MESTI TAHU iii – x Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 1 Bab 2 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi 14 Bab 3 Sumber Pembiayaan Perniagaan 26 Bab 4 Penyata Kewangan Perniagaan 40 Bab 5 Persediaan Menjadi Usahawan 52 Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 62 Bab 7 Merancang Pengendalian Perniagaan 73 Pentaksiran Tingkatan 5 88 Jawapan 104 Kandungan ii
MESTI TAHU Bab 1 1 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 7 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 3 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 2 9 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 5 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 2 11 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta Penting 1. 3. 5. 2. 4. 6. Sumber manusia yang mencukupi. Gaji Faedah 1. Gaji asas 2. Upah 3. Elaun 1. Caruman KWSP 2. Caruman PERKESO 3. Komisen 4. Pinjaman kewangan 5. Bonus tunai 6. Biasiswa pendidikan 7. Insurans berkelompok 8. Kemudahan perubatan 9. Kemudahan cuti 10. Tempat penjagaan anak-anak 11. Kemudahan keselamatan 12. Kemudahan penginapan Pengagihan sumber manusia secara berkesan. Prestasi sumber manusia sentiasa dipantau. Sumber manusia diberikan latihan yang cukup dan terkini. Kebajikan pekerja sentiasa dijaga. Tahap motivasi pekerja sentiasa tinggi. 1. Penempatan pekerja dan fasiliti 2. Standard prosedur operasi tugas 6. Struktur organisasi 3. Sistem penggajian 5. Penyelesaian masalah 4. Penghargaan dan hukuman Fungsi atau Jabatan Perlindungan insurans dan keselamatan • Bagi memastikan semua jenis sumber fizikal dalam keadaan selamat, berfungsi dan boleh digunakan. 1. Mengambil insurans kebakaran. 2. Memiliki insurans kecurian. 3. Membeli insurans perlindungan wang, stok tertangguh, jaminan kesetiaan dan perlindungan liabiliti awam. 4. Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan kamera litar tertutup dalam aspek keselamatan. 1. Mesin, kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi perlu diselenggara secara berkala. 2. Pengurusan baik pulih komponen mesin dan kelengkapan secara berjadual. 3. Mengadakan kerjasama atau perjanjian bersama pembekal bagi perolehan sumber fizikal. Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang • Dapat memudahkan urusan penghasilan produk atau perkhidmatan. Geografi atau Wilayah Matriks atau Silang Produk dan Perkhidmatan Pelanggan atau Pengguna Kepentingan Pengurusan Sumber Manusia Aspek Pengelolaan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan Mencipta Satu Struktur Organisasi dalam Sesebuah Perniagaan Sistem Penggajian bagi Sesebuah Organisasi Tujuan Mengurus Sumber Fizikal yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan Prosedur Mengurus Sumber Fizikal Struktur Organisasi Prosedur Tujuan mengurus sumber fizikal BELANJA KURANG DARI 50% DARI GAJI BULANAN HUTANG KURANG DARI 40% DARI GAJI BULANAN GAJI BULANAN - SIMPANAN = BAYAR HUTANG + BELANJA SIMPANAN LEBIH DARI 10% GAJI BULANAN KURANG 50% KURANG 40% LEBIH 10%
