The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2024-01-14 22:31:12

Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 5 KSSM

Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 5 KSSM

Keywords: Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 5 KSSM,Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 5,Modul Perniagaan Tingkatan 5 KSSM,Modul A+1,Perniagaan Tingkatan 5 KSSM,Perniagaan Tingkatan 5,Perniagaan,Perniagaan KSSM,Tingkatan 5 KSSM,Tingkatan 5

TAJUK 1 SUMBER PERNIAGAAN BAB 1 Pengurusan Sumber Manusia 1.0 Pengenalan...................................................................1 1.1 Definisi Pengurusan Sumber Manusia ........................1 1.2 Peranan Pengurusan Sumber Manusia dalam Sesebuah Perniagaan ...................................................2 1.3 Aplikasi Pengurusan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan yang Mampan....................3 1.4 Aspek Pengelolaan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan............................................3 1.5 Hubung Kait antara Kemahiran Kebolehkerjaan Pekerja dengan Kejayaan Sesebuah Perniagaan .........4 1.6 Mencipta Satu Struktur Organisasi dalam Sesebuah Perniagaan ...................................................5 1.7 Sistem Penggajian bagi Sesebuah Organisasi .............6 Soalan Berformat SPM .........................................................8 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)..........................................16 BAB 2 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi 2.0 Pengenalan.................................................................20 2.1 Tujuan Mengurus Sumber Fizikal yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan......20 2.2 Prosedur Mengurus Sumber Fizikal yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan......21 2.3 Tujuan Mengurus Sumber Teknologi yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan......22 2.4 Prosedur Mengurus Sumber Teknologi yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan......22 2.5 Aplikasi Pengetahuan Pengurusan Sumber Fizikal dan Sumber Teknologi dalam Satu Perniagaan yang Mampan............................................................23 2.6 Membandingkan Kesan Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi dalam Mempertingkatkan Kecekapan Sesebuah Organisasi Perniagaan ............23 2.7 Rumusan Perkaitan antara Pengurusan Sumber Fizikal dengan Teknologi ..........................................24 Soalan Berformat SPM .......................................................25 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)..........................................31 BAB 3 Sumber Pembiayaan Perniagaan 3.0 Pengenalan.................................................................35 3.1 Sumber Pembiayaan untuk Sesebuah Perniagaan.....35 3.2 Jenis Pembiayaan Dalaman dan Luaran yang Sesuai untuk Sesebuah Perniagaan............................35 3.3 Keperluan Pembiayaan bagi Sesebuah Perniagaan...38 3.4 Kekuatan dan Kelemahan Jenis Pembiayaan untuk Sesebuah Perniagaan.......................................39 3.5 Prosedur Mendapatkan Sumber Pembiayaan untuk Sesebuah Perniagaan .................................................39 3.6 Justifikasi Jenis Pembiayaan yang Sesuai Digunakan untuk Memulakan Sesebuah Perniagaan...................40 Soalan Berformat SPM .......................................................42 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)..........................................50 BAB 4 Penyata Kewangan Perniagaan 4.0 Pengenalan.................................................................54 4.1 Definisi Penyata Kewangan.......................................54 4.2 Butiran dalam Penyata Kewangan ............................55 4.3 Pihak yang Berkepentingan kepada Penyata Kewangan Sesebuah Perniagaan...............................59 4.4 Menganalisis Kepentingan Penyata Kewangan Terhadap Operasi Kewangan Sesebuah Perniagaan .................................................................60 4.5 Mentafsir Penyata Kewangan Menggunakan Nisbah Asas...............................................................62 Soalan Berformat SPM .......................................................63 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)..........................................72 TAJUK 2 URUS NIAGA BAB 5 Persediaan Menjadi Usahawan 5.0 Pengenalan.................................................................79 5.1 Ciri-ciri Keperibadian, Kekuatan Diri dan Kelebihan Menjadi Usahawan...................................79 5.2 Faktor-faktor Penyumbang untuk Memulakan Perniagaan .................................................................81 5.3 Kelebihan Berniaga Sebagai Satu Peluang Kerjaya ...................................................................................84 Soalan Berformat SPM .......................................................85 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)..........................................91 BAB 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 6.0 Pengenalan.................................................................95 6.1 Akta-akta Penubuhan Sesebuah Entiti Perniagaan....95 6.2 Prosedur Pendaftaran Sesebuah Entiti Perniagaan....96 6.3 Tanggungjawab yang Perlu Dipatuhi oleh Usahawan Setelah Mendaftarkan Perniagaan ...........98 6.4 Dokumen Perniagaan yang Perlu Disimpan..............98 6.5 Simulasi Penyediaan dan Penyimpanan Dokumen Perniagaan yang Dirancang......................99 6.6 Penyediaan Penyata Aliran Tunai..............................99 6.7 Pemasaran dan Jualan................................................99 6.8 Persediaan untuk Menjalankan Aktiviti Pemasaran dan Jualan bagi Produk dan Perkhidmatan................99 Soalan Berformat SPM .....................................................101 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)........................................106 BAB 7 Merancang Pengendalian Perniagaan 7.0 Pengenalan...............................................................115 7.1 Definisi Rancangan Perniagaan...............................115 7.2 Kepentingan Menyediakan Rancangan Perniagaan 115 7.3 Format Rancangan Perniagaan................................116 Soalan Berformat SPM .....................................................121 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)........................................129 KERTAS MODEL SPM .................................................131 Modul A+ Pnigaan Tg5 Kand 2nd.indd 2 2/10/2022 10:28:09 AM


1 BAB 1 1. Sumber manusia juga dikenali sebagai modal insan . 2. Pengurusan sumber manusia memberi fokus pada keperluan tenaga kerja dan pengurusan dalam pembahagian kerja organisasi perniagaan. 3. Pengurusan pekerja dalam organisasi perniagaan perlu dirangka , dirancang dan dilaksanakan dengan cekap untuk mencapai matlamat perniagaan yang disasarkan. 1.1 Definisi Pengurusan Sumber Manusia Buku Teks m.s. 5 1. Pengurusan sumber manusia adalah satu usaha pembangunan tenaga kerja dalam organisasi perniagaan. 2. Pengurusan sumber manusia amat penting untuk menarik , membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi. 3. Kepentingan pengurusan sumber manusia adalah seperti berikut: Pengurusan Sumber Manusia BAB 1 1.0 Pengenalan Buku Teks m.s. 5 (a) Merancang agar kuantiti sumber manusia sentiasa mencukupi . (d) Memberi motivasi kepada pekerja untuk terus berusaha. (b) Menjaga kebajikan pekerja. (f) Memantapkan pekerja dengan memberikan latihan yang cukup dan terkini. (c) Memantau prestasi pekerja agar sentiasa cekap. (e) Mengagih pekerja secara berkesan, seperti berdasarkan kemahiran dan pengalaman. Kepentingan Pengurusan Sumber Manusia Modul A+ Pnigaan Tg5 B1 5th.indd 1 2/10/2022 10:28:37 AM


