The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2023-08-22 03:58:52

Fast Track Kertas Model SPM Sejarah

Fast Track Kertas Model SPM Sejarah

Keywords: Fast Track Kertas Model SPM Sejarah,Fast Track,Fast Track Kertas Model SPM,Kertas Model SPM Sejarah,SPM Sejarah,Kertas Model SPM,Kertas Model,KSSM,KSSM Sejarah,Sejarah,Kertas Model Sejarah

JADUAL ANALISIS SOALAN sejarah SPM (1249) Bab Kertas 1 (1249/1) Kertas 2 (1249/2) Ujian Bertulis (Objektif Aneka Pilihan) Ujian Bertulis (Subjektif Respons Terhad / Subjektif Respons Terbuka) 2021 2022 2021 2022 Tingkatan 4 1 Warisan Negara Bangsa 2 2 1 (a)(b)(c) 5 (a)(b)(c) 2 Kebangkitan Nasionalisme 3 4 – – 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita 3 2 – 6 (a)(b)(c) 4 Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita 2 2 5 (a)(b)(c) 1 (a)(b)(c) 5 Persekutuan Tanah Melayu 1948 2 2 – – 6 Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat 2 2 6 (a)(b)(c) – 7 Usaha ke Arah Kemerdekaan 3 2 2 (a)(b)(c) – 8 Pilihan Raya 1 1 – – 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 1 2 – 2 (a)(b)(c) 10 Pemasyhuran Kemerdekaan 1 1 – – Tingkatan 5 1 Kedaulatan Negara 1 1 7 (a)(b)(c) – 2 Perlembagaan Persekutuan – 2 – 7 (a)(b)(c) 3 Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen 2 3 3 (a)(b)(c) – 4 Sistem Persekutuan 1 3 – 3 (a)(b)(c) 5 Pembentukan Malaysia 6 2 4 (a)(b)(c) 8 (a)(b)(c) 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia – 2 – – 7 Membina Kesejahteraan Negara 4 2 – 4 (a)(b)(c) 8 Membina Kemakmuran Negara 2 2 8 (a)(b)(c) – 9 Dasar Luar Negara 4 2 9 (a)(b)(c) 9 (a)(b)(c) 10 Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia – 1 – – Jumlah 40 40 9 9


KERTAS MODEL SPM Sejarah Kertas 1 1249/1 1 jam 1 Kertas peperiksaan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 1. Apakah ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu? I Raja II Rakyat III Kedaulatan IV Lambang kebesaran A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 2. Maklumat berikut merujuk kepada lambang-lambang kebesaran Kesultanan Melayu Melaka. • Regalia • Nobat • Adat Apakah kepentingan lambang-lambang kebesaran tersebut? A Melahirkan semangat kekitaan B Melambangkan kesetiaan rakyat C Mengesahkan arahan daripada sultan D Merupakan simbol kedaulatan sultan 3. Maklumat berikut berkaitan dengan maksud nasionalisme. Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Perasaan ini mendorong pejuang pejuang nasionalisme untuk A menambah peluang pekerjaan B memperketatkan perundangan C memantapkan pentadbiran D menentang penjajahan 4. Gerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara adalah bersifat anti penjajah dan memperjuangkan kemerdekaan kecuali di negara X. Apakah X? A Burma B Indonesia C Thailand D Filipina 5. Adolf Hitler dan Parti Nazi berjaya membentuk kerajaan di Jerman pada tahun 1933 dengan mengikuti ideologi Nazisme. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Hitler? I Menguasai Habsyah II Menduduki Albania semula III Membina semula angkatan tentera IV Mengetepikan Perjanjian Versailles A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 6. Salah satu dasar perluasan kuasa Jepun ialah dengan mewujudkan Orde Baharu Asia. Antara negara-negara yang terlibat dalam Orde tersebut ialah I Korea II India III Rusia IV Mancuria A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 7. Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan yang diadakan pada Ogos 1945 selepas kekalahan Jepun di Tanah Melayu. Wakil Lokasi Dato’ Onn Jaafar Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat Kiai Salleh Ketua Bintang 3 Apakah kejayaan yang dicapai dalam rundingan tersebut? A Memulihkan ekonomi B Mengembalikan keamanan C Menyatupadukan semua kaum D Memajukan sistem pendidikan KM1 K1 – 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


