The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2024-01-08 20:50:47

1202 Bank Soalan Sains Tingkatan 5 KSSM

1202 Bank Soalan Sains Tingkatan 5 KSSM

Keywords: 1202 Bank Soalan Sains Tingkatan 5 KSSM,1202 Bank Soalan,Sains Tingkatan 5 KSSM,Sains Tingkatan 5,Sains,Sains KSSM,Tingkatan 5 KSSM,Tingkatan 5,KSSM,Bank Soalan

ii Mesti Tahu iii – x Bab 1 Mikroorganisma 1 – 15 NOTA 1 Kertas 1 4 Kertas 2 9 Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan 16 – 36 NOTA 16 Kertas 1 21 Kertas 2 27 Bab 3 Kelestarian Alam Sekitar 37 – 52 NOTA 37 Kertas 1 39 Kertas 2 44 Bab 4 Kadar Tindak Balas 53 – 68 NOTA 53 Kertas 1 56 Kertas 2 62 Bab 5 Sebatian Karbon 69 – 88 NOTA 69 Kertas 1 76 Kertas 2 81 Bab 6 Elektrokimia 89 – 108 NOTA 89 Kertas 1 94 Kertas 2 100 Bab 7 Cahaya dan Optik 109 – 119 NOTA 109 Kertas 1 113 Kertas 2 116 Bab 8 Daya dan Tekanan 120 – 130 NOTA 120 Kertas 1 123 Kertas 2 127 Bab 9 Teknologi Angkasa Lepas 131 – 137 NOTA 131 Kertas 1 133 Kertas 2 135 Jawapan 138 – 158 Kandungan Kand_1202 BS Sains Tg5.indd 2 31/05/2022 10:23 AM


Mneumonik (Bab 1) 1 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Mneumonik (Bab 5) 3 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Mneumonik (Bab 6) 5 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Mneumonik (Bab 7) 7 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Mneumonik (Bab 6) 9 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Mneumonik (Bab 6) 11 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Sebatian Karbon Elektrokimia Elektrokimia Elektrokimia Mikroorganisma Kadar Tindak Balas Teknik aseptik ialah prosedur kesihatan yang dijalankan untuk Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. menghalang jangkitan patogen atau menyingkirkan patogen yang sedia ada melalui: Stela Singgah Di Stesen Alor Setar PENSTERILAN SINARAN PENDIDIHAN DISINFEKTAN ANTISEPTIK Lemak tepu Lemak tak tepu LTT TCH Lemak Tak Tepu Tak Cukup Hidrogen H H H H H      —C—C—C—C—C—      H H H H H Ikatan kovalen tunggal antara atom karbon H H H H     —C—CC—C—   H H Ikatan ganda dua antara atom karbon Elektrod positif Menarik anion Elektron keluar e– Sel elektrolisis Elektrod negatif Menarik kation Elektron masuk ANOD KATOD Jangan PANIK! Positif ialah Anod; Negatif Ialah Katod Kation Mnemonik Ion Kalium, K+ Kita Ion Natrium, Na+ Naik Ion Kalsium, Ca2+ Kereta Ion Magnesium, Mg2+ Merah Ion Aluminium, Al2+ Abang Ion Zink, Zn2+ Zack Ion Ferum(II), Fe2+ Balik Ion Stanum(II), Sn2+ Sitiawan Ion Plumbum(II), Pb2+ Pada Ion Hidrogen, H+ Hari Ion Kuprum(II), Cu2+ Khamis Ion Argentum, Ag+ Akhir Ion Aurum(III), Au3+ April Anion Mnemonik Ion Fluorida, F– Firdaus Ion Sulfat, SO4 2– Shah Ion Nitrat, NO3 – Nik Ion Klorida, Cl– Kamal Ion Bromida, Br– Bukan Ion Iodida, I– Inspektor Kesenangan dinyahcas bertambah Ion Hidroksida, OH– Hebat Kesenangan dinyahcas bertambah ➤ Kepekatan Kuih Siti Sangat Manis Saiz zarah Suhu Mangkin (K) (S) (S) (M) TAHU Mnemonik MESTI Mesti tahu_1202 Sains Tg5.indd 1 29/06/2022 11:03 AM


Rajah Penting (Bab 3) 32 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 2) 34 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 3) 36 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 1) 26 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 2) 28 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 5) 30 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Tapak Tangan Karbon Gizi Seimbang dan Nilai Kalori Kelestarian Alam Sekitar Mikroorganisma Kitar Karbon Bertujuan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dalam kitaran hayat suatu produk. Amoeba sp. – bergerak menggunakan unjuran pseudopodium dan mengelilingi makanan semasa fagositosis. 1. Konsep Pinggan Sihat Malaysia 2. Nilai kalori makanan = 4.2 J g–1 °C–1 × Jisim air (g) × Kenaikan suhu air (°C) Jisim sampel makanan (g) × 1 000 1. Hubung kait label cekap tenaga dengan jejak karbon. XXX kWj kWh Produk ini menggunakan XX% kurang tenaga daripada produk bertaraf 2-Bintang terendah This product consumes XX% less energy than the lowest 2-Star rated product Diuji mengikut / Tested according to XX xxxx xxxx Jenis peralatan Jenama dan Model Penggunaan tenaga (kWh setahun) Penjimatan tenaga berbanding dengan model biasa (%) Penilaian tenaga 1 – 5 bintang Penilaian tenaga produk Maklumat mengenai model Partikel makanan Nukleus Pseudopodium Vakuol makanan Ikan, Ayam, Daging dan Kekacang Buah-buahan Nasi, Mee, Roti, Bijirin Produk Bijirin dan Ubi Sayur-sayuran Bahan api fosil Karbon dioksida (atmosfera) Respirasi Penguraian Tenaga Respirasi Pembakaran Kilang pengeluaran/ Stesen jana kuasa/ Kenderaan Tumbuhan Fotosintesis Haiwan 1 2 3 1 4 Kitaran Hayat Produk Kitar hayat produk – proses suatu produk bermula dari sumber hingga peringkat pelupusan. 1. Dikitar semula (Cradle-to-cradle life cycle) 2. Dibiarkan mereput (Cradle-to-grave life cycle) Kitar semula Mereput Sumber Sumber Pembuatan Pembuatan Pengangkutan Pengangkutan Penggunaan Pelupusan Pemanjangan kitar hayat dan peningkatan kecekapan produk. JARI HANTU JARI MANIS Penyingkiran gas rumah hijau dan penyingkiran karbon dioksida dalam singki karbon. JARI TELUNJUK Sumber tenaga yang kurang membebaskan gas rumah hijau. IBU JARI Pengurusan sisa yang cekap. JARI KELINGKING Bahan rendah jejak karbon. Suku pinggan ikan atau sumber protein lain Suku pinggan nasi atau sumber karbohidrat lain Separuh pinggan buah dan sayuran TAHU Rajah Penting MESTI Mesti tahu_1202 Sains Tg5.indd 6 29/06/2022 11:03 AM


