The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2023-07-16 20:52:42

Spotlight A+1 Sejarah Tingkatan 1

Spotlight A+1 Sejarah Tingkatan 1

Keywords: Spotlight A+1 Sejarah Tingkatan 1,Spotlight,KSSM Sejarah Tingkatan 1,KSSM Spotlight,Sejarah Tingkatan 1,KSSM Tingkatan 1,KSSM

ii KANDUNGAN TEMA 1: Sejarah Kita dan Dunia Bab 1 Mengenali Sejarah 1.1 Pengertian Sejarah .................................. 1 1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan ................................................ 2 1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah ... 3 1.4 Sumber Sejarah ....................................... 3 1.5 Penyelidikan dalam Sejarah .................... 6 1.6 Tafsiran dalam Sejarah ............................ 8 1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah ........... 9 Cabaran Masteri 1 ................................................ 10 Bab 2 Zaman Air Batu 2.1 Dunia Kita ............................................. 14 2.2 Zaman Air Batu ..................................... 17 2.3 Garis Masa Zaman Air Batu ................. 18 2.4 Ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir ............... 19 2.5 Perubahan Zaman Air Batu Akhir ......... 20 2.6 Kesan Perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara ............................................... 22 Cabaran Masteri 2 ................................................ 24 Bab 3 Zaman Prasejarah 3.1 Maksud Zaman Prasejarah .................. 27 3.2 Lokasi Zaman Prasejarah di Dunia ....... 28 3.3 Ciri-ciri Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah ............................................ 33 3.4 Kesinambungan Sumbangan Zaman Prasejarah kepada Kemajuan Kehidupan Manusia ................................................ 37 3.5 Zaman Prasejarah di Malaysia ............. 40 Cabaran Masteri 3 ................................................ 42 Bab 4 Mengenali Tamadun 4.1 Maksud Tamadun ................................. 46 4.2 Konsep Tamadun .................................. 47 4.3 Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia ............... 48 Cabaran Masteri 4 ................................................ 52 Bab 5 Tamadun Awal Dunia 5.1 Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia ..... 56 5.2 Perbandingan Sumbangan Tamadun Awal ...................................................... 62 Cabaran Masteri 5 ................................................ 65 Bab 6 Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom 6.1 Tamadun Yunani ................................... 70 6.2 Peningkatan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani .............. 71 6.3 Tamadun Rom ...................................... 76 6.4 Peningkatan Seni Bina dalam Tamadun Rom ...................................................... 77 Cabaran Masteri 6 ................................................ 81 Bab 7 Peningkatan Tamadun India dan China 7.1 Tamadun India ...................................... 85 7.2 Tamadun China .................................... 90 Cabaran Masteri 7 ................................................ 96 Bab 8 Tamadun Islam dan Sumbangannya 8.1 Latar Belakang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam ................................. 99 8.2 Kemunculan dan Perkembangan Tamadun Islam ................................................... 102 8.3 Ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin .............................. 106 8.4 Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia .................................................. 108 8.5 Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Seni Bina ............................................ 113 Cabaran Masteri 8 .............................................. 115 Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)....................119 Jawapan ...................................................... 125


1.1 Pengertian Sejarah 1. Kamus Dewan (a) Asal usul (keturunan), salasilah. (b) Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo. (c) Kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang telah lalu. 2. Istilah (a) Bahasa Melayu – Berasal daripada perkataan Arab ‘syajaratun’ yang bermaksud pohon atau pokok. Sejarah juga dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul. (b) Bahasa Inggeris – History iaitu cerita tentang seseorang. (c) Bahasa Yunani – Historia yang bererti penyelidikan. Ujian Diagnostik 1.1 1. Berdasarkan Gambar foto berikut, apakah pengertian sejarah yang dapat anda nyatakan? 2. Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab ‘syajaratun’. Apakah maksud ‘syajaratun’? 3. Apakah maksud sejarah menurut Kamus Dewan? Galeri Info Dr. Sidi Gazalba (1966) menggambarkan sejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitarannya yang disusun secara ilmiah mengikut urutan fakta masa. Portal Spotlight Portal Spotlight Portal Spotlight Portal Spotlight Definisi Sejarah https://bit.ly/2TDehGy 1 1 1 1 Mengenali Sejarah BAB


Kaedah Arkeologi 1. Kaedah arkeologi merupakan kaedah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat sejarah. 2. Contoh bahan tinggalan sejarah yang ditemui melalui kaedah cari gali ialah: (a) Fosil. (b) Tembikar. (c) Bahan logam. (d) Binaan daripada batu. 3. Arkeologi bawah air pula merupakan kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik. Gambar foto 1.1 Aktiviti cari gali Gambar foto 1.2 Arkeologi bawah air (a) Cara mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik. (b) Mendapatkan maklumat bahan tinggalan sejarah yang ditemui melalui proses gali cari. (c) Ketepatan usia bahanbahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar dan kulit siput dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon. (a) Kaedah mendapatkan maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, daun lontar, logam, gading dan kertas. (b) Sumber yang ditulis, dilakar dan dipahat pada bahan-bahan tersebut dapat membantu sejarawan memperoleh maklumat mengenai sesuatu perkara, peristiwa, tokoh, kejadian, perundangan dan adat resam. (a) Mendapatkan maklumat sejarah melalui temu bual dengan seorang tokoh. (b) Maklumat diperoleh terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan, pengisahan dan perbualan. (c) Berkait rapat dengan tradisi rakyat seperti mitos, lagenda dan puisi. Arkeologi Bertulis Lisan Rajah 1.4 Penyelidikan dalam sejarah 1.5 Penyelidikan dalam Sejarah Portal Spotlight Portal Spotlight Portal Spotlight Portal Spotlight Kaedah arkeologi https://goo.gl/qT4ITB Tiga kaedah yang digunakan oleh sejarawan semasa melakukan penyelidikan ialah arkeologi, bertulis dan lisan. 1 1 Tema 1: Sejarah Kita dan Dunia 6


