MESTI TAHU i – vi Bidang 1: Pengenalan Moral Unit 1 Kenali Moral 1 Unit 2 Insan Bermoral Pilihan Hidup 8 Unit 3 Hidup Bermoral Pemangkin Kesejahteraan 15 Bidang 2: Diri, Keluarga dan Persahabatan Unit 4 Hidup Beragama atau Berkepercayaan Membawa Berkat 22 Unit 5 Serlahkan Potensi Diri 28 Unit 6 Hubungan Mesra Keluarga Bahagia 35 Unit 7 Bijaksana Memilih Sahabat 42 Bidang 3: Hubungan antara Diri, Komuniti dan Masyarakat Unit 8 Warga Prihatin Sekolah Sejahtera 49 Unit 9 Keselamatan Tempat Tinggal Tanggungjawab Bersama 56 Unit 10 Kemudahan Awam Dijaga Bersama 63 Unit 11 Masyarakat Prihatin Alam Terpelihara 72 Unit 12 Remaja Berhemah Harapan Negara 79 Kandungan Bidang 4: Moral, Peraturan dan Undang-undang Unit 13 Patuhi Etiket Keluarga Harmoni 85 Unit 14 Hindari Ketagihan Hidup Sejahtera 91 Unit 15 Patuhi Peraturan Sekolah 97 Unit 16 Kenali Hak Kanak-kanak 106 Unit 17 Rasuah Musuh Negara 113 Ujian Sumatif 120 Jawapan 127
Unit 1 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Unit 1 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Unit 2 5 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Unit 4 7 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Unit 5 9 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Unit 6 11 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kenali Moral Nilai Maksud Nilai Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. Baik hati Kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri, dan orang lain dengan memberi bantuan serta sokongan moral secara ikhlas. Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan. Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia. Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial. TIP KEMBANGAN POTENSI DIRI Kenali minat sendiri Tambah ilmu berkaitan minat Hargai keistimewaan diri Praktikkan potensi anda Bijak cari peluang berkaitan potensi Fikirkan cara untuk membaiki kelemahan diri Beranikan diri untuk mencuba Sentiasa berusaha untuk berjaya Cara Menyayangi Anggota Keluarga • Meraikan hari istimewa bersama. • Memberikan sokongan moral. • Saling tolong-menolong. • Melayan ahli keluarga dengan baik. • Mengambil berat tentang masalah yang dihadapai oleh ahli keluarga. • Berkongsi masa suka dan duka. • Patuh kepada nasihat dan larangan keluarga. • Saling membantu dalam hal rumah. • Cuba memahami ahli keluarga yang mempunyai pendapat berbeza. • Tidak berbalah sesama ahli keluarga. Memupuk nilai bertanggungjawab terhadap diri dan keluarga. Mendekatkan diri dengan tuhan. Dapat membezakan perlakuan baik dan buruk. Mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Membentuk manusia menjadi individu bermoral dan berakhlak mulia. Kehidupan yang aman dan tenteram. KEPENTINGAN BERAGAMA Memupuk semangat kerjasama. Bertanggungjawab terhadap setiap tindakan. Mewujudkan kesejahteraan dalam kalangan anggota masyarakat. Mewujudkan perasaan saling mempercayai. Mempunyai hubungan baik sesama anggota masyarakat. Saling bergantungan dengan anggota lain. KEPENTINGAN MEMPUNYAI TINGKAH LAKU BERMORAL Nilai Maksud Nilai Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas. Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah. Harga Diri Berupaya menjaga maruah diri. Kebebasan Bebas melakukan sesuatu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang. Patriotisme Bangga dan taat setia kepada raja dan negara. Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan atau bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang wajar. Info Moral dan Tip Potensi Diri MESTI TAHU
