BANK SOALAN Nota Ringkas Latihan Intensif Soalan Berkualiti 100% Format SPM 2 Set Ujian Pentaksiran Jawapan Lengkap Akses Digital KSSM PENTAKSIRAN BAHARU SPM Tingkatan 4 PBD MESRA & MENYELURUH Muhammad Hafiz Bin Jusoh EKONOMI
MESTI TAHU iii – x Bab 1 Pengenalan kepada Ekonomi 1 NOTA Kertas 1 Kertas 2 Bab 2 Pasaran 16 NOTA Kertas 1 Kertas 2 Bab 3 Wang, Bank dan Pendapatan Individu 35 NOTA Kertas 1 Kertas 2 Bab 4 Pengeluaran 53 NOTA Kertas 1 Kertas 2 Pentaksiran 1 Tingkatan 4 66 Pentaksiran 2 Tingkatan 4 81 Jawapan 95 Kandungan ii
MESTI TAHU Bab 1 1 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 7 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 3 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 9 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 5 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 11 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta Penting Konsep Ekonomi Konsep Masalah Pilihan Konsep Kos Lepas Masalah Ekonomi Firma Andaian Keluk Kemungkinan Pengeluaran Sistem Ekonomi • Ilmu ekonomi ditakrifkan sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad. • Ilmu ekonomi menurut pandangan ahli-ahli ekonomi adalah seperti berikut: • Masalah pilihan adalah melibatkan pembuatan keputusan tentang kehendak yang perlu dipenuhi terlebih dahulu dan melibatkan pengorbanan. • Isi rumah, firma dan kerajaan selaku unit ekonomi akan membuat pilihan berdasarkan keutamaan atau matlamat masing-masing. • Kos lepas ialah pulangan yang mungkin daripada barang-barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat pemilihan sesuatu barangan. • Ketika proses membuat atau memilih pilihan, pilihan lain yang terpaksa dilepaskan akan menyebabkan wujudnya kos lepas. • Masalah kekurangan pilihan dan kos lepas dikenali sebagai masalah ekonomi. • Kekurangan faktor pengeluaran. • Pilihan yang memaksimumkan keuntungan. • Kos lepas (keuntungan yang mungkin daripada keluaran atau projek pelaburan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan). • Contoh situasi adalah seperti berikut. • Keluk kemungkinan pengeluaran ialah keluk yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sebuah ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang ada dan tingkat teknologi tertentu. • Andaian keluk kemungkinan pengeluaran ialah: − Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh. (Pengangguran = empat peratus atau kurang daripada empat peratus) − Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang. − Sumber ekonomi yang dimiliki adalah terhad dan tetap. − Tingkat teknologi adalah tetap. 1. Sistem Ekonomi Pasaran Bebas • Semua keputusan ekonomi ditentukan oleh individu dan swasta melalui mekanisme harga. • Wujud ʻtangan tak nampakʼ iaitu mekanisme harga yang menentukan harga pasaran melalui interaksi antara kuasa permintaan dan kuasa penawaran dalam pasaran. 2. Sistem Ekonomi Perancangan Pusat • Segala keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan. • Individu atau pihak swasta tidak berkuasa langsung dalam menentukan aktiviti ekonomi dan membuat keputusan. 3. Sistem Ekonomi Campuran • Kuasa pasaran (swasta) dan pihak kerajaan sama-sama membuat keputusan ekonomi. • Menggabungkan ciri kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat. Ahli-ahli ekonomi Klasik • Ilmu ekonomi sebagai sains kekayaan. • Ilmu ekonomi sebagai sains kebajikan. • Ilmu ekonomi sebagai sains sosial yang mengkaji kekurangan dan pilihan. Neoklasik Moden • Syarikat Bakti Prima Sdn Bhd perlu memilih sama ada membeli tiga buah mesin baharu atau mendirikan sebuah kilang baharu. • Modal yang dimiliki hanya RM4 juta sedangkan kedua-dua pilihan tersebut menelan kos sebanyak RM3 juta. • Syarikat perlu memilih pilihan yang lebih menguntungkan, syarikat memilih untuk mendirikan sebuah kilang baharu. • Masalah kekurangan modal menyebabkan kedua-dua pilihan tidak dapat dijalankan serentak. • Maka, kos lepas ialah tiga buah mesin baharu. Isi rumah Firma Kerajaan • Memilih barang yang memaksimumkan kepuasannya. • Memilih output yang mendatangkan keuntungan maksimum. • Memilih projek pembangunan yang memaksimumkan kebajikan masyarakat. Masalah kekurangan Pilihan Kos lepas Faktor pengeluaran yang terhad Kehendak manusia yang tidak terhad