2 BAB 1 1.2 Peranan Pengurusan Sumber Manusia dalam Sesebuah Perniagaan Buku Teks m.s. 6-8 1. Pengurusan sumber manusia adalah satu proses yang berterusan . 2. Kejayaan organisasi perniagaan bergantung pada proses merancang , mengorganisasi , memimpin dan mengawal keperluan sumber manusia dalam organisasi berkenaan. 3. Peranan berikut perlu dilaksanakan dengan berkesan untuk menjamin kejayaan sesuatu organisasi perniagaan: • Perancangan keperluan bilangan pekerja penting supaya kekurangan atau pembaziran pekerja yang tidak cukup dan pembaziran pekerja terlebih tidak berlaku. • Memberikan deskripsi tugas yang jelas dan penyediaan kontrak yang menarik. • Memberikan Indeks Pencapaian Utama (KPI) sebagai petunjuk sasaran untuk dicapai oleh pekerja. • Membentuk kerjasama melalui perkongsian pengetahuan , pengalaman dan kemahiran . • Memantau pencapaian pasukan bagi memastikan mutu kerja pasukan cemerlang untuk menghasilkan produktiviti yang bermutu . • Merancang dan mengendalikan program latihan dan pembangunan secara berterusan mengikut keperluan masa. • Memastikan pekerja lengkap dengan kemahiran dan pengetahuan yang khusus . • Persekitaran yang kondusif akan meningkatkan produktiviti, motivasi, kepuasan kerja dan mengurangkan kesilapan serta tekanan kerja. • Amalan kerja beretika dan berintegriti membolehkan pemberian perkhidmatan yang terbaik dan mewujudkan kesetiaan pelanggan. (a) Keperluan pekerja, merekrut pekerja, kontrak pekerjaan dan deskripsi tugas. (b) Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran . (c) Prestasi pasukan. (d) Latihan peningkatan kemahiran. (e) Pembentukan persekitaran kerja yang positif dan harmoni. (f) Pemantapan budaya profesional. Modul A+ Pnigaan Tg5 B1 5th.indd 2 2/10/2022 10:28:37 AM


6 BAB 1 1.7 Sistem Penggajian bagi Sesebuah Organisasi Buku Teks m.s. 26-28 1. Lengkapkan jadual gaji dan upah berikut. Gaji Upah (a) Bayaran untuk pekerja tetap . (b) Dibayar bulanan secara tetap. (a) Bayaran untuk pekerja sementara . (b) Dibayar ikut tempoh jam atau hari bekerja. 2. Urusan bayaran gaji yang sistematik dan adil penting untuk: (a) Menarik minat pekerja untuk bekerja dalam organisasi. (b) Mengekalkan pekerja yang berpengalaman. (c) Memotivasikan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang. 3. Penggajian melibatkan dua komponen utama, iaitu gaji asas dan faedah . 4. Gaji asas merujuk pada gaji yang diterima oleh pekerja tanpa melibatkan sebarang pembayaran tambahan seperti elaun. 5. Faedah yang diterima oleh pekerja adalah seperti berikut: Jenis Faedah Huraian (a) Caruman KWSP Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mewajibkan caruman dibuat oleh majikan (12%) dan pekerja (11%) setiap bulan. (b) Pinjaman kewangan Majikan menyediakan pinjaman kewangan, seperti pinjaman perumahan dan bayaran faedah adalah mengikut syarat yang ditetapkan. (c) Insurans berkelompok Majikan membayar premium kepada insurans untuk melindungi majikan dan pekerja terhadap risiko semasa bekerja. (d) Tempat penjagaan anak Kemudahan ini mengurangkan kebimbangan pekerja terhadap keselamatan anak-anak mereka dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti . (e) Caruman PERKESO Akta Keselamatan Sosial (PERKESO) mewajibkan majikan mengambil insurans pampasan pekerja, iaitu majikan mencarum 1.25% dan pekerja mencarum 0.5% daripada gaji bulanan pekerja. (f) Bonus tunai Ini merupakan insentif yang dibayar secara tunai pada akhir tempoh tertentu berdasarkan prestasi perniagaan. (g) Kemudahan perubatan Diberikan kepada pekerja dan dibiayai oleh majikan. Terdapat organisasi yang menghulurkan kemudahan ini kepada keluarga pekerja mereka. (h) Kemudahan keselamatan Persekitaran kerja yang selamat memberi keyakinan kepada pekerja untuk bekerja. Modul A+ Pnigaan Tg5 B1 5th.indd 6 2/10/2022 10:28:38 AM


