The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sem. Malaysia: RM9.95
Sabah/Sarawak: RM10.50

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2024-03-20 21:07:27

1202 Bank Soalan Tatabahasa Tingkatan 3 KSSM

Sem. Malaysia: RM9.95
Sabah/Sarawak: RM10.50

Keywords: 1202 Bank Soalan Tatabahasa Tingkatan 3 KSSM,1202 Bank Soalan Tatabahasa Tingkatan 3,Tatabahasa Tingkatan 3 KSSM,Tatabahasa Tingkatan 3,Tatabahasa,Tingkatan 3 KSSM,Tingkatan 3,Tatabahasa KSSM,KSSM,PBD

Kandungan Mesti Tahu i – vi Bab 1 Kata Nama 1 Bab 2 Kata Pinjaman 8 Bab 3 Kata Adjektif 11 Bab 4 Kata Kerja 18 Bab 5 Kata Tugas 25 Bab 6 Kata Ganda 32 Bab 7 Kata Terbitan 35 Bab 8 Frasa Nama 38 Bab 9 Frasa Sendi Nama 45 Bab 10 Frasa Adjektif 52 Bab 11 Frasa Kerja 59 Bab 12 Ayat Dasar 67 Bab 13 Ayat Tunggal Susunan Biasa 74 Bab 14 Ayat Tunggal Susunan Songsang 81 Bab 15 Ayat Majmuk Gabungan 88 Bab 16 Ayat Majmuk Pancangan 95 Bab 17 Peribahasa 102 Ujian Sumatif 1 110 Ujian Sumatif 2 113 Jawapan 116


Kata Nama 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Nama 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Pinjaman 5 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Kerja 7 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Tugas 9 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Ganda 11 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Nama Am Kesalahan penggunaan kata nama am. Salah 1. Dia bekerja sebagai Setiausaha di Syarikat Megah Mewah. 2. Pasar raya itu terletak di hadapan Balai Bomba. 3. Adik menangis kerana dicakar oleh seekor Kucing. Betul 1. Dia bekerja sebagai setiausaha di Syarikat Megah Mewah. 2. Pasar raya itu terletak di hadapan Balai bomba. 3. Adik menangis kerana dicakar oleh seekor kucing. Keterangan: Pangkal kata untuk kata nama am perlu ditulis dengan huruf kecil, kecuali apabila ia berada di permulaan ayat. Kata Ganti Nama Diri KGND Pertama : Saya, aku, kami, kita Contoh : Saya akan ke Pulau Pinang pada minggu hadapan. Aku akan cuba sedaya upaya untuk berjaya. Kami akan bermalam di sana selama dua hari. Kita akan pergi ke sana esok. KGND Kedua : Awak, engkau, kamu, kalian Contoh : Awak perlu pergi sekarang. Engkau tidak boleh buat keputusan melulu. Kamu kena banyak bersabar. Kalian akan menerima balasan yang setimpal. KGND Ketiga : Dia, ia, beliau, mereka Contoh : Dia tidak dapat dihubungi sejak semalam. Saya ada seekor kucing, ia berwarna oren. Beliau pandai dalam bidang keusahawanan. Mereka sudah hampir sampai. Kata Pinjaman Imbuhan Pinjaman Bahasa Inggeris: Awalan Ayat poli- Amran merupakan seorang pelajar politeknik. auto- Pagar rumahnya adalah pagar automatik. anti- Kami menyertai kempen antidadah. Akhiran Ayat -isme Nasionalisme merupakan perasaan cintakan negara. -si Idea revolusi itu sudah terkubur. -ik Kita perlukan kajian secara saintifik. Kata Ganda Kata ganda merupakan proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Terdapat empat jenis kata ganda: (i) Kata ganda seluruh Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Buku-buku Pusing-pusing Cantik-cantik Murid-murid Geleng-geleng Panjang-panjang Meja-meja Gelak-gelak Merah-merah Botol-botol Baca-baca Kurus-kurus Pelajar-pelajar Duduk-duduk Kecil-kecil Kata Tugas KT tidak berfungsi sebagai inti utama dalam frasa, ia hanya mendukung sebagai penghubung, penerang dan lain-lain. Ada banyak jenis kata tugas, antaranya adalah kata hubung. Kata hubung dapat menyambung atau menghubungkan kata atau frasa dalam ayat. Jenis-jenis kata hubung: (i) Kata hubung gabungan (ii) Kata hubung pancangan (iii) Kata hubung berpasangan Kata Kerja Transitif KKT perlu diikuti oleh objek (kata nama) bagi melengkapkan maksud ayat. Ini boleh dikenal pasti melalui imbuhan. Imbuhan Contoh Ayat Berawalan meN- Ali menendang bola itu dengan kuat. Berawalan Ter- Mei terminum susu yang sudah basi. Berapitan meN...-i Siva menaiki kereta ke Pulau Pinang. Berapitan meN...-kan Mira mengemukan idea yang bagus. Berawalan memper- Mereka sedangan memperlebarkan jalan raya di sana. Berapitan memper-...-i Chin sedang mempelajari bahasa Jepun. Berapitan memper-...-kan Priya telah memperkenalkan Susan kepada Fatin. Info Bahasa dan Kesalahan Umum MESTI TAHU


