Unit Tajuk Halaman 1 Kata Nama Am 1 2 Kata Nama Khas 8 3 Kata Ganti Nama 15 4 Penjodoh Bilangan 25 5 Kata Kerja 32 6 Kata Adjektif 40 7 Kata Tugas 47 8 Kata Berimbuhan 58 9 Kata Majmuk 65 10 Kata Ganda 72 11 Membina Ayat Tunggal, Ayat Majmuk dengan Peluasan Subjek dan Predikat 78 12 Membina Pelbagai Jenis Ayat Tanya, Penyata, Seruan dan Perintah 85 13 Membina Ayat Aktif dan Ayat Pasif 92 14 Membina Ayat Susunan Biasa dan Susunan Songsang 98 15 Peribahasa 104 Ujian Sumatif 111 Jawapan 118
1 Kata Nama Am 1. Kata nama am ialah kata yang menamakan sesuatu benda, orang, haiwan, dan tempat secara umum. Kata nama am dapat dibahagikan seperti rajah di bawah. Kata Nama Tak Hidup Hidup Kata Nama Am Tak Hidup Hidup Kata Nama Khas 2. Kata nama am tidak ditulis dengan huruf besar. Perhatikan jadual di bawah. Kategori Kata Nama Am Benda (tidak hidup) motosikal, kamera, pen, lampu, kalkulator, jam Orang (hidup) lelaki, perempuan, polis, guru, askar Haiwan (hidup) ayam, kucing, lembu, anjing, arnab Tempat (tidak hidup) jalan, taman, kampung, pulau, negara Tumbuh-tumbuhan (hidup) keledek, kelapa sawit, ciku, kenanga Institusi (tidak hidup) jabatan, sekolah, kelab, maktab, kolej 1 Kata Nama Am Nota Ringkas
2 A Isikan tempat kosong dengan kata nama am yang diberikan. Kemahiran Membaca pemuda kereta dewan sabun tingkap kasut bangsal murid kentang atap 1. Siti merupakan seorang yang sangat pintar di sekolahnya. 2. Kemalangan jalan raya semalam melibatkan tiga buah . 3. Semua ibu bapa berkumpul di untuk mendengar taklimat guru besar. 4. Khadijah membeli dua kilo untuk dibuat inti karipap. 5. Lori yang membawa telah terbalik di kawasan lebuh raya EDL. 6. Didi didenda oleh Cikgu Yusof kerana memecahkan di kelasnya. 7. Beberapa buah rumah di Kampung Sepakat telah mengalami kerosakan akibat dipukul ribut semalam. 8. Harga yang dibeli oleh abang di kedai Bata ialah RM50.00. 9. Seorang telah ditangkap oleh polis kerana meragut beg seorang wanita di pusat membeli-belah. 10. Nenek memungut telur-telur ayam di yang terletak di belakang rumah. Praktis Tahap Penguasaan Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang 10 Standard Pembelajaran 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks; (i) kata nama am (ii) kata nama khas (iii) kata ganti nama (iv)penjodoh bilangan
4 C Gariskan kata nama am di dalam ayat berikut. Kemahiran Membaca 1. Seorang pemandu lori telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana melanggar seorang lelaki sehingga terbunuh. 2. Kehadiran pegawai kesihatan di sekolah telah disambut oleh guru besar dan pentadbir yang lain. 3. Pusat membeli-belah di seluruh negara telah mengadakan jualan akhir tahun selama dua bulan. 4. Akram berjaya dengan cemerlang dalam SPM dan berhasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. 5. Para peserta mengambil bahagian dalam acara merentas desa peringkat daerah. 6. Kakak dibawa ke hospital oleh ayah setelah mengalami muntah-muntah dan ciritbirit. 7. Seorang guru telah berjaya membawa pulang sebuah kereta mewah dalam cabutan bertuah di pasar raya itu. 8. Pemain bola tempatan mendesak persatuan bola sepak negeri supaya membayar gaji mereka yang tertunggak selama tiga bulan. 9. Abang berkunjung ke taman petang tadi dengan menaiki bas. 10. Kucing itu sedang mengejar tikus yang berkeliaran di stor. Tahap Penguasaan Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang 10 Standard Pembelajaran 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks; (i) kata nama am (ii) kata nama khas (iii) kata ganti nama (iv)penjodoh bilangan
