45 4.2 Pertahanan Badan ...................................... 52 Cabaran Masteri 4.................................................. 59 Tema 2: Penerokaan Unsur dalam Alam Bab 5 Air dan Larutan 5.1 Sifat Fizik Air................................................. 61 5.2 Larutan dan Kadar Keterlarutan................... 69 5.3 Pembersihan dan Pembekalan Air.............. 76 Cabaran Masteri 5.................................................. 79 Bab 6 Asid dan Alkali 6.1. Sifat Asid dan Alkali ..................................... 81 6.2. Peneutralan ................................................. 88 Cabaran Masteri 6.................................................. 92 Tema 3: Tenaga dan Kelestarian Hidup Bab 7 Keelektrikan dan Kemagnetan 7.1 Keelektrikan ................................................. 94 KANDUNGAN 7.2 Pengaliran Arus Elektrik dalam Litar Bersiri dan Litar Selari.................................111 7.3 Kemagnetan................................................118 Cabaran Masteri 7................................................ 125 Bab 8 Daya dan Gerakan 8.1 Daya .......................................................... 127 8.2 Kesan Daya ............................................... 132 Cabaran Masteri 8................................................ 153 Bab 9 Haba 9.1 Hubung Kait Suhu dengan Haba................ 155 9.2 Pengaliran Haba dan Keseimbangan Terma ......................................................... 156 9.3 Prinsip Pengembangan dan Pengecutan Jirim............................................................ 165 9.4 Hubung Kait Jenis Permukaan Objek dengan Penyerapan dan Pembebasan Haba ......... 170 Cabaran Masteri 9................................................ 175 Bab 10 Gelombang Bunyi 10.1 Ciri Gelombang Bunyi ................................ 177 10.2 Kenyaringan dan Kelangsingan Bunyi ....... 180 10.3 Fenomena dan Aplikasi Pantulan Gelombang Bunyi....................................... 186 Cabaran Masteri 10.............................................. 190 Tema 4: Penerokaan Bumi dan Angkasa Lepas Bab 11 Bintang dan Galaksi dalam Alam Semesta 11.1 Bintang dan Galaksi dalam Alam Semesta............................................ 192 Cabaran Masteri 11 .............................................. 200 Bab 12 Sistem Suria 12.1 Sistem Suria............................................... 202 Cabaran Masteri 12.............................................. 210 Bab 13 Meteoroid, Asteroid, Komet 13. 1 Jasad lain dalam Sistem Suria iaitu Meteoroid, Asteroid dan Komet...................211 Cabaran Masteri 13.............................................. 214 Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).....................................................215 Jawapan ...................................................................... 231 00 Kand Spot A+ Sains Tg2.indd 2 17/02/2023 5:37 PM
1 1 1 Biodiversiti Apakah Biodiversiti? 1. Biodiversiti merujuk kepada kepelbagaian organisma, termasuk mikroorganisma, haiwan dan tumbuhan. 2. Biodiversiti wujud disebabkan oleh kepelbagaian habitat dan cuaca di Bumi. 3. Organisma berbeza mempunyai ciri-ciri yang berbeza untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan cuaca di habitat mereka agar dapat bermandiri dengan jayanya. 4. Malaysia merupakan salah satu daripada 17 buah negara mega biodiversiti di dunia. 5. Negara kita memiliki pelbagai jenis habitat yang mempunyai pelbagai jenis tumbuhan, haiwan dan serangga. 6. Iklim khatulistiwa menjadikan Malaysia habitat yang sangat sesuai bagi pelbagai jenis organisma. 7. Malah, kebanyakannya merupakan spesies endemik atau tidak ditemui di tempat yang lain. Kepentingan Biodiversiti 1. Membekalkan sumber makanan (a) Membekalkan pelbagai jenis makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan, telur dan sebagainya untuk manusia dan haiwan. (b) Setiap makanan mempunyai kandungan nutrisi seperti karbohidrat, protein, lemak dan vitamin yang penting untuk kesihatan manusia. 