Kata Kerja 8 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Tugas 10 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Ganda 12 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Nama 2 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Pinjaman 4 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Adjektif 6 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Tugas Imbuhan Contoh Contoh Ayat Kata Hubung Gabungan dan, serta, atau, sambil, lalu, maka Nazmi membeli nasi lemak dan kuih di gerai itu. Kata Hubung Pancangan sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila Dia selalu termenung semenjak kucing kesayangannya hilang. Kata Hubung Berpasangan oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik – mahupun, bukan sahaja - malah Bukan sahaja harganya murah, malah kualitinya sangat bagus. Kata Ganda (ii) Kata ganda separa Kata Dasar Kata Ganda Kata Ganda Separa Bola Bola-bola Bebola Jari Jari-jari Jejari Daun Daun-daun Dedaun Langit Langit-langit Lelangit Pijat Pijat-pijat Pepijat Siku Siku-siku Sesikat Layang Layang-layang Lelayang Kata Kerja Tak Transitif KKTT tidak memerlukan objek untuk melengkap maksud ayat kerana sudah sempurna. Imbuhan Contoh Ayat Berawalan meN- Junhao menyapu laman rumahnya. Berawalan beR- Aiman sedang bersenam di padang. Berawalan teR- Thinaah tersenyum melihat telatah Tan. Berapitan ber-...-an Mereka bersalaman sebelum bertanding. Keterangan: Kata nama khas ditulis dengan huruf besar di pangkal kata walaupun berada di tengah atau akhir ayat. Kata Nama Khas Kesalahan penggunaan kata nama khas. Salah 1. Dia dikenali sebagai encik Ahmad. 2. Arnab milik kakak bernama oren. 3. Mereka menyertai program rakan alam sekitar. Betul 1. Dia dikenali sebagai Encik Ahmad. 2. Arnab milik kakak bernama Oren. 3. Mereka menyertai Program Rakan Alam Sekitar. Kata Pinjaman Imbuhan Pinjaman Bahasa Sanskrit: Awalan Ayat maha- Maharaja Jepun mempunyai pengaruh yang besar. tata- Kita perlu menguasai tatabahasa Bahasa Melayu. juru- Dia seorang jurugambar yang terkenal. Akhiran Ayat -wan Mereka menyertai sebuah program sukarelawan. -wati Beliau merupakan olahragawati negara. -nita Biduanita Negara adalah suatu gelaran seni. Kata Adjektif Jenis Contoh Sifat lama, pandai, takut, licin, garang, kasar Warna kuning, hijau, putih-putih, kebiru-biruan Ukuran panjang, tinggi, besar, pendek, rendah, kecil, tebal, nipis Bentuk bulat, leper, bujur, bengkok, lekuk Waktu awal, segera, lambat, lama, silam Jarak jauh, dekat, hampir, sebelah, rapat Cara laju, deras, perlahan, lincah Pancaindera merdu, masin, kelat, wangi Perasaan sayang, kecewa, marah, sedih, kecewa, gembira Info Bahasa dan Kesalahan Umum MESTI TAHU