7 1. Doktor Izzany berjaya menamatkan pelajaran pada peringkat PHD di salah sebuah _________________ tempatan. A sekolah C universiti B tadika D pejabat 2. Beberapa buah _____________ telah disita oleh Majlis Bandar Raya kerana meletakkannya di kawasan larangan. A kapal terbang C kereta kuda B basikal D kereta 3. Ayah telah selamat menjalani pembedahan usus di salah sebuah _________ swasta petang tadi. A dewan B hospital C klinik D pejabat 4. Ramai ____________ mengeluh kerana harga ayam semakin naik dan meminta kerajaan segera menangani isu tersebut. A menteri B guru C peniaga D pemandu 5. Datuk gembira kerana _____________ duriannya seluas tiga ekar telah mengeluarkan hasil sejak lima tahun lepas. A tanah B batang C ladang D kebun 6. Seekor __________ sawa sepanjang dua meter berjaya ditangkap oleh JPAM di salah sebuah rumah penduduk kampung. A ular B lipan C kala jengking D buaya 7. Kakak membeli ____________ berwarna merah jambu untuk dijadikan diarinya. A pemadam B buku C pensil D penggaris 8. Cikgu Soleha gemar memakai ____________ tertutup ke sekolah pada setiap hari Isnin. A kasut B beg C selipar D baju 9. Pihak JPJ telah menahan ____________ motosikal yang tidak mempunyai lesen memandu. A pembonceng B pembawa C pemandu D penunggang 10. Zura terjumpa ____________ permata yang cantik di tepi jalan semalam. A kaca B kayu C bunga D batu Sudut Uji Diri 10 Tahap Penguasaan Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Jawab soalan-soalan di bawah dengan betul.
32 Kata kerja 1. Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh orang dan binatang atau sesuatu yang berlaku. Perhatikan kata kerja yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut. (a) Arif menggaru kepalanya. (Perbuatan) (b) Lembu itu sedang meragut rumput. (Perbuatan) (c) Lampu di dalam bilik itu masih menyala. (Sesuatu berlaku) 2. Pembahagian kata kerja adalah seperti dalam rajah di bawah. Transitif Aktif Pasif Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Tanpa Pelengkap 3. Kata kerja transitif ialah kata yang memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama. Perhatikan ayat-ayat yang berikut. Kata kerja digaris di bawahnya dan objek dicetak tebal. (a) Aini akan mendeklamasikan sebuah sajak. (b) Anjing itu menggonggong tulang. 4. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri, iaitu tidak memerlukan objek. Kata kerja ini terbahagi kepada dua, iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. 5. Apakah perbezaan antara objek dengan pelengkap? Objek boleh mengalami proses pasif manakala pelengkap tidak. Lihat contoh di bawah. Objek Pak Ali menebang pokok. Pokok ditebang oleh Pak Ali. (Proses pasif yang betul) Pelengkap Lukanya beransur pulih. Pulih diansurkan oleh lukanya. (Proses pasif yang salah) 5 Kata Kerja Nota Ringkas
34 A Baca dan gariskan kata kerja yang terdapat dalam petikan. Kemudian, senaraikan kata kerja itu mengikut jenisnya. KBAT Menganalisis Kemahiran Menulis Syamil menarik nafas panjang apabila terkenang peristiwa itu. Di sisi katil Ishak, kelihatan Soleh memegang tangan anaknya yang sedang terlena. Syamil meninggalkan anak-beranak itu lalu melawat pesakit lain yang juga bergantung harapan yang tinggi terhadapnya. Dia bersedia sebagai pendengar setia rintihan para pesakit di hospital tersebut. Kehidupan yang bergelumang dengan dunia perubatan menjadikan Syamil lebih insaf, lebih gigih dan lebih mendekatkan diri kepada Tuhan. Baginya dia berusaha sekadar yang mampu dan kemudian berdoa. Setiap kali selepas bersembahyang, Syamil tidak pernah lupa berdoa kepada Tuhan agar dunia perubatan hari ini menemui satu kaedah baharu bagi menyelamatkan pesakit jantung. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kata Kerja Transitif Kata Kerja Tak Transitif 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kata Kerja Praktis Tahap Penguasaan Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang 16 Standard Pembelajaran 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif mengikut konteks.
