ii KANDUNGAN Tema 1: Kaedah Saintifik Bab 1 Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik 1.1 Sains adalah Sebahagian daripada Kehidupan Harian........................................... 1 1.2 Makmal Sains Anda........................................ 4 1.3 Kuantiti Fizik dan Unitnya ............................... 8 1.4 Penggunaan Alat Pengukur, Kejituan, Kepersisan, Kepekaan dan Ralat ................. 10 1.5 Ketumpatan ................................................. 19 1.6 Langkah-langkah dalam Penyiasatan Saintifik ........................................................ 24 1.7 Sikap Saintifik dan Nilai Murni dalam Menjalankan Penyiasatan Saintifik ............. 29 Cabaran Masteri 1.............................................. 30 Tema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Hidupan 2.1 Sel – Struktur, Fungsi dan Organisasi ......... 31 2.2 Respirasi Sel dan Fotosintesis .................... 39 Cabaran Masteri 2.............................................. 46 Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas 3.1 Homeostasis dalam Benda Hidup ............... 47 Cabaran Masteri 3.............................................. 55 Bab 4 Pembiakan 4.1 Pembiakan Seks dan Aseks ........................ 56 4.2 Sistem Pembiakan Manusia ........................ 60 4.3 Kitar Haid..................................................... 64 4.4 Persenyawaan dan Kehamilan.................... 66 4.5 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Fetus dan Bayi............................................. 70 4.6 Kemandulan dan Pencegahan Kehamilan... 73 4.7 Pembiakan Tumbuhan................................. 77 Cabaran Masteri 4.............................................. 84 Tema 3: Penerokaan Unsur dalam Alam Bab 5 Jirim 5.1 Jirim dalam Alam ......................................... 85 5.2 Tiga Keadaan Jirim ..................................... 89 Cabaran Masteri 5.............................................. 98 Bab 6 Jadual Berkala 6.1 Pengelasan Unsur....................................... 99 6.2 Campuran.................................................. 107 6.3 Sebatian..................................................... 113 Cabaran Masteri 6............................................ 117 Bab 7 Udara 7.1 Komposisi Udara ....................................... 118 7.2 Pembakaran .............................................. 124 7.3 Pencemaran Udara.................................... 127 Cabaran Masteri 7............................................ 130 Tema 4: Tenaga dan Kelestarian Hidup Bab 8 Cahaya dan Optik 8.1 Penggunaan Cermin.................................. 131 8.2 Sifat Cahaya .............................................. 137 8.3 Pantulan Cahaya ....................................... 138 8.4 Pembiasan Cahaya ................................... 141 8.5 Penyebaran Cahaya.................................. 145 8.6 Penyerakan Cahaya .................................. 148 8.7 Penambahan dan Penolakan Cahaya....... 151 Cabaran Masteri 8............................................ 159 Tema 5: Penerokaan Bumi dan Angkasa Lepas Bab 9 Bumi 9.1 Sistem dan Struktur Bumi.......................... 160 9.2 Bahan Bumi ............................................... 164 9.3 Proses Utama Bumi................................... 165 9.4 Fenomena Geobencana............................ 171 9.5 Usia Bumi .................................................. 176 9.6 Sumber Bumi dan Geologi Gunaan........... 178 Cabaran Masteri 9............................................ 182 Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)..................................................183 Jawapan .................................................................... 197 00 Kand Spot A+1 Sains Tg1.indd 2 20/01/2023 2:40 PM
