The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2024-03-20 21:27:53

1202 Bank Soalan Bahasa Melayu Tingkatan 3 KSSM

Sem. Malaysia: RM9.95
Sabah/Sarawak: RM10.50

Keywords: 1202 Bank Soalan Bahasa Melayu Tingkatan 3 KSSM,1202 Bank Soalan Bahasa Melayu Tingkatan 3,Bahasa Melayu Tingkatan 3 KSSM,Bahasa Melayu Tingkatan 3,KSSM,Tingkatan 3 KSSM,Tingkatan 3,Bahasa Melayu

MESTI TAHU i – vi Bab 1 Sistem Bahasa 1 Bab 2 Pemahaman Teks 27 Bab 3 Pemindahan Maklumat 62 Bab 4 Penulisan Karangan 72 Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 106 Jawapan 116 Kandungan 1201 BM Tg3 Kand.indd 1 12/21/2023 3:05:18 PM


Kata Nama © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Nama © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Nama © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Pinjaman © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Nama © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Adjektif © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. MESTI TAHU Info Bahasa dan Kesalahan Umum KATA NAMA (KN) AM Kesalahan penggunaan kata nama am. Salah 1. Puan Mahani merupakan Guru Bahasa Melayu. 2. Balai Polis itu terletak di hadapan pasar raya. 3. Kakak meronta-ronta apabila dipegang oleh ustazah kerana dipercayai dirasuk oleh Jin. Betul 1. Puan Mahani merupakan guru Bahasa Melayu. 2. Balai polis itu terletak di hadapan pasar raya. 3. Kakak meronta-ronta apabila dipegang oleh ustazah kerana dipercayai dirasuk oleh jin. Keterangan: KN am perlu ditulis sebagai huruf kecil di pangkal kata, kecuali kata nama am berada di permulaan ayat perlu ditulis huruf besar di pangkal kata. KATA GANTI NAMA DIRI (KGND) KETIGA Kesalahan penggunaan kata dia/ beliau. Salah 1. Pensyarah itu tidak dapat mengadakan kelas kerana dia demam panas. 2. Beliau mendapat perhatian daripada orang ramai kerana terlibat dengan isu kesalahan pemerdagangan manusia. Betul 1. Pensyarah itu tidak dapat mengadakan kelas kerana beliau demam panas. 2. Dia mendapat perhatian daripada orang ramai kerana terlibat dengan isu kesalahan pemerdagangan manusia. Penerangan: KGN diri dia digunakan untuk orang biasa. Manakala kata beliau boleh digunakan untuk orang yang kita hormati atau kagumi seperti ibu bapa, pendidik dan pemimpin. KATA GANTI NAMA DIRI (KGND) PERTAMA Kesalahan penggunaan kata saya/ aku. Salah 1. “Saya amat berbesar hati melihat kesetiaan rakyat di negara ini,” titah Sultan Ismail kepada pegawai istana baginda. 2. “Nama aku ialah Samual dan berasal dari Penang,” kata Samual kepada guru kelasnya semasa sesi suai kenal. Betul 1. “Beta amat berbesar hati melihat kesetiaan rakyat di negara ini,” titah Sultan Ismail kepada pegawai istana baginda. 2. “Nama saya ialah Samual dan berasal dari Penang,” kata Samual kepada guru kelasnya semasa sesi suai kenal. Penerangan: KGND saya digunakan untuk bercakap dengan orang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi. KGND beta digunakan oleh raja/sultan apabila bertitah. KGND aku digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa/rapat atau dengan Tuhan. KATA PINJAMAN Kesalahan ejaan kata pinjaman menggunakan imbuhan awalan. Salah 1. Buku Tata bahasa Dewan sering menjadi rujukan para penulis buku dalam penyediaan modul tatabahasa. 2. Selebriti itu mendaftarkan diri sebagai aktivitis proPalestin dalam misi menghantar bantuan ke Gaza. Betul 1. Buku Tatabahasa Dewan sering menjadi rujukan para penulis buku dalam penyediaan modul tatabahasa. 2. Selebriti itu mendaftarkan diri sebagai aktivitis proPalestin dalam misi menghantar bantuan ke Gaza. Penerangan: Kata pinjaman menggunakan awalan imbuhan perlu dieja rapat kecuali merangkaikan kata imbuhan dengan kata nama khas perlu diletakkan tanda sempang. KATA GANTI NAMA DIRI (KGND) KEDUA Kesalahan penggunaan kata kalian/ engkau. Salah 1. “Kalian mesti bertanggungjawab atas kehilangan nyawa anak aku,” kata Pak Dollah kepada pemuda itu. 2. Jauhkan diri engkau daripada najis dadah. Betul 1. “Kamu mesti bertanggungjawab atas kehilangan nyawa anak aku,” kata Pak Dollah kepada pemuda itu. 2. Jauhkan diri anda daripada najis dadah. Penerangan: KGND kalian digunakan untuk sekumpulan orang yang diajak bercakap. Manakala, kata ganti nama diri engkau digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan. KATA ADJEKTIF (KA) Kesalahan penggunaan kata adjektif emosi. Salah 1. Amalina sangat rindu ibunya yang terpisah sejak dia kecil. 2. Kami terlalu sedih perpisahan ini. 3. Emak amat marahkan abang yang balik lewat malam. Betul 1. Amalina sangat rindu akan ibunya yang terpisah sejak dia kecil. 2. Kami terlalu sedih dengan perpisahan ini. 3. Emak amat marah akan abang yang balik lewat malam. Penerangan: KA emosi yang tidak berimbuhan mesti diikuti dengan kata hubung dan tidak boleh berakhiran dengan ‘kan’. 1 3 5 7 9 11 1201 BM Tg3 Mesti tahu 6th.indd 1 1/18/2024 11:16:52 AM


