The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Spotlight A+1 Asas Sains Komputer Tingkatan 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2023-07-14 06:04:54

Spotlight A+1 Asas Sains Komputer Tingkatan 3

Spotlight A+1 Asas Sains Komputer Tingkatan 3

Keywords: Spotlight A+1 Asas Sains Komputer Tingkatan 3,KSSM ASK,KSSM ASK Tg 3,Asas Sains Komputer Tingkatan 3,Spotlight,PDB,Asas Sains Komputer

ii Bab 1: Konsep Asas Pemikiran Komputasional 1.1 Pembangunan Atur Cara .............................................................................................................................1 Cabaran Masteri 1............................................................................................................................................. 28 Bab 2: Perwakilan Data 2.1 Kriptografi dalam Keselamatan Data ........................................................................................................ 32 Cabaran Masteri 2..............................................................................................................................................47 Bab 3: Algoritma 3.1 Pembangunan Algoritma............................................................................................................................51 Cabaran Masteri 3............................................................................................................................................. 73 Bab 4: Kod Arahan 4.1 Pangkalan Data dan SQL.......................................................................................................................... 77 4.2 Struktur Kod Arahan.................................................................................................................................103 Cabaran Masteri 4............................................................................................................................................156 Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)..........................................................................................................165 Jawapan...............................................................................................................................................................................................................173 KANDUNGAN Kand Spotlight A+1 ASK Tg3.indd 2 30/03/2023 12:06 PM


1.1 Pembangunan Atur Cara 1. Pembangunan atur cara melibatkan lima fasa, iaitu: (a) Fasa analisis masalah (b) Fasa reka bentuk atur cara (c) Fasa pengekodan (d) Fasa pengujian dan penyahpepijatan (e) Fasa dokumentasi 1.1.1 Menggunakan Konsep Pemikiran Komputasional dalam Fasa Pembangunan Atur Cara bagi membangunkan Atur Cara Aritmetik 1. Pemikiran komputasional bermaksud proses pemikiran yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh seseorang individu secara sendiri atau berbantukan mesin atau kedua-duanya sekali. 2. Proses pemikiran ini menjadikan sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan bersistematik. 3. Rajah 1.1 ialah contoh situasi yang boleh menggunakan konsep pemikiran komputasional dalam fasa pembangunan atur cara. Anda diminta untuk membina satu atur cara bagi mengira untung dan rugi serta peratus untung dan peratus rugi jualan air cendol. Rajah 1.1 (i) Fasa Analisis Masalah 1. Dalam fasa analisis masalah, pengatur cara akan: (a) mengenal pasti masalah, keperluan sistem dan perisian serta sasaran pengguna. (b) mengenal pasti input, proses dan output bagi atur cara yang akan dibina. (c) menemu bual, membuat soal selidik dan pemerhatian bagi mengetahui keperluan pelanggan. 2. Teknik asas pemikiran komputasional yang digunakan dalam fasa analisis masalah adalah seperti berikut:  Fasa Analisis Masalah 1. Masalah dapat dianalisis dengan mudah melalui teknik leraian. Masalah yang besar perlu dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya mudah untuk diuruskan. 2. Rajah 1.2 menunjukkan penggunaan teknik leraian dalam fasa analisis masalah. Bahagian kecil Kira rugi Bahagian kecil Kira untung Bahagian kecil Kira peratus untung Bahagian kecil Kira peratus rugi Masalah besar Membina atur cara untuk mengira untung, rugi, peratus untung, peratus rugi jualan air cendol Rajah 1.2 Teknik leraian dalam fasa analisis masalah 1 1 1 Konsep Asas Pemikiran Komputasional BAB 01 Spotlight A+1 ASK Tg3.indd 1 12/04/2023 11:42 AM


B Memasang Perisian 1. Dwiklik pada fail python-3.5.0.exe yang telah siap dimuat turun. 2. Tetingkap Open File – Security Warning akan muncul dan Klik Run. 3. Pilih Install Now. 4. Setelah siap memasang perisian python-3.5.0, tutup semua tetingkap. 5. Klik Start Button >> All Program >> Pyhton 3.5 >> IDLE (Python 3.5 32-bit), klik kanan pada tetikus dan pilih >> Pin to taskbar. Start Button 6. Ikon Python akan muncul pada taskbar. Klik pada ikon Python. Ikon Python  Kod Arahan Rajah 1.21 Contoh dokumen pustaka (Library Documentation Portal Spotlight Portal Spotlight Apakah pemikiran komputasional? Bagaimana ia digunakan? bit.ly/2WX3Iin 3. Rajah 1.22 menunjukkan contoh panduan pengguna yang dapat membantu pengguna untuk memuat turun dan membuka aplikasi Python. PANDUAN PENGGUNA A Memuat Turun Perisian 1. Taipkan alamat URL https://www.python.org/downloads/ 2. Paparan berikut akan diperhatikan, pilih versi Python 3.5.0 dan klik Download. 3. Pengguna Windows perlu klik pada versi Windows x86 executable installer. 4. Fail dengan nama python-3.5.0.exe akan dimuat turun ke dalam folder Downloads. Bab 1 Konsep Asas Pemikiran Komputasional 1 13 01 Spotlight A+1 ASK Tg3.indd 13 12/04/2023 11:42 AM