Unit 7 13 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Unit 8 15 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Unit 9 17 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Unit 10 19 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Unit 11 21 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Unit 12 23 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Sahabat Berciri Positif • Ikhlas menghulurkan pertolongan. • Berkomunikasi dengan sopan. • Menjaga hati dan perasaan sahabat. • Mengajak melakukan perkara yang berfaedah. • Menjaga aib sahabatnya. • Berkeperibadian baik dan sopan. • Sentiasa bercakap jujur. • Tidak menghasut untuk melakukan sesuatu yang tidak bagus. • Setia menghadapi masalah bersama. • Sentiasa menepati janji. • Memiliki sifat empati yang tinggi. • Pendengar yang baik. Cara Menjaga Kemudahan Awam • Menjaga kebersihan kawasan sekeliling. • Tidak melakukan vandalisme. • Menggunakan air di tandas awam dengan cermat. • Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan berkenaan penggunaan kemudahan awam. • Menasihati dan menegur pengguna yang melakukan kerosakan. • Melaksanakan pelbagai program di peringkat sekolah. • Pihak berkuasa perlu meningkatkan kesedaran masyarakat. • Mengenakan tindakan undang-undang terhadap pelaku vandalisme. Perlakuan Moral di Sekolah 1. Menghargai bantuan yang diberikan oleh warga sekolah untuk keselesaan murid-murid. 2. Memuliakan warga sekolah yang bertugas di sekolah anda. 3. Menjaga keharmonian sekolah dengan mematuhi peraturan sekolah. 4. Menjaga harta dan kemudahan sekolah dengan baik. 5. Tidak bergaduh dengan rakan-rakan di sekolah. 6. Sentiasa mendengar arahan dan pesanan guru. 7. Menjadi murid yang berdisiplin. 8. Tidak meniru semasa peperiksaan. Langkah-langkah Keselamatan Semasa Tiada di Rumah 1. Pastikan ada alat pengesan asap. 2. Tutup suis yang tidak digunakan. 3. Kawal penggunaan elektrik dengan piawaian yang betul. 4. Pastikan ada alat pemadam api. 5. Rancang pelan tindakan kecemasan. 6. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci. 7. Maklumkan kepada jiran jika anda tiada di rumah untuk beberapa hari. 8. Meminta pertolongan jiran untuk melihat-lihat rumah semasa anda tiada. 9. Pastikan alat penggera dipasang. 10. Gunakan lampu automatik pada waktu malam. Perlakuan Baik Semasa Bencana Alam • Bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh adalah satu musibah yang tidak boleh dijangkakan. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. • Orang ramai perlulah sentiasa menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam. • Sikap inilah dijadikan pegangan oleh individu prihatin terhadap kesusahan orang lain. Contoh bantuan yang boleh diberikan: • Bantuan kewangan • Sumbangan pakaian • Sumbangan makanan • Sumbangan tenaga sukarelawan Kepentingan Menjadi Remaja Berhemah • Mempunyai jati diri. • Memperkukuhkan perpaduan negara. • Dapat memajukan negara di mata dunia. • Menjaga nama baik negara. • Mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. • Dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat. • Mewujudkan rasa mahu membantu. • Mewujudkan sikap mesra dengan orang lain. • Mewujudkan sikap untuk berusaha mencapai kecemerlangan. • Mewujudkan remaja yang kreatif dan inovatif. Info Moral MESTI TAHU
Unit 10 20 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Unit 11 22 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Unit 12 24 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Unit 7 14 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Unit 8 16 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Unit 9 18 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Sahabat Berciri Negatif • Mengharapkan balasan atas bantuan yang diberikan. • Mementingkan diri sendiri. • Suka mengambil kesempatan. • Melanggar peraturan yang ditetapkan. • Mengajak melakukan perkara yang tidak baik. • Bersikap tidak jujur