1 Bab 1 Mikroorganisma 1.1 Dunia Mikroorganisma 1. Mikroorganisma ialah organisma seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melainkan dengan bantuan mikroskop. Ameba Euglena Spirogira Mukor Bakteriofaj 2. Flora normal merupakan mikroorganisma yang ditemukan pada organisma termasuklah manusia dan haiwan dan tidak menyebabkan penyakit. NOTA Lactobacillus sp. Streptococcus sp. Escherichia coli 3. Rajah di bawah menunjukkan pengelasan mikroorganisma kepada lima kumpulan. Pengelasan mikroorganisma Fungi Protozoa Alga Bakteria Virus 4. Jadual di bawah menunjukkan ciri-ciri bagi lima kumpulan mikroorganisma. Kumpulan Saiz Nutrisi Bentuk Habitat Cara pembiakan Fungi/Kulat Contoh; Cendawan, mukor, yis Makroskopik: Dapat dilihat dengan mata kasar Mikroskopik: Dapat dilihat melalui mikroskop; ukuran 10 μm – 100 μm Saprofit, parasit Unisel Contoh: Yis Multisel Contoh: Mukor Tempat yang mempunyai banyak bahan reput, tinja, kulit haiwan, makanan, persekitaran yang gelap dan lembap. Aseks: Pertunasan, pembentukan spora Seks: Konjugasi Protozoa Contoh: Amoeba sp., Paramecium sp. Kebanyakan unisel. Ukuran antara 5 μm – 250 μm Autotropik, parasit Pelbagai, tiada bentuk tetap • Air tawar (Paramecium sp.) • Air tawar, air laut, tanah lembap (Amoeba sp.) • Perumah (Plasmodium sp.) Aseks: Belahan dedua Seks: Konjugasi Alga Contoh: Chlamydomonas sp., Spirogyra sp. Makroskopik: Dapat dilihat dengan mata kasar Mikroskopik: Dapat dilihat melalui mikroskop; ukuran 1 μm – beberapa ratus μm Fotosintesis (jika ada klorofil) Unisel. Contoh: Chlamydomonas sp. Multisel. Contoh: Spirogyra sp. Air tawar, air masin, tanah lembap, kulit pokok yang terdedah kepada cahaya matahari Aseks: Belahan dedua Seks: Konjugasi Bakteria Contoh: Streptococcus sp. Kebanyakan unisel; ukuran antara 0.2 μm – 10 μm Fotosintesis (jika ada klorofil) Saprofit • Kokus • Basilus • Vibrio • Spirilum Udara, air, tanah dan organisma reput Aseks: Belahan dedua Seks: Konjugasi Virus Contoh: Bakteriofaj, adenovirus, SARS-CoV-2 Mikroorganisma paling seni; ukuran kurang daripada 0.5 μm. Dapat dilihat hanya melalui mikroskop elektron Tidak mempunyai ciri hidup di luar perumah • Heliks • Sfera • Polihedral • Kompleks Perumah Membiak dan menjangkiti sel perumahnya seperti haiwan, tumbuhan dan bakteria Bab 1_1202 BS Sains Tg5.indd 1 29/06/2022 11:05 AM


2 5. Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma ditunjukkan dalam rajah di bawah. Suhu • 0 – 5 °C: suhu rendah, mikroorganisma tidak aktif membiak • 37 °C: suhu optimum, paling sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma • >60 °C: suhu tinggi, kebanyakan mikroorganisma mati • 120 °C: spora mati Kelembapan • Mikroorganisma memerlukan air untuk resapan gas, nutrisi dan pergerakan. • Sesetengah mikroorganisma membentuk spora dalam keadaan ketiadaan air. Cahaya • Kebanyakannya membiak dengan aktif dalam keadaan gelap. • Keamatan cahaya yang tinggi boleh membunuh mikroorganisma. Nutrien Keperluan asas hidup yang membekalkan tenaga untuk pertumbuhan. Nilai pH • pH 7 (neutral): keadaan paling sesuai untuk pertumbuhan kebanyakan mikroorganisma. • Sesetengah mikroorganisma seperti bakteria, lebih sesuai dalam keadaan sedikit beralkali. • Protozoa dan kulat lebih sesuai dalam keadaan sedikit berasid. Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma 1.2 Mikroorganisma Berfaedah 1. Rajah di bawah menunjukkan aplikasi mikroorganisma berfaedah dalam kehidupan harian. • Penghasilan antibiotik Penicillium chrysogenum daripada fungi. • Penghasilan vaksin Rotavirus dan Salmonella sp. • Ubah suai genetik bakteria untuk menghasilkan insulin. • Pencernaan haiwan Protozoa dan bakteria dalam usus haiwan ruminan mencerna selulosa kepada glukosa. Bifidobacteria sp. di dalam usus membantu kesihatan usus. • Bakteria pengikat nitrogen Bakteria penitritan seperti Nitrobacter sp. dan Nitrosomonas sp. dalam kitar nitrogen. • Pembuatan makanan Penapaian glukosa oleh yis dalam pembuatan roti dan minuman beralkohol. Penapaian susu oleh bakteria menghasilkan yogurt, keju dan mentega. • Barangan kulit Bakteria menyingkirkan tisu dan lemak daripada kulit haiwan. Aplikasi mikroorganisma berfaedah dalam kehidupan harian Perubatan Pertanian Perindustrian Bab 1_1202 BS Sains Tg5.indd 2 29/06/2022 11:05 AM


4 TIP SOS Setiap soalan mempunyai empat jawapan yang berbeza, A, B, C dan D. Untuk setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. KERTAS 1 1.1 Dunia Mikroorganisma 1. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan maksud flora normal? A Kumpulan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit pada organisma lain. B Kumpulan mikroorganisma yang ditemukan pada manusia dan haiwan dan tidak menyebabkan penyakit. C Kumpulan mikroorganisma yang berfaedah dan digunakan dalam industri pembuatan makanan. D Kumpulan mikroorganisma yang digunakan untuk menghasilkan vaksin. 2. Berikut merupakan tiga jenis flora normal yang sering ditemui pada badan manusia. • Escherichia coli • Lactobacillus sp. • Streptococcus sp. Di bahagian badan yang manakah flora normal ini ditemui? A Kulit B Perut C Salur pernafasan D Usus kecil 3. Rajah 1 menunjukkan pengelasan mikroorganisma kepada lima kumpulan. Bakteria X Fungi Virus Alga Mikroorganisma Rajah 1 Mikroorganisma manakah yang berada dalam kumpulan X? KBAT Mengaplikasi A Yis B Paramecium sp. C Spirogyra sp. D Bacillus subtilis 4. Antara mikroorganisma berikut, yang manakah adalah makroskopik? A Mukor B Yis C Cendawan D Chlamydomonas sp. 5. Rajah 2 menunjukkan suatu kumpulan mikroorganisma. Rajah 2 Antara berikut, yang manakah merupakan ciri bagi kumpulan mikroorganisma di atas? A Hidup dan membiak pada organisma hidup yang lain. B Hidup dan membiak dalam sel bakteria. C Menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis. D Kumpulan mikroorganisma yang mempunyai saiz terbesar. 6. Antara kaedah pembiakan berikut, yang manakah tidak dilakukan oleh fungi? A Pertunasan B Pembentukan spora C Konjugasi D Belahan dedua 7. Rajah 3 menunjukkan suatu mikroorganisma. Rajah 3 Antara padanan berikut, yang manakah tidak menerangkan ciri-ciri mikroorganisma pada Rajah 3? KBAT Menganalisis Soalan 3: Mikroorganisma dikelaskan kepada 5 kumpulan, iaitu bakteria, protozoa, alga, virus dan fungi. Soalan 4: Mikroorganisma makroskopik boleh dilihat dengan mata kasar, manakala mikroorganisma mikroskopik hanya dapat dilihat melalui mikroskop. Bab 1_1202 BS Sains Tg5.indd 4 29/06/2022 11:05 AM