1 Bab 1 1.1 Konsep Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas 1. Ilmu ekonomi ialah sains sosial yang mengkaji cara manusia mengurus sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad. 2. Kehendak ialah keinginan manusia terhadap barang dan perkhidmatan untuk hidup lebih selesa dan mewah. 3. Kekurangan ialah keinginan manusia yang melebihi apa yang dihasilkan dalam ekonomi dengan sumber ekonomi yang terhad. 4. Masalah pilihan ialah setiap unit ekonomi akan membuat pilihan yang berbeza berdasarkan kehendak mereka. 5. Terdapat empat faktor pengeluaran iaitu: Tanah Anugerah alam semula jadi Modal Merupakan alat atau wang Buruh Menyumbang tenaga fizikal dan mental Usahawan Menggabungkan faktor-faktor pengeluaran Faktor pengeluaran NOTA Pengenalan kepada Ekonomi 8. Implikasi pilihan yang dibuat oleh individu, firma dan kerajaan dari aspek kos lepas adalah seperti berikut: Aspek Isi rumah Firma Kerajaan Kekurangan • Pendapatan • Faktor pengeluaran • Sumber hasil Pilihan • Memaksimumkan kepuasan • Memaksimumkan keuntungan • Memaksimumkan kebajikan Kos lepas • Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan • Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan • Projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan 9. Berikut merupakan jadual dan rajah keluk kemungkinan pengeluaran. Jadual Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP) Kombinasi pengeluaran Baju (helai) Seluar (helai) A 30 0 B 28 2 C 25 4 D 16 6 E 0 8 6. Kos lepas ialah pulangan yang mungkin daripada barangan atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat pemilihan suatu barangan. Kos lepas Pilihan Masalah kekurangan Faktor pengeluaran yang terhad Kehendak manusia yang tidak terhad 7. Berikut merupakan analisis situasi kos lepas. Kombinasi Pengeluaran Firma Alin Kombinasi Keluaran Almari (unit) Sofa (unit) X 15 30 Y 30 20 X 35 10 Jika kombinasi keluaran firma berubah X kepada Y, (a) Bagi menambah 15 unit almari, firma perlu kurangkan 10 unit pengeluaran sofa. (b) Kos lepas untuk keluarkan 30 unit almari ialah 10 unit sofa.
2 Rajah Keluk Kemungkinan Pengeluaran 1.2 Sistem Ekonomi dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi 1. Antara masalah asas ekonomi ialah: Apa yang hendak dikeluarkan? • Penentuan jenis barangan Bagaimana hendak dikeluarkan? • Penentuan cara atau teknik pengeluaran barang atau perkhidmatan Berapa yang hendak dikeluarkan? • Penentuan kuantiti barangan Untuk siapa dikeluarkan? • Penentuan corak agihan barang Masalah Asas Ekonomi 2. Terdapat tiga sistem ekonomi berserta cirinya iaitu: Ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas (Kapitalis) Sistem Ekonomi Perancangan Pusat (Sosialis atau Komunis) Sistem Ekonomi Campuran Pemilikan faktor pengeluaran • Individu atau pihak swasta bebas memiliki faktor pengeluaran. • Kerajaan tidak campur tangan dalam ekonomi. • Semua faktor pengeluaran mutlak milik kerajaan. • Individu atau pihak swasta bebas memiliki faktor pengeluaran. • Kerajaan memiliki faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang awam. Penentu kehendak • Pengguna dan pihak pengeluar berhak membuat keputusan ekonomi. • Pengguna bebas memilih. • Hanya kerajaan boleh membuat keputusan. • Pengguna dan pihak pengeluar berhak membuat keputusan ekonomi. • Kerajaan mengeluarkan barang awam yang tidak dikeluarkan oleh pihak swasta. Baju (helai) Seluar (helai) 30 A B C D G F E 28 25 16 0 2 4 6 8 Pergerakan titik A, B, C, D, E di atas KKP menunjukkan masalah pilihan. Titik F menunjukkan kombinasi pengeluaran yang tidak cekap. Titik G menunjukkan masalah ketidakupayaan ekonomi.