dan sering berbohong. • Sering menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri. • Tidak mengambil berat terhadap rakan-rakannya. • Tidak menjaga perasaan sahabatnya yang lain. • Tidak membayar semula wang yang telah dipinjam. Kepentingan Menjaga Kemudahan Awam • Memastikan kemudahan awam yang disediakan dalam keadaan baik. • Mengekalkan persekitaran yang bersih. • Mengekalkan imej yang bersih dan selesa. • Memudahkan pengguna yang memanfaatkan kemudahan awam. • Menghargai usaha kerajaan untuk memberi kemudahan awam. • Kemudahan awam boleh menjadi pusat perkembangan masyarakat. • Menjadi medium penyatuan etnik. • Memupuk sikap saling berkongsi dan bertoleransi. Amalan 3K di Sekolah Kebersihan • Melakukan aktiviti gotong-royong. • Menjaga kebersihan tandas. Kesihatan • Melakukan aktiviti senaman fizikal. • Makan makanan yang sihat di kantin. Keselamatan • Beratur membeli makanan di kantin. • Menjaga kemudahan yang disediakan. Perlakuan Remaja yang Berhemah • Memakai pakaian yang sopan. • Memuliakan adat dan budaya etnik lain. • Melibatkan diri dalam proses pembangunan negara. • Berusaha untuk berjaya mencapai impian. • Menghormati pendapat orang lain. • Sentiasa berkelakuan sopan. • Bersemangat cinta dan setia kepada negara. • Berbangga menjadi rakyat Malaysia. • Berdaya saing. • Berpegang teguh kepada nilai-nilai agama. • Tidak melakukan perkara yang ditegah agama. • Tabah menghadapi cabaran. Contoh Aktiviti Rukun Tetangga • Menjaga keselamatan kawasan kejiranan. • Mengadakan aktiviti kemasyarakatan untuk memupuk perpaduan. • Menjaga kebajikan anggota masyarakat kawasan perumahan. • Bekerjasama untuk menjayakan sesuatu aktiviti kemasyarakatan. • Sering melakukan aktiviti gotong-royong untuk menjaga kebersihan kawasan perumahan. • Bekerjasama antara penduduk apabila ada majlis kenduri dan sebagainya. Agensi Menjaga Alam Sekitar Mengawal pencemaran dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar dan undang-undang yang berkaitan. Memantau keselamatan dan persekitaran taman-taman laut dalam perairan Malaysia. Memastikan pilihan pembangunan dan pengurusan sumber alam dilakukan secara lestari dan mesra alam. Info Moral MESTI TAHU
1 Unit 1 NOTA Kenali Moral 1. Maksud Moral Maksud Moral Berasal daripada bahasa Latin, iaitu mores. Perlakuan yang diterima dan sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Merangkumi nilai-nilai seperti kasih sayang, belas kasihan dan sebagainya. Mematuhi peraturan, adat resam, pantang larang dan undang-undang. 2. Contoh Perlakuan Moral Menderma Memuliakan orang tua Saling membantu
4 TIP SOS Bahagian B Jawab soalan yang berikut. 1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. menghilangkan kesalahan berhemah bercakap masyarakat memenuhi baik peraturan dihukum membazir (a) Kita patut berbelanja secara supaya tidak membebankan ibu bapa. (b) Tingkah laku menyayangi semua orang tanpa mengira kaum merupakan tingkah laku yang . (c) Perbuatan masa dengan melayari Internet ialah tingkah laku yang salah dan harus ditangani. (d) Rani memohon maaf pada Salmiah kerana telah buku kerjanya. (e) Guru menegur seorang murid yang dengan rakannya ketika perhimpunan sedang berlangsung. (f) Perbuatan mengakui sesuatu ialah perbuatan yang benar. (g) Moral merupakan tingkah laku yang diamalkan oleh seseorang yang tidak menyeleweng daripada norma . (h) Murid perlu mematuhi yang telah ditetapkan di sekolah demi keharmonian warga sekolah. (i) Kami sekeluarga sentiasa undangan jiran-jiran apabila dijemput untuk menyerikan majlis mereka. (j) Pesalah undang-undang jalan raya patut untuk mengelakkan kemalangan jalan raya daripada terus berlaku. Soalan c: Jangan membazir masa dengan melayari internet terlalu lama.