2. Menjamin keseimbangan alam (a) Biodiversiti membolehkan penerusan kitar nutrien seperti kitar oksigen. (b) Kepelbagaian tumbuhan di hutan membolehkan hutan menapis sumber air semula jadi, memerangkap bendasing di udara, menyejukkan suhu permukaan dan menjadi penampan banjir serta tiupan angin kuat. 3. Sebagai tempat rekreasi (a) Kawasan yang kaya dengan biodiversiti dapat dijadikan sebagai tempat rekreasi. Contohnya, Pulau Sipadan. 4. Menyumbang kepada perubatan (a) Tumbuhan herba dikomersialkan sebagai ubat-ubatan. Contohnya, Tongkat Ali. 5. Menyumbang kepada bahan mentah industri (a) Bahan mentah diperlukan dalam pelbagai industri. Contohnya, kayu, rotan dan buluh. 1.1 Kepelbagaian Organisma BAB B01 Spot A+ Sains Tg2.indd 1 20/02/2023 8:49 AM
Bab 1 Biodiversiti 3 1 Burung Badan dilitupi bulu pelepah Homoioterma Bertelur Melakukan persenyawaan dalam Bernafas melalui peparu Contohnya, merak, kelicap madu, bangau, merbuk dan penguin Rajah 1.4 Burung dan ciri-cirinya 1.2 Pengelasan Organisma A Pengelasan Haiwan 1. Organisma multisel yang tidak boleh membuat makanan sendiri digolongkan sebagai haiwan. 2. Haiwan dibahagikan kepada vertebrata (haiwan bertulang belakang) dan invertebrata (haiwan tidak bertulang belakang). 3. Haiwan vertebrata boleh dibahagikan lagi kepada lima kumpulan kecil yang dipanggil kelas. 4. Rajah 1.2 menunjukkan pengelasan alam haiwan. Vertebrata Mamalia Burung Amfibia Ikan Reptilia Invertebrata Haiwan Rajah 1.2 Pengelasan alam haiwan (a) Vertebrata Galeri Info Haiwan homoioterma mempunyai suhu badan yang tetap. Haiwan poikiloterma mempunyai suhu badan yang berubah-ubah mengikut suhu persekitaran. Mamalia Badan dilitupi bulu atau rambut Homoioterma Melahirkan anak Melakukan persenyawaan dalam, iaitu telur disenyawakan di dalam badan haiwan betina Bernafas melalui peparu Haiwan betina menyusukan anak Contohnya, rusa, ikan lumba-lumba, harimau bintang dan arnab Rajah 1.3 Mamalia dan ciri-cirinya M e s r a A k r o n i m Mama Bawa Adik ke Istana Raja Mamalia Burung Amfibia Ikan Reptilia B01 Spot A+ Sains Tg2.indd 3 20/02/2023 8:49 AM
Bab 1 Biodiversiti 9 CABARAN MASTERI 1 1 1. Berikan dua contoh tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon. 2. Apakah ciri-ciri yang membezakan tumbuhan monokotiledon daripada dikotiledon? 3. Antara organisma berikut, organisma yang manakah tidak mempunyai tulang belakang? Labah-labah Zirafah Burung unta Ketam Rama-rama Monyet 4. Apakah perbezaan antara amfibia dan ikan? 5. Huraikan secara ringkas kepentingan biodiversiti dalam menyokong kehidupan manusia. KBAT Mengaplikasi 6. Rajah 1 menunjukkan kekunci dikotomi. Organisma A Organisma B Organisma C Organisma D Organisma E Organisma F Organisma Tumbuhan Tumbuhan berbunga Tumbuhan tidak berbunga Haiwan Hidup dalam air Bersisik Tidak bersisik Poikiloterma Homoioterma Hidup di darat Rajah 1 Kenal pasti organisma A hingga F dalam kekunci dikotomi di Rajah 1 daripada senarai organisma yang berikut. KBAT Mengaplikasi Tupai Pokok kelapa sawit Kura-kura Ikan bilis Paku pakis Katak 7. Dengan menggunakan ciri-ciri yang berikut, bina satu kekunci dikotomi untuk mengelaskan buaya, gajah, helang dan udang. KBAT Mengaplikasi Kehadiran tulang belakang Cara pembiakan Suhu badan 8. Adakah kelawar dikelaskan sebagai mamalia atau burung? Berikan alasan anda. KBAT Menilai 9. Biodiversiti dunia akan terjejas jika Malaysia tidak memelihara kekayaan biodiversitinya. Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini? Berikan alasan anda. KBAT Menilai 10. ‘Malaysia ialah salah satu daripada 17 buah negara mega biodiversiti di dunia’. Terangkan pernyataan tersebut dan cadangkan satu slogan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memelihara biodiversiti di negara kita. KBAT Mencipta B01 Spot A+ Sains Tg2.indd 9 20/02/2023 8:50 AM