1 Bab 1 1.1 Definisi Pengurusan Sumber Manusia Berikut merupakan definisi dan kepentingan pengurusan sumber manusia. Definisi • Pengurusan sumber manusia ialah satu usaha pembangunan dan pelaksanaan sistem dalam organisasi bertujuan untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi. Kepentingan • Sumber manusia sentiasa mencukupi. • Sumber manusia diberikan latihan yang cukup dan terkini. • Pengagihan sumber manusia secara berkesan. • Kebajikan pekerja sentiasa dijaga. • Prestasi sumber manusia sentiasa dipantau. • Tahap motivasi pekerja sentiasa tinggi. 1.2 Peranan Pengurusan Sumber Manusia dalam Sesebuah Perniagaan Peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan adalah: 1. Merancang keperluan pekerja, merekrut pekerja, kontrak pekerjaan, dan deskripsi tugas. 2. Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran perniagaan. 3. Meningkatkan prestasi pasukan. 4. Latihan peningkatan kemahiran iaitu pekerja perlu kemahiran dan pengetahuan baharu dari aspek sains dan teknologi untuk menghadapi persekitaran kerja yang dinamik. 5. Membentuk persekitaran kerja yang kondusif, harmoni dan inklusif. 6. Meningkatkan motivasi, kepuasan dan produktiviti serta pemantapan budaya profesional dalam kalangan pekerja (kerja beretika, integriti dan mementingkan kecemerlangan pasukan). 7. Menggalakkan kreativiti, imaginasi dan inovasi. 8. Memberikan insentif dan ganjaran yang setimpal. 9. Pemberhentian pekerja (secara wajib, sukarela dan pemberhentian dalaman). 1.3 Aplikasi Pengurusan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan yang Mampan 1. Berikut merupakan beberapa syarikat terkenal yang berjaya dalam pengurusan sumber manusia dengan cekap dan berkesan. Nama syarikat Aplikasi yang diamalkan Maybank • Konsep T.I.G.E.R PERODUA • Konsep Mentor Menti PETRONAS • Konsep P.M.T.S.B Media Prima • Konsep Best On Boarding Experience 2. Perniagaan menjadi mampan bergantung kepada kecekapan dalam pengurusan sumber manusia dengan: (a) Menyediakan analisis kerja yang jelas dan sistematik. (b) Menyediakan program pembangunan dan latihan yang kompetensi. (c) Mengamalkan pelbagai penilaian dalam pembangunan prestasi menerusi Indeks Pencapaian Utama (KPI). (d) Melaksanakan pelbagai program kepimpinan dan kerja berpasukan. (e) Menggalakkan perkongsian pengetahuan profesional, kemahiran teknikal dan pengalaman melalui program Mentor Menti. (f) Mewujudkan pelbagai skim ganjaran dan insentif. (g) Sentiasa memantau keperluan dan kebajikan pekerja. 1.4 Aspek Pengelolaan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan Aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan ialah: NOTA Pengurusan Sumber Manusia
2 Aspek Keterangan Penempatan pekerja dan fasiliti • Menempatkan pekerja berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran pekerja. Standard prosedur operasi tugas • Meliputi peraturan, pelan, pematuhan, dan dasar untuk memastikan tugas dilaksanakan mengikut piawaian yang disasarkan. Sistem penggajian • Sistem penggajian yang adil dan menarik dapat memotivasikan dan mengekalkan sumber manusia. Penghargaan dan hukuman • Pekerja yang berprestasi tinggi diberi penghargaan seperti pakej percutian. • Pekerja yang berprestasi rendah akan dikenakan hukuman seperti penurunan pangkat. Penyelesaian masalah • Perhubungan harmoni antara pekerja dengan majikan adalah penting. Struktur organisasi • Menunjukkan pembahagian kerja, tugas, rantaian autoriti komunikasi formal, dan tahap pengurusan. • Penting untuk mengagih dan menyelaraskan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan. 1.5 Hubung Kait antara Kemahiran Kebolehkerjaan Pekerja dengan Kejayaan Sesebuah Perniagaan Kemahiran kebolehkerjaan pekerja adalah seperti berikut: Kemahiran Keterangan Kelayakan yang bersesuaian • Seseorang pekerja perlu mempunyai kelayakan akademik mengikut bidang pengkhususan bagi proses pemadanan dengan tugas dan kriteria yang diperlukan oleh majikan. Berpengalaman • Seseorang pekerja yang berpengalaman akan melakukan pekerjaan dengan cekap dan berkesan. Pengalaman boleh diperolehi secara formal dan bukan formal. Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan • Seseorang pekerja yang dinamik dan kreatif perlu memahami kelebihan dan keunikan produk dan perkhidmatan agar pengguna mendapat manfaat dari penggunaannya. Berpengalaman dalam industri tertentu • Seseorang pekerja yang mempunyai kepelbagaian maklumat dan pengalaman dalam pelbagai industri boleh menjadi kelebihan dalam memperkasakan kelangsungan perniagaan mereka. Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan atau jabatan • Seseorang pekerja yang mempunyai pengalaman, kreativiti dan potensi boleh menyumbang kepada pencapaian sasaran individu, pasukan dan jabatan. 1.6 Mencipta Satu Struktur Organisasi dalam Sesebuah Perniagaan 1. Aspek penting struktur organisasi adalah: Aspek Penerangan Pembahagian kerja • Pengagihan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Hubungan antara ketua dan pekerja • Ketua mempunyai kuasa mengarah kepada pekerja di bawahnya. Jenis tugas • Tugas dan tanggungjawab. Hierarki pengurusan • Peringkat atasan, pertengahan dan bawahan. 2. Tujuan setiap fungsian agar dapat dilakukan dengan pantas dan efisien bagi mencapai visi, misi dan objektif adalah seperti berikut: Tujuan • Pengkhususan dan pembahagian tugasan dalam melakukan kerja yang sama. • Meningkatkan kemahiran dan bakat pekerja. • Mudah untuk melatih pekerja baharu kerana bidang yang sama. • Mengurangkan kos dan masalah pengurusan dengan mengamalkan sistem perkongsian sumber organisasi.
3 3. Terdapat beberapa jenis struktur organisasi seperti berikut: Struktur Keterangan Fungsi • Diwujudkan berdasarkan kepada fungsi utama dalam organisasi seperti pemasaran, pengeluaran, kewangan, penyelidikan dan pembangunan serta pengurusan sumber manusia. Produk • Organisasi berskala besar yang mengeluarkan pelbagai jenis produk. Geografi • Diwujudkan berdasarkan kawasan pasaran yang menjadi fokus syarikat. Pelanggan • Diwujudkan berdasarkan kepada keperluan dan kehendak pelanggan syarikat. Matriks • Kombinasi dua jenis struktur organisasi mengikut fungsi dan struktur organisasi mengikut produk. 1.7 Sistem Penggajian bagi Sesebuah Organisasi 1. Bentuk gaji dan faedah yang disediakan oleh majikan kepada pekerja ialah: Gaji Faedah • Gaji asas • Upah • Elaun (elaun kerja lebih masa dan elaun pengangkutan) • Caruman KWSP • Caruman PERKESO • Komisen • Pinjaman kewangan • Bonus tunai • Biasiswa pendidikan • Insurans berkelompok • Kemudahan perubatan • Kemudahan cuti • Tempat penjagaan anak-anak • Kemudahan keselamatan • Kemudahan penginapan 2. Faktor penentu sistem penggajian ialah: Faktor Penentu Keterangan Kemampuan organisasi • Organisasi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh akan memberi lebih banyak ganjaran kepada pekerja. Bentuk dan jenis tugas • Pekerja yang menjalankan tanggungjawab yang besar akan diberi ganjaran yang lebih tinggi. Undang-undang dan peraturan kerajaan • Pihak kerajaan berkuasa menentukan kadar ganjaran minimum yang perlu diberikan oleh sesebuah organisasi. Ganjaran yang dibayar oleh pesaing • Bagi mengelakkan pekerja daripada berhenti atau berpindah, majikan akan memberikan ganjaran yang setara atau lebih tinggi berbanding dengan ganjaran yang diberikan oleh pesaing dalam industri yang sama. Permintaan dan penawaran buruh • Permintaan dan penawaran buruh akan menentukan kadar upah di pasaran. Faktor lokasi • Kawasan yang berbeza menyebabkan kos sara hidup yang berbeza seperti di bandar kos sara hidup adalah lebih tinggi berbanding di luar bandar.
