The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2023-07-13 00:32:48

Topikal UASA A+ Geografi Tingkatan 3

Topikal UASA A+ Geografi Tingkatan 3

Keywords: Topikal UASA A+ Geografi Tingkatan 3,Geografi Tingkatan 3,UASA Geografi,Geografi Tg3,UASA Geografi Tingkatan 3,UASA,UASA Geo Tg 3,Topikal Geografi Tingkatan 3,Topikal UASA

Nota Ekspres...................................................N1 – N30 BAB 1 Jadual dan Graf................................. 1 – 5 1.1 Ciri-ciri dan Kegunaan Jadual 1.2 Ciri-ciri dan Kegunaan Graf 1.3 Langkah-langkah Membina Jadual 1.4 Langkah-langkah Membina Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan 1.5 Mentafsir Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan BAB 2 Carta Pai ........................................... 6 – 11 2.1 Ciri-ciri dan Kegunaan Carta Pai 2.2 Langkah-langkah Membina Carta Pai 2.3 Mentafsir Carta Pai BAB 3 Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap Kepelbagaian Tumbuhtumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar................................................... 12 – 17 3.1 Faktor-faktor Persekitaran Fizikal yang Mempengaruhi Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar 3.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar BAB 4 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia.....................................18 – 24 4.1 Jenis dan Taburan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia 4.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tumbuhtumbuhan Semula Jadi di Malaysia 4.3 Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia 4.4 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuhtumbuhan Semula Jadi di Malaysia BAB 5 Hidupan Liar di Malaysia..........25 – 30 5.1 Hidupan Liar di Malaysia 5.2 Kepentingan Hidupan Liar di Malaysia 5.3 Kegiatan Manusia yang Mengancam Hidupan Liar di Malaysia 5.4 Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar di Malaysia BAB 6 Sumber Semula Jadi di Malaysia.....................................31 – 34 6.1 Sumber Semula Jadi di Malaysia 6.2 Taburan Sumber Boleh Baharu dan Sumber Tidak Boleh Baharu di Malaysia 6.3 Kepentingan Sumber Semula Jadi dalam Pembangunan Ekonomi di Malaysia BAB 7 Kegiatan Ekonomi di Malaysia.....................................35 – 40 7.1 Jenis Kegiatan Ekonomi di Malaysia 7.2 Taburan Kegiatan Ekonomi Utama di Malaysia 7.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi di Malaysia 7.4 Kepentingan Kegiatan Ekonomi di Malaysia BAB 8 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia ...... 41 – 43 8.1 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia 8.2 Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia BAB 9 Sumber Semula Jadi Utama dan Kerjasama Ekonomi di Dunia..44 – 48 9.1 Taburan Sumber Semula Jadi Utama di Dunia 9.2 Krisis Sumber Semula Jadi di Dunia 9.3 Contoh Kerjasama Ekonomi Antarabangsa 9.4 Kepentingan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa BAB 10 Sumber Hutan...............................49 – 53 10.1 Sumber Hutan 10.2 Kepentingan Pengurusan Sumber Hutan di Malaysia 10.3 Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber Hutan di Malaysia 10.4 Peranan Agensi dalam Pengurusan Hutan di Malaysia BAB 11 Kitar Semula..................................54 – 58 11.1 Elemen Kitar Semula 11.2 Kepentingan Amalan Kitar Semula 11.3 Amalan Kitar Semula di Malaysia 11.4 Amalan Kitar Semula di Negara-negara Lain Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) ........... 59 – 66 Jawapan................................................................67 – 88 Kandungan ii 00 Kand Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 2 21/06/2023 2:24 PM