8 BAB 1 1. Pilih huraian mengenai pengurusan sumber manusia yang betul. A Menguruskan masa untuk pekerja menyiapkan tugas yang diberi B Pengurusan pekerja untuk mencapai pengeluaran kuantiti produk C Pengurusan modal insan untuk keperluan tenaga kerja dan pembahagian kerja D Pengurusan bahagian perbelanjaan dalam organisasi perniagaan agar tidak mengalami kerugian 2. Syarikat Edupulse menawarkan ganjaran cuti tambahan kepada pekerja yang berjaya mencapai sasaran jualan yang ditetapkan. Apakah peranan pengurusan sumber manusia syarikat ini? A Penetapan sasaran organisasi B Peningkatan taraf sosial pekerja C Pemberian insentif yang munasabah D Tanggungjawab majikan terhadap pekerjanya 3. Pengarah Syarikat Mynn Berhad mementingkan penyediaan kemudahan pengangkutan dan tempat tinggal yang selesa dan selamat untuk pekerjapekerjanya. Bagaimanakah anda menilai aspek yang ditumpukan oleh pengarah tersebut? A Emosi pekerja B Kesetiaan sumber manusia C Penjagaan kebajikan pekerja D Meningkatkan motivasi pekerja 4. Sebelum dipertanggungjawabkan mengawal mesin, Edmond diberi penjelasan terperinci cara pengendalian mesin, senarai langkah dan peraturan yang perlu dipraktikkannya. Apakah peranan yang telah dilakukan oleh pegawai atasan Edmond? A Merekrut pekerja B Memberi deskripsi tugas C Membangunkan pasukan D Memberikan latihan peningkatan prestasi 5. Setiap pekerja perlu mengetahui aspek pentadbiran dalam organisasi masing-masing, terutamanya mengenali pihak atasan untuk membincangkan masalah yang timbul. Apakah aspek yang perlu diberi perhatian agar kriteria ini dapat dicapai dengan cemerlang? A Struktur organisasi B Penyelesaian masalah C Penempatan pekerja dan fasiliti D Standard Prosedur Operasi Tugas Soalan 6 dan 7 merujuk maklumat berikut. 6. Yannie menerima tawaran daripada dua buah syarikat: Syarikat Maju Syarikat Jaya Gaji RM2 000 RM2300 Perubatan Sekeluarga Pekerja sahaja Bonus Sebulan Tidak tetap KWSP Ada Ada Mengapakah Yannie memilih untuk bekerja di Syarikat Maju? A Struktur organisasi menarik B Tawaran gaji yang lebih baik C Faedah adalah lebih menarik D Suasana kerja yang kondusif 7. Apakah kesan positif sistem penggajian yang efektif kepada sesebuah organisasi perniagaan? A Kuantiti jualan meningkat B Mendapat nama baik dalam pasaran C Mengekalkan pekerja yang berpengalaman D Pentadbiran sumber manusia menjadi lebih lancar 8. Bagaimanakah hukuman dapat membantu pengurusan sumber manusia berfungsi dengan lancar? A Mengurangkan penyelewengan dalam tugas B Mewujudkan suasana harmoni dalam organisasi C Membentuk struktur organisasi yang jelas dan teratur D Menjadi pendorong kepada pekerja yang kreatif dan inovatif 9. Apakah tumpuan struktur organisasi yang sesuai digunakan oleh sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai produk penjagaan kesihatan? A Fungsi B Produk C Geografi D Pelanggan 10. Pilih definisi kebolehkerjaan yang tepat. A Kepakaran seseorang B Kelulusan tertinggi pekerja C Kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh pekerja D Nilai murni dalam diri pekerja, yang dicari oleh majikan Soalan Berformat SPM Kertas 1 Tiap-tiap soalan berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling sesuai. Modul A+ Pnigaan Tg5 B1 5th.indd 8 2/10/2022 10:28:39 AM


55 BAB 4 (b) Mengandungi butiran tentang: Kunci Kira-kira (i) Aset Semasa (ii) Aset Bukan Semasa (iii) Ekuiti Pemilik (iv) Liabiliti Semasa (v) Liabiliti Bukan Semasa 5. Penyata Aliran Tunai menunjukkan punca perolehan dan penggunaan dana atau tunai bagi suatu tempoh tertentu. 4.2 Butiran dalam Penyata Kewangan Buku Teks m.s. 100-107 A Penyata Pendapatan 1. Contoh Penyata Pendapatan: NAMA PERNIAGAAN PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER ........ RM RM RM Jualan xx Tolak: Pulangan Jualan x (a) Jualan Bersih xx Tolak: Inventori Awal x Belian x Tolak: (b) Pulangan Belian x (c) Belian Bersih x Tambah: Angkutan Masuk x Upah atas Belian x Insurans atas Belian x Duti Import x (d) Kos Belian x Kos Barang untuk Dijual x Tolak: Inventori Akhir x (e) Kos Jualan x Untung Kasar x Tambah: (f) Hasil Komisen Diterima x Faedah Simpanan x x x Tolak: (g) Belanja Sewa x Insurans x Gaji x x (h) Untung Bersih xx Modul A+ Pnigaan Tg5 B4 3rd.indd 55 2/10/2022 10:31:59 AM


62 BAB 4 4.5 Mentafsir Penyata Kewangan Menggunakan Nisbah Asas Buku Teks m.s. 111-115 1. Nisbah asas ialah satu teknik untuk menginterpretasi hubungan data-data kewangan tertentu yang terdapat dalam penyata kewangan. 2. Nisbah asas terdiri daripada: (a) Analisis Nisbah Untung • Mengukur kemampuan sesebuah perniagaan dalam memperoleh keuntungan . • Antara maklumat yang digunakan ialah: Analisis nisbah untung Pengiraan Tujuan (i) Peratusan margin untung kasar = Untung kasar Jualan bersih × 100% Mengukur keuntungan kasar bagi setiap ringgit jualan bersih . (ii) Peratusan margin untung bersih = Untung bersih Jualan bersih × 100% Mengukur keuntungan bersih bagi setiap ringgit jualan bersih. (iii) Peratusan untung tokokan = Untung kasar Kos jualan × 100% Mengukur peratus tambahan kos barang bagi mendapatkan harga jualan . (iv) Peratusan pulangan atas modal = Untung bersih Modal awal × 100% Mengukur pulangan atas setiap ringgit modal yang dilaburkan. (b) Analisis Nisbah Kecairan • Mengukur keupayaan perniagaan dalam membuat pembayaran kepada pihak lain. • Satu contoh nisbah kecairan ialah nisbah semasa . Analisis nisbah kecairan Pengiraan Tujuan (i) Nisbah semasa = Aset semasa Liabiliti semasa Mengukur keupayaan perniagaan membayar pinjaman jangka pendek dengan menggunakan aset semasa . (c) Analisis Nisbah Kecekapan • Mengukur kecekapan pihak perniagaan dalam mengurus stok untuk menjana keuntungan. • Analisis nisbah kecekapan terdiri daripada: Analisis nisbah kecekapan Pengiraan Tujuan (i) Pusing ganti stok = Kos jualan barang Stok purata Mengukur kekerapan perniagaan menggantikan/ membeli stok baru dalam tempoh tertentu. (ii) Pusing ganti aset = Jualan bersih Jumlah aset Mengukur kecekapan perniagaan menggunakan aset untuk menjana jualan. Modul A+ Pnigaan Tg5 B4 3rd.indd 62 2/10/2022 10:32:00 AM