6 TIP SOS Bahagian C Jawab soalan yang berikut. 1. Baca situasi di bawah dan jawab soalan berikut. Sekumpulan murid Tingkatan 1 sering meninggalkan pinggan dan cawan di atas meja selepas makan di kantin. Pekerja kantin meminta murid-murid itu meletakkan pinggan dan cawan di dalam bekas yang disediakan tetapi mereka tidak mematuhi arahan tersebut. Mereka juga tidak mendengar arahan anda sebagai pengawas. Anda telah melaporkan perkara tersebut kepada guru disiplin dan murid-murid itu dikenakan hukuman sebagai pengajaran kepada murid-murid yang lain. Mereka menginsafi perbuatan telah dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya. (a) Senaraikan tingkah laku bermoral dalam situasi di atas. Tingkah laku baik: Tingkah laku benar: Tingkah laku patut: (b) Jelaskan kepentingan tingkah laku baik, benar dan patut. (c) Huraikan kesan jika tingkah laku baik tidak diamalkan dalam kalangan masyarakat. Soalan b: i. Meningkatkan sahsiah pelajar ii. Menjaga kesejahteraan masyarakat
8 Unit 2 NOTA Insan Bermoral Pilihan Hidup 1. Maksud Insan Bermoral Insan bermoral bermaksud individu yang berfikiran, berperasaan dan mengamalkan perlakuan yang baik dalam setiap tindakannya. 2. Ciri Insan Bermoral Insan yang bermoral memiliki ciri-ciri yang berikut. (a) Pemikiran moral (b) Perasaan moral (c) Perlakuan moral (i) Pertimbangan atau pemikiran moral (ii) Berfikir secara rasional (iii)Dapat membezakan antara betul dan salah (iv) Dapat membuat keputusan (i) Menunjukkan emosi (ii) Contoh: Prihatin, empati dan simpati, belas kasihan, murah hati (i) Bertindak dengan penuh tanggungjawab (ii) Berperikemanusiaan dan berbudi pekerti (iii)Bertindak mengikut undang-undang 3. Contoh Tingkah Laku Insan Bermoral (a) Menghormati amalan dan kepercayaan pelbagai kaum (b) Menuntut ilmu dengan tekun dan bersungguh-sungguh (c) Sanggup berkorban demi negara (d) Menjalinkan persahabatan tanpa prasangka dengan rakan yang berlainan bangsa dan agama (e) Bersimpati terhadap mangsa banjir yang kehilangan harta benda 4. Kepentingan Menjadi Insan Bermoral (a) Kehidupan menjadi lebih aman dan sentosa (b) Menjadi insan yang berguna kepada masyarakat (c) Mementingkan perpaduan (d) Negara bebas daripada gejala sosial (e) Ahli keluarga sangat gembira
9TIP SOS Bahagian A Pilih jawapan yang paling sesuai. 1. Berikut ialah ciri yang perlu ada pada setiap insan bermoral kecuali A prinsip moral. B perasaan moral. C pemikiran moral. D perlakuan moral. 2. Berikut ialah emosi yang ditunjukkan oleh individu yang mempunyai perasaan moral kecuali A simpati. B belas kasihan. C sedih. D gembira. 3. Antara berikut yang manakah perlakuan insan bermoral. A Bertindak untuk menyelesaikan masalah yang timbul B Memerhatikan sahaja C Menunjukkan perasaan sahaja D Tidak ambil peduli akan situasi yang berlaku 4. Antara berikut yang manakah merupakan ciri insan yang tidak mempunyai pemikiran moral? A Berfikir secara rasional B Tidak boleh membuat keputusan C Dapat menyelesaikan sesuatu masalah D Dapat membezakan perkara betul dan salah 5. Rahim berasa simpati dengan jirannya yang telah kehilangan harta benda akibat kebakaran. Apakah ciri insan bermoral yang diamalkan oleh Rahim? A Perlakuan moral B Perasaan moral C Pemikiran moral D Pertimbangan moral 6. Berikut ialah perlakuan insan bermoral kecuali A bekerjasama dalam pasukan. B memelihara alam sekitar. C bertutur secara sopan. D merempit di jalan raya. 7. Berikut ialah kebaikan yang diterima oleh insan bermoral kecuali A hidup sejahtera. B mendapat pujian. C mendapat balasan yang baik. D dicaci oleh masyarakat. 8. Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada tokoh-tokoh yang berjasa kepada masyarakat? A Berbudi pekerti mulia harus dielakkan demi memelihara keharmonian dalam kalangan masyarakat B Sikap mudah mengalah mampu membangkitkan semangat diri C Populariti sangat penting jika ingin dikenali D Kemanusiaan lebih penting daripada kekayaan 9. Berikut ialah kepentingan menjadi insan bermoral kepada negara kecuali A imej negara dijaga. B hidup bersatu padu. C semua orang diberi peluang yang sama. D masyarakat saling bermusuhan. 10. Berikut ialah cara untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial supaya menjadi insan bermoral kecuali A terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. B memastikan segala nasihat guru dipatuhi. C membantu rakan yang dalam kesusahan. D bersikap mementingkan diri. Soalan 10: Bersikap mementingkan diri boleh menyebabkan seseorang terlibat dalam gejala sosial.
14TIP SOS 2. Gambar di bawah menunjukkan keadaan mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan. (a) Senaraikan jenis-jenis bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa banjir. (b) Sebagai insan bermoral, apakah tindakan anda setelah melihat keadaan mangsa-mangsa banjir? (c) Huraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh insan bermoral terhadap mangsa banjir. Soalan b: i. Menghulurkan bantuan makanan. ii. Menjadi sukarelawan untuk membersihkan kawasan ditimpa bencana.