BAB 1 Jadual dan Graf 1.1 Ciri-ciri dan Kegunaan Jadual Ciri-ciri Jadual Mempunyai tajuk, data dan maklumat dan sumber yang bersesuaian. Kegunaan Jadual 1. Data dan maklumat dalam jadual digunakan untuk menghasilkan graf mengikut kesesuaian. 2. Digunakan untuk melihat perubahan dan pertalian antara dua set maklumat. 3. Pengkelasan maklumat dalam jadual adalah lebih tersusun dan mudah menarik perhatian orang yang melihat. Kaedah Pengumpulan Maklumat 1. Kaedah pemerhatian: Kaedah pengumpulan maklumat paling cepat dan mudah dilakukan. 2. Kaedah temu bual: Kaedah pengumpulan maklumat secara lisan melalui perjumpaan atau soal jawab dengan seseorang. Kaedah ini sesuai untuk mendapatkan data berbentuk berita, pendapat dan nasihat. 3. Banci: Kaedah pengumpulan maklumat untuk mendapatkan jumlah tentang sesuatu perkara seperti umur, pekerjaan, pendapatan, bangsa dan jantina. Kaedah ini sering digunakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. 4. Soal selidik: Borang soal selidik diedarkan kepada orang ramai. Borang ini perlu dipulangkan semula. 5. Rujukan kepustakaan: Kaedah pengumpulan maklumat untuk merujuk bahan yang sudah diterbitkan seperti buku, majalah, risalah, keratan akhbar, laman web atau cakera padat. 1.2 Ciri-ciri dan Kegunaan Graf Graf Bar Mudah Ciri-ciri: 1. Graf terdiri daripada paksi menegak, paksi mendatar, tajuk dan petunjuk. 2. Bar dilukis secara menegak atau mendatar. 3. Ketinggian bar mewakili kuantiti sesuatu komponen. Kegunaan graf: Graf ini digunakan untuk mempersembahkan data yang boleh dikira seperti orang, kereta, rumah dan lain-lain. Graf Garisan Mudah Ciri-ciri: 1. Graf dilukis secara garisan yang panjang. 2. Garisan yang curam menggambarkan perubahan yang besar manakala garisan yang landai menggambarkan perubahan yang kecil. 3. Garisan mendatar menunjukkan tiada perubahan pada nilai data dalam tempoh masa tertentu. Kegunaan graf: 1. Graf garisan digunakan untuk menunjukkan sesuatu perkara yang mengalami perubahan jumlah atau nilai yang berterusan. 2. Data yang dipersembahkan adalah berkaitan dengan min suhu bulanan, perubahan penduduk, jualan barang atau produk dan pengeluaran hasil tanaman. Graf Gabungan Ciri-ciri: 1. Merupakan gabungan graf bar mudah dan graf garisan. 2. Menunjukkan dua maklumat yang berlainan dalam satu graf. Kegunaan graf: 1. Menunjukkan perubahan atau perbezaan antara dua perkara yang saling berkaitan. 2. Graf ini sesuai digunakan untuk suhu dan hujan, harga jualan dan pengeluaran. Nota Ekspres TEMA: KEMAHIRAN GEOGRAFI N1Nota Ekspres 00 Nota Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 1 26/06/2023 4:20 PM


1.3 Langkah-langkah Membina Jadual Langkah 1: Data dan maklumat yang diperoleh harus disusun dalam bentuk jadual supaya mudah dibaca, difahami dan ditafsir. Langkah 3: Ringkaskan jadual dalam bentuk yang lebih mudah. Langkah 2: Bina jadual kekerapan. 1.4 Langkah-langkah Membina Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan Membina Graf Bar Mudah Langkah 1: (a) Lukis paksi mendatar dan paksi menegak di atas kertas graf. (b) Labelkan paksi menegak dan paksi mendatar. (c) Pilih skala yang sesuai. (d) Tandakan skala pada paksi menegak. (e) Contoh skala: 1 sentimeter mewakili seorang murid. Langkah 2: (a) Lukis bar berdasarkan data dalam jadual. (b) Tinggi bar menunjukkan bilangan murid. Langkah 3: (a) Lorek atau warnakan setiap bar. (b) Labelkan paksi mendatar, paksi menegak, skala graf dan tajuk. (c) Sediakan petunjuk bagi setiap bar. Graf Bar Mudah Membina Graf Garisan Mudah Langkah 1: (a) Lukis paksi menegak dan paksi mendatar di atas kertas graf. (b) Tentukan perwakilan bagi setiap paksi. (c) Pilih skala yang sesuai. (d) Contoh skala: 1 sentimeter mewakili 100 000 orang Langkah 2: (a) Tandakan titik di atas kertas graf bagi mewakili data dalam jadual. Langkah 3: (a) Sambungkan semua titik yang ditandakan dengan satu garisan. (b) Labelkan paksi menegak dan paksi mendatar. (c) Letakkan tajuk yang sesuai. Graf Garisan Membina Graf Gabungan Langkah 1: (a) Lukiskan paksi menegak dan paksi mendatar di atas kertas graf. (b) Paksi menegak di sebelah kanan mewakili suhu bulanan. (c) Paksi menegak di sebelah kiri mewakili jumlah hujan bulanan. (d) Paksi mendatar mewakili bulan Januari hingga Disember. N2 Nota Ekspres 00 Nota Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 2 26/06/2023 4:20 PM