63 BAB 4 6. Apakah kesan ke atas Akaun Untung Rugi perniagaan jika jumlah hasil melebihi jumlah belanja? A Margin B Lebihan C Untung bersih D Pulangan modal 7. Berikut adalah perbualan antara dua orang pelajar perniagaan, Anna dan Lily. Jika anda Lily, apakah jawapan anda? A Hasil B Belanja C Liabiliti semasa D Aset bukan semasa 8. Antara berikut, yang manakah liabiliti bukan semasa? A Pemiutang B Gadai janji C Overdraf bank D Akaun belum bayar 9. Rajah berikut menunjukkan pengelasan aset. Aset Semasa X Aset Bukan Semasa Perabot Kelengkapan Aset Apakah X? A Hutang perniagaan jangka pendek B Mempunyai tahap kecairan yang tinggi C Modal yang dilaburkan untuk memulakan perniagaan D Pengambilan harta perniagaan untuk kegunaan peribadi 1. Apakah maksud Penyata Pendapatan? A Penyata yang menentukan untung atau rugi perniagaan B Penyata yang menentukan hasil, belanja, untung dan rugi perniagaan C Penyata yang menentukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan D Penyata yang menentukan keupayaan perniagaan menjelaskan hutang 2. Apakah maksud Kunci Kira-kira? A Penyata yang menunjukkan sumber pembiayaan perniagaan B Penyata yang menunjukkan sumber dan pembiayaan dana perniagaan C Penyata yang menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan D Penyata yang menunjukkan sumber dana perniagaan bagi menjelaskan hutang 3. Apakah maksud Penyata Aliran Tunai? A Penyata yang menentukan keuntungan dan kerugian perniagaan B Penyata yang menyebabkan lebihan dan kurangan dalam dana perniagaan C Penyata yang mengandungi maklumat tentang hasil dan belanja perniagaan D Penyata yang menunjukkan keupayaan perniagaan untuk menjelaskan liabiliti semasa perniagaan 4. Antara berikut, yang manakah kepentingan penyata kewangan kepada pemilik perniagaan? A Mengetahui prestasi perniagaan B Merancang dan membuat keputusan C Mengetahui kemampuan perniagaan membayar hutang D Mengesan kesilapan proses perekodan kewangan perniagaan 5. Item yang manakah terkandung dalam Akaun Perdagangan? I Hasil II Belanja III Kos jualan IV Belian bersih A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Lily, van dikategorikan sebagai apa dalam Kunci Kira-Kira? Senang saja, Anna. Soalan Berformat SPM Kertas 1 Tiap-tiap soalan berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling sesuai. Modul A+ Pnigaan Tg5 B4 3rd.indd 63 2/10/2022 10:32:01 AM


65 BAB 4 19. Maklumat berikut diambil daripada Jauhara Trading pada 31 Disember 2021. RM Penghutang 60 000 Inventori akhir 20 000 P 10 000 Nisbah semasa ialah 2:1 30 000 Apakah P? A Tunai B Pinjaman C Kenderaan D Pemiutang 20. Maklumat berikut berkaitan dengan kadar pusing ganti stok bagi Perniagaan Bestari dan Perniagaan Cemerlang yang terlibat dalam industri pakaian Muslimah. Pusing ganti stok Perniagaan Bestari Perniagaan Cemerlang Tiga kali Enam kali Pernyataan yang manakah benar tentang pengurusan stok kedua-dua perniagaan tersebut? A Jualan stok Perniagaan Bestari lebih laris daripada Perniagaan Cemerlang B Pengurusan stok Perniagaan Bestari lebih cekap daripada Perniagaan Cemerlang C Perniagaan Bestari menanggung kos penyimpanan stok yang lebih tinggi daripada Perniagaan Cemerlang D Perniagaan Bestari menukar stok setiap tiga bulan sekali manakala Perniagaan Cemerlang menukar stok enam bulan sekali Kertas 2 Bahagian A Jawab semua soalan. 1. (a) Terangkan kepentingan penyata kewangan berikut kepada sesebuah perniagaan. (i) Penyata Pendapatan Mengukur prestasi perniagaan dengan meramal pencapaian, merancang strategi untuk meningkatkan keuntungan, mengetahui kedudukan kewangan dan menyediakan laporan kewangan untuk tujuan pinjaman dan pembiayaan. Meningkatkan jumlah keuntungan. (2 markah) (ii) Kunci Kira-kira Mengetahui kedudukan kewangan sesebuah perniagaan yang terdiri daripada aset semasa dan aset bukan semasa. Mengetahui jumlah tanggungan perniagaan seperti ekuiti pemilik, liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa. Mengetahui tanggungan/ hutang perniagaan kepada pihak luar. Mengetahui komponen ekuiti pemilik menerusi modal yang disumbangkan atau untung bersih atau rugi bersih daripada kegiatan perniagaan. (2 markah) (iii) Penyata Aliran Tunai Menunjukkan keupayaan perniagaan menjelaskan liabiliti semasa. Bayaran kepada pembekal/ gaji pekerja. Mengelakkan pembaziran berlaku. Meramal keperluan tunai pada masa hadapan. Menunjukkan sumber perolehan atau perbelanjaan tunai. Melaporkan kegiatan aliran tunai perniagaan dari aspek operasi / pelaburan/ kewangan. (2 markah) (b) Mengapakah pihak-pihak berikut perlu mengetahui tentang penyata kewangan sesebuah perniagaan? (i) Pemilik perniagaan Mengetahui kedudukan kewangan perniagaan. Menentukan hala tuju perniagaan. Mengetahui keberuntungan perniagaan atau pulangan yang akan diperoleh. (2 markah) Modul A+ Pnigaan Tg5 B4 3rd.indd 65 2/10/2022 10:32:01 AM