Bab 3 Nutrisi 31 3 AKTIVITI 3.1 Tujuan: Menguji kehadiran kanji, glukosa, protein dan lemak dalam sampel makanan. Bahan: Larutan iodin, ampaian kanji 1%, larutan Benedict, larutan glukosa 10%, reagen Millon, larutan albumen, etanol, minyak masak dan air suling. Radas: Silinder penyukat, tabung uji, penitis, bikar, penunu Bunsen, kasa dawai, tungku kaki tiga, rak tabung uji, penyepit tabung uji dan penyumbat gabus. A Ujian iodin untuk kanji Prosedur: 1. 2 ml larutan kanji dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji. 2. 2 titik larutan iodin dititiskan ke dalam tabung uji dengan penitis. Pemerhatian: Selepas dicampurkan dengan larutan iodin, larutan kanji bertukar menjadi warna biru tua. Kesimpulan: Warna biru tua dalam ujian iodin menunjukkan kehadiran kanji. B Ujian Benedict untuk glukosa Prosedur: 1. 2 ml larutan glukosa dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji. 2. 2 ml larutan Benedict ditambahkan ke dalam tabung uji. 3. Campuran digoncang dan dipanaskan di dalam kukus air selama 5 minit. Pemerhatian: Sebelum dipanaskan, campuran glukosa dalam larutan Benedict berwarna biru. Selepas dipanaskan, mendakan merah bata terhasil. Kesimpulan: Mendakan merah bata dalam ujian Benedict menunjukkan kehadiran glukosa. C Ujian Millon untuk protein Prosedur: 1. 5 ml larutan albumen dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji. 2. 3 titik reagen Millon dititiskan ke dalam larutan albumen dengan penitis. 3. Campuran digoncang dan dipanaskan di dalam kukus air selama 5 minit. Pemerhatian: Selepas dipanaskan, campuran larutan albumen dan reagen Millon menghasilkan mendakan merah bata. Kesimpulan: Mendakan merah bata dalam ujian Millon menunjukkan kehadiran protein. Larutan iodin Penitis 2 ml ampaian kanji 1% Rajah 3.2 Rajah 3.3 Kasa dawai Kukus air Larutan glukosa + larutan Benedict Penunu Bunsen Tungku kaki tiga Kukus air Larutan albumen + reagen Millon Penunu Bunsen Rajah 3.4 B03 Spot A+ Sains Tg2.indd 31 20/02/2023 8:55 AM
Tema 1: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup 32 3 D Ujian alkohol-emulsi untuk lemak Prosedur: 1. 3 ml etanol dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji. 2. 2 titik minyak masak dititiskan ke dalam minyak masak. 3. Tabung uji ditutup dengan penyumbat gabus. 4. Tabung uji digoncang perlahan-lahan dan dibiarkan di rak tabung uji selama 3 minit. 5. Selepas 3 minit, 20 ml air suling dimasukkan ke dalam campuran. 6. Tabung uji ditutup dengan penyumbat gabus dan digoncang perlahan-lahan. Tabung uji dibiarkan di rak tabung uji selama 3 minit lagi. Pemerhatian: Campuran akhir menjadi emulsi putih yang keruh di dalam tabung uji selepas 3 minit. Kesimpulan: Emulsi putih keruh dalam ujian alkohol-emulsi menunjukkan kehadiran lemak. 3 ml etanol Minyak masak Air suling Etanol + minyak masak (a) (b) Rajah 3.5 3. Kehadiran kanji, glukosa, protein dan lemak dapat diuji dengan menggunakan beberapa ujian. Teliti Jadual 3.3. Jadual 3.3 Keputusan bagi ujian makanan Ujian iodin untuk kanji Ujian Benedict untuk glukosa Larutan kanji bertukar menjadi warna biru tua menunjukkan kehadiran kanji 2 titis larutan iodin Ampaian kanji Mendakan merah bata menunjukkan kehadiran glukosa Kukus air Selepas 5 minit Larutan glukosa + larutan Benedict Ujian Millon untuk protein Ujian alkohol-emulsi untuk lemak Mendakan merah bata menunjukkan kehadiran protein Kukus air Selepas 5 minit Larutan albumen + reagen Millon 3 ml etanol Minyak masak Air suling Emulsi putih keruh menunjukkan kehadiran lemak Etanol + minyak masak Goncang B03 Spot A+ Sains Tg2.indd 32 20/02/2023 8:55 AM
Bab 3 Nutrisi 33 3 Ujian Diagnostik 3.1 1. Berikan satu fungsi bagi setiap kelas makanan berikut. Karbohidrat Lemak Pelawas Protein 2. Huraikan secara ringkas cara untuk menguji kehadiran protein dalam sampel makanan. 3. Apakah punca penyakit beri-beri? Cadangkan cara untuk mengelakkan penyakit ini. KBAT Mengaplikasi 4. Irwan mengalami masalah kulit kering dan bersisik. Apakah sumber makanan yang perlu diambilnya untuk mengatasi masalah tersebut? KBAT Mengaplikasi 3.2 Kepentingan Gizi Seimbang 1. Gizi seimbang ialah pemakanan yang mengandungi semua kelas makanan yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang betul. 2. Rajah 3.6 menunjukkan panduan pengambilan makanan mengikut gizi seimbang. LEMAK, MINYAK, GULA DAN GARAM BUAH-BUAHAN Makan dalam kuantiti sedikit SUSU DAN PRODUK TENUSU IKAN, AYAM, DAGING DAN KEKACANG Makan dalam kuantiti sederhana Makan dalam kuantiti banyak Makan dalam kuantiti sederhana SAYUR-SAYURAN Makan dalam kuantiti banyak NASI, MI, ROTI, BIJIRIN, PRODUK BIJIRIN DAN UBI-UBIAN Makan dalam kuantiti yang secukupnya Rajah 3.6 Panduan pengambilan makanan mengikut gizi seimbang 3. Piramid makanan dan Model Pinggan Sihat merupakan panduan pengambilan makanan mengikut gizi seimbang. 4. Namun, gizi seimbang bagi setiap individu adalah berbeza kerana setiap individu memerlukan nilai tenaga dan nutrien yang berbeza. Portal Spotlight Portal Spotlight Piramid makanan Malaysia 2020 https://bit. ly/3kQmWEX B03 Spot A+ Sains Tg2.indd 33 20/02/2023 8:55 AM