1. Berapakah bilangan fasa yang terlibat dalam pembangunan atur cara? A 4 C 6 B 5 D 7 2. Apakah fasa kedua dan keempat dalam pembangunan atur cara? A Analisis masalah, reka bentuk atur cara B Pengekodan, dokumentasi C Reka bentuk atur cara, pengujian dan penyahpepijatan D Pengujian dan penyahpepijatan, dokumentasi 3. Antara berikut, yang manakah merupakan fasa pembangunan atur cara yang memerlukan pengatur cara memilih bahasa pengaturcaraan yang akan digunakan untuk membangunkan atur cara? A Analisis Masalah B Reka bentuk atur cara C Dokumentasi D Pengekodan 4. Berapakah bilangan minimum dan maksimum teknik pemikiran komputasional yang perlu ada dalam setiap fasa pembangunan atur cara? CABARAN MASTERI 1 5. Antara berikut, yang manakah merupakan fasa pembangunan atur cara yang membenarkan pengatur cara untuk mengesan dan membaiki ralat? A Pengujian dan penyahpepijatan B Pengekodan C Analisis masalah D Reka bentuk atur cara 6. Antara berikut, yang manakah merupakan persamaan antara dokumentasi dalaman dan dokumentasi luaran? A Menjadi panduan kepada pengguna B Menjadi sumber rujukan C Menjadi dokumen pustaka D Menjadi manual pengguna 7. Apakah teknik pemikiran yang sesuai digunakan untuk mengenal pasti jenis ralat berdasarkan paparan mesej ralat? A Teknik leraian B Teknik pengecaman corak C Teknik peniskalaan D Teknik pengitlakan 8. Antara berikut, yang manakah benar tentang kebaikan penggunaan teknik pemikiran komputasional dalam fasa pembangunan atur cara? A Pembangunan atur cara akan mengambil masa yang lama B Pembangunan atur cara menjadi sukar C Pembangunan atur cara menjadi lebih berstruktur dan terurus D Pembangunan atur cara akan menemui jalan buntu Bahagian A Bilangan minimum Bilangan maksimum 1 2 1 3 1 4 1 5 A B C D Bab 1 Konsep Asas Pemikiran Komputasional 1 28 01 Spotlight A+1 ASK Tg3.indd 28 12/04/2023 11:42 AM


10. Antara berikut, yang manakah merupakan contoh penggunaan teknik peniskalaan dalam atur cara? A Penghasilan senarai semak B Penghasilan carta alir C Penulisan pseudokod D Penulisan komen 9. Apakah jenis ralat yang berlaku akibat kesalahan menggunakan inden? A Ralat sintaks B Ralat masa larian C Ralat logik D Ralat nyahpepijat Bahagian B 1. Rajah 1 menunjukkan peta pemikiran tentang peranan pengatur cara dalam fasa pembangunan atur cara. Peranan Pengatur Cara Fasa Analisis Masalah Fasa Dokumentasi Fasa Reka Bentuk Atur Cara Fasa Pengujian Dan Penyahpepijatan Fasa Pengekodan Rajah 1 Berdasarkan Rajah 1, nyatakan peranan pengatur cara bagi fasa (a) analisis masalah (b) reka bentuk atur cara (c) pengekodan (d) pengujian dan penyahpepijatan (e) dokumentasi 2. Situasi 1 menunjukkan satu masalah yang dihadapi oleh Ahmad. Masalah ini akan lebih mudah untuk diselesaikan sekiranya dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil. Ahmad perlu menghantar anak perempuannya ke kelas tuisyen yang bermula pada pukul 8:00 pagi. Isteri Ahmad, Salmi meminta suaminya singgah di gerai makan berdekatan rumahnya untuk membeli sarapan pagi. Anak lelaki Ahmad pula meminta ayahnya untuk membelikan buku latihan di kedai runcit berdekatan masjid di kawasan perumahan mereka. Ahmad pula perlu menghantar keretanya ke bengkel untuk penyenggaraan. Ahmad hanya mempunyai dua jam untuk melakukan semua tugasan tersebut. Ahmad sedang memikirkan cara untuk membahagikan masa supaya semua tugasan dapat diselesaikan. Situasi 1 Berdasarkan Situasi 1, nyatakan (a) masalah besar (b) bahagian kecil masalah (c) teknik pemikiran komputasional yang digunakan oleh Ahmad Bab 1 Konsep Asas Pemikiran Komputasional 1 29 01 Spotlight A+1 ASK Tg3.indd 29 12/04/2023 11:42 AM