67 BAB 4 (c) Sekiranya anda ingin membuat pelaburan, syarikat yang manakah anda pilih? Berikan alasan anda. KBAT Menganalisis Saya memilih Syarikat Kejora Sdn. Bhd. kerana bagi setiap RM1 yang dilaburkan, Syarikat Kejora Sdn. Bhd. memperoleh untung bersih sebanyak 34 sen berbanding Syarikat Kemboja Sdn. Bhd. memperoleh hanya 30.45 sen. Hal ini menunjukkan Syarikat Kejora Sdn. Bhd. lebih cekap membuat pelaburan perniagaan. Selain itu, kos pengendalian syarikat yang lebih rendah dan tahap keuntungan syarikat yang lebih tinggi. (3 markah) Bahagian B Jawab semua soalan. 1. Gambar berikut menunjukkan suatu proses pengeluaran minyak masak kelapa sawit. (a) Berdasarkan gambar di atas, huraikan kos pengeluaran yang terlibat. Kos tetap seperti kilang, sewa, mesin dan insurans. Kos ini adalah tidak berubah mengikut perubahan tingkat pengeluaran dan tidak dipengaruhi oleh kuantiti minyak masak kelapa sawit yang dihasilkan. Kos tetap adalah sama walaupun pengeluaran minyak masak kelapa sawit bertambah atau berkurang. Kos berubah seperti kos kelapa sawit, duti atas kelapa sawit, upah dan gaji pekerja kilang minyak masak kelapa sawit. Kos ini adalah berubah mengikut perubahan tingkat pengeluaran dan dipengaruhi oleh kuantiti minyak masak kelapa sawit yang dihasilkan. Kos akan bertambah apabila pengeluaran minyak masak kelapa sawit bertambah dan sebaliknya. (6 markah) (b) Sekiranya kos tetap RM150 000, kos berubah sebotol RM8 dan harga sebotol RM13. Berapakah Titik Pulang Modal (TPM) pengeluaran minyak masak kelapa sawit tersebut? Jelaskan pengiraan TPM tersebut. Langkah pengiraan: TPM = Kos Tetap Harga – Kos berubah sebotol = RM150 000 RM13 – RM8 = RM100 000 RM5 = 30 000 botol Modul A+ Pnigaan Tg5 B4 3rd.indd 67 2/10/2022 10:32:02 AM


68 BAB 4 Analisis: Jumlah minyak masak yang perlu dijual oleh pengeluar minyak masak kelapa sawit untuk mendapat pulang modal adalah sebanyak 30 000 botol. Jumlah hasil jualan sama dengan jumlah kos atau jumlah hasil cukup menampung jumlah kos. Hal ini menunjukkan tiada keuntungan diperoleh dan tidak mengalami kerugian. Kuantiti minyak masak kelapa sawit kurang daripada 30 000 botol akan menyebabkan perniagaan mengalami kerugian. Kuantiti minyak masak kelapa sawit lebih daripada 30 000 botol akan memberi keuntungan kepada perniagaan. (5 markah) (c) Mengapakah perniagaan terus beroperasi walaupun mengalami kerugian dalam jangka pendek? KBAT Menganalisis Jumlah hasil masih mampu membiayai kos berubah atau menampung sebahagian kos tetap. Kerugian kemungkinan lebih besar jika operasi diberhentikan manakala meneruskan operasi untuk mengurangkan kerugian. Perniagaan masih perlu menanggung kos tetap. Perniagaan akan kehilangan pelanggan dan pelanggan beralih kepada pengeluar lain. Imej perniagaan akan terjejas jika operasi diberhentikan. Perniagaan terpaksa melatih tenaga pekerja semula jika operasi diteruskan semula. (4 markah) 2. Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Musa, pengusaha kedai membaiki kereta. Encik Musa berkelulusan dalam bidang automotif daripada UiTM, Shah Alam, Selangor. Beliau memohon agar alat-alat ganti kereta dibekalkan secara kredit oleh pembekalnya. Pembekalnya meminta beliau menyediakan Penyata Kewangan perniagaan untuk diteliti sebelum membenarkan pembelian secara kredit. Berikut adalah beberapa maklumat yang diambil daripada rekod perniagaan Encik Musa. Kos jualan Untung bersih Inventori pada 1 Julai 2020 Inventori pada 31 Jun 2021 Aset semasa Liabiliti semasa Modal pada 1 Julai 2020 RM 9 000 10 000 5 000 4 000 50 000 5 000 50 000 (a) Tafsir analisis nisbah berikut: (i) Pulangan atas modal Langkah pengiraan: Pulangan atas modal = Untung bersih Modal awal × 100% = RM10 000 RM5 000 × 100% = 20% Analisis: Bagi setiap RM1 modal yang dilaburkan, untung bersih yang diperoleh perniagaan Encik Musa ialah 20 sen. (3 markah] Modul A+ Pnigaan Tg5 B4 3rd.indd 68 2/10/2022 10:32:02 AM


70 BAB 4 Bahagian C (Kajian Kes) Berdasarkan kes di bawah, jawab soalan-soalan yang berikut. Perniagaan Kasutku menjalankan perniagaan membuat kasut di Balik Pulau, Pulau Pinang. Perniagaan ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 2019 dengan modal peribadi sebanyak RM65 000 dan pinjaman sebanyak RM20 000. Operasi perniagaan Kasutku dibantu oleh 10 orang pekerja yang dibayar gaji antara RM1 200 hingga RM2 500 seorang. Kasutku mendapat bekalan bahan mentah daripada pembekal secara kredit. Berikut adalah maklumat kewangan bagi perniagaan Kasutku pada 30 Jun 2021. Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2021 Aset Bukan Semasa RM RM Ekuiti Pemilik RM Mesin 50 000 Modal awal 65 000 Lengkapan 12 000 Tambah: Untung bersih 21 000 Alatan pejabat 10 000 86 000 72 000 Tolak: Ambilan 2 000 Aset Semasa Modal akhir 84 000 Inventori bahan langsung 8 000 Liabiliti Bukan Semasa Inventori barang siap 12 000 Pinjaman 20 000 Akaun belum terima 3 000 Liabiliti Semasa Bank 20 000 Akaun belum bayar 7 500 Tunai 900 43 900 115 900 115 900 Analisis Nisbah Asas Kasutku dari tahun 2019 hingga 2020 Nisbah 2019 2020 Nisbah Kecairan Nisbah semasa 1.1 : 1 1.3 : 1 Nisbah Kecekapan Pusing ganti stok 1.2 1.4 Nisbah Untung Peratus pulangan modal 21% 25% Maklumat Tambahan: (i) Inventori awal bahan langsung RM5 000 (ii) Inventori awal barang siap RM8 000 (iii) Kos jualan RM28 000 1. Apakah kegunaan Kunci Kira-kira kepada perniagaan Kasutku? Mengetahui kedudukan kewangan sesebuah perniagaan, aset perniagaan, aset semasa dan aset bukan semasa. Mengetahui jumlah tanggungan perniagaan, ekuiti pemilik, liabiliti semasa, liabiliti bukan semasa. Mengetahui tanggungan atau hutang perniagaan kepada pihak luar. Mengetahui komponen ekuiti pemilik menerusi modal yang disumbangkan, untung bersih atau rugi bersih daripada kegiatan perniagaan. (2 markah) Modul A+ Pnigaan Tg5 B4 3rd.indd 70 2/10/2022 10:32:02 AM