35 B Bina ayat dengan menggunakan kata kerja transitif dan tak transitif bagi tiap-tiap pasangan berikut. Kemahiran Menulis 1. berjemur : menjemur (a) (b) 2. tercucuk : mencucuk (a) (b) 3. tertiarap : meniarap (a) (b) 4. berlayar : melayari (a) (b) 5 berpintal : memintal (a) (b) 5 Tahap Penguasaan Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Standard Pembelajaran 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif mengikut konteks.
54 Tahap Penguasaan Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Standard Pembelajaran 5.1.4 Memahami dan menggunakan pelbagai kata tugas mengikut konteks. D Pilih kata adverba yang paling tepat bagi ayat berikut. Kemahiran Membaca/ Menulis 8 1. Kamu semua mestilah belajar demi masa depan. 2. Lelaki yang berambut itu ditangkap oleh pihak polis kerana menagih dadah. 3. Kanak-kanak itu lari kerana dikejar oleh seekor angsa di hadapan Kedai Cik Eton. 4. Para penonton ketawa semasa menonton Sepahtu Reunion di Astro malam tadi. 5. Ribut melanda Kampung Sepayang dan Kampung Tahang malam tadi. 6. Arman duduk di dalam bilik selepas dimarahi oleh ayahnya. 7. Persembahan murid tahun enam sempena Hari Guru Peringkat Sekolah mendapat tepukan oleh para guru dan murid-murid. 8. Basri tidur di atas sofa selepas pulang dari kerja pagi tadi. lintang-pukang terbahak-bahak panjang gemuruh menyendiri kencang nyenyak bersungguh-sungguh
56 Tahap Penguasaan Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Standard Pembelajaran 5.1.4 Memahami dan menggunakan pelbagai kata tugas mengikut konteks. F Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan kata pembenar yang sesuai. Kemahiran Membaca/ Menulis 10 1. “Kamu masih tinggal di Kampung Ombak Damai?” tanya Cikgu Salwa. “ , saya masih tinggal di sana,” jawab Aizat. 2. “Benarkah dia yang selalu datang lambat ke makmal sains?” tanya Cikgu Khaidir. “ , cikgu,” jawab Fasehah. 3. “Sungguh-sungguh kamu mahu mengambil bahagian dalam pertandingan melukis catan itu?” tanya Cikgu Balqis kepada salah seorang muridnya. “ , cikgu,” jawab Hafiz dengan yakin. 4. “Betulkah kamu yang menggunakan telefon sebentar tadi?” tanya ibu. “ , saya menelefon ayah di pejabatnya,” jawab Azim. 5. “ , Wati. Saya mendengar laporan kemalangan jalan raya itu melalui televisyen malam semalam,” kata Rosmah dengan nada yang tegas. 6. “Adakah kamu turut serta dalam Program Bulan Bahasa pada minggu hadapan?” Tanya Cikgu Batrisya. “ , jawab Ina. 7. “Saya berpendapat cuaca amat sejuk sedikit pada hari ini berbanding semalam,” kata Aina. , saya setuju dengan kamu, kata Yasmin. 8. “ , saya ternampak kelibat nenek tua di belakang rumah saya semalam,” kata Mei Ling kepada kawan karibnya. 9. “Adakah kamu rasa jawapan bagi soalan 1 sudah betul?” Tanya Arman. “ , saya rasa sudah betul,” jawab Mira. 10. “Maksud awak dialah yang ditangkap oleh polis kelmarin?” Tanya Nida. “ , saya pasti dia,” jawab Alin.