Jadual 2.1 Kepentingan perkhidmatan keselamatan kritografi 2.1.1 Kriptografi dalam Pengkomputeran 1. Kriptografi ialah kajian tentang teknik kerahsiaan atau dikenali sebagai keselamatan komunikasi. 2. Teknik kerahsiaan yang diwujudkan ini bertujuan untuk melindungi maklumat dan data daripada terdedah dan dicuri oleh pihak lain. Anjung TIP Tulisan Heiroglif Mesir ialah salah satu contoh penggunaan kriptografi. 3. Kebiasaannya, kriptografi digunakan apabila terdapat pihak yang ingin melindungi maklumat penting seperti maklumat perbankan, data syarikat dan sebagainya daripada diketahui oleh pihak lain. 4. Sikap kebergantungan kepada sistem pengkomputeran digital masa kini menyebabkan banyak pihak mengambil kesempatan melakukan pencerobohan maklumat bertujuan untuk menyebarkan kepada orang awam atau menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri. 5. Oleh itu, kriptografi menjadi satu perkara yang perlu diutamakan bagi melindungi kepentingan maklumat serta data penting dalam pengkomputeran. 6. Terdapat empat kepentingan dalam perkhidmatan keselamatan data kriptografi, iaitu kerahsiaan (confidentiality), pengesahan (authentication), integriti (integrity) dan tiada sangkalan (non-repudiation). 2.1  Kriptografi dalam Keselamatan Data Perkhidmatan Keselamatan Penerangan Kerahsiaan (Confidentiality) • Maklumat sulit yang dihantar perlu dilindungi supaya maklumat tersebut tidak diketahui oleh pihak lain. Pengesahan (Authentication) • Pihak yang terlibat dalam suatu komunikasi perlu dikenal pasti kesahihannya. • Maklumat atau data yang diterima perlu dikenal pasti supaya dihantar oleh pihak yang disahkan. • Contoh: nama pengguna dan kata laluan perbankan internet. Integriti (Integrity) • Sebarang perubahan yang berlaku terhadap data atau maklumat yang dilakukan oleh pihak lain perlu dikenal pasti. • Contoh: transaksi perbankan dalam talian Tiada Sangkalan (Nonrepudiation) • Penghantar dan penerima maklumat perlu mengesahkan bahawa mereka yang menghantar dan menerima maklumat tersebut. 2 32 2 Perwakilan Data BAB 02 Spotlight A+1 ASK Tg3.indd 32 11/04/2023 12:47 PM


2.1.6 Kaedah Sifer dalam Penyelesaian Masalah 1. Pada masa kini, masalah kebocoran maklumat sentiasa berlaku terutamanya yang melibatkan maklumat yang dihantar melalui e-mel, media sosial dan sebagainya. 2. Oleh sebab itu, pelbagai kaedah sifer yang lebih kompleks telah dicipta supaya masalah kebocoran maklumat dapat diatasi. 3. Walau bagaimanapun, kaedah sifer boleh dicipta sendiri menggunakan sama ada simbol, gambar, huruf atau nombor. Contoh 10 Encik Imran ialah seorang pegawai akauntan di sebuah syarikat. Pengurus syarikat telah memberikan satu mesej sulit kepada Encik Imran berkenaan operasi kewangan syarikat yang perlu diuruskan. Penentuan tahap kerahsiaan: Mesej yang perlu disulitkan ialah berkenaan operasi kewangan syarikat yang perlu diuruskan oleh Encik Imran. Kaedah sifer yang sesuai ialah kaedah yang menggunakan kunci kerana tahap kerahsiaannya adalah tinggi. Maka, kaedah yang sesuai ialah Caesar Cipher, Rail Fence Cipher atau Columnar Cipher. Ujian Diagnostik 2.1 1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat. KBAT Mengingat (a) Kepentingan perkhidmatan keselamatan kriptografi ialah kerahsiaan, , dan . (b) Kriptografi berasal daripada yang boleh dihuraikan sebagai kajian tentang teknik kerahsiaan atau dikenali sebagai keselamatan komunikasi data. 2. Padankan pernyataan berikut. KBAT Memahami Perkhidmatan keselamatan Keterangan (a) Tiada sangkalan ◆ ◆ Kesulitan sesuatu maklumat yang dihantar melalui rangkaian komputer yang perlu dilindungi supaya maklumat tidak diketahui oleh pihak lain. (b) Integriti ◆ ◆ Untuk membuktikan bahawa penghantar dan penerima maklumat tidak menafikan bahawa mereka menghantar dan menerima maklumat tersebut. (c) Pengesahan ◆ ◆ Perkhidmatan keselamatan yang mengenal pasti sebarang perubahan terhadap maklumat atau data oleh pihak lain. (d) Kerahsiaan ◆ ◆ Pengenalpastian pihak-pihak yang terlibat dalam suatu komunikasi. Bab 2 Perwakilan Data 2 43 02 Spotlight A+1 ASK Tg3.indd 43 11/04/2023 12:48 PM