Tema 3: Tenaga dan Kelestarian Hidup 96 7 B Pelbagai Sumber Tenaga Peta buih dalam Rajah 7.3 menunjukkan sumber-sumber tenaga yang berada di sekeliling kita. Rajah 7.3 Sumber-sumber tenaga Rajah 7.4 Elektrostatik dalam kehidupan harian Cas Elektrostatik 1. Rajah 7.4 menunjukkan elektrostatik dalam kehidupan harian. 2. Cas elektrostatik adalah cas elektrik yang statik atau pegun. 3. Cas ini tidak boleh bergerak secara bebas melalui bahan. Baju atau tudung terasa terlekat pada kerusi plastik dan menghasilkan bunyi geresek apabila digerakkan. Debu tertarik kepada sesetengah permukaan walaupun dilap berulang kali. Terasa renjatan elektrik yang lemah apabila menyentuh pemegang pintu. Permukaan belon yang digosok menarik beberapa helai rambut. Matahari Angin Geoterma Air Bahan api fosil Biojisim Bahan radioaktif Ombak Sumbersumber tenaga Portal Spotlight Portal Spotlight Hidroelektrik (Contoh sumber tenaga elektrik) https://bit.ly/ 2j1Rx0P Anjung TIP • Cas negatif dikenali sebagai elektron. • Cas positif dikenali sebagai proton. B07 Spot A+ Sains Tg2.indd 96 20/02/2023 9:11 AM
Bab 7 Keelektrikan dan Kemagnetan 107 7 3. Terdapat dua jenis perintang. (a) Perintang piawai mempunyai rintangan tetap. (b) Perintang boleh ubah atau reostat mempunyai rintangan yang boleh diubah. 4. Arus, voltan dan rintangan berkait rapat. 5. Perubahan dalam magnitud salah satu kuantiti ini akan memberi kesan kepada magnitud kuantiti lain. 6. Arus yang mengalir dalam litar berkurang apabila rintangan bertambah. 7. Apabila voltan yang besar merentasi litar, arus yang mengalir melalui litar itu akan meningkat. Eksperimen Eksperimen 7.1 Tujuan: Mengkaji kesan perubahan rintangan dan voltan terhadap arus elektrik. A Kesan perubahan rintangan terhadap arus elektrik Pernyataan masalah: Apakah kesan perubahan rintangan terhadap arus elektrik? Hipotesis: Semakin besar rintangan, semakin kecil arus elektrik yang mengalir. Pemboleh ubah: (a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Panjang dawai nikrom (b) Pemboleh ubah bergerak balas: Bacaan ammeter (c) Pemboleh ubah dimalarkan: Bilangan sel kering Bahan: Dawai nikrom Radas: Ammeter, pembaris meter, paku tekan, klip buaya, dawai penyambung, joki, sel kering dan pemegang sel. Prosedur: 1. Dawai nikrom dipasangkan dari hujung ke hujung pembaris meter. 2. Radas disusun seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.19. 3. Joki diletakkan pada kedudukan 20 cm dari hujung klip buaya pada dawai nikrom. 4. Bacaan ammeter dicatatkan. 5. Langkah 3 dan 4 diulang dengan menambahkan panjang dawai nikrom kepada 30 cm, 40 cm, 50 cm dan 60 cm secara berperingkat. 6. Bacaan ammeter bagi setiap panjang dawai nikrom dicatatkan dalam jadual. 7. Graf arus melawan panjang dawai nikrom dilukis. Ammeter Klip buaya Sel kering Panjang dawai Pemegang sel Paku tekan Joki Pembaris meter Dawai nikrom Dawai penyambung 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Rajah 7.19 B07 Spot A+ Sains Tg2.indd 107 20/02/2023 9:11 AM