Langkah 2: (a) Kenal pasti nilai maksimum dan nilai minimum bagi hujan dan suhu. (b) Pilih skala yang sesuai bagi kedua-kedua jenis maklumat. (c) Tandakan skala untuk taburan hujan pada paksi menegak di sebelah kiri dan tandakan skala untuk min suhu pada paksi menegak di sebelah kanan. (d) Contoh skala : 1 sentimeter mewakili 25 mm atau 1 sentimeter mewakili 5°C Langkah 3: (a) Lukiskan bar jumlah hujan bagi setiap bulan. (b) Plot nilai suhu pada bahagian tengah bar bagi setiap bulan dan sambungkan titik-titik tersebut. Langkah 4: (a) Lengkapkan graf dengan tajuk dan label. Graf Gabungan 1.5 Mentafsir Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan Langkah-langkah untuk mentafsir jadual, graf bar mudah, graf garisan mudah dan graf gabungan adalah seperti berikut: 1. Perhatikan tajuk. 2. Perhatikan maklumat dalam jadual. 3. Perhatikan paksi menegak dan paksi mendatar. 4. Kenal pasti dan huraikan nilai maksimum dan minimum data. 5. Huraikan aliran perubahan data (graf garisan mudah). 6. Huraikan isi tersirat berdasarkan data. 7. Buat rumusan secara keseluruhan. BAB 2 Carta Pai 2.1 Ciri-ciri dan Kegunaan Carta Pai Carta Pai Carta pai ialah sejenis perwakilan grafik untuk memaparkan pembahagian atau pecahan data dan maklumat dalam bentuk bulatan yang dibahagikan kepada beberapa sektor. 1. Ciri-ciri: (a) Setiap sektor mewakili maklumat tertentu. (b) Saiz sudut setiap sektor berdasarkan kuantiti maklumat. (c) Nilai setiap sudut dinyatakan dalam peratus (%). (d) Nilai keseluruhan bulatan ialah 360° yang mewakili 100%. (e) Mempunyai tajuk. (f) Mempunyai petunjuk. (g) Menyatakan jumlah keseluruhan kuantiti maklumat. 2. Kegunaan: (a) Mewakilkan data kepada informasi yang lebih mudah dan menarik. (b) Menunjukkan perbandingan data dan maklumat dengan lebih jelas. (c) Menggambarkan taburan data dan maklumat. (d) Membuat pembacaan yang lebih efektif. (e) Memudahkan rumusan dibuat. (f) Antara perwakilan data yang sesuai menggunakan carta pai: i. Sumbangan sektor ekonomi kepada pendapatan negara. ii. Negara asal pelancong ke Malaysia. iii. Destinasi import atau eksport Malaysia. N3Nota Ekspres 00 Nota Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 3 26/06/2023 4:20 PM


2.2 Langkah-langkah Membina Carta Pai Langkah 1: Tukarkan nilai mutlak dalam jadual kepada peratus. Langkah 2: Tentukan saiz sudut setiap sektor. Langkah 3: Tentukan jejari yang sesuai dan lukis sebuah bulatan dengan menggunakan jangka lukis. Langkah 4: Lukiskan jejari dari pusat bulatan tegak ke atas. Langkah 5: Lukiskan setiap sektor daripada nilai terbesar hingga nilai terkecil mengikut arah pusingan jam. Langkah 6: Warna atau lorekkan sektor dan tuliskan nilai peratus pada setiap sektor. Langkah 7: Lengkapkan carta pai dengan tajuk, petunjuk dan jumlah keseluruhan. 2.3 Mentafsir Carta Pai Langkah-langkah Mentafsir Carta Pai 1. Kenal pasti tajuk. 2. Kenal pasti sektor. 3. Nyatakan nilai keseluruhan dan nilai setiap sektor. 4. Nyatakan nilai sektor tertinggi dan terendah. 5. Nyatakan perbezaan nilai antara sektor. 6. Huraikan isi tersirat berdasarkan dapatan data. 7. Buat rumusan keseluruhan. BAB 3 Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar TEMA: GEOGRAFI FIZIKAL: TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR 3.1 Faktor-faktor Persekitaran Fizikal yang Mempengaruhi Kepelbagaian Tumbuhtumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar 1. Bentuk muka bumi • Merujuk kepelbagaian sesuatu permukaan daratan yang diukur dari aras laut. 2. Iklim • Merangkumi suhu, hujan, angin, tekanan udara, keadaan awan dan kelembapan udara serta cahaya matahari dalam tempoh yang panjang. 3. Saliran • Merujuk ciri-ciri pola aliran sungai dan cawangannya serta kuantiti air yang mengairi sesuatu kawasan bentuk muka bumi. 4. Tanih • Lapisan paling atas di permukaan bumi yang terhasil daripada dua bahan, iaitu bahan organik dan bahan bukan organik. 3.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar Bentuk Muka Bumi 1. Tanah pamah (a) Kawasan tanah pamah di Malaysia dan Amazon (Brazil) mempunyai Hutan Hujan Tropika. (b) Antara hidupan yang terdapat di Malaysia ialah pokok meranti, jelutong, cengal, merbau dan seraya. Antara tumbuhan yang hidup di Amazon ialah wimba, lapuna, ficus, getah dan Brazilian mahagoni. (c) Tanah pamah di Thailand, Laos, Myanmar, Filipina, India dan Bangladesh dilitupi Hutan Monsun Tropika yang ditumbuhi tumbuhan seperti jati, cendana, pyinkado, teak dan sal. (d) Tanah pamah di Kanada dilitupi Hutan Konifer. (e) Hidupan liar yang terdapat di Malaysia ialah gajah, harimau, badak sumbu, monyet, arnab, rusa dan musang. (f) Hidupan liar yang terdapat di Amazon seperti puma, jaguar, anakonda dan ikan pirana. Hutan Konifer N4Nota Ekspres 00 Nota Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 4 26/06/2023 4:20 PM


Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Buku Teks: m.s. 4 – 5 1.1 Ciri-ciri dan Kegunaan Jadual 1. Kaedah pengumpulan maklumat ini sering digunakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi mengumpulkan data penduduk. Apakah kaedah tersebut? A Temu bual C Banci B Soal selidik D Pemerhatian 2. Responden akan menjawab soalan yang dilampirkan dalam bentuk borang. Apakah kaedah tersebut? A Soal selidik B Temu bual C Rujukan kepustakaan D Banci Buku Teks: m.s. 6 – 8 1.2 Ciri-ciri dan Kegunaan Graf 3. Maklumat berikut berkaitan sebuah graf. Graf ini menampilkan dua jenis graf. Apakah graf yang berkaitan dengan maklumat di atas? A Graf bar mudah B Graf gabungan C Graf garisan D Carta pai 4. Bagaimanakah data berkaitan harga jualan dan pengeluaran dipersembahkan? A Graf bar mudah B Graf garisan mudah C Graf gabungan D Carta pai Buku Teks: m.s. 9 1.3 Langkah-langkah Membina Jadual 5. Selepas data dikumpulkan, maklumat akan dikemas kini. Maklumat dikemas kini dalam bentuk A Jadual B Graf bar mudah C Graf garisan D Jadual kekerapan 6. Berikut merupakan maklumat dalam jadual kekerapan. Bulan J F M A M J J O Jumlah 5 10 15 20 25 30 35 40 Apakah nilai data jadual kekerapan tersebut? A Lima B Sepuluh C Lima belas D Dua puluh Buku Teks: m.s. 10 – 13 Langkah-langkah Membina Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan 1.4 7. Apakah bahan penting yang digunakan untuk melukis graf? A Pensel B Kalkulator C Pembaris D Kertas graf BAB 1 Jadual dan Graf Nota Ekspres Soalan Objektif Tema: Kemahiran Geografi 1Bab 1 01 Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 1 26/06/2023 4:23 PM


Soalan Subjektif Jawab semua soalan. Buku Teks: m.s. 4 – 8 Ciri-ciri dan Kegunaan Jadual/ Ciri-ciri dan Kegunaan Graf 1.1/ 1.2 1. Jelaskan ciri serta kegunaan jadual dan graf. TP 2 Jenis Persembahan Data Ciri-ciri dan Kegunaan Jadual Ciri-ciri: Kegunaan: Graf bar mudah Ciri-ciri: Kegunaan: Graf garisan mudah Ciri-ciri: Kegunaan: Buku Teks: m.s. 14 – 16 Mentafsir Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan 1.5 8. Maklumat berikut berkaitan aliran perubahan data. Aliran perubahan data penting dalam mentafsir sesuatu. Apakah yang ditafsir oleh aliran perubahan data? A Graf bar mudah B Graf garisan mudah C Graf gabungan D Jadual 9. Dalam mentafsir jadual dan graf, isi tersirat boleh dikaitkan dengan maklumat dalam jadual atau graf. Apakah perkara yang boleh dikaitkan dengan isi tersirat? I Kepentingan II Kesan III Langkah mengatasi IV Nilai pada jadual atau graf A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 10. Graf bar di bawah berkaitan jenis pekerjaan penduduk Kampung Merbau. Apakah bidang pekerjaan yang banyak diceburi oleh penduduk Kampung Merbau? A Perikanan C Perindustrian B Perkhidmatan D Perlombongan TP2 Menguasai Belum menguasai 2Bab 1 01 Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 2 26/06/2023 4:23 PM


Graf gabungan Ciri-ciri: Kegunaan: Buku Teks: m.s. 9 1.3 Langkah-langkah Membina Jadual 2. Isi tempat kosong di bawah dengan langkah-langkah untuk membina jadual. TP 3 (a) (b) (c) Buku Teks: m.s. 10 – 13 1.4 Langkah-langkah Membina Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan 3. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. TP 3 (a) Graf bar mudah dan graf garisan mempunyai dua paksi, iaitu paksi menegak dan paksi . (b) Ketika membina graf bar mudah, paksi menegak biasanya mewakili orang. (c) Setelah bar dilukis, atau warnakan bar tersebut. (d) Penjelasan bagi setiap bar diterangkan melalui . (e) Graf garisan mudah dilukis bagi menunjukkan pada satu tempoh masa yang tertentu. (f) Graf garisan mudah diwakilkan melalui yang diplotkan. (g) Graf gabungan adalah gabungan antara dua jenis graf, iaitu graf bar mudah dan . (h) Menghubungkaitkan antara dua data. Contohnya jumlah hujan dan . TP3 Menguasai Belum menguasai 3Bab 1 01 Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 3 26/06/2023 4:23 PM


Buku Teks: m.s. 14 – 16 1.5 Mentafsir Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan Graf bar mudah di bawah merujuk kepada Soalan 4. 0 2 4 6 8 10 12 Bilangan murid (orang) Tempat Tinggal Murid Tingkatan 1 Maju Tempat tinggal Klang Petunjuk: Subang Jaya Puchong Petaling Jaya Rawang 4. Tafsirkan graf di atas. TP 4 5. Pada pendapat anda, apakah kepentingan graf gabungan dalam menyampaikan maklumat dan data? TP 5 KBAT Menilai TP4 Menguasai Belum menguasai TP5 Menguasai Belum menguasai 4Bab 1 01 Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 4 26/06/2023 4:24 PM