1. Data dianggap sebagai aset penting bagi sesebuah organisasi. 2. Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada kebolehannya untuk memperoleh data dengan cepat, mengurus data dengan cekap dan membuat analisis data dengan tepat. 3. Data yang diperoleh perlu dikumpul, diproses dan dianalisis untuk menjadikannya maklumat yang bermakna. 4. Hal ini demikian kerana data atau maklumat memainkan peranan penting dalam proses membuat keputusan. 5. Rajah 4.1 menunjukkan hubungan antara data dan maklumat. Data A’ Famosa Portugis 1511 Kubu Melaka 5 bulan Alfonso de Albuquerque Maklumat A’ Famosa merupakan sebuah kubu yang telah dibina oleh penjajah Portugis selepas mereka menakluk Melaka pada tahun 1511. Kota A’ Famosa atau nama rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca) dibina oleh buruh paksa dan mengambil masa selama 5 bulan untuk disiapkan. Alfonso de Albuquerque ialah orang yang memberi arahan atas pembinaan Kota A’ Famosa ini. Kumpul Proses Analisis Rajah 4.1 Hubungan antara data dan maklumat 6. Data dan maklumat ini disimpan di dalam ruang storan yang dikenali sebagai Pangkalan Data. 7. Data dan maklumat daripada Pangkalan Data boleh dicapai melalui penggunaan bahasa pengaturcaraan seperti Structured Query Language (SQL). 8. Oleh hal yang demikian, penggunaan pangkalan data boleh menjimatkan masa dan lebih efisien. 4.1.1 Menerangkan maksud dan penggunaan Pangkalan Data dan Structured Query Language (SQL) (i) Pangkalan Data 1. Pangkalan data ialah tempat pengumpulan dan penyimpanan data secara berpusat bagi sistem maklumat yang berasaskan komputer. 2. Dalam pangkalan data, koleksi data disimpan secara sistematik dan saling berhubungan antara satu sama lain tanpa berlaku pengulangan data. 3. Tujuan pangkalan data diwujudkan supaya data atau maklumat mudah untuk dicapai, diuruskan atau dikemaskini. 4. Contoh pangkalan data yang paling mudah ialah perpustakaan kerana terdapat pelbagai koleksi buku yang disimpan. Dalam hal ini, perpustakaan mewakili pangkalan data dan koleksi buku mewakili data. 4.1 Pangkalan Data dan SQL 77 4 4 Kod Arahan BAB 04 Spotlight A+1 ASK Tg3.indd 77 12/04/2023 11:57 AM


Bab 4 Kod Arahan 156 4 1. Antara berikut, yang manakah merupakan pernyataan yang salah tentang data? A Data diperlukan untuk membuat keputusan dengan tepat B Data digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah C Data merupakan aset penting sesebuah organisasi D Data yang belum diproses akan menjadi maklumat yang bermakna 2. Apakah yang dimaksudkan dengan pangkalan data? A Pangkalan data merupakan lokasi penyimpanan data secara berpusat B Pangkalan data merupakan tempat pengumpulan data secara terkawal C Pangkalan data merupakan pusat data sistem maklumat berasaskan komputer D Pangkalan data merupakan tempat pengumpulan dan penyimpanan data secara berpusat 3. Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri sistem fail secara elektronik? A Menggunakan komputer B Ruang yang besar diperlukan untuk menyimpan fail C Rekod senang diubah D Capaian ke atas data memakan masa yang singkat 4. Antara berikut, yang manakah merupakan kebaikan sistem pangkalan data? A Menjaga keselamatan data B Menyukarkan capaian, pengurusan dan pengemaskinian data CABARAN MASTERI 4 C Menyebabkan pengulangan data D Integriti data menjadi rendah 5. Antara berikut, yang manakah merupakan cara capaian data dan maklumat daripada pangkalan data? A Melalui penggunaan bahasa mesin B Melalui penggunaan bahasa penghimpun C Melalui penggunaan bahasa pengaturcaraan D Melalui penggunaan bahasa arahan 6. Antara berikut, yang manakah merupakan komponen pangkalan data? A Data dan maklumat B Data dan entiti C Maklumat dan atribut D Entiti dan atribut 7. Apakah jenis kekunci yang wujud dalam pangkalan data? A Kekunci primer dan kekunci utama B Kekunci primer dan kekunci sekunder C Kekunci utama dan kekunci asing D Kekunci primer dan kekunci asing 8. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan kepentingan kekunci primer? A Memelihara integriti data B Menggalakan pertindihan rekod lama dan baharu C Memberi nilai unik untuk simpanan data D Menjimatkan ruang storan komputer 9. Apakah maksud kekardinalan? A Perhubungan antara entiti-entiti dalam satu pangkalan data B Perhubungan antara entiti dan atribut dalam satu pangkalan data Bahagian A 04 Spotlight A+1 ASK Tg3.indd 156 12/04/2023 11:57 AM