Kata Ganda 13 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Terbitan 15 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Frasa Nama 17 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Frasa Sendi Nama 19 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Frasa Kerja 21 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Ayat Dasar 23 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Ganda (iii) Kata ganda berentak Jenis Contoh Contoh Ayat Kata nama calar-balar, sakibaki, kuih-muih Kuih-muih yang dibuat oleh ibu Amir sangat sedap. Kata adjektif compang-camping, bengkang-bengkok, kusut-masai Jalan menuju ke rumah Foo bengkang-bengkok. Kata kerja lalu-lalang, ulangalik, kumat-kamit Banyak kenderaan lalu-lalang di jalan raya. Kata keterangan lambat-laun, pontang-panting Dave berlari pontang-panting kerana ketakutan. Kata Terbitan Kata terbitan terbentuk apabila kata dasar menerima imbuhan. Terdapat empat jenis kata terbitan: (i) Kata terbitan awalan Kata Dasar Imbuhan Kata Terbitan lari pe- pelari lawan me- melawan besar ter- terbesar tebal se- setebal (ii) Kata terbitan akhiran Kata Dasar Imbuhan Kata Terbitan hias -an hiasan jalan -i jalani tulis -kan tuliskan latih -an latihan Frasa Nama Frasa nama ialah kata yang berfungsi sebagai satu binaan dalam ayat. Frasa nama ini terbentuk daripada kata nama. Contohmya: Subjek Predikat Encik Razif seorang jurugambar. Zara dan Syasya dua beradik. Para peserta harus berkumpul di sana. Guru itu seorang yang sabar. Ayat Dasar Contohnya: Pola Ayat Subjek Predikat FN + FN Saya anak Cik Nona. FN + FK Mereka berjalan menuju ke sungai. FN + FA Kereta kakak berwarna merah. FN + FS Adik yang terjatuh dirawat di klinik. Keterangan: Subjek terdiri daripada frasa nama (FN), predikat pula terdiri daripada frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi (FS). Frasa Kerja Frasa kerja terbina daripada kata kerja. Ia berfungsi sebagai predikat dalam sesuatu ayat. Namun, frasa kerja boleh berperanan sebagai subjek dalam ayat songsang. Contohnya: Subjek Predikat Menjahit kesukaan Azira. Membuang masa ialah amalan yang sia-sia. Melompat-lompat abang bersama-sama rakannya di luar rumah. Membayar hutang adalah satu kemestian. Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama terdiri daripada kata yang terdiri daripada kata sendi dan memerlukan frasa nama atau kata nama sebagai pelengkap. Contohnya: Subjek Kata Sendi Frasa nama Monyet di atas pokok. Alif dari Perak. Pearly dan Misya ke perpustakaan. Hadiah itu daripada abang. Nasi ayam itu untuk adik. Info Bahasa MESTI TAHU


1 Bab 1 Kata Nama NOTA Kata Nama (KN) 1. Kata nama ialah kata yang menerangkan nama sama ada nama manusia, haiwan, benda, gelaran, konsep atau abstrak. 2. Konsep atau abstrak ialah sesuatu perkataan yang hanya dapat dibayangkan dalam fikiran. Hal ini berbeza dengan sesuatu perkataan yang digambarkan secara konkrit yang boleh disentuh atau dipegang. 3. Kata nama berfungsi sebagai subjek dalam ayat tunggal dan boleh berperanan sebagai predikat dalam ayat majmuk. 4. Contoh kata nama: (a) Ayat tunggal (i) Puan Rama seorang guru. (ii) Encik Lutfi bekerja sebagai pemandu. (iii) Ibu seorang yang peramah. (b) Ayat majmuk (i) Di atas dahan pokok kemboja itu hinggap beberapa ekor burung. (ii) Meragut dua nyawa kemalangan di persimpangan tiga itu. 5. Kata nama merupakan unsur yang penting dalam struktur binaan frasa nama. 6. Kata nama terbahagi kepada tiga golongan, iaitu: Kata Nama Am Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama Kata Nama Khas 1. Kata nama khas ialah kata yang menamakan sesuatu secara khusus. 2. Kata nama khas merujuk nama manusia, bukan manusia, institusi, tempat, gelaran, binatang dan sesuatu benda secara spesifik. 3. Pangkal huruf kata nama khas mesti ditulis dalam huruf besar. 4. Contoh kata nama khas: Pengkelasan Contoh Kata Nama Khas Manusia Ahmad, Johan, Ah Seng, Subramaniam, Fatimah, Wong Siew Kim, Watsana dan sebagainya. Bukan manusia Tompok, Jalak, Proton Perdana, Kamus Dewan dan sebagainya. Institusi Universiti Putra Malaysia, Pejabat Daerah Kerian, Institut Perguruan Malaysia Tuanku Bainun, Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah dan sebagainya. Tempat Pudu Raya, Alor Setar, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Sarawak, Jalan P. Ramlee, Lebuh Raya Utara Selatan dan sebagainya. Gelaran Encik Mazlan, Datuk Fuad, Datin Maziah, Tan Sri Ghulam, Tun Abd Razak, Profesor Ahmad Awang, Doktor Mukhriz dan sebagainya. Kata Nama Am 1. Kata nama am merujuk sesuatu secara am atau umum. 2. Kata nama am dibahagikan kepada kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak. 3. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu benda yang dapat dipegang atau dirasai oleh pancaindera, manakala kata nama am abstrak ialah sesuatu perkara yang hanya dapat dibayangkan dalam fikiran semata-mata. 4. Pangkal huruf kata nama am ditulis dengan huruf kecil. 5. Contoh kata nama am: Pengkelasan Contoh Kata Nama Am Kata nama am konkrit Kerusi, meja, kereta, buku, sekolah, kucing, basikal, jambu, cili, pisau dan sebagainya. Kata nama am abstrak Cahaya, roh, sinar, mesyuarat, agenda, waktu, angkasa, udara, hayat dan sebagainya.