9TIP SOS 35. Rajah 10 menunjukkan pemerhatian yang diperoleh bagi suatu eksperimen selepas 48 jam. Empat cakera kertas turas, P, Q, R dan S telah dicelupkan di dalam antibiotik pada kepekatan yang berbeza dan diletakkan di atas permukaan agar-agar nutrien yang mengandungi kultur bakteria. Piring petri Kawasan jernih Koloni bakteria Kertas turas dicelup antibiotik P Q R S Rajah 10 Berdasarkan pemerhatian pada Rajah 10, cakera kertas turas manakah yang mempunyai kepekatan antibiotik paling tinggi? KBAT Menganalisis A P B Q C R D S KLON SPM 36. Suntikan vaksin diberikan bagi tujuan mencegah penularan pandemik COVID-19. Bagaimanakah vaksin tersebut melindungi badan daripada jangkitan? A Badan akan menghasilkan antibodi yang menentang jangkitan virus. B Vaksin merangsang penghasilan antibodi di dalam badan. C Badan menghasilkan sel-sel darah putih yang akan memusnahkan virus. D Vaksin bertindak melemahkan virus apabila memasuki badan. 37. Antara tindakan berikut, yang manakah berteraskan konsep “mencegah lebih baik daripada merawat” bagi mengawal penularan penyakit bawaan mikroorganisma? A Peralatan rawatan tidak perlu disteril. B Menyapu antiseptik pada kulit sebelum memberikan suntikan. C Melakukan kuarantin di hospital setelah dijangkiti. D Menyapu krim antifungal pada kulit. KERTAS 2 Bahagian A Jawab semua soalan. 1. Satu kumpulan murid menjalankan eksperimen bagi menunjukkan kewujudan mikroorganisma. Rajah 1 menunjukkan tiga piring Petri yang mengandungi agar-agar nutrien steril yang dilabelkan A, B dan C. 10 cm3 agar-agar nutrien steril A B C Rajah 1 Jadual 1 menunjukkan prosedur yang dilakukan pada agar-agar nutrien di dalam piring Petri. Piring Petri Prosedur A Permukaan agar-agar disentuh dengan jari yang tidak dibasuh. B Permukaan agar-agar disentuh dengan jari yang dibasuh dengan air. C Permukaan agar-agar disentuh dengan jari yang dibasuh dengan air dan sabun. Jadual 1 Semua piring Petri ditutup dan dilekatkan dengan pita selofan. Piring Petri disimpan di dalam almari gelap pada suhu bilik selama tiga hari secara terbalik. Soalan 35: Antibiotik merencatkan pertumbuhan bakteria. Kawasan jernih mewakili kawasan yang bebas daripada pertumbuhan bakteria. Bab 1_1202 BS Sains Tg5.indd 9 29/06/2022 11:05 AM


13TIP SOS (b) Nyatakan pemboleh ubah: [2 markah] (i) Pemboleh ubah dimanipulasikan: (ii) Pemboleh ubah bergerak balas: (c) Apakah yang diwakili oleh kawasan jernih di dalam piring Petri itu? [1 markah] (d) Nyatakan inferens bagi eksperimen ini. [1 markah] (e) Berdasarkan eksperimen ini, apakah definisi secara operasi bagi antibiotik? [1 markah] Bahagian B 5. Rajah 5.1 menunjukkan peranan mikroorganisma yang berfaedah dalam kehidupan harian. Pencernaan makanan dalam haiwan herbivor Rajah 5.1 (a) Apakah maksud flora normal? [1 markah] (b) (i) Namakan satu jenis mikroorganisma yang terlibat dalam proses pada Rajah 5.1. [1 markah] (ii) Huraikan bagaimana mikroorganisma ini memberi faedah kepada haiwan herbivor tersebut. [2 markah] (c) Rajah 5.2 menunjukkan bahagian-bahagian badan manusia yang boleh ditemui flora normal. Salur penafasan Kulit Usus kecil Uretra (i) Salur pernafasan (iii) Usus kecil (ii) Kulit (iv) Uretra Rajah 5.2 Soalan 4: Antibiotik ialah bahan kimia yang dapat merencat dan membunuh mikroorganisma. Antibiotik pada kepekatan lebih tinggi memberi kesan lebih tinggi memusnahkan bakteria berbanding dengan antibiotik pada kepekatan lebih rendah. Soalan 5: Sesetengah mikroorganisma boleh ditemui pada organisma lain seperti manusia dan haiwan dan tidak menyebabkan jangkitan penyakit. Contohnya, bakteria dan protozoa hidup di dalam usus haiwan herbivor. Flora normal ditemui pada tubuh manusia. Bab 1_1202 BS Sains Tg5.indd 13 29/06/2022 11:05 AM


15TIP SOS Bahagian C 1. Kaji pernyataan berikut. Pertumbuhan bakteria adalah berbeza dalam keadaan berasid dan neutral. (a) Nyatakan satu pernyataan masalah daripada maklumat di atas. [1 markah] (b) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas. [1 markah] (c) Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda dengan menggunakan bahan-bahan yang berikut, iaitu air suling, larutan asid hidroklorik cair, piring Petri yang mengandungi agar-agar nutrien steril, kultur bakteria dan pita selofan. KBAT Mencipta Huraian anda harus mengandungi aspek yang berikut: (i) Tujuan eksperimen [1 markah] (ii) Mengenal pasti pemboleh ubah [2 markah] (iii) Prosedur atau kaedah [4 markah] (iv) Penjadualan data [1 markah] 2. (a) Teknik aseptik merupakan prosedur kesihatan untuk menghalang jangkitan patogen atau menyingkirkan patogen yang sedia ada. Banding bezakan teknik aseptik yang berikut: [2 markah] (i) Pendidihan (ii) Sinaran (b) Haziq mendapati baju sekolahnya terkena gris semasa berbasikal balik dari sekolah. Dia bercadang untuk membersihkan gris itu. Haziq mendapati terdapat dua jenis bahan pencuci di rumahnya, iaitu larutan pencuci koenzim dan cecair sabun. Pada pendapat anda bahan pencuci yang manakah paling sesuai digunakan untuk mencuci gris pada baju itu? Wajarkan tindakan Haziq itu. [6 markah] (c) Rajah 8 menunjukkan beberapa penyakit berjangkit. Pneumonia disebabkan oleh bakteria Athlete’s foot disebabkan oleh fungi Kayap disebabkan oleh virus Penyakit berjangkit Rajah 8 Kaji maklumat dalam Rajah 8 dan bina konsep patogen. [4 markah] Soalan 1: Nilai pH mempengaruhi pertumbuhan bakteria. Soalan 2: Bandingkan kedua-dua jenis bahan pencuci dari aspek kos, kesan tindakannya ke atas bahan kotoran tertentu, penggunaan yang lebih mudah dan penghasilan sisa yang kurang mencemarkan alam sekitar. Bab 1_1202 BS Sains Tg5.indd 15 29/06/2022 11:05 AM