8. Senarai berikut berkaitan dengan akhbar-akhbar Melayu di negara kita. • Majlis • Utusan Melayu • Warta Negara Apakah peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar tersebut? A Mengkritik kezaliman pentadbiran tentera British B Menyokong penubuhan persatuan politik Melayu C Melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu D Membantah dengan keras penubuhan Malayan Union 9. Penyerahan Sabah kepada British pada tahun 1946 tidak mendapat bantahan daripada penduduk tempatan. Mengapakah keadaan tersebut berlaku? I Penindasan terhadap persatuan II Taraf hidup yang memuaskan III Tiada kerjasama antara pemimpin IV Rakyat tidak memahami tujuan penyerahan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 10. Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan Jawatankuasa Kerja 1946. • Wakil Raja-Raja Melayu • Wakil UMNO • Pegawai Kanan British Jawatankuasa Kerja 25 Julai 1946 Mengapakah British menubuhkan jawatankuasa tersebut? A Merangka perjanjian Persekutuan Tanah Melayu B Memajukan ekonomi penduduk tempatan C Memodenkan sistem pendidikan negara D Mengkritik kelemahan Malayan Union 11. Apakah kuasa sultan di peringkat negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948? A Memperketatkan syarat kewarganegaraan B Mengesahkan rang undang-undang C Menguruskan hal ehwal luar negeri D Mengawal perbelanjaan kerajaan 12. Apakah usaha yang dilakukan oleh Pasukan Senoi Praaq (Urang Perang) dalam membanteras kegiatan komunis? A Memusnahkan kem dan markas komunis B Membuat rondaan harian di dalam hutan C Mengesan tempat persembunyian komunis D Menyekat pergerakan bekalan makanan dan ubatan 13. Mengapakah penduduk di pinggir hutan dipindahkan ke petempatan baharu yang digelar sebagai ‘Kampung Baru’ dalam rancangan di bawah? Rancangan Briggs A Memperbaiki taraf hidup penduduk B Memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen C Memudahkan pengagihan makanan di kampung baru D Memberi latihan ketenteraan kepada penduduk tempatan 14. Apakah kepentingan Sistem Ahli yang diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951? A Memperkukuhkan kuasa Raja-raja Melayu B Membincangkan syarat-syarat kewarganegaraan C Memantapkan pentadbiran tradisional Melayu D Menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan 15. Apakah cadangan Laporan Woodhead 1955 di Sarawak? I Peperiksaan dan sukatan pelajaran yang seragam II Penggunaan Bahasa Inggeris dalam semua peperiksaan III Sukatan pelajaran Britain diperkenalkan IV Pendidikan Sivik diajar secara formal di sekolah A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 16. Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955 telah membawa perkembangan baharu dalam sejarah Tanah Melayu. Apakah kesan penubuhan majlis tersebut? A Syarat kewarganegaraan diperketatkan B Penubuhan Suruhanjaya perlembagaan C Rakyat tempatan berkuasa dalam pentadbiran D Tarikh kemerdekaan Tanah Melayu diumumkan 17. Senarai berikut adalah wakil Parti Perikatan yang menyertai rundingan kemerdekaan di London. • Tunku Abdul Rahman • Dato Abdul Razak Hussein • H.S. Lee • X Siapakah tokoh X? A E.E.C Thuraisingham B Dr. Ismail Abdul Rahman C Dato’ Panglima Bukit Gantang D En. Abdul Aziz Abdul Majid 18. Apakah cadangan dalam Memorandum Rajaraja Melayu kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? A Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara B Sistem kewarganegaraan berasaskan jus soli C Kuasa mutlak Raja-raja Melayu dikekalkan D Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM1 K1 – 2


30. Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentang cadangan pembentukan Malaysia kerana beliau ingin membentuk sebuah kesatuan Negerinegeri Borneo. Kesatuan tersebut merangkumi negeri-negeri berikut kecuali A Sabah B Brunei C Sarawak D Singapura 31. Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dalaman selepas pembentukan Malaysia. Apakah cabaran tersebut? I Persaingan politik II Masalah kewangan III Rusuhan kaum IV Ancaman komunis A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 32. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah Peristiwa 13 Mei 1969? I Pengisytiharan darurat II Pembentukan Majlis Gerakan Negara III Strategi Counter in Surgency ( COIN) IV Pelaksanaan Operasi Hammer A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 33. Apakah tujuan dasar berikut diperkenalkan? Dasar 1 Murid 1 Sukan A Menyeragamkan sistem pendidikan B Menangani masalah disiplin murid C Memperkasa kebudayaan nasional D Memupuk semangat setia kawan 34. Prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Mengapakah rakyat Malaysia perlu menghayati prinsip tersebut? A Mengiktiraf kuasa raja yang mutlak B Memperbaiki taraf hidup semua rakyat C Mempunyai semangat patrotisme yang teguh D Melahirkan masyarakat yang bersopan santun 35. Maklumat di bawah berkaitan dengan strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB). Membasmi kemiskinan Strategi DEB Menyusun semula masyarakat Mengapakah dasar tersebut diperkenalkan? A Menarik pelaburan asing B Memajukan sistem ekonomi C Menambah baik kemudahan asas D Mengimbangi jurang sosioekonomi 36. Bagaimanakah agensi berikut dapat membantu petani? Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) A Penubuhan koperasi B Pengukuhan harga getah C Penggunaan mesin moden D Penyelidikan dan pembangunan 37. Apakah faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia? I Sistem politik II Ikatan sejarah III Persekitaran luar IV Kepentingan antarabangsa A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 38. Malaysia menentang Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan dari tahun 1948 hingga 1999. Mengapakah Malaysia bertindak sedemikian? A Kebajikan rakyat diabaikan B Kebebasan bersuara disekat C Keselamatan negara terancam D Ketidakadilan hak asasi manusia 39. Mengapakah Malaysia menjadi kawasan transit bagi pemerdagangan orang ke negara lain? A Kemajuan ekonomi B Kedudukan strategik C Kemasukan ramai imigran D Kelonggaran undang-undang 40. Maklumat berikut berkaitan dengan Dasar Teknologi Hijau Negara yang dilancarkan pada tahun 2009. Dasar Teknologi Hijau Apakah kepentingan dasar tersebut? A Menangani masalah percemaran B Memajukan sektor perindustrian C Mengusahakan tanah terbiar D Mengawal perubahan iklim © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM1 K1 – 4 KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


KERTAS MODEL SPM Sejarah Kertas 2 1249/2 3 2 jam 30 minit Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Rajah berikut merupakan struktur sistem pemerintahan yang diamalkan dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Sultan Pembesar Berempat Pembesar Berlapan Pembesar Enam Belas Pembesar Tiga Puluh Dua (a) Kerajaan merupakan ciri penting dalam Kesultanan Melayu Melaka. Jelaskan. [3 markah] (b) Pembesar merupakan struktur penting dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Apakah peranan pembesar dalam kerajaan tersebut? [3 markah] KM3 K2 – 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


(c) Apakah kepentingan pemerintah kepada sesebuah negara? Jelaskan. [4 markah] 2. 31 Januari 1942 – Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera Darat Ke-25 Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan amfibi (amphibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju ke bawah ke pantai timur Tanah Melayu. Sumber: https://www.mkn.gov.my/web/ms/2023/01/31/tahukah-anda-peristiwa-apa-yang-berlakupada-31-januari/ (a) Jelaskan dua faktor yang membawa kepada serangan Jepun ke atas Tanah Melayu. [3 markah] (b) Perjuangan menentang penjajahan Jepun mendedahkan keberanian pahlawan-pahlawan Melayu menentang penjajah. Buktikan. [3 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM3 K2 – 2


(c) Bagaimanakah penghargaan kepada perjuangan pahlawan-pahlawan negara dapat diterapkan dalam diri generasi muda kini? Berikan cadangan anda. [4 markah] 3. Rajah berikut merupakan strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB) Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum. Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970-1990 (a) Jelaskan pelbagai isu yang dikaitkan dengan strategi DEB di atas. [2 markah] (b) Terangkan Rancangan Buku Hijau yang dilancarkan pada 20 Disember 1974 oleh Tun Abdul Razak Hussein. [4 markah] KM3 K2 – 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


Bahagian B [60 markah] Jawab tiga soalan sahaja. 5. Gambar berikut menunjukkan peranan Jawatankuasa Kerja terhadap penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 (a) Penubuhan Jawatankuasa Kerja telah mengemukakan beberapa cadangan ke arah merealisasikan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948. Jelaskan. [6 markah] (b) Aspek kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu merupakan antara ciri penting yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Kerja dalam satu persidangan yang dihadiri beberapa pihak. Huraikan. [6 markah] (c) Buktikan bahawa pelaksanaan sistem Persekutuan sangat bermanfaat kepada Malaysia. [8 markah] 6. Kesedaran politik mula berkembang dalam jiwa rakyat Tanah Melayu selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Perkembangan ini membawa kepada usaha rakyat Tanah Melayu mendapatkan kemerdekaan negara. (a) Jelaskan latar belakang penubuhan tiga parti yang mewakili tiga kaum utama di negara ini. (i) United Malays National Organization (UMNO) (ii) Malayan Indian Congress (MIC) (iii) Malayan Chinese Association (MCA) [6 markah] (b) Terangkan latar belakang dan cadangan yang terdapat dalam laporan pelajaran antara 1951 hingga 1956. [6 markah] (c) Jelaskan cabaran yang terpaksa dihadapi negara dalam usaha menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia. [8 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM3 K2 – 6


