Kandungan Mesti Tahu i – viii Bab 1 Kata Nama dan Akronim 1 Bab 2 Kata Ganti Nama 9 Bab 3 Kata Adjektif 16 Bab 4 Kata Prafrasa 23 Bab 5 Kata Pascakata (Kata Penekanan dan kata Pembenda) 33 Bab 6 Kata Kerja Transitif 40 Bab 7 Kata Ganda 48 Bab 8 Imbuhan Apitan 55 Bab 9 Frasa Adjektif 62 Bab 10 Ayat Tunggal 71 Bab 11 Jenis-jenis Ayat 76 Bab 12 Peribahasa 83 Ujian Sumatif 1 97 Ujian Sumatif 2 101 Ujian Sumatif 3 105 Jawapan 109
Kata Majmuk 13 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Kata Majmuk 15 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Kata Majmuk 17 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Majmuk 19 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Kata Majmuk 21 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Kata Majmuk 23 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Majmuk Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan yang membawa makna baharu atau makna tertentu. Kata majumk terbahagi kepada empat: Kata majmuk rangkaian bebas (dieja terpisah) cermin mata tong sampah bingkai gambar alat tulis jam tangan surat khabar botol plastik jalan raya Kata majmuk istilah khusus (dieja terpisah) teknologi maklumat deria bau pita suara bahan api garam galian cari gali garis pusat minyak mentah Kata Majmuk Kata majmuk maksud kiasan/ simpulan bahasa (dieja terpisah) anak emas kaki bangku buah hati patah hati berat tulang tali barut ibu ayam ulat buku Kata majmuk berbentuk mantap (15 perkataan sahaja dan ejaanya perlu dicantumkan) antarabangsa kerjasama matahari beritahu pesuruhjaya olahraga bumiputera setiausaha tandatangan jawatankuasa sukarela tanggungjawab kakitangan suruhanjaya warganegara Kesalahan Kata Majmuk Kesalahan ejaan kata majmuk Salah 1. *Jalanraya di kampung saya telah dibaiki. 2. *Peserta kem akan pulang pada pukul 12:00 tengahari. 3. *Saya akan pulang ke kampung dengan menaiki keretapi. 4. *Adham tidak menyertai pertandingan bola sepak kerana dia kakibangku. Betul 1. Jalan raya di kampung saya telah dibaiki. 2. Peserta kem akan pulang pada pukul 12:00 tengah hari. 3. Saya akan pulang ke kampung dengan menaiki kereta api. 4. Adham tidak menyertai pertandingan bola sepak kerana dia kaki bangku. Kesalahan Kata Majmuk Kesalahan pengimbuhan kata majmuk: Imbuhan awalan/akhiran Salah 1. *Setiap hari Farah akan mengulangkaji pelajarannya. 2. *Hafiz telah mengambilalih jawatan itu semula. 3. *Para peserta telah memuatnaik video mereka di Youtube. 4. *Murid cemerlang itu ditemubual oleh wakil majalah sekolah. Betul 1. Setiap hari Farah akan mengulang kaji pelajarannya. 2. Hafiz telah mengambil alih jawatan itu semula. 3. Para peserta telah memuat naik video mereka di Youtube. 4. Pelajar cemerlang itu ditemu bual oleh wakil majalah sekolah. Kesalahan Kata Majmuk Kesalahan ejaan kata majmuk berbentuk mantap Salah 1. *Kaki tangan pejabat ini perlu bekerja dari rumah. 2. *Ayah saya merupakan ahli jawatan kuasa masjid. Betul 1. Kakitangan pejabat ini perlu bekerja dari rumah. 2. Ayah saya merupakan ahli jawatankuasa masjid. Kesalahan Kata Majmuk Kesalahan pengimbuhan kata majmuk: Imbuhan apitan Salah 1. *Calon SPM pada tahun ini perlu melipat gandakan usaha mereka untuk mendapat keputusan cemerlang. 2. *Syarikat telekomunikasi itu akan menaik tarafkan jalur lebar mereka dari semasa ke semasa. Betul 1. Calon SPM pada tahun ini perlu melipatgandakan usaha mereka untuk mendapat keputusan cemerlang. 2. Syarikat telekomunikasi itu akan menaiktarafkan jalur lebar mereka dari semasa ke semasa. Keterangan: Kata majmuk jenis rangkai kata bebas, istilah khusus dah maksud kiasan perlu dieja secara terpisah. Keterangan: Kata majmuk jenis rangkai kata bebas, istilah khusus dan maksud kiasan dieja secara terpisah walaupun menerima imbuhan awalan atau imbuhan akhiran. Keterangan: Kata majmuk berbentuk mantap perlu dieja bercantum. Kakitangan dan jawatankuasa merupakan kata majmuk berbentuk mantap. Jadi, ejaanya perlu dicantumkan. Keterangan: Kata majmuk jenis rangkai kata bebas, istilah khusus dan maksud kiasan yang menerima imbuhan apitan perlu dicantumkan ejaannya. Info Bahasa dan Kesalahan Umum MESTI TAHU