16 Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan 2.1 Gizi Seimbang dan Nilai Kalori 1. Gizi seimbang ialah pemakanan yang mengandungi semua kelas makanan yang diperlukan oleh badan seseorang dalam kuantiti yang betul. 2. Terdapat tujuh kelas makanan utama, iaitu karbohidrat, protein, vitamin, lemak, mineral, air dan pelawas. 3. Karbohidrat dan lemak merupakan kelas makanan utama yang membekalkan tenaga dan haba. 4. Malnutrisi ialah masalah kesihatan yang berlaku disebabkan oleh kekurangan atau berlebihan manamana kelas makanan. 5. Konsep Pinggan Sihat Malaysia (Suku Suku Separuh) yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ikan, Ayam, Daging dan Kekacang Buah-buahan Nasi, Mee, Roti, Bijirin Produk Bijirin dan Ubi Sayur-sayuran 6. Aplikasi Konsep Pinggan Sihat Malaysia dalam kehidupan harian: (a) Makan tiga hidangan utama yang sihat dalam sehari. (b) Makan 1 – 2 snek yang sihat seperti buah di antara waktu makan, jika perlu. (c) Lebihkan makanan bijirin seperti oat atau roti bijirin penuh. (d) Kurangkan makanan bergoreng dan bersantan. (e) Makan makanan yang dimasak di rumah lebih kerap. 7. Nilai kalori makanan ialah jumlah tenaga yang dibebaskan daripada pengoksidaan atau pembakaran lengkap 1 g makanan. 8. Tenaga yang dibebaskan diukur dalam unit kalori (cal), kilokalori (kcal), joule (J) atau kilojoule (kJ). 9. Unit S.I. bagi nilai kalori makanan ialah joule per kilogram (J kg–1). NOTA 10. Kalorimeter bom ialah alat yang digunakan untuk mengukur nilai kalori dalam makanan. Nilai kalori makanan = Jisim air (g) × 4.2 J g–1 °C–1 × Kenaikan suhu air (°C) Jisim sampel makanan (g) × 1 000 11. Faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan kalori seseorang individu: (a) Umur (b) Iklim (c) Jantina (d) Saiz badan (e) Aktiviti fizikal (f) Jenis pekerjaan (g) Keadaan kesihatan 12. Pengambilan jumlah kalori yang tidak menepati keperluan individu akan menyebabkan masalah kesihatan. (a) Anoreksia nervosa: Makan terlalu sedikit atau enggan makan langsung akibat kerisauan yang melampau terhadap pertambahan berat badan. Individu tersebut akan menghidap malnutrisi. (b) Obesiti: Pengambilan makanan yang mempunyai nilai kalori yang tinggi secara berlebihan dalam jangka masa panjang. Berisiko tinggi untuk menghidap penyakit diabetes melitus, arteriosklerosis dan tekanan darah tinggi. (c) Arteriosklerosis: Penyakit yang disebabkan oleh enapan kolesterol pada dinding arteri menyebabkan lumen arteri menjadi sempit. Berisiko menghidap penyakit jantung dan strok. (d) Diabetes melitus: Keadaan paras gula di dalam darah yang tinggi akibat pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam jangka masa panjang. Berisiko mendapat masalah penglihatan, sistem saraf dan luka lambat sembuh. (e) Tekanan darah tinggi: Tekanan darah lebih tinggi daripada normal akibat pengambilan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi dalam jangka masa panjang. Berisiko menghidap penyakit jantung dan strok. 2.2 Keperluan Nutrien oleh Tumbuhan 1. Nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dikelaskan kepada makronutrien dan mikronutrien. 2. Makronutrien ialah unsur atau mineral yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang banyak contohnya, nitrogen, fosforus, kalium, magnesium, kalsium dan sulfur. Separuh pinggan buah dan sayur. Suku pinggan ikan atau sumber protein yang lain. Suku pinggan nasi atau sumber karbohidrat yang lain. Bab 2_1202 BS Sains Tg5.indd 16 29/06/2022 11:07 AM


21 5. Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan dikuatkuasakan bagi melindungi pengguna daripada: (a) risiko pengambilan makanan atau minuman yang mengancam kesihatan. (b) makanan kesihatan dan suplemen kesihatan tiruan. 6. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) berperanan mendaftar dan memantau suplemen kesihatan dan ubat tradisional sebelum dipasarkan. 7. Akta Makanan 1983 ialah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk melindungi orang ramai daripada bahaya dari segi kesihatan dan penipuan berkaitan dengan penyediaan, penjualan, penggunaan dan perkara yang berkaitan dengan makanan. 8. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 ialah undangundang yang digubal di bawah Akta Makanan 1983 dan dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan bagi membantu orang ramai untuk memperoleh makanan yang selamat, berkualiti, bersih dan bebas daripada sebarang bahan pencemar yang beracun. 9. Logo Halal Malaysia dipamerkan pada premis makanan atau produk makanan untuk mengesahkan bahawa premis makanan atau produk makanan tersebut telah mendapat pensijilan halal daripada kerajaan Malaysia. 10. Rajah di bawah menunjukkan contoh label makanan yang mengandungi maklumat penting bagi sesuatu produk. NAMA SEBUTAN BAGI MAKANAN SENARAI RAMUAN Ramuan yang digunakan dalam produk disusun mengikut berat. ARAHAN PENYIMPANAN MAKLUMAT PENGELUAR Nama dan alamat pengilang/ pembungkusan/ ejen. AKUAN PEMAKANAN Menyatakan kualiti produk tersebut. PELABELAN PEMAKANAN Maklumat kandungan pemakanan bagi produk. PERNYATAAN BAHAN TAMBAH MAKANAN Menyatakan semua bahan tambahan makanan yang digunakan seperti pengawet, bahan pewarna, bahan perisa, penambah perisa, antioksidan dan kondisioner makanan. PERNYATAAN MENGENAI KUANTITI/ BERAT/ ISI PADU PENANDAAN TARIKH KERTAS 1 Setiap soalan mempunyai empat jawapan yang berbeza, A, B, C dan D. Untuk setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 2.1 Gizi Seimbang dan Nilai Kalori 1. Antara pernyataan berikut, yang manakah merupakan konsep yang diterapkan oleh Pinggan Sihat Malaysia? A Menambah komposisi makanan karbohidrat dalam hidangan harian. B Mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi serat dalam hidangan harian. C Makan tiga hidangan utama sahaja dalam hidangan harian. D Lebih kerap mendapatkan makanan di restoran berbanding dengan memasak di rumah. 2. Antara makanan berikut, yang manakah mengandungi nilai kalori yang paling tinggi per unit gram? A Mentega C Nasi B Telur D Susu 3. Antara berikut, yang manakah menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia? A Waktu makan yang tidak tetap B Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap C Makan mengikut piramid makanan D Memilih makanan yang berkhasiat KLON SPM KLON SPM Bab 2_1202 BS Sains Tg5.indd 21 29/06/2022 11:07 AM


37 Bab 3 Kelestarian Alam Sekitar 3.1 Kitaran Hayat Produk 1. Jejak karbon (carbon footprint) bagi sesuatu produk ialah impak negatif terhadap kelestarian alam sekitar disebabkan oleh produk tersebut sepanjang kitar hayatnya. 2. Jejak karbon ialah jumlah karbon dioksida yang dibebaskan ke atmosfera hasil daripada aktiviti individu, peristiwa, organisasi, komuniti atau produk yang digunakan dalam kehidupan harian. Air Pembebasan gas rumah hijau Tenaga elektrik Sisa Kitar semula Gas Aktiviti persendirian Bahan api Pengangkutan Imbangan (offset) CO2 NOTA 3. Kajian jejak karbon seseorang individu bermula dari waktu pagi apabila individu itu bangun tidur sehingga waktu tidurnya dengan memerihalkan semua produk yang digunakan sepanjang hari. 4. Imbangan (offset) merupakan langkah yang boleh diambil sebagai usaha untuk mengembalikan keseimbangan alam sekitar seperti dengan menanam semula pokok. 5. Tapak tangan karbon (carbon handprint) bagi sesuatu produk bertujuan mengurangkan jejak karbon dan menambahkan impak positif terhadap kelestarian alam sekitar oleh produk tersebut sepanjang kitar hayatnya. 6. Langkah tapak tangan karbon untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dalam kitaran hayat sesuatu produk: 7. Singki karbon ialah tempat semula jadi seperti hutan dan lautan yang berfungsi menyingkirkan karbon dioksida daripada udara. Contohnya, karbon dioksida melarut dalam laut atau diserap oleh tumbuhan hijau. Pengumpulan karbon dalam biojisim juga mengurangkan karbon dioksida dalam udara. 8. Kitar hayat sesuatu produk bermula daripada sumber hingga peringkat pelupusan, sama ada dikitar semula (cradle-to-cradle life cycle of product) atau dibiarkan mereput (cradle-to-grave life cycle of product). Kitar semula Sumber Penggunaan Pembuatan Pembuatan Pengangkutan Pengangkutan Mereput Sumber Pelupusan Penggunaan bahan dengan jejak karbon yang rendah dalam pembuatan produk Pengurusan sisa yang cekap ke arah kelestarian alam sekitar Contoh: Pengurusan sisa yang berkonsep 5R (Refuse, Reduce, Recycle, Reuse, Rot) Contoh: Penjanaan tenaga elektrik daripada stesen jana kuasa hidroelektrik yang menggunakan sumber tenaga boleh baharu Contoh: Sinki karbon merupakan tempat semula jadi seperti hutan dan lautan yang berfungsi menyingkirkan karbon dioksida daripada udara Pemanjangan kitar hayat dan peningkatan kecekapan produk Contoh: Menggantikan binaan simen dengan kayu Contoh: Mengguna bateri yang boleh dicas semula dan panel solar Penyingkiran gas rumah hijau dan penyimpanan gas karbon dioksida dalam singki karbon Langkah tapak tangan karbon untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dalam kitaran hayat sesuatu produk Penggunaan tenaga yang kurang membebaskan gas rumah hijau dan pengubah tenaga yang mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi Bab 3_1202 BS Sains Tg5.indd 37 29/06/2022 11:09 AM