2 TIP SOS Kata Ganti Nama 1. Kata ganti nama ialah kata yang digantikan kepada kata nama am dan kata nama khas. 2. Kata ganti nama dibahagikan kepada kata ganti nama orang pertama, kata ganti nama orang kedua, kata ganti nama orang ketiga, kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri tanya. 3. Contoh kata ganti nama: Pengkelasan Contoh Kata Ganti Nama Kata ganti nama diri orang pertama aku, beta, kami, kita, saya, patik Kata ganti nama diri orang kedua kamu, anda, engkau, saudara Kata ganti nama diri orang ketiga ia, dia, mereka, beliau, nya Kata ganti nama tunjuk itu, ini, sini, situ, sana Kata ganti nama tanya apa-apa, manamana, siapa-siapa, bila-bila Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Beberapa orang sedang mempateri paip air yang rosak akibat banjir itu. A jurukimpal B juruteknik C jurutera D juru 2. Encik Zamani telah menghantar surat jawatan sebagai ketua esekutif kepada majikannya. A pelepasan B perletakan C pemberhentian D penamatan 3. “ akan menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu itu sekiranya diizinkan oleh ibu dan ayah saya,” jelas Amir kepada Hassan. A Aku B Kami C Saya D Kita 4. Kebanyakan remaja kini terlibat dengan sosial disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. A permasalahan B kebejatan C kemelut D keamanan 5. Daya penarik kawasan peranginan tersebut ialah hutan di persekitarannya yang masih tidak tercemar. A kedamaian B kesejahteraan C keindahan D keamanan 6. Seramai sepuluh orang pengkaji arkeologi telah membuat di sebuah tapak kubur lama. A penemuan B pengkajian C penyelidikan D pemeriksaan 7. “ kamu menyelesaikan masalah yang sukar itu?” tanya Azman kepada Zainal. A Apakah B Bagaimanakah C Siapakah D Adakah Soalan Objektif Tiga jenis kata ganti nama diri: i. Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk mengganti nama orang yang bercakap, contohnya aku, saya, hamba, patik dan kita. ii. Kata ganti nama diri kedua digunakan untuk mengganti nama orang yang dilawan bercakap, contohnya awak, anda, engkau, kamu, kalian, awak semua, tuan, cik dan lain-lain. iii. Kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk mengganti nama orang yang dimaksudkan, contohnya dia, mereka, beliau, ia, baginda dan nya.


3TIP SOS Soalan Subjektif Latihan A Berdasarkan petikan, isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. Menara Berkembar Petronas pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, Menara Berkembar Petronas masih merupakan menara berkembar yang tertinggi di dunia pada abad ini. Menara ini direka oleh jurubina Cesar Pelli dari Argentina yang siap dibina pada tahun 1998 setelah memakan masa selama tujuh tahun pembinaannya. Menara setinggi 88 tingkat ini dibina daripada konkrit bertulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka menyerupai motif kesenian Islam mencerminkan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Menara satu diduduki oleh kakitangan Petronas dan anak syarikatnya, manakala ruang pejabat di menara dua disewakan kepada syarikat-syarikat lain. Sebatang jejantas udara yang menyambungkan kedua-dua menara di tingkat 41 dan 42, iaitu jejantas dua tingkat tertinggi di dunia. Di bawah menara berkembar ini terdapat pusat beli-belah Suria KLCC dengan ruang legar yang luas dan Dewan Filharmonik Petronas. BIL. KATA NAMA KHAS KATA NAMA AM KONKRIT KATA NAMA AM ABSTRAK 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 8. Walaupun tinggal berdekatan, namun mereka bertemu muka. A kadang-kadang B jarak-jarak C jarang-jarang D sedang-sedang 9. Kerja-kerja __________ dijalankan oleh pakar dari Universiti Sains Malaysia. A selidikan B menyelidikkan C penyelidikan D kaji selidik 10. Encik Ismail seorang __________ yang budiman kerana sering mendermakan hartanya kepada golongan yang memerlukan. A sejarahwan B hartawan C budayawan D seniman • Kata nama am digunakan untuk memperkatakan sesuatu secara am atau umum. • Kata nama khas digunakan untuk memperkatakan sesuatu secara khusus.