1 1 Sains dikaji melalui pemerhatian atau dengan cara menjalankan eksperimen. Contoh: Menyentuh daun pokok semalu untuk melihat daunnya menguncup. Sains membolehkan kita memahami fenomena semula jadi. Contoh: Kajian cuaca membolehkan kita meramal cuaca supaya kita dapat bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak diingini seperti ribut petir. 1.1 Sains adalah Sebahagian daripada Kehidupan Seharian 1. Banyak aktiviti dalam kehidupan seharian kita berkait rapat dengan sains. Mengapakah lantai menjadi licin apabila basah? Mengapakah air paip terpancut laju apabila mulut getah paip dipicit? Mengapakah ais kacang mencair dengan cepat semasa cuaca panas? Rajah 1.1 Situasi dalam kehidupan seharian dan contoh persoalan yang perlu dipertimbangkan 2. Sikap ingin tahu menyebabkan kita sering bertanya ‘mengapakah’ atau ‘bagaimanakah’ sesuatu fenomena dan perkara boleh berlaku. Semua persoalan ini akan terjawab dengan mempelajari sains. Apakah Sains? 1. Perkataan sains (science) berasal daripada bahasa Latin, scientia yang bermaksud ilmu. 2. Sains boleh diitlak sebagai satu disiplin ilmu yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen yang sistematik terhadap fenomena semula jadi. Rajah 1.2 Sains melibatkan pemerhatian dan eksperimen terhadap fenomena semula jadi 1 Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik BAB ©PAN ASIA B01 Spot A+1 Sains Tg1.indd 1 01/02/2023 11:35 AM
Bab 1 Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik 9 1 Jadual 1.6 Simbol imbuhan dan nilainya Imbuhan Simbol imbuhan Nilai simbol imbuhan Bentuk piawai giga G 1 000 000 000 109 mega M 1 000 000 106 kilo k 1000 103 desi d 0.1 10–1 senti c 0.01 10–2 mili m 0.001 10–3 mikro m 0.000 001 10–6 nano n 0.000 000 001 10–9 Pertukaran Unit Kuantiti Asas Dalam kehidupan seharian, kita memerlukan kemahiran menukarkan unit kuantiti asas kepada unit yang lain. 1. Jisim mg × 1 000 ÷ 1 000 kg g × 1 000 ÷ 1 000 Contoh (a) 240 g = kg (b) 1.8 kg = g Penyelesaian: (a) 240 g = (240 ÷ 1 000) kg g ÷ 1 000 kg = 0.24 kg (b) 1.8 kg = (1.8 × 1 000) g kg × 1 000 g = 1 800 g 2. Panjang mm × 100 × 10 ÷ 100 ÷ 10 km m cm × 1 000 ÷ 1 000 Contoh (a) 400 cm = m (b) 0.5 m = cm Penyelesaian: (a) 400 cm = (400 ÷ 100) m cm ÷ 100 m = 4 m (b) 0.5 m = (0.5 × 100) cm m × 100 cm = 50 cm 3. Masa j min × 60 ÷ 60 s × 60 ÷ 60 Contoh (a) 3.2 j = s (b) 540 s = j Penyelesaian: (a) 3.2 j = (3.2 × 60 × 60) s j × 60 min × 60 s = 11 520 s (b) 540 s = (540 ÷ 60 ÷ 60) s s ÷ 60 min ÷ 60 j = 0.15 j ©PAN ASIA B01 Spot A+1 Sains Tg1.indd 9 01/02/2023 11:35 AM
31 2.1 Sel – Struktur, Fungsi dan Organisasi 2 Apakah Sel? 1. Sel ialah unit asas bagi setiap benda hidup seperti mana batu-bata merupakan unit asas bagi sebuah bangunan. 2. Walau bagaimanapun, batu-bata berbeza dari sel kerana sel boleh menjalankan semua fungsi hidup seperti pertumbuhan, respirasi, pembiakan dan perkumuhan. 3. Saiz haiwan dan tumbuhan akan meningkat apabila usia meningkat. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh proses pembahagian sel. 4. Sel-sel membahagi untuk membentuk sel-sel baharu dan menggantikan sel-sel yang mati atau rosak. 5. Sel asal yang membahagi dikenali sebagai sel induk. Sel induk membahagi kepada sel-sel anak. Setiap sel anak mempunyai ciriciri yang sama dengan sel induk. 6. Apabila proses pembahagian sel berterusan, bilangan sel akan bertambah dan organisma akan mengalami pertumbuhan atau tumbesar. Struktur Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan 1. Sel adalah terlalu kecil dan tidak boleh dilihat secara langsung dengan mata kasar. 2. Mikroskop digunakan untuk mengkaji sel. 3. Mikroskop membolehkan sel-sel kelihatan lebih besar berbanding dengan saiz sebenarnya. 4. Cara-cara menggunakan mikroskop: (a) Pegang tapak apabila mengalihkan mikroskop. (b) Putarkan kanta objek ke kuasa paling rendah (4×). (c) Klipkan slaid spesimen di atas pentas. (d) Lihat spesimen melalui kanta mata. (e) Laraskan pelaras kasar untuk menghasilkan imej yang kasar. (f) Laraskan pelaras halus untuk menghasilkan imej yang lebih besar. 2 Sel sebagai Unit Asas Hidupan BAB Rajah 2.1 Pembahagian sel Semasa pembahagian sel, sel induk membahagi kepada dua sel anak. Setiap sel anak membesar sehingga sama saiz dengan sel induk dan seterusnya membahagi lagi untuk menghasilkan dua lagi sel. Sel anak Sel anak Sel induk Galeri Info Sel-sel yang tidak membahagi secara teratur akan membentuk sel kanser. Sel kanser membahagi dengan amat cepat dan merebak menggantikan sel-sel biasa. Penyakit kanser boleh menyebabkan kematian organisma. Sel-sel kanser Sel-sel biasa Pembentukan sel-sel kanser Kanta mata Kanta objek Klip Lengan Pelaras halus Pelaras kasar Pentas Cermin Tapak Diafragma Gambar foto 2.1 Bahagian-bahagian mikroskop B02 Spot A+1 Sains Tg1.indd 31 01/02/2023 11:36 AM
Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Hidupan 33 2 AKTIVITI AKTIVITI 2.2 2.2 Tujuan: Mengkaji struktur sel tumbuhan dengan menggunakan sel bawang. Bahan dan radas: Slaid kaca, penutup kaca, mikroskop cahaya, pisau, jarum tenggek, penitis, larutan iodin, bawang, kertas turas dan forseps. Prosedur: Daun sisik bawang Epidermis bawang Forseps Slaid Larutan iodin Kertas turas Perhatikan spesimen Serap larutan iodin yang berlebihan Turunkan penutup kaca perlahan-lahan Keluarkan epidermis bawang Kupaskan daun sisik bawang merah Slaid spesimen Jarum tenggek Penutup kaca 45° (d) (e) (f) (a) (b) (c) Rajah 2.4 Cara-cara menyediakan slaid sel bawang 1. Lapisan daun sisik bawang dikupas dengan pisau. 2. Lapisan epidermis dikeluarkan menggunakan forseps dan diletakkan di atas slaid kaca. 3. Setitik larutan iodin dititiskan di atas spesimen tersebut. 4. Spesimen kemudiannya ditutup dengan penutup kaca secara perlahan-lahan dengan bantuan jarum tenggek supaya tiada gelembung udara terperangkap. 5. Kertas turas digunakan untuk menyerap larutan iodin yang berlebihan. 6. Spesimen diperhatikan di bawah mikroskop cahaya dengan kanta objek berkuasa rendah, diikuti dengan kanta objek berkuasa tinggi. 7. Struktur sel bawang yang diperhatikan dilukis dan dilabelkan. Pemerhatian: Membran sel Sitoplasma Dinding sel Nukleus B02 Spot A+1 Sains Tg1.indd 33 01/02/2023 11:36 AM
Tema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup 34 2 Jadual 2.1 Fungsi setiap struktur sel Fungsi Struktur Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan Struktur-struktur di dalam sel haiwan dan sel tumbuhan mempunyai fungsi tertentu supaya sel dapat melakukan pelbagai proses hidup yang berlainan. Sel haiwan Sel tumbuhan Rajah 2.6 Struktur sel haiwan dan sel tumbuhan Dinding sel Membran sel Mitokondria Sitoplasma Nukleus Vakuol Kloroplas Perbincangan: 1. Larutan iodin digunakan untuk mewarnakan nukleus kepada perang kemerahan dan kloroplas kepada biru tua supaya struktur ini mudah diperhatikan di bawah mikroskop cahaya. 2. Sel bawang mempunyai bentuk yang tetap. 3. Sel tumbuhan mempunyai struktur seperti Rajah 2.5. Kesimpulan: 1. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap. 2. Sel tumbuhan mempunyai nukleus, sitoplasma, membran sel, dinding sel, mitokondria, kloroplas dan vakuol. Rajah 2.5 Struktur sel Fungsi Membran sel • Melindungi sel daripada persekitaran luar • Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel Mitokondria • Menghasilkan tenaga untuk tindak balas Sitoplasma • Bertindak sebagai medium bagi tindak balas biokimia dalam sel Nukleus • Mengawal semua aktiviti sel • Mengandungi kromosom yang mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) yang membawa maklumat genetik Vakuol • Mengandungi sap sel yang terdiri daripada larutan garam mineral dan air • Memberi sokongan kepada sel apabila dipenuhi sap sel Dinding sel (terdapat di dalam sel tumbuhan sahaja) • Memberi sokongan dan perlindungan kepada sel • Memberi bentuk tetap kepada sel Kloroplas (terdapat di dalam sel tumbuhan sahaja) • Mengandungi klorofil yang menyerap cahaya matahari untuk menjalankan fotosintesis • Memberikan warna hijau kepada daun Nukleus Membran sel Dinding sel Sitoplasma Mitokondria Vakuol Kloroplas B02 Spot A+1 Sains Tg1.indd 34 01/02/2023 11:36 AM
Tema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup 40 2 Titiskan larutan iodin ke atas daun di atas jubin putih. Jika kanji hadir dalam daun, warna biru tua akan dihasilkan. Anjung TIP Ketika anda menahan nafas, sebahagian oksigen di dalam peparu akan digunakan untuk respirasi sel bagi menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan air. Rajah 2.15 Langkah-langkah menjalankan ujian kehadiran kanji 4 3 1 2 Masukkan daun ke dalam air mendidih selama satu minit untuk melembutkan dan memecahkan sel-sel daun. Rendaman air panas Etanol Rendam daun di dalam etanol panas selama beberapa minit untuk menyahwarnakan daun. (Klorofil daun akan melarut dalam etanol) Air panas Rendam daun di dalam air panas selama beberapa saat untuk menyingkirkan etanol dan melembutkan daun. Glukosa Oksigen Tenaga Karbon dioksida Air Respirasi sel Rajah 2.14 Proses respirasi sel 4. Gas karbon dioksida akan diangkut kembali ke peparu dan disingkirkan ketika menghembus nafas. 