Kata Pemeri © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Karangan © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Ayat Pasif © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Karangan © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Komponen Sastera © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Ringkasan © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. MESTI TAHU Info Bahasa dan Info Komsas KATA PEMERI Salah 1. Antara kesan utama pelajar ponteng sekolah adalah keciciran dalam pelajaran. 2. Kanak-kanak itu ialah bukan adik saya. Betul 1. Antara kesan utama pelajar ponteng sekolah ialah keciciran dalam pelajaran. 2. Kanak-kanak itu bukan adik saya. Penerangan: Kata pemeri ‘ialah’ digunakan di hadapan frasa nama ataupun kata nama untuk menunjukkan pertalian antara subjek dan predikat ayat. Manakala kata pemeri ‘adalah’ boleh digunakan di hadapan kata adjektif, frasa sendi nama dan dapat hadir bersama binaan kata nafi ‘tidak’yang digabungkan dengan kata adjektif. PENULISAN KARANGAN Cara mendapat markah tinggi: 1. Analisis dan fahami kehendak soalan. 2. Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan. 3. Susun isi secara berturutan dan mengikut perenggan. 4. Setiap karangan mesti mempunyai pengenalan. 5. Gunakan perkataan yang terkini dan teknikal secara tepat. 6. Gunakan ayat yang pendek tetapi lengkap/ gramatis. 7. Mengandungi rangkai kata/ ungkapan yang menarik. 8. Gunakan tanda baca pada tempat yang betul. 9. Penutup tidak boleh tergantung. 10. Tulis mengikut ejaan yang betul. 11. Buat semakan keseluruhan selepas menulis karangan. 12. Tidak melebihi patah perkataan yang ditetapkan. AYAT PASIF Kesalahan ayat pasif dengan kata ganti diri ketiga. Salah 1. Dewan peperiksaan itu akan mereka bersihkan. 2. Kebun sayur Pak Leman gajah liar telah musnahkan. 3. Mesyuarat rukun tetangga akan ayah menghadiri. Betul 1. Dewan peperiksaan itu akan dibersihkan oleh mereka. 2. Kebun sayur Pak Leman telah dimusnahkan oleh gajah liar. 3. Mesyuarat rukun tetangga akan dihadiri oleh ayah. Penerangan: Dalam ayat pasif yang menggunakan kata ganti diri ketiga, kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif ‘di-’ dan boleh menggunakan kata ‘oleh’. PENULISAN KARANGAN Kesalahan dalam menulis karangan respons terbuka. 1. Salah memilih soalan/ kurang kuasai tajuk/ salah format. 2. Tidak merangka karangan/ isi bercampur aduk dalam satu perenggan/ keterangan yang berulang. 3. Pemerengganan yang tidak seimbang dan isi tidak berturutan. 4. Kesalahan tatabahasa seperti kesalahan ejaan, penggunaan imbuhan, tanda baca, istilah dan penggunaan penanda wacana yang sesuai. 5. Menulis terlalu kurang daripada 180 patah perkataan/ kesuntukan masa/ menulis dengan terburu-buru. KOMPONEN SASTERA INFO 1. Komponen sastera ini merupakan komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 2. Format baharu Pentaksiran Tingkatan 3 mulai tahun 2019 memperuntukkan komponen sastera (antologi) bentuk soalan objektif dalam soalan Bahagian A dan bentuk soalan subjektif dalam bahagian pemahaman teks dan novel dalam Bahagian B. 3. Setiap isi yang diberi mesti disertai dengan huraian atau contoh. 4. Jawab mengikut arahan soalan dan tidak ditulis dalam bentuk poin. PENULISAN RINGKASAN Kelemahan/ kesilapan semasa menulis: 1. Menyalin bulat-bulat teks termasuk huraian, contoh. 2. Tidak gunakan gaya bahasa tersendiri dan mengubah maksud asal petikan. 3. Menulis pendahuluan dan kesimpulan. 4. Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara. 5. Bahasa kurang lancar/ tidak gramatis. 6. Tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai. 7. Tidak cukup lima isi. 8. Menulis melebihi 80 patah perkataan. 25 27 29 31 33 35 1201 BM Tg3 Mesti tahu 6th.indd 5 1/18/2024 11:16:53 AM