BAB 6 106 BAB 6: Persediaan Memulakan Perniagaan B Akta Penubuhan Perniagaan Tahap Penguasaan Tafsiran 1 Menyatakan akta-akta yang terlibat dalam penubuhan perniagaan. Nyatakan akta-akta yang terlibat dalam penubuhan perniagaan. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 Akta Syarikat 2016 Tahap Penguasaan Tafsiran 2 Menghuraikan tanggungjawab pemilik mendaftarkan perniagaan. Terangkan tanggungjawab pemilik setelah mendaftarkan perniagaan. Tanggungjawab pemilik Huraian Mempamerkan sijil Mempamerkan sijil pendaftaran perniagaan di tempat yang mudah dilihat dengan jelas. Mempamerkan papan tanda perniagaan Mempamerkan papan tanda yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Nama dan nombor pendaftaran Setiap dokumen rasmi perniagaan perlu ada nama dan nombor pendaftaran perniagaan seperti pada resit dan invois Tahap Penguasaan Tafsiran 3 Menghasilkan senarai kesalahan yang sering dilakukan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Dengan berpandukan majalah, surat khabar dan sebagainya, anda diminta menyenaraikan kesalahan yang sering dilakukan oleh milikan tunggal dan perkongsian di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Sijil Pendaftaran sudah tamat tempoh. Tidak mempamerkan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan. Tidak mempamerkan papan tanda nama dan nombor pendaftaran perniagaan. Tidak memperbaharui sijil perakuan pendaftaran. Tidak mengemukakan butir-butir perubahan perniagaan. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Modul A+ Pnigaan Tg5 B6 2nd.indd 106 2/10/2022 10:35:17 AM


BAB 6 107 Tahap Penguasaan Tafsiran 4 Menganalisis kesalahan berkaitan penubuhan syarikat yang dialami oleh sesebuah perniagaan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan berkaitan penubuhan syarikat yang dialami oleh perniagaan yang berikut. Situasi Kesalahan Syarikat Raudah Sdn. Bhd. masih belum mengadakan mesyuarat agung tahunan sehingga melepasi tarikh yang terakhir diadakan. Kegagalan syarikat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat. Syarikat PPP Sdn. Bhd. belum membentangkan laporan kewangan pada mesyuarat agung tahunan. Kegagalan pengarah syarikat membentangkan penyata kewangan yang diaudit dalam Mesyuarat Agung Tahunan syarikat. Tahap Penguasaan Tafsiran 5 Mereka satu carta alir proses penubuhan syarikat. Reka satu carta alir proses penubuhan syarikat persendirian. 1. Permohonan carian nama syarikat. 3. Notis pemerbadanan syarikat akan dikeluarkan oleh SSM apabila dokumen yang telah dimajukan adalah sempurna dan mematuhi prosedur yang ditetapkan. 2. Permohonan pemerbadanan syarikat menggunakan borang permohonan pendaftaran sesebuah syarikat (Seksyen 14) di bawah Akta Syarikat 2016. 4. Permohonan perlantikan setiausaha syarikat hendaklah dilakukan dalam tempoh 30 hari selepas pemerbadanan sesebuah syarikat. Modul A+ Pnigaan Tg5 B6 2nd.indd 107 2/10/2022 10:35:18 AM


BAB 6 113 Tahap Penguasaan Tafsiran 3 Mengaplikasikan aspek-aspek pemasaran dan jualan dalam sesebuah perniagaan. Puan Naemah merupakan seorang usahawan jus minuman yang mengeluarkan pelbagai perisa jus asli. Terangkan aspek-aspek pemasaran dan jualan dalam sesebuah perniagaan. Aspek Huraian Produk Produk yang dikeluarkan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Mempunyai ciri-ciri kekuatan dan bentuk fizikal bagi produk yang ditawarkan. Promosi Satu proses, cara atau kaedah untuk memberitahu, menyedarkan, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Tahap Penguasaan Tafsiran 4 Mencerakin aspek-aspek dan jualan dalam sesebuah perniagaan terkenal. Baca maklumat berikut dan jawab soalan yang berikut. Permintaan tudung pada masa kini amat memberangsangkan. Banyak usahawan menceburi perniagaan tudung begitu juga dengan Cik Atirah. Cik Atirah merupakan pengeluar tudung terbesar di utara tanah air. Pelbagai jenis, saiz dan warna tudung dipasarkan. Jualan tudung beliau mendapat permintaan yang tinggi kerana harga yang dijual adalah murah dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Cik Atirah juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dan melalui ejen. Penjualan tudung sering diiklankan di akhbar tempatan dan media sosial. Anda dikehendaki mencerakinkan aspek-aspek pemasaran dan jualan dalam perniagaan tersebut. Aspek Huraian Produk Produk yang dikeluarkan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Tempat Melalui media sosial dan ejen. Promosi Memperkenalkan kepada orang ramai melalui akhbar dan media sosial. Harga Penetapan harga penembusan pasaran, iaitu menawarkan harga jualan yang rendah. Modul A+ Pnigaan Tg5 B6 2nd.indd 113 2/10/2022 10:35:18 AM