38 Bab 8 Frasa Nama NOTA 1. Frasa nama ialah satu atau lebih kata yang berfungsi sebagai satu binaan dalam ayat. 2. Frasa nama terbentuk daripada kata nama. 3. Contoh frasa nama ialah: Bil Subjek (FN) Predikat 1. Encik Ali seorang petani. 2. Ahmad dan Abu dua sahabat karib. 3. Para pelajar dikehendaki berkumpul di dewan sekolah. 4. Hartawan itu seorang yang baik hati. Peluasan Frasa Nama 1. Frasa nama terbentuk daripada satu perkataan atau sederet perkataan. 2. Jika sederet perkataan, salah satu mestilah berfungsi sebagai penerang dan menerang. Contohnya: Bil Frasa Nama (FN) Predikat Penerang Menerang 1. Rumah baharu itu kepunyaan Encik Ruslan. 2. Bas mini kemalangan. 3. Para peserta SMK Ibrahim m e m e n a n g i pertandingan pidato. 4. Perlawanan bola sepak dibatalkan. 3. Dalam pembentukan ayat, frasa nama mempunyai tiga fungsi iaitu frasa nama sebagai subjek, frasa nama sebagai predikat dan frasa nama sebagai objek. 4. Contoh frasa nama sebagai subjek: Bil Subjek (FN) Predikat (FK, FA dan FSN) 1. Pengurus itu meletakkan jawatan. 2. Rombongan pelancongan terkandas kerana bas rosak. 3. Perhimpunan diadakan di dewan sekolah. 4. Cuti semester akan bermula pada minggu hadapan. 5. Pola ayat frasa nama sebagai subjek ialah FN sebagai subjek, manakala predikat adalah bebas sama ada FK, FA atau FSN. 6. Contoh frasa nama sebagai predikat: Bil Subjek (FN) Predikat (FN) 1. Melaka bandar raya bersejarah. 2. Ayah seorang guru agama. 3. Mahsuri anak Pandak Maya. 4. Hang Tuah dan sahabatnya hulubalang Melaka. 7. Pola ayat frasa nama sebagai subjek ialah FN+FN. 8. Contoh frasa nama sebagai objek: Bil Subjek (FN) Predikat KKTT Objek (FN) 1. Adik dan kawankawannya bermain bola. 2. Ibu mencuci baju. 3. Guru baharu itu mengajar mata pelajaran sains tulen. 4. Farouk membaling botol. 9. Frasa nama sebagai subjek hanya hadir selepas kata kerja tak transitif (KKTT). 10. Kata bilangan pisahan tidak memerlukan penjodoh bilangan apabila dirangkaikan dengan kata nama. 11. Frasa nama yang menunjukkan bilangan jamak tidak boleh digandakan. Contohnya: Bil Salah Betul 1. Para ilmuan-ilmuan Para ilmuan 2. Semua pelajar-pelajar Semua pelajar 3. Para hadirin dan hadirat Para hadirin 4. Banyak pokok-pokok Banyak pokok 5. Koleksi lagu-lagu Koleksi lagu


39TIP SOS Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. tahniah diberikan kepada Azim atas kejayaannya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. A Sekalung B Secebis C Seuntai D Seberkas 2. Datuk Osman memangku pengurus syarikat menggantikan Datuk Bakar yang menjalani perubatan di luar negara. A kerja B tugas C peranan D jawatan 3. Pada masa dahulu sungai dijadikan antara negeri. A ukuran B sempadan C daerah D takat 4. Kebanyakan bahan makanan segera dimasukkan bahan agar tahan lebih lama. A pewarna B perisa C pengawet D perasa 5. Seketul emas dipamerkan sempena pameran barangan berharga di Kompleks Tun Abdul Razak, Johor Bahru. A asli B tulen C jitu D padat Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 6. Para ilmuan-ilmuan Islam bersidang di Kuala A B Lumpur membincangkan harta-harta B warisan Islam sedunia. Tiada kesalahan C D 7. Pengetahuan tentang penggunaan komputer A amat diperlukan dalam pelbagai bidang di B zaman yang globalisasi ini. Tiada kesalahan C D 8. Rumah setingkat yang terletak pada tepi sungai A B itu telah dihanyutkan oleh banjir pada petang semalam. Tiada kesalahan C D 9. Setiap masalah yang timbul boleh diselesaikan A jika semua pihak berbincang dan B hormat-menghormati antara satu sama lain. C Tiada kesalahan D 10. Masih ramai remaja kini sudah tidak mengetahui A lagi fungsi rumah asap dalam B industri getah. Tiada kesalahan C D Soalan Objektif • Frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai inti dan terbina daripada satu atau lebih perkataan.