1 Bab 1 Sistem Bahasa 1.1 Kata Nama dan Kata Pinjaman 1. Kata nama ialah kata yang merujuk nama manusia, haiwan, tempat, benda atau konsep. 2. Kata nama terbahagi kepada tiga golongan, iaitu; i. Kata Nama Am • Merujuk sesuatu benda hidup atau tidak hidup secara umum. • Ditulis sebagai huruf kecil di pangkal kata, kecuali kata nama am berada di permulaan ayat perlu ditulis huruf besar di pangkal kata. • Contoh kata: abang, guru, nenek, meja, petani, balai bomba, kelapa dan lain-lain. ii. Kata Nama Khas • Merujuk nama manusia, haiwan, tempat, benda dan sebagainya secara khusus. • Semua kata nama khas ditulis dengan huruf besar di pangkal kata. • Contoh kata: Encik Manaf, Si Belang, Pulau Redang, Berita Awani dan lain-lain. iii. Kata Ganti Nama • Terbahagi kepada beberapa golongan iaitu; Jenis Contoh 1. Kata Ganti Nama Diri (KGND) – KGND Orang Pertama – KGND Orang Kedua – KGND Orang Ketiga – KGND Tanya aku, beta, kami, kita, saya, hamba kamu, engkau, anda, saudara ia, dia, nya, beliau, mereka apa, siapa, mana 2. Kata Ganti Nama Tunjuk ini, itu 3. Kata Ganti Nama Tempat sini, sana, situ 4. Kata Ganti Nama Tak Tentu apa-apa, manamana, bila-bila, siapa-siapa 3. Kata Pinjaman • Kata pinjaman atau kata ambilan dan kata serapan, sama ada daripada bahasa Arab, bahasa Sanskrit, bahasa Inggeris atau bahasa Eropah lain yang diterima masuk ke dalam korpus bahasa Melayu dengan mementingkan bentuk ejaan dan visualnya. • Penyesuaian huruf dilakukan sekiranya perlu yang boleh terdiri daripada pengekalan, penggantian, dan pengguguran huruf tertentu. • Contoh kata pinjaman: antibiotik, peragawan, usahawan, dermawan, cendekiawan, dwibahasa, prasekolah, mahasiswa, jurutera, tatabahasa, tatasusila, prakata, prasangka, juruacara, ekabahasa, dwifungsi, pancaindera, poliklinik, subtopik dan lain-lain. 1.2 Kata Adjektif 1. Kata adjektif dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif yang menerangkan sifat atau keadaan bagi sesuatu kata nama atau frasa nama. 2. Frasa adjektif boleh terdiri daripada beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau unsurunsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. 3. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya; amat cantik, pandai sungguh, terlalu kurus, sikit sekali, sangat lain dan sebagainya. 4. Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis iaitu; Bil. Jenis Contoh 1 Sifatan atau keadaan Rajin, lembut, berani, gagah, bijak. Pelajar yang rajin akan berjaya dalam pelajarannya. 2 Warna Putih, biru, merah, kuning. Tudung kesukaan kakak berwarna putih. 3 Ukuran Tinggi, rendah, besar, kerdil. Orang-orang kerdil itu suka membantu orang lain. 4 Bentuk Bujur, lekuk, bundar, leper. Bayi itu berdagu lekuk. 5 Waktu Awal, baharu, cepat, lampau. Amani ke kedai untuk membeli kasut baharu. 6 Jarak Jauh, dekat, nyaris, rapat. Rumahnya paling dekat dengan hospital. 7 Cara Laju, perlahan, lincah, sering. Aniq memandu kereta dengan laju. 8 Perasaan Rindu, sayang, suka, ragu. Kami amat sayang akan ibu. 9 Pancaindera Sedap, wangi, payau, hanyir. Masakan emak sungguh sedap. 1.3 Kata Kerja 1. Kata kerja ialah perkataan yang merujuk sesuatu perbuatan yang dilakukan. 2. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu: NOTA 1201 BM Tg3 B1 5th.indd 1 1/10/2024 3:31:42 PM


26TIP SOS D Lihat bahan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) E Lihat bahan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) 1. Murid perlu meneliti gambar yang diberikan. 2. Murid perlu memahami maksud tersirat yang ingin disampaikan melalu gambar tersebut. 3. Murid menentukan peribahasa yang paling tepat dengan situasi yang digambarkan. 1201 BM Tg3 B1 5th.indd 26 1/10/2024 3:31:44 PM


27 Bab 2 Pemahaman Teks PUISI TRADISIONAL 2.1 Syair Burung Nuri Rangkap Maksud 1 Syair ditulis oleh seseorang yang dianggap hina dan kata-kata yang ditulis mungkin dianggap salah kerana fikiran penyair tidaklah sempurna. 2 Penyair berpendapat bahawa seseorang akan dianggap hina jika dia tidak berakal, tidak berakhlak dan kehidupannya miskin. 3 Penyair memohon maaf jika ada kesilapan dan kata-katanya mungkin kurang menarik serta menggores hati. 4 Penyair menasihatkan agar mereka yang kecewa dalam percintaan cuba menulis sebagai cara meluahkan perasaan. 5 Penyair menyatakan bahawa dirinya sentiasa dalam keadaan sedih dan kecewa kerana nasib malang sering menimpa dirinya sehingga membawa kemudaratan. 6 Penyair menyatakan bahawa kehidupannya tidak terurus dan terumbang-ambing sehinggakan dia tidak makan dan minum. 7 Penyair menyatakan bahawa melayan perasaan kecewa sehingga menyebabkan kehidupan menjadi hancur itu tiada faedahnya. 8 Penyair merasakan lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan kekecewaan yang menyebabkan dirinya tidak waras. Tema Adab dalam kehidupan. • Dalam hidup ini kita akan menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Kehidupan kita boleh musnah jika kita gagal mengawal perasaan dan diri semasa menghadapi segala masalah. Persoalan • Persoalan membuat tindakan dengan rasional. • Persoalan ketabahan dalam menghadapi dugaan. • Persoalan merendah diri dalam kehidupan. Nilai Murni • Berhemah tinggi • Kesedaran diri • Kesederhanaan dalam percintaan Pengajaran • Kita perlu sentiasa berfikir secara rasional sebelum membuat keputusan. • Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan kekecewaan dalam kehidupan. • Kita mestilah sentiasa ada sifat rendah diri agar tiada yang membenci kita. Gaya Bahasa • Simile → Laksana cermin jatuh ke batu • Repetisi → Hanyutlah badan ke sana ke mari • Sinkope → Sajak dan nazam banyak tak kena • Asonansi → Bermula warkah surat rencana • Aliterasi → Gundahlah fikir tidak tertentu • Anafora → Remuk dan rendam hancur di situ, Remuk dan redam rasanya hati 2.2 Seloka Santap Istiadat Rangkap Maksud 1 Majlis santap diraja dipenuhi dengan adat istiadat dan bertujuan untuk meraikan dan menghormati tetamu. 2 Cara makan yang sopan ialah nasi disuap menggunakan tangan kanan, lauk pula diangkat secara sopan. Apabila mengunyah, perlulah secara perlahan dan tidak gelojoh. Seteguk air pula diminum selepas selesai makan nasi. 3 Suapan nasi bermula daripada suapan pertama hingga ketiga, selepas itu tangan perlu dibasuh. Seterusnya, si penjamu selera akan menjamah halwa dan buahan-buahan. 4 Si penjamu selera perlu berkumur-kumur untuk membersihkan mulut. Selepas itu, dia perlu memakan sirih yang dihidangkan. 5 Tatacara santapan ini adalah majlis santap beradat kebesaran yang diajarkan oleh generasi ke generasi. Tema • Adab sopan dan tertib ketika menjamu selera dalam majlis. Persoalan • Persoalan adab sopan dan tertib ketika menjamu selera dalam sesuatu majlis. • Persoalan rasa bersyukur atas layanan yang diberikan oleh tuan rumah. • Persoalan masyarakat melayu yang mengutamakan adab dan tertib ketika jamuan makan. NOTA 1201 BM Tg3 B2 6th.indd 27 1/11/2024 3:01:18 PM


