Tingkatan 4 BAB 1 Warisan Negara Bangsa ............................ 1 BAB 2 Kebangkitan Nasionalisme......................... 9 BAB 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita........................................... 33 BAB 4 Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita ........................................................... 58 BAB 5 Persekutuan Tanah Melayu 1948............. 70 BAB 6 Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat ..................................................... 76 BAB 7 Usaha ke Arah Kemerdekaan .................. 86 BAB 8 Pilihan Raya ............................................. 98 BAB 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957........................................... 104 BAB 10 Pemasyhuran Kemerdekaan.................. 112 Tingkatan 5 BAB 1 Kedaulatan Negara ................................ 120 BAB 2 Perlembagaan Persekutuan................... 126 BAB 3 Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen............................................ 130 BAB 4 Sistem Persekutuan ............................... 140 BAB 5 Pembentukan Malaysia.......................... 150 BAB 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia ................................................. 165 BAB 7 Membina Kesejahteraan Negara............ 174 BAB 8 Membina Kemakmuran Negara ............. 187 BAB 9 Dasar Luar Malaysia .............................. 197 BAB 10 Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia...................................................... 211 ii KANDUNGAN
BAB 1 WARISAN NEGARA BANGSA 1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu Raja • Ditaati dan dianggap suci. Menjadi tonggak utama kerajaan. Undang-undang • Terpakai di seluruh wilayah pengaruh. Menjamin kesejahteraan dan menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan. Rakyat • Penduduk di dalam sesebuah wilayah. Setia dan tidak menderhaka kepada raja. Wilayah pengaruh • Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja. 1. Asas negara bangsa kerajaan Alam Melayu telah bermula sejak sebelum kedatangan kuasa Barat. 2. Ciri-ciri negara bangsa dapat dilihat melalui kehebatan dan keagungan kerajaan Alam Melayu seperti Funan, Kedah Tua, Gangga Nagara, Srivijaya, Angkor, dan Majapahit. Tajuk: 9 1
3. Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Funan dan Champa diteruskan oleh kerajaan Srivijaya. 4. Kesinambungan ini memberikan asas kukuh kepada kerajaan Srivijaya berkembang menjadi sebuah empayar yang terkenal. 5. Ciri negara bangsa empayar Srivijaya diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka yang menyerapkan ciri-ciri lain dalam memperkukuh negara bangsa. 6. Kesultanan Johor-Riau meneruskan ciri negara bangsa dengan menekankan kepentingan agama Islam. Empayar Srivijaya abad ke-12 Empayar Melaka abad ke-15 2 Empayar Melaka U Empayar Srivijaya U
1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka • Ciri-ciri negara bangsa yang diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka menunjukkan kepentingan pembinaan dan perkembangan sesebuah negara bangsa. Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka Kerajaan Rakyat Kedaulatan • Muncul disebabkan adanya raja yang merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar. • Pemerintahan beraja diperkukuhkan dengan Sistem Pembesar Empat Lipatan. • Gelaran Sultan digunakan selepas kedatangan Islam. • Terdiri daripada Orang Melayu dan Orang Laut yang taat setia kepada Sultan Melaka dan mematuhi sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka. • Hubungan timbal balik antara pemerintah dengan rakyat mewujudkan persefahaman dan ikatan antara kedua pihak. • Lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan. Ia menjadi hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah. • Diakui oleh kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan kuasa asing. 3
Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka Wilayah pengaruh Undang-undang Lambang kebesaran • Kawasan pemerintahan raja yang diterima oleh rakyat. • Keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera yang diperolehi melalui penaklukan, perkahwinan dan naungan. • Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka bertujuan mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat serta menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebagai kerajaan yang unggul. • Identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka serta simbol kedaulatan sultan yang memerintah. • Antaranya adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor. 1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang Sistem Pentadbiran • Sultan mengetuai pemerintahan dan berkuasa dalam segala aspek pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik dan agama. Sistem Pembesar Empat Lipatan dibentuk bagi membantu pentadbiran. 4
