MESTI TAHU i – vi Bab 1 Sistem Bahasa 1 Bab 2 Pemahaman Teks 33 Bab 3 Pemindahan Maklumat 82 Bab 4 Penulisan 88 Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 118 Jawapan 128 Kandungan
Kata Bantu 8 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Pemeri 10 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Pengimbuhan 12 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Ganti Nama Diri 2 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Hubung 4 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Penegas 6 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Bantu • Penggunaan kata bantu harus disesuaikan dengan situasi dan ayat. Kesalahan Bahasa: (i) Kata bantu ‘hendak’ tidak sesuai digunakan dalam ayat tanya. Contoh ayat: – Hendakkah kamu ikut saya? (SALAH) – Mahukah kamu ikut saya? (BETUL) (ii) Kata bantu ‘masih’ diletakkan sebelum kata kerja/frasa kerja. Contoh ayat: – Ayah memotong masih rumput walaupun hujan sudah merintik. (7) – Ayah masih memotong rumput walaupun hujan sudah merintik. (3) Kata Pemeri Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasafrasa utama dalam predikat. Kata Pemeri Penerangan ialah Mestilah diletakkan di hadapan kata nama, frasa nama atau kata lain seperti kata kerja atau kata adjektif yang dapat berfungsi sebagai frasa nama. adalah Mestilah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kesalahan Penggunaan: Mereka ialah bukan murid sekolah tersebut. (SALAH) Mereka bukan murid sekolah tersebut. (BETUL) Pengimbuhan • Kata yang terbentuk dengan mencantumkan imbuhan dengan kata dasar. Imbuhan Penerangan awalan imbuhan yang hadir di hadapan kata dasar apitan imbuhan yang hadir di hadapan dan di belakang kata dasar secara serentak akhiran imbuhan yang hadir di belakang kata dasar sisipan imbuhan yang disisipkan di tengah kata dasar Kesalahan Bahasa: – kebanyakkan (7) kebanyakan (3) – mengenengahkan (7) mengetengahkan (3) – dikenalpasti (7) dikenal pasti (3) Kata Hubung • Kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa atau klausa dengan klausa. Kesalahan Bahasa: 1. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan yang sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan ‘serta’). Contoh: – Ali gemar makan roti canai dan kebab dan minum air kelapa. (7) – Ali gemar makan roti canai dan kebab serta minum air kelapa. (3) 2. ‘Hingga/ sehingga’ tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ‘ke’. Contoh: – Aiman belajar dari pagi hingga ke petang. (7) – Aiman belajar dari pagi hingga petang. (3) – Aiman belajar dari pagi ke petang. (3) Kata Penegas Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis, iaitu: 1. Menegaskan frasa predikat -kah, -tah dan -lah 2. Menegaskan subjek dan frasa predikat juga, jua, pun, sahaja, lagi dan memang Contoh Ayat: 1. Dialah orangnya. 2. Apalah guna kamu mengenang dia. 3. Sebentar lagi saya datang. 4. Saya pun menyertai pertandingan itu. Kata Ganti Nama DIri 1. Kata Ganti Nama Diri Pertama: • Merujuk kepada diri yang sedang bercakap. Contoh: saya, aku, beta, patik, kami, kita Contoh ayat –‘Saya seorang doktor.’ kata Amir. 2. Kata Ganti Nama Diri Kedua: • Merujuk kepada orang yang dilawan bercakap. Contoh: kamu, awak, engkau, saudara, anda Contoh ayat –‘Awak bekerja sebagai apa?’ tanya Khairul kepada Amir. 3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga: • Merujuk kepada orang yang sedang diperkatakan. Contoh: beliau, dia, ia, baginda, mereka Contoh ayat –‘Mereka merupakan pelajar baharu.’ kata Khairul kepada Amir sambil menunjuk ke arah sekumpulan pelajar. Info Bahasa dan Kesalahan Umum MESTI TAHU
Peribahasa 20 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Komsas 22 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Komsas 24 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Frasa 14 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Ayat Aktif & Ayat Pasif 16 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Ayat Majmuk 18 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Peribahasa Peribahasa Maksud Rosak bawang ditimpa jambak Rosak nama atau maruah seseorang kerana kelakuannya sendiri. Sebab budi boleh kedapatan Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa. Tiada rotan, akar pun berguna Sekiranya tiada yang terbaik, yang kurang baik pun berguna juga. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan Orang yang berasa besar hati apabila mendapat sesuatu. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal Memperoleh hal atau perkara yang diingini. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi Sesuatu yang dilakukan mesti melibatkan kedua-dua belah pihak. Komsas Watak dan Perwatakan • Watak: Seseorang yang mendukung sesebuah cerita. • Perwatakan: Ciri-ciri yang ditonjolkan melalui perlakuan watak. • Contoh: Cerpen Menuai Emas – Watak: Alif: Anak lelaki Mak Wan yang mempunyai ijazah ekonomi dari sebuah universiti. – Perwatakan: 1. Seorang yang penyabar dengan memujuk orang kampung agar tidak menjual tanah ke pemaju perumahan walaupun ditentang oleh Abang Man. 2. Seorang yang memanfaatkan ilmu pertanian dengan menanam padi di bendang menggunakan varieti jenis baharu. Komsas Plot • Susunan atau jalan peristiwa dalam sesebuah cereka. • Binaan plot: ▪ Permulaan: Babak perkenalan watak dan latar. ▪ Perkembangan: Perkara yang berlaku sebelum mencapai perumitan. ▪ Perumitan: Konflik yang timbul pada bahagian permulaan menjadi semakin mengeruh disebabkan adanya konflik-konflik antara watak. ▪ Klimaks: Tahap paling tinggi bagi pembaca mengalami detik saspens dan cemas. ▪ Peleraian: Konflik berakhir dengan menemukan jalan penyelesaiannya. Ayat Aktif & Ayat Pasif • Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek. • Ayat aktif ialah ayat yang mempunyai kata kerja berawalan meN-. Contohnya: (a) Emak menggoreng ayam. (b) Ayah mendirikan khemah di tepi laut. (c) Pengawas membaca doa. • Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya. • Ayat pasif ialah ayat yang tidak berawalan meN- dan didahului dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua. Manakala, ayat yang berawalan di- diikuti kata sendi nama oleh serta kata ganti nama diri ketiga. Contohnya: (a) Pinggan itu saya basuh. (b) Air di dalam besen itu dicurah oleh kakak. 2. AYAT MAJMUK GABUNGAN • Ayat yang terbentuk dengan cara menggabungkan dua atau beberapa ayat tunggal dengan kata hubung gabungan seperti dan, atau, lalu, maka dan sebagainya. Contoh: Abang dan kakak pergi ke sekolah. • Ayat majmuk gabungan boleh juga terbentuk daripada dua ayat tanpa penggunaan kata hubung apabila predikatnya berlainan. Contoh: Ibu ke pasar mencari ikan. • Dua ayat tunggal boleh juga digabungkan dengan menggunakan kata hubung berpasangan seperti baik…mahupun, bukan saja… tetapi juga, makin…makin dan sebagainya. Contoh: Arinah bukan saja cantik tetapi juga baik hati. Frasa • Unit yang terdiri daripada satu atau dua perkataan yang boleh diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. • Berfungsi sebagai subjek dan predikat. Jenis Frasa Contoh Frasa Nama Aminah menggoreng ikan di dapur. Frasa Kerja Aminah menggoreng ikan di dapur. Frasa Adjektif Aminah menggoreng ikan yang segar di dapur. Frasa Sendi Nama Aminah menggoreng ikan yang segar di dapur. Info Bahasa dan Info Komsas MESTI TAHU
1 Bab 1 1.1 Kata Nama Am dan Kata Nama Khas 1. Kata nama am ialah kata untuk menyatakan manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan atau benda secara umum dan ditulis dalam huruf kecil pada pangkal huruf kata nama itu. Contoh: abang, kakak, kucing, arnab, rumput, bunga, nasi, roda 2. Kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada nama orang, benda, bangunan, tumbuh-tumbuhan, tempat, bandar atau negeri, judul buku, novel atau filem secara khusus dan ditulis dalam huruf besar pada pangkal kata tersebut. Contoh: Norliza, Syikin, Si Comel, Bangunan Sultan Abdul Samad, Semenyih, Sibu 1.2 Kata Ganti Nama Diri 1. Kata ganti nama diri ialah kata yang menjadi pengganti nama orang. Kata ganti nama diri dapat dibahagikan kepada: 1. Penerangan kata ganti nama diri pertama (a) Saya – merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali atau dalam situasi rasmi. (b) Aku – merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan rapat atau kepada Tuhan. (c) Beta – digunakan oleh raja, sultan, kerabat diraja apabila bertitah dengan rakyat. (d) Patik – digunakan oleh rakyat untuk merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan raja, sultan atau kerabat diraja. (e) Hamba – merujuk kepada diri sendiri bagi orang dahulu kala. (f) Kami – merujuk kepada diri orang yang bercakap serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua. (g) Kita – merujuk kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua. NOTA Sistem Bahasa 2. Penerangan kata ganti nama diri kedua (a) Awak – untuk merujuk diri orang kedua yang sangat akrab hubungannya dengan kita atau orang atasan yang bercakap dengan pekerja bawahannya. (b) Kamu – untuk merujuk diri orang kedua yang sangat akrab hubungannya dengan kita, misalnya dengan rakan sebaya, orang dewasa menggunakan kata ini apabila bercakap dengan orang yang lebih muda. (c) Engkau – untuk merujuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita, misalnya dengan rakan. (d) Kalian – untuk menyapa atau menegur beberapa orang yang sebaya, setaraf atau orang yang lebih rendah pangkatnya. 3. Penerangan kata ganti nama diri ketiga (a) Beliau – untuk merujuk diri orang ketiga yang kita hormati seperti ibu, bapa, guru, doktor dan lain-lain. (b) Dia – untuk merujuk orang ketiga yang umum seperti kawan rapat dan orang biasa. (c) Baginda – untuk merujuk raja dan kerabat. (d) Mereka – untuk merujuk orang ketiga yang bilangannya lebih daripada seorang. 1.3 Kata Kerja 1. Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan. Kata kerja terbahagi kepada kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif: 2. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya dan terbahagi kepada bentuk yang berikut: Bentuk kata kerja tak transitif Contoh Kata asal bangun, duduk, faham, cicir, gugur, tidur, jaga Berawalan beRberbual-bual, berdarah, beredar, bertenang