39 TIP SOS 2.2 Seloka Santap Istiadat A Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Seloka Santap Istiadat Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi, Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia memuliakan Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan. Ketujuh berkumur-kumur, Kedelapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. Itulah santap beradat kebesaran, Di dalam riwayat zaman yang silam. (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) Maksud kata dibinjat – diangkat siuman – waras mamah – kunyah halwa – manisan buah-buahan rengkungan – kerongkong peroman – muka 1201 BM Tg3 B2 6th.indd 39 1/11/2024 3:01:20 PM


62 Bab 3 Pemindahan Maklumat ULASAN 1. Bahan rangsangan yang dikemukakan dalam bahagian ini mungkin terdiri daripada gambar tunggal atau gambar bersiri yang terdiri daripada: (a) gambar foto (e) jadual (b) gambar rajah (f) poster (c) ilustrasi (g) graf (d) iklan (h) dan lain-lain 2. Murid dikehendaki menghasilkan ulasan berdasarkan bahan rangsangan dan soalan yang dikemukakan. 3. Murid dinasihatkan menulis ulasan dalam satu perenggan sahaja. 4. Murid dinasihatkan menulis ulasan antara 80 hingga 100 patah perkataan. 5. Isi ulasan mestilah terdiri daripada empat elemen iaitu: (a) pendahuluan (b) isi tersurat (c) isi tersirat (d) penutup 6. Murid perlulah menulis sekurang-kurangnya dua isi tersirat. 7. Meletakkan jumlah patah perkataan di bawah sebelah kanan ulasan. 8. Ayat mestilah gramatis dan mudah difahami. 9. Panduan Pemarkahan: Isi : 10 markah Bahasa : 5 markah Jumlah = 15 markah Isi Bilangan Isi Markah Pendahuluan 1 1 × 2 = 2 Isi tersurat 3 3 × 1 = 3 Isi tersirat 3 3 × 1 = 3 Kesimpulan 1 1 × 2 = 2 Jumlah 10 10 RINGKASAN 1. Murid dikehendaki memahami maksud petikan dan kehendak soalan. 2. Murid diminta mengenal pasti isi-isi penting (isi tersurat sahaja) daripada teks yang telah disediakan. 3. Tiada isi tersirat iaitu isi yang perlu dicari di luar teks. 4. Murid perlu mengenal pasti soalan yang dikemukakan seperti: (a) cara-cara (b) usaha-usaha (c) langkah-langkah (d) faktor-faktor (e) punca-punca (f) dan lain-lain 5. Murid dinasihatkan menulis ringkasan dalam satu perenggan sahaja. 6. Murid tidak perlu menulis pendahuluan dan penutup bagi ringkasan tersebut. 7. Elakkan daripada memberikan isi sendiri. 8. Murid dinasihatkan menulis ringkasan tidak kurang 50 patah perkataan dan tidak melebihi 80 patah perkataan. 9. Murid perlu meletakkan jumlah patah perkataan di bawah sebelah kanan ringkasan. 10. Panduan pemarkahan: Isi – 10 Markah Bahasa – 5 Markah Jumlah = 15 Markah Bilangan Isi Markah 5 10 4 8 3 6 2 4 1 2 NOTA PEMINDAHAN MAKLUMAT Ulasan Ringkasan Rumusan Tip Menjawab Soalan 1. Kenal pasti jenis bahan rangsangan. 2. Garisi kata kunci. 3. Fahami bahan rangsangan secara keseluruhannya untuk mendapat gambaran yang sebenarnya. Tip Menjawab Soalan 1. Semasa membaca petikan, kenal pasti dan garisi kata kunci, isi-isi penting yang berkaitan dengan kehendak soalan. 2. Susun isi-isi penting mengikut urutan. 3. Satu isi penting ditulis dalam satu ayat sahaja. 4. Elakkan menulis pendapat. 1201 BM Tg3 B3 6th.indd 62 1/11/2024 3:04:54 PM