40TIP SOS Soalan Subjektif Latihan A Isi tempat kosong dengan perkataan yang betul. 1. Allahyarham Tun Abdul Razak ialah seorang yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara ini. 2. Ramai yang tidak berpuas hati terhadap sikap majikan itu yang kerana menaikkan pangkat pekerja baharu itu tanpa memberi peluang kepada pekerja-pekerja lama. 3. yang diberikan oleh pemaju perumahan itu kepada anak-anak yatim berupa wang tunai dan hamper. 4. Hanya peniaga yang mempunyai sahaja yang dibenarkan berniaga di tapak jualan tersebut. 5. Kebanyakan bahan dimasukkan ke dalam makanan segera agar tahan lebih lama. 6. Orang zaman dahulu menggunakan khidmat untuk mengubati pelbagai penyakit. 7. itu melakukan pemeriksaan terhadap botnya sebelum belayar ke Pulau Tioman. 8. Walaupun Malaysia telah menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-66, namun masih terdapat sebilangan penduduk di kawasan yang masih belum mendapat menikmati pembangunan sepenuhnya. 9. burung penghijrah telah singgah di kawasan pulau itu untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke kutub selatan. 10. Peninju itu jatuh tersungkur kerana terkena lawannya. Jika frasa nama terbentuk daripada sederet perkataan, salah satu mestilah berfungsi sebagai penerang dan menerang. Contohnya: Frasa Nama Predikat Penerang Menerang Kejohanan badminton itu dibatalkan. Van ayah berwarna putih.


102 Bab 17 Peribahasa NOTA 1. Peribahasa bermaksud sesuatu hal atau peri yang disampaikan melalui bahasa. 2. Peribahasa digunakan untuk membuat kiasan atau melambangkan sesuatu dalam kehidupan. 3. Hubungan kata peribahasa yang diungkapkan dengan maksud yang tersirat adalah bersifat abstrak. 4. Sumber peribahasa ini diambil daripada pengalaman hidup masyarakat dahulu kala, di samping ciptaan orang yang arif lagi bijaksana. 5. Terdapat juga peribahasa yang diambil daripada ungkapan-ungkapan kitab-kitab lama. 6. Peribahasa dapat dibahagikan kepada lima jenis iaitu: (a) Simpulan bahasa (b) Perumpamaan (c) Pepatah (d) Bidalan (e) Kata-kata hikmah Simpulan Bahasa 1. Rangkai kata yang tersimpul dengan susunan yang khas dan mempunyai maksud yang khusus. 2. Maksud simpulan bahasa adalah berlainan dengan ungkapan yang ditulis. 3. Biasanya simpulan bahasa ini disimpulkan oleh dua perkataan sahaja. Contohnya: + kaki ayam Bil. Simpulan Bahasa Maksud 1. Ada hati Mempunyai sesuatu kemahuan. 2. Buah hati Kekasih atau orang yang disayangi. 3. Tangkai jering Orang yang kedekut atau bakhil. 4. Kaki bangku Orang yang tidak pandai bermain bola sepak. 5. Ayam tambatan Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan. 6. Samar muka Hari yang sampai senja. 7. Anak emas Anak kesayangan. Perumpamaan 1. Perumpamaan ialah frasa, klausa atau ayat yang menggunakan kata banding untuk membandingkan sesuatu dengan yang lain. 2. Kata banding yang sering digunakan ialah ibarat, laksana, bak, bagai, seperti, umpama dan sebagainya. Contohnya: + seperti cincin dengan permata Bil. Perumpamaan Maksud 1. Seperti isi dengan kuku Persahabatan yang sangat erat. 2. Bagai aur dengan tebing Sikap saling membantu antara satu sama lain. 3. Seperti belut pulang ke lumpur Orang yang pulang ke tempat asalnya. 4. Seperti kacang lupakan kulit Orang yang tidak mengenal budi dan pertolongan yang telah diberikan. 5. Bagai telur di hujung tanduk Kedudukan yang tidak selamat. 6. Umpama melukut di tepi gantang Kehadiran yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. 7. Seperti mencurah air ke daun keladi Nasihat atau perbuatan yang sia-sia.