15 Unit 3 NOTA Hidup Bermoral Pemangkin Kesejahteraan 1. Maksud Hidup Bermoral Hidup bermoral bermaksud seseorang individu menjalani kehidupan berdasarkan kepada nilai dan norma masyarakat, adat resam serta sentiasa mematuhi amalan agama. Pendidikan Melahirkan insan yang berakhlak mulia Memupuk nilai integriti Kepentingan Mempelajari Moral Membentuk perpaduan Mempunyai nilai sejagat Mengamalkan kesejahteraan sejagat moral membimbing kita menjadi insan yang bermoral serta berakhlak. 2. Kepentingan Mempelajari Moral Kepentingan mempelajari moral adalah seperti berikut. 3. Cara Hidup Bermoral dan Tidak Bermoral Cara Hidup Bermoral Cara Hidup Tidak Bermoral (a) Bersopan santun (a) Berbohong (b) Menderma (b) Mencuri (c) Menepati masa (c) Vandalisme (d) Suka membantu (d) Merempit (e) Berkerjasama (e) Membazirkan masa (f) Berintegriti (f) Membuli
17TIP SOS Bahagian B Jawab soalan yang berikut. 1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. keprihatinan harian kebajikan kemudahan kenderaan bermoral keluarga membantu dihalang mempunyai Setiap individu perlu mengamalkan cara hidup (a) supaya kita dapat membantu orang lain. Antara golongan yang memerlukan bantuan kita ialah golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Mereka memerlukan bantuan dan (b) masyarakat, agensi swasta serta badan kerajaan demi menjaga kepentingan dan (c) mereka. Banyak kemudahan asas disediakan kepada golongan OKU supaya urusan (d) mereka berjalan dengan lancar. Antara kemudahan asas yang disediakan ialah (e) pendidikan khas, bilik air dan tandas khas, laluan khas untuk orang buta, kerusi roda serta tempat letak kereta. Kita, sebagai individu yang bermoral perlulah membantu mereka melintas jalan raya dan tidak meletakkan (f) kita di parkir kereta OKU. Selain itu, laluan orang buta tidak seharusnya (g) dengan pembinaan gerai-gerai dan dijadikan tempat untuk meletakkan barang-barang sehingga menyusahkan pergerakan mereka. Di samping itu, kanak-kanak OKU juga perlu diberikan peluang untuk mendapatkan pendidikan oleh (h) anggota sendiri. Sekolah pendidikan khas diwujudkan supaya kanak-kanak OKU (i) peluang yang sama seperti kanak-kanak normal. Oleh itu, jadilah warga yang prihatin dengan (j) mereka menjadi insan yang sejahtera. Soalan f: Jangan letak kereta anda di tempat parkir golongan OKU. Soalan h: Anggota keluarga memastikan kanak-kanak OKU mendapat peluang pendidikan yang sama seperti anak normal.
20TIP SOS Bahagian C Jawab soalan yang berikut. 1. Teliti peta minda di bawah dan jawab soalan berikut. Pencemaran air Sungai tercemar Hidupan air pupus Pencemaran udara Pengeluaran asap Jerebu Pencemaran tanah Penebangan hutan Hakisan tanah Pencemaran Alam (a) Terangkan tiga perlakuan tidak bermoral individu yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam. (b) Jelaskan tiga kesan pecemaran alam kepada kehidupan masyarakat. (c) Sebagai individu yang mengamalkan hidup bermoral, senaraikan dua amalan yang anda lakukan untuk menjaga alam. Soalan b: i. Penyebaran penyakit berjangkit. ii. Banjir kilat berlaku.