28TIP SOS A Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 1. Orang gila itu ketawa sendirian. A Ketawa itu gila orang sendirian. B Ketawa sendirian orang gila itu. C Sendirian ketawa gila orang itu. D Orang gila itu sendirian ketawa. 2. Mata pelajaran Sejarah sangat penting. A Mata pelajaran paling penting ialah Sejarah. B Sangat penting Sejarah untuk mata pelajaran. C Sangat penting mata pelajaran Sejarah. D Penting sangat Sejarah dan mata pelajaran. 3. Pelbagai pihak berperanan melindungi alam sekitar daripada tercemar. A Alam sekitar perlu dilindungi oleh pelbagai pihak daripada tercemar. B Pencemaran alam sekitar perlu dilindungi pelbagai pihak daripada tercemar. C Alam sekitar daripada tercemar perlu melindungi pelbagai pihak. D Peranan melindungi alam sekitar daripada tercemar adalah pelbagai pihak. Pilih jawapan yang betul bagi soalan di bawah. 4. Pilih bentuk ayat dasar yang betul. A Para pelajar dikehendaki berkumpul setiap pagi untuk menyanyikan lagu sekolah. B Pendatang asing yang berbaju merah itu sudah lama menetap di negara ini. C Saya peserta rumah biru. D Pegawai itu menjawab semua soalan tetamunya sambil mengangguk-anggukkan kepala. 5. Antara berikut, yang manakah ayat tunggal? I Pinggan itu dicuci oleh ayah. II Lelaki yang tampan itu abang saya. III Kakak membaca buku sambil menyanyi. IV Polis membuat sekatan jalan raya. A I dan IV B I dan II C I dan III D III dan IV 1.22 Ayat Dasar dan Ayat Tunggal B Tentukan jenis-jenis ayat di bawah dan tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan. Ayat Ayat dasar / Ayat tunggal 1. Encik Tan seorang doktor. 2. Bangunan dua tingkat akan didirikan di tanah lapang itu. 3. Banjir besar melanda Kelantan. 4. Bunga tulip sangat cantik. 5. Arus sungai itu mengalir deras. Jawapan yang tepat bagi soalan 4 bahagian A ialah C, iaitu ayat dasar. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar kepada pembentukan dan penerbitan jenis ayat yang lain.
33 Bab 2 1. Soalan Pemahaman Teks KOMSAS (Komponen Sastera) memperuntukkan 25 markah (Objektif dan Subjektif) daripada markah keseluruhan kertas. 2. Bentuk soalan yang dikemukakan ialah soalan objektif dan subjektif untuk bahagian antologi dan soalan subjektif untuk bahagian novel. ANTOLOGI BAIK BUDI, INDAH BAHASA, TINGKATAN 2 PUISI TRADISIONAL 2.1 Pantun Alam Remaja Maksud Rangkap 1 : Kepulangan seorang ibu ke rumah disambut oleh anak-anak dengan penuh kegembiraan. Rangkap 2 : Perasaan risau dan bimbang anak-anak sewaktu ketiadaan ibu hilang apabila melihat kepulangan ibu. Rangkap 3 : Anak-anak berasa lebih tenang apabila ibu pulang ke rumah awal. Rangkap 4 : Anak-anak bersama-sama menyanyikan lagu sebagai tanda kegembiraan mereka. Rangkap 5 : Detik yang paling menggembirakan anak-anak adalah sewaktu kepulangan ibu dan bapa mereka. Rangkap 6 : Anak-anak bertambah gembira apabila ibu bapa memberikan hadiah, iaitu baju dan seluar. Rangkap 7 : Anak- anak yang gemar berpantun tidak sewajarnya dimarahi oleh ibu bapa kerana mereka hanya ingin bermanja. Tema Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu dan bapa mereka ke rumah. Persoalan 1. Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat di mana anak-anak ialah anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada ibu bapa. 2. Persoalan tanggungjawab ibu bapa dalam memberikan kasih sayang kepada anak-anak. 3. Persoalan sifat saling menghormati antara anakanak dengan ibu bapa. 4. Persoalan kegembiraan yang diluahkan oleh anakNOTA Pemahaman Teks anak dengan berpantun kerana ingin bermanja. Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi 1. Kata ganda – bilang-bilang, adik-beradik, bersorak- sorak. 2. Simpulan bahasa – besar hati. 3. Unsur alam – itik, rumput, kumbang jati, ayam kinantan, ranting dan kumpai. 4. Repetisi – kita 5. Asonansi – Tidak terkata besar hati (perulangan vokal a). 6. Aliterasi – Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan konsonan b). Nilai Bertanggungjawab, kasih sayang, baik hati, saling memaafi, hormat-menghormati. Pengajaran 1. Kita hendaklah mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap anak-anak terutamanya keselamatan mereka. 2. Kita mestilah memupuk sifat kasih sayang antara satu dengan yang lain dalam keluarga. 3. Kita haruslah mempunyai sikap saling memaafi untuk menjaga keharmonian keluarga. 4. Kita mestilah menghormati ibu bapa yang menjaga dan membesarkan kita. 2.2 Pantun Kiasan Maksud Rangkap 1 : Barang yang telah rosak tidak sepatutnya dibuang begitu sahaja tetapi hendaklah dimanfaatkan dengan bijak. Rangkap 2 : Seseorang yang merantau di negeri orang hendaklah mempunyai sifat merendah diri. Rangkap 3 : Seseorang yang mengharapkan sesuatu yang di luar kemampuan. Rangkap 4 : Seseorang itu tidak boleh terlalu mengharap sesuatu yang belum pasti. Rangkap 5 : Apabila perkara yang besar boleh ditangani, perkara yang kecil pasti akan menjadi lebih senang. Rangkap 6 : Perkara yang kecil usahlah dihebohkan atau diperbesarkan. Rangkap 7 : Seseorang manusia memang sentiasa berubah sikapnya.