Kesalahan Kata Majmuk 20 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Kata Majmuk 22 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Frasa Nama 24 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Kata Majmuk 14 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Kata Nama 16 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Frasa Adjektif 18 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Kata Majmuk Kesalahan penggandaan kata majmuk tidak mantap Salah 1. *Menteri Besar-Menteri Besar itu sedang bermesyuarat. 2. *Alat tulis-alat tulis itu dibeli oleh ayah petang tadi. 3. *Surat khabar-surat khabar ada dijual di kedai ini. 4. *Kertas kerja-kertas kerja ini perlu disiapkan hari ini juga. Betul 1. Menteri-menteri Besar itu sedang bermesyuarat. 2. Alat-alat tulis itu dibeli oleh ayah petang tadi. 3. Surat-surat khabar ada dijual di kedai ini. 4. Kertas-kertas kerja ini perlu disiapkan hari ini juga. Kesalahan Kata Majmuk Kesalahan penggandaan kata majmuk bentuk mantap Salah 1. *Setia-setiausaha di syarikat itu mempunyai keperibadian yang baik. 2. *Kaki-kakitangan kerajaan akan menerima bonus pada hujung tahun ini. Betul 1. Setiausaha-setiausaha di syarikat itu mempunyai keperibadian yang baik. 2. Kakitangan-kakitangan kerajaan akan menerima bonus pada hujung tahun ini. Kesalahan Frasa Nama Kesalahan penggunaan Hukum DM Salah 1. *Mereka akan berbincang lain-lain hal pada hari Isnin nanti. 2. *Goreng pisang yang dijual di kedai itu sungguh sedap. Betul 1. Mereka akan berbincang hal-hal lain pada hari Isnin nanti. 2. Pisang goreng yang dijual di kedai itu sungguh sedap. Kesalahan Kata Majmuk Kesalahan penggandaan kata majmuk maksud kiasan Salah 1. *Anak-anak buah kesayangan saya akan berkunjung ke rumah saya pada hujung minggu ini. 2. *Buah-buah tangan ini dibeli oleh Saiful semasa bercuti. Betul 1. Anak buah-anak buah kesayangan saya akan berkunjung ke rumah saya pada hujung minggu ini. 2. Buah tangan-buah tangan ini dibeli oleh Saiful semasa bercuti. Kesalahan Kata Nama Kesalahan penggandaan kata nama Salah 1. *Bangunan-bangunan di bandar ini tinggi-tinggi belaka. 2. *Baju-baju yang dibeli oleh ibu cantik-cantik belaka. Betul 1. Bangunan di bandar ini tinggi-tinggi belaka (atau) Bangunanbangunan di bandar ini tinggi belaka. 2. Baju yang dibeli oleh ibu cantik-cantik belaka (atau) Baju-baju yang dibeli oleh ibu cantik belaka. Kesalahan Frasa Adjektif Kesalahan penggunaan imbuhan akhiran -kan Salah 1. *Asyraf sangat cintakan tanah airnya. 2. *Puan Siti begitu sayangkan kedua-dua orang anaknya. 3. *Mak Leha begitu bencikan menantunya. Betul 1. Asyraf sangat cinta akan tanah airnya. 2. Puan Siti begitu sayang akan kedua-dua orang anaknya. 3. Mak Leha begitu benci akan menantunya. Keterangan: Penggunaan kata majmuk jenis tidak mantap bagi membawa maksud jamak, hanya perkataan pertama sahaja yang perlu digandakan dan tidak perlu menggandakan keseluruhan perkataan tersebut. Keterangan: 15 kata majmuk bentuk mantap perlu digandakan keseluruhan perkataan untuk membawa maksud jamak. Setiausaha dan kakitangan ialah kata majmuk bentuk mantap. Oleh itu, untuk membawa maksud jamak, keseluruhan perkataan tersebut perlu digandakan. Keterangan: Frasa nama bahasa Melayu perlu mengikut hukum DM. D ialah perkara yang diterangkan manakala M ialah unsur yang menerangkan subjek. Ayat 1, dan Ayat 2 salah kerana unsur yang menerangkan subjek mendahului perkara yang diterangkan. Kesalahan ini kerap berlaku kerana terpengaruh dengan susunan ayat bahasa Inggeris. Keterangan: Kata majmuk maksud kiasan perlu digandakan keseluruhan perkataan tersebut untuk membawa maksud jamak. Kata anak buah dan buah tangan ialah kata majmuk maksud kiasan. Oleh itu, perkataan tersebut perlu digandakan keseluruhannya supaya maksud asal kiasan dikekalkan. Keterangan: Sekiranya kata adjektif yang terdapat dalam ayat tersebut telah digandakan, kata nama tidak perlu digandakan lagi. Hal ini demikian kerana kata adjektif yang digandakan itu telah membawa maksud jamak. Kata nama dan kata adjektif tidak boleh digandakan serentak dalam satu ayat, hanya salah satu yang perlu digandakan. Keterangan: Kata adjektif tidak boleh menerima imbuhan akhiran -kan. Cinta dan sayang ialah kata adjektif. Jadi, perkataan tersebut tidak boleh menerima imbuhan akhiran -kan. Kata yang sesuai disisipkan selepas kata adjektif ialah akan bagi memperluas frasa tersebut. Info Bahasa dan Kesalahan Umum MESTI TAHU