131 Kertas Model SPM 1. Apakah tujuan perniagaan? I Melatih tenaga kerja mahir II Melakukan pertukaran nilai III Menyediakan barang dan perkhidmatan IV Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 2. Apakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding perniagaan milikan tunggal? A Tanggungan terhad B Berkongsi kepakaran C Perniagaan berterusan D Mudah untuk membuat keputusan 3. Antara berikut, yang manakah benar tentang perniagaan bersaiz sederhana yang terlibat dalam aktiviti pengilangan? A Jumlah jualan tahunan RM15 juta hingga kurang daripada 50 juta B Bilangan pekerja tetap 75 orang hingga kurang daripada 150 orang C Jumlah jualan tahunan melebihi 3 juta hingga kurang daripada 20 juta D Bilangan pekerja tetap melebihi 30 orang hingga kurang daripada 75 orang 4. Maklumat berikut berkaitan dengan skala perniagaan. Pak Akob membekalkan hasil pertaniannya kepada peniaga-peniaga di seluruh Malaysia. Apakah jenis skala perniagaan tersebut? A Zon B Global C Tempatan D Kebangsaan 5. Agensi kerajaan yang manakah membantu peniaga tempatan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D)? A MPC B MARA C MARDI D MATRADE 6. Gambar di bawah menunjukkan sejenis aktiviti. Apakah sektor perniagaan yang terlibat dalam aktiviti di atas? A Sektor tertier B Sektor primer C Sektor sekunder D Sektor domestik 7. Apakah faktor yang menyebabkan pengangguran bermusim berlaku? A Pekerja tamat kontrak B Kemahiran pekerja tidak diperlukan C Majikan tidak mampu membayar gaji pekerja D Perniagaan mengutamakan penggunaan teknologi 8. Apakah kesan deflasi? A Kuasa beli pengguna meningkat B Aktiviti perniagaan berkembang maju C Wujud lambakan barang dalam pasaran D Guna tenaga penuh pada tahap maksimum 9. Pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan analisis SWOT. A Kekuatan dan kelemahan ialah komponen analisis luaran B Kekuatan dan ancaman ialah komponen analisis dalaman C Peluang dan ancaman ialah komponen untuk analisis luaran D Peluang dan ancaman ialah komponen untuk analisis dalaman Kertas 1 Masa: 1 jam 15 minit Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Tiap-tiap soalan berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Kertas Model Kertas Model SPM SPM Modul A+ Pnigaan Tg5 KM 2nd.indd 131 2/10/2022 10:37:42 AM


135 Kertas Model SPM Kertas 2 Bahagian A Masa: 2 jam 15 minit (50 markah) Bahagian ini mengandungi 6 soalan. Pilih 5 soalan sahaja. 1. (a) Jelaskan maksud perniagaan. Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang dan perkhidmatan antara penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. (3 markah) (b) Gambar di bawah menunjukkan dua jenis penawaran barang dan perkhidmatan. A B Senaraikan dua perbezaan antara dua jenis penawaran barang dan perkhidmatan di atas. A B Organisasi bermotifkan untung (OBU) Organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) Mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan Memenuhi keperluan awam dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, keagamaan, sosial dan budaya. (4 markah) (c) Nyatakan tiga komponen dalam konsep asas perniagaan. Barang dan perkhidmatan Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna Pertukaran nilai Keuntungan kepada perniagaan Penjual dan pembeli Kontrak perniagaan (3 markah) 2. (a) Gambar di bawah menunjukkan bentuk pemilikan perniagaan. Nyatakan dan jelaskan bentuk perniagaan di atas. Bentuk perniagaan ialah perkongsian. Perkongsian merupakan kerjasama antara dua atau lebih individu bagi menjalankan perniagaan. (3 markah) Modul A+ Pnigaan Tg5 KM 2nd.indd 135 2/10/2022 10:37:43 AM


138 Kertas Model SPM(ii) Lesen perisian Perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna perisian. Penggunaan perisian tanpa lesen merupakan satu jenayah pemerdagangan. Usahawan boleh mendapatkan perisian tulen dan mengelakkan diri daripada dikenakan saman serta melindungi nama baik perniagaan. (2 markah) 6. (a) Berikan definisi dan nyatakan jenis penyata kewangan. Satu bentuk laporan yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu seperti penyata pendapatan, kunci kira-kira dan penyata aliran tunai. (4 markah) (b) Terangkan maksud hasil dan belanja dalam penyata kewangan. Hasil ialah pendapatan yang diterima oleh perniagaan. Contohnya menerima komisen dan sewa. Belanja ialah kos yang dibayar dalam perniagaan. Contohnya bayaran insurans, gaji dan sewa. (4 markah) (c) Senaraikan dua jenis stok. Stok bergerak pantas Stok bergerak perlahan (2 markah) Bahagian B [30 markah] Bahagian ini mengandungi 3 soalan. Pilih 2 soalan sahaja. 7. (a) Gambar di bawah menunjukkan satu bentuk pemilikan perniagaan. Berikan empat kelebihan pemilikan perniagaan di atas. Modal lebih besar Menikmati ekonomi bidangan Liabiliti terhad Kewujudan kekal (4 markah) Modul A+ Pnigaan Tg5 KM 2nd.indd 138 2/10/2022 10:37:44 AM


141 Kertas Model SPM Bahagian C [20 markah] Jawab semua soalan. 10. Baca maklumat di bawah dan jawab soalan yang berikut. Encik Eusof mengusahakan warung menjual nasi lemak di Cheras bersama isterinya, Puan Eisha. Nasi lemak mereka mendapat sambutan hangat daripada penduduk berdekatan dan juga pekerja pejabat di situ. Antara tarikan warungnya ialah dia menjual pelbagai jenis sambal. Seorang pelanggan tetapnya mencadangkan agar mereka mengusahakan penjualan sambal secara besar-besaran. Idea ini telah mendorong Puan Eisha untuk membuat perubahan pada perniagaan mereka. Beliau hendak mengembangkan perniagaannya ke tahap yang lebih mencabar. Beliau mula menetapkan sasaran untuk membawa produk mereka ke seluruh negara. Puan Eisha membina sebuah kilang kecil di belakang rumahnya untuk membungkus sambal dengan menggunakan label ‘Sambal Kasih Ibu’. Anak mereka, Fatima, mencadangkan agar ibunya membuat promosi yang agresif. Fatima juga telah memperkenalkan ‘Sambal Kasih Ibu’ kepada kawan-kawannya. Usaha ini telah membuahkan kejayaan yang amat memberangsangkan. Lantaran itu, Puan Eisha ingin membesarkan lagi perusahaan kecil mereka itu. Perkembangan perniagaan hanya boleh dilakukan dengan adanya wang modal yang mencukupi. Fatima membantu ibu bapanya menyediakan Rancangan Perniagaan kerana dia sedar kepentingan dokumen ini. Mereka sepakat berikhtiar dan tidak akan berputus asa untuk mengejar kejayaan yang diimpikan selama ini untuk membawa ’Sambal Kasih Ibu’ ke seluruh negara. (a) Jelaskan bentuk perniagaan yang diusahakan oleh Encik Eusof di kampungnya. Perniagaan milikan tunggal Dimiliki dan diusahakan sepenuhnya oleh Encik Eusof dan keluarga. (2 markah) (b) Huraikan dengan jelas skala perniagaan yang disasarkan oleh Puan Eisha. Skala domestik kebangsaan. Menikmati pasaran yang lebih besar. Menjual sambal ke seluruh negara. Berharap dapat menikmati faedah ekonomi bidangan dengan mengeluarkan produk dalam skala besar. (4 markah) (c) (i) Mengapakah kejayaan Fatima menjual produk keluarga mereka ini telah mendorong Puan Eisha untuk memperbesar lagi perniagaannya? Puan Eisha sedar ada pasaran terhadap produknya Meramalkan kejayaan pada masa hadapan Puan Eisha sedar bahawa pengeluaran banyak akan membolehkannya menikmati faedah ekonomi bidangan. Puan Eisha percaya pada kejayaan fungsian promosi. (4 markah) Modul A+ Pnigaan Tg5 KM 2nd.indd 141 2/10/2022 10:37:44 AM