3 Pembuat pilihan • Individu membuat pilihan untuk memaksimumkan kepuasan. • Pengeluar membuat pilihan untuk memaksimumkan untung. • Individu dan firma tiada kebebasan dalam membuat pilihan barang. • Individu bebas membuat pilihan untuk memaksimumkan kepuasan. • Pengeluar bebas menggunakan faktor untuk memaksimumkan untung. • Kerajaan mengawal melalui undang-undang dan peraturan. Contoh negara • Amerika Syarikat, Hong Kong • Cuba, Korea Utara • Malaysia, Thailand dan Singapura 3. Berikut merupakan penyelesaian masalah asas ekonomi. Masalah asas ekonomi Sistem Ekonomi Pasaran Bebas (Kapitalis) Sistem Ekonomi Perancangan Pusat (Sosialis atau Komunis) Sistem Ekonomi Campuran Apa yang hendak dikeluarkan? • Ikut mekanisme pasaran. • Ditentukan oleh kerajaan. • Barang ekonomi ikut mekanisme pasaran. • Barang awam ditentukan oleh kerajaan. Berapa yang hendak dikeluarkan? • Ikut mekanisme pasaran. • Ditentukan oleh kerajaan. • Barang ekonomi ikut mekanisme pasaran. • Barang awam ditentukan oleh kerajaan mengikut keperluan rakyat. Bagaimana hendak dikeluarkan? • Teknik yang dapat memaksimumkan untung dan meminimumkan kos. • Ditentukan oleh kerajaan. • Firma memilih teknik yang dapat memaksimumkan untung dan meminimumkan kos. • Kerajaan memilih teknik yang dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat. Untuk siapa dikeluarkan? • Ikut agihan pendapatan. • Ditentukan oleh kerajaan. • Barang ekonomi ikut agihan pendapatan. • Barang awam untuk semua masyarakat. 4. Terdapat tiga ciri sistem ekonomi Islam iaitu: Sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup umat Islam. Wujud persaingan yang adil dan saksama antara individu. Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat. Ciri sistem ekonomi Islam
4 TIP SOS KERTAS 1 Pilih jawapan yang paling tepat. 1.1 Konsep Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas 1. Ilmu ekonomi ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengurus sumber ekonomi yang A terhad bagi memenuhi kehendak yang terhad B tidak terhad bagi memenuhi kehendak yang terhad C terhad bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad D tidak terhad bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad 2. Kerajaan Malaysia berhasrat untuk membatalkan salah satu daripada tiga projek pembangunan negara kerana kekurangan sumber A hasil C bahan mentah B ekonomi D pendapatan individu 3. Maklumat di bawah berkaitan dengan satu unit ekonomi. Satu organisasi yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang dan menjaga kestabilan ekonomi dan sosial. Unit ekonomi di atas terpaksa menanggung kos lepas kerana membuat pilihan berdasarkan A barang yang memberikan tingkat kepuasan maksimum B pelaburan yang memberikan tingkat keuntungan maksimum C keluaran yang memberikan tingkat pencapaian yang maksimum D projek pembangunan yang memberikan tingkat kebajikan maksimum 4. Gambar di bawah menunjukkan salah satu sumber ekonomi. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan sumber ekonomi di atas? I Sumber yang tidak boleh diperbaharui II Menggabungkan faktor-faktor pengeluaran III Sumbangan produktif dari segi fizikal dan mental IV Mempunyai mobiliti pekerjaan dan mobiliti geografi yang tinggi A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5. Maklumat di bawah berkaitan dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh Puan Alisa. Puan Alisa membelanjakan RM5 000 untuk mengadakan majlis sambutan hari raya bersama pekerja dan pelanggan di pejabatnya. Berikut merupakan kos lepas yang ditanggung oleh Puan Alisa kecuali I Membeli set perabot baharu untuk kediamannya II Bayaran tambahan untuk kanopi dan peralatan III Melancong bersama keluarga di Pulau Langkawi IV Bayaran sewa rumah tumpangan untuk pekerjanya berehat selepas majlis A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 6. Jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran Syarikat Jotti. Kombinasi pengeluaran Sofa (unit) Almari (unit) A 100 20 B 80 50 C 50 80 Berapakah kos lepas sekiranya Syarikat Jotti mengubah kombinasi pengeluaran dari B ke A? Soalan 3: (i) Mengenal pasti unit ekonomi berkaitan berdasarkan kemampuan unit tersebut seterusnya matlamat utama. Soalan 6: (i) Mencari barang yang mengalami pengurangan.