Kesalahan Ejaan 44 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Peribahasa 46 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Peribahasa 48 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Ejaan 38 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Peribahasa 40 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Peribahasa 42 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Ejaan yang Kerap Dilakukan Salah Betul Salah Betul audien audiens kerinting keriting baucer baucar komersil komersial bumiputra bumiputera lagenda legenda emel e-mel losyen losen garfu garpu merbahaya berbahaya istirehat istirahat mertua mentua hajjah hajah pensil pensel karenah kerenah dasyhat dahsyat istihar isytihar kelendar kalendar ko-kurikulum kokurikulum kebanyakkan kebanyakan nasionalisma nasionalisme patriotisma patriotisme Peribahasa: Tema Kejayaan/ Kesungguhan/ Usaha 1. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Maksud: Seseorang yang mempunyai cita-cita akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya 2. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakitsakit dahulu, bersenang-senang kemudian Maksud: Untuk mencapai kejayaan dan kesenangan, seseorang itu perlu berusaha dan bersusah payah terlebih dahulu 3. Genggam bara api biar sampai jadi arang Maksud: Jika melakukan sesuatu perkara yang sukar, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan 4. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih Maksud: Jika kita melakukan sesuatu perkara, kita akan menyempurnakan dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya 5. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Maksud: Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai sekiranya kita tidak berusaha Kesalahan Ejaan yang Kerap Dilakukan Salah Betul Salah Betul perlantikan pelantikan jimat-cermat jimat cermat penguatkuasa penguat kuasa seringkali sering kali temu duga temuduga pilihanraya pilihan raya tengahari tengah hari jawatan kuasa jawatankuasa pra sekolah prasekolah suaikenal suai kenal ibubapa ibu bapa satay sate ke 20 ke-20 perabut perabot 1970 an 1970-an kontingen kontinjen disamping itu di samping itu berkerjasama bekerjasama temubual temu bual anti-sosial antisosial lebuhraya lebuh raya Febuari Februari Peribahasa: Tema Kerjasama/ Masyarakat 1. Bagai aur dengan tebing Maksud: Hidup saling menolong antara satu sama lain 2. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud: Manusia bersatu dan bersepakat melakukan sesuatu perkara 3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud: Kerja yang berat dan susah akan menjadi senang apabila dilakukan bersama-sama 4. Bersatu teguh, bercerai roboh Maksud: Bersatu padu menjadikan masyarakat kuat, perpecahan dan pergaduhan melemahkan masyarakat 5. Muafakat membawa berkat Maksud: Sikap bekerjasama membawa kebaikan buat semua Peribahasa: Tema Keinsafan/ Beringat-ingat 1. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Maksud: Berfikir semasak-masaknya sebelum melakukan sesuatu perkara supaya tidak menyesal kemudiannya 2. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis Maksud: Hendaklah selalu berhati-hati supaya tidak mudah ditipu dan kehabisan harta 3. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan Maksud: Setiap orang pernah melakukan kesalahan dan kesilapan dalam hidup mereka 4. Sediakan payung sebelum hujan Maksud: Kita hendaklah sentiasa bersiap sedia dan berwaspada sebelum ditimpa masalah 5. Sudah terhantuk baru tengadah Maksud: Sudah mendapat masalah atau kesusahan baru hendak beringat-ingat Peribahasa: Tema Kekeluargaan/ Persaudaraan 1. Air dicencang tidak akan putus Maksud: Hubungan persaudaraan tidak akan putus walaupun berlaku perselisihan faham 2. Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga Maksud: Adik-beradik yang bergaduh akan berbaik semula 3. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Maksud: Seseorang anak akan mengikut perangai atau sifat yang dimiliki oleh kedua-dua orang tuanya 4. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya Maksud: Untuk mendidik seseorang menjadi baik, haruslah bermula sejak dari kecil lagi 5. Bagai menatang minyak yang penuh Maksud: Ibu bapa menjaga dan memelihara anaknya dengan penuh kasih sayang Info Bahasa Kesalahan Umum MESTI TAHU