• Nasionalisme bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan yang dimulakan oleh Raja Mongkut melalui diplomasi dan pemodenan. • Kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh dan penguasaan politik oleh kerabat diraja menimbulkan kegelisahan rakyat. • Raja Chulalongkorn meneruskan kepimpinan untuk membebaskan Thailand daripada kuasa Barat. • Kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua menyebabkan Thailand memperoleh hak ke atas wilayah di Indochina dan negeri utara Tanah Melayu. • Pegawai Barat dibawa untuk melatih pegawai tempatan dan sistem pendidikan Barat dilaksanakan dengan membawa masuk guru-guru dari Barat. • Parti Rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibulsongkram yang melancarkan Revolusi Thai tahun 1932 menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak dan memperkenalkan sistem raja berperlembagaan. Nasionalisme di Thailand Nasionalisme di Thailand 20
2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita Zaman/tahun Penentangan Tokoh Kesultanan Melayu Melaka Berusaha menguasai semula Melaka daripada Portugis. Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mahmud Shah Abad ke-18 Menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Sultan Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Shah Abad ke-19 Menuntut kebebasan daripada ancaman luar dan mendaulatkan wilayah masingmasing. Penghulu Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Pandak Lam, Dato’ Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong Awal abad ke-20 Perjuangan gerakan Islah melalui penulisan kreatif dan akhbar, melalui pertubuhan sosioekonomi oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu. Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi, Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Burhanuddin al-Helmi. 21
2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme Peranan Agama • Nasionalisme dibawa oleh pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir yang terdedah dengan perjuangan gerakan Islah oleh Syed Muhammad al-Din al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid Rida. • Gerakan Islah menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan berpandukan ajaran Islam dan Hadis serta menentang imperialisme Barat di negara Islam. Penulisan Kreatif • Penulisan melibatkan novel, cerpen dan puisi sebagai wadah mengungkapkan keperitan hidup bangsa yang dijajah dan penderitaan rakyat memberikan kesan kepada rakyat untuk membangkitkan semangat. • Novel Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid dan Cerpen Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai. • Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila karya Pak Sako menyindir penjajah dan mengingatkan anak bangsa pentingnya kebebasan. 22
3.3 Perang Dunia Kedua Faktor Tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah Kemunculan ideologi baharu • Gerakan fasisme ➤ Pada tahun 1922, parti Fasis pimpinan Benito Mussolini berjaya menguasai Itali. ➤ Fasisme mengutamakan kepentingan negara dan percaya nasionalisme melampau termasuk berperang untuk memulihkan imej negara. • Gerakan nazisme ➤ Pada tahun 1933, parti Nazi pimpinan Adolf Hitler berjaya membentuk kerajaan Jerman. ➤ Nazisme mengagungkan bangsa Jerman. Hitler berusaha memulihkan nasionalisme rakyat Jerman dengan mengetepikan Perjanjian Versailles. Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles • Jerman kehilangan tanah jajahan dan terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi sehingga mengalami kemelesetan ekonomi dan inflasi yang teruk. • Itali tidak berpuas hati kerana tidak mendapat tanah jajahan baharu seperti yang diperoleh Perancis dan Poland. 38
3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik Peluasan Kuasa Jepun • Perang ini dikenali Perang Pasifik kerana berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara disebabkan kemunculan Jepun sebagai kuasa imperialisme di rantau Asia Pasifik. Dasar peluasan kuasa Jepun Keperluan perindustrian • Jepun yang muncul sebagai negara perindustrian pada akhir abad ke19 mengurangkan pergantungan terhadap negara Barat. Jepun berusaha mendapatkan wilayah yang boleh membekalkan bahan mentah dan memasarkan hasil perindustrian mereka. Pengaruh golongan tentera • Angkatan tentera Jepun dianggap termoden di Asia pada abad ke-20. Pada tahun 1932, golongan tentera menguasai politik Jepun dan berpendapat masalah ekonomi Jepun boleh diselesaikan dengan menakluk kawasan yang kaya dengan bahan mentah. Pada Oktober 1941, pelantikan Jeneral Hideki Tojo sebagai Perdana Menteri telah mengheret Jepun ke kancah peperangan. Orde Baharu Asia • Dasar luar Jepun berubah kepada mengembangkan kuasa, mewujudkan kebebasan ekonomi dan menentang imperialisme Barat. Orde baharu Asia Timur merangkumi Jepun, Korea, Manchuria dan China sebagai satu blok ekonomi dan dikembangkan ke seluruh Asia. 42