57 1. Ibu pergi ke pasar pagi untuk membeli kangkung sawi bagi dimasak lauk makan tengah hari. A tetapi B dan C atau D sambil 2. Wooi Yik menjemur baju di ampaian mendengar lagu di telefon pintarnya. A atau B sambil C tetapi D dan 3. Cindy bergegas pulang ke rumahnya diberitahu oleh kakaknya bahawa ayahnya pengsan secara tiba-tiba. A agar B hingga C kalau D setelah 4. Keputusan peperiksaannya telah membuktikan dia layak untuk menyambung pelajaran ke luar negara. A bahawa C apabila B untuk D setelah 5. Abang gemar membeli kasut sukan berwarna hitam. A atau C untuk B yang D bahawa 6. Sedikit dia tidak berasa insaf dengan perbuatan kejam terhadap ibu bapanya. A sahaja B lagi C pun D jua 7. Sesi makan beradab pengantin itu untuk pengantin dan ahli keluarga. A sahaja C juga B hanya D lagi 8. “Angin di Pantai Bisikan Bayu bertiup pada petang semalam.” Kata Abu kepada Ameena. A kencang B laju C deras D tangkas 9. pergilah dikau ke terataknya jika itu dapat membahagiakanmu. A Bahawa B Setelah C Maka D Pun 10. “ , saya yakin pemenang pertandingan tersebut berpeluang mendapat hadiah berupa wang tunai,” kata Izzati kepada Suraya. A Hanya C Ya B Sehingga D Bahawa Sudut Uji Diri Jawab soalan-soalan di bawah dengan betul. 10 Tahap Penguasaan Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang
68 Tahap Penguasaan Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Standard Pembelajaran 5.2.2 Memahami dan menggunakan pelbagai kata majmuk mengikut konteks. B Baca petikan berikut dan senaraikan kata majmuk yang digunakan dalam petikan ini. KBAT Mengaplikasi Kemahiran Membaca/ Menulis 10 Hari ini ialah hari pertama cuti persekolahan. Aku bangun agak lambat daripada hari biasa. Selepas bersarapan, aku mengemaskan bilik tidur dan menyapu halaman rumah. Pada sebelah petang, aku bermain bola sepak di padang. Walaupun cuti, aku tetap membuat ulang kaji pada sebelah malam. Pada keesokan harinya, aku dan abang ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta api. Setibanya di sana, kami terus ke rumah pangsa Pak Usu Amir yang terletak di Kepong. Pada hari kedua di sana, anak Pak Usu Amir telah membawa aku dan kakak berjalan-jalan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur dengan menaiki keretanya. Aku dan kakak sungguh kagum akan kepesatan bandar raya Kuala Lumpur. Tambahan pula dengan keadaan jalan raya yang bertingkat-tingkat dan bersimpang-siur yang jarang dilihat olehku. Antara tempat yang kami kunjungi ialah Menara Berkembar Petronas, Taman Rama-rama dan Dataran Merdeka. Selepas penat bersiar-siar, kami singgah di Kampung Baru untuk makan tengah hari. Kata Majmuk 3. 4. 10. 1. 2. 9. 8. 7. 6. 5.
70 Tahap Penguasaan Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Standard Pembelajaran 5.2.2 Memahami dan menggunakan pelbagai kata majmuk mengikut konteks. D Bulatkan kata majmuk yang terdapat dalam petikan di bawah. Kemahiran Membaca E Tandakan (3) pada penggunaan kata majmuk yang betul dan (7) pada yang salah. Kemahiran Membaca 4 6 Tanpa membuang masa, aku dan Kumar berhenti mengayuh basikal. Kami baringkan basikal di bahu jalan. Tiba-tiba, kami terdengar cermin tingkap pecah. Dua minggu lalu kawah, periuk besar dan pinggan mangkuk milik orang-orang kampung dicuri orang. Aku dan Kumar berpendapat kes kecurian sedang berlaku pada ketika itu. 1. (a) Lala membeli alatulis di kedai buku itu. (b) Lala membeli alat tulis di kedai buku itu. 2. (a) Akauntan itu mengemaskini fail-fail di pejabat. (b) Akauntan itu mengemas kini fail-fail di pejabat. 3. (a) Aturcara majlis resepsi perkahwinan itu belum ditentukan. (b) Atur cara majlis resepsi perkahwinan itu belum ditentukan. 4. (a) Lapangan Terbang Antara bangsa Pulau Pinang terletak di Bayan Lepas. (b) Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang terletak di Bayan Lepas. 5. (a) Anita bertugas sebagai setiausaha di pejabat tanah itu. (b) Anita bertugas sebagai setia usaha di pejabat tanah itu. 6. (a) Kebanyakan kaum bumiputera di Sabah tinggal di kawasan pedalaman. (b) Kebanyakan kaum bumi putera di Sabah tinggal di kawasan pedalaman.