1 Bab 1 Kata Nama dan Akronim 1. Kata nama ialah kata yang menjadi inti bagi binaan frasa nama dalam ayat. Kata nama biasanya disertai dengan kata bilangan di hadapannya atau kata ganti tunjuk, ini atau itu di belakangnya. 2. Kata nama terdiri daripada kata nama am dan kata nama khas. 3. Kata nama am ialah kata yang merujuk manusia, haiwan, tumbuhan tempat atau sesuatu benda secara umum. Contohnya, guru, burung, cendawan, jam dan sekolah. 4. Kata nama am terdiri daripada kata nama am hidup dan kata nama am tidak hidup. 5. Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil kecuali pada awal ayat. NOTA Kata Nama Am Hidup Manusia Contoh: • Ayah • Ibu • Guru • Murid • Kawan • Petani • Pelukis • Menteri • Angkasawan Contoh: • Ayam • Angsa • Kucing • Kambing • Harimau • Rumput • Bunga raya • Pokok jambu • Pokok mangga Contoh: • Sekolah • Pejabat • Masjid • Dewan • Hospital Contoh: • Jalan • Sungai • Padang • Bandar Contoh: • Cadangan • Senyuman • Pendapat • Hembusan • Idea Contoh: • Iklim • Angin • Keriangan • Keamanan • Ketenangan Institusi Konkrit Abstrak Berbilang Tak Berbilang Bukan Manusia Bukan Institusi Kata Nama Am Tak Hidup Kata Nama Am 6. Kata nama khas ialah kata yang merujuk manusia, haiwan, tumbuhan benda, tempat, negara, institusi dan sebagainya secara khusus. 7. Kata nama khas terdiri daripada kata nama khas hidup dan kata nama khas tidak hidup.
3TIP SOS Soalan Objektif Soalan 1 hingga 5 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Razif masih belum mendapat walaupun dia merupakan graduan lulusan universiti. A persekolahan C pekerjaan B perjalanan D peraturan 2. Tihani dan rakan-rakannya ke untuk menonton filem Walid arahan Areel Abu Bakar. A taska C Bernama B pawagam D Perkim 3. itu membaham seekor rusa yang menjadi mangsanya. A Sang Rangkak C Pak Belang B Sang Kancil D Si Jalak 4. ibu tunggal itu membesarkan anak-anaknya menjadi inspirasi kepada semua golongan wanita. A Kehampaan C Kehalusan B Kemanisan D Kecekalan 5. Encik Azman mendapat bantuan daripada pihak untuk meluaskan lagi perniagaan kek dan roti yang diceburinya sejak setahun yang lalu. A KPM C PDRM B SPRM D MARA Soalan 6 hingga 10 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan paling sesuai. 6. Suhu yang sesuai di samping kesuburan tanah A B telah memberikan peluang yang lebih luas untuk penanaman kelapa sawit. Tiada kesalahan C D 7. Wayang kulit sangat popular di negeri Kelantan A B yang terkenal dengan jolokan negeri Cik Siti Wan Kembang. Tiada kesalahan C D 8. Kebakaran yang berlaku pada awal pagi kelmarin A B melibatkan pertembungan antara dua buah bas C persiaran. Tiada kesalahan D 9. Gejala pembuangan kanak-kanak semakin A berleluasa ketika ini kerana kelonggaran didikan B agama dalam kalangan remaja. Tiada kesalahan C D 10. Gejala penagihan dadah bukan sahaja A mencemarkan imej negara malahan B meningkatkan masalah sosial. Tiada kesalahan C D Soalan 11 hingga 15 Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 11. Akhirnya impian Hasif untuk ke menara gading tercapai jua apabila dia menerima surat tawaran daripada pihak hospital. A menerima surat tawaran daripada pihak pejabat B menerima surat tawaran daripada pihak sekolah C menerima surat tawaran daripada pihak universiti D menerima surat tawaran daripada pihak hospital • Jawapan bagi soalan objektif, soalan 3 ialah C, iaitu Pak Belang. Pak Belang merujuk kepada harimau.
7TIP SOS Latihan C Isi tempat kosong di bawah dengan kata nama am atau kata nama khas yang sesuai. 1. Kemudahan yang meliputi perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Sentul berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas, terutamanya pada awal pagi. 2. Kejayaan Zulkifli mencipta berkuasa solar begitu dikagumi oleh rakyat Malaysia. 3. Ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke pusat agar anak-anak mereka berjaya dalam peperiksaan. 4. merupakan salah satu permainan tradisional yang popular dimainkan oleh rakyat di negeri Kelantan. 5. Adik telah dimasukkan ke kerana disyaki menghidap penyakit demam denggi. 6. Ketangkasan penari-penari tarian naga sering kali dapat disaksikan semasa sambutan . 7. Amalan makan yang berkhasiat dan seimbang dalam kalangan masyarakat mampu mengatasi masalah obesiti. 8. Ibu gagal menghubungi abang yang melanjutkan pelajaran di luar negara kerana talian sedang sibuk. 9. Mata pelajaran mampu meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan murid. 10. Pelbagai ganjaran diberikan kepada negara yang berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang sukan. • Bagi soalan subjektif, soalan 4, Wau Bulan ialah permainan tradisional yang khusus. Oleh itu, huruf awal bagi setiap perkataan mestilah huruf besar.