5. Air pula disingkirkan sebagai wap air semasa pernafasan atau melalui air kencing dan perpeluhan. Fotosintesis 1. Fotosintesis ialah proses yang dijalankan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan makanan (glukosa) dan oksigen daripada karbon dioksida dan air dengan kehadiran tenaga cahaya dan klorofil. Persamaan perkataan proses fotosintesis: Karbon dioksida + Air Tenaga cahaya Klorofil Glukosa + Oksigen 2. Glukosa yang dihasilkan oleh tumbuhan hijau akan ditukar kepada kanji yang akan disimpan di dalam daun, batang, buah dan biji benih. 3. Ujian kehadiran kanji dapat membuktikan proses fotosintesis telah berlaku. Air mendidih Daun Larutan iodin Jubin putih B02 Spot A+1 Sains Tg1.indd 40 01/02/2023 11:36 AM
Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Hidupan 41 2 Pernyataan masalah: Adakah cahaya matahari diperlukan dalam proses fotosintesis? Hipotesis: Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Tujuan: Mengkaji keperluan cahaya matahari untuk fotosintesis Pemboleh ubah: (a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kehadiran cahaya matahari (b) Pemboleh ubah bergerak balas: Perubahan warna larutan iodin (c) Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis tumbuhan Bahan dan radas: Dua tumbuhan yang sama jenis dalam pasu berasingan, air panas, etanol, larutan iodin, tabung didih, jubin putih, penitis, forseps, bikar 250 ml, penunu Bunsen, tungku kaki tiga dan kasa dawai. Prosedur: Dalam keadaan gelap Di bawah cahaya matahari Rajah 2.16 1. Letakkan dua pasu tumbuhan yang sama jenis di dalam gelap selama dua hari. 2. Selepas dua hari, satu pasu tumbuhan diletakkan di bawah cahaya matahari. 3. Selepas 2 jam, daun daripada kedua-dua tumbuhan dipetik. 4. Ujian kanji dijalankan pada kedua-dua daun dan pemerhatian direkodkan. Pemerhatian: Pemerhatian Inferens Daun tumbuhan yang disimpan dalam keadaan gelap Warna perang larutan iodin kekal tidak berubah. Tiada kanji pada daun. Proses fotosintesis tidak berlaku tanpa cahaya matahari. Daun tumbuhan yang telah diletakkan di bawah cahaya matahari Warna perang larutan iodin menjadi biru tua. Kanji hadir dalam daun. Proses fotosintesis berlaku dengan kehadiran cahaya matahari. Perbincangan: 1. Pada mulanya, tumbuhan disimpan dalam keadaan gelap selama dua hari untuk mengelakkan tumbuhan melakukan proses fotosintesis. Maka, tumbuhan terpaksa mengubah kanji yang terkandung pada daun kepada glukosa untuk dijadikan sumber makanan. Keadaan ini telah menghilangkan kanji pada daun. 2. Apabila terdedah kepada cahaya matahari, tumbuhan dapat melakukan proses fotosintesis. Kanji terhasil dan memberi warna biru tua apabila diuji dengan larutan iodin. Kesimpulan: Cahaya matahari diperlukan untuk proses fotosintesis. Hipotesis diterima. Eksperimen Eksperimen 2.1 B02 Spot A+1 Sains Tg1.indd 41 01/02/2023 11:36 AM
Bab 4 Pembiakan 77 4 4.7 Pembiakan Tumbuhan Struktur dan Fungsi Bahagian Bunga Rajah 4.30 Bahagian-bahagian bunga dan fungsinya Pistil (Bahagian pembiakan betina) Sepal – Melindungi bunga semasa peringkat kudup Ranggi – Biasanya berwarna cerah dan berbau untuk menarik perhatian serangga dan haiwan Stamen (Bahagian pembiakan jantan) Anter – Menghasilkan butir debunga yang mengandungi gamet jantan Filamen – Memegang anter dalam kedudukan yang terserlah Stigma – Menerima butir debunga Stil – Menyokong stigma Ovari – Menghasil dan melindungi ovul Ovul – Mengandungi gamet betina Pendebungaan 1. Bunga ialah organ pembiakan seks bagi tumbuhan berbunga. 2. Terdapat dua jenis bunga, iaitu bunga biseks dan bunga uniseks. 3. Kebanyakan tumbuhan mempunyai bunga biseks, iaitu kedua-dua bahagian pembiakan jantan (stamen) dan betina (pistil) berada dalam bunga yang sama. Bunga uniseks pula hanya mengandungi sama ada stamen atau pistil sahaja. Rajah 4.31 Bunga biseks (bunga raya) Stamen Pistil Rajah 4.32 Bunga uniseks (bunga betik dan bunga jagung) Stamen Pistil (a) Bunga jantan (stamen sahaja) (b) Bunga betina (pistil sahaja) B04 Spot A+1 Sains Tg1.indd 77 01/02/2023 11:41 AM