22TIP SOS KERTAS 1 Pilih jawapan yang paling tepat. 2.1 Keseimbangan Pasaran 1. Permintaan merujuk kepada A kesungguhan seseorang untuk membeli barang dan perkhidmatan pada suatu tingkat harga dan masa tertentu B kemampuan seseorang untuk membeli barang dan perkhidmatan pada suatu tingkat harga dan masa tertentu C keinginan dan kemampuan seseorang untuk membeli barang dan perkhidmatan pada suatu tingkat harga dan masa tertentu D kesanggupan dan kemampuan seseorang untuk membeli barang dan perkhidmatan pada suatu tingkat harga dan masa tertentu 2. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan keluk permintaan individu? I Mencerun ke bawah dari kiri ke kanan II Harga dan kuantiti berhubungan secara positif III Terbentuk akibat penyatuan semua harga barangan IV Penurunan harga menyebabkan permintaan meningkat A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 3. Jadual di bawah menunjukkan perubahan kuantiti barang dalam pasaran. Kuantiti permintaan (unit) Julai Ogos 212 189 Faktor yang manakah berkaitan dengan perubahan di atas? I Kerajaan menurunkan cukai jalan II Duti import untuk kereta diturunkan III Cukai barang dan perkhidmatan dihapuskan IV Kerajaan menarik balik kenaikan gaji tahunan kakitangan awam A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 4. Pernyataan yang manakah menunjukkan perbezaan antara perubahan dalam kuantiti diminta dengan perubahan permintaan? Perubahan dalam kuantiti diminta Perubahan permintaan A Melibatkan pergerakan keluk ke kiri dan ke kanan Melibatkan pergerakan di atas keluk permintaan B Perubahan disebabkan oleh harga barang itu sendiri Perubahan disebabkan oleh peningkatan pendapatan individu C Peralihan keluk dikenali sebagai pertambahan permintaan dan pengurangan permintaan Pergerakan titik dikenali sebagai pengembangan permintaan dan penguncupan permintaan D Harga tetap sepanjang urus niaga Harga berubah mengikut urus niaga 5. Penawaran pasaran merujuk kepada kuantiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua firma A dalam pasaran pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu B berdasarkan permintaan pasaran C mengikut permintaan pasaran D pada suatu tingkat harga 6. Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran basikal. S0 S1 S0 S1 0 Kuantiti (unit) Harga (RM) Soalan 3: (i) Mencari penentu yang membebankan pengguna.
23TIP SOS Faktor yang manakah berkaitan dengan rajah tersebut? KBAT Mengaplikasi I Harga dijangka turun pada masa depan II Firma bermatlamat memaksimumkan jualan III Firma mengurangkan penggunaan teknologi moden IV Kerajaan mengurangkan pemberian subsidi kepada firma tempatan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 7. Rajah di bawah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran sebuah firma. S S D D E 10 0 20 30 5 10 15 Kuantiti (unit) Harga (RM) Apakah yang berlaku jika harga meningkat dari RM20 kepada RM30? I Penawaran naik II Permintaan naik III Penawaran turun IV Permintaan turun A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 8. Rajah yang manakah menunjukkan peningkatan teknologi pengeluaran? KBAT Mengaplikasi A D D 0 Kuantiti (unit) S0 S1 S0 S1 E1 E0 Harga (RM) B D D 0 Kuantiti (unit) S0 S1 S0 S1 E1 E0 Harga (RM) C 0 Harga (RM) Kuantiti (unit) D0 D0 D1 D1 S S E1 E0 D Kuantiti (unit) 0 Harga (RM) D1 D0 D0 D1 E0 E1 S S 2.2 Keanjalan Harga 9. Keanjalan harga permintaan merujuk kepada mengukur tindak balas perubahan kuantiti diminta kesan daripada perubahan A andaian ceteris paribus B penentu lain dengan andaian ceteris paribus C harga barang itu dengan andaian ceteris paribus D faktor-faktor pengeluaran dengan andaian ceteris paribus 10. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi kasut sekolah. Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) 20 120 40 100 Hitungkan nilai keanjalan harga permintaan apabila harga menurun dari RM40 kepada RM20. A 0.2 B 0.4 C 2.5 D 6.0 11. Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh firma ke atas harga barang anjal jika ingin meningkatkan keuntungan? A Mengubah B Menaikkan C Menurunkan D Mengekalkan Soalan 7: (i) Perlu cari keluk yang mana berada di sebelah kanan pada RM30. (Keluk SS)
24TIP SOS 12. Jadual di bawah menunjukkan nilai keanjalan dua jenis barang. Jenis barang Peratus perubahan kuantiti Peratus perubahan harga M 25 38 N 31 28 Apakah jenis keanjalan barang M dan barang N? Barang M Barang N A Anjal Anjal B Tidak anjal Tidak anjal C Anjal Tidak anjal D Tidak anjal Anjal 13. Apakah penentu keanjalan permintaan anjal? I Ketagihan tinggi II Tidak tahan lama III Pelbagai kegunaan IV Banyak barang pengganti A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 14. Pernyataan yang manakah benar tentang ciri keanjalan harga barang pertanian? I Keluknya berbentuk curam II Nilai keanjalan lebih daripada satu III Firma akan menurunkan harga jika ingin meningkatkan keuntungan IV Peratus perubahan kuantiti lebih kecil daripada peratus perubahan harga A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 15. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan anjal akibat kesan cukai. S1 S1 S0 S0 Kuantiti (unit) 0 Harga (RM) E0 Q1 Q0 P0 P1 E1 D D A B C Antara berikut, yang manakah beban cukai yang ditanggung oleh pengguna? A P0ABC C P1P0E1A B P1E1BC D P1E1E0P0 KERTAS 2 Bahagian A Arahan: Jawab semua soalan. 1. (a) Jelaskan faktor yang menyebabkan peningkatan permintaan baju kurung. [7 markah] Soalan 1(a): (i) Mengenal pasti penentu permintaan. (ii) Mengenal pasti permintaan meningkat atau menurun.