40 Bab 6 Kata Kerja Transitif 1. Kata kerja ialah perkataan yang merujuk sesuatu perbuatan yang dilakukan. 2. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu: Kata Kerja Transitif (KKT) Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) Kata Kerja Kata Kerja Transitif 1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh: Ibu menjahit baju di ruang tamu. 2. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. NOTA Kata Kerja Transitif Aktif Contoh: • Menari • Melukis • Membaca • Menendang • Mengayuh • Menggoreng • Membasahi Kata Kerja Transitif Pasif Contoh: • Dilukis • Dibaca • Ditendang • Dikayuh • Digoreng • Terhantuk • Tersepak Kata Kerja Transitif 3. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i. Contoh: (a) Ayah memandu kereta ke pejabat. (b) Azmi menaiki bas ke Johor Bahru. (c) Ganesh menunggang basikal ke kedai. 4. Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja yang terhasil daripada perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contoh: (a) Kereta dipandu oleh ayah ke pejabat. (b) Bas dinaiki oleh Azman ke Johor Bahru. (c) Basikal ditunggang oleh Ganesh ke kedai. 5. Kata kerja transitif pasif juga boleh menerima awalan teR-. Contoh: (a) Beg yang berat itu tidak terbawa olehnya. (b) Kulit pisang yang dilempar di kaki lima kedai itu terpijak oleh Aniq.
41TIP SOS Soalan Objektif Soalan 1 hingga 5 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Kerja-kerja Sungai Kelang sedang giat dijalankan sebagai alternatif untuk mengatasi masalah banjir di tempat itu. A memperdalam C memperelok B memperindah D memperbaik 2. Jus oren yang dipegang oleh Firas apabila bahunya dilanggar oleh seseorang. A terabai C terangkat B terkoyak D tertumpah 3. Ular sawa yang panjang itu sedang seekor anak kambing peliharaan Pak Cik Khair. A melulur C membaham B mengulum D mengunyah 4. Cermin tingkap yang berdebu itu oleh kakak dengan sehelai kain yang telah dibasahkan. A dibasuh C ditakik B disiram D dilap 5. Puan Mumtaz pulut kuning itu untuk dimakan bersama rendang ayam. A mengukur C menyalai B mengukus D memarut Soalan 6 hingga 9 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 6. Para remaja perempuan yang gemar memakai A B pakaian mencolok mata boleh menjemput C pelbagai gejala negatif. Tiada kesalahan D 7. Nenek melayur daun pisang yang diambilnya di A belakang rumah sebelum dijadikan pembungkus B C nasi lemak. Tiada kesalahan D 8. Nadim termakan nasi basi yang meletakkan di A B C bawah tudung saji itu. Tiada kesalahan D 9. Ibu menyuruh Adli membuka tingkap dan pintu A setiap kali keluar dari rumah supaya keselamatan B rumah terjamin dan tidak diceroboh masuk oleh C orang asing. Tiada kesalahan D Soalan 10 hingga 13 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 10. Ayah menuju ke peti sejuk lalu menuangkan jus anggur ke dalam gelas untuk membasahkan tekak. A Ayah memandu ke peti sejuk B Ayah membawa ke peti sejuk C Ayak merangkak ke peti sejuk D Ayah menuju ke peti sejuk 11. Amirul dan keluarganya menempah di Hotel Selasih semasa bercuti di Port Dickson. A menumpang di Hotel Selasih B menginap di Hotel Selasih C menyorok di Hotel Selasih D menempah di Hotel Selasih • Bagi soalan objektif, soalan 5, jawapan yang tepat ialah B, iaitu mengukus. • Mengukus bermaksud memasak sesuatu menggunakan wap air yang mendidih.
46TIP SOS Latihan E Tukarkan ayat kata kerja transitif aktif di bawah kepada ayat kata kerja transitif pasif. 1. Abang membelikan beberapa naskhah buku masakan untuk ibu. 2. Razin menanam tin-tin kosong itu supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. 3. Saya membaca novel itu dengan khusyuk kerana jalan ceritanya yang menarik. 4. Puan Marliana mengalungkan seutas rantai berlian ke leher menantunya. 5. Kumari menyusun buku-buku yang berselerakan itu di rak buku. 6. Atiyah membasuh pinggan mangkuk yang kotor di dalam singki bersama kakaknya. 7. Puan Azlina memasak gulai ayam sebagai hidangan tengah hari. 8. Pak Cik Lokman mencangkul tanah untuk membuat batas sayur-sayuran. • Kata kerja transitif aktif boleh ditukarkan kepada kata kerja transitif pasif dengan menukarkan kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i kepada kata kerja berawalan di- dan disertai dengan kata sendi nama oleh. • Contoh: Khairani memetik bunga. Bunga dipetik oleh Khairani.