108TIP SOS Latihan C Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan pasangan gambar tersebut, tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut. 1. 2. 3. 4. Peribahasa yang membawa maksud sangat akrab: • Bagai isi dengan kuku • Bagai empedu lekat di hati


109TIP SOS 5. 6. Latihan D Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) Peribahasa yang berkaitan dengan persahabatan: Peribahasa Maksud Berpatah arang berkerat rotan Memustuskan tali persahabatan. Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni Persahabatan yang sangat karib.


110 Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. lori cedera parah akibat kemalangan di lebuh raya tersebut. A Penunggang B Pemandu C Penumpang D Pembonceng 2. Tuan pengetua sedang memberikan sempena hari persaraannya kepada para pelajar. A taklimat B syarahan C pidato D ucapan Soalan 3 Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditandakan dengan A, B atau C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 3. Buku-buku di pusat sumber yang berselerakan A B telah kami susun dengan kemas di rak-rak yang C disediakan. Tiada kesalahan. D Soalan 4 Pilih ayat-ayat di bawah yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul. 4. I Usah dikenang peristiwa yang lepas. II Mereka yang melakukan kesalahan tidak akan lepas daripada tindakan undangundang. III Burung di dalam sangkar itu telah lepas. III Lepas masuk ke kedai, ibu membeli barang-barang keperluan dapur. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Mesyuarat komuniti itu berakhir dengan perbincangan lain-lain usul yang dikemukakan. A usul-usul lain yang dikemukakan B lain-lain usul-usul yang dikemukakan C usul lain-lain yang dikemukakan D lain-lain usul yang dikemukakan 6. Semua tugasan telah saya siapkan sebelum pulang bercuti di kampung. A telah disiapkan oleh saya B saya telah menyiapkan C telah saya menyiapkan D telah saya siapkan Soalan 7 – 8 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 7. “Jika awak ada kelapangan, datanglah ke rumah saya petang ini,” ujar Mokhtar kepada Hafiz. A Hafiz mempelawa Mokhtar supaya datang ke rumahnya pada petang nanti pada waktu lapang. B Mokhtar mempelawa Hafiz bahawa jika mempunyai masa lapang datanglah ke rumahnya petang nanti. C Pada waktu lapang, Mokhtar dan Hafiz sering bertemu di rumahnya. BAHAGIAN A [10 markah] UJIAN SUMATIF 1


114 B Cikgu Baharom meminta tolong muridmuridnya menutup suiz lampu dan kipas di perpustakaan. C Cikgu Baharom berpesan kepada muridmuridnya supaya keluar dari perpustakaan dan meminta tolong menutup suiz lampu dan kipas. D Cikgu Baharom berpesan kepada muridmuridnya supaya memastikan suiz lampu dan kipas ditutup sebelum keluar dari perpustakaan. 8. Amirul memberitahu ayahnya supaya meminang seorang gadis yang dikenalinya sejak lima tahun dahulu. A Amirul dan ayahnya akan meminang seorang gadis yang dikenali sejak lima tahun dahulu. B Seorang gadis yang dikenali oleh Amirul sejak lima tahun dahulu akan dipinang oleh ayahnya sebaik sahaja diberitahu oleh Amirul. C Amirul akan meminang seorang gadis yang dikenalinya sejak lima tahun dahulu untuk ayahnya. D Ayah diberitahu oleh Amirul supaya meminang seorang gadis yang dikenalinya sejak lima tahun yang lalu. Soalan 9 Pilih ayat-ayat yang betul. 9. I Oleh kerana hujan lebat, latihan bola sepak kami batalkan. II Awak orang dari negara seberangkah? III Kanak-kanak yang hilang itu telah dijumpai. IV Saya berkawan dengannya sejak kecil. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 10 Pilih peribahasa yang betul. Mereka akrab sejak di bangku sekolah rendah lagi. 10. Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan keadaan di atas ialah A Bagai aur dengan tebing B Bagai isi dengan kuku C Seperti katak di bawah tempurung D Seperti kacang lupakan kulit BAHAGIAN B [10 markah] 1. Dalam petikan di bawah ini, terdapat dua kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Senarai nama-nama pelajar yang mendapat tempat untuk menyertai pertandingan badminton telah diumumkan. Oleh kerana kecederaan pada bahagian siku, pemain utama tidak dapat bertanding. Pihak sekolah dengan tegas meminta pelajar-pelajar yang lain supaya menjaga diri untuk mengelakkan kecederaan. Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. (i) (ii) [2 markah]