17TIP SOS KERTAS 1 Pilih jawapan yang paling tepat. 1. Mengapakah pengurusan sumber fizikal penting? A Memastikan sumber fizikal berharga B Memastikan sumber fizikal boleh dijual semula C Memastikan sumber fizikal tidak membebankan pekerja D Memastikan sumber fizikal dalam keadaan yang selamat 2. Berikut merupakan sumber fizikal kecuali A Stok C Bangunan B Jalan raya D Bahan mentah 3. Maklumat berikut berkaitan dengan suatu sumber fizikal dalam sesebuah organisasi. • Lokasi yang mengurangkan kos • Lokasi yang berdekatan sumber bahan mentah • Lokasi yang berdekatan dengan pelanggan Apakah sumber fizikal tersebut? A Bahan mentah B Kilang dan mesin C Bangunan dan kemudahan D Peralatan teknologi dan komunikasi 4. Sumber fizikal yang manakah berkaitan dengan sebuah pusat salon? A Produk siap B Bahan mentah C Kilang dan mesin D Bangunan dan kemudahan 5. Pernyataan berikut berkaitan dengan tujuan pengurusan suatu sumber fizikal dalam sesebuah organisasi. Menyediakan sokongan mantap kepada perniagaan dengan memastikan bangunan dan kelengkapan berada dalam keadaan yang sempurna dan baik. Apakah sumber fizikal yang berkaitan dengan pernyataan tersebut? B.Teks Ms 43 B.Teks Ms 43 B.Teks Ms 44 B.Teks Ms 44 B.Teks Ms 44 A Kilang dan mesin B Bangunan dan kemudahan C Bangunan dan kelengkapan D Penyelenggaraan dan pembaikan 6. Pengurusan kilang dan mesin yang cekap dan berkesan dapat A Memastikan operasi pengeluaran yang berkesan B Meningkatkan nilai fizikal aset bagi pelaburan bangunan C Memastikan bangunan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan D Memastikan bangunan sentiasa berada dalam keadaan yang cantik 7. Pernyataan yang manakah benar tentang pengurusan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)? A Meningkatkan keupayaan daya saing pihak pesaing B Menghantar dan menerima maklumat dengan pantas C Mengurangkan penggunaan sumber manusia yang rendah D Memudahkan proses penukaran maklumat kepada data mentah 8. Mengapakah sumber fizikal peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perlu diuruskan dengan baik? A Menjaga perniagaan daripada persaingan pihak lain B Memastikan kualiti produk berada dalam keadaan baik C Dapat mempercepat dan memudahkan urusan perniagaan D Mengelakkan berlaku sebarang kesilapan semasa operasi perniagaan 9. Sumber fizikal yang manakah berkaitan dengan sebuah kilang kasut? A Stok B Lesen perisian C Penyelenggaraan D Pengalaman pekerja B.Teks Ms 44 B.Teks Ms 44 B.Teks Ms 44 B.Teks Ms 45 Soalan 8: (i) Memahami kepentingan sumber fizikal perlu diuruskan dengan baik.