1.6 Tafsiran dalam Sejarah 1. Tafsiran dalam sejarah bermaksud menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya. 2. Wujud perbezaan dalam pentafsiran sejarah antara sejarawan kerana: (a) Pemilihan sumber yang pelbagai. (b) Perbezaan pandangan. (c) Perbezaan ideologi. (d) Tujuan penulisan. 3. Kepentingan tafsiran dalam sejarah: (a) Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam penulisan. (b) Kita dapat menilai sesuatu peristiwa sejarah dari sudut yang berbeza. (c) Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa dengan menggunakan pelbagai sumber sejarah. Contoh Pentafsiran Sejarah 2. Nyatakan tiga aktiviti yang dilakukan oleh sejarawan bagi kaedah arkeologi di bawah. (a) Cari gali di tapak penemuan (b) Makmal arkeologi (c) Arkeologi bawah air 3. Nyatakan proses kaedah bertulis bagi penyelidikan sejarah. Sejarawan Tempatan Sejarawan Barat 1. Kedatangan British ke Tanah Melayu disebabkan oleh faktor ekonomi iaitu membolot kekayaan sumber alam seperti bijih timah. 1. Penjajahan British adalah kerana ingin membantu raja mententeramkan kacau-bilau. 2. Perjuangan Dato’ Bahaman dan Tok Janggut adalah kerana mempertahankan hak dan maruah bangsa. 2. British menganggap Dato’ Bahaman dan Tok Janggut sebagai pemberontak. Jadual 1.2 Perbezaan dalam pentafsiran sejarah 1 1 Tema 1: Sejarah Kita dan Dunia 8


Ujian Diagnostik 1.6 1. Apakah perbezaan pentafsiran sejarah mengikut sejarawan tempatan dan sejarawan Barat? 2. Mengapakah wujudnya perbezaan tafsiran dalam sejarah? 3. Apakah kepentingan tafsiran dalam sejarah? KBAT Mengaplikasi 1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah 1. Melalui sejarah, kita boleh belajar mengenal asal usul keluarga dan negara. 2. Sejarah juga dapat dijadikan panduan dan iktibar agar kita tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan. 3. Sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat mencintai tanah air. 4. Melalui sejarah, kita akan dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui hubungan harmoni antara kaum di negara kita. 5. Sejarah menjadi perangsang untuk mencapai kemajuan negara dan mengulangi semula keagungan yang pernah dicapai pada masa lalu. 6. Melalui sejarah, pemikiran yang kritis dan analitis dapat ditingkatkan dan dapat mendorong seseorang memahami sejarah secara lebih empati. Galeri Info British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915. Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah, cukai pokok pinang, cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau. Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar. Penduduk yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda. Sikap biadap pegawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British. Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat. Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh. Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan oleh Tok Janggut digantikan dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’. British benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pihak British merasakan bahawa, jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas. Sumber: https://sejarahtokoh.wordpress.com/tok-janggut/ Tok Janggut 1 1 Bab 1 Mengenali Sejarah 9


Majlis Majistret Juri • Dikenali juga sebagai Majlis 500. • Mengendalikan hal berkaitan pemerinthan dan pentadbiran. Fungsi • Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan. • Bertanggungjawab mengendalikan jabatanjabatan kerajaan. • Kuasa majlis tidak boleh mengatasi kuasa Dewan Perhimpunan. • Melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan. Fungsi • Merupakan kakitangan kerajaan. • Melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh majlis. • Menguruskan hal ehwal pendidikan, percukaian dan sebagainya. Fungsi • Melantik Ahli Majlis sebagai sebahagian sistem pentadbiran yang wujud. • Menggubal undang-undang bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan dengan saksama. • Mengeluarkan deklarasi peperangan bagi mempertahankan kedaulatan Athens. • Membuat perjanjian dengan negara lain bagi melicinkan hubungan antarabangsa kedua-dua pihak. • Membincangkan hal kewangan dan percukaian bagi mengukuhkan ekonomi. • Menerima duta daripada negara asing bagi mengukuhkan hubungan. • Bertanggungjawab tentang keadilan. Fungsi • Menjadi pemutus kepada sesuatu kes. • Pesalah akan merayu terus kepada warganegara. • Kuasa pengadilan terletak dalam tangan warganegara. Dewan Perhimpunan Keanggotaan dan Fungsi Badan Pemerintahan dan Pentadbiran di Athens Rajah 6.2 Fungsi Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret dan Juri 1. Dewan Perhimpunan merupakan badan tertinggi yang menguruskan hal ehwal pemerintahan dan pentadbiran. 2. Dewan ini mempunyai kuasa kawalan terhadap pentadbiran dan dasar yang dilaksanakan, misalnya kuasa mengeluarkan deklarasi peperangan. 3. Di bawah Dewan Perhimpunan, terdapat Majlis, Majistret dan Juri yang mempunyai peranan dan tugas tertentu. 6 6 Bab 6 Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom 73