Soalan Esei Jawab semua soalan. Graf di bawah merujuk kepada Soalan 1. 0 2 4 6 8 10 12 Bilangan responden (orang) Kegiatan Ekonomi di Port Dickson Kegiatan Ekonomi Perindustrian Petunjuk: Pelancongan Pertanian Pendidikan Perikanan 1. (a) Jelaskan ciri-ciri dan kegunaan graf bar mudah. (b) Tafsirkan graf di atas. 2. (a) Sebelum membina jadual atau graf, pengumpulan maklumat perlu dilakukan. Jelaskan kaedah pengumpulan maklumat yang dilakukan sebelum membina jadual atau graf. (b) Mengapakah bancian penduduk dilakukan di Malaysia? 5Bab 1 01 Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 5 26/06/2023 4:24 PM


Pentaksiran Sumatif 1. Pasangan yang manakah betul berkaitan faktor persekitaran fizikal yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuhtumbuhan semula jadi dan hidupan liar? Faktor Persekitaran Fizikal Huraian A Iklim Ketinggian sesuatu permukaan daratan yang diukur dari aras laut B Saliran Gabungan beberapa elemen seperti suhu, hujan dan angin C Tanih Terdiri daripada bahan organik dan bukan organik D Bentuk muka bumi Kuantiti air yang mengairi sesuatu kawasan 2. Antara berikut, hidupan liar yang manakah hidup di kawasan bersaliran baik? I Badak sumbu II Moose III Burung shoebill IV Memerang A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 3. Pernyataan yang manakah berkaitan jenisjenis tanih? I Tanih podzol merupakan campuran tanah liat dan pasir II Tanih terra rossa merupakan tanih yang kering dan tandus III Bufallo grass hidup di kawasan bertanih chernozem IV Tikus jerboa hidup di kawasan bertanih aridisols A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4. Peta berikut menunjukkan taburan tumbuhtumbuhan di Semenanjung Malaysia. U B C D A Di manakah terletaknya hutan paya air masin? 5. Antara berikut, pernyataan yang manakah berkaitan dengan lapisan hutan hujan tropika? I Terbahagi kepada empat lapisan II Tumbuhan parasit terdapat di lantai hutan III Ketinggian pokok di lantai hutan kurang daripada 20 meter IV Lapisan kanopi menghalang cahaya matahari sampai ke lantai hutan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 59 PS Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 59 26/06/2023 4:33 PM


Pentaksiran Sumatif Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. Soalan 1 merujuk kepada jadual di bawah yang menunjukkan eksport terbesar Malaysia pada tahun 2017. Bil. Produk utama Nilai Eksport (Billion) 1 Barangan elektrik dan elektronik RM28.7 2 Minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit RM6.4 3 Gas asli cecair RM4.1 4 Petroleum mentah RM2.7 5 Kayu dan hasil keluaran kayu RM1.8 (Sumber: Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Bulanan Disember 2017, Jabatan Perangkaan Malaysia) 1. (a) Dengan menggunakan skala 1 cm mewakili RM5 Billion, bina satu graf bar mudah yang menunjukkan jumlah eksport utama Malaysia pada tahun 2017. [7 markah] 62 PS Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 62 26/06/2023 4:33 PM


Pentaksiran Sumatif Foto berikut menunjukkan akar jangkang bagi sejenis pokok di Malaysia. 2. (a) Tumbuhan di atas boleh dilihat di kawasan hutan di Malaysia. Di manakah tumbuhan ini boleh dilihat? [2 markah] (b) Jelaskan salah satu ciri-ciri hutan yang dinyatakan di (a). [3 markah] (c) Apakah kepentingan tumbuhan yang mempunyai akar pokok seperti dalam foto? [3 markah] (d) Apakah contoh tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan yang dinyatakan di (a)? [2 markah] 64 PS Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 64 26/06/2023 4:33 PM


Pentaksiran Sumatif Bahagian C [20 markah] Jawab dua soalan. 1. (a) Apakah kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia? [4 markah] (b) Bagaimanakah kegiatan manusia dapat menjejaskan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia? [6 markah] 2. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan sumber boleh baharu? [4 markah] (b) Jelaskan kepentingan sumber semula jadi dalam menjana ekonomi negara. [6 markah] 3. (a) Jelaskan ciri-ciri penyesuaian hidupan liar yang hidup di kawasan hutan daun luruh sederhana. [4 markah] (b) Apakah ciri-ciri tumbuh-tumbuhan di kawasan hutan konifer? [6 markah] 4. (a) Apakah maksud kitar semula? [5 markah] (b) Jerman merupakan negara yang melaksanakan kitar semula secara sistematik. Jelaskan amalan kitar semula di negara tersebut. [5 markah] 66 PS Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 66 26/06/2023 4:33 PM