18TIP SOS 10. Maklumat berikut berkaitan dengan tujuan pengurusan sumber fizikal dalam sesebuah organisasi. Satu aktiviti penerimaan, penyimpanan, pengendalian serta pembekalan bahan mentah, produk separa siap dan produk siap bagi memastikan bekalan tersebut sentiasa mencukupi serta disimpan dalam keadaan yang baik. Apakah sumber fizikal tersebut? A Stok B Perkakasan C Produk siap D Produk separa siap 11. Maklumat berikut berkaitan dengan sumber fizikal dalam sesebuah perniagaan. • Pemprosesan pesanan • Kawalan inventori • Pergudangan • Pengawalan kualiti Apakah sumber fizikal tersebut? A Stok B Produk siap C Bahan mentah D Produk separa siap 12. Berikut ialah risiko perniagaan yang boleh diinsuranskan kecuali A Kecurian B Kematian C Pecah amanah D Penurunan harga produk 13. Rajah di bawah berkaitan dengan prosedur mengurus sumber fizikal. X Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang Prosedur mengurus sumber fizikal Aktiviti yang manakah berkaitan dengan X? B.Teks Ms 45 B.Teks Ms 45 B.Teks Ms 46 B.Teks Ms 46 – 47 A Menyediakan kemudahan kamera litar tertutup B Mengambil insurans yang sesuai C Mewujudkan pusat pengawal keselamatan D Menyediakan jadual pemeriksaan berkala 14. Berikut merupakan prosedur mengurus sumber fizikal kecuali I Paten II Hak cipta terpelihara III Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang IV Perlindungan insurans dan keselamatan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 15. Berikut merupakan kriteria yang diambil kira oleh syarikat insurans untuk melindungi perniagaan kecuali A Jangka hayat aset B Jenis sumber fizikal C Jumlah perlindungan D Pemilikan sumber aset lain 16. Berikut ialah perkara yang dianggap sebagai harta intelek dalam perniagaan kecuali A Video B Lukisan C Reka bentuk D Pengaturcara 17. Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan di sesebuah perniagaan. KBAT Mengaplikasi • Penyediaan jadual pemeriksaan berkala • Kerja-kerja baik pulih mesin yang rosak • Penyusunan perkakasan yang sistematik Bagaimanakah aktiviti di atas dapat membantu operasi pengeluaran organisasi tersebut? A Melindungi keselamatan pekerja B Mengelakkan pembaziran tenaga kerja C Melindungi perniagaan daripada risiko D Menjamin pengeluaran dan kelangsungan perniagaan B.Teks Ms 46 – 47 B.Teks Ms 46 – 47 B.Teks Ms 49 B.Teks Ms 47 Soalan 14: (i) Memahami prosedur mengurus sumber fizikal. (ii) Pilihan jawapan I merupakan salah satu jawapan yang tepat.
19TIP SOS 18. Antara berikut, yang manakah merupakan sumber teknologi yang diperlukan dalam sesebuah perniagaan? I Hak cipta terpelihara II Lesen perisian III Harta intelek IV Pendidikan dan pengalaman A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 19. Sumber teknologi yang manakah berkaitan dengan sesebuah perniagaan? A Latihan dan pembangunan B Kemahiran dan kepakaran C Kemahiran dan pengalaman D Kemahiran dan pengetahuan 20. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan sebuah agensi kerajaan. Pihak penguatkuasaan undang-undang hak cipta di Malaysia. Apakah agensi kerajaan tersebut? A SIRIM B MDec C MyIPO D KPDNHEP 21. Apakah maksud harta intelek seperti yang dinyatakan oleh MyIPO? A Hasil kreativiti atau ciptaan daya intelektual seseorang B Hak eksklusif kepada pihak lain untuk mengawal penggunaan karya mereka untuk tempoh masa tertentu C Hasil ciptaan atau rekaan yang berasal daripada pembangunan dan penyelidikan sesebuah organisasi D Hak eksklusif untuk sesuatu reka cipta sama ada berupa satu produk atau satu proses untuk menghasilkan sesuatu yang baharu 22. Les’ Copaque Production Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat penerbitan yang mendapat dalam menerbitkan filem animasi “Upin dan Ipin” di Malaysia. KBAT Mengaplikasi B.Teks Ms 48 B.Teks Ms 48 B.Teks Ms 51 B.Teks Ms 49 B.Teks Ms 51 A Paten B Lesen C Hak cipta D Harta intelek 23. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan lesen perisian? A Tujuan untuk melindungi hasil ciptaan B Memerlukan daya intelektual individu C Perjanjian bertulis antara pemilik dan pihak ketiga D Kemahiran pekerja adalah sebahagian daripada lesen perisian 24. Olive Sdn Bhd ingin mengemukakan permohonan paten untuk produk baharu yang dicipta. Agensi kerajaan yang manakah harus dirujuk oleh syarikat tersebut? KBAT Mengaplikasi A Perbadanan Harta Intelek Malaysia B Perbadanan Hak Cipta dan Paten Malaysia C Perbadanan Reka Cipta Harta Intelek Malaysia D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 25. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan prosedur mengurus sumber teknologi perniagaan? I Paten II Hak cipta terpelihara III Perlindungan insurans IV Penyelenggaraan berkala A I dan II B I dan IV C II dan III D II dan IV 26. Antara berikut, yang manakah merupakan karya yang layak mendapat perlindungan di bawah Akta Hak Cipta 1987? I Karya muzik II Karya seni III Karya cetakan IV Karya lagu asli A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV B.Teks Ms 49 B.Teks Ms 50 B.Teks Ms 50 – 51 B.Teks Ms 51 Soalan 24: (i) Memahami agensi yang terlibat dalam permohonan paten bagi produk baharu di Malaysia. (ii) Kata kunci ialah permohonan paten.
33TIP SOS KERTAS 2 Bahagian A Arahan: Jawab semua soalan. 1. Terangkan sumber pembiayaan yang berikut: (a) Modal daripada keuntungan [3 markah] (b) Jaminan modal [3 markah] (c) Pemfaktoran [4 markah] 2. Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Encik Qasim. Encik Qasim berhasrat untuk mengembangkan perniagaannya dengan membuka cawangan baharu di Kajang, Selangor. Namun, beliau menghadapi masalah kekurangan modal perniagaan. Encik Qasim bercadang untuk mengumpulkan modal dengan kaedah rizab. (a) Huraikan jenis pembiayaan tersebut. [6 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Encik Clement. Encik Clement melakukan pekerjaan sebagai pemandu teksi bermeter di bawah syarikat XYZ. Kereta yang digunakan oleh beliau adalah di bawah pendaftaran syarikat konsesi XYZ. Justeru itu, Encik Clement perlu membayar kadar harian setiap hari sebanyak RM110.00 bagi memperolehi lesen perkhidmatan teksi di Lembah Klang. Akibat PKPB yang lalu, beliau menghadapi masalah kewangan untuk membayar kadar harian kerana tidak boleh menawarkan perkhidmatan teksi kepada pelanggan. Jelaskan jenis pembiayaan yang sesuai digunakan oleh Encik Clement jika menghadapi masalah kekurangan wang untuk membayar hutangnya. KBAT Mengaplikasi [4 markah] B.Teks Ms 70 – 71 B.Teks Ms 70 – 71 Soalan 1(c): (i) Memahami sumber pembiayaan daripada pemfaktoran. (ii) Memberikan tiga poin tentang pemfaktoran dengan huraian yang ringkas.