Sekatan ekonomi terhadap Jepun Rancangan penaklukan wilayah di selatan • Penguasaan Jepun ke atas Korea, Manchuria dan China diteruskan di Laut China Selatan iaitu Pulau Hainan dan Indochina. • Amerika Syarikat, British dan Belanda mengenakan sekatan ekonomi untuk menghalang Jepun memperoleh bahan mentah yang akan digunakan untuk industri dan operasi perang. • Jepun cuba mengatasi sekatan ekonomi pihak Bersekutu dengan menguasai wilayah di selatan iaitu Asia Tenggara yang kaya dengan bijih timah, getah, petroleum dan bauksit. • Jerman menghantar pakarnya ke Jepun untuk mengkaji serangan terhadap wilayah di selatan dan membantu industri pembuatan kapal terbang Jepun. Rundingan di Amerika Syarikat untuk menamatkan sekatan ekonomi terhadap Jepun gagal. Hasrat Jepun membentuk pemerintahan baharu di Asia Pasifik mencapai kemuncak. Kesan Jepun mengeluarkan arahan serangan serentak ke atas Asia Pasifik pada Disember 1941. 43
4.2 Gagasan Malayan Union • Malayan Union diperkenalkan pada 1 April 1946 menggantikan BMA. Rancangan Malayan Union diisytihar dalam Warta Kerajaan yang dikenali sebagai Kertas Putih 6274. Ciri ciri Perlembagaan Malayan Union Konsep Kesatuan • Penyatuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat (kecuali Singapura) di bawah satu unit pentadbiran. Ketua Pentadbiran • Diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Raja England. • Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi British. Raja-raja Melayu • Majlis Raja-raja hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Kewarganegaraan • Prinsip jus soli menjadi asas kewarganegaraan. • Sesiapa yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura menjadi warga Malayan Union. • Berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 tahun hingga 15 tahun. • Berumur kurang daripada 18 tahun yang ibu bapanya merupakan warganegara. 59
British Mendapatkan Tandatangan Sultan 18 Oktober 1945 Menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar untuk menurunkan tandatangan persetujuan terhadap Malayan Union. 24 Oktober 1945 Persetujuan daripada Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 2 November 1945 Persetujuan daripada Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah. 14 November 1945 Persetujuan daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad. 22 November 1945 Persetujuan daripada Sultan Perak, Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa. 2 Disember 1945 Persetujuan daripada Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. 4 Disember 1945 Persetujuan daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Jamalullail ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. 17 Disember 1945 Persetujuan daripada Sultan Kelantan, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Muhammad IV. 21 Disember 1945 Persetujuan daripada Sultan Terengganu, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin. • H.C.Willan memulakan tugas dari 8 September 1945 hingga 29 September 1945 dengan mengunjungi Raja-raja Melayu. Seterusnya tugas Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan persetujuan Sultan. 60
Penentangan Raja raja Melayu terhadap Malayan Union Cara bantahan Raja-raja Melayu Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England Diadakan selepas Persidangan Raja-raja Melayu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak pada April 1946. Jika perlu, Sultan Perak, Kedah dan Johor akan berangkat ke England. Menghantar surat bantahan ke London Sultan Kedah, Perak dan Johor mendakwa mereka diugut supaya bersetuju menandatanganinya dan memohon British memansuhkan persetujuan tersebut. Raja Perlis menghantar telegram ke Britain menyuarakan tidak puas hati terhadap tindakan MacMichael. Menyokong Kongres Melayu Sultan Selangor menderma sebanyak $15 ribu kepada Persatuan Melayu Selangor dan merasmikan pembukaan Kongres Melayu Pertama. Permaisuri Perak memimpin gerakan menentang Malayan Union Raja Perempuan Kelsom mengetuai perarakan wanita Perak yang menyertai perhimpunan besar-besaran di Padang Bandar Diraja Kuala Kangsar pada 28 Mei 1946 semasa ketibaan Ahli Parlimen British. Menunjukkan perpaduan raja dan rakyat menentang Malayan Union. Memulaukan upacara pelantikan Gabenor Malayan Union Raja-raja Melayu sepakat memulaukannya setelah perjumpaan dengan Dato’ Onn Ja’afar di Hotel Station. Mereka bersama-sama rakyat memboikot upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union. 1. Raja-raja Melayu menentang kerana Malayan Union merupakan bentuk penjajahan secara mutlak. 2. Raja-raja Melayu kehilangan kedaulatan dan kuasa politik. 61
BAB 1 KEDAULATAN NEGARA 1.1 Konsep Kedaulatan Takrif Kedaulatan Bahasa Yunani • Kedaulatan ialah supernus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi. • Merujuk negara yang bebas dan merdeka. Bahasa Inggeris • Kedaulatan ialah sovereignty. • Negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan. Bahasa Arab • Berasal daripada kata daulah. • Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan. Bahasa Melayu • Berasal daripada perkataan daulat. • Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara. Tajuk: 12 120