56 2.2 Pantun Kiasan A Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. Buah bacang masak serangkai, Burung dekut meniti batang; Saya dagang tidak terpakai, Macam melukut di tepi gantang. Tebang gelam tebang kenanga, Batangnya tumbang menimpa gedung; Kumbang mengidam nak seri bunga, Bunga kembang di puncak gunung. Pokok terap tumbuh di bukit, Belat berbanjar panjang ke hulu; Jangan diharap guruh di langit, Kilat memancar hujan tak lalu. Limau Bentan di tepi tingkap, Budak-budak melempar burung; Harimau di hutan lagi kutangkap, Kononlah pulak cicak mengkarung. Air surut memungut bayam, Sayur diisi ke dalam kantung; Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung. Anak punai anak merbah, Hinggap di tonggak mencari sarang; Anak sungai lagi berubah, Inikan pula hatinya orang. Rotan siput rotan berlingkar, Anak itik patah kakinya; Hujan ribut gunung terbakar, Embun setitik padam apinya. Raut bilah pembatang taut, Kail berada dalam raga; Tidak sudah seluang melaut, Akhirnya balik ke tepi juga. Sangkut terendak dekat beranda, Orang Papua anyam tak sudah; Jika tiada ada berita, Masakan tempua bersarang rendah. Bunga geti bergulai temenung, Di hari raya memakan tapai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. Suasa bertahil emas berbungkal, Tetapi intan tiada sesaga; Kalau kail panjang sejengkal, Usah lautan hendak diduga. Dang Nila memangku puan, Berembang buah pedada; Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada. Hari hujan puyuh mendengut, Mendengut mari sepanjang jalan; Air dalam kapar tak hanyut, Kononlah pula kemarau panjang. Berilah saya pisau raut, Hendak meraut bingkai tudung; Gila apakah ikan di laut, Mengidamkan umpan di kaki gunung. Laksana gadis Menteri Bogor, Bijak membilang ayam betina; Nyawa menangis di pintu kubur, Hendak pulang ke dalam dunia. Hilir berderap mudik berderap, Patah galah haluan perahu; Sungguh laksana bunga dedap, Cantik merah tidak berbau. Pantun Kiasan (Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
82 Bab 3 NOTA Pemindahan Maklumat Ulasan Rumusan Ringkasan Pemindahan Maklumat 1. Markah yang diperuntukkan ialah 15 markah. 2. Panjang penulisan antara 80 hingga 100 patah perkataan. 3. Ditulis dalam satu perenggan sahaja dan kira jumlah kata. Contoh: (100 patah perkataan) 1. Bahan rangsangan yang diberikan dalam bentuk gambar, peta, gambar rajah, jadual atau poster. 2. Perkara yang perlu ada semasa menulis ulasan: – Pendahuluan – Isi tersurat (hendaklah diambil daripada bahan rangsangan) & Isi tersirat (tiada dalam bahan) – Penutup 1. Penulisan jenis rumusan ini berdasarkan satu petikan umum. 2. Perlu menulis isi tersurat sahaja berdasarkan petikan yang diberi. 3. Jumlah patah perkataan tidak melebihi 100 patah perkataan. 1. Penulisan jenis ringkasan ini berdasarkan satu petikan umum. 2. Murid perlu membaca petikan dan mengeluarkan isi-isi berdasarkan kehendak soalan. 3. Tidak perlu memberikan isi tersirat, hanya menulis isi tersurat sahaja. Kriteria Pemarkahan Peringkat Markah Cemerlang 13 – 15 Baik 09 – 12 Penguasaan Minimum 05 – 08 Tidak Mencapai Tahap Penguasaan Minimum 01 – 04 Ringkasan 5 isi – 10 markah 4 isi – 8 markah 3 isi – 6 markah 2 isi – 4 markah 1 isi – 2 markah Markah Bahasa – 5 markah Rumusan Idea Utama – 2 markah Idea Sokongan – 6 markah Penutup – 2 markah Markah Bahasa – 5 markah
83TIP SOS Latihan Latihan 1 Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Kepentingan Industri Perikanan di Malaysia Kepentingan industri perikanan: • sebagai makanan utama selain daripada makanan ruji yang lain seperti beras dan sebagainya • pengeksport utama dan dapat bersaing dengan negara luar • sebagai bahan utama dalam pembuatan industri kecil berasaskan ikan • menambah pendapatan isi rumah • kepelbagaian sumber ekonomi negara Tahukah Anda? Salah satu sumber nutrien yang diperlukan tubuh manusia ialah protein. Protein merupakan salah satu daripada bahan binaan tisu badan dan bertindak sebagai pembekal sumber tenaga. Terdapat banyak makanan yang kaya dengan protein seperti telur, kacang, ayam, oat, susu, keju dan lain-lain. Salah satu sumber protein terbaik yang boleh diambil setiap hari ialah ikan.