71 Bab 10 Ayat Tunggal 1. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. 2. Subjek ialah bahagian yang diterangkan manakala predikat ialah bahagian yang menerangkan. (a) Pemuda bertopi biru itu sedang mengambil gambar burung. Subjek Pemuda bertopi biru itu Predikat sedang mengambil gambar burung. (b) Buah rambutan itu rasanya sangat manis. Subjek Buah rambutan itu Predikat rasanya sangat manis. 3. Ayat tunggal terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan. 4. Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada Frasa Nama (FA), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FSN). 5. Subjek dalam ayat tunggal: (a) Frasa nama sebagai subjek. Contoh: Subjek/ Frasa Nama Predikat (i) Muhd Naqib murid sekolah. (ii) Buah mangga itu masam. (iii) Perpustakaan itu untuk kanak-kanak. (b) Kata ganti nama diri sebagai subjek. Contoh: Subjek/ Kata Ganti Nama Diri Predikat (i) Dia anak sulung. (ii) Beliau guru Bahasa Melayu saya. (iii) Mereka kawan-kawan saya. (c) Kata kerja sebagai subjek. Contoh: Subjek/ Kata Kerja Predikat (i) Melukis potret ialah hobinya. (ii) Bersenam dapat mengeluarkan peluh. (iii) Minum air boleh menghilangkan dahaga. NOTA
73TIP SOS Soalan Objektif Pilih ayat tunggal. 1. A Iznin dan Izzara ialah pasangan kembar seiras. B Abang Khaleed menonton televisyen sementara menunggu hidangan tengah hari disiapkan oleh ibu. C Nureen mengambil Buku Teks Bahasa Melayu di atas meja lalu memasukkannya ke dalam beg sekolah. D Puan Latifah memotong kain itu dengan sebilah gunting. 2. A Datuk akan turun ke sawah setiap pagi kecuali hari hujan. B Wafi membasuh kasut sekolahnya yang kotor di bilik air sambil menyanyi. C Encik Badri Syah membeli seutas rantai mutiara buat isteri kesayangannya. D Saya berharap semoga awak cepat sembuh dan dapat ke sekolah seperti biasa. 3. A Amirul berborak dengan neneknya dari pagi hingga ke petang kerana sudah lama tidak bertemu. B Zuhaily dan adiknya sedang membantu datuk mereka memetik petola di kebun. C Ibu menghantar mesej kepada kakak melalui aplikasi WhatsApp. D Ayah hilang selera makan sejak demam panas tiga hari yang lalu. 4. A Membaca dan menjahit ialah hobi Mak Cik Laila pada waktu lapang. B Nabila menyerahkan duit itu kepada Cikgu Rina. C Yasmin ke rumah Aira semalam tetapi dia tiada di rumah. D Puan Irma mahu minum teh atau kopi? 5. A Dia menaip surat itu menggunakan komputer riba kakaknya. B Yusuf tidak sempat bersarapan kerana dia sudah terlambat ke sekolah. C Datanglah ke rumah saya pada hujung minggu ini jika ada kelapangan. D Adam membeli dua batang pen berwarna hitam dan tiga naskhah buku tulis di Kedai Alat Tulis Fahmi. 6. A Encik Mahmud menternak ikan kelah dan ikan keli di kolam ikannya. B Wanita yang berbaju kurung putih itu kakak saya. C Doktor Syafina ialah sahabat baik Cikgu Atikah. D Yusra tersenyum sambil melambai ke arah Ain. 7. A Datuk tetap membeli pasu antik itu walaupun harganya mahal. B Encik Hazran mengecat bilik tidur anak perempuannya dengan warna biru. C Kakak menggoreng ikan kembung yang sudah dilumur garam kunyit itu sehingga garing. D Amani berharap agar dia mampu menewaskan lawannya dalam pertandingan catur pada kali ini. 8. A Raihani tidak jemu-jemu membaca novel yang bertajuk Salina, karya Sasterawan Negara, A. Samad Said walaupun sudah banyak kali diulang baca. B Adham singgah membeli keropok lekor di gerai Pak Cik Husni sebelum pulang ke rumah. C Syamila menutup paip apabila baldinya sudah penuh berisi air. D Hari ini kakak ke pejabatnya dengan menaiki bas. 9. A Semua murid turun ke padang kecuali Afiq. B Abang tidak dapat menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah sekolahnya kerana tidak mendapat keizinan daripada ibu. C Cikgu Redza mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu atau Matematik? D Syahmina mengelap rambutnya dengan sehelai tuala. • Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. • Jika ayat tersebut mempunyai kata hubung, maka ayat tersebut dikenali sebagai ayat majmuk.