66TIP SOS Latihan 4 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah membaca karya sastera. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Belakangan ini, masyarakat semakin meminggirkan karya sastera. Remaja tidak mengendahkan karya sastera tetapi sebaliknya begitu asyik dengan pelbagai gajet. Karya sastera yang terdapat di pusat sumber sekolah dan kedai buku sepatutnya menjadi bahan bacaan remaja. Mereka sewajarnya menyedari bahawa banyak faedah yang diperoleh dengan membaca karya sastera. Karya sastera boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Hal ini dikatakan demikian kerana pengarang sering menerapkan unsur pengajaran dalam karya mereka. Dengan membaca karya-karya seperti ini, kita dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak. Selain itu, remaja boleh memperluas kosa kata dan memperbaiki penggunaan bahasa dengan membaca karya sastera. Mereka menemukan pelbagai perkataan baharu dan ayat-ayat yang menarik daripada karya sastera yang dibaca. Dengan cara ini, mereka dapat menghasilkan karangan yang lebih baik. Selain itu, mereka juga berupaya untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan apabila membaca karya sastera. Pelbagai ilmu pengetahuan juga boleh ditemukan melalui karya sastera. Dengan memilih karya sastera yang bermutu, pelbagai maklumat dapat diperoleh. Sebagai contoh, pembaca mendapat maklumat tentang tempat-tempat baharu yang digambarkan dalam karya sastera. Oleh hal yang demikian, remaja tidak menjadi katak di bawah tempurung. Membaca karya sastera merupakan suatu cara untuk mengisi masa senggang. Amalan ini lebih baik daripada menghabiskan masa terlalu lama dengan media sosial. Tambahan pula, remaja memerlukan tumpuan dan masa yang panjang untuk menghayati karya sastera. Oleh itu, remaja yang mendekati karya sastera terhindar daripada gejala negatif kerana masanya telah terisi dengan amalan membaca. Kesimpulannya, karya sastera merupakan seni warisan yang akan hilang sekiranya dilupakan. Oleh hal demikian, jadikan amalan membaca karya sastera sebagai satu amalan kerana membawa pelbagai impak positif kepada kita. Dalam penghasilan ringkasan, murid perlu: 1) Mengenal pasti isi penting (isi tersurat), huraian serta contoh yang terdapat dalam petikan yang diberikan. 2) Garisi isi penting tersebut – isi tersurat sahaja (Ingat, ringkasan tiada isi tersirat.) 3) Gunakan hanya isi penting sahaja dalam penghasilan ringkasan. 4) Hasilkan ringkasan dalam satu perenggan. 1201 BM Tg3 B3 6th.indd 66 1/11/2024 3:04:54 PM


72 Bab 4 Penulisan Karangan KARANGAN RESPONS TERBUKA 1. Soalan ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu: (a) Karangan tidak berformat (b) Karangan berformat 2. Sebuah bahan grafik atau gambar akan diajukan sebagai bahan rangsangan. 3. Sebanyak tiga tajuk soalan akan diberikan dan murid diminta memilih salah satu daripada tajuk soalan tersebut. 4. Murid diminta menulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 5. Masa yang dicadangkan selama 45 minit. Strategi Menulis Karangan yang Bermutu A Membaca dan memahamkan soalan (a) Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberikan. (b) Fahami bentuk soalan sama ada berformat atau tidak berformat. (c) Pilih soalan / tajuk yang benar-benar dikuasai. (d) Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan (garis kata kunci). B Menyusun rangka karangan (a) Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi. (b) Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin. (c) Susun isi mengikut urutan kepentingannya. (d) Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihuraikan. (e) Pastikan isi penting tidak diulang-ulang. C Menulis karangan (a) Mulakan penulisan anda mengikut susunan: – Perenggan pendahuluan – Perenggan isi pertama – Perenggan isi kedua – Perenggan isi ketiga – Perenggan isi keempat – Perenggan penutup (b) Tulis mengikut rangka yang telah dibuat. (c) Jaga kekemasan tulisan. (d) Digalakkan menyelang atau meninggalkan satu baris sebelum memulakan perenggan yang seterusnya. (e) Pemerengganan yang baik mengandungi penanda wacana dan ungkapan menarik seperti peribahasa dan kata-kata tokoh. (f) Pendahuluan harus merangkumi: – Tema / pokok soalan – Huraian – Kehendak soalan / kata kunci (g) Isi yang baik merangkumi: – Isi – Huraian – Contoh – Penegas – Penanda wacana yang sesuai (h) Bahagian penutup harus merangkumi: – Kesimpulan / penegasan – Cadangan – Alasan / sebab / harapan – Cogan kata / slogan / kata-kata hikmat / peribahasa D Menyemak karangan (a) Setelah selesai menulis karangan, anda perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan yang kurang jelas dan kesalahan tatabahasa. (b) Pastikan tiada kesilapan perkataan, ejaan, tanda baca, atau tatabahasa untuk mengelakkan pemotongan markah. (c) Pastikan bahawa jumlah patah perkataan bagi karangan yang ditulis melebihi 180 patah perkataan. (d) Tepati masa yang telah diberikan. NOTA KRITERIA PEMARKAHAN Cemerlang (26 – 30) Kepujian (20 – 25) Idea • Idea relevan dengan tugasan • Huraian idea jelas, menarik dan matang • Contoh yang sesuai Idea • Idea relevan dengan tugasan • Huraian idea jelas, menarik • Contoh yang sesuai 1201 BM Tg3 B4 5th.indd 72 1/10/2024 1:09:13 PM