Tema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup 84 4 1. Dahlia menjalankan satu penyiasatan ke atas tiga kuntum bunga X, Y dan Z. Dia membuang satu bahagian tertentu daripada setiap bunga tersebut. Bunga X Bunga Y Bunga Z Rajah 1 (a) Nyatakan bahagian yang dibuang daripada bunga X, Y dan Z . KBAT Mengaplikasi (b) Dahlia menabur butir debunga daripada bunga yang sejenis dengan bunga dalam Rajah 1 ke atas setiap bunga X, Y dan Z. KBAT Menganalisis (i) Bunga yang manakah tidak menghasilkan buah? (ii) Berikan alasan bagi jawapan anda di 1(b)(i). (c) Dahlia mendapati bunga Y langsung tidak dikunjungi serangga. Apakah inferens yang boleh dibuat tentang pemerhatian ini? KBAT Menganalisis 2. Rajah 2 menunjukkan tiga struktur P, Q dan R dalam sistem pembiakan perempuan. Q P R Rajah 2 (a) Namakan struktur berlabel P, Q dan R. (b) Tuliskan huruf-huruf P, Q atau R untuk menunjukkan tempat proses-proses berikut berlaku. Persenyawaan Pengovulan Penempelan (c) Lukiskan urutan yang betul bagi proses-proses yang dinyatakan di 2(b). KBAT Mengaplikasi (d) Labelkan tempat sperma dimasukkan ke dalam sistem pembiakan perempuan sebagai ‘S’. CABARAN MASTERI 4 B04 Spot A+1 Sains Tg1.indd 84 01/02/2023 11:41 AM
99 6 6.1 Pengelasan Unsur 1. Semua benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang ialah jirim. 2. Jirim terdiri daripada zarah-zarah kecil dan diskret yang dinamakan atom. Dawai kuprum Atom-atom Rajah 6.1 Simulasi atom-atom dalam dawai kuprum dan belon helium Atom dan Molekul 1. Atom ialah binaan asas bagi jirim. Oleh itu, semua jirim terdiri daripada atom. 2. Atom merupakan zarah paling kecil bagi sesuatu unsur yang mengambil bahagian dalam sesuatu tindak balas kimia. 3. Atom mempunyai tiga jenis zarah subatom, iaitu proton, neutron dan elektron. 4. Proton dan neutron berada di dalam nukleus manakala elektron beredar mengelilingi nukleus. Rajah 6.2 Struktur atom Proton • Simbol: p • Bercas positif Neutron • Simbol: n • Neutral (tidak bercas) Nukleus • Simbol: e • Bercas negatif Elektron + + + – – – – + 5. Atom yang neutral mempunyai bilangan elektron dan proton yang sama. 6. Molekul ialah zarah neutral yang terdiri daripada dua atau lebih atom yang berpadu secara kimia. Atom-atom 6 Jadual Berkala BAB Portal Spotlight Portal Spotlight Layari laman sesawang berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang atom: https://goo.gl/izkQoO Belon helium B06 Spot A+1 Sains Tg1.indd 99 01/02/2023 11:47 AM
Bab 6 Jadual Berkala 103 6 Perbezaan Ciri-ciri Logam dan Bukan Logam 1. Unsur-unsur di Bumi dapat dikelaskan kepada logam dan bukan logam. 2. Semua logam merupakan unsur. Namun, bukan semua bukan logam merupakan unsur. Jadual 6.2 Perbezaan ciri-ciri antara logam dengan bukan logam Unsur Logam Bukan logam Ciri-ciri logam Ciri-ciri bukan logam Permukaan berkilau Permukaan pudar Boleh ditempa Rapuh dan tidak boleh ditempa Bersifat mulur Tidak mulur Konduktor elektrik yang baik Penebat elektrik yang baik (kecuali karbon) Konduktor haba yang baik Penebat haba yang baik Takat lebur dan takat didih yang tinggi Takat lebur dan takat didih yang rendah Wujud dalam bentuk pepejal (kecuali merkuri) Wujud dalam bentuk pepejal, cecair atau gas Emas Besi Aluminium Karbon Kuprum Gambar foto 6.2 Contoh-contoh bukan logam Gas oksigen Sulfur Gas helium Gambar foto 6.1 Contoh-contoh logam Anjung TIP • Boleh ditempa: Boleh dibengkok atau diketuk kepada bentuk tertentu tanpa pecah atau patah • Mulur: Boleh ditarik menjadi dawai B06 Spot A+1 Sains Tg1.indd 103 01/02/2023 11:47 AM