Pemerintahan dan Pentadbiran Sparta Keanggotaan 1. Dewan Perhimpunan (a) Terdiri daripada semua warganegara lelaki Athens. (b) Warganegara berpeluang memegang jawatan selama enam bulan hingga setahun. (c) Bersidang sekurang-kurangnya tiga kali sebulan. (d) Semua warganegara diberi kebenaran untuk menghadiri perhimpunan. 2. Majlis (a) Setiap ahli dilantik oleh Dewan Perhimpunan. (b) Terdiri daripada 500 orang dan keahlian selama dua tahun. (c) Ahli-ahli akan dipecahkan kepada 10 jawatankuasa (Prytany) yang setiap satu akan dianggotai oleh 50 orang ahli. (d) Setiap kali persidangan diadakan, pengerusi akan dipilih. 3. Majistret (a) Merupakan warganegara Athens. (b) Dianggotai oleh 6,000 orang ahli. (c) 200 hingga 500 orang bertindak sebagai hakim. (d) 10 orang jeneral tentera menganggotai badan ini. 4. Juri (a) Terdiri daripada 101 hingga 1,001 orang berdasarkan keseriusan kes yang sedang dibicarakan. (b) Pengerusi mengetuai perbicaraan. Jadual 6.1 Keanggotaan badan pemerintahan dan pentadbiran di Athens 1. Sistem pemerintahan dan pentadbiran bersifat monarki terhad iaitu terdapat dua orang raja yang memerintah bagi mengelakkan raja bertindak kejam. 2. Raja-raja tersebut datang daripada keluarga Eurypontids dan Agiads. 3. Raja dibantu oleh Dewan Perhimpunan dan Majlis. 4. Dewan Perhimpunan mempunyai 10,000 orang ahli dan lima orang pegawai yang dilantik sebagai ephors. 5. Ephors dilantik bagi mengelakkan raja memerintah secara mutlak. 6. Majlis mempunyai 28 orang dewasa yang berusia melebihi 60 tahun. Keahlian majlis seumur hidup. 7. Kaum wanita tidak terlibat dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran. 8. Penekanan diberikan kepada disiplin ketenteraan. 9. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi tentera yang cekap, handal dan bersemangat patriotik. 10.Kaum wanita turut menjalani latihan fizikal dan diajar berlari, bertinju, menari dan menyanyi di hadapan khalayak ramai. 11.Mereka sanggup berkorban demi mempertahankan negara dan mempunyai taat setia yang tinggi terhadap negara kota. Galeri Info Kanak-kanak di Sparta diberi latihan ketenteraan ketika mencapai usia tujuh tahun. Mereka akan diserap masuk sebagai tentera pada usia 20 tahun. 6 6 Tema 1: Sejarah Kita dan Dunia 74


Faktor yang Mempengaruhi Seni Bina Tamadun Rom Buruh – tenaga hamba abdi Sumber alam – nilai estetika Teknologi – penggunaan simen dan aspek ketahanan Kewangan – bantuan oleh kerajaan Dasar pemerintahan – disokong oleh pentadbir Pendidikan – sistem pendidikan yang praktikal Kepakaran – kemunculan arkitek yang hebat 7. Tahap kegemilangan tamadun ini dicapai pada era Pax Romana (27 SM – 180 M). Semasa era ini Tamadun Rom merangkumi Asia, Afrika dan Eropah. 8. Masyarakat dalam Tamadun Rom terbahagi kepada tiga kelompok: (a) Patrician (golongan atasan). (b) Plebian (petani, artisan dan peniaga) (c) golongan hamba. 9. Tamadun ini mencapai kemajuan dalam bidang politik, ekonomi, sains dan teknologi, falsafah serta pendidikan. Ujian Diagnostik 6.3 1. Apakah yang menjadi asas kepada pembinaan Tamadun Rom? 2. Nyatakan dua fungsi Sungai Tiber kepada penduduk semasa Tamadun Rom. 3. Nyatakan tiga golongan masyarakat dalam Tamadun Rom. 6.4 Peningkatan Seni Bina dalam Tamadun Rom Rajah 6.3 Faktor yang mempengaruhi seni bina Tamadun Rom Lokasi dan Perkembangannya 1. Tamadun Rom terkenal dengan kepakaran dalam seni bina. 2. Hasil binanya bersaiz besar, kukuh dan mempunyai nilai estetika. 3. Kemajuan seni bina Tamadun Rom dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti: 6 6 Bab 6 Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom 77


1. Apakah faktor yang menyebabkan masyarakat dalam Tamadun Yunani dikenali sebagai pelayar yang handal? A Kedudukan Tamadun Yunani berhampiran dengan laut B Berkembang di Semenanjung Greece C Mahir dalam membina kapal layar D Cuaca yang sederhana 2. Pernyataan di bawah menunjukkan negara kota dalam Tamadun Yunani. • X • Sparta • Corinth Apakah X? A Polis B Agora C Athens D Acropolis Bahagian A Pilih jawapan yang paling tepat. Ujian Diagnostik 6.4 1. Siapakah arkitek yang membolehkan bidang seni bina di Rom berkembang pesat pada tahun 46 SM? 2. Apakah fungsi pembinaan akueduk? 3. Lengkapkan peta pemikiran di bawah. Ciri-ciri Seni Bina Rom (a) (e) (b) 6 (d) (c) 6 Bab 6 Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom 81 CABARAN MASTERI 6