Pandangan Tokoh Aristotle • Kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. • Merujuk kepada kerajaan yang terikat oleh undang-undang. Ibnu Khaldun • Kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya. • Diiringi semangat beragama akan menyebabkan sesuatu bangsa rela untuk berkorban demi mencapai cita-cita yang sama. Jean Bodin • Kuasa tertinggi dalam sesebuah negara yang mempunyai sifat kekal. • Mempunyai kuasa yang tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj • Dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan. • Memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Tun Dr. Mohamed Salleh Abas • Asas negara yang merdeka dan memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa. • Mempunyai hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa campur tangan asing. 121
1.2 Ciri Negara yang Berdaulat Mempunyai pemerintahan • Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara. • Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan dibantu Jemaah Menteri. Ciri negara yang berdaulat Mempunyai perundangan • Parlimen menggubal dan menentukan sistem perundangan negara. Mempunyai sempadan • Menjadi garis pemisah antara negeri atau negara. • Sempadan darat, air dan udara Malaysia dikongsi bersama Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, dan Filipina. Mempunyai rakyat • Rakyat ialah penduduk sesebuah negara. • Terikat dengan undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah. 123
BAB 2 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 2.1 Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan Asas Pembentukan Perlembagaan Undang-undang negeri Melayu Undang-undang Inggeris • Pemerintahan diketuai oleh raja. • Rakyat memberikan kesetiaan. • Raja menentukan undang-undang dan sistem pemerintahan. • Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. • Diperkenalkan di Negeri-negeri Selat (NNS). • Diambil daripada undang-undang yang terpilih dan digubal di England. • NNS menggunakan Charter of Justice 1807. • Negeri Sarawak menggunakan The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949 dan Sabah menggunakan Sabah Application of Laws Ordinance 1951. Tajuk: 12 126
2.2 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tahun Huraian 1877 • Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf. • Berperanan untuk menggubal undang-undang bagi negeri Perak. • Mesyuarat tersebut menjadi titik tolak kepada pembentukan undang-undang negara. • Peranan yang sama dimainkan oleh semua Majlis Negeri di negeri-negeri Melayu yang lain. 1946 • Majlis Undangan Negeri menggubal undang-undang di NNS. • Majlis Persekutuan menggubal undang-undang di NNMB. • Majlis Negeri menggubal undang-undang di NNMTB. 1948 • Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani. • Menjadi titik penting kepada pembentukan sebuah Persekutuan yang menggabungkan negeri-negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang. • Antara kandungannya berkaitan pentadbiran, kuasa raja Melayu, perundangan dan kewarganegaraan. 1957 • Penubuhan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid. • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 disesuaikan dengan model Westminster dari Britain. • Berkuatkuasa selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan menjadi asas kepada perlembagaan negara kita pada hari ini. 127
2.3 Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan Ciri tradisional Ciri moden Kesultanan atau pemerintahan beraja • Sultan merupakan pemerintah berdaulat dan berkuasa penuh di negeri baginda. • Diteruskan selepas merdeka dan disesuaikan dengan konsep Demokrasi Berparlimen iaitu Yang di-Pertuan Agong ialah pemerintah tertinggi negara. Kerajaan Persekutuan • Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa tertentu kepada kerajaan Persekutuan. • Apabila Malaysia dibentuk, beberapa autonomi diberikan kepada Sarawak dan Sabah. Agama Islam • Nasihat daripada penasihat British tidak diperlukan oleh raja semasa zaman British. • Selepas merdeka, Raja diberikan kuasa dalam hal agama Islam bagi negeri baginda. Sistem Demokrasi Berparlimen • Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sistem demokrasi. • Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan berperanan menjalankan pilihan raya. Bahasa Melayu • Digunakan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam pemerintahan. • Kini, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Kewarganegaraan • Mula diperkenalkan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dikategorikan sebagai rakyat raja dan rakyat British. • Kini, taraf kewarganegaraan yang sama diberikan kepada rakyat Malaysia. 128