Tema 4: Tenaga dan Kelestarian Hidup 146 8 Rajah 8.32 Pembentukan pelangi M e s r a A k r o n i m Tertib warna dalam spektrum cahaya: Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Ungu Mira Jual Karipap Hangat Berisi Inti Ubi 3. Penyebaran cahaya melalui prisma kaca: Rajah 8.31 Penyebaran cahaya oleh prisma kaca Cahaya putih Prisma kaca Merah SPEKTRUM Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu (a) Apabila alur cahaya putih ditujukan ke arah prisma, cahaya putih akan dipecahkan kepada warna-warna yang berbeza. (b) Warna-warna yang berbeza ini akan membengkok mendekati garis normal pada sudut yang berbeza apabila memasuki prisma. (c) Cahaya yang keluar daripada prisma pula akan membengkok menjauhi garis normal. (d) Cahaya ini akan disebarkan kepada tujuh warna dalam tertib susunan yang dinamakan spektrum. Spektrum cahaya putih ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. 4. Pelangi terbentuk apabila cahaya matahari dibias dan disebarkan kepada tujuh warna yang berbeza oleh titisan-titisan air yang terapung di dalam udara. Cahaya putih Cahaya dibias Merah Pemerhati Merah Biru Biru Cahaya dipantul Titisan air Cahaya disebar 146 B08 Spot A+1 Sains Tg1.indd 146 01/02/2023 12:35 PM
Bab 8 Cahaya dan Optik 151 8 Ujian Diagnostik 8.6 1. Bagaimanakah penyerakan cahaya berlaku? 2. Rajah 8.40 menunjukkan kedudukan matahari dan seorang pemerhati. Apakah arah yang pemerhati itu harus pandang untuk melihat (a) langit kebiruan? (b) langit kemerahan? Jelaskan jawapan anda. Pemerhati Rajah 8.40 8.7 Penambahan dan Penolakan Cahaya 1. Cahaya berwarna boleh dikelaskan kepada dua, iaitu warna primer dan warna sekunder. 2. Warna primer ialah warna asas yang tidak boleh dihasilkan melalui penambahan warna. Warna primer ialah warna merah, hijau dan biru. 3. Warna sekunder ialah warna-warna yang dihasilkan dengan menambah warna-warna primer. Warna sekunder ialah kuning, sian dan magenta. Penambahan Cahaya 1. Penambahan cahaya ialah percampuran cahaya warna primer bagi membentuk warna sekunder. 2. Penambahan cahaya dua warna primer akan menghasilkan warna sekunder. 3. Penambahan cahaya tiga warna primer akan menghasilkan warna putih. Merah + Hijau + Biru = Putih Merah Hijau Biru Merah + Hijau = Kuning Merah + Biru = Magenta Hijau + Biru = Sian Rajah 8.41 Penambahan cahaya Galeri Info Semasa menggunakan perisian komputer, pernahkah anda melihat tetingkap yang ditunjukkan di bawah? Tetingkap ini akan muncul apabila anda ingin menukarkan warna sesuatu objek. Tahukah anda bahawa pelbagai warna boleh dihasilkan daripada kombinasi warna-warna primer, iaitu merah, hijau dan biru? B08 Spot A+1 Sains Tg1.indd 151 01/02/2023 12:35 PM
Tema 5: Penerokaan Bumi dan Angkasa Lepas 174 9 H Pemanasan Global 1. Pemanasan global merujuk kepada peningkatan purata suhu atmosfera Bumi secara global yang disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara semula jadi. 2. Geobencana ini berlaku disebabkan oleh peningkatan gas rumah hijau (seperti karbon dioksida dan metana) yang menghalang pelepasan haba permukaan Bumi ke angkasa lepas. Sebahagian haba lagi diperangkap oleh gas rumah hijau Sebahagian haba dari permukaan Bumi dipantulkan balik ke angkasa lepas Rajah 9.23 Pemanasan global 3. Kegagalan atmosfera menapis sebahagian sinar Matahari akibat penipisan lapisan ozon juga dipercayai menyumbang kepada masalah pemanasan global. Sains dan Teknologi untuk Menghadapi Geobencana 1. Seismograf dipasang di beberapa stesen cerapan gempa bumi bagi mengesan gegaran permukaan Bumi. Gambar foto 9.2 Seismograf 2. Sistem amaran tsunami: (a) Pengesan seismik di dasar laut mengesan perbezaan tekanan yang dihasilkan oleh tsunami dan menghantar isyarat ke pelampung tsunami. (b) Pelampung tsunami mengesan aras dan pergerakan air laut. Semua maklumat akan dipancarkan ke satelit. (c) Satelit menghantar maklumat ke stesen-stesen di Bumi untuk menilai kemungkinan berlakunya tsunami sebelum amaran dihebahkan. Portal Spotlight Portal Spotlight Layari laman sesawang berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pemanasan global. http://www.paulmacrae. com/?p=62 B09 Spot A+1 Sains Tg1.indd 174 01/02/2023 12:36 PM