44TIP SOS Soalan 1: Semakin singkat masa yang diambil umtuk menyahwarnakan larutan metilena biru, menunjukkan semakin tinggi tahap pencemaran sampel air tersebut. Berdasarkan masa yang diambil untuk menyahwarnakan larutan metilena biru, urutan tahap pencemaran air dapat ditentukan. KERTAS 2 36. Mengapakah penggunaan bahan kimia seperti pestisid DDT diharamkan di kebanyakan negara? A Berbahaya kepada organisma lain dan manusia kerana boleh memasuki rantai makanan. B Bahan ini akan menyebabkan hasil tanaman petani berkurang. C Banyak serangga perosak telah membina daya kerintangan terhadapnya. D DDT memerlukan dos yang tinggi untuk membolehkan penggunaan yang berkesan. 37. Apakah peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani isu alam sekitar pada peringkat global ? A Mengenakan denda ke atas negara-negara yang melanggar peraturan berkaitan pembuangan sisa B Menjamin bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi C Menggalakkan penggunaan bahan klorofluorokarbon D Mengarahkan pembersihan bagi kawasan pencemaran Bahagian A Jawab semua soalan. 1. Sekumpulan murid menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji tahap pencemaran air daripada empat sumber yang berbeza, iaitu P, Q, R dan S. Rajah 1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen itu. Picagari P 1 ml larutan metilena biru 0.1% Picagari Q 1 ml larutan metilena biru 0.1% Picagari R 1 ml larutan metilena biru 0.1% Picagari S 1 ml larutan metilena biru 0.1% Rajah 1 Eksperimen dijalankan mengikut prosedur seperti berikut: 1 200 cm3 sampel air daripada empat sumber yang berbeza dimasukkan ke dalam botol reagen berlainan. 2 1 ml larutan 0.1% metilena biru ditambahkan kepada setiap sampel air. 3 Semua botol reagen disimpan di dalam almari gelap. 4 Warna sampel air di dalam botol diperhatikan setiap 30 minit. 5 Masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru dilunturkan direkodkan. Jadual 1.1 menunjukkan keputusan eksperimen. Sampel air Masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur (min) P 14 Q 21 R Warna kekal S 40 Jadual 1.1 (a) (i) Berdasarkan keputusan dalam Jadual 1.1, nyatakan satu pemerhatian mengenai hubungan antara sampel air dan masa yang diambil untuk larutan metilena biru dinyahwarnakan. KBAT Menganalisis [1 markah] Bab 3_1202 BS Sains Tg5.indd 44 29/06/2022 11:09 AM


53 Bab 4 Kadar Tindak Balas 4.1 Pengenalan Kadar Tindak Balas 1. Tindak balas kimia ialah satu proses pertukaran bahan tindak balas untuk menghasilkan hasil tindak balas. 2. Tindak balas kimia boleh terdiri daripada tindak balas cepat atau tindak balas perlahan. 3. Jadual menunjukkan contoh tindak balas perlahan dan tindak balas cepat. Tindak balas perlahan Tindak balas cepat Fotosintesis Penapaian Pengaratan Pereputan Luluhawa kimia batuan Letupan Pembakaran Menyalakan mancis Tindak balas sel elektrik 4. Kadar tindak balas ialah perubahan kuantiti bahan tindak balas atau hasil tindak balas per unit masa. Kadar tindak balas = Perubahan kuantiti bahan/ hasil tindak balas Masa untuk perubahan kuantiti berlaku 5. Jadual menunjukkan unit bagi kadar tindak balas. Bahan/Hasil tindak balas Masa tindak balas Unit kadar tindak balas Jisim (g) saat (s) g s–1 minit (min) g min–1 Isi padu (cm3 ) saat (s) cm3 s–1 minit (min) cm3 min–1 Kepekatan (mol dm–3) saat (s) mol dm–3 s–1 minit (min) mol dm–3 min–1 6. Penentuan kadar tindak balas adalah berdasarkan kepada perubahan yang boleh diperhatikan dan diukur dalam satu tempoh masa tertentu. (a) Perubahan jisim gas yang terhasil. Contoh: Tindak balas asid hidroklorik, HCl dengan kalsium karbonat, CaCO3 CaCO3 (p) + 2HCl(ak) ⟶ CaCl2 (ak) + H2 O(ce) + CO2 (g) Kalsium Asid Kalsium Air Karbon karbonat hidroklorik klorida dioksida NOTA Penimbang elektronik Gelembung gas karbon dioksida Marmar Asid hidroklorik Kelalang kon Kapas ON OFF 152.34 g Pemerhatian: Pembuakan berlaku di dalam kelalang kon. Perubahan jisim CO2 diukur dengan menggunakan penimbang elektronik. Tindak balas lengkap dalam masa 80 s. Penghitungan: Jisim awal kelalang kon (g) 156.74 Jisim akhir kelalang kon (g) 152.34 Perubahan jisim CO2 = 156.74 g – 152.34 g = 4.4 g Masa yang diambil = 80 s Kadar tindak balas = Perubahan jisim CO2 (g) Masa yang diambil (s) = 4.4 g 80 s = 0.055 g s–1 (b) Perubahan jisim mendakan yang terbentuk. Contoh: Tindak balas larutan natrium tiosulfat, Na2 S2 O3 dengan asid sulfurik, H2 SO4 cair. Na2 S2 O3 (ak) + H2 SO4 (ak) → Natrium Asid tiosulfat sulfurik Na2 SO4 (ak) + S(p) + SO2 (g) + H2 O(ce) Natrium Sulfur Sulfur Air sulfat dioksida Tanda ‘µ’ kelihatan Tanda ‘µ’ tidak kelihatan Pemerhatian: Mendakan sulfur terbentuk menyebabkan larutan menjadi keruh. Tahap kekeruhan larutan bergantung pada jisim mendakan yang terbentuk. Masa diambil untuk tanda ‘µ’ tidak kelihatan menunjukkan pembentukan suatu jisim tertentu mendakan. Bab 4_1202 BS Sains Tg5.indd 53 29/06/2022 11:21 AM