71 1. Kenderaan yang mempunyai ketinggian melebihi lima meter tidak dibenarkan melalui terowong Penchala dan dikehendaki menggunakan di hadapan. A susur keluar C susur gajah B susur masuk D susur galur 2. Ramai telah dijemput untuk memberi pandangan dan cadangan untuk membaiki mutu sukan badminton negara. A cerdik bijak C cerdik pandai B cerdik pintar D cerdik bestari 3. Pak Cik Lai tidak dapat mengembalikan wang pelanggannya kerana dia tidak ada . A duit hantaran C duit tabung B duit kecil D duit kopi 4. “Jika nama adik ada dalam itu, sudah pasti adik tidak dapat memperbaharui lesen memandu,” kata ayah. A senarai hitam B senarai pendek C senarai semak D senarai nama 5. Pegawai polis itu menunjukkan kepada gadis warga asing itu sebelum dia menggeledah rumah itu. A surat kuasa B surat saman C surat rayuan D surat permohonan 6 Para saintis negara giat menjalankan terhadap spesies tumbuhan baharu itu. A kaji bumi B kaji selidik C soal selidik D soal jawab 7. Ah Fei telah menerima setelah dia tidak menjelaskan bayaran bulanan rumah sewanya selama dua bulan. A surat amaran B surat aduan C surat akuan D surat sumpah 8. Banyak pihak berpendapat bahawa kebahagiaan sesebuah itu terletak di tangan seorang isteri. A rumah batu B rumah tangga C rumah kedai D rumah terbuka 9. Puan Wawa dan anak sulungnya sedang mengalihkan sebuah meja dari ke dapur. A ruang tamu C ruang legar B ruang bilik D ruang lingkup 10. Persidangan antara Perdana Menteri dan Menteri Besar setiap negeri telah berlangsung hari ini dalam suasana yang aman. A meja kayu B meja panjang C meja bulat D meja makan Sudut Uji Diri 10 Tahap Penguasaan Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Jawab soalan-soalan di bawah dengan betul.
104 Peribahasa 1. Peribahasa ialah susunan kata-kata yang dipilih khas dan mempunyai maksud tertentu. 2. Peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan, dan bidalan. Lihat rajah di bawah. Jenis Peribahasa Simpulan Bahasa Bidalan Pepatah Perumpamaan Simpulan Bahasa 1. Simpulan bahasa ialah bentuk peribahasa yang paling mudah. 2. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud tepat dan padat. 3. Rujuk jadual di bawah untuk contoh simpulan bahasa berserta maksudnya. Simpulan bahasa Maksud Kaki ayam Tidak memakai kasut atau selipar Anak emas Anak kesayangan dalam keluarga Alas perut Makan sedikit makanan Batu api Orang yang suka menghasut 15 Peribahasa Nota Ringkas
105 Pepatah 1. Pepatah ialah peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata di dalamnya. 2. Pepatah digunakan untuk menyatakan penegasan, falsafah atau pengajaran yang hendak disampaikan. 3. Rujuk jadual di bawah untuk contoh pepatah berserta maksudnya. Pepatah Maksud Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Suka duka sama-sama ditanggung Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang Kehidupan yang terlalu miskin sehingga pendapatan yang diperolehi hanya cukup untuk hari itu sahaja Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan Perumpamaan 1. Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. 