Tema 3: Tenaga dan Kelestarian Hidup 108 7 Pemerhatian: Panjang dawai nikrom (cm) Bacaan ammeter (A) 20 1.0 30 0.6 40 0.4 50 0.3 60 0.2 Graf arus melawan panjang dawai nikrom 0.2 0 Bacaan ammeter (A) Panjang dawai nikrom (cm) 10 20 30 40 50 60 0.4 0.6 0.8 1.0 Rajah 7.20 Perbincangan: 1. Rintangan ialah keupayaan sesuatu konduktor untuk menentang aliran arus elektrik yang melaluinya. Semakin panjang dawai nikrom, semakin besar rintangannya. 2. Apabila rintangan semakin meningkat, bacaan ammeter semakin berkurang. Arus yang mengalir dalam litar menjadi semakin kecil. 3. Semakin panjang dawai nikrom, semakin kecil arus yang mengalir dalam litar. Kesimpulan: Hipotesis diterima. Semakin besar rintangan, semakin kecil arus elektrik yang mengalir. B Kesan perubahan voltan terhadap arus elektrik Pernyataan masalah: Apakah kesan perubahan voltan terhadap arus elektrik? Hipotesis: Semakin besar voltan, semakin besar arus yang mengalir. Pemboleh ubah: (a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Bilangan sel kering (b) Pemboleh ubah bergerak balas: Bacaan ammeter (c) Pemboleh ubah dimalarkan: Dawai nikrom sepanjang 10 cm Radas: Ammeter, voltmeter, dawai penyambung, dawai nikrom sepanjang 10 cm, sel kering dan klip buaya. B07 Spot A+ Sains Tg2.indd 108 20/02/2023 9:11 AM
Bab 7 Keelektrikan dan Kemagnetan 117 7 B Masalah Numerikal Berkaitan Arus, Voltan dan Rintangan Masalah numerikal berkaitan arus, voltan dan rintangan dapat diselesaikan dengan menggunakan rumus-rumus yang sesuai. Teliti contoh-contoh soalan dan penyelesaian berikut. Contoh 1 Rajah 7.31 menunjukkan tiga perintang, R1 , R2 dan R3 yang disambungkan secara bersiri dalam satu litar lengkap. Hitungkan (a) nilai arus I 1 (b) nilai arus I 3 (c) rintangan berkesan, R (d) nilai voltan V1 (e) jumlah voltan V2 + V3 Penyelesaian (a) I 1 = 2 A (b) I 3 = 2 A (c) R = 1 Ω + 2 Ω + 3 Ω = 6 Ω (d) Menurut hukum Ohm, V = IR V1 = I 1 R1 = 2 A × 1 Ω = 2 V (e) V2 + V3 = 12 V – 2 V = 10 V Contoh 2 Rajah 7.32 menunjukkan dua perintang yang serupa disambungkan secara selari dalam satu litar. Hitungkan (a) rintangan berkesan, R (b) jumlah arus, I (c) nilai voltan V2 (d) nilai arus I 2 (e) nilai arus I 1 Penyelesaian (a) 1 R = 1 2 + 1 2 = 2 2 ∴R = 1 Ω123 Rajah 7.32 6 V I I 1 I 2 R2 R1 2Ω V2 2Ω A 12 V I = 2A I1 1Ω R1 R2 R3 V1 2Ω V2 I 3Ω 3 V3 A Rajah 7.31 Gunakan rumus I = I1 = I2 = I3 Gunakan rumus R = R1 + R2 + R3 Apabila rumus V = V1 + V2 + V3 tidak boleh digunakan kerana nilai V2 dan V3 tidak diketahui, gunakan rumus V = IR Gunakan rumus V = V1 + V2 + V3 \V2 + V3 = V – V1 Gunakan rumus = 1 R = 1 R1 + 1 R2 B07 Spot A+ Sains Tg2.indd 117 20/02/2023 9:12 AM
Bab 9 Haba 175 9 CABARAN MASTERI 9 1. Nyatakan dua perbezaan antara suhu dan haba. 2. Apakah bayu laut dan bayu darat? 3. Rajah 1 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji pengaliran haba. Kaki retort Penunu Bunsen Kertas kobalt klorida lembap Kadbod A B Rod besi Rajah 1 (a) Kertas kobalt klorida lembap yang manakah berubah warna terlebih dahulu? (b) Bagaimanakah haba dari penunu Bunsen dipindahkan ke kertas kobalt klorida? 4. Bagaimanakah dulang yang panas dapat dikeluarkan daripada ketuhar tanpa mencederakan tangan akibat haba? KBAT Mengaplikasi 5. Rajah 2 menunjukkan pemerhatian yang diperoleh daripada satu aktiviti untuk mengkaji pengembangan dan pengecutan dalam pepejal oleh haba. Bebola logam Selepas disejukkan Gelang logam Bebola logam Selepas dipanaskan Gelang logam Rajah 2 Terangkan mengapa terdapat perbezaan dalam pemerhatian pada bebola logam selepas bebola logam dipanaskan dan selepas disejukkan. KBAT Menganalisis 6. Gambar foto 1 menunjukkan permukaan trek larian di dua taman rekreasi. Taman Alma Taman Mutiara Gambar foto 1 Jelaskan mengapa permukaan trek larian di Taman Mutiara masih berada dalam keadaan yang baik. KBAT Menganalisis B09 Spot A+ Sains Tg2.indd 175 20/02/2023 9:17 AM
Tema 3: Tenaga dan Kelestarian Hidup 176 9 7. Rajah 3 menunjukkan sebuah ruang tamu. C A B Rajah 3 Jika anda ingin memasang penyaman udara, di kedudukan yang manakah paling sesuai untuk menempatkan penyaman udara? Berikan sebab anda berdasarkan konsep haba. KBAT Menilai 8. Gambar foto 2 menunjukkan dua jenis mangkuk yang diperbuat daripada dua jenis bahan yang berbeza. Mangkuk keluli Mangkuk seramik Gambar foto 2 Jika emak Mei Ling ingin memastikan bubur yang dikeluarkan dari periuk rendidih masih berada dalam keadaan panas ketika menyuap datuk yang sakit, mangkuk yang manakah harus emak Mei Ling gunakan? Wajarkan tindakannya. KBAT Menilai 9. Negara kita terletak di kawasan tropika dengan suhu yang agak panas. Cadangkan cara-cara yang boleh dilakukan untuk menyejukkan ruang di dalam rumah. KBAT Mencipta 10. Dalam satu pertandingan, kumpulan anda dipertugas untuk memasak sosej menggunakan tenaga suria. Gambar foto 3 menunjukkan bahan yang dibekalkan oleh penganjur. Gambar foto 3 Reka cipta satu bekas yang boleh memasak sosej dengan efisien menggunakan tenaga suria. Labelkan bahan yang digunakan. KBAT Mencipta Bekas berbentuk silinder Kertas hitam Batang sate Pembalut plastik B09 Spot A+ Sains Tg2.indd 176 20/02/2023 9:17 AM