54 (c) Perubahan isi padu gas yang terbebas. Perubahan isi padu dalam tindak balas yang membebaskan gas. Contoh: Tindak balas asid sulfurik, H2 SO4 dengan logam magnesium, Mg. Mg(p) + H2 SO4 (ak) ⟶ MgSO4 (ak) + H2 (g) Magnesium Asid Magnesium Hidrogen sulfurik sulfat Asid sulfurik Magnesium Jam randik elektronik Picagari gas Gas 00:00:00 Gas hidrogen Pemerhatian: Pembuakan berlaku. Pertambahan isi padu gas diukur dengan menggunakan picagari gas atau buret. Tindak balas lengkap dalam masa 20 s. Penghitungan: Bacaan awal picagari (cm3 ) 0.0 Bacaan akhir picagari (cm3 ) 98.0 Pertambahan isi padu gas hidrogen, H2 = 98.0 cm3 – 0.0 cm3 = 98.0 cm3 Masa yang diambil = 20.0 s Kadar tindak balas = Pertambahan isi padu H2 (cm3 ) Masa yang diambil (s) = 98.0 cm3 20 s = 4.9 cm3 s–1 7. Menghitung kadar tindak balas. Isi padu gas terbebas (cm3 ) Masa (s) 10 s pertama Masa tindak balas Tindak balas tamat 0 10 20 20 40 60 80 30 40 50 Tindak balas bermula (a) Kadar tindak balas purata dalam 10 s pertama Jumlah isi padu gas terkumpul dalam 10 s pertama = 50 cm3 Masa tindak balas = 10 s Kadar tindak balas purata = Jumlah isi padu gas H2 terkumpul dalam 10 s pertama Masa tindak balas = 50 cm3 10 s = 5 cm3 s–1 (b) Kadar tindak balas purata keseluruhan Jumlah isi padu gas H2 terkumpul = 80 cm3 Masa diambil untuk tindak balas lengkap = 35 s Kadar tindak balas purata keseluruhan = Jumlah isi padu gas H2 terkumpul Masa diambil untuk tindak balas lengkap = 80 cm3 35 s = 2.3 cm3 s–1 4.2 Faktor yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas 1. Faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas: (a) Suhu bahan tindak balas (b) Kepekatan bahan tindak balas (c) Kehadiran mangkin (d) Saiz bahan tindak balas (dalam bentuk pepejal) (e) Tekanan (bahan tindak balas dalam keadaan gas) 2. Kepekatan: Apabila kepekatan bahan tindak balas meningkat, bilangan perlanggaran antara zarah bahan tindak balas per unit masa bertambah, iaitu frekuensi perlanggaran berkesan bertambah. Ini akan menyebabkan kadar tindak balas meningkat. Kepekatan bahan tindak balas ↑, kadar tindak balas ↑ Contoh: Asid hidroklorik + Magnesium → Magnesium klorida + Gas hidrogen 2HCl(ak) + Mg(p) → MgCl2 (ak) + H2 (g) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kepekatan asid hidroklorik, HCl Pita magnesium (berlebihan) 50 cm3 asid hidroklorik 0.10 mol dm–3/ 50 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm–3 Bikar Gas hidrogen Buret Air Kelalang kon 3. Mangkin: Mangkin menyediakan lintasan tindak balas alternatif yang memudahkan lebih banyak perlanggaran berkesan berlaku. Kadar tindak balas akan meningkat. Mangkin ialah bahan kimia yang mempercepatkan kadar tindak balas tanpa berubah secara kimia. Bab 4_1202 BS Sains Tg5.indd 54 29/06/2022 11:21 AM


69 Bab 5 Sebatian Karbon 5.1 Pengenalan Sebatian Karbon 1. Sebatian karbon ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon yang terikat kepada sebarang unsur lain seperti hidrogen, oksigen, nitrogen, fosforus, sulfur, klorin atau logam. 2. Contoh sebatian karbon dalam alam: (a) Karbon dioksida, CO2 (b) Metana, CH4 (c) Glukosa, C6 H12O6 (d) Etanol, C2 H5 OH (e) Kalsium karbonat, CaCO3 3. Sebatian karbon dibahagikan kepada: (a) Sebatian karbon organik (b) Sebatian karbon bukan organik NOTA 4. Sebatian karbon organik ialah sebatian yang berasal daripada benda hidup dan mengandungi unsur karbon yang terikat secara kovalen dengan unsur-unsur seperti hidrogen, nitrogen, sulfur dan fosforus 5. Sebatian karbon bukan organik ialah sebatian yang berasal daripada benda bukan hidup seperti oksida karbon, sebatian karbonat dan sebatian sianida. 6. Contoh sebatian karbon bukan organik: (a) Oksida karbon (karbon monoksida dan karbon dioksida) (b) Karbonat (c) Karbida (d) Sianida 7. Kitar karbon menghuraikan proses unsur karbon dikitar melalui pembentukan atau penguraian sebatian karbon dalam hidupan dan bahan organik di persekitaran melalui proses-proses seperti respirasi, pembakaran, penguraian dan fotosintesis. Bahan api fosil Karbon dioksida (atmosfera) Respirasi Penguraian Tenaga Respirasi Pembakaran Kilang pengeluaran/ Stesen jana kuasa/ Kenderaan Tumbuhan Fotosintesis Haiwan 1 2 3 1 4 Karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera:  Respirasi: Karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera melalui respirasi haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma.  Pembakaran: Karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera melalui pembakaran bahan api fosil, letusan gunung berapi dan pembakaran hutan.  Penguraian: Karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera melalui pereputan bakteria dan kulat pengurai.  Fotosintesis: Karbon dioksida diserap daripada udara melalui fotosintesis oleh tumbuhan hijau. Bab 5_1202 BS Sains Tg5.indd 69 29/06/2022 11:23 AM


85TIP SOS (ii) Apakah kesan pengambilan etanol yang berlebihan ke atas sistem saraf manusia? [1 markah] (c) Rajah 5.2 menunjukkan sebuah kenderaan yang menggunakan petrol sebagai bahan api. Rajah 5.2 Petrol mengandungi sebatian hidrokarbon yang dinamakan oktana. (i) Apakah tahap ketaktepuan oktana? [1 markah] (ii) Bagaimanakah petrol diperoleh? [1 markah] 8. (a) Minyak sawit diperoleh daripada buah kelapa sawit. Lukiskan keratan rentas sebiji buah kelapa sawit dan labelkan bahagian-bahagian yang penting. [2 markah] (b) (i) Nyatakan daripada bahagian manakah minyak diekstrak. [1 markah] (ii) Bahagian manakah menghasilkan peratusan minyak yang paling tinggi? [1 markah] (c) Nyatakan peratus lemak tepu dan lemak tak tepu dalam minyak sawit. [1 markah] Soalan 7(c)(i): Ada dua jenis hidrokarbon, iaitu hidrokarbon tepu dan hidrokarbon tak tepu. Lihat akhiran nama sebatian organik untuk menentukan ketaktepuannya. Bab 5_1202 BS Sains Tg5.indd 85 29/06/2022 11:23 AM


89 Bab 6 Elektrokimia 6.1 Sel Elektrolitik 1. Elektrokimia ialah kajian tentang hubung kait antara arus elektrik dan kimia yang berlaku dalam dua sel elektrokimia berikut: (a) Sel elektrolitik: Arus elektrik mengalir melalui elektrolit untuk menghasilkan tindak balas kimia. Tenaga elektrik ditukar kepada tenaga kimia melalui proses elektrolisis. (b) Sel kimia (sel voltan /sel galvani): Perubahan kimia dalam sel menghasilkan arus elektrik. Tenaga kimia ditukar kepada tenaga elektrik di dalam sel. 2. Elektrolisis ialah proses penguraian suatu sebatian kimia dalam keadaan leburan atau akueus kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik mengalir melaluinya. 3. Elektrolisis dijalankan dengan menggunakan sel elektrolitik yang terdiri daripada sumber elektrik (contohnya, bateri), elektrod dan elektrolit. Elektrod Elektrod Bateri + – + – Elektrolit 4. Sumber elektrik: Berfungsi menghasilkan arus elektrik yang mengalir melalui elektrolit semasa elektrolisis. 5. Elektrod: Konduktor elektrik yang disambung kepada bateri dan membolehkan arus elektrik masuk atau keluar melalui elektrolit semasa elektrolisis. Lazimnya merupakan logam atau grafit. (a) Anod: Elektrod yang disambung kepada terminal positif sumber elektrik. (b) Katod: Elektrod yang disambung kepada terminal negatif sumber elektrik. 6. Elektrolit: Bahan yang dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan leburan atau akueus dan mengalami perubahan kimia. Elektrolit mengandungi ion bercas positif (kation) dan ion bercas negatif (anion). 7. Bukan elektrolit ialah bahan yang tidak mengalirkan arus elektrik dalam semua keadaan. NOTA 8. Rajah di bawah meringkaskan tentang anod dan katod: Elektrod positif Menarik anion Elektron keluar Elektrod negatif Menarik kation Elektron masuk e– ANOD KATOD 9. Elektrolit tidak dapat mengalirkan elekrik dalam keadaan pepejal kerana tiada ion yang bergerak bebas untuk mengalirkan elektrik. Elektrolit dapat mengalirkan elektrik dalam keadaan leburan atau akueus kerana terdapat ion yang bergerak bebas. 10. Semasa elektrolisis: (a) Kation (ion bercas positif) bergerak ke katod (elektrod negatif) (b) Anion (ion bercas negatif) bergerak ke anod (elektrod positif) 11. Elektrolisis sebatian ion dalam keadaan leburan. Contoh: Elektrolisis leburan plumbum(II) bromida. (a) Ion dalam elektrolit: Anion: Ion bromida, BrKation: Ion plumbum(II), Pb2+ Bateri + – Mentol Suis Panaskan Klip buaya Elektrod karbon Leburan plumbum(II) bromida, PbBr2 Mangkuk pijar Segi tiga tanah liat (b) Tindak balas di anod: Anion, Br- , bergerak ke anod dan dinyahcaskan dengan kehilangan satu elektron. Ion bromida, Br- bertukar kepada atom bromin, Br. Dua atom bromin bergabung untuk membentuk molekul bromin. Gas bromin berwarna perang dan berbau sengit terbebas. 2Br– → Br2 + 2e– Ion Molekul bromida bromin Bab 6_1202 BS Sains Tg5.indd 89 28/06/2022 5:03 PM