Bab 4 Kod Arahan 159 4 A 0 kali C 7 kali B 1 kali D 8 kali 22. Function isihGelembung(snr) adalah satu variasi function isih(snr). (Rujuk soalan 20). def isihGelembung(snr): n = len(snr) terSusun = False # menandakan senarai dalam # keadaan tersusun/tidak tersusun for i in range(n–1): if (terSusun == True): break terSusun = True for j in range(n–i–1): if snr[j] > snr[j+1]: snr[j],snr[j+1] = snr[j+1],snr[j] terSusun = False return snr Jika function ini dipanggil untuk mengisih senarai nombor 1,2,3,4,5,6,7,8, berapa kalikah gelung for i in range(n – 1) akan dilaksanakan? A 0 kali B 1 kali C 7 kali D 8 kali Soalan 20 dan 21 adalah berdasarkan takrifan function berikut: Function ini mengisih satu senarai nombor dengan menggunakan teknik bubble sort. def isih(snr): n = len(snr) for i in range(n-1): for j in range(n-i-1): if snr[j] > snr[j+1]: snr[j],snr[j+1] = snr[j+1],snr[j] return snr 20. Jika function isih(snr) dipanggil dengan pernyataan senaraiTerisih = isih(5,3,7,6,2,8,1,4) mesej ralat yang berkaitan dengan penghantaran argumen dipaparkan. Cara yang betul menulis pernyataan panggilan ini ialah A senaraiTerisih = isih(53762814) B senaraiTerisih = isih([53762814]) C senaraiTerisih = isih([5,3,7,6,2,8,1,4]) D senaraiTerisih = isih[‘5’,’3’,’7’,’6’,’2’,’8’,’1’,’4’] 21. Jika function isih(snr) dipanggil dengan senarai nombor 1,2,3,4,5,6,7,8 untuk diisih, berapa kalikah gelung for i in range(n-1) akan dilaksanakan? Bahagian B 1. Rajah 1 menunjukkan evolusi sistem fail kepada sistem pangkalan data. KBAT Memahami Sistem Fail Sistem Pangkalan Data Capaian ke atas data tidak boleh dilakukan secara serentak dan lambat. P Keselamatan data tidak terjamin. Q Berlaku pengulangan data. R Perkongsian data adalah terhad. S Rajah 1 04 Spotlight A+1 ASK Tg3.indd 159 12/04/2023 11:57 AM


PENTAKSIRAN SUMATIF BAHAGIAN A [10 markah] Jawab semua soalan PENTAKSIRAN SUMATIF UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 1. Dalam fasa analisa masalah, pengatur cara akan mengenal pasti input, proses dan _________. A output B perisian C storan D perkakasan 2. Antara konsep pemikiran komputasional berikut, yang manakah sesuai bagi fasa reka bentuk atur cara? I Teknik leraian II Teknik pengecaman corak III Teknik pengitlakan IV Teknik peniskalaan A I, II dan III B I, II dan IV C II, III dan IV D Semua di atas 3. Apakah teknik yang digunakan apabila masalah besar perlu dipecahkan kepada bahagian-bahagian masalah yang lebih kecil? A Peniskalaan B Pengitlakan C Leraian D Pengecaman corak 4. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak betul mengenai Columnar Cipher? A Identiti huruf-huruf biasa tidak berubah B Menggunakan kunci, iaitu nombor C Bilangan huruf kunci menentukan bilangan lajur D Nombor pada lajur berdasarkan kunci sukar diramal 5. Rajah 1 menunjukkan suatu teks sifer. Rajah 1 Apakah kaedah sifer yang digunakan untuk penyulitan teks sifer di atas? A Reverse Cipher B Caesar Cipher C Rail Fence Cipher D Pigpen Cipher 165 PSumatif Spot A+1 ASK Tg3.indd 165 12/04/2023 11:58 AM


PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran Sumatif Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Maklumat berikut berkaitan dengan fasa-fasa pembangunan atur cara. A Pengekodan B Dokumentasi C Reka bentuk atur cara D Pengujian atur cara dan penyahpepijatan ralat E Analisis masalah Susun semula fasa-fasa pembangunan atur cara mengikut urutan yang betul. Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5 B [4 markah] 2. Rajah 5 menunjukkan penggunaan teknik leraian semasa menyediakan dokumentasi. P R S Menyediakan domumentasi Q Rajah 5 Berdasarkan Rajah 5, lengkapkan maklumat P, Q, R dan S. P : Q : R : S : [4 markah] 167 PSumatif Spot A+1 ASK Tg3.indd 167 12/04/2023 11:58 AM


PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran Sumatif 6. Faizal mahu menghantar surat kepada adiknya menggunakan kaedah Rail Fence Cipher supaya kandungan surat tidak diketahui oleh orang lain kecuali adiknya yang telah mendapat kunci, iaitu 3. Kandungan surat adalah: KAMI MURID CEMERLANG (a) Rail Fence Cipher adalah salah satu contoh cipher. [1 markah] (b) Buat penyulitan bagi mesej tersebut. Tunjukkan langkah penyulitan tersebut. Teks sifer ialah . [3 markah] 7. Berikut merupakan langkah-langkah bagi proses Bucket Sort. A Isih item-item di dalam setiap baldi secara berasingan. B Masukkan item-item yang perlu diisih ke dalam baldi mengikut julat yang betul. C Masukkan semula item-item yang telah diisih ke dalam senarai. D Sediakan baldi kosong dengan julat-julat tertentu. Susunkan langkah-langkah bagi proses Bucket Sort dengan betul. [4 markah] 8. Isi tempat kosong berdasarkan jawapan yang telah disediakan. ERD Kunci Primer Entiti Definisi Jawapan (a) Teknik grafik untuk memodelkan data. (b) Objek unik yang wujud dalam persekitaran di mana pangkalan data berada. (c) Satu atribut yang mengandungi nilai unik untuk mengenal pasti rekod dalam jadual. [3 markah] 169 PSumatif Spot A+1 ASK Tg3.indd 169 12/04/2023 11:58 AM


PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran Sumatif Bahagian C [20 markah] Jawab semua soalan. 1. Rajah 6 menunjukkan fasa-fasa yang terdapat dalam pembangunan atur cara. Analisis masalah X Y Dokumentasi Z Rajah 6 (a) Berdasarkan Rajah 6, nyatakan fasa pada X, Y dan Z. X : Y : Z : [3 markah] (b) Terangkan dua aktiviti yang perlu diselesaikan pada fasa Z. [4 markah] (c) Senaraikan tiga teknik pemikiran komputasional yang boleh digunakan semasa dalam fasa X. [3 markah] 171 PSumatif Spot A+1 ASK Tg3.indd 171 14/04/2023 10:49 AM


JAWAPAN 173 Bab 1 Konsep Asas Pemikiran Komputasional Ujian Diagnostik 1.1 1. (a) Reka bentuk atur cara (b) Pengekodan (c) Pengujian dan penyahpepijatan 2. (a) leraian (b) pengecaman corak (c) peniskalaan (d) pengitlakan 3. (a) ✓ (b) ✗ (c) ✗ (d) ✓ 4. (a) (b) (c) (d) Cabaran Masteri 1 Bahagian A 1. B 2. C 3. D 4. A 5. C 6. B 7. A 8. D 9. B 10. C Bahagian B 1. (a) (i) Mengenal pasti masalah, keperluan sistem dan perisian serta sasaran pengguna. (ii) Mengenal pasti input, proses dan output bagi atur cara yang akan dibina. (iii) Menemubual, membuat soal selidik dan pemerhatian bagi mengetahui keperluan pelanggan. (b) (i) Menulis pseudokod. (ii) Melakar carta alir. (iii) Mereka bentuk antara muka pengguna. (c) (i) Memilih perisian yang sesuai untuk Membangunkan atur cara. (ii) Menukarkan pseudokod dan carta alir kepada kod yang difahami oleh komputer menggunakan bahasa pengaturcaraan. (d) (i) Menguji atur cara yang telah ditulis bagi mengesan dan membetulkan sebarang ralat yang terdapat pada atur cara. (ii) Mengenal pasti ralat sama ada ralat sintaks, ralat logik atau ralat masa larian. (e) Menyediakan dua jenis dokumentasi iaitu dokumentasi dalaman dan luaran. 2. (a) Pengurusan masa (b) (i) Menghantar anak ke kelas tuisyen. (ii) Membeli sarapan pagi. (iii) Membeli buku latihan. (iv) Menghantar kereta ke bengkel. (c) Teknik leraian 3. (a) • Kedua-dua atur cara mempunyai tajuk. • Terdapat penulisan komen yang dapat membantu seseorang untuk memahami atur cara. (b) (i) atur cara pada Rajah 2(b) tidak ditunjukkan bahagian input, proses dan output. (ii) atur cara pada Rajah 2(b) melibatkan syarat. (c) Teknik pengecaman corak kerana perlu mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang terdapat pada Rajah 2(a) dan 2(b). 4. (a) Fasa dokumentasi (b) Dokumentasi luaran (c) (i) Dokumen pustaka memberikan maklumat tentang perisian, perkakasan, algoritma dan kod arahan kepada pengguna akhir. (ii) Panduan pengguna memberikan maklumat tentang pemasangan dan cara pelaksanaan atur cara kepada pengguna akhir. (d) (i) Pengguna akhir akan mengalami masalah kerana tidak dibekalkan dengan maklumat yang sepatutnya. (ii) Pengguna akhir akan hilang minat untuk terus menggunakan atur cara tersebut. (iii) Pengguna akhir akan memilih atur cara yang dibangunkan oleh individu yang dapat menyediakan dokumentasi yang lengkap. Bahagian C 1. (a) Fasa pengujian dan penyahpepijatan (b) (i) Sintaks (ii) Masa larian (iii) Logik (c) (i) Baris 7 (ii) Baris 10 (iii) Baris 11 (iv) Baris 14 (v) Baris 15 JAWAPAN Jaw_Spotlight A+1 ASK Tg3.indd 173 10/04/2023 1:43 PM