KERTAS MODEL SPM Sejarah Kertas 1 1249/1 2 1 jam Kertas peperiksaan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 1. Maklumat berikut berkaitan dengan wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka. • Pahang • Kelantan • Kuala Linggi Bagaimanakah wilayah pengaruh tersebut diperoleh? A Perkahwinan B Perdagangan C Persahabatan D Peperangan 2. Pernyataan berikut berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan dalam Hukum Kanun Melaka. Fasal 26 menyatakan bahawa pernikahan memerlukan empat orang saksi. Siapakah yang tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan? I Wanita II Hamba III Adik lelaki IV Bapa saudara A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3. Pernyataan berikut berkaitan dengan semangat nasionalisme awal di Filipina. • Menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol. • Mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol. Perjuangan semangat nasionalisme awal di Filipina Bagaimanakah golongan ini menentang penjajah Sepanyol? A Melancarkan pemberontakan B Mengamalkan dasar kekerasan C Menuntut kebebasan berpolitik D Melaksanakan gerakan propaganda 4. Jadual berikut menunjukkan tuntutan yang diminta oleh Kesatuan Melayu Singapura ( KMS ). Persatuan Tuntutan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) Memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan. Apakah tindakan British untuk memenuhi tuntutan tersebut? A Menggalakkan orang Melayu menubuhkan persatuan B Menambah penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran C Menubuhkan syarikat yang diterajui oleh orang Melayu D Mendirikan lebih banyak pusat pendidikan Barat 5. Jerman melancarkan Operasi Barbarossa untuk menawan Rusia semasa Perang Dunia Kedua. Mengapakah operasi tersebut menemui kegagalan? A Tempoh perang yang panjang B Tidak menyasarkan bandar utama C Kekurangan senjata yang canggih D Penyertaan Rusia dalam kuasa Bersekutu 6. Mengapakah Jepun menggunakan propaganda berikut untuk menakluki negara kita? • Semangat Asia • Asia untuk Orang Asia I Memperkenalkan sistem ekonomi kawalan II Menunjukkan Jepun sebagai pembela negara Asia III Menyeru orang Asia untuk menentang kuasa Barat IV Mendapatkan kedudukan strategik bagi kepentingan ketenteraan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV KM2 K1 – 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


7. Maklumat berikut menunjukkan cara-cara penentangan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union. • Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England • Menghantar surat bantahan ke London • Menyokong Kongres Melayu • X Apakah X? A Memulaukan upacara pelantikan Gabenor B Melancarkan pemberontakan secara besar-besaran C Mencadangkan perlembagaan untuk melindungi kuasa raja D Menganjurkan bantahan semasa lawatan Ahli Parlimen British 8. SBUB menyerahkan Sabah kepada British pada 15 Julai 1946. Mengapakah SBUB bertindak sedemikian? I Memajukan penduduk tempatan II Mengatasi masalah kewangan III Memenuhi kepentingan British IV Menghadapi masalah pewarisan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 9. Senarai berikut menunjukkan tokoh-tokoh yang menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. • Dr. Burhanuddin al-Helmi • Ahmad Boestamam • Abdul Samad Ismail Mengapakah golongan di atas membidas kerajaan British? A British menyekat kebangkitan nasionalisme orang Melayu B British mengurangkan kuasa pentadbiran Rajaraja Melayu C Menganggap Perlembagaan Persekutuan tidak saksama D Mengadakan rundingan secara tertutup dengan UMNO 10. Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948? A Pengaruh komunis semakin meluas B Menyekat kebangkitan golongan radikal C Kewarganegaraan berasaskan dasar jus soli D Kedudukan Raja-raja Melayu diperkukuh 11. Bagaimanakah ideologi komunis mula disebarkan di Tanah Melayu? A Menyusup masuk ke dalam perkhidmatan awam B Melalui hubungan perdagangan dengan China C Pembukaan cawangan Parti Kuomintang D Penubuhan parti-parti politik Cina 12. Apakah implikasi darurat terhadap negara kita pada ketika itu? I Kegiatan ekonomi negara terjejas II Hubungan antara kaum renggang III Kemunculan kampung baru orang Asli IV Syarat kerakyatan telah diperketatkan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 13. Bagaimanakah Penyata Razak 1956 dapat memupuk integrasi dan perpaduan pelbagai kaum di negara kita? I Penggunaan kurikulum yang seragam II Pengenalan buku teks berunsur tempatan III Pendidikan Sivik diajar secara formal di sekolah IV Pelaksanaan sistem persekolahan yang sama bagi semua A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 14. Parti politik berikut diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar pada September 1951. Independence of Malayan Party (IMP) Apakah matlamat penubuhan parti politik tersebut? A Melindungi warisan budaya B Mengkaji sistem pentadbiran C Memupuk perpaduan rakyat D Memperjuangkan kemerdekaan 15. Pernyataan berikut berkaitan dengan pilihan raya peringkat negeri. Tarikh Keputusan 1954 Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi negeri yang dipertandingkan Apakah kesan keputusan kemenangan tersebut? A Proses pelaksanaan pilihan raya yang adil B Kerjasama kaum mendapat sokongan C Kempen pilihan raya yang berkesan D Rakyat menolak parti yang radikal 16. Apakah peranan penting Jawatankuasa Pilihan Raya yang dibentuk pada 1 Februari 1954? A Melantik ahli kabinet yang baharu B Memantau kempen pilihan raya C Memilih calon untuk bertanding D Mengkaji hal ehwal pilihan raya 17. Apakah peranan penting Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan? A Mengadakan pilihan raya umum B Merangka perlembagaan negara C Merundingkan kemerdekaan D Meluluskan undang-undang © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM2 K1 – 2


18. Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen merupakan antara inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Antara berikut yang manakah memberi gambaran tentang Yang di-Pertuan Agong? I Ketua agama Islam di semua negeri Melayu II Kuasa mengatasi Perlembagaan Persekutuan III Tidak boleh dibicara di mana-mana mahkamah IV Dipilih oleh Majlis Raja-raja setiap lima tahun sekali A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 19. Siapakah tokoh yang memberikan takrifan di bawah? Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat. Tokoh X A Rashid Rida B Nelson Mandela C Tunku Abdul Rahman D Tun Dr. Mahathir Mohamad 20. Gambar berikut menunjukkan peristiwa penting yang berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1957. Apakah simbolik peristiwa tersebut? A Berakhirnya pentadbiran British B Pembentukan Gagasan Malaysia C Pengisytiharan tarikh kemerdekaan D Pemasyhuran Yang di Pertuan Agong 21. Senarai berikut menunjukkan ciri-ciri negara yang berdaulat. • X • Mempunyai sempadan • Mempunyai perundangan • Mempunyai rakyat Apakah X? A Mempunyai kebebasan B Mempunyai ketenteraan C Mempunyai pemerintah D Mempunyai Rukun Negara 22. Apakah usaha kerajaan bagi mengukuhkan pertahanan negara? A Menghargai pemimpin negara B Mendapatkan bantuan tentera C Menghormati lambang negara D Memodenkan aset ketenteraan 23. Mengapakah undang-undang di bawah diperkenalkan? Charter of Justice A Menjamin kekuasaan Raja-raja Melayu B Memperkenalkan undang-undang British C Melindungi keselamatan pedagang British D Melindungi penduduk asal daripada penindasan 24. Mengapakah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda pada tahun 1963 dan 1965? A Perubahan dasar negara B Mengimbangi komposisi rakyat C Mengetatkan syarat kerakyatan D Perubahan politik dalam negara 25. Antara ciri pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam Perlembagaan Persekutuan ialah I rakyat diberi hak mengundi II raja diberi kuasa meminda perlembagaan III rakyat diberi hak memilih Perdana Menteri IV raja sebagai Pemerintah Tertinggi Negara A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 26. Pernyataan berikut berkaitan kebebasan asasi seseorang dalam Perlembagaan Persekutuan. • Kebebasan diri • Kebebasan beragama • Hak berkenaan dengan pendidikan • Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Mengapakah kebebasan asasi tersebut tidak bersifat mutlak? A Terikat dengan keputusan badan kehakiman B Tertakluk kepada peruntukan undang-undang C Memerlukan perkenan daripada Majlis Raja-raja D Mematuhi syarat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 27. Apakah fungsi majlis-majlis di bawah? • Majlis Bandaraya • Majlis Perbandaran • Majlis Daerah I Menubuhkan koperasi tempatan II Menyediakan kemudahan awam III Membangunkan perumahan awam IV Memajukan sektor pelancongan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 28. Apakah perkara yang terkandung dalam Senarai Persekutuan Perlembagan Malaysia? A Perubatan dan kesihatan B Kebudayaan dan sukan C Undang-undang Islam D Kebajikan awam KM2 K1 – 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