215 PENTAKSIRAN SUMATIF 1. Antara kumpulan haiwan berikut, yang manakah dipadankan dengan contohnya yang betul? Kumpulan Haiwan A Mamalia Ikan yu B Reptilia Kodok C Burung Penguin D Amfibia Penyu 2. Rajah 1 menunjukkan haiwan invertebrata dan pengelasannya dengan menggunakan kekunci dikotomi. Pepatung Siput Lipan Cacing tanah Rajah 1 Kekunci dikotomi 1. (a) Mempunyai kaki......................pergi ke 2. (b) Tidak mempunyai kaki............pergi ke 3. 2. (a) Mempunyai tiga pasang kaki ………… A (b) Mempunyai lebih tiga pasang kaki ….. B 3. (a) Bercangkerang ................................... C (b) Tidak bercangkerang .......................... D Antara berikut, yang manakah betul berdasarkan kekunci dekotomi di atas? A Pepatung B Lipan C Siput D Cacing tanah Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. 3. Rajah 2 menunjukkan satu rantai makanan. Rumput Rumput Belalang Belalang Katak Katak Ular Ular Helang Helang Rajah 2 Apakah yang akan berlaku apabila populasi ular bertambah? A Helang akan kekurangan makanan B Ular akan bersaing untuk mendapatkan makanan C Populasi katak akan bertambah D Populasi rumput akan berkurang 4. Antara pasangan pemangsa-mangsa berikut, yang manakah betul tentang kebaikan dan keburukannya sebagai kaedah kawalan biologi? Pemangsamangsa Kebaikan Keburukan A Ikan – larva Kaedah yang murah untuk mengawal larva Bilangan larva akan bertambah B Burung hantu – tikus Kedua-dua haiwan keluar pada waktu malam Burung hantu tidak dapat menangkap tikus pada waktu malam C Katak – larva Membahayakan alam sekitar Ular akan datang ke kawasan tersebut D Ular – tikus Murah dan menjimatkan Ular berbahaya kepada pekerja 5. Jadual 1 menunjukkan keputusan ujian makanan ke atas satu sampel makanan. Jadual 1 Ujian makanan Pemerhatian Ujian Benedict Mendakan merah bata terbentuk Ujian Millon Mendakan merah terbentuk Ujian iodin Tiada perubahan PENTAKSIRAN SUMATIF UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) Pentaksiran Spotlight A+1 Sains Tg2.indd 215 20/02/2023 12:11 PM
216 PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran Sumatif Kelas makanan yang manakah terdapat dalam sampel makanan tersebut? I Kanji II Glukosa III Protein IV Lemak A I dan II B III dan IV C II dan III D I dan IV 6. Rajah 3 menunjukkan sampel makanan K. Yogurt Rajah 3 Kedudukan yang manakah betul bagi K dalam piramid makanan? A B C D A B C D 7. Rajah 4 menunjukkan kepekatan suatu antibodi dalam darah individu P. Masa (minggu) Aras keimunan Suntikan kali pertama Suntikan kali kedua Kepekatan antibodi dalam darah (%) Rajah 4 Berdasarkan graf di atas, apakah bahan yang telah disuntik ke dalam badan individu P? A Patogen B Antibiotik C Vaksin D Antiserum 8. Rajah 5 menunjukkan ketulan garam yang tidak mudah terlarut di dalam air walaupun dikacau. Ketulan garam Air Bikar Rod kaca Rajah 5 Antara berikut, kaedah yang manakah dapat meningkatkan kadar keterlarutan garam? I Menggunakan air panas II Menggunakan bikar yang lebih besar III Mengurangkan kuantiti air kepada separuh IV Mengacau larutan dengan lebih laju A I dan II B III dan IV C II dan III D I dan IV 9. P, Q dan R adalah tiga kaedah rawatan air. Jadual 2 menunjukkan kehadiran mikroorganisma dan bahan terampai dalam air yang dirawat. Jadual 2 Kaedah Kehadiran mikroorganisma Kehadiran bahan terampai P ✓ ✗ Q ✗ ✓ R ✗ ✗ Kaedah yang manakah diwakili oleh P, Q dan R? P Q R A Penurasan Penyulingan Pendidihan B Pendidihan Penurasan Penyulingan C Penurasan Pendidihan Penyulingan D Pendidihan Penyulingan Penurasan 10. Rajah 6 menunjukkan nilai pH bagi bahan W, X, Y dan Z. 1 7 14 pH W X Y Z Rajah 6 Pentaksiran Spotlight A+1 Sains Tg2.indd 216 20/02/2023 12:11 PM