120 III perhubungan antara manusia. IV penggunaan gajet. A I, II dan III C I, III dan IV B I, II dan IV D Semua di atas 5. Pilih perlakuan yang boleh menjejaskan perpaduan antara kaum. A Menyertai aktiviti kemasyarakatan B Mengetahui adat resam kaum lain C Menghadiri rumah terbuka sesuatu perayaan D Memandang rendah amalan agama atau kepercayaan kaum lain 6. Antara berikut yang manakah bukan kesan pencemaran alam? A Jerebu B Mengalami masalah pernafasan C Kepupusan hidupan akuatik D Kewujudan pusat beli-belah 7. Antara berikut yang manakah boleh mengakibatkan pencemaran alam? I Pembuangan sampah di merata-rata tempat II Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai III Pembakaran sampah secara terbuka IV Penebangan hutan tanpa had A I, II dan III C II, III dan IV B I, II dan IV D Semua di atas 8. Masyarakat Malaysia mengamalkan pelbagai agama dan kepercayaan. Oleh yang demikian, kita haruslah . A saling membenci sesama kaum B saling memuliakan antara satu sama lain C saling bermusuhan dan tidak mempedulikan orang lain D saling menyebarkan fitnah agar masyarakat berpecah-belah 9. Berikut ialah cara yang boleh dilakukan untuk mengembangkan potensi diri agar menjadi kerjaya pada masa hadapan kecuali 1. Cara menghormati anggota keluarga adalah dengan . I memanggil dengan menggunakan nama panggilan yang sesuai II mematuhi teguran dan nasihat setiap anggota keluarga III membantu anggota keluarga melakukan kerja rumah IV membimbing adik dalam pelajaran A I, II dan III C I, III dan IV B I, II dan IV D Semua di atas 2. Kemudahan awam dibina untuk memudahkan urusan harian masyarakat. Antara cara berhemah ketika menggunakan kemudahan awam ialah . I bercakap dengan suara yang kuat di tempat awam II beratur ketika menaiki bas III menjaga kebersihan tempat awam IV memotong barisan ketika berurusan di kaunter A I dan II C II dan IV B II dan III D I dan IV 3. Semua agama menerapkan amalan baik untuk dipraktikkan dalam kehidupan bermasyarakat. Antaranya ialah . I menderma kepada mereka yang dalam kesusahan II memuliakan semua kaum III saling bekerjasama sesama jiran IV keperluan diri dijaga A I, II dan III C I, III dan IV B I, II dan IV D Semua di atas 4. Nilai kesederhanaan dapat diamalkan dalam pelbagai situasi kehidupan. Antaranya adalah seperti dalam . I pengurusan masa. II perbelanjaan harian. Bahagian A (20 markah) Pilih jawapan yang paling sesuai. UJIAN SUMATIF
122 Bahagian B (60 markah) Jawab semua soalan yang diberikan. 1. Nyatakan cara hidup bermoral dan cara hidup tidak bermoral dalam kehidupan. Cara Hidup Bermoral Cara Hidup Tak Bermoral (10 markah) 2. Tandakan (✓) bagi pernyataan yang betul dan (7) bagi pernyataan yang salah mengenai keselamatan kawasan kediaman. (a) Kita tidak perlu pastikan pagar dan pintu rumah berkunci. (b) Kita boleh bersikap tidak peka akan keadaan sekeliling. (c) Kejadian yang mencurigakan harus dilaporkan dengan segera kepada ibu bapa atau jiran. (d) Kita haruslah saling memuliakan dan bertegur sapa sesama jiran. (e) Kawasan perumahan perlulah dibersihkan agar tidak menjadi tempat persembunyian penjenayah. (f) Kita tidak perlu elakkan diri dan percaya orang yang tidak dikenali. (g) Kita perlu membantu mengawasi keselamatan rumah jiran apabila jiran tiada di rumah. (h) Aktiviti Rukun Tetangga tidak penting dan kita tidak perlu menyertainya. (i) Rukun Tetangga tidak mampu mengukuhkan semangat kejiranan dan perpaduan antara anggota masyarakat. (j) Keselamatan penduduk terjamin apabila keselamatan kawasan kediaman dijaga. (10 markah)