KERTAS MODEL SPM Sejarah Kertas 2 1249/2 4 2 jam 30 minit Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Maklumat berikut berkaitan dengan darurat di Tanah Melayu. Pembunuhan tiga orang pengurus ladang Eropah pada 16 Jun 1948 menjadi faktor Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan tertentu. Namun pada 17 Jun 1948, beliau telah menguatkuasakan undang-undang darurat ke seluruh Tanah Melayu untuk membanteras komunis. Diubah suai: Buku Teks Sejarah, Tingkatan 4 KSSM (a) Nyatakan lokasi awal British melaksanakan undang-undang darurat di Tanah Melayu. [3 markah] (b) Apakah tindakan balas yang dilakukan oleh komunis dalam usaha mencapai matlamat perjuangannya? [3 markah] KM4 K2 – 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan iktibar yang diperoleh kesan peristiwa darurat di negara kita. [4 markah] 2. Gambar berikut menunjukkan keanggotaan dalam Sistem Ahli. Sistem Ahli yang menjadi perintis kepada sistem kerajaan berkabinet / Jemaah Menteri seperti yang ada pada hari ini diperkenalkan pada tahun 1951. Sumber: https://www.parlimen.gov.my/maklumat-umum.html?uweb=dn&&_ print=true (a) Apakah matlamat pengenalan Sistem Ahli? [2 markah] (b) Terdapat beberapa ciri dalam Sistem Ahli. Jelaskan. [4 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM4 K2 – 2


7. Pada peringkat awal pembentukan Malaysia, pelbagai cabaran timbul dari dalam negara. Cabaran tersebut perlu dan terpaksa dihadapi oleh pemimpin negara yang baharu dibentuk. (a) Terangkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam aspek pembangunan dan sosioekonomi Sarawak dan Sabah. [6 markah] (b) Selepas membunuh Ketua Polis Negara ke-3, Tan Sri Abdul Rahman Hashim di persimpangan Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974, pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) semakin berani menentang agenda kerajaan dalam mewujudkan rasa sayang dan cinta rakyat Malaysia kepada negara. Pada 26 Ogos 1975, sekitar jam lima pagi, pengganas PKM nekad meletupkan Tugu Negara yang ditempatkan berhampiran Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Sumber: https://themalayapost.my/info-peristiwa-tugu-peringatan-negara-dibom-anggotapkm/ Bagaimanakah kerajaan berusaha menangani ancaman komunis di Semenanjung Malaysia? [6 markah] (c) Sekiranya anda sebagai pemimpin pada zaman berkenaan, apakah yang akan anda lakukan bagi menghadapi setiap cabaran tersebut? Huraikan. [8 markah] 8. Gambar berikut berkaitan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). (a) Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi mewujudkan perpaduan dalam masyarakat. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan. [6 markah] (b) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) membawa perubahan dalam aktiviti ekonomi negara. Terangkan. [6 markah] (c) Andaikan anda merupakan seorang pemimpin masyarakat di kampung. Bagaimanakah anda dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di bawah kepimpinan anda? [8 markah] KM4 K2 – 7 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


9. Sepanjang 65 tahun (1957-2022) kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, negara ini tidak terkecuali daripada menghadapi pelbagai cabaran di peringkat antarabangsa. (a) Terangkan isu global kontemporari yang memperlihatkan pelibatan pentadbiran Malaysia di dalamnya. [6 markah] (b) PETALING JAYA: Aman Palestin menghantar sumbangan berjumlah USD30,000 sebagai satu bentuk bantuan awal di kawasan yang terjejas akibat bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria. Menurut kenyataannya, langkah praktikal itu diambil kerana prihatin dengan mereka yang pada saat ini amat memerlukan bantuan dan sokongan daripada seluruh negara. Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/gempa-aman-palestin-hantar-bantuanawalusd30000/ Rakyat tidak terkecuali dalam menyumbangkan pelbagai bantuan kepada negara-negara yang memerlukan bantuan melalui peranan Non-Governmental Organization (NGO). Jelaskan. [6 markah] (c) Negara masih lagi menghadapi pelbagai masalah dalaman berkaitan kemiskinan. Sebagai rakyat Malaysia prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu golongan tersebut? [8 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM4 K2 – 8 KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