BAB 1 Soalan Objektif 1. C 2. A 3. B 4. B 5. D 6. A 7. D 8. B 9. A 10. B Soalan Subjektif 1.1/1.2 1. Jenis Persembahan Data Ciri-ciri dan Kegunaan Jadual Ciri-ciri: Mempunyai tajuk, data dan maklumat dan sumber yang bersesuaian Kegunaan: Digunakan untuk menghasilkan graf mengikut kesesuaian. Graf bar mudah Ciri-ciri: Bar dilukis secara menegak atau mendatar. Ketinggian bar menunjukkan bilangan. Kegunaan: Untuk mempersembahkan data yang boleh dikira seperti orang dan kereta. Graf garisan mudah Ciri-ciri: Graf dilukis secara garisan yang panjang. Graf yang curam mewakili perubahan yang besar, manakala graf yang landai mewakili perubahan yang kecil. Kegunaan: Graf yang menunjukkan garisan yang mengalami perubahan secara berterusan. Graf gabungan Ciri-ciri: Gabungan graf bar mudah dan graf garisan. Menunjukkan dua maklumat yang berlainan dalam sebuah graf. Kegunaan: Menunjukkan maklumat tentang suhu dan hujan atau jualan dan pengeluaran. 1.3 2. (a) Data dan maklumat yang diperoleh harus disusun, difahami dan ditafsir. (b) Membina jadual kekerapan (c) Ringkaskan jadual dalam bentuk yang lebih mudah 1.4 3. (a) mendatar (b) bilangan (c) lorek (d) petunjuk (e) perubahan (f) titik (g) graf garisan mudah (h) min suhu 1.5 4. Graf bar menunjukkan tempat tinggal murid Tingkatan 1 Maju. Berdasarkan graf, murid paling banyak tinggal di Petaling Jaya, iaitu 10 orang murid. Seterusnya, tempat tinggal kedua terbanyak adalah di Subang Jaya, iaitu 7 orang murid. Murid yang tinggal di Puchong adalah sebanyak 6 orang. Terdapat juga murid yang datang dari Rawang, iaitu sebanyak 4 orang dan dari Klang sebanyak 3 orang. Murid dari Petaling Jaya paling banyak di dalam kelas Tingkatan 1 Maju. Sekolah ini berkemungkinan terletak di kawasan Petaling Jaya. Ini meningkatkan darjah ketersampaian murid ke sekolah. Sekolah ini juga mungkin mempunyai asrama. Oleh itu, murid dari Rawang dan Klang mungkin tinggal di asrama. 5. − Graf gabungan mempunyai dua jenis graf. − Maklumat yang dipersembahkan menunjukkan dua data yang berbeza, namun saling berkaitan. – Graf ini dapat menunjukkan perubahan atau perbezaan antara dua data yang saling berkaitan dengan mudah. − Contoh graf seperti jumlah hujan dan min suhu, harga jualan dan pengeluaran. Soalan Esei 1. (a) F1 Mempunyai paksi menegak, paksi mendatar, tajuk dan petunjuk F2 Bar dilukis secara menegak atau mendatar F3 Ketinggian bar mewakili kuantiti sesuatu komponen F4 Graf digunakan untuk mempersembahkan data yang boleh dikira F5 Graf menunjukkan perbezaan antara komponen yang dikaji (b) F1 Graf di atas menunjukkan kegiatan ekonomi di Port Dickson F2 Industri yang penting di Port Dickson ialah perindustrian, pelancongan, pertanian, pendidikan dan perikanan Jawapan 67 Jaw Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 67 26/06/2023 5:08 PM


F3 Kajian dilakukan dalam komuniti masyarakat setempat dengan menggunakan kaedah soal selidik F4 Terdapat 35 responden yang menjawab soal selidik ini F5 Industri terpenting ialah perindustrian dengan 11 responden F6 Industri kedua terpenting ialah pelancongan dengan sembilan responden F7 Seterusnya ialah pertanian dengan lapan responden F8 Diikuti oleh pendidikan dengan lima responden F9 Industri paling sedikit ialah perikanan dengan dua responden F10 Perindustrian dan pelancongan merupakan kegiatan ekonomi terpenting di Port Dickson 2. (a) F1 Kaedah pemerhatian H1a Mudah dan cepat H1b Mencatat maklumat yang hendak dikumpulkan F2 Kaedah temu bual H2a Dilakukan secara lisan H2b Maklumat yang dikumpulkan berkaitan dengan berita dan pendapat tentang sesuatu perkara F3 Banci H3a Berkaitan dengan sesuatu jumlah yang dikira H3b Digunakan Jabatan Perangkaan Malaysia H3c Antara data yang diperlukan ialah umur, pekerjaan, pendapat, bangsa dan jantina F4 Soal selidik H4a Mengedarkan borang soal selidik H4b Borang akan dikumpulkan semula F5 Rujukan kepustakaan H5 Merujuk bahan seperti buku, majalah, risalah, keratan akhbar, laman web dan cakera padat (b) F1 Untuk mengumpul maklumat berkaitan penduduk Malaysia C1 Contohnya peringkat umur, pekerjaan dan perkahwinan F2 Penting untuk mengkaji peluang ekonomi di negara kita F3 Digunakan untuk mengkaji tenaga kerja di negara kita F4 Untuk memastikan peluang untuk mengundi dalam pilihan raya BAB 2 Soalan Objektif 1. C 2. A 3. C 4. A 5. D 6. B 7. A 8. B 9. C 10. C Soalan Subjektif 2.1 1. (a) Carta pai ialah sejenis gambar rajah atau perwakilan graf untuk memaparkan pembahagian atau pecahan data dan maklumat dalam bentuk bulatan yang dibahagikan kepada beberapa sektor. (b) Ciri-ciri carta pai: − Setiap sektor mewakili maklumat tertentu − Saiz sudut setiap sektor berdasarkan kuantiti maklumat − Nilai setiap sektor dinyatakan dalam peratus (%) − Nilai keseluruhan bulatan ialah 360o yang mewakili 100% − Mempunyai tajuk − Mempunyai petunjuk − Menyatakan jumlah keseluruhan kuantiti maklumat Kegunaan carta pai: − Mewakilkan data kepada informasi yang lebih mudah dan menarik − Menunjukkan perbandingan data − Menggambarkan taburan data dan maklumat − Membuat pembacaan yang lebih efektif − Memudahkan rumusan dibuat − Sesuai untuk menunjukkan perwakilan data berkaitan negara asal pelancong yang datang ke Malaysia, destinasi import dan eksport di Malaysia 2. (a) BETUL (b) SALAH (c) BETUL (d) BETUL (e) SALAH 2.2 3. Langkah 1: Tukarkan nilai mutlak dalam jadual kepada peratus. Langkah 2: Tentukan saiz sudut setiap sektor. Langkah 3: Tentukan jejari yang sesuai dan lukis sebuah bulatan dengan menggunakan jangka lukis. Langkah 4: Lukiskan jejari dari pusat bulatan tegak ke atas. Langkah 5: Lukiskan setiap sektor daripada nilai yang terbesar kepada nilai yang terkecil mengikut arah putaran jam dengan menggunakan jangka sudut. Langkah 6: Warna atau lorekkan sektor dan tuliskan nilai peratus pada setiap sektor. Langkah 7: Lengkapkan carta pai dengan tajuk, petunjuk dan jumlah keseluruhan. 68 Jaw Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 68 26/06/2023 5:08 PM