217 PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran Sumatif Antara berikut, yang manakah mewakili W, X, Y dan Z? W X Y Z A Soda basuh Air suling Cuka Air limau B Air limau Cuka Air suling Ubat gigi C Ubat gigi Soda basuh Air suling Cuka D Cuka Air suling Ubat gigi Soda basuh 11. Rajah 7 menunjukkan satu litar elektrik dengan keadaan satu mentol telah terbakar. Ini menghalang tiga mentol yang lain daripada menyala. M N K L Rajah 7 Mentol yang manakah dalam litar tersebut yang telah terbakar? A K C M B L D N 12. Rajah 8 menunjukkan empat kompas, P, Q, R dan S di sekeliling sebuah elektromagnet yang mempunyai dawai yang dililit mengelilingi rod besi dan disambungkan kepada bekalan a.t. P R S Q Rajah 8 Kompas yang manakah menunjukkan arah yang betul bagi medan magnet yang terbentuk? A P dan Q C Q dan S B P dan S D R dan S 13. Rajah 9 menunjukkan sejenis tuas. Joran Rajah 9 Antara berikut, yang manakah boleh diklasifikasikan dalam kelas yang sama dengan tuas dalam Rajah 9? A B C D 14. Antara berikut, kasut yang manakah menghasilkan tekanan yang paling tinggi? A B C D Pentaksiran Spotlight A+1 Sains Tg2.indd 217 20/02/2023 12:11 PM
219 PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran Sumatif Bahagian B [20 markah] Jawab semua soalan. 1. Haiwan dapat dikelaskan kepada vertebrata dan invertebrata. (a) Tandakan (✓) pada haiwan invertebrata dalam Rajah 1. Rajah 1 [2 markah] (b) Bulatkan haiwan invertebrata yang mempunyai lebih daripada tiga pasang kaki. Semut Labah-labah Lipan Lipas [2 markah] 2. Rajah 2.1 menunjukkan suatu ekosistem kolam. Rajah 2.1 (a) Nyatakan satu populasi yang merupakan sebahagian daripada ekosistem kolam ini. [1 markah] (b) Namakan satu pengeluar dalam ekosistem kolam ini. [1 markah] (c) Pada Rajah 2.2, bina satu rantai makanan dengan menggunakan perkataan berikut. Ikan kecil Burung yang memakan ikan Rumpai air Ikan besar Rajah 2.2 [2 markah] 17. Rajah 10 menggambarkan kematian sebuah bintang besar untuk menjadi bintang neutron. Bintang Raksasa X Bintang besar merah neutron Rajah 10 Apakah yang berlaku pada X? A Bintang yang mati mengembang B Bintang Raksasa Merah musnah C Bintang Raksasa Merah meletup D Bintang besar mengecutkan baki jisimnya 18. Sebuah prob angkasa mengembara mengelilingi Matahari dan berada 600 000 000 km dari Bumi. Berapa jauhkah prob angkasa itu dari Matahari dalam A.U.? (Jarak Bumi dari Matahari = 1.5 × 108 km) A 0.25 A.U. B 1.25 A.U. C 3.00 A.U. D 4.00 A.U. 19. Planet yang manakah mempunyai saiz dan jisim yang paling hampir sama dengan Bumi? A Utarid B Zuhrah C Marikh D Neptun 20. Antara berikut, yang manakah betul tentang pembentukan pancuran meteor? A Meteor yang terbakar sebelum tiba ke Bumi B Serpihan batu dan logam kecil yang terapung di angkasa C Meteor yang banyak memasuki atmosfera Bumi pada masa yang sama D Pergerakan meteor membentuk coretan cahaya Bintang neutron Pentaksiran Spotlight A+1 Sains Tg2.indd 219 20/02/2023 12:11 PM
220 PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran Sumatif 3. Rajah 3 menunjukkan panduan piramid makanan. P Q R S Rajah 3 (a) Berdasarkan panduan piramid makanan, tuliskan kelas makanan yang akan mengakibatkan penyakit berikut jika diambil secara berlebihan. (i) Diabetes (ii) Obesiti (iii) Masalah jantung (b) Tandakan (✓) pada tabiat pemakanan yang mengakibatkan masalah sembelit. Minum banyak minuman bergas Mengambil terlalu banyak karbohidrat Mengambil serat sedikit sahaja [1 markah] 4. (a) Penyakit berjangkit boleh disebarkan melalui air. Bulatkan dua penyakit berjangkit yang disebarkan melalui air. H1N1 Kolera Cacar air Demam kepialu [2 markah] (b) Padankan vektor dengan penyakit yang betul. Vektor Penyakit [2 markah] P Demam kepialu Leptospirosis Malaria Pentaksiran Spotlight A+1 Sains Tg2.indd 220 20/02/2023 12:11 PM