125 Bahagian C (20 markah) Jawab semua soalan yang diberikan. 1. Pelbagai pihak, termasuklah majlis perbandaran menyeru penghuni setiap kawasan kediaman mengamalkan amalan kitar semula. Kitar Semula Fikir Dulu Sebelum Buang (a) Sebagai anggota masyarakat, bagaimanakah cara kita dapat mengurangkan sampah sarap dari rumah? (3 markah) (b) Jelaskan kepentingan menguruskan sampah sarap secara berkala di kawasan kejiranan. (3 markah) (c) Huraikan dua nilai yang boleh diamalkan oleh murid dalam menyayangi alam sekitar. (2 markah) (d) Nyatakan dua kesan jika kita tidak menjaga alam sekitar (2 markah)
127 UNIT 1 Bahagian A 1. A 2. C 3. A 4. A 5. C 6. A 7. A 8. B 9. A 10. A Bahagian B 1. (a) berhemah (e) bercakap (h) peraturan (b) baik (f) kesalahan (i) memenuhi (c) membazir (g) masyarakat (j) dihukum (d) menghilangkan 2. (a) Benar (d) Benar (g) Benar (i) Baik (b) Patut (e) Patut (h) Patut (j) Patut (c) Baik (f) Baik Bahagian C 1. (a) Tingkah laku baik: Menegur perlakuan rakan yang tidak meletakkan semula pinggan dan cawan ke dalam bekas yang disediakan setelah selesai makan Tingkah laku benar: Murid-murid tersebut mengakui kesalahan mereka dan berjanji tidak akan mengulanginya Tingkah laku patut: Guru patut menghukum murid-murid yang tidak mematuhi peraturan di kantin (b) F1: Tingkah laku baik, benar dan patut sangat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan H1: Dapat meningkatkan kesejahteraan antara masyarakat H2: Dapat meningkatkan sahsiah individu H3: Dapat membuat keputusan yang betul (c) F1: Murid, keluarga dan masyarakat akan menerima kesannya jika tingkah laku baik tidak diamalkan H1: Masalah disiplin dalam kalangan murid meningkat H2: Gejala sosial semakin bertambah H3: Mengganggu keharmonian masyarakat 2. (a) Tingkah laku baik: Memberikan minuman kepada ayah yang letih dan dahaga Tingkah laku benar: Mengasihani ayah yang bekerja keras Tingkah laku patut: Ayah memuji sikap anaknya yang baik hati (b) F1: Kita sebagai anak perlu sentiasa membantu ibu bapa kita H1: – Ibu bapa bekerja keras demi kesejahteraan anggota keluarga – Ibu bapa perlu dibantu dan dihargai – Ibu bapa akan berasa gembira dan tenang sentiasa (c) F1: Jika saya berkelakuan baik, saya akan berasa gembira dan tenang H1: – Orang-orang disekeliling saya akan berasa lebih gembira – Keluarga lebih sejahtera dan harmoni – Berbakti kepada orang sekeliling dan masyarakat UNIT 2 Bahagian A 1. A 2. D 3. A 4. B 5. B 6. D 7. D 8. D 9. D 10. D Bahagian B 1. (a) meludah (f) memuliakan (b) keizinan (g) mengasihani (c) keluar (h) bermain (d) mengulang kaji (i) menghulurkan (e) mengucapkan (j) bergaul 2. (a) BETUL (e) SALAH (h) BETUL (b) SALAH (f) BETUL (i) BETUL (c) SALAH (g) SALAH (j) BETUL (d) BETUL 3. (a) Perasaan moral (e) Perlakuan moral (b) Perlakuan moral (f) Perlakuan moral (c) Pemikiran moral (g) Pemikiran moral (d) Perasaan moral (h) Perasaan moral Bahagian C 1. (a) – Bertanggungjawab – Prihatin – Berperikemanusiaan – Belas kasihan – Gemar membantu (b) F1: Nilai kasih sayang H1: Menyayangi dan menjaga insan yang kelaparan dan berpenyakit F2: Nilai baik hati H2: Menjadi peka dengan keperluan dan kebajikan orang lain serta menghulurkan bantuan (c) F1: Mengutip dana H1: Membina rumah untuk anak-anak yatim dan warga tua F2: Menyertai projek H2: Mengumpul barangan keperluan untuk para gelandangan F3: Menjadi sukarelawan H3: Membantu mangsa-mangsa banjir 2. (a) – Mengumpulkan barang keperluan – Mengumpul dana sebagai derma – Menjadi sukarelawan untuk membantu mangsa banjir (b) F1: Melancarkan projek H1: Membantu mereka mengumpul barangan keperluan seperti makanan, minuman dan pakaian F2: Menjadi sukarelawan H2: Membantu mangsa banjir di pusat pemindahan banjir atau membersihkan rumah mereka F3: Mengajak orang ramai membantu H3: Orang yang berkemampuan boleh membantu untuk mengurangkan bebanan mangsa-mangsa banjir (c) F1: Nilai baik hati H1: Menjaga kebajikan orang lain seperti memberikan bantuan makanan dan tempat perlindungan kepada mangsa-mangsa banjir F2: Nilai kerjasama H2: Memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir untuk kebaikan semua Jawapan Unit 1 – Unit 2