46TIP SOS Bahagian B Arahan: Jawab semua soalan. 4. Gambar di bawah menunjukkan satu jenis barang. (a) Adakah anda bersetuju bahawa barang di atas boleh dijadikan sebagai wang dalam ekonomi? KBAT Menilai [3 markah] (b) Gambar di bawah menunjukkan dua jenis kad pembayaran yang terdapat dalam pasaran. Kad A Kad B CIMB DEBIT VALID THRU 5196 ELECTRONIC USE ONLY MyDebit MasterCard CIMBISLAMIC PETRONAS platinum mastercard VALID THRU 5213 8888 8888 88 88 8888 8888 (i) Mengapakah Kad A lebih menjadi pilihan pengguna? [4 markah] Soalan 4(b): (i) Kad debit melibatkan tunai manakala kad kredit melibatkan hutang.
47TIP SOS (ii) Mengapakah Kad B di atas diterima sebagai wang? KBAT Menganalisis [4 markah] (c) Gambar di bawah menunjukkan satu jenis pekerjaan dalam negara. (i) Mengapakah pekerjaan di atas menerima pendapatan yang tinggi? KBAT Menganalisis [4 markah] (ii) Bagaimanakah individu membuat perbelanjaan? [5 markah] Soalan 4(c)(i): (i) Melibatkan kelayakan dan kemahiran khusus.
48TIP SOS 5. Jadual di bawah berkaitan dengan pendapatan, perbelanjaan, potongan wajib dan simpanan Puan Sarimah untuk bulan Januari 2022. Butiran RM Upah wang 6 300 Faedah simpanan tetap 350 Komisen jualan langsung 1 250 Makanan dan minuman 1 000 Ansuran pinjaman kereta 1 200 Belanja petrol 500 Perbelanjaan anak-anak 600 Insurans nyawa 300 Ansuran pinjaman perumahan 1 600 Bil utiliti 450 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 690 Cukai pendapatan 400 Zakat 150 (a) Sediakan belanjawan peribadi yang sesuai untuk Puan Sarimah. [6 markah] Butiran RM RM Soalan 5(a): (i) Mengenal pasti punca pendapatan, potongan wajib, pendapatan boleh guna dan mesti wujud tabungan.
49TIP SOS (b) Maklumat di bawah berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan Encik Sulaiman pada tahun 2022. RM Gaji setahun 46 000 Pendapatan boleh cukai 28 120 Caruman KWSP 11% Zakat 300 Ansuran kereta 8 400 Premium insurans nyawa 2 100 Berikut ialah kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Pengiraan Kadar cukai (%) RM RM 2 500 pertama RM 2 500 berikut 0 1 − 25 RM 5 000 pertama RM 5 000 berikut − 3 25 150 RM 10 000 pertama RM 10 000 berikut − 5 175 500 RM 20 000 pertama RM 20 000 berikut − 9 675 Hitungkan cukai yang perlu dibayar oleh Encik Sulaiman pada tahun 2022. [6 markah] (c) Nyatakan langkah-langkah menyediakan belanjawan peribadi. [4 markah] (d) Mengapakah kerajaan mengenakan cukai pendapatan individu? KBAT Mengaplikasi [4 markah] Soalan 5(b): (i) Perlu mengenal pasti pendapatan boleh cukai sebelum membuat pengiraan cukai.
50TIP SOS 6. Maklumat di bawah berkaitan dengan pelaburan. Encik Ali merupakan seorang guru yang baru sahaja bersara dan telah menerima ganjaran sebanyak RM250 000. Beliau telah menyimpan sebanyak RM100 000 dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan selebihnya digunakan untuk membeli jongkong emas. (a) Jelaskan pelaburan yang dilakukan oleh beliau. KBAT Menganalisis [8 markah] (b) Maklumat di bawah berkaitan dengan urus niaga barang. Cik Suraya telah membeli polisi insurans nyawa daripada Syarikat ABG dengan bayaran bulanan RM230. Jelaskan fungsi wang yang berkaitan dengan maklumat di atas. [6 markah] (c) Maklumat di bawah berkaitan dengan pendapatan individu. Samad merupakan seorang yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) yang menerima bantuan tunai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450 sebulan. Beliau membuat kerja sambilan sebagai penjaga tandas awam di bandar berdekatan rumahnya. Pada masa yang sama, Samad mengeluarkan sedikit modal untuk menjual sambil menjaga tandas awam. Terangkan jenis pendapatan yang diterima oleh Samad. [6 markah] Soalan 6(a): (i) Membezakan dari aspek risiko, tahap pulangan dan tahap kecairan. Soalan 6(c): (i) Bantuan JKM merupakan bayaran pindahan. (ii) Menjaga tandas awam menerima upah. (iii) Berniaga menerima untung.