88 Bab 4 NOTA Penulisan Bahagian A: • Bentuk soalan: Karangan Respons Terhad • Markah: 10 markah • Murid perlu menjawab semua soalan pada bahagian ini. Bahagian B: • Bentuk soalan: Karangan Respons Terbuka • Markah: 30 markah • Murid perlu memilih dan menjawab satu soalan sahaja. KARANGAN RESPONS TERHAD 1. Murid dikehendaki menjawab semua soalan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan. 2. Murid akan diberikan perkataan/frasa atau idea pada bahan rangsangan dan perlu membina/mengembangkan idea tersebut. 3. Murid WAJIB menggunakan idea yang diberikan. 4. Panjang karangan respons terhad antara 50 hingga 80 patah perkataan. 5. Murid hendaklah menulis pendahuluan dan penutup. 6. Karangan ini hendaklah ditulis dalam satu perenggan atau beberapa perenggan. 7. Murid mestilah mengira jumlah perkataan setelah selesai. KARANGAN RESPONS TERBUKA 1. Murid akan diberikan bahan grafik atau gambar sebagai bahan rangsangan. 2. Murid dikehendaki memilih dan menjawab satu soalan sahaja. 3. Pilihlah soalan yang difahami dan kehendak soalan yang jelas. 4. Panjang karangan respons terbuka adalah tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 5. Murid perlu mengenal pasti kata kunci soalan. 6. Murid haruslah membina rangka karangan terlebih dahulu agar tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. 7. Murid hendaklah menulis sebuah karangan dengan mengembangkan isi-isi yang disenaraikan. 8. Murid perlu menulis penutup yang kemas dan menarik. Panduan Menulis Karangan Kertas 2 (40 Markah) Tempoh Ujian: Satu jam
98 Contoh Karangan Lengkap Kemasukan pendatang tanpa izin ke negara Malaysia banyak menimbulkan masalah. Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut. Sejak akhir-akhir ini, kebanjiran pendatang tanpa izin ke negara Malaysia mencetuskan pelbagai fenomena yang kurang disenangi oleh rakyat Malaysia. Pendatang tanpa izin didefinisikan sebagai rakyat dari luar negara yang datang tanpa menggunakan permit yang sah atau pasport yang telah tamat tempoh. Mereka ini terdiri daripada warga Bangladesh, Vietnam, Pakistan, Indonesia dan sebagainya. Kedatangan pendatang tanpa izin ke negara Malaysia sememangnya mendatangkan impak yang besar kepada negara khususnya penduduk tempatan. Mereka ini sering kali terlibat dengan gejala yang buruk seperti merompak, memeras ugut, menculik, terlibat dengan kes ragut dan kes-kes yang melanggari undang-undang negara. Keadaan ini mendatangkan masalah dan seterusnya menggugat keamanan dan kesejahteraan hidup rakyat tempatan. Kehidupan rakyat tempatan mulai terancam dan sentiasa hidup dalam ketakutan. Ada segelintir pendatang tanpa izin yang mempunyai pelbagai masalah khususnya yang berkaitan dengan tahap kesihatan. Kedatangan pendatang tanpa izin ini juga turut membawa pelbagai jenis penyakit berbahaya yang akhirnya merebak dalam kalangan rakyat tempatan. Justeru itu, keadaan ini mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk tempatan. Begitu juga kedatangan pendatang tanpa izin juga turut mengubah keadaan penempatan di kawasan tempat tinggal penduduk tempatan seperti kawasan setinggan dan akhirnya akan mencetuskan pelbagai jenis penyakit yang tidak diundang ke dalam negara kita. Masalah seterusnya yang dibawa oleh pendatang tanpa izin ke negara kita ialah jenayah penculikan yang semakin berleluasa. Kebanyakan di dada-dada akhbar turut memuatkan laporan penculikan kanak-kanak yang didalangi oleh pendatang tanpa izin. Ada juga remaja perempuan di bawah umur yang dilarikan ke negara mereka dan akhirnya mencetuskan tekanan emosi kepada ahli keluarga tersebut. Contohnya, negara pernah digemparkan dengan kes ‘Nurin Jazlin’ dan kes remaja perempuan yang dilarikan ke Lombok oleh pekerja asing di negara kita. Begitu juga dengan ekonomi negara turut terjejas dengan kedatangan pendatang tanpa izin ke negara kita. Pada setiap bulan, mereka akan mengirimkan wang ke negara asal mereka dan keadaan ini akan menyebabkan pengaliran wang negara kita ke luar negara dan secara tidak langsung turut mengurangkan kadar peningkatan ekonomi serta pendapatan di negara kita. Tuntasnya, terdapat banyak masalah yang dibawa oleh pendatang tanpa izin ke negara Malaysia. Justeru itu, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas dengan cara menghantar pulang warga asing ke negara asal mereka atau mengenakan tindakan undang-undang yang ketat kepada warga asing untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur daripada jenayah warga asing. 