J1 Jawapan BAB 1 Pengurusan Sumber Manusia 1.0 Pengenalan 1. modal insan 2. tenaga kerja, pembahagian kerja 3. dirangka, dirancang, dilaksanakan 1.1 Definisi Pengurusan Sumber Manusia 1. pembangunan 2. menarik, membangun, mengekalkan 3. (a) mencukupi (b) kebajikan (c) prestasi (d) motivasi (e) Mengagih (f) latihan 1.2 Peranan Pengurusan Sumber Manusia dalam Sesebuah Perniagaan 1. berterusan 2. merancang, mengorganisasi, memimpin, mengawal 3. (a) bilangan, deskripsi, kontrak (b) petunjuk, pengetahuan, pengalaman, kemahiran (c) Memantau, bermutu (d) berterusan, khusus (e) kondusif, tekanan (f) beretika, berintergriti, kesetiaan (g) latihan, kursus, pencapaian (h) menarik, adil, kesihatan, kebajikan (i) penamatan kontrak kerja secara sukarela, tindakan disiplin, pemecatan, pembaziran 1.3 Aplikasi Pengurusan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan yang Mampan 1. nilai 2. prestasi, penarafan 3. kualiti 4. program kompetensi, prestasi, pekerja 1.4 Aspek Pengelolaan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan 1. sumber manusia, strategi, perniagaan 2. mutu (a) Penempatan pekerja dan fasiliti (b) Standard prosedur operasi tugas (c) Sistem penggajian (d) Penghargaan dan hukuman (e) Penyelesaian masalah 1.5 Hubungkait antara Kemahiran Kebolehkerjaan Pekerja dengan Kejayaan Sesebuah Perniagaan 1. mampu kerja, kemahiran, kebolehan, majikan 2. (a) bertindak, kesannya (b) pengetahuan, pembaharuan, kemajuan (c) saintifik, canggih, pengurusan (d) berterusan, penyelesaian, organisasi 3. (a) jawatan, hierarki (b) ilmu, kos, masa (c) lancar, sempurna (d) baik, pemahaman (e) memajukan, latar belakang 1.6 Mencipta Satu Struktur Organissi dalam Sesebuah Perniagaan 1. panduan 2. keperluan 3. produk 4. (a) Pengurus Pengeluaran. Pengurus Kewangan, Pengurus Pemasaran, Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan, Pengurus Sumber Manusia (b) Pengurus Produk A, Pengurus Produk B, Pengurus Produk C, Pengurus Produk D, Pengurus Produk E (c) Pengurus Wilayah Utara, Pengurus Wilayah Selatan, Pengurus Wilayah Timur, Pengurus Wilayah Sabah, Pengurus Wilayah Sarawak. (d) Perkhidmatan kaunter, Perkhidmatan mesin ATM, Perkhidmatan pelabuhan, Perkhidmatan pinjaman kenderaan, Perkhidmatan peti simpanan 1.7 Sistem Penggajian bagi Sesebuah Organisasi 1. Gaji Upah (a) tetap sementara (b) bulanan jam, hari 2. (a) Menarik (b) Mengekalkan (c) Memotivasikan 3. gaji asas, faedah 4. gaji asas 5. (a) majikan, pekerja (b) faedah (c) premium, risiko (d) kebimbangan, produktiviti (e) majikan, pekerja (f) prestasi (g) dibiayai, keluarga (h) keyakinan (i) kuantiti (j) melanjutkan (k) perkhidmatan (j) tempat tinggal 6. (a) Kemampuan Organisasi (b) jenis tugas (c) Undang-undang dan peraturan (d) pesaing (e) penawaran buruh 7. (a) kewangan (b) mencabar, tanggungjawab (c) kadar bayaran (d) memotivasi, mengekalkan (e) organisasi, kadar bayaran (f) sara hidup, lebih tinggi Soalan Berformat SPM Kertas 1 1. C 2. C 3. C 4. B 5. A 6. C 7. C 8. A 9. B 10. C 11. B 12. C 13. C 14. D 15. A 16. C 17. A 18. C 19. D 20. B Kertas 2 Bahagian A 1. (a) F1 – Memastikan sumber bilangan pekerja sentiasa mencukupi untuk pengoperasian perniagaan. (1m) F2 – Dapat melakukan pemantauan terhadap prestasi sumber manusia untuk membolehkan penambahbaikan prestasi dilakukan sekiranya diperlukan. (1m) F3 – Mengagihkan pekerja secara berkesan, mengikut kepakaran dan pengalaman untuk peningkatan prestasi organisasi perniagaan. (1m) (b) F1 – Kemahiran berkomunikasi: (1m) H – Dapat menyampaikan maklumat dan arahan dengan jelas dan berkesan. (1m) F2 – Kerja berpasukan: (1m) H – Berupaya bekerjasama dengan pekerja lain dalam organisasi. (1m) F3 – Penyelesaian masalah: (1m) H – Berupaya menyelesaikan masalah dengan berkesan. (1m) F4 – Berinisiatif dan sikap keusahawanan: (1m) H – Ada keinginan dan usaha untuk membaiki diri dan mutu organisasi berlandaskan nilai-nilai murni. (1m) F5 – Perancangan dan pengurusan diri: (1m) Modul A+ Pnigaan Tg5 Jaw 3rd.indd 1 2/10/2022 10:38:58 AM


Click to View FlipBook Version