11.4 4. (a) Denmark (b) Sweden (c) Taiwan (d) Jerman (e) Denmark 5. Kitar semula telah mula dilaksanakan di kebanyakan negara kerana pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk menyebabkan pertambahan sisa pepejal. Jika tidak diurus dengan baik, pencemaran akan meningkat dan mengganggu keselesaan penduduk itu sendiri. Pembangunan yang pesat, khususnya di negara maju menyebabkan langkah bijak perlu dilakukan bagi mengurus sisa pepejal. Soalan Esei 1. (a) F1 Reduce- Mengurangkan sisa pepejal H1 Menggunakan sumber mengikut keperluan sahaja F2 Reuse- Mengguna semula H2 Penggunaan semula barangan berulang kali untuk mengurangkan penghasilan sisa F3 Recycle- Kitar semula H3a Mengasingkan barangan mengikut jenis H3b Untuk menghasilkan produk yang sama/ produk baharu (b) F1 Sisa pepejal dapat dikurangkan F2 Kurang berlaku pencemaran alam sekitar C2 Contoh pencemaran bau berkurangan kerana kurangnya sisa pepejal F3 Mengurangkan kesan rumah hijau F4 Mewujudkan persekitaran yang sihat, bersih dan selesa F5 Menjimatkan sumber semula jadi apabila mengurangkan, mengguna dan mengitar semula (mana-mana jawapan bersesuaian diterima) 2. (a) F1 Pengasingan sisa pepejal di rumah H1a Penduduk perlu mengasingkan sisa pepejal mengikut jenisnya H1b Sisa baki seperti sisa makanan dan lampin pakai buang disatukan dan dibuang ke dalam tong sampah H1c Bagi sisa yang boleh dikitar semula, diasingkan dan diletakkan di luar tong sampah H1d Sisa yang boleh dikitar semula akan dikutip pada hari yang ditetapkan F2 Sebahagian penduduk menyokong kempen ini H2 Mereka mengasingkan sisa pepejal (b) F1 Ordinan Pembungkusan H1 Pihak pengilang dan pemasaran perlu mengutip bungkusan barangan dari pelanggan F2 Sistem Duales System Deutschland GmBH H2a Kotak ditandakan dengan Green Dot H2b Pihak pengilang akan membayar yuran kepada agensi yang memungut semula kotak tersebut F3 Memungut bahan terbuang untuk dikitar semula H3a Tapak pengumpulan tong kitar semula disediakan di jalan utama, kawasan perumahan dan perniagaan H3b Penduduk akan mengasingkan sampah dalam plastik berlogo Green Dot yang diberi secara percuma. H3c Penduduk juga boleh menghantar bahan yang perlu dikitar semula ke pusat pengumpulan. Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahagian A 1. C 2. A 3. D 4. A 5. B 6. B 7. C 8. D 9. D 10. A 11. B 12. C 13. D 14. B 15. A 16. B 17. D 18. D 19. B 20. A Bahagian B 1. (a) Produk utama 35 30 25 20 15 10 5 0 Nilai eksport (Billion) Eksport Terbesar Malaysia pada Tahun 2017 Barangan elektrik dan elektronik Petunjuk: Gas asli cecair Kayu dan hasil keluaran kayu Minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit Petroleum mentah (b) Graf bar mudah menunjukkan eksport terbesar Malaysia pada tahun 2017. Eksport terbesar Malaysia ialah barangan elektrik dan elektronik, iaitu sebanyak RM28.7 billion, diikuti dengan minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit, iaitu sebanyak RM6.4 billion. Eksport ketiga terbesar ialah gas asli cecair, iaitu sebanyak 85 Jaw Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 85 26/06/2023 5:08 PM