77 Contoh Karangan Jenis Cereka Anda dan rakan-rakan bercadang untuk melakukan aktiviti sempena cuti sekolah. Tuliskan cerita itu selengkapnya. Biasanya dua minggu sebelum cuti persekolahan saya bersama Richard dan Rajendran akan membuat perancangan. Kami tidak mahu masa percutian hujung tahun yang panjang berlalu begitu sahaja. Masa itu emas dan setiap detik perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Kami telah meredah hutan. Gunung Kinabalu pun sudah kami daki. Apa lagi aktiviti yang belum lagi kami lakukan? Setelah puas berfikir akhirnya kami mengambil keputusan untuk memancing di Pulau Lokan. “Cadangan memancing memang baik, tetapi di pulau itu ada banyak ikankah?” luah Richard. “Belum cuba, belum tahu.” Rajendran membalas. Persetujuan telah diperoleh namun begitu kami perlu meminta kebenaran daripada keluarga. “Kalau diikutkan sejarah tempat itu merupakan tempat buangan orang yang bersalah pada zaman penjajahan British dulu. Banyak kejadian misteri berlaku di tempat itu seperti suara orang menjerit pada waktu malam. Tetapi itu cuma cerita, belum ada lagi bukti yang sahih. Tetapi sekiranya kamu mahu pergi juga ayah izinkan tetapi pergi pada waktu pagi dan pulang sebelum waktu senja. Jangan bermalam di situ.” Kata ayah setelah saya meminta izin. Pada hari yang ditetapkan, kira-kira jam 9.00 pagi, dengan menaiki motobot yang disewa oleh Richard, kami meredah lautan. Pulau itu tidaklah berapa jauh. Cuma 10 kilometer dari daratan. Sepanjang perjalanan, kami perhatikan sahaja permukaan laut. Laut begitu berombak dan tiada tanda-tanda kawasan itu mempunyai banyak ikan. Richard yang mengemudi motobot itu meluahkan perasaan bimbangnya. Saya memintanya untuk bersabar. Akhirnya kami tiba di pulau yang dituju dan kami mengelilingi pulau tersebut. Kami mengambil keputusan untuk berlabuh di kawasan yang mempunyai teluk. Hampir setengah jam kami memancing, tiada seekor ikan pun yang menyambar kail kami. Sayup-sayup kami dapat melihat nelayan menuju ke tengah laut. Jika diikutkan hati mahu saja kami mengikut mereka ke kawasan tengah laut. Namun kami sedar, motobot kami tidak cukup kuat untuk berada di tengah-tengah lautan. Lagipun kami tidak membawa minyak yang banyak. Hanya cukup-cukup untuk pergi dan balik. “Ha, ada ikan!” jerit Rajendran secara tiba-tiba.Rajendran menarik tali kailnya dengan berhati-hati. Saya cuba untuk bantu. Begitu berat. Mesti ikan yang Rajendran dapat sangat besar. Ikan apa? Muat atau tidak untuk diletakkan di dalam motobot kami? Pelbagai pertanyaan bermain di hati saya. “Mungkin tersangkut di batu!” luah Richard. Saya dan Rajendran tidak berputus asa. Kami berharap sesuatu yang istimewa muncul dipermukaan air. Alangkah terkejutnya kami apabila kail itu tersangkut kepala binatang. Eh, bukan kepala binatang tetapi kepala manusia! Tiba-tiba kegembiraan hilang bertukar menjadi ketakutan. “Kita buang sajalah” luah saya. “Jangan! Ingatkah kamu siri pembunuhan di sini awal bulan lalu? Mungkin inilah mangsanya,” luah Rajendran. Tengkorak itu kami tarik ke dalam bot. Walaupun rasa gementar, kami tetap gagahi juga. Pada masa yang sama, Richard telah menghubungi pihak polis menerusi telefon bimbitnya. Ketika menunggu pihak polis tiba, rasa bimbang bersarang di fikiran kami. Kami bertambah gelisah apabila sebuah sampan nelayan menghampiri motobot kami. Dua orang lelaki di dalam sampan itu berwajah bengis amat menakutkan kami. “Hoi, apa yang kamu buat di sini?” “Kami sedang memancing ikan,” jawab Rajendran. “Mana ada ikan di sini. Kalau mahu ikan yang banyak pergilah ke pasar.” “Ada jumpa apa-apa?” “Jumpa apa?” tanya saya. “Tempat ini berbahaya! Lebih baik kamu pergi atau...” kata lelaki itu sambil menunjukan parang pendek. Disebabkan kawasan ini bukan kawasan kebiasaan kami, secepat kilat kami meninggalkan kawasan tersebut. Sampai di jeti pihak polis juga turut tiba. Saya segera menghampiri tiga orang anggota polis dan menerangkan apa yang berlaku. Pasukan polis itu segera mendapatkan tengkorak yang kami temui dari perut laut. “Nampaknya ‘ikan’ yang kita temui amat misteri sekali,” luah Richard. Saya hanya mampu mengangguk. Selain berasa sangat takut namun begitu kami berasa lega kerana dapat membantu pihak polis dalam menyelesaikan kes ini. Bagi saya, inilah pengalaman yang tidak boleh saya lupakan sampai bilabila. 1201 BM Tg3 B4 5th.indd 77 1/10/2024 1:09:14 PM


92TIP SOS Latihan 4: Karangan Respons Terhad / Karangan Pendek Berdasarkan gambar di bawah, tulis sebuah karangan pendek tentang manfaat Hari Keusahawanan yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Dalam Latihan 4, murid perlu: a) Menganalisis dan menyenaraikan apa yang dilihat berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. b) Kemudian, ceritakan suasana Hari Keusahawanan tersebut berdasarkan bahan rangsangan yang diberi atau berdasarkan pengalaman murid sendiri. 1201 BM Tg3 B4 5th.indd 92 1/10/2024 1:09:15 PM


106 Soalan 1 – 5 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Ketika terbatuk, nasi yang terdapat di dalam mulut adik ______________ ke lantai. A bersemburan C berderaian B bertaburan D berserakan Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini. 2. Tayar motosikal abang kerana tercucuk paku di atas jalan. A susut C kempis B lembik D bengkok 3. Kereta yang dipandu laju di atas jambatan itu terbabas lalu ke dalam gaung. A tersasar B terperosok C terpelanting D terjunam 4. Azminur belajar dengan bersungguh-sungguh mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang pereka grafik yang terkenal. A demi C agar B bagi D supaya Arahan: Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kertas 1 5. Gugusan buah rambutan di pohon itu ditiup angin. A terbuai-buai B terkulai-kulai C terhuyung-hayang D terumbang-ambing Soalan 6 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 6. I Sekarang bapa saya duduk sebagai pengetua sekolah. II Rumah banglo Datuk Chua duduk di hujung lorong itu. III Ibu duduk menjahit dengan sangat tekun sehingga tidak tersedar saya memanggilnya. IV Setelah sekian lama mereka duduk di rumah itu, hari ini mereka terpaksa meninggalkannya. A I dan II C I, II dan III B III dan IV D II, III dan IV Soalan 7 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 7. Kejayaan seseorang usahawan di dalam sektor perniagaan bergantung kepada komunikasi yang berkesan dengan setiap pelanggan. A di dalam sektor perniagaan bergantung pada B dalam sektor perniagaan bergantung kepada C dalam sektor perniagaan bergantung pada D di dalam sektor perniagaan bergantung kepada Bahagian A [15 markah] Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 1201 BM Tg3 UASA 5th.indd 106 1/10/2024 1:20:10 PM