3. Tamadun Rom dapat dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman Beraja (752 – 509 SM), Zaman Republik (509 – 27 SM), dan Zaman Empayar (27 – 476 M). (a) Mengapakah era Pax Romana (27 SM – 180 M) dikenali sebagai zaman kegemilangan Tamadun Rom? (3 markah) (b) Jelaskan organisasi sosial yang wujud dalam Tamadun Rom. (3 markah) (c) Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada kegemilangan Tamadun Rom terhadap negara kita? (4 markah) Bahagian C 1. Dalam Tamadun Yunani, aspek pemerintahan dan pentadbiran merupakan sumbangan terpenting dalam perkembangan sejarah dan tamadun manusia. (a) Terangkan bentuk-bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh Tamadun Yunani. (6 markah) (b) Jelaskan fungsi Dewan Perhimpunan di Athens. (6 markah) (c) Pada pendapat anda, apakah kebaikan sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi? (8 markah) 2. Maklumat berikut berkaitan dengan seni bina dalam Tamadun Rom. Pepatah ‘Rom tidak dibina dalam sehari’, membuktikan keupayaan manusia untuk melahirkan ciptaan yang mengagumkan. (a) Terangkan faktor-faktor perkembangan seni bina Tamadun Rom. (6 markah) (b) Mengapakah binaan Panteon menjadi antara bukti kegemilangan tamadun Rom? (6 markah) (c) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di negara kita? (8 markah) KBAT Menganalisis KBAT Menganalisis KBAT Mengaplikasi 6 6 Tema 1: Sejarah Kita dan Dunia 84


7.1 Tamadun India Lokasi dan Perkembangannya 1. Tamadun India berkembang pesat setelah pusat tamadunnya beralih dari Lembah Indus ke Lembah Ganges. 2. Perkembangan ini telah mewujudkan kerajaan-kerajaan kecil yang dikenali sebagai janapada yang kemudian telah membentuk kerajaan besar (mahajanapada). 3. Kedudukan Maghada yang strategik di Lembah Ganges membolehkannya mengawal laluan perdagangan dan seterusnya menguasai kerajaan lain di India (540 – 490 SM). 4. Maghada berperanan penting terhadap perubahan sistem politik di India menerusi perluasan kuasa. Kerajaan ini merupakan asas kepada kewujudan kerajaan-kerajaan lain seperti Dinasti Nanda, Dinasti Maurya dan Dinasti Gupta. U Kamboj Gandhar Sursena Matsya Avanti Chedi Vatsa Kashi Magadha Anga Malla Vrijji Asmak Banjaran Himalaya S. Ganges TELUK CAMBAY TELUK BENGGALA S.Indus Kosal Panchal Kuru U Magadha S. Ganges TELUK CAMBAY TELUK BENGGALA S.Indus Peta 7.1 Kerajaan Mahajanapada Peta 7.2 Magadha Perluasan kuasa dalam Tamadun India 1. Kemunculan pelbagai kerajaan menyebabkan wujud persaingan untuk memperluaskan kuasa. 2. Perluasan kuasa bermaksud usaha yang dilakukan oleh kerajaan atau raja untuk menguasai dan memperluaskan pengaruh atau usaha untuk mengatasi pihak lain. 3. Perluasan kuasa bermula secara fizikal dan berubah kepada perluasan secara keagamaan. 4. Ini dilakukan demi menjamin kesejahteraan dan perdamaian. 7 7 85 7 Peningkatan Tamadun India dan China BAB


Rajah 7.3 Bentuk perluasan kuasa secara keagamaan Penekanan kepada aspek keagamaan menyebabkan Dinasti Maurya terutamanya pada zaman Asoka dikenali. Asoka mula menumpukan kepada pengembangan agama Buddha selepas Perang Kalinga dan menghentikan perluasan kuasa secara fizikal. Di bawah Asoka, agama Buddha telah berkembang ke Tibet, Nepal, Alexandria, Antioch, Bactria dan Burma. Semasa zaman Gupta, agama Hindu mengalami perkembangan yang pesat. Pemerintah Gupta memberikan penekanan kepada kebudayaan, kesusasteraan, seni bina, perdagangan dan pemerintahan yang berasaskan agama Hindu. Keagamaan Asoka BACTRIA ANTIOCH ALEXANDRIA ATHENS TARIM BASIN BURMA SRI LANKA LAUTAN HINDI Pataliputra U U S. Ganges TELUK CAMBAY TELUK BENGGALA S.Indus B a n j a r a n H i m a l a y a Pataliputra Petunjuk Dinasti Gupta Vaisali Peta 7.5 Dinasti Gupta Peta 7.6 Penyebaran agama Buddha Galeri Info Semasa pemerintahan Asoka, peraturan dan undang-undang telah diukir pada tiang untuk tatapan rakyat. Tiang tersebut dikenali sebagai Tiang Asoka. 7 7 Tema 1: Sejarah Kita dan Dunia 88


4. Dinasti Han: (a) Wujud antara tahun 206 SM hingga tahun 220 M. (b) Diasaskan oleh Liu Bang yang memakai gelaran Maharaja Gaozu. (c) Membentuk empayar yang luas merangkumi utara China, sempadan Vietnam di selatan dan bahagian utara Korea di sebelah Timur serta Turkestan di bahagian barat. (d) Terbahagi kepada dua tahap: (i) Han Awal (206 SM − 8 M) − Pusat pemerintahan terletak di Chang’an. (ii) Han Akhir (25 M − 220 M) − Pusat pemerintahan terletak di Loyang. (e) Laluan Sutera: (i) Dibuka ketika zaman pemerintahan Maharaja Han Wu Di menyebabkan berlakunya peningkatan dalam perdagangan, pentadbiran dan sosial (140 SM − 87 SM). (ii) Merupakan laluan perdagangan daratan yang terpanjang di dunia yang meliputi China hingga ke empayar Rom. (f) Perkembangan sistem pendidikan berlaku kerana terdapat sistem pemilihan pegawai perkhidmatan awam. Peta 7.9 Laluan Sutera Petunjuk Laluan Sutera Konstantinople Damsyik Merv Kashgar Dunhuang CHINA INDIA PARSI ARAB AFRIKA Chang’an EMPAYAR ROM U Chang’an CHINA Petunjuk: Dinasti Han Tembok Besar Loyang Peta 7.8 Dinasti Han 7 7 Bab 7 Peningkatan Tamadun India dan China 91