56TIP SOS KERTAS 1 Pilih jawapan yang paling tepat. 4.1 Konsep Pengeluaran, Kos dan Hasil 1. Firma merujuk kepada satu unit ekonomi yang A bermotifkan untuk memenuhi kehendak manusia B bertanggungjawab memaksimumkan kebajikan pengguna C membekalkan faktor pengeluaran untuk digunakan dalam proses pengeluaran D menggunakan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan 2. Maklumat di bawah berkaitan dengan satu konsep pengeluaran. Perubahan dalam jumlah keluaran kesan daripada perubahan dalam penggunaan satu unit input berubah. Apakah konsep tersebut? A Keluaran marginal B Keluaran purata C Kos purata D Kos sut 3. Antara berikut, yang manakah merupakan kos tetap dalam proses pengeluaran? A Petrol B Insurans C Gaji pekerja D Bahan mentah 4. Gambar berikut menunjukkan sebuah organisasi. Pernyataan yang manakah menggambarkan gambar di atas? A Meningkatkan pengeluaran barangan ketika harga rendah B Mengubah kuantiti barang ditawarkan berdasarkan harga C Menyalurkan faktor pengeluaran ke dalam pasaran D Menentukan setiap harga barangan dalam pasaran 5. Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah firma dalam pasaran. Firma HR menghasilkan 1 000 unit keluaran dengan menggunakan 10 orang buruh. Apabila firma menambahkan keluaran sebanyak 200 unit, bilangan buruh ditambah seramai lima orang. Berapakah keluaran purata firma selepas keluaran meningkat? A 40 unit C 100 unit B 80 unit D 160 unit 6. Pernyataan yang manakah menunjukkan kegiatan pengeluaran? A Ana menyimpan wang di Bank Kembia B Tina membeli ayam di pasar untuk anaknya C Farin menempah nasi beriani untuk kenduri anaknya D Safi menanam sawi untuk dipasarkan di sekitar Johor Bahru 7. Maklumat di bawah berkaitan dengan kos pengeluaran Firma Lapit. Jumlah keluaran 20 unit Kos tetap RM 1 200 Kos purata RM 120 Berapakah kos berubah yang ditanggung oleh firma tersebut? A RM 10 B RM 60 C RM 1 200 D RM 2 400 Soalan 3: (i) Kos tetap merupakan kos yang tetap kena bayar walaupun tiada pengeluaran. Soalan 5: (i) Rumus keluaran purata = Jumlah keluaran Input berubah
57TIP SOS 8. Firma perlu membuat perancangan teliti dalam setiap pengeluaran untuk memaksimumkan A jualan firma B syer pasaran C untung firma D kebajikan pengguna 9. Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh firma untuk menambahkan keluaran dalam jangka pendek? I Memperbesar lagi saiz kilang II Menambahkan bilangan buruh III Menambahkan jumlah bahan mentah IV Mengubah penggunaan teknologi mesin A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 10. Antara berikut, yang manakah benar berkenaan pengeluaran jangka pendek dan pengeluaran jangka panjang? Pengeluaran jangka pendek Pengeluaran jangka panjang A Kos berubah sahaja Kos tetap sahaja B Kos tetap dan kos berubah Kos berubah sahaja C Kos berubah sahaja Kos berubah sahaja D Kos tetap dan kos berubah Kos tetap sahaja 11. Jadual di bawah menunjukkan jumlah keluaran dan penggunaan input sebuah firma. Buruh (orang) Jumlah Keluaran (unit) 1 100 2 160 3 230 4 270 Pada bilangan buruh yang manakah firma mencapai keluaran purata paling tinggi? KBAT Mengaplikasi A 1 B 2 C 3 D 4 4.2 Produktiviti dan Eksternaliti 12. Kos sosial merupakan kos yang tidak termasuk dalam harga pasaran yang perlu ditanggung oleh pihak A pengeluar B pengguna C kerajaan D ketiga 13. Antara berikut, faktor yang manakah boleh mempengaruhi peningkatan produktiviti firma? I Sumber manusia II Tingkat teknologi III Gaya hidup masyarakat IV Kedudukan politik dalam negara A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 14. Gambar di bawah menunjukkan satu situasi yang berlaku dalam negara. Situasi yang manakah menunjukkan eksternaliti yang wujud berdasarkan gambar di atas? KBAT Mengaplikasi I Kos perubatan penduduk meningkat II Perbelanjaan petrol meningkat III Perbelanjaan kerajaan terjejas IV Pencemaran udara A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 15. Apakah faedah sosial yang wujud apabila kerajaan membuat penebangan hutan untuk pembangunan kawasan perindustrian? A Menghapuskan kawasan tadahan air B Peluang pekerjaan meningkat C Penipisan lapisan ozon D Pencemaran udara Soalan 8: (i) Matlamat utama firma adalah memaksimumkan untung dan meminimumkan kos. Soalan 9: (i) Dalam jangka masa pendek hanya boleh ditambah kos berubah.