109 3. Kenal pasti dan tulis pola bagi ayat-ayat berikut sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS). (i) Cikgu Nora guru di SMK Taman Jaya. (ii) Wei Chong merupakan seorang pelajar yang rajin dan baik hati. [2 markah] 4. Lihat bahan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) [2 markah] 5. Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. (a) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan rutin “aku” dan Nafisa sebelum melanjutkan pelajaran di universiti. [3 markah] Akhirnya akulah yang akan membawa tapai ubi itu ke warung-warung berdekatan. Sudah menjadi rutin. Aku dan tapai, tapai dan aku seperti ada keserasiannya. Setelah aku di universiti, baru aku sedar betapa bapa dan emak banyak berjasa kepadaku. Berkat hasil jualan tapai, aku adik-beradik berjaya juga menjejakkan kaki ke menara gading. Aku sendiri tidak menyangka aku diterima masuk ke fakulti perubatan setelah hampir dua tahun aku belajar di sebuah pusat matrikulasi. Bahan 1 Nafisa menutup komputer ribanya. Dia berasa lega kerana berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya. Nafisa merenung jauh ke luar jendela. Dia teringat akan ibunya di kampung. Rindu benar dia kepada wanita itu. Dulu, Nafisa membantu ibunya menjual nasi lemak dan kuih-kuih di sebuah gerai. Ibunya mahu mengumpul wang untuk membiayai pengajiannya di menara gading. Berkat kegigihan ibunya berniaga secara kecil-kecilan, Nafisa berjaya melangkah ke universiti. Pengorbanan ibunya itu tidak terkira nilainya. Bahan 2 1201 BM Tg3 UASA 5th.indd 109 1/10/2024 1:20:10 PM


114 Bahagian B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 1. Setiap pelajar mempunyai cita-cita dan mengimpikan kerjaya yang dapat menjamin masa hadapan mereka. Ceritakan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar bagi mencapai cita-citanya. 2. Tugas guru ialah mendidik pelajar supaya menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara. Jasa guru tidak ternilai harganya. Bincangkan cara-cara menghargai jasa guru. 3. Anda akan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda ialah ‘Mengapakah kita mesti menghormati guru?’. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. TEMA: CITA-CITA DAN KERJAYA 1201 BM Tg3 UASA 5th.indd 114 1/10/2024 1:20:10 PM


116 Bab 1 Jawapan BAB 1 Sistem Bahasa Latihan 1.1 A 1. D 2. B 3. D 4. C 5. D B 1. kamu siapkan 2. Beta 3. Dewan Seri Gemilang 4. Louis Vuitton 5. siapa-siapa / sesiapa 6. ini 7. Kamu 8. sini 9. kita 10. apa-apa Latihan 1.2 A 1. C 2. B 3. A 4. A 5. D B 1. takut 2. kuning 3. renek 4. bengkok 5. jelas 6. ragu-ragu 7. payau 8. serak 9. tengik 10. lembut C 1. kempis 2. kasar 3. suntuk 4. gopoh 5. rindu 6. hancing 7. kelat 8. keras 9. baharu 10. hanyir Latihan 1.3 A 1. D 2. A 3. C 4. B 5. C B 1. ✓ 2. ✓ 3. ✗ 4. ✓ 5. ✗ 6. ✓ 7. ✗ 8. ✗ 9. ✓ 10. ✓ C 1. berhias 2. berdatang 3. terlanggar 4. Pelabuhan 5. bersulamkan 6. memperlihatkan 7. diperisterikan 8. dipelopori 9. berunding 10. membesarkan Latihan 1.4 A 1. B 2. C 3. A 4. B 5. D B 1. yang 2. dan 3. tetapi 4. bahawa 5. kerana 6. walaupun 7. Daripada, lebih baik 8. Baik, mahupun C 1. tetapi 2. atau 3. yang 4. supaya 5. bahawa 6. semakin 7. sekiranya 8. Sewaktu Latihan 1.5 A 1. C 2. A 3. B 4. D 5. A B 1. pada 2. Daripada 3. tentang 4. kepada 5. sejak 6. di antara 7. oleh 8. antara C 1. ✓ 2. ✗ 3. ✓ 4. ✓ 5. ✗ 6. ✓ 7. ✗ 8. ✓ 9. ✗ 10. ✗ Latihan 1.6 A 1. B 2. D 3. A 4. C 5. A B 1. “Tolong susun meja-meja ini mengikut kedudukan peperiksaan sebenar,” kata Puan Anyrai kepada muridmuridnya. 2. Agar-agar buah yang dijual di kantin sekolah itu sungguh enak rasanya. 3. Ereen menghidangkan kuih karipap panas-panas lagi kepada tetamunya. 4. Siku-siku digunakan oleh tukang rumah untuk mengukur sesuatu sudut dengan tepat. 5. Jejari saya lenguh kerana baru siap menulis nota subjek Sejarah yang terlalu panjang. 6. Promosi kuih-muih murah itu akan berakhir pada petang ini. 7. Jalan yang bersimpang-siur menghala ke kem motivasi itu menyebabkan kami tersesat ke tempat lain. 8. Ruthraa menggaru-garu kepalanya yang kegatalan kerana sudah lama tidak bersyampu. 9. Kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian yang berlebihan bertujuan untuk menarik perhatian lelaki. 1201 BM Tg3 Jaw 5th.indd 116 1/10/2024 2:49:27 PM