94TIP SOS Soalan 7, 8 dan 9: •  Bahan elektrolit mengandungi zarah yang membawa cas seperti elektron atau ion. Zarah-zarah ini mesti bergerak bebas. •  Bahan bukan elektrolit mengandungi zarah molekul yang tidak bercas. 6.1 Sel Elektrolitik 1. Apakah perubahan tenaga yang berlaku dalam sel elektrolitik? A Tenaga elektrik kepada tenaga kimia B Tenaga elektrik kepada tenaga kinetik C Tenaga kimia kepada tenaga cahaya D Tenaga kimia kepada tenaga elektrik 2. Rajah 1 menunjukkan sebuah sel elektrolitik. Kepingan X Kepingan Y Bateri Asid sulfurik cair Rajah 1 Antara berikut, yang manakah betul bagi kepingan X dan kepingan Y? Kepingan X Kepingan Y A Aluminium Seramik B Grafit Grafit C Magnesium Sulfur D Zink Kaca 3. Antara berikut, yang manakah betul tentang anod dan katod dalam sel elektrolitik? Anod Katod A Elektrod negatif Elektrod positif B Elektrod positif Elektrod positif C Elektrod positif Elektrod negatif D Elektrod positif Elektrod positif 4. Antara berikut, yang manakah betul tentang pengaliran elektron dalam sel elektrolitik? A Dari anod ke katod melalui elektrolit B Dari anod ke katod melalui wayar luar C Dari katod ke anod melalui elektrolit D Dari katod ke anod melalui wayar luar 5. Antara berikut, yang manakah betul tentang fungsi elektrod? A Membekal arus elektrik B Membekal elektron C Membenarkan elektron keluar masuk daripada elektrolit D Menarik ion daripada elektrolit 6. Apakah bahan elektrolit? A Bahan yang lengai secara kimia B Bahan yang mengalirkan haba C Bahan yang mengalirkan zarah bercas D Bahan yang terurai kepada unsurnya 7. Antara berikut, yang manakah contoh bahan elektrolit? A Etanol B Gula C Naftalena D Magnesium sulfat 8. Antara berikut, yang manakah contoh bahan bukan elektrolit? A Air kapur B Cuka C Glukosa D Zink nitrat 9. Bahan manakah yang mengalirkan elektrik dalam keadaan pepejal dan leburan? A Kalium B Kalium bromida C Minyak sawit D Polistirena Setiap soalan mempunyai empat jawapan yang berbeza, A, B, C dan D. Untuk setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. KERTAS 1 Bab 6_1202 BS Sains Tg5.indd 94 28/06/2022 5:03 PM


109 Bab 7 Cahaya dan Optik 7.1 Pembentukan Imej oleh Kanta 1. Terdapat dua jenis kanta, iaitu: (a) Kanta cembung (b) Kanta cekung 2. Kanta cembung juga dikenali sebagai kanta penumpu kerana sinar cahaya menumpu selepas melalui kanta jenis ini. 3. Kanta cekung juga dikenali sebagai kanta pencapah kerana sinar cahaya mencapah selepas melalui kanta jenis ini. 4. Berikut merupakan jenis-jenis kanta cembung dan kanta cekung yang biasa didapati: (a) Kanta cembung Dwicembung Planocembung Meniskus cembung (b) Kanta cekung Dwicekung Planocekung Meniskus cekung 5. Istilah-istilah optik: (a) Kanta cembung Objek Imej Paksi utama F O F f f u v 2F 2F Paksi kanta NOTA (b) Kanta cekung Objek Paksi utama F O F f f u v 2F 2F Paksi kanta Imej Istilah optik Penerangan Pusat optik, O Titik pada pusat kanta. Sinar cahaya yang melalui pusat optik tidak terbias. Paksi utama Garis lurus yang melalui pusat optik sesuatu kanta dan titik fokus, F. Paksi kanta Garis lurus yang melalui pusat optik dan berserenjang dengan paksi utama. Titik fokus, F • Bagi kanta cembung, titik fokus, F ialah titik pada paksi utama, iaitu tempat penumpuan sinar cahaya selari dengan paksi utama selepas melalui kanta. • Bagi kanta cekung, titik fokus, F ialah titik pada paksi utama, iaitu sinar cahaya selari dengan paksi utama seolah-oleh mencapah dari titik ini selepas melalui kanta. Panjang fokus, f Jarak antara titik fokus, F dengan pusat optik. Jarak objek, u Jarak antara objek dengan pusat optik. Jarak imej, v Jarak antara imej dengan pusat optik. Bab 7_1202 BS Sains Tg5.indd 109 23/06/2022 11:04 AM


120 Bab 8 Daya dan Tekanan 8.1 Tekanan dalam Bendalir 1. Sistem tertutup ialah sistem fizikal di mana jirim tidak dapat masuk atau keluar daripada sistem tersebut. 2. Prinsip Pascal menyatakan bahawa penyebaran tekanan yang dikenakan pada sesuatu bendalir dalam satu sistem tertutup adalah seragam pada keseluruhan bendalir dan ke semua arah. 3. Sistem hidraulik mengaplikasikan prinsip Pascal bagi membolehkan daya yang besar dihasilkan dengan menggunakan daya yang kecil dan melakukan kerja yang berat dengan mudah. NOTA 4. Bendalir yang lazim digunakan dalam sistem hidraulik ialah air atau minyak kerana kedua-dua bendalir tidak mempunyai bentuk tetap dan tidak boleh dimampatkan. 5. Contoh aplikasi prinsip Pascal dalam kehidupan harian: Jek hidraulik, brek hidraulik, kerusi rawatan gigi 6. Jek hidraulik: digunakan untuk mengangkat objek berat, contohnya kereta di bengkel membaiki kereta. 7. Rajah di bawah menunjukkan sistem jek hidraulik. Tuas Omboh kecil Liang udara Takungan cecair Injap pelepas Cecair Omboh besar Injap A Injap B Beban 8. Operasi sistem jek hidraulik: (a) Menambah ketinggian omboh besar yang mempunyai beban: Tuas ditolak ke bawah, injap pelepas tertutup, injap A tertutup dan injap B terbuka. Tuas ditolak ke bawah Liang udara Takungan cecair Injap pelepas tutup Cecair memindahkan tekanan ke omboh besar, beban ditolak ke atas Omboh besar naik ke atas Omboh kecil mengenakan tekanan kepada cecair Injap A tutup Injap B buka Beban (b) Mengekalkan kedudukan omboh besar: Tuas ditolak ke atas, injap pelepas tertutup, injap A terbuka dan injap B tertutup. Cecair dalam takungan mengalir ke bawah melalui injap A yang terbuka Liang udara Takungan cecair Injap pelepas tutup Tekanan cecair yang tetap pada omboh besar akan mengekalkan kedudukan omboh besar Kedudukan omboh besar dikekalkan Injap A buka Injap B tutup Tuas ditolak ke atas Beban Bab 8_1202 BS Sains Tg5.indd 120 28/06/2022 5:05 PM