JAWAPAN 177 5. (a) Menyimpan data mengikut baris. (b) Antara muka antara pengguna dan komputer. (c) Menyediakan kemudahan terhadap capaian data melalui penggunaan bahasa pertanyaan. (d) Sumber rujukan penyelesaian masalah. Ujian Diagnostik 4.2 1. Function Procedure (a) ✓ ✓ (b) ✓ ✓ (c) ✓ ✓ (d) ✓ 7 (e) ✓ ✓ 2. • Pembangunan yang besar dan kompleks lebih mudah dibangunkan apabila dileraikan kepada atur cara yang kecil. • Pengesanan dan penyahpepijatan ralat lebih mudah dilakukan. • Blok kod arahan dalam function dan procedure boleh digunakan semula (reuse) tanpa pengubahsaian (modifications) di mana bahagian atur cara atau atur cara lain. • Function dan procedure boleh dibangunkan dan diuji-lari secara serentak. Ini akan mempercepatkan pembangunan atur cara. • Tindihan (duplication) kerja dan usaha dapat dielakkan. • Masa pembangunan atur cara dapat dikurangkan. 3. (a) None (b) takrifan/dihasilkan oleh sendiri (user defined); pra-takrif (pre-defined) (c) pentafsir (interpreter), function dan procedure pustaka (d) pustaka standard (standard library), instalasi 4. (a) Baris 1 – baris 5 (b) nilaiMuktamad( ) (c) Function dihasilkan sendiri (d) Menukar sesuatu nombor kepada nombor positif/mengira nilai muktamad (absolute value) sesuatu nombor (e) 7, 1, 2, 3, 7, 8, 1, 2, 4, 5, 8 ` 5. (a) baris 1: from math import * baris 3: x = sqrt(x) Atau baris 1: import math baris 3: x = math.sqrt(x) (b) x = float(input(“Masukkan satu nombor > ”)) x = pow(x,0.5) print(x) (d) MULA TAMAT PAPARKAN “item dijumpai” MASUKKAN item_carian Item_carian = senarai[i] i < bil_senarai Ya Ya Tidak Tidak SETKAN i = 0 Tambah i = i + 1 Bab 4 Kod Arahan Ujian Diagnostik 4.1 1. (a) data (b) maklumat 2. (a) Tempat pengumpulan dan penyimpanan data secara berpusat. (b) Koleksi data yang saling berhubungan antara satu sama lain. (c) Data disimpan tanpa berlaku pengulangan. (d) Memudahkan data atau maklumat untuk dicapai, diuruskan atau dikemaskini. 3. (a) ✗ (b) ✓ (c) ✗ (d) ✓ 4. Kekunci dan kekardinalan Pernyataan (a) ◆ ◆ (b) ◆ ◆ (c) ◆ ◆ (d) ◆ ◆ Jaw_Spotlight A+1 ASK Tg3.indd 177 10/04/2023 1:43 PM