75TIP SOS Latihan B Nyatakan bahagian Subjek dan bahagian Predikat dalam ayat-ayat di bawah. 1. Kampung mereka terletak di Johor. Subjek Predikat 2. Pengetua itu akan berpindah ke Kuala Lumpur. Subjek Predikat 3. Persahabatan mereka bagai isi dengan kuku. Subjek Predikat 4. Emak sedang berkebun di belakang rumah. Subjek Predikat 5. Kakak telah melahirkan puteri sulungnya. Subjek Predikat 6. Abang saya seorang tentera laut. Subjek Predikat 7. Ayah menebang pokok kelapa itu. Subjek Predikat 8. Kereta Perodua Myvi menjadi pilihan banyak pembeli. Subjek Predikat 9. Menara Kuala Lumpur belum saya lawati. Subjek Predikat • Subjek ialah bahagian yang diterangkan. • Predikat ialah bahagian yang menerangkan.
97 Soalan 1 hingga 4 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Festival kraf tangan itu akan berlangsung pada 28 Disember 10 Januari tahun hadapan. A kepada C dari B hingga D di 2. Lelaki itu pistol lalu melepaskan beberapa das tembakan di kawasan awam. A menyembunyikan B mengeluarkan C menjatuhkan D menyelitkan Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3. Pak Cik Said dan rakan-rakannya melapah kulit lembu yang baru sahaja disembelih. A pernah C belum B sedang D akan 4. Video kanak-kanak berusia tiga tahun yang berkata-kata dan gelagatnya yang mencuit hati itu menjadi tular apabila video tersebut dimuat naik oleh ibunya di Facebook semalam. A petah B cerah C cekap D bahagia Soalan 5 Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 5. Kucing itu menyembunyikan di balik pintu A apabila ibu ingin mengusirnya dengan sebatang B C penyapu lidi. Tiada kesalahan D Soalan 6 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 6. I Jalan cerita novel yang dibaca oleh Juliana itu sungguh menarik. II Amirul terpaksa menarik diri daripada menyertai pertandingan badminton itu kerana kaki kirinya terseliuh. III Puan Naima menarik kain yang berwarna kuning itu untuk dibuat baju kurung. IV Fong Kit menarik Kamus Dewan untuk mengetahui perkataan yang tidak difahaminya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja BAHAGIAN A [10 markah] UJIAN SUMATIF 1
99 BAHAGIAN B [10 markah] 1. Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. KUALA LUMPUR: Lebih 80 peratus factor utama nahas jalan raya sehingga mengakibatkan kematian di negara ini berpunca daripada sikap manusia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata ini berdasarkan rumusan daripada hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Selain sikap manusia, faktor rekaan, infrasturuktur dan keadaan jalan turut menyumbang kepada kemalangan maut di jalan raya, namun peratusan itu hanya 13 peratus. Dipetik dan diubah suai daripada Lebih 80 Peratus Kemalangan Maut Berpunca Sikap Manusia oleh Ahmad Suheal Adnan BHOnline, 2 Mac 2023 (i) (ii) [2 markah] 2. Dalam petikan di bawah ini, terdapat dua kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Wayang kulit merupakan salah satu kesenian tradisional yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Biasanya, wayang kulit ini dipersembahkan dalam waktu malam kerana cara persembahannya menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Tok Dalang ialah individu yang bertanggungjawab mempersembahkan wayang kulit ini untuk tontonan umum (i) (ii) [2 markah]
109 BAB 1 Soalan Objektif 1. C 2. B 3. C 4. D 5. D 6. D 7. D 8. A 9. A 10. D 11. C 12. C 13. B 14. C 15. A Soalan Subjektif Latihan A 1. Kata nama am: pasangan, kursus kahwin, minggu Kata nama khas: Naim Akronim: JAKIM 2. Kata nama am: keluarga, filem Kata nama khas: Izudin, Munafik Akronim: pawagam 3. Kata nama am: adik, sekolah, ibu Kata nama khas: Marsya Akronim: tadika 4. Kata nama am: Nenek, ceramah, radio Kata nama khas: Ustaz Ali Akronim: IKIM 5. Kata nama am: wartawan Kata nama khas: Razin Akronim: Bernama 6. Kata nama am: pekerja, pokok, lebuh raya Kata nama khas: Encik Lim Akronim: jentolak 7. Kata nama am: Ibu bapa, anak-anak Kata nama khas: Jabatan Kebajikan Masyarakat Akronim: taska 8. Kata nama am: kebajikan, keperluan, penduduk setempat Kata nama khas: Pandan Akronim: ADUN 9. Kata nama am: kehadiran, murid, aktiviti, sekolah Kata nama khas: November Akronim: Purata Latihan B 1. Pelancong asing, pulau, keramahan, penduduk kampung 2. Kundasang, destinasi, pelancongan, Sabah 3. murid tahun enam, laporan pencapaian, komponen, PBD, PAJSK, PPsi, UPSR 4. Puan Janet, Institut Jantung Negara, jantung 5. Pusat Perabot Kayu Jati, perabot, kayu jati 6. Puan Suraya, telefon bimbit, Oppo, pusat beli-belah 7. Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Perhilitan, haiwan eksotik, orang utan, burung cenderawasih, burung bayan, buaya tembaga 8. Aktiviti penebangan hutan, kepupusan, flora, fauna 9. Haziq, biasiswa, MARA, pelajaran, negara 10. Majlis perkahwinan, persembahan, kugiran 11. Restoran Seri Rasa Selera, masakan kampung 12. Karnival Usahawan Muda, Pertubuhan Usahawan Muda Malaysia, sambutan, orang ramai, aktiviti 13. Badrul, pengangkutan awam, kuliah, Unitar 14. Fateen Nasuha, Tokoh Murid Idola, Hari Kanak-kanak 15. Kesesakan, Jalan Ampang, Kampung Pandan, kemalangan, kereta, motosikal Latihan C 1. komuter 2. kereta 3. tuisyen 4. Wau Bulan 5. hospital 6. Tahun Baharu Cina 7. makanan 8. telefon 9. Sejarah 10. atlet Latihan D 1. Kegiatan penyeludupan dadah itu berjaya ditumpaskan oleh anggota PDRM yang cekap menjalankan tugas. 2. Encik Lokman mendepositkan duit gajinya sebanyak RM200 ke dalam akaun SSPN demi tabung pendidikan anaknya. 3. Persembahan artis yang diiringi oleh kugiran remaja itu mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton. 4. Puan Effa merupakan pengetua tadika yang sangat disenangi oleh anak-anak muridnya. Latihan E 1. BNM 2. Taska 3. Purata 4. Perhilitan 5. TUDM BAB 2 Soalan Objektif 1. C 2. C 3. C 4. B 5. D 6. C 7. D 8. B 9. B 10. B Jawapan Bab 1 – Bab 2
110 Soalan Subjektif Latihan A 1. apa 2. kamu 3. -nya 4. saya 5. siapa 6. kami 7. Beliau 8. apa-apa 9. Siapa-siapa 10. itu Latihan B 1. Patik – Hamba 2. dia – mereka 3. baginda – beliau 4. saya – awak/ kamu 5. Mereka – Kami 6. anda – dia 7. Kita – Saya 8. dia – kami 9. Aku – Saya Latihan C 1. mana – siapa 2. Beliau – Baginda 3. Dia – Beliau 4. Kami – Saya 5. apa-apa – bila-bila 6. siapa-siapa – apa-apa 7. bila-bila – apa-apa 8. Kami – Kita 9. apa – siapa 10. Patik – Awak Latihan D 1. Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk menangkap siapa-siapa yang menjual cakera padat cetak rompak. 2. Dalam pertandingan tarik tali itu, pasukan rumah kuning telah merangkul juara. 3. “Patik akan menurut segala perintah tuanku,” sembah Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mansur Syah. 4. “Kami menyusuri pantai untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang sungguh indah,” kata Rohayu dan Julia kepada Miasara. 5. Zamri tidak memasuki mana-mana kelas tuisyen kerana dia lebih suka belajar sendiri di rumah. 6. Harga sepasang baju kurung ini ialah lapan puluh ringgit. 7. Mereka telah berjaya menumpaskan pasukan bola sepak negeri Kedah. 8. Lelaki yang berjumpa dengan Cikgu Ramli itu siapa? Latihan E 1. Dia – Kata ganti nama diri 2. itu – Kata ganti nama tunjuk 3. bila – Kata ganti nama tanya 4. siapa – Kata ganti nama tanya 5. baginda – Kata ganti nama diri 6. Mereka – Kata ganti nama diri 7. dia – Kata ganti nama diri 8. kamu – Kata ganti nama diri BAB 3 Soalan Objektif 1. A 2. D 3. D 4. A 5. A 6. C 7. D 8. D 9. A 10. D 11. C Soalan Subjektif Latihan A 1. hangat 2. jelas 3. bijak 4. halus 5. gembira 6. jauh Latihan B 1. petah 7. kecewa 2. manis 8. licin 3. baharu 9. pagi 4. hampir/ dekat 10. merah 5. lama 11. sihat 6. tawar 12. sejuk Latihan C 1. busuk – tengik 2. lebar – tinggi 3. lebam – pedih 4. sakit – sihat Bab 2 – Bab 3