4. Zaman Dinasti Qin: (a) Menekankan kepada aspek pemahaman perundangan yang diasaskan oleh Han Fei Zi. Konsep ini lebih mengutamakan ketegasan undang-undang yang mengawal tingkah laku manusia. (b) Penyeragaman sistem tulisan oleh Maharaja Shi Huangdi menjadikan sistem tulisan lebih tersusun. 5. Zaman Dinasti Han: (a) Penubuhan sekolah tinggi di Chang’an. (b) Penekanan diberikan kepada pembelajaran ajaran Konfusianisme. (c) Penubuhan sekolah peringkat wilayah dan daerah diwujudkan. (d) Cai Lun telah mencipta kertas daripada campuran kulit pokok, serpihan rami kain dan jaring. (e) Penciptaan kertas telah menambah baik sistem pendidikan di sekolah. 6. Tamadun China sangat menekankan sistem pendidikan dalam kalangan rakyat. 7. Pentadbiran negara menjadi cekap dan berkesan melalui sistem pendidikan yang baik. 8. Golongan yang berpendidikan dipandang tinggi dalam masyarakat dan kedudukannya berada pada hierarki teratas diikuti oleh golongan petani, artisan dan pedagang. Galeri Info Cai Lun atau dikenali sebagai Cai Jingzhong merupakan pencipta kertas yang lahir di Guiyang (wilayah Hunan). Perkembangan Pendidikan dalam Tamadun China 1. Masyarakat Tamadun China amat mementingkan pendidikan, perniagaan dan kesusasteraan. 2. Pendidikan bermula semasa zaman Dinasti Shang dan berkembang ketika zaman Dinasti Zhou. 3. Ahli falsafah yang terkenal ialah Konfusius. (a) Karya yang terkenal ialah Lun Yu dan Analects. (b) Hidup antara 551 SM − 479 SM. Ilustrasi 7.1 Han Fei Zi Ilustrasi 7.2 Cai Lun 7 7 Tema 1: Sejarah Kita dan Dunia 92


PENTAKSIRAN SUMATIF BAHAGIAN A (20 markah) Jawab semua soalan. 4. Gambar berikut merupakan Grand Canyon yang terdapat di Amerika Syarikat. Bilakah kewujudan bentuk muka bumi tersebut? A Zaman Holosen B Zaman Miosen C Zaman Pliosen D Zaman Pleistosen 5. Rajah berikut merujuk kepada Zaman Prasejarah. Zaman Prasejarah ini juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman X Zaman X yang dimaksudkan ialah A Zaman Paleolitik B Zaman Mesolitik C Zaman Neolitik D Zaman Logam 6. Antara berikut, aktiviti ekonomi yang manakah dijalankan oleh masyarakat Zaman Mesolitik? I Berburu binatang II Menangkap ikan III Menternak binatang IV Bertukar barangan A I dan II C II dan III B II dan IV D III dan IV 1. Pernyataan berikut merupakan pengertian sejarah oleh seorang sejarawan. Sejarah merupakan catatan ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa dahulu. Tokoh sejarawan yang dimaksudkan ialah A E.H Carr B Ibn Khaldun C Khoo Kay Kim D Muhd Yusof Ibrahim 2. Antara kaedah berikut, yang manakah sering digunakan dalam penyelidikan sejarah? I Kaedah membaca II Kaedah bertulis III Kaedah bual bicara IV Kaedah lisan A I dan II B II dan IV C II dan III D III dan IV 3. Mengapakah wujud perbezaan tafsiran dalam sejarah antara sejarawan? I Perbezaan ideologi II Sumber yang pelbagai III Perbezaan tema penulisan IV Perbezaan kaedah yang digunakan A I dan II B II dan IV C II dan III D III dan IV PENTAKSIRAN SUMATIF UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 119


Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) PENTAKSIRAN SUMATIF Apakah fungsi binaan tersebut? A Gelanggang pertandingan B Pusat perdagangan C Tempat beribadat D Pusat pentadbiran 16. Apakah sumbangan tamadun Huang He yang diwarisi oleh generasi masa kini? A Pembinaan bandar B Pembentukan empayar C Pemerintahan demokrasi D Sistem peperiksaan awam 17. Apakah nama bagi kerajaan-kerajaan kecil yang wujud dalam tamadan India? A Mahajanapada B Janapada C Kaviraja D Agora 18. Apakah faktor yang menyebabkan masyarakat tamadun China menyanjung tinggi dalam pelaksanaan peperiksaan awam? I Menuruti arahan pemerintah II Memupuk semangat patriotik III Memperoleh jawatan dalam kerajaan IV Meningkatkan taraf hidup A I dan II C II dan III B II dan IV D III dan IV 19. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab dikenali sebagai masyarakat A Muhajirin C Hadari B Madani D Jahiliah 20. Mengapakah Nabi Muhammad SAW memberikan penekanan terhadap konsep ummah? A Mengekalkan kedaulatan kerajaan B Memudahkan gerakan dakwah C Menyatupadukan masyarakat D Memantapkan kerajaan BAHAGIAN B (40 markah) Jawab semua soalan. 1. Rajah berikut berkaitan dengan sumber sejarah. Sumber sejarah Sumber primer Sumber sekunder (a) Jelaskan maksud bagi sumber yang berikut: (i) Sumber primer (2 markah) (ii) Sumber sekunder (2 markah) 121


Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) PENTAKSIRAN SUMATIF (b) Jelaskan implikasi terhadap masyarakat Arab yang mengamalkan amalan assabiyah. (4 markah) (c) Berdasarkan pandangan anda , cadangkan langkah-langkah untuk membendung sifat jahiliah dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini. (4 markah) BAHAGIAN C (20 markah) Jawab satu soalan. 1. Tamadun merupakan proses peningkatan kemajuan kehidupan manusia menjadi lebih baik. (a) Terangkan maksud tamadun dari sudut bahasa. (6 markah) (b) Nyatakan perbezaan antara pandangan Islam dengan pandangan Barat terhadap konsep tamadun. (6 markah) (c) Berdasarkan pengalaman sejarah anda, bagaimanakah sesuatu bangsa dapat mengecapi tamadun yang tinggi? (8 markah) 2. Rajah berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Athens. Dewan Perhimpunan Majlis Majistret Juri (a) Terangkan keanggotaan yang terdapat dalam badan pentadbiran di Athens (i) Majlis (3 markah) (ii) Majistret (3 markah) (b) Jelaskan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Sparta yang bersifat monarkii terhad. (6 markah) (c) Berdasarkan pendapat anda, apakah kelebihan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh negara kita? (8 markah) 124


JAWAPAN TINGKATAN 1 Bab 1 Mengenali Sejarah Ujian Diagnostik 1.1 1. Peristiwa itu sangat bermakna kerana negara kita telah diberi kemerdekaan oleh British hasil daripada usaha tokoh-tokoh kemerdekaan negara kita. 2. Bererti pokok. Dikaitkan juga dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul. 3. Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo. Ujian Diagnostik 1.2 1. (a) Herodotus − Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta berlakunya sesuatu peristiwa. (b) E.H. Carr − Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau. Ujian Diagnostik 1.3 1. (a) Abad − Jangka masa seratus tahun. (b) Kronologi − Rentetan peristiwa yang telah berlaku. 2. Dekad 3. Bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS. Ujian Diagnostik 1.4 1. (a) Sumber yang belum diolah atau diterbitkan. (b) Bahan yang telah diolah dan diterbitkan. 2. (a) Fosil, artifak, bukan artifak, batu bersurat, keterangan lisan, dokumen rasmi, manuskrip, fail rasmi kerajaan, surat peribadi dan diari. (b) Buku, akhbar, majalah, jurnal, ensiklopedia dan risalah. 3. Artifak − Peralatan ciptaan manusia yang digunakan untuk perburuan, pertanian dan perdagangan. Bukan artifak − Data arkeologi yang berkaitan dengan budaya manusia yang terdapat di bawah tanah dan di atas permukaan tanah. 4. (a) Primer (b) Sekunder (c) Primer Ujian Diagnostik 1.5 1. Kaedah bertulis 2. (a) Cari gali di Tapak Penemuan (b) Makmal Arkeologi (c) Arkeologi Bawah Air (i) Perancangan grid sebelum kerja ekskavasi. Setiap petak diberikan nombor rujukan. (i) Pemunggahan dan pengisihan. (i) Peralatan menyelam digunakan. (ii) Menandakan kawasan berdasarkan pelan. (ii) Pembersihan (ii) Fotografi di dalam air. (iii) Mencatatkan semua penemuan. (iii) Pengkatalogan bagi setiap artifak. (iv) Penganalisisan. (iii) Menggunakan paip udara untuk menyedut mendapan. 3. Proses 1 − Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi. Proses 2 − Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut. Proses 3 − Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh. Proses 4 − Menggunakan peralatan yang sesuai. Proses 5 − Menganalisis. Ujian Diagnostik 1.6 1. Perbezaan disebabkan oleh perbezaan pandangan dan ideologi. 2. (a) Pemilihan sumber yang pelbagai. (b) Perbezaan pandangan. (c) Tujuan penulisan. 3. (a) Menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh. (b) Dapat menilai sesuatu yang sama dari sudut pandangan yang berbeza. (c) Sebagai dorongan untuk berfikiran lebih kritis. Ujian Diagnostik 1.7 (a) Kita boleh belajar mengenal asal usul keluarga dan negara. (b) Dapat dijadikan panduan dan iktibar agar kita tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan. (c) Dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat mencintai tanah air. (d) Dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui hubungan harmoni antara kaum di negara kita. (e) Sejarah menjadi perangsang untuk mencapai kemajuan negara dan mengulangi semula keagungan yang pernah dicapai pada masa lalu. (f) Pemikiran yang kritis dan analitis dapat ditingkatkan dan dapat mendorong seseorang memahami sejarah secara lebih empati. Cabaran Masteri 1 Bahagian A 1. C 2. D 3. C 4. A 5. D 6. C 7. A Bahagian B 1. (a) F1 – Asal usul (keturunan) (1m) F2 – Salasilah (1m) F3 – Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau. (1m) F4 – Kisah (1m) F5 – Riwayat dan tambo (1m) F6 – Kajian atau pengetahuan tentang peristiwaperistiwa yang telah lalu. (1m) (b) (i) F1 – Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlaku sesuatu peristiwa. (1m) JAWAPAN 125