JAWAPAN © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. J1 Kertas Model SPM 1 Kertas 1 1. A – Ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu terdiri daripada raja, rakyat, undang-undang dan wilayah pengaruh. 2. D – Lambang kebesaran merupakan identiti sesebuah kerajaan dan simbol kedaulatan sultan. 3. D – Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara, perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. 4. C – Gerakan Nasionlisme di Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan. 5. D – Hitler mengetepikan Perjanjian Versailles,membina angkatan tentera semula dan menduduki Rhineland semula. 6. B – Orde Baharu merangkumi Jepun, Korea, China dan Manchuria dan dikembangkan ke seluruh Asia. 7. B – Kerjasama dan sikap bertolak ansur oleh kedua-dua pihak tersebut dapat mengembalikan keamanan di Johor . 8. D – Akhbar tersebut menyuarakan bantahan keras, mengecam dan mengkritik Malayan Union kerana merugikan orang Melayu. 9. B – Dasar British menindas kegiatan berpersatuan, menghalang kesedaran nasionalisme dalam kalangan rakyat. Ini menyebabkan rakyat tidak memahami penyerahan tersebut. 10. A – Matlamat jawatankuasa ini adalah untuk membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. 11. B – Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri. 12. C – Pasukan Senoi Praaq bertugas mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan. 13. B – Rancangan Briggs bertujuan memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen yang membekalkan makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan kepada PKM. 14. D – British menjalankan dasar dekolonisasi, iaitu menyediakan langkah berkerajaan sendiri kepada tanah jajahannya. Cadangan Dato’Onn Jaafar untuk menambah peluang pentadbiran kepada wakil tempatan telah mendorong British memperkenalkan Sistem Ahli pada tahun 1951. 15. B – Laporan Woodhead mencadangkan mewujudkan sekolah menengah berbilang kaum dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai pengantar, sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, penggunaan buku teks yang berunsurkan tempatan dan memastikan Pendidikan Sivik diajar secara formal di sekolah. 16. C – Kuasa pegawai British dipindahkan kepada rakyat tempatan secara beransur-ansur. Ketua Menteri juga akan mengambil alih tugas daripada Pesuruhjaya Tinggi British. 17. B – Wakil-wakil Parti Perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato Abdul Razak Hussein, H.S. Lee dan Dr.Ismail Abdul Rahman. 18. A – Antara cadangan dalam memorandum Raja-Raja Melayu ialah Yang di-Pertuan Agong (YdPA) menjadi Ketua Negara,YdPA dipilih oleh Raja-Raja Melayu dan tempoh jawatan YdPA adalah 5 tahun. YdPA juga melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan menjaga kepentingan kaum lain. 19. B – Rancangan Buku Merah bertujuan memantau projek berkaitan dengan kemudahan Asas seperti jalan kampung, jambatan, surau, bekalan air dan bekalan elektrik. 20. B – Lambang-lambang tersebut merupakan identiti dan jati diri rakyat, menjadi simbol perpaduan, mempunyai pengertian berdasarkan sosiobudaya dan sejarah negara kita. 21. D – Tunku Abdul Rahman mentafsirkan bahawa kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. 22. C – Antara usaha pemerintah mengekalkan perpaduan ialah menggubal dasar dan undang-undang, memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar berkaitan bahasa, pendidikan dan kebudayaan, merangka program dan kempen, memperuntukkan perbelanjaan untuk program perpaduan kaum. 23. A – Pengenalan Charter of Justice telah mewujudkan mahkamah di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. 24. C – Ciri moden Perlembagaan Persekutuan merangkumi kerajaan Persekutuan, kewarganegaraan dan Sistem Demokrasi Berparlimen. 25. C – Majlis Raja-raja Melayu diberi hak dan kuasa untuk mendapatkan penerangan daripada Pesuruhjaya Tinggi British tentang penggubalan undang-undang dan dasar kerajaan Persekutuan. 26. D – Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Jemaah Menteri dalam pelantikan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, pelantikan jawatan penting,