34TIP SOS 3. (a) Nyatakan prosedur yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan sumber pembiayaan daripada MARA. [5 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan perniagaan. Syarikat Percetakan Global menghadapi masalah kekurangan tiga buah mesin yang bernilai RM75 000 untuk menyiapkan cetakan majalah dengan segera. Pihak syarikat mempertimbangkan untuk membeli mesin tersebut secara tunai atau memajak daripada syarikat pemajak. Apakah jenis pembiayaan yang sesuai dipilih oleh syarikat tersebut? Berikan alasan anda berdasarkan kelebihan jenis pembiayaan yang dipilih. KBAT Menganalisis [5 markah] 4. Petikan di bawah berkaitan dengan info geran keusahawanan oleh pihak kerajaan. Dalam Belanjawan 2020, pihak kerajaan akan menyediakan geran sebanyak RM445 juta diberikan dari segi akses kepada pembiayaan, penyediaan premis perniagaan dan latihan keusahawanan Bumiputera. Menteri Kewangan menyatakan ia termasuk RM150 juta untuk semua program pembangunan dan peningkatan kemahiran keusahawanan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Kedua, RM75 juta bagi membina kapasiti PKS Bumiputera oleh SMECorp yang merangkumi program untuk meningkatkan pemasaran, pembungkusan dan celik kewangan. Ketiga, RM170 juta untuk akses pembiayaan melalui TEKUN Nasional, SME Bank dan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB). Keempat, RM50 juta untuk program keusahawanan di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/belanjawan-2020-geran-rm445-juta-untukusahawan-bumiputera-219809 B.Teks Ms 71 & 82 KLON SPM KLON SPM B.Teks Ms 77 Soalan 3(a): (i) Memahami prosedur untuk mendapatkan sumber pembiayaan perniagaan oleh MARA. (ii) Berikan lima prosedur permohonan pembiayaan MARA dengan mengikut turutan.
35TIP SOS (a) Mengapakah kebanyakan usahawan Bumiputera masih mengutamakan sumber pembiayaan dalaman berbanding sumber pembiayaan luaran? Berikan pendapat anda. KBAT Menganalisis [6 markah] (b) Apakah dua kelemahan jenis pembiayaan yang disediakan oleh agensi kerajaan? [4 markah] 5. Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Syarikat MegaAngkasa Sdn Bhd. Syarikat MegaAngkasa Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menjual barangan elektrik dan elektronik. Syarikat MegaAngkasa Sdn Bhd biasanya memberikan kemudahan kredit selama tiga bulan kepada penghutangnya. Kebelakangan ini, Syarikat MegaAngkasa Sdn Bhd menghadapi kekurangan tunai dan bercadang untuk menjual invois hutangnya kepada pihak bank. (a) Terangkan kemudahan pembiayaan di atas. KBAT Menganalisis [5 markah] (b) Jelaskan prosedur yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan sumber pembiayaan daripada bank. [5 markah] B.Teks Ms 71 – 79 Soalan 4(b): (i) Memahami kelemahan jenis pembiayaan yang disediakan oleh agensi kerajaan. (ii) Huraikan dua kelemahan tersebut dengan contoh yang bersesuaian.
36TIP SOS Bahagian B Arahan: Jawab semua soalan. 1. Berikut merupakan dialog berkaitan dengan sumber pembiayaan yang diperlukan bagi sebuah perniagaan. Lailatul Insyirah : Jualan perabot kilang saya semakin merosot. Risau betul dibuatnya. Saya rasa perabot yang dihasilkan di kilang saya perlu diperbaiki mengikut trend hari ini. Makid : Betul. Kalau awak tidak buat perubahan pada perabot awak, saya khuatir perniagaan awak akan mengalami kerugian yang besar. Lailatul Insyirah : Boleh jika mahu buat perubahan tetapi saya kekurangan wang. Perubahan tersebut memerlukan sejumlah wang yang banyak. Di manalah saya nak cari wang itu? Malahan, simpanan sendiri pun tidak mampu untuk menampung kos. Makid : Perkara itu awak jangan risau. Awak hanya perlu buat rancangan perniagaan dan kemukakan pada agensi atau institusi kewangan yang sesuai. (a) Jelaskan sumber pembiayaan yang boleh digunakan oleh Lailatul Insyirah. KBAT Mengaplikasi [2 markah] (b) Cadangkan agensi kerajaan yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Lailatul Insyirah. [4 markah] (c) Terangkan kekuatan dan kelemahan sumber pembiayaan yang dipilih. [6 markah] (d) Lailatul Insyirah perlu mendapatkan khidmat nasihat kewangan setelah menyediakan rancangan perniagaan. Mengapa? KBAT Menganalisis [3 markah] Soalan 1(a): (i) Memahami jenis-jenis