2. Biasanya perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama. 3. Rujuk jadual di bawah untuk contoh perumpamaan berserta maksudnya. Perumpamaan Maksud Bagai aur dengan tebing Tolong-menolong antara satu sama lain Bagai tikus membaiki labu Merosakkan lagi barang yang dibaikinya Bagai melepaskan batuk di tangga Membuat suatu kerja dengan sambil lewa sahaja Bidalan 1. Bidalan ialah peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya. 2. Bidalan tidak mempunyai sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan. 3. Rujuk jadual di bawah untuk contoh bidalan berserta maksudnya. Bidalan Maksud Jangan bermain di air yang keruh Jangan ditiru perbuatan yang buruk Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan Sediakan payung sebelum hujan Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu
107 B Isikan tempat kosong dengan perumpamaan yang sesuai. Kemahiran Membaca/ Menulis Tahap Penguasaan Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang 8 1. Siti Bainun berasa kesal dengan perkhidmatan di pusat peranginan yang terkenal itu kerana ianya . 2. Daniel berhasrat membeli sebuah kereta untuk keluarganya. Oleh itu, dia mula menabung sejak awal bekerja kerana dia percaya dengan menabung . 3. Izham berasa sedih kerana kawan baiknya tidak membayar hutang yang dipinjam sejak tiga tahun lepas ibaratnya . 4. Persahabatan antara Farid dan Taufik telah terjalin sejak sekian lama seperti . 5. Pasangan pengantin itu kerana keduaduanya sama cantik dan sepadan. 6. Pekerja-pekerja itu ibarat kerana hanya melakukan kerja apabila disuruh sahaja. 7. Ibu bapa Haziq menjaganya kerana dialah satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarga. 8. Kita mestilah bekerjasama supaya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada waktunya. seperti kacang lupakan kulit sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit bagai pinang dibelah dua bagai aur dengan tebing bagai menatang minyak yang penuh bagai isi dengan kuku indah khabar dari rupa seperti pahat dengan penukul
111 Soalan 1 hingga 8 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Melur membeli 30 ___________________ telur dan tiga ___________________ sayur sawi di Kedai Runcit Mak Ton. A biji…..ikat C buah…..pucuk B biji…...helai D buah…..ikat 2. Puan Cahaya baru sahaja melahirkan se___________________ bayi lelaki dan perempuan pagi tadi. A pasang C ketul B orang D batang 3. “Di ________________ kamu dilahirkan?, tanya Alice kepada Anand. A apa C siapa B mana D berapa 4. Ibu ________________ tetamu yang hadir pada majlis kesyukuran dengan senyuman. A tersenyum C menjeling B bersalaman D menyambut 5. ________________ Azura, kamu telah berjaya mengharumkan nama sekolah kita! A Aduhai C Tahniah B Cis D Wah 6. Rupa paras Anna Jobling tiada tandingannya ________________. A bagai bulan dipagari bintang C bagai kera mendapat bunga B bagai isi dengan kuku D bagai pinang dibelah dua 7. Encik Siva bekerja sebagai Penolong Pegawai Kesihatan di Johor Bahru. ________________ telah berkhidmat selama lima tahun. A Dia C Kamu B Beliau D Saya 8. Ayah Su kerap membelikan ________________ kentang kepada adik setiap kali dia datang ke rumah kami. A dedaun C sesiku B bebenang D jejari Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Anda dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini. BAHAGIAN A [20 markah]