© Pan Asia Publications Sdn. Bhd. J3 (c) F1 – Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu. (1m) F2 – Menjaga kedudukan istemewa orang Melayu. (1m) F3 – Membuka ruang kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu. (1m) F4 – Mewujudkan kerjasama kaum. (1m) F5 – Mengiktiraf kepentingan sah kaum lain.(1m) F6 – Memupuk perpaduan kaum. (1m) (Mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 4 markah] 3. (a) F1 – Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan. (1m) F2 – Kewujudan Sistem Demokrasi Berparlimen. (1m) F3 – Kewujudan kewarganegaraan yang sama bagi seluruh negara. (1m) [Maksimum: 3 markah] (b) F1 – Raja di negeri- negeri Melayu tidak perlu menerima nasihat daripada Penasihat British pada zaman British. (1m) F2 – Berkaitan dengan hak dan kedaulatan raja, adat istiadat orang Melayu dan agama Islam. (1m) F3 – Selepas merdeka, Raja Melayu berkuasa dalam hal ehwal agama Islam. (1m) F4 – Bagi Wilayah Persekutuan dan negeri yang tidak ada raja, agama Islam terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. (1m) [Maksimum: 3 markah] (c) F1 – Menjadi garis panduan dalam pemerintahan sesebuah negara. (1m) F2 – Dapat menjamin kestabilan politik. (1m) F3 – Melicinkan sistem pentadbiran negara. (1m) F4 – Melahirkan masyarakat aman dan harmoni. (1m) F5 – Meningkatkan pembangunan ekonomi negara. (1m) F6 – Melahirkan masyarakat yang bersatu padu. (1m) F7 – Kesetiaan rakyat terhadap raja dan negara. (1m) F8 – Meningkatkan imej negara (1m) (Mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 4 markah] 4. (a) F1 – Ideologi negara untuk menyatu dan membimbing rakyat ke arah perpaduan.(1m) F2 – Sebagai tonggak kesejahteraan negara. (1m) F3 – Merupakan susunan prinsip hidup masyarakat. (1m) F4 – Mengandungi nilai kenegaraan dan norma sosial dari segi politik, ekonomi, agama, budaya dan perundangan. (1m) F5 – Menggariskan ikrar yang perlu dihayati oleh warganegara Malaysia. (1m) F6 – Dianggap sebagai falsafah hidup rakyat Malaysia. (1m) [Maksimum: 2 markah] (b) (i) F1 – Negara kita mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembangaan. (1m) F2 – Raja merupakan simbol penyatuan dan perpaduan rakyat berbilang kaum. (1m) F3 – Menghormati simbol kedaulatan negara. (1m) F4 – Mematuhi undang-undang. (1m) F5 – Meningkatkan imej negara. (1m) F6 – Mempertahankan kedaulatan negara. (1m) F7 – Mempunyai ciri patriotisme yang tinggi. (1m) [Maksimum: 2 markah] (ii) F1 – Menghormati undang-undang. (1m) F2 – Tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. (1m) F3 – Mempertahankan kedaulatan undangundang daripada dicabar. (1m) F4 – Berusaha menyokong penguatkuasaan undang-undang. (1m) F5 – Mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. (1m) [Maksimum: 2 markah] (c) F1 – Mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam negara. (1m) F2 – Ekonomi negara dapat dipertingkatkan. (1m) F3 – Pembangunan negara menjadi lebih mantap. (1m) F4 – Memperkukuh dan mengeratkan perpaduan antara kaum. (1m) F5 – Menjadi peraturan dan norma hidup yang penting. (1m) F6 – Meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negara. (1m) F7 – Mencipta sebuah masyarakat yang adil. (1m) F8 – Melahirkan sebuah masyarakat harmoni dan demokratik. (1m) F9 – Meningkatkan imej negara kita. (1m) (Mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 4 markah] Bahagian B 5. (a) F1 – Kemunculan ideologi Fasisme. (1m) H1a – Di bawah pimpinan Benito Mussolini. (1m) H1b – Parti Fasis berjaya menguasai kerajaan Itali. (1m) H1c – Memberikan keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu. (1m) H1d – Percaya kepada nasionalisme melampau. (1m) H1e – Termasuk berperang bagi meningkatkan imej negara. (1m) H1f – Meluaskan tanah jajahan dengan menguasai Habsyah. (1m) F2 – Kemunculan ideologi Nazisme. (1m) H2a – Di bawah pimpinan Adolf Hitler. (1m)


Sila isikan markah anda dalam ruang yang disediakan untuk menilai prestasi anda. Prestasi saya dalam FAST TRACK Kertas Model SPM Kertas Model SPM 1 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Kertas 1 40 Jumlah Kertas 2 Bahagian A 40 Bahagian B 60 Jumlah Kertas Model SPM 3 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Kertas 1 40 Jumlah Kertas 2 Bahagian A 40 Bahagian B 60 Jumlah Kertas Model SPM 2 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Kertas 1 40 Jumlah Kertas 2 Bahagian A 40 Bahagian B 60 Jumlah Kertas Model SPM 5 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Kertas 1 40 Jumlah Kertas 2 Bahagian A 40 Bahagian B 60 Jumlah Kertas Model SPM 4 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Kertas 1 40 Jumlah Kertas 2 Bahagian A 40 Bahagian B 60 Jumlah


Click to View FlipBook Version