Jawapan JAWAPAN (iii) F1 – wujud 10,000 - 2,000 SM (1m) F2 – Dikenali sebagai Zaman Batu Baru. erkembangan teknologi. (1m) F3 – tahap perkembangan teknologi lebih baik. (1m) F4 – Wujud kawasan petempatan. (1m) F45 – Mengamalkan kegiatan bercucuk tanam, membuat tembikar dan menternak binatang. (1m) (b) F1 – Tempat kediaman. (1m) H1a – Tumpuan di dalam gua dan lubang bawah tanah. (1m) H1b – Berlindung di bawah pokok. (1m) H1c – tempat berlindung daripada ranting kayu. (1m) F2 – Peralatan yang digunakan. (1m) H2a – Daripada batu, kayu dan tulang haiwan. (1m) H2b – Ringkas dan kasar buatannya. (1m) F3 – Pengumpulan makanan. (1m) H3a – Aktiviti paling utama. (1m) C1 – buah-buahan, bijirin dan cendawan. (1m) H3b – Aktiviti memburu binatang. (1m) F4 – Kegiatan ekonomi. (1m) H4a – bergantung kepda sumber alam sepenuhnya. (1m) H4b – Hidup secara nomad dan makanan dikongsi bersama. (1m) H4c – Bersifat sara diri. (1m) F5 – Organisasi sosial. (1m) H5a – Hidup dalam kelompok kecil. (1m) H5b – hidup secara nomad/berpindah randah. (1m) F6 – kepercayaan. (1m) H6a – Mengamalkan animisme dan kepecayaan alam semula jadi. (1m) H6b – Percaya kepada kuasa alam semula jadi. (1m) C1 – Bulan, matahari, kilat, angin. (1m) H6c – setiap objek mempunyai kuasa. (1m) F – Kesenian dan kebudayaan. (1m) H7a – Menghasilkan lukiasn gua. (1m) H7b – Bersifat realisme. (1m) (c) F1 – Tinggal berhampiran tempat yang strategik. (1m) H1 – kerana terdapat sumber makanan dan minuman. (1m) C1 – Seperti sungai dan hutan. (1m) F2 – Berburu di hutan. (1m) F3 – Memanfaatkan hasil hutan (meramu) (1m) F4 – Menangkap ikan di sungai (sumber protein) (1m) F5 – Daun-daun digunakan untuk membina rumah dan pakaian (1m) F6 – Alatan diperbuat daripada sumber alam. (1m) C2 – Seperti batu, kayu dan tulang haiwan. (1m) F7 – Perkembangan teknologi pembuatan menggunakan hasil bumi. (1m) H7 – Membuat tembikar daripada tanah liat. (1m) F8 – Inovasi logam besi dan gangsa. (1m) H8 – Menghasilkan peralatan pertanian dan alatanalatan baru. (1m) (mana-mana jawapan yang munasabah) 2. (a) F1 – Zaman Paleolitik: mengamalkan ekonomi sara diri. (1m) F2 – Zaman Mesolitik: mengutip hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan. (1m) F3 – Zaman Neolitik: menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan. (1m) F4 – Juga melakukan aktiviti perdagangan melalui sistem barter. (1m) F5 – Zaman Logam: Bertani, menternak binatang dan berdagang. (1m) F6 – Turut melakukan aktiviti pembuatan dan pertukangan. (1m) (b) F1 – Pelbagai peralatan batu dan logam ditemui. (1m) H1a – Penemuan ini dapat membuktikan manusia Zaman Prasejarah di Malaysia telah mempunyai kemahiran untuk menghasilkan peralatan batu dan logam. (1m) H1b – Peralatan ini penting dalam kehidupan harian mereka. (1m) H1c – Untuk memotong, menetak, atau memecah tulang. (1m) F2 – Peralatan batu Paleolitik ditemui di Kota Tampan Perak dan Ting kayu Sabah. (1m) H2 – Dapat membuktikan bahawa wujudnya bengkel membuat peralatan batu. (1m) F3 – Peralatan batu Zaman Neolitik dijumpai di Hulu Perak. (1m) H3 – Dapat membuktikan bahawa manusia telah tahu menggilap alatan tersebut. (1m) F4 – Peralatan logam ditemui di Klang, Selangor. (1m) (a) F1 – Berdikari (1m) H1 – Iaitu tidak bergantung kepada orang lain untuk memenuhi keperluan diri. (1m) C1 – Masyarakat Paleolitik mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri. (1m) F2 – Berusaha dengan gigih. (1m) H2 – Meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan serba kekurangan. (1m) C2 – Masyarakat Mesolitik berusaha mencipta peralatan daripada batu untuk menjalankan aktiviti perburuan. (1m) F3 – Mempunyai daya kreativiti yang tinggi. (1m) H3 – Mencipta peralatan yang boleh memudahkan kehidupan mereka. (1m) C4 – Kapak besi bersoket, Tulang mawas dan Pisau bersoket dihasilkan untuk aktiviti ekonomi. (1m) F4 – Bijak memanfaatkan sumber alam. (1m) H4 – Sumber alam digunakan untk keperluan. (1m) Bab 4 Mengenali Tamadun Ujian Diagnostik 4.1 1. Pencapaian tertinggi oleh sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang. 2. (a) Bahasa Yunani – Civilisation atau “civitas” yang bermaksud bandar atau kota. (b) Bahasa Inggeris – Civilisation iaitu tahap perkembangan manusia dan organisasi yang dianggap paling maju. (c) Bahasa Arab − Mudun, madain dan madana yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Istilah lain yang sama maksud ialah hadharah dan hadari. (d) Bahasa Melayu – Suatu peradaban yang merujuk kepada pencapaian kemajuan masyarakat. 131