115 (b) Pilih perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. menjejakkan melangkah menjengket (i) Mohandas berjaya kakinya di puncak Gunung Kinabalu. (ii) Adik apabila bergambar dengan kawan-kawan agar dia kelihatan lebih tinggi. (iii) Anita tidak dapat ke hadapan dengan baik kerana lututnya bengkak dan sakit. [3 markah] Soalan 22 (a) Pilih perumpamaan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. Seperti lipas kudung Seperti cacing kepanasan Bagai aur dengan tebing (i) Hafidz Jantan berlari dalam acara 100 meter pecut lelaki di Stadium Bukit Jalil. (ii) Mereka semasa menyiapkan projek yang diberikan oleh guru dalam masa yang ditetapkan. (iii) Pemuda itu apabila ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis malam tadi. [3 markah] (b) Gariskan jawapan yang paling sesuai bagi ayat-ayat di bawah. (i) Pak Ismail (melepaskan, mengarahkan, memberikan ) beberapa das tembakan ke arah sekumpulan gagak yang membuat bising di taman. (ii) Pemuda itu telah ditangkap kerana cuba (mengamuk, merusuh, mengacau) di hadapan Kedutaan Jerman semalam. (iii) Lili dan rakan-rakannya (menggantung, menyidai, meletakkkan) kain rentang di atas pentas sempena Hari Anugerah Cemerlang sekolah mereka. [3 markah]
118 Unit 1 PRAKTIS A 1. murid 6. tingkap 2. kereta 7. atap 3. dewan 8. kasut 4. kentang 9. pemuda 5. sabun 10. bangsal B 1. bayi 6. guru 2. murid 7. pengetua 3. doktor 8. majikan 4. peniaga 9. penyair 5. pemandu 10. pelancong C 1. pemandu, lori, lelaki 2. pegawai, sekolah, guru besar, pentadbir 3. negara 4. universiti 5. peserta 6. kakak, hospital, ayah 7. guru, kereta, pasar raya 8. pemain bola 9. abang, taman, bas 10. kucing, tikus, stor D 1. Siti membeli buku rujukan Bahasa Inggeris dan Sejarah di Kedai Buku Talent. 2. Setiap pukul 12:00 malam kereta peronda akan meronda di kawasan taman ini. 3. Penyakit HFMD telah merebak di seluruh negara pada awal April tahun ini. 4. Kakak menginap di sebuah hotel tiga bintang semasa bercuti di Perak. 5. Komputer riba jenama Asus berharga sekitar RM3 000. 6. Ezzany telah dilantik sebagai peguam di mahkamah sivil. 7. Ramai murid membeli baju sukan di koperasi sekolah pada waktu rehat. 8. Rumah pusaka itu telah diberikan kepada Encik Razi secara wasiat. 9. Kerajaan menggalakkan semua penduduk di Kampung Sentosa menanam pokok di halaman rumah masing-masing. 10. Kebanyakan negara di seluruh dunia telah membenarkan pintu sempadan dibuka pada awal tahun 2022. E 1. murid 9. wang 2. guru 10. jam tangan 3. piala 11. universiti 4. Ibu 12. doktor 5. ayah 13. kereta 6. kasut 14. rumah 7. guru besar 15. keluarga 8. sekolah SUDUT UJI DIRI 1. C 2. D 3. B 4. C 5. D 6. A 7. B 8. A 9. D 10. D Unit 2 PRAKTIS A 1. Hospital Kuala Lumpur 2. Menara Berkembar Petronas 3. Tugu Negara 4. Dewan Serba Guna Pasir Hor 5. Proton Persona 6. Gunung Everest 7. Sungai Kelantan 8. Kamus Dewan Edisi Keempat 9. Nike B 1. Encik Tuah, Kedah 2. Ranhill SAJ Sdn Bhd, Skudai 3. Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi bin Mohd Jidin, Persada Johor 4. Taman Hijau, Dewan Serba Guna 5. TV3, Karnival Jom Heboh 6. SMA Al-Quran Waddin 7. Encik Fauzi, Puan Ummi, Kampung Paya Jaras 8. Safwa, Pulau Langkawi C 1. Sang Kancil terkenal dengan kepintarannya menipu musuh. 2. Pesta Buku Antarabangsa telah diadakan selama sebulan di PWTC. 3. Perlawanan akhir antara Malaysia dan Vietnam diadakan di Stadium Bukit Jalil. 4. Doktor Sheva merawat pesakit dengan tenang dan mesra. 5. Pada hujung minggu, Arif sekeluarga makan di Restoran Sup Tulang ZZ. 6. Ayah menghadiahi kakak sebuah kereta Perodua Myvi sempena pencapaian SPM yang cemerlang. 7. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh pengunjung di Pulau Tioman.