Bab 9 Bumi 175 9 Rajah 9.24 Sistem amaran tsunami Pengesan seismik di dasar laut Satelit Pelampung tsunami di tengah laut Tidak menurut skala Mencecah hingga 5 000 m 3 2 1 3. Persediaan menghadapi geobencana: (a) Menyampaikan maklumat dan amaran dengan cepat – kemajuan sistem telekomunikasi. (b) Menyediakan infrastruktur yang dapat mengurangkan impak geobencana. Misalnya, penggunaan Galas Getah Asli Rendaman Tinggi (HDNRB) mampu melindungi struktur jambatan daripada kerosakan akibat gempa bumi. (c) Membuat pemetaan kawasan berisiko tinggi berlaku geobencana. Kesan Geobencana 1. Kesan geobencana yang paling nyata terhadap kehidupan manusia ialah kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. 2. Geobencana yang terjadi memberi pengajaran kepada manusia agar saling membantu tanpa mengenal sempadan, bangsa dan agama. 3. Mangsa-mangsa geobencana memerlukan bantuan makanan, pakaian, ubat-ubatan, keperluan asas dan wang. 4. Geobencana mengingatkan kita agar bijak menguruskan alam sekitar demi kesejahteraan bersama. Ujian Diagnostik 9.3 1. (a) Huraikan secara ringkas bagaimanakah tanah runtuh terjadi. (b) Berikan dua kesan tanah runtuh ke atas kehidupan manusia. 2. Biasanya letusan gunung berapi disusuli oleh tanda-tanda seperti kejadian gempa bumi yang kecil, peningkatan suhu di sekitar gunung dan pembebasan gas yang mengandungi sulfur. Berdasarkan tanda-tanda itu, jana idea tentang cara meramal letusan gunung berapi. KBAT Mencipta AIL AIL Tinjauan Sains Tinjauan Sains Tahukah anda bahawa saintis juga mengambil kira kelakuan ganjil haiwan sebagai tanda amaran kejadian gempa bumi? Cuba anda siasat hal ini daripada Internet. B09 Spot A+1 Sains Tg1.indd 175 01/02/2023 12:36 PM
183 PENTAKSIRAN SUMATIF 1. Rajah 1 menunjukkan simbol amaran bahan berbahaya yang dilabelkan pada botol reagen. Rajah 1 Apakah maksud simbol tersebut? A Bahan mengakis B Bahan mudah meletup C Bahan merengsa D Bahan mudah terbakar 2. Rajah 2 menunjukkan sebuah buret yang digunakan untuk menyukat isi padu asid semasa pentitratan. Buret 16 17 Kelalang kon Asid Asid Rajah 2 Berapakah isi padu awal asid di dalam buret jika isi padu asid di dalam kelalang kon ialah 1.8 mℓ? A 15.0 mℓ C 18.6 mℓ B 15.4 mℓ D 19.0 mℓ 3. Rajah 3 menunjukkan sebuah tolok skru mikrometer yang digunakan untuk mengukur ketebalan suatu objek. 0 1 2 3 15 20 25 30 mm Rajah 3 Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. Berapakah ketebalan objek itu? A 3.22 mm C 3.72 mm B 3.28 mm D 3.78 mm 4. Rajah 4 menunjukkan satu aktiviti untuk menentukan jisim seketul batu yang mempunyai ketumpatan 3.5 g cm–3. 59 cm3 Air Batu Isi padu awal Isi padu akhir 47 cm3 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 Rajah 4 Ketumpatan = Jisim Isi padu Apakah nilai jisim batu tersebut? A 13.4 g C 42.0 g B 16.9 g D 206.5 g 5. Antara berikut, yang manakah organisma multisel? A C B D PENTAKSIRAN SUMATIF UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) Pentaksiran Spotlight A+1 Sains Tg1.indd 183 01/02/2023 1:44 PM
186 PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran Sumatif Bahagian B [20 markah] Jawab semua soalan. 1. Penggunaan unit S.I. membolehkan manusia membuat keseragaman unit sukatan dalam kehidupan harian. (a) Bulatkan unit S.I. yang betul bagi kuantiti fizik di bawah. (i) Jisim kilogram (kg) newton (N) (ii) Suhu Kelvin (K) darjah Celsius (°C) [2 markah] (b) Rajah 1 menunjukkan empat alat pengukur yang terdapat di makmal sains sekolah. Tandakan (✓) pada kotak yang disediakan untuk menunjukkan alat pengukur bagi jisim. 0 10 20 30 40 50 N kg 10 0 2 3 1 4 6 5 7 9 8 0 100 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 200 300 400 500 g g 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 g Rajah 1 [2 markah] 2. (a) Rajah 2 menunjukkan dua jenis sel, iaitu sel haiwan dan sel tumbuhan. Labelkan struktur M dan N menggunakan perkataan yang diberi dalam petak di bawah. Nukleus Mitokondria Vakuol N: M: Sel haiwan Sel tumbuhan Rajah 2 [2 markah] Pentaksiran Spotlight A+1 Sains Tg1.indd 186 01/02/2023 1:44 PM
189 PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran Sumatif Bahagian C [60 markah] Jawab semua soalan. 6. Jefri sedang melakukan joging. Selepas 30 minit, degupan jantungnya bertambah dan dia berpeluh. Rajah 6.1 menunjukkan keadaan bulu roma pada kulit Jefri. Bulu roma Kulit Rajah 6.1 (a) Namakan kebolehan benda hidup untuk mengekalkan keadaan kestabilan dalam badan. [1 markah] (b) Berdasarkan Rajah 6.1, (i) nyatakan jenis gerak balas bagi bulu roma dan sebab gerak balas itu berlaku. Jenis gerak balas: Sebab: [2 markah] (ii) apakah bahan yang dirembeskan oleh badan manusia untuk menghasilkan gerak balas tersebut? [1 markah] (c) Rajah 6.2 menunjukkan dua keadaan stoma yang terdapat pada sehelai daun pada waktu yang berlainan. Stoma terbuka Stoma tertutup M N Rajah 6.2 Banding dan bezakan kedua-dua keadaan stoma M dan N dalam Rajah 6.2. [2 markah] Pentaksiran Spotlight A+1 Sains Tg1.indd 189 01/02/2023 1:44 PM