4.9 Karangan Jenis Fakta 1. Karangan jenis ini memerlukan murid mengemukakan isi dengan fakta yang benar, logik dan menepati kehendak soalan. 2. Murid mestilah mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi, keagamaan, kebudayaan, sejarah, ekonomi dan sebagainya. 3. Sebelum murid menjawab soalan ini, pastikan murid mempunyai rentetan fakta yang cukup tentang topik yang dikemukakan. 4. Karangan jenis ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut: (a) memberikan petunjuk dan arahan (b) menerangkan proses sesuatu perkara itu terjadi (c) menerangkan sesuatu peraturan (d) tidak berbentuk khayalan 5. Pada umumnya, soalan-soalan peperiksaan mengkehendaki murid memberikan fakta-fakta tentang isu, tema, peranan sesuatu pertubuhan, pelaksanaan sesuatu kempen oleh kerajaan dan sebagainya. 6. Bahasa yang digunakan mestilah jelas, tepat, jitu dan mudah difahami oleh pemeriksa karangan.
104TIP SOS Latihan 3 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Kelebihan Membeli Barangan Buatan Malaysia Menjimatkan wang Merancakkan ekonomi tempatan Mengelakkan pengaliran mata wang Malaysia ke luar Meningkatkan kualiti produk tempatan Antara ciri-ciri barangan buatan Malaysia adalah seperti berikut: • Barangan yang dihasilkan melalui aktiviti / proses pengilangan di Malaysia yang mengandungi 40% bahan mentah tempatan. • Barangan yang dihasilkan melalui aktiviti / proses pengilangan di Malaysia termasuklah jenama dari luar negara yang mengambil kira bahan mentah tempatan dan tenaga kerja tempatan. • Barangan yang melibatkan elemen idea kreatif dan reka bentuk yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan serta berdaftar dengan MyIPO.
118 Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Ahmad yang menghidapi penyakit sedang dirawat di Hospital Besar Taiping. A mudarat B serius C kronik D teruk 2. Ibu dan ayah sentiasa menghormati ketua kampung kami sering menolong penduduk kampung untuk mengatasi pelbagai masalah. A untuk B sambil C bahawa D yang Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3. I Saya sedang menjalani kursus di maktab itu. II Doktor Lee sedang menjalani pembedahan ke atas pesakit jantung itu. III Zali menjalani berbagai-bagai kesengsaraan hidup dengan hati yang tabah. IV Kita harus gigih menjalani latihan itu. A I, II dan III sahaja B I, III dan IV sahaja C I, II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 4. I Lampu di bilik abang kurang terang. II Perangainya yang kurang bercakap itu tidak disenangi oleh beberapa orang rakan sekelasnya. III David memesan air kopi panas yang kurang gula. IV Dia kurang senang dengan sikap abangnya yang pemalas. A I, II dan III sahaja B II, III dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Kakak merupakan seorang mahasiswa dalam sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur. A pada sebuah universiti B di sebuah universiti C pada sebuah universiti D dalam sebuah universiti 6. Encik Ramli menjerat rumput yang semakin panjang di belakang rumah. A meragut rumput B membelah rumput C memotong rumput D menjerat rumput Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Kertas 1 Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. Bahagian A [15 markah]
122 4. Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) [2 markah] 5. Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Kucari Damai Di Sini (A. Hamid Jemain) Kucari damai di sini di tanah subur makmur dan merdeka yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi membebat perasaan kehidupan dengan sejarah persaudaraan mengikat naluri kemanusiaan. Kucari damai di sini cinta dan jati diri bersemarak di laman sukma dengan kasih sayang bersemadi di naluri. Di sini damainya badai moga gemilang sepanjang zaman menjadi catatan sejarah kebanggaan untuk generasi masa depan. (Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
127 BAHAGIAN B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 1. Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringkat negeri. Sediakan teks syarahan anda yang bertajuk “Faktor-faktor Peningkatan Masalah Disiplin”. Tulis teks syarahan itu selengkapnya. 2. Masalah disiplin merupakan masalah yang sering membelenggu murid-murid di sekolah. Tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah menangani masalah disiplin. 3. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa “Sebab budi boleh kedapatan”. Tulis cerita itu selengkapnya.