131 Bab 9 Teknologi Angkasa Lepas 9.1 Satelit 1. Satelit ialah objek yang mengorbit planet atau bintang, contohnya bulan ialah satelit semula jadi yang mengorbit Bumi. 2. Satelit beredar mengelilingi Bumi dalam orbit yang berbentuk bulatan atau elips. 3. Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis orbit satelit yang dikelaskan mengikut ketinggian (altitud). Orbit Rendah Bumi (Low Earth Orbit, LEO) Orbit Tinggi Bumi (High Earth Orbit, HEO) Orbit Sederhana Bumi (Medium Earth Orbit, MEO) Orbit Geopegun (Geostationary Orbit, GEO) Orbit Geosegerak (Geosynchronous Orbit, GSO) Orbit Rendah Bumi (Low Earth Orbit, LEO) Ketinggian: 180 km – 2000 km Orbit Tinggi Bumi (High Earth Orbit, HEO) Ketinggian: > 35 780 km Orbit Sederhana Bumi (Medium Earth Orbit, MEO) Ketinggian: 2000 km – 35 780 km Orbit Geopegun (Geostationary Orbit, GEO) Ketinggian: 35 786 km, pada satah khatulistiwa Orbit Geosegerak (Geosynchronous Orbit, GSO) Ketinggian: 35 786 km, dengan sudut kecondongan terhadap satah khatulistiwa JENIS-JENIS ORBIT SATELIT 4. MEASAT-1, MEASAT-2 dan MEASAT-3 merupakan beberapa contoh satelit buatan manusia milik Malaysia. 5. Bentuk orbit: (a) bulatan sempurna, contohnya orbit GEO (b) elips, contohnya orbit MEO dan orbit HEO (c) bulatan sempurna atau elips, contohnya orbit LEO dan orbit GSO NOTA Bab 9_1202 BS Sains Tg5.indd 131 28/06/2022 5:07 PM


138 BAB 1 Kertas 1 1. B Flora normal ialah mikroorganisma yang terdapat pada organisma termasuklah manusia dan haiwan dan tidak menyebabkan penyakit. 2. D Escherichia coli, Lactobacillus sp. dan Streptococcus sp. ialah flora normal yang ditemui dalam usus kecil manusia. 3. B X ialah mikroorganisma dalam kumpulan protozoa. Paramecium sp. ialah sejenis protozoa. 4. C Mikroorganisma makroskopik ialah mikroorganisma yang boleh dilihat dengan mata kasar seperti cendawan. Mikroorganisma mikroskopik ialah mikroorganisma yang hanya dapat dilihat melalui mikroskop seperti yis, mukor dan Chlamydomonas sp. 5. A Semua mikroorganisma tersebut dalam kumpulan virus. Sifat khusus virus ialah hanya hidup dan membiak pada sel hidup organisma yang lain. 6. D Fungi menjalankan pembiakan aseks melalui pembentukan spora dan pertunasan. Menjalankan pembiakan seks melalui konjugasi. 7. C Paramecium sp. mendapatkan makanannya dengan bergerak dan menarik makanan masuk melalui alur makanan ke dalam mulut. 8. C Bakteria dikelaskan mengikut rupa bentuk, iaitu sfera (kokus), pilin (spirilum), rod (basilus) dan koma (vibrio). 9. B Endospora ialah spora yang terbentuk di dalam sel bakteria dan mempunyai permukaan perlindungan yang kuat. Endospora terbentuk supaya bakteria dapat bertahan dalam keadaan yang tidak sesuai untuk membiak seperti suhu terlampau tinggi atau rendah. Permukaan perlindungan akan pecah apabila keadaan persekitaran sesuai untuk pertumbuhan dan pembiakan bakteria. 10. C R ialah Chlamydomonas sp. dan S ialah Spirogyra sp. dan kedua-duanya dalam kumpulan alga. P ialah Amoeba sp. dan Q ialah Paramecium sp. dalam kumpulan protozoa. 11. B Bakteriofaj ialah virus yang menjangkiti sel bakteria sebagai perumahnya. 12. D Mucor sp. dan yis ialah fungi. 13. A Alga ialah kumpulan mikroorganisma yang mempunyai klorofil sebagai ciri khusus yang membezakannya daripada mikroorganisma lain. 14. B Suhu yang rendah akan merencat pertumbuhan atau memperlahankan aktiviti mikroorganisma. Ini menyebabkan susu boleh tahan lebih lama. 15. C Pada suhu yang rendah, aktiviti mikroorganisma menjadi perlahan. Pada suhu 60 °C, kebanyakan mikroorganisma akan mati. Suhu yang sesuai untuk pembiakan mikroorganisma ialah 30 °C – 40 °C. 16. A Suhu optimum untuk pertumbuhan mikroorganisma ialah 37 °C dan nilai pH neutral (pH 7). 17. D Bubur nutrien yang keruh menunjukkan kehadiran mikroorganisma. Keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma ialah pada pH neutral (air suling), dan tidak sesuai dalam keadaan berasid (cuka) atau beralkali (air kapur). 18. C Nilai pH 7 ialah keadaan paling sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma. 19. B Suhu optimum untuk pembiakan mikroorganisma ialah 37 °C. 20. A Pemboleh ubah yang dimanipulasikan ialah suhu. 21. B Bakteria menjalankan proses respirasi semasa membiak dan membebaskan karbon dioksida dan wap air. Wap air yang terkondensasi sebagai air akan jatuh dan merosakkan permukaan agar-agar kultur bakteria. 22. D Aplikasi mikroorganisma yang berfaedah meliputi pelbagai bidang seperti perubatan (hormon, vaksin dan antibiotik), perindustrian (makanan, minuman dan barangan kulit) dan pertanian (penitritan dan pencernaan haiwan). 23. C Bakteria Lactobacillus sp. tidak digunakan untuk menghasilkan vaksin. 24. C Ekoenzim merupakan hasil semula jadi daripada penapaian sisa pertanian. Enzim dalam ekoenzim menguraikan lemak dan gris kepada molekul yang lebih kecil, menyebabkan kesan lemak dan gris tidak perlu disental. Molekul kecil yang terhasil tidak menyumbat saliran dan bersifat mesra alam. 25. B Bakteria Lactobacillus bulgaricus digunakan dalam pembuatan minuman seperti yogurt. Bakteria Salmonella sp. ialah bakteria yang menyebabkan penyakit seperti tifoid. Penicillium chrysogenum digunakan untuk menghasilkan antibiotik. Bakteria Nitrobacter sp. terlibat dalam kitar nitrogen. 26. D Penicillium chrysogenum ialah sejenis fungi. 27. A Alkohol isopropil 70% ialah antiseptik yang disapu pada permukaan kulit manusia untuk mencegah jangkitan patogen. 28. C Teknik aseptik merujuk kepada prosedur kesihatan untuk menghalang jangkitan patogen atau menyingkirkan patogen sedia ada. Penggunaan sinaran dapat menyingkirkan patogen sedia ada bagi mengelakkan jangkitan. Jawapan Bab 1 Jaw_1202 Sains Tg5.indd 138 04/07/2022 12:39 PM


Click to View FlipBook Version