RM4.1 billion, diikuti dengan petroleum mentah dengan nilai eksport sebanyak RM2.7 billion. Eksport kelima terbanyak ialah kayu dan hasil keluaran kayu, iaitu RM1.8 billion. Barangan elektrik dan elektronik menjadi eksport terbesar kerana perkembangan sektor perkilangan di Malaysia. Ramai pelabur tertarik dengan kestabilan politik di Malaysia di samping kemudahan buruh serta sistem perhubungan dan pengangkutan Malaysia yang efisien. Malaysia juga merupakan negara yang menghasilkan minyak kelapa sawit sendiri dan pengeluar gas asli cecair dan petroleum mentah. Eksport Malaysia perlu ditingkatkan lagi bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara seterusnya menjadi negara maju pada masa akan datang. (c) Barangan elektrik dan elektronik menjadi eksport terbesar pada tahun 2017 kerana faktor perkembangan industri tersebut. Perkembangan sektor perindustrian bermula sejak tahun 1990-an, apabila Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tun Dr. Mahathir melancarkan Dasar Perindustrian Negara. Hal ini menggalakkan pembukaan kilang secara besar-besaran dan menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia. Kini, sektor perindustrian menjadi sektor utama di Malaysia. Setiap negeri mempunyai kawasan perindustrian dan hal ini menggalakkan pelabur di kawasan tersebut. Contohnya, perkembangan di Melaka melalui pembukaan kilang secara besar-besaran terutama di kawasan perindustrian Batu Berendam Melaka. (d) Malaysia menjadi antara negara pengeluar utama minyak kelapa sawit di dunia. Hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit banyak dipasarkan di negara luar, terutama bagi hab produk halal. Selain itu, Malaysia juga mengeksport petroleum ke negara luar seperti Australia, India, Thailand dan Singapura. Perkembangan eksport minyak kelapa sawit dan petroleum ini menyumbang kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Malaysia juga menjadi tumpuan kepada negara-negara yang tidak mempunyai sumber ini seterusnya dapat meningkatkan eksport Malaysia. 2. (a) – Hutan paya air tawar – Hutan paya air masin (b) Hutan paya air tawar: – Terdapat di kawasan bersaliran buruk yang sering ditenggelami air. Contohnya sungai dan tasik. – Terdiri daripada tiga lapisan, iaitu kanopi, lapisan tengah dan lapisan pokok renek. – Pada lapisan pokok renek, tumbuhan tumbuh secara jarang kerana kurang cahaya matahari. – Bahagian lantai hutan akan ditenggelami air ketika musim hujan. – Di lapisan tengah, pokok bersaiz kecil dan sederhana. – Pada lapisan kanopi, pokok adalah berkayu keras dan membentuk kanopi yang tidak sejajar. Hutan paya air masin: – Terdapat di kawasan pinggir laut dan bersaliran buruk. – Ketika air pasang, hutan ini ditenggelami air laut. – Jenis tumbuhan yang hidup adalah berbeza mengikut jarak dari laut. (c) Akar ini berfungsi untuk menyerap udara ketika air pasang supaya tumbuhan dapat bernafas dan terus hidup. Akar ini juga berfungsi untuk menyokong pokok daripada tumbang. Selain itu, akar ini boleh menghalang hakisan pantai dan menahan pantai daripada ombak yang kuat. Pokok ini dilihat semakin penting selepas tragedi tsunami yang berlaku pada tahun 2004. (d) – Hutan paya air tawar: Bintangor laut/ perupuk/ meranti paya/ kelat dan merbulan – Hutan paya air masin: Bakau api-api/ perepat/ bakau kurap/ bakau minyak 3. (a) P: Kulim, Kedah Q: Tanjung Malim, Perak R: Pasir Gudang, Johor (b) Sektor perindustrian dapat menjana ekonomi negara dan merupakan antara sektor yang menyumbang kepada pendapatan kepada negara. Selain itu, sektor ini dapat menarik pelabur luar datang dan membuka lebih potensi kepada industri lain. Sektor perindustrian juga banyak memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia. (c) Faktor penting yang menarik kedatangan pelabur ialah politik yang stabil. Malaysia merupakan negara yang aman walaupun penduduknya berbilang kaum. Buruh yang mudah didapati juga antara faktor pelabur datang ke Malaysia. Kemudahan perhubungan dan pengangkutan turut menarik kedatangan pelabur. Malaysia mempunyai pelabuhan yang berfungsi membawa barangan ke negara luar. Lapangan terbang Malaysia juga bertaraf antarabangsa dan memudahkan barangan dibawa ke lokasi lain. 86 Jaw Topikal UASA A+ Geog Tg3.indd 86 26/06/2023 5:08 PM


Click to View FlipBook Version