JAWAPAN 197 JAWAPAN Bab 1 Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik Ujian Diagnostik 1.1 1. Disiplin ilmu yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen yang sistematik terhadap fenomena semula jadi. 2. Membolehkan kita berhubung antara satu sama lain dengan mudah di mana sahaja pada bila-bila masa. 3. Ahli farmasi, doktor, ahli nutrisi 4. Tetikus tanpa wayar dapat digunakan pada jarak yang lebih jauh dan mempunyai pergerakan yang lebih lancar tanpa diganggu dengan wayar. Meja juga kelihatan lebih kemas. Namun, tetikus ini tidak dapat berfungsi jika bateri menjadi lemah. Kadang-kala keberkesanan tetikus berkurang apabila tidak menerima isyarat dengan baik. Oleh yang demikian, pastikan tetikus tanpa wayar sentiasa dipasang dengan bateri yang kuat. Ujian Diagnostik 1.2 1. (a) Bahan mudah terbakar: Aseton, alkohol (b) Bahan mudah meletup: Natrium, gas butana (c) Bahan beracun / toksik: Merkuri, gas klorin (d) Bahan radioaktif: Uranium, plutonium (e) Bahan mengakis: Asid pekat, alkali pekat (f) Bahan merengsa: Kloroform, sulfur dioksida 2. (a) Tungku tiga kaki (b) Piring sejat (c) Kasa dawai 3. Tangan terkena asid Cuci tangan di bawah air paip yang mengalir Mendapatkan rawatan di hospital jika melecur serius Laporkan kemalangan kepada guru Menyapu ubat Ujian Diagnostik 1.3 1. Kuantiti yang boleh diukur. 2. Kuantiti asas Unit S.I. Jisim kilogram Masa saat Suhu Kelvin Panjang meter Arus elektrik ampere 3. (a) mega – 1 000 000 (b) senti – 0.01 (c) nano – 0.000 000 001 4. (a) 25 cm (b) 0.123 m (c) 1 800 s (d) 0.3 min (e) 4 530 g (f) 1.25 g (g) 3 650 g (h) 7.05 km (i) 11.67 j 5. (a) Semakin tinggi individu, semakin panjang nilai depa. (b) Panjang depa tidak sesuai digunakan untuk menentukan panjang meja pingpong kerana panjang satu depa lelaki yang tinggi tidak sama dengan panjang depa lelaki yang rendah. Maka, ukuran panjang meja pingpong yang dibuat oleh dua lelaki tersebut adalah berbeza. Ujian Diagnostik 1.4 1. (a) isi padu tetap 20 ml – pipet 20 ml (b) jisim dompet – neraca/ penimbang (c) tinggi rak buku – pita ukur/ pembaris meter (d) suhu bilik – termometer makmal 2. Untuk mengurangkan ralat rawak 3. (a) 3.47 cm (b) 3.66 cm (c) 0.19 cm 4. (a) Kerana mempunyai nilai senggatan yang lebih kecil. (b) • Kecilkan diameter tiub kapilari yang berisi merkuri di dalam termometer. • Gunakan kaca yang lebih nipis untuk membuat bebuli termometer. • Besarkan luas permukaan bebuli kaca termometer. (mana-mana yang sesuai) 5. Angkup vernier digital dapat memberi bacaan diameter luar dan diameter dalam dengan segera melalui paparan digital. Jika angkup luar atau angkup dalam digunakan, diameter luar atau dalam sesuatu objek hanya diperoleh apabila angkup didekatkan pada sebatang pembaris. Ujian Diagnostik 1.5 1. Jisim per unit isi padu bahan 2. Minyak kurang tumpat daripada air 3. 16 g cm–3, 1.03 g cm–3 4. K N M O L 5. Apabila air dipam ke dalam tangki balast, jisim kapal selam yang bertambah menyebabkan ketumpatan bertambah. Keadaan ini menyebabkan kapal selam tenggelam ke dalam air. Apabila air dipam keluar dari tangki balast, jisim kapal selam yang berkurang menyebabkan ketumpatan berkurang. Keadaan ini menyebabkan kapal selam terapung ke permukaan air. Dengan mengawal kuantiti air dalam tangki balast, kapal selam boleh tenggelam dan terapung di air. Ujian Diagnostik 1.6 1. Membuat hipotesis, mengelas, memerhati, membuat inferens dan meramal. 2. Kaedah sistematik yang digunakan bagi menyelesaikan masalah dalam sains atau mendapat jawapan mengenai sesuatu fenomena semula jadi. 3. (a) Pada suhu yang lebih tinggi, jisim gula yang terlarut dalam air turut bertambah. (b) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Suhu air Pemboleh ubah bergerak balas: Jisim gula yang terlarut 4. Tidak bagus. Murid A hanya merekod masa untuk dua ayunan bandul yang lengkap. Ralat boleh berlaku. Murid A juga kehilangan satu data dan purata masa untuk 1 ayunan lengkap mempunyai kejituan yang rendah. Jwpn Spot A+1 Sains Tg1.indd 197 01/02/2023 1:47 PM