222 PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran Sumatif Bahagian C [60 markah] Jawab semua soalan. 6. Rajah 6.1 menunjukkan satu litar elektrik yang mengandungi tiga mentol yang serupa, J, K dan L. K S J L Rajah 6.1 (a) Nyatakan jenis litar dalam Rajah 6.1 berdasarkan susunan mentol dalam litar. [1 markah] (b) Berdasarkan Rajah 6.1, (i) nyatakan kecerahan semua mentol apabila suis S dihidupkan. [1 markah] (ii) apakah yang terjadi kepada mentol K dan L jika mentol J terbakar? [1 markah] (c) Rajah 6.2 menunjukkan satu litar elektrik. S M1 M2 A Rajah 6.2 M1 dan M2 adalah dua mentol yang serupa. Rintangan setiap mentol ialah 4 W dan arus yang mengalir di dalam litar ialah 3 A. Hitung voltan dalam litar tersebut. [Jumlah rintangan litar, R diberi oleh rumus: 1 R = 1 R1 + 1 R2 ] [2 markah] Pentaksiran Spotlight A+1 Sains Tg2.indd 222 20/02/2023 12:11 PM
230 PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran Sumatif (d) Rajah 11.4 menunjukkan sebuah pam air elektrik yang digunakan di rumah. Pam elektrik ini menghasilkan bunyi yang bising apabila dihidupkan dan mengganggu pendengaran. Paip saluran bagi air yang masuk Pam air elektrik Wayar elektrik Tangki air Rajah 11.4 Anda dipelawa untuk menyelesaikan masalah ini agar dapat mengurangkan bunyi bising pam air elektrik tersebut dengan menggunakan bahan-bahan berikut: Bekas telur Senapang glu Lakarkan pengubahsuaian pam air elektrik dalam Rajah 11.4 dengan menggunakan bahan-bahan di atas dan terangkan bagaimana bahan-bahan di atas dapat mengurangkan bunyi bising. [1 markah] Penerangan: [2 markah] Pentaksiran Spotlight A+1 Sains Tg2.indd 230 20/02/2023 12:12 PM
231 JAWAPAN JAWAPAN Bab 1 Biodiversiti Ujian Diagnostik 1.1 1. Biodiversiti bermaksud kepelbagaian organisma, termasuk mikroorganisma, haiwan dan tumbuhan. 2. Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar / Melindungi habitat hidupan liar. Misalnya, dengan menubuhkan taman negara / hutan simpan dan taman laut. / Meningkatkan bilangan spesies terancam. Misalnya, dengan menubuhkan pusat perlindungan dan pembiakan haiwan terancam. / Mendidik masyarakat tentang pentingnya memulihara dan memelihara biodiversiti. (mana-mana dua) 3. Kepentingan biodiversiti dalam ekonomi negara Membekalkan sumber makanan Menjamin keseimbangan alam Menyumbang kepada perubatan Sebagai tempat rekreasi Menyumbang kepada bahan mentah industri Menyumbang kepada pendidikan Ujian Diagnostik 1.2 1. (a) Badan dilitupi kulit lembap / Poikiloterma / Anak bernafas melalui insang / Dewasa bernafas melalui peparu atau kulit / Melakukan persenyawaan luar / Bertelur (mana-mana dua) (b) Badan dilitupi sisik berlendir / Poikiloterma / Melakukan persenyawaan luar / Bernafas melalui insang / Bertelur (mana-mana dua) (c) Satu kotiledon dalam biji benih / Daun berurat selari / Sistem akar serabut / Biasanya batang tidak berkayu (mana-mana dua) 2. Kedua-dua reptilia dan mamalia mempunyai tulang belakang, bernafas melalui peparu dan menjalankan persenyawaan dalam. 3. Organisma Daun berurat jejala Tidak bertulang belakang Daun berurat selari Bertulang belakang Berbulu Tidak berbulu Persenyawaan dalam Persenyawaan luar Pokok bunga raya Rumput Siput Harimau Buaya Kodok Membuat makanan sendiri Tidak membuat makanan sendiri Cabaran Masteri 1 1. Contoh monokotiledon : Pokok jagung, pokok padi Contoh dikotiledon : Pokok keembung, pokok sawi 2. Monokotiledon Dikotiledon Mempunyai satu kotiledon dalam biji benihnya Mempunyai dua kotiledon dalam biji benihnya Daun berurat selari Daun berurat jejala Sistem akar serabut Sistem akar tunjang Biasanya batang tidak berkayu Biasanya batang berkayu 3. Labah-labah, ketam dan rama-rama 4. Badan amfibia dilitupi kulit lembap manakala badan ikan dilitupi sisik berlendir. Ikan bernafas melalui insang tetapi amfibia hanya bernafas melalui insang sebelum menjadi dewasa dan bernafas melalui peparu atau kulit setelah menjadi dewasa. 5. Biodiversiti membekalkan bahan mentah untuk membuat pelbagai barang keperluan manusia, misalnya, rotan dan pelbagai kayu balak digunakan untuk membuat perabot dan rumah. Biodiversiti membekalkan sumber makanan kepada manusia. Pelbagai tumbuhan dan haiwan dijadikan makanan yang memberikan nutrien berbeza bagi menjamin kesihatan manusia. Jwpn Spot A+ Sains Tg2.indd 231 20/02/2023 12:14 PM