115 2. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) Pembukaan pasaraya tersebut memudahkan orang ramai mendapatkan barang-barang keperluan harian. (ii) Pihak polis telah mengenalpasti bahawa kesesakan jalan raya itu berlaku disebabkan oleh kerosakan lampu isyarat. [2 markah] 3. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, pastikan sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat seru atau ayat perintah. (i) Permainan video atas talian mengundang pelbagai masalah, terutamanya masalah kesihatan. (ii) Wah, cantiknya baju awak! (iii) Mengapakah masih ramai remaja terlibat dengan gejala vandalisme? (iv) Pengusaha kantin sekolah dilarang menjual makanan ringan dan minuman yang tidak berkhasiat. [4 markah] 4. Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) [2 markah]


116 BAB 1 Soalan Objektif 1. A 2. B 3. C 4. B 5. C 6. B 7. B 8. C 9. C 10. B Soalan Subjektif Latihan A Bil Kata Nama Khas Kata Nama Am Konkrit Kata Nama Am Abstrak 1. Menara Berkembar Petronas bangunan dunia 2. Burj Khalifa menara abad 3. Cesar Pelli jurubina tahun 4. Argentina keluli muka 5. Islam kaca agama 6. Petronas kakitangan udara 7. Suria KLCC jejantas syarikat 8. Dewan Filharmonik Petronas menara berkembar ruang legar Latihan B 1. penjenayah 6. negarawan 2. karbon monoksida 7. jurujual 3. Putrajaya 8. pengusaha 4. Diabetes 9. jejantas 5. Hartawan 10. kenderaan Latihan C 1. jurulatih - juruacara 2. mereka - kami 3. watikah - surat 4. jantan - lelaki 5. Apakah - Siapakah 6. hartawan - sasterawan 7. bahan - maklumat 8. jurumudi - jurupandu 9. tua - antik 10. penumpang - pembonceng Latihan D 1. Beberapa orang peserta telah membaca sajak semasa perasmian sayembara penulisan kreatif yang sedang berlangsung itu. mendeklamasi 2. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh para waris dalam menjayakan mesyuarat agung PIBG kali ini. atas 3. Ibu menghidangkan pelbagai kuih-muih kepada rakan-rakan yang hadir meraikan kejayaannya dalam bidang perniagaan. pelbagai kuih/kuih-muih 4. Encik Lim membuat keputusan untuk mengadakan kenduri perkahwinan anaknya di mini stadium yang berhampiran rumahnya. stadium mini 5. Ahmad telah membalas surat yang diterima pada rakannya minggu lepas. kepada 6. Jaguh lumba basikal itu memberitahu bahawa dia amat berminat bidang ini sejak dari kecil lagi. sejak/dari 7. Pemanasan global menyebabkan cuaca menjadi amat sekali panas dan juga boleh memberikan kesan terhadap kesihatan seseorang. amat panas/panas sekali 8. Kesibukan dalam menjalankan tugas harian menyebabkan Encik Samad dan Puan Norita kurang memberikan perhatian kepada ibu bapanya di kampung. akan 9. Seminar Kepimpinan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dihadiri oleh pengetua-pengetua dan guru besar-guru besar dari seluruh negeri. guru-guru besar 10. Semasa di pasar, ibu merujuk pada senarai barangbarang yang ditulisnya bagi memastikan tiada barangan yang terlupa. senarai barang/barang-barang Latihan E 1. Talipon - Telefon 2. ampangan - empangan 3. karenah - kerenah 4. batek - batik 5. stesyen - stesen 6. lebel - label 7. kelinik - klinik 8. Jalor Gemilang - Jalur Gemilang 9. sireh - sirih 10. ko-kurikulum - kokurikulum BAB 2 Soalan Objektif 1. A 2. B 3. C 4. B 5. C 6. B 7. B 8. C 9. C 10. B Soalan Subjektif Latihan A 1. jutawan 6. kriteria Jawapan Bab 1 – Bab 2


Click to View FlipBook Version