58TIP SOS KERTAS 2 Bahagian A Arahan: Jawab semua soalan. 1. (a) Jelaskan konsep firma. [2 markah] (b) Terangkan perbezaan antara input tetap dan input berubah. [4 markah] (c) Jelaskan kos berikut: (i) Kos purata [2 markah] (ii) Kos marginal [2 markah] (iii) Kos berubah purata [2 markah] (d) Dengan menggunakan contoh yang sesuai, jelaskan kos berikut: (i) Kos implisit [2 markah] Soalan 1(b): (i) Input tetap merujuk kepada input yang memang tetap wujud walaupun tiada pengeluaran manakala input berubah harga wujud ketika wujud pengeluaran.
59TIP SOS (ii) Kos eksplisit [2 markah] (e) Berikan kepentingan peningkatan produktiviti barangan terhadap pengguna. [4 markah] 2. Rajah di bawah berkaitan dengan pengeluaran roti. (a) Pada pendapat anda, mengapakah situasi di atas dianggap sebagai pengeluaran? KBAT Menilai [6 markah] (b) Terangkan perbezaan input yang digunakan oleh firma di atas. KBAT Mengaplikasi [8 markah] Soalan 2(b): (i) Setiap pengeluaran akan wujud input tetap dan input berubah.
66 Pentaksiran 1 Tingkatan 4 Masa: 1 jam 15 minit Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. KERTAS 1 1. Mengapakah setiap individu perlu membuat pilihan apabila mengalami masalah kekurangan pendapatan? A Memaksimumkan kepuasan B Memaksimumkan kebajikan C Memaksimumkan keuntungan D Memaksimumkan perbelanjaan 2. Gambar di bawah menunjukkan aktiviti ekonomi dalam negara. Faktor pengeluaran yang manakah berkaitan dengan gambar di atas? A Tanah, buruh, modal B Buruh, modal, usahawan C Modal, usahawan, tanah D Usahawan, tanah, buruh 3. Antara berikut, yang manakah andaian analisis keluk kemungkinan pengeluaran? I Tingkat teknologi semakin meningkat II Sumber ekonomi terhad dan tetap III Guna tenaga penuh dicapai IV Pengeluaran dalam negara sentiasa meningkat A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4. Jadual di bawah menunjukkan gabungan pengeluaran Firma Teong. Kombinasi Seluar Jean (helai) Seluar Slek (helai) P 120 200 Q 150 170 R 180 140 Hitungkan kos lepas apabila Firma Teong menambah pengeluaran seluar jean iaitu 30 helai daripada 150 helai kepada 180 helai. A 30 helai seluar slek B 30 helai seluar jean C 170 helai seluar slek D 150 helai seluar jean 5. Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah asas ekonomi. Puan Vivian sebagai Pengurus Syarikat JEP berhasrat mahu meluaskan syarikatnya ke Sabah dan Sarawak. Bermula pada tahun hadapan, beliau menanam impian untuk menggunakan 100 peratus tenaga tempatan dalam pengeluarannya. Masalah asas ekonomi yang manakah berkaitan dengan maklumat di atas? I Apa yang hendak dikeluarkan? II Berapa yang hendak dikeluarkan? III Bagaimana hendak dikeluarkan? IV Untuk siapa dikeluarkan? A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
95 BAB 1 Pengenalan kepada Ekonomi KERTAS 1 1 C 2 A 3 D 4 D 5 B 6 C 7 B 8 A 9 C 10 C 11 D 12 A 13 D 14 D 15 A KERTAS 2 Bahagian A 1. (a) Ilmu ekonomi merupakan satu bidang sains sosial [1m] yang mengkaji cara manusia mengurus sumber ekonomi yang terhad [1m] untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. [1m] (b) (i) Individu atau sebuah keluarga atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dan berfungsi sebagai satu unit ekonomi. [1m] (ii) Sebuah organisasi atau unit pengeluaran yang merancang dan menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang atau perkhidmatan. [1m] (iii) Sebuah badan organisasi yang mempunyai kuasa untuk membuat atau menguatkuasakan undangundang untuk menjaga kestabilan ekonomi atau sosial. [1m] (c) (i) Isi rumah membuat pilihan untuk memaksimumkan kepuasan akibat kekurangan pendapatan. [1m] (ii) Firma membuat pilihan untuk memaksimumkan keuntungan akibat kekurangan sumber ekonomi. [1m] (iii) Kerajaan membuat pilihan untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat akibat kekurangan sumber hasil. [1m] (d) • Ekonomi telah mencapai tahap guna tenaga penuh. [1m] • Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang sahaja. [1m] • Sumber ekonomi yang dimiliki adalah terhad dan tetap. [1m] • Tingkat teknologi adalah tetap. [1m] (e) • Menyediakan barang awam. [1m] • Merapatkan jurang pendapatan antara golongan berpendapatan tinggi dengan golongan berpendapatan rendah. [1m] • Mengurangkan kesan eksternaliti negatif. [1m] • Mengawal harga barang atau mengelakkan berlakunya eksploitasi pengguna. [1m] • Menstabilkan ekonomi dalam negara. [1m] • Menggubal undang-undang. [1m] [Pilih mana-mana empat jawapan] (f) (i) Firma akan memilih kaedah yang dapat memaksimumkan untung dan meminimumkan kos. [1m] (ii) Kerajaan akan memilih kaedah yang paling cekap atau yang dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat. [1m] Jawapan (iii) Firma memilih kaedah yang dapat memaksimumkan untung dan meminimumkan kos [1m], kerajaan akan memilih kaedah yang paling cekap atau dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat. [1m] 2. (a) • Permintaan pengguna terlalu tinggi dalam pasaran sehingga mengatasi penawaran rumah yang dibuat oleh firma. [1m] • Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan peningkatan dalam guna tenaga dan pengurangan dalam pengangguran. [1m] • Akibat daripada situasi itu, pendapatan pengguna sudah pastinya akan meningkat seterusnya meningkatkan kuasa beli pengguna. [1m] • Peningkatan ini sudah pasti mendorong pengguna untuk meningkatkan perbelanjaan bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. [1m] • Rumah merupakan satu keperluan dan semestinya menjadi impian bagi setiap orang untuk memiliki rumah sendiri. [1m] • Golongan berpendapatan tinggi yang mempunyai lebihan pendapatan akan membuat pilihan untuk memiliki rumah kedua untuk dijadikan aset masa hadapan atau pendapatan tambahan. [1m] • Peningkatan harga faktor pengeluaran terutamanya harga bahan mentah dan upah buruh. [1m] • Setiap firma pembinaan sudah pasti mempunyai sasaran untung masing-masing. Kenaikan harga bahan mentah dan upah buruh boleh menjejaskan sasaran mereka. [1m] • Firma bertindak memindahkan beban tambahan tersebut kepada pengguna dengan menaikkan harga rumah bagi mengekalkan sasaran untung mereka. [1m] • Kenaikan harga tanah terlalu mahal terutamanya di kawasan bandar. [1m] • Keadaan ini juga berlaku disebabkan jumlah tanah di kawasan bandar semakin berkurangan akibat pembangunan yang dibuat oleh pihak kerajaan. [1m] • Kenaikan harga rumah meningkat juga disebabkan peningkatan permintaan rumah dalam kalangan warga asing terutamanya sekitar Johor Bahru. [1m] • Warga asing khususnya dari Singapura yang mempunyai nilai mata wang yang tinggi sanggup menawarkan harga yang lebih tinggi daripada warga tempatan. [1m] • Kebanyakan firma lebih mementingkan keuntungan daripada kebajikan sehingga sanggup menjual rumah kepada warga asing kerana mahu mendapat keuntungan berlipat kali ganda. [1m] • Tindakan spekulator yang membeli rumah pada masa sekarang dan menjual balik pada masa hadapan dengan harga yang lebih tinggi juga mendorong harga rumah naik secara mendadak. [1m] [Pilih mana-mana dua belas jawapan] Bab 1
Sem. M‘sia RM9.95 Sabah/Sarawak RM10.50 ISBN 978-967-466-762-7 BANK SOALAN Buku ini diterbitkan untuk membantu murid membiasakan diri dengan pelbagai jenis soalan yang berdasarkan format peperiksaan SPM terbaharu. Murid dapat membina keyakinan dengan menjawab soalan-soalan topikal yang disediakan. Buku ini juga mengandungi soalan klon SPM dan soalan-soalan yang berfokus kepada soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). CIRI-CIRI EKSTRA: MESTI TAHU Fakta, Rajah dan Rumus Penting TIP SOS Tip untuk menjawab soalan Judul-judul dalam siri ini: Mata Pelajaran/Tingkatan 4 5 Tatabahasa English Grammar Matematik Sains Sejarah Ekonomi Perniagaan Pendidikan Seni Visual Kimia Fizik Pendidikan Moral Prinsip Perakaunan Biologi Matematik Tambahan Mathematics Chemistry Physics Biology Additional Mathematics g199101016590 (226902-X) 9 789674 667627