JAWAPAN 180 Cabaran Masteri 4 Bahagian A 1. D 2. D 3. B 4. A 5. C 6. D 7. D 8. B 9. A 10. C 11. C 12. B 13. A 14. D 15. D 16. C 17. C 18. D 19. D 20. C 21. D 22. B Bahagian B 1. (a) (i) P: Data boleh dicapai oleh semua pihak secara serentak dalam masa yang singkat. (ii) Q: Mempunyai kata laluan yang khusus dan sandaran data yang mantap. (iii) R: Dapat mengelakkan pengulangan data kerana kawalan data adalah secara berpusat. (iv) S: Data dapat dikongsikan secara efisien dengan semua pihak yang terlibat. (b) (i) Sistem fail secara manual. (ii) Sistem fail secara elektronik (c) Tempat simpanan data (d) Pangkalan data ialah tempat pengumpulan dan penyimpanan data secara berpusat bagi sistem maklumat yang berasaskan komputer 2. (a) (i) Entiti (ii) Atribut (b) RUMAH (c) Jenis, Harga, Keluasan, Lokasi, Tahun_Siap (d) (i) Entiti adalah unik manakala atribut mempunyai satu atau lebih ciri. (ii) Entiti diwakili oleh simbol segi empat manakala atribut diwakili oleh simbol bulatan bujur. 3. (a) (i) ID_Negara, ID_Buah (ii) ID_Negara (b) (i) Atribut dengan nilai unik (ii) Atribut yang merupakan kekunci primer bagi satu jadual hubungan yang lain. (c) (i) NEGARA (ii) BUAH (d) (i) ID_Negara, Nama (ii) ID_Buah, ID_Negara, Nama, Jenis, Keadaan (e) (i) 5 (ii) 7 (f) one to many (1:M) 4. (a) A: Jadual B: Pertanyaan C: Borang D: Laporan (b) (i) A: Menyimpan data mengikut baris. (ii) B: Mencapai data tertentu daripada satu atau lebih daripada satu jadual. (iii) C: Merupakan antara muka antara pengguna dan komputer. (iv) D: Menyediakan laporan berdasarkan pertanyaan yang telah dihasilkan. (c) (i) Jadual (ii) Borang (iii) Pertanyaan (iv) Laporan 5. (a) def cetakRentetan( ) rentetanDigit = “1234567890” for i in range(len(rentetan Digit)): print(rentetanDigit[i]) atau def cetakRentetan( ) rentetanDigit = “1234567890” for i in range(10): print(rentetanDigit[i]) (b) from random import * def katalaluan(): rentetanDigit = “1234567890” n1 = 0; n2 = len(rentetanDigit)-1 password = “” for i in range(4): # ulang 4 kali nomIndx = randint(n1,n2) password = password + rentetanDigit [nomIndx] print(password) (c) import random def janaOTP(): rentetan = “ABCDEFGHIJKLM1234567890 nopqrstuvwxyz” n1 = 0;n2 = len(Rentetan)-1 nomOTP = ”” for i in range(6): # laksanakan 6 kali nomIndeks = random.randint(n1,n2) nomOTP = nomOTP + rentetan[nom Indeks] return(nomOTP) Jaw_Spotlight A+1 ASK Tg3.indd 180 10/04/2023 1:43 PM


JAWAPAN 182 (d) OR dan AND (e) (i) R S R ∨ S 1 1 1 1 0 1 0 1 1 0 0 0 (ii) R S R ∧ S 1 1 1 1 0 0 0 1 0 0 0 0 10. Procedure Function (a) Tidak semestinya menerima nilai input (argumen). (c) Perlu menerima nilai input (argumen). (b) Tidak memulangkan sebarang nilai kecuali nilai lalai (None). (d) Memulangkan satu atau beberapa nilai. Bahagian C 1. (a) X: Reka bentuk atur cara Y: Pengekodan Z: Pengujian dan penyahpepijatan (b) (i) Laksanakan atur cara yang dibangunkan (ii) Baca dan fahami mesej ralat (iii) Semak output dengan menggunakan sampel data (c) (i) Pengecaman corak (ii) Peniskalaan (iii) Pengitlakan 2. (a) Baris = 15 ÷ 4 Lajur = MAJU = 3.75 = 4 (b) M A J U 3 1 2 4 (c) M A J U 3 1 2 4 I L M U P E L I T A H I D U P Z Teks sifer = LEAUMLHPIPTDUIIZ Petak kosong diisi dengan sebarang abjad bagi memenuhi jadual. Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahagian A 1. A 2. B 3. C 4. B 5. D 6. C 7. B 8. D 9. A 10. C Bahagian B 1. Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5 E C A D B 2. P : Dokumentasi Dalaman Q : Dokumentasi Luaran R : Dokumentasi Pustaka S : Dokumentasi Pengguna 3. (a) ✓ (b) ✗ (c) ✓ (d) ✗ 4. (a) iv (b) i (c) iii (d) ii 5. (a) Reverse Cipher (b) Rail Fence Cipher (c) Pigpen Cipher (d) Caesar Cipher 6. (a) Transposition Cipher (b) K M D E N A I U I C M R A G M R E L Teks sifer = KMDENAIUICMRAGMREL 7. D, B, A, C 8. (a) ERD (b) Entiti (c) Kunci primer (d) bulatan bujur 9. (a) Carian (Query) (b) Laporan (Report) (c) Jadual (Table) (d) Borang (Form) Jaw_Spotlight A+1 ASK Tg3.indd 182 10/04/2023 1:43 PM


Click to View FlipBook Version