127 Isi Penting (a) membekalkan sumber air bersih kepada manusia – sejak dahulu digunakan untuk membasuh, memasak dan mandi – perlu dijaga supaya tidak tercemar (b) menyuburkan tanaman – kawasan pertanian terletak di tepi sungai – terdapat nutrient yang baik untuk tanaman – menjadi sumber makanan rakyat Malaysia (c) menjadi habitat hidupan akuatik – udang dan ikan air tawar – membantu mengekalkan ekosistem alam sekitar – menjadi sumber protein kepada manusia – menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan sampingan (d) menjadi tempat rekreasi – menjadi tumpuan pelancong – menikmati air terjun dan sungai yang bersih, jernih dan berair sejuk – mencari ketenangan dan melupakan tekanan kerja – beriadah bersama keluarga Penutup Semua pihak harus bertanggungjawab memelihara dan memulihara sungai agar dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang Latihan Karangan Cereka Pendahuluan Tinggal bersendirian di rumah – ahli keluarga pergi ke bandar untuk membeli barangan keperluan rumah – mengambil keputusan membaca buku yang baru di beli semalam Isi Penting (a) mendengar suara riuh rendah – menjenguk ke luar melalui jendela – melihat asap berkepul-kepul di udara – ruparupanya berlaku kebakaran (b) orang ramai mula berkumpul – cuba membantu memadamkan kebakaran – membantu memunggahkan barangan yang ada di dalam rumah (c) menelefon pihak bomba – pasukan bomba datang – memadam kebakaran – kebakaran dapat dikawal – tidak merebak ke rumah yang lain – rumah yang terbakar telah hangus dijilat api (d) berasa simpati dengan kejadian yang berlaku– gembira kerana tiada kemalangan jiwa berlaku – penduduk kampung memberikan bantuan kepada mangsa Penutup Berasa gembira dapat membantu – bangga kerana sifat bantumembantu masih wujud dalam kalangan masyarakat Latihan Karangan Peribahasa Pendahuluan Aqasya merupakan pelajar tingkatan tiga – lemah dalam pelajaran – sering mendapat kedudukan terakhir di dalam kelas – ibu bapa sedikit kecewa – telah menasihati berulang kali Isi Penting (a) ibu dan ayah sering memarahi Aqasya – Kakaknya bernama Hasya dan Qisya kasihan melihat keadaan Aqasya – mereka percaya mereka mampu membantu adik – baginya, “Belakang parang kalau diasah lagikan tajam” – mereka percaya adik mampu menjadi pandai (b) semenjak itu, Hasya dan Qisya bersungguh-sungguh mengajar adik – Aqasya berasa seronok kerana belajar dengan bantuan kakak-kakaknya – setiap hari, Aqasya menyiapkan kerja sekolah yang diberikan – semakin lama Aqasya menjadi semakin pandai (c) dalam peperiksaan pertengahan tahun – Aqasya berjaya mendapat tempat kelima – guru kelasnya berasa bangga dengan pencapaian Aqasya (d) Hasya dan Qisya terus membantu Aqasya – persiapan menghadapi peperiksaan – akhirnya, Aqasya telah berjaya dengan cemerlangnya – telah dianugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang 2023 Penutup Hasya dan Qisya berasa bangga dengan pencapaian Aqasya – ayah dan ibu memuji usaha Hasya dan Qisya – mereka menyatakan semuanya adalah hasil usaha Aqasya sendiri – mereka percaya jika semua orang perlulah percaya pada kemampuan diri sendiri – orang yang lemah boleh menjadi berjaya jika berusaha bersungguh-sungguh dan secara berterusan PENTAKSIRAN SUMATIF UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) Kertas 1 Bahagian A 1. A 2. C 3. D 4. A 5. A 6. B 7. B 8. D 9. D 10. D 11. A 12. D 13. D 14. C 15. A Bahagian B Soalan 1 (i) Dinasihati – dinasihatkan (ii) telur putih – putih telur (iii) saling berbalas-balas – saling berbalas / berbalas-balas Soalan 2 (i) ke20 – ke-20 (ii) Negara – negara (iii) tata bahasa – tatabahasa Soalan 3 (i) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) (ii) Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) Soalan 4 (i) Bagai pinang dibelah dua (ii) Bagai cincin dengan permata Soalan 5 (i) Rutin “aku” dan nafisa sebelum melanjutkan pelajaran di universiti ialah “aku” membantu keluarga menjual tapai ke warung-warung berdekatan manakala Nafisa pula membantu ibunya menjual nasi lemak dan kuih-muih di sebuah gerai. (ii) Berdasarkan kedua-dua petikan, persamaan “aku” dan Nafisa ialah: – “Aku” dan Nafisa sanggup membantu keluarga dengan berniaga. – Selain itu, “aku” dan Nafisa mengenang jasa keluarganya. (iii) Pada pendapat saya, cara yang boleh dilakukan oleh anakanak untuk membalas jasa ibu bapa ialah: – Belajar bersungguh-sungguh hingga Berjaya – Menghormati ibu bapa – Mendengar cakap ibu bapa – Membantu ibu bapa – Meluangkan masa bersama ibu bapa Bab 4 – Pentaksiran Sumatif (UASA) 1201 BM Tg3 Jaw 5th.indd 127 1/10/2024 2:49:28 PM


Click to View FlipBook Version