128 BAB 1 Sistem Bahasa Latihan 1.1 Kata Nama Am dan Kata Nama Khas A 1. D 2. D 3. D 4. D 5. B B 1. Proton Waja 2. lembaga 3. kucing 4. rumah 5. Sekolah Menengah Kepala Batas Latihan 1.2 Kata Ganti Nama Diri A 1. A 2. D 3. A 4. D 5. D B 1. saya 2. Dia 3. Kami 4. Mereka 5. Beliau Latihan 1.3 Kata Kerja A 1. B 2. C 3. A 4. C 5. D B 1. bersembunyi 5. berjalan 2. mencari 6. susun 3. bercerai 7. menjadi 4. ketawa Latihan 1.4 Kata Adjektif A 1. B 2. A 3. D 4. B 5. A B (i) kendur – kembang (ii) biasa – mewah/ eksklusif Latihan 1.5 Kata Hubung A 1. B 2. D 3. C 4. A 5. C B 1. kerana, yang 2. dan 3. lalu, sambil 4. sambil 5. bahawa 6. setelah 7. sungguhpun, tetapi 8. apabila Latihan 1.6 Kata Penekan A 1. A 2. C 3. B 4. D 5. B B 1. sewajarnya 2. sepatutnya 3. sewajarnya 4. sememangnya 5. semestinya Latihan 1.7 Kata Pembenda A 1. B 2. D 3. C 4. B 5. A B 1. Nampaknya 2. Luasnya 3. Besarnya 4. Cantiknya 5. Beraninya 6. tidurnya Jawapan Latihan 1.8 Kata Penegas A 1. D 2. D 3. B 4. A 5. A B 1. lagi 2. juga 3. sahaja 4. pun 5. jua Latihan 1.9 Kata Pembenar A 1. B 2. A 3. D 4. D 5. A B 1. Benar 2. betul 3. Ya 4. benar-benar 5. Betul Latihan 1.10 & 1.11 Kata Bantu Dan Kata Penguat A 1. B 2. A 3. C 4. D 5. A B 1. Kata bantu 2. Kata penguat 3. Kata bantu 4. Kata bantu 5. Kata bantu 6. Kata penguat 7. Kata penguat 8. Kata penguat 9. Kata bantu 10. Kata bantu Latihan 1.12 & 1.13 Kata Nafi dan Kata Pemeri A 1. D 2. D 3. B 4. C 5. D B 1. adalah 2. Bukan 3. tidak 4. ialah 5. ialah 6. adalah Latihan 1.14 Kata Sendi Nama A 1. C 2. A 3. B 4. B 5. B B 1. daripada 2. dari 3. pada 4. hingga Latihan 1.15 Kata Arah A 1. A 2. B 3. B 4. A 5. B B 1. bawah 2. celah 3. atas 4. antara 5. tengah Latihan 1.16 Kata Bilangan dan Penjodoh Bilangan A 1. A 2. B 3. D 4. C 5. D B 1. ekor 2. sebatang 3. biji Latihan 1.17 Akronim A 1. B 2. C 3. C 4. A 5. B B 1. prasangka 2. MARA 3. PERKESO 4. jenama 5. jentolak 6. debunga Bab 1
134 (b) Kawasan itu juga digunakan oleh kanak-kanak sebagai taman permainan (c) Akibat pembinaan kondominium mewah akan memusnahkan hutan hujan semula jadi (d) Kawasan itu juga menjadi medan perjumpaan masyarakat setempat untuk melakukan perbincangan sesama sendiri (e) Warga tua juga memerlukan kawasan itu sebagai tempat melakukan aktiviti senaman dan riadah Penutup: Nama pengirim, tanda tangan dan ucapan terima kasih. Latihan Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi 1. Pendahuluan: Alamat penerima, tarikh serta kata-kata penghadap Isi-isi penting: (a) Menyatakan keadaan diri serta bertanya khabar ahli keluarga (b) Menceritakan serba sedikit mengenai sekolah baharu (c) Menceritakan rutin harian tinggal di asrama dari pagi hingga malam (d) Menyatakan kerinduan akan masakan ibu dan keluarga di sana (e) Menyatakan bahawa hidup di asrama perlu berdikari dan saling membantu Penutup: berharap dapat bertemu lagi pada masa akan datang Latihan Karangan Laporan 1. Pendahuluan: Contoh Tajuk Laporan: LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA ANJURAN KELAS 2 BESTARI SMK SUNGAI PUSU GOMBAK Isi-isi penting: (a) Berkumpul di hadapan sekolah tepat jam 7.00 pagi dan bertolak menaiki bas. Seramai 40 orang murid dan empat orang guru pengiring turut serta dalam lawatan tersebut (b) Tiba di Bank Negara tepat jam 8.30 pagi. Sebelum masuk ke tempat memproses duit syiling, pengawal Bank Negara mengarahkan kami mengeluarkan kesemua wang yang dibawa untuk disimpan di peti simpanan (c) Kawalan ketat dikenakan, iaitu semua murid diperiksa dan diimbas dengan menggunakan peralatan canggih (d) Kami melihat banyak bahan-bahan logam dan alat-alat acuan untuk membuat duit syiling. Melihat proses pembuatan duit syiling dari awal hingga akhir proses. (e) Kami berasa gembira dan telah diberikan cenderamata daripada pihak Bank Negara. Proses pembuatan duit syiling agak rumit dan memakan masa yang lama. Penutup: Tanda tangan pelapor dan nama jawatan. Latihan Karangan Ceramah 1. Pendahuluan: Kata-kata penghadapan yang mengikut format ceramah. Memperkenalkan tajuk ceramah kepada khalayak umum. Isi-isi penting: (a) Pertanian merupakan salah satu cabang kepada sumber kekayaan negara (b) Memperkenalkan subjek pertanian dalam PdP kepada murid dengan cara itu dapat memupuk minat mereka dalam bidang pertanian (c) Pendedahan dan galakan daripada ibu bapa (d) Mengubah pemikiran dan pandangan generasi muda terhadap sektor pertanian Penutup: Mengakhiri ceramah dengan ucapan terima kasih Latihan Karangan Perbahasan 1. Pendahuluan: kata penghadapan pengikut format perbahasan Isi-isi penting: (a) Banyak keburukan Internet, iaitu laman-laman web yang tidak sesuai dengan murid yang menyajikan unsur tidak sihat (b) Penipuan secara langsung daripada pihak yang tidak bertanggungjawab (c) Pelbagai maklumat penting dapat diakses oleh pihak yang tidak bertanggungjawab (d) Masalah lari dari rumah mengikut lelaki yang dikenali di laman Facebook merupakan keburukan penggunaan Internet. (e) Menyalahgunakan laman blog dengan menyebarkan fitnah dan hasutan Penutup: Penegasan terhadap tajuk perbahasan dan ucapan terima kasih Latihan Karangan Temu Ramah 1. Pengenalan: Menggunakan format temu ramah Isi-isi penting: (a) Mengucapkan salam dan menyatakan tujuan menemu ramah (b) Menyatakan rasa bangga kerana mempunyai pengetua yang bertanggungjawab, prihatin dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi (c) Anda turut bertanyakan pencapaian sekolah dari awal pembabitan pengetua di sekolah sehingga sebelum bersara (d) Anda juga bertanyakan perkara-perkara yang akan dilakukan setelah pengetua bersara kelak (e) Seterusnya anda meminta pandangan dan pesanan daripada pengetua sebelum mengakhiri temu ramah anda Penutup: ucapan terima kasih – mengundur diri – ucapan perpisahan Latihan Karangan Berita 1. Pengenalan: Mengikut format berita – tuliskan nama tempat dan tarikh Isi-isi penting: (a) Kejadian berlaku pada waktu tengah hari, keadaan sangat sibuk (b) Dua orang perompak bersenjatakan tukul besi dan pistol serta bertopeng – membunuh pengawal keselamatan kedai emas (c) Barang-barang kemas yang bernilai jutaan ringgit dicuri (d) Berjaya meloloskan diri daripada pihak polis – polis mengadakan sekatan jalan raya Penutup: Mangsa yang cedera dibawa ke hospital dan Ketua Polis Negara menasihati agar semua kedai sentiasa berhati-hati Latihan Karangan Perbincangan/Pendapat 1. Pengenalan: Memberikan definisi/pengertian komputer, iaitu alat elektronik yang mampu menyimpan pelbagai data, maklumat dan sebagainya Isi-isi penting: (a) Digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan, pendidikan, perindustrian, kewangan, pertanian dan telekomunikasi (b) Melakukan tugas dan urusan dengan cepat dan pantas serta menjimatkan masa (c) Menyimpan pelbagai jenis data dan maklumat serta memudahkan kerja atau urusan seharian manusia (d) Mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti mencari pelbagai maklumat serta melayari Internet (e) Segala kerja yang dilaksanakan berdasarkan komputer dapat dijalankan dengan lebih sistematik Penutup: Banyak faedah jika kita mempelajari komputer – semua maklumat di hujung jari anda Latihan Karangan Fakta 1. Pengenalan: Memberikan definisi/pengertian senaman Isi-isi penting: (a) Kekalkan berat badan ideal – tubuh langsing (b) Senaman boleh juga dilakukan selama lima minit atau sepuluh minit di tempat kerja – tujuannya untuk mengelakkan tekanan (c) Bersenam akan dapat menghindar daripada penyakit yang berkaitan dengan obesiti atau kolesterol (d) Bersenam akan dapat membina pemikiran yang positif dan otak yang lebih cerdas Penutup: Senaman sangat penting untuk menjaga kesihatan diri Latihan Karangan Peribahasa 1. Pengenalan: Memberikan maksud peribahasa tersebut. Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah berhati-hati walaupun agak lama mengambil masa tetapi akan menghasilkan kualiti yang baik dan bermutu tinggi Isi-isi penting: Bab 4