Jawapan JAWAPAN Bab 6 Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom Ujian Diagnostik 6.1 1. (a) Sparta (b) Athens (c) Corinth 2. (a) Strategik dari segi keselamatan. (b) Terdapat rumah ibadat, bangunan kerajaan, istana dan rumah bangsawan. (c) Terdapat kawasan lapang yang dikenali sebagai agora yang digunakan sebagai tempat pertemuan dan pasar awam. 3. (a) Polis merupakan tanah suci kurniaan Dewa. (b) Setiap warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab untuk menjaga kepentingannya. Ujian Diagnostik 6.2 1. (a) Oligarki (b) Monarki (c) Aristokrasi (d) Tirani (e) Demokrasi 2. (a) Merupakan kakitangan kerajaan. (b) Melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Majlis. 3. (a) Bersifat monarki terhad. (b) Terdapat dua orang raja yang memerintah. (c) Urusan pentadbiran raja dibantu oleh sebuah Dewan Perhimpunan dan Majlis. (d) Kaum wanita tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan. (e) Penekanan diberikan kepada disiplin ketenteraan. Ujian Diagnostik 6.3 1. (a) Sifat ingin tahu. (b) Kebebasan pemikiran. 2. (a) Menjadi sumber air utama kepada penduduk. (b) Laluan utama untuk berlayar ke laut. 3. (a) Patrician (b) Plebian (c) Hamba Ujian Diagnostik 6.4 1. Marco Vitruvius 2. (a) Membekalkan air ke rumah kediaman. (b) Air disalurkan ke tempat mandi awam. (c) Air disalurkan ke binaan-binaan utama di Rom. 3. (a) Saiz yang besar. (b) Kubah berbentuk bulat. (c) Penggunaan siling. (d) Tiang gaya Yunani. (e) Bumbung dengan struktur yang melengkung. (f) Batu dilepa dengan simen. (g) Hiasan dalaman. (h) Penggunaan marmar. Cabaran Masteri 6 Bahagian A 1. A 2. C 3. D 4. B 5. A 6. D 7. C 8. A 9. C 10. D Bahagian B 1. (a) F1 – Bandar utama (1 m) F2 – Bandar kecil (1 m) F3 – Kawasan kampung (1 m) H2 – Pentadbiran negara yang lancar memudahkan urusan kerajaan. (1 m) C1 – Sistem percukaian cukai yang cekap (1 m) F3 – Pemimpin yang berwibawa. (1 m) H3 – Mampu merancang strategi yang baik untuk kemakmuran rakyatnya (1 m) F4 – Rakyat yang berdisiplin dan setia. (1 m) H4 – Mematuhi arahan kerajaan dan mudah diurus. (1 m) F5 – Negara yang maju dapat membina tamadun yang gemilang (1 m) (mana-mana jawapan yang munasabah) 2. (a) F1 – Terdapat dua buah bandar terancang (1 m) H1 – iaitu Mohenjo-Daro dan bandar Harappa. (1 m) F2 – Kotanya dikelilingi oleh dinding bata. (1 m) H2a – yang tebal sepanjang 4.8 kilometer. (1 m) H2b – Dinding dibina bagi mengelakkan banjir. (1 m) F3 – Di dalam kota dibina benteng bagi melindungi keluarga diraja. (1 m) F4 – Mempunyai sistem paip dan pembentungan yang canggih. (1 m) F5 – Jalan raya dibina selebar 30 kaki. (1 m) F6 – Dinding memisahkan daerah perumahan antara satu sama lain. (1 m) F7 – Rumah pula pelbagai saiz, ada yang dibina setinggi tiga tingkat. (1 m) (b) Kegiatan ekonomi F1 – Sistem ekonomi bersepadu yang berasaskan pertanian. (1 m) F2 – Tanaman utama ialah gandum dan barli. (1 m) F3 – Haiwan ternakan seperti lembu dan kambing. (1 m) F4 – Terdapat kegiatan tenunan kain dan kerja logam. (1 m) F5 – Kegiatan perdagangan berkembang (1 m) Kesenian dan kesusasteraan F1 – Menghasilkan tulisan hieroglif. (1 m) F2 – Menghasilkan lakaran (1 m) H2a – pada tembok batu (1 m) H2b – Sebagai lakaran dinding (1 m) H2c – di Kawasan perkuburan (1 m) (c) F1 – Dapat meningkatkan kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan manusia. (1 m) H1 – Sumbangan tamadun awal dapat menjadi pengajaran atau iktibar bagi manusia kini untuk berkembang maju. (1 m) F2 – Dapat dijadikan dorongan kepada kemajuan masa depan. (1 m) H2 – Melalu kajian dan penyelidikan yang dijalankan membolehkan penciptaan pelbagai penciptaan seta penemuan baru. (1 m) F3 – dapat mempengaruhi kehidupan manusia masa kini dan akan datang. (1 m) H3 – kehidupan manusia menjadi lebih selesa. (1 m) F4 – Dapat memberikan pengetahuan penting. (1 m) H4 – menyumbang kepada kemajuan politik, ekonomi dan sosial. (1 m) (mana-mana jawapan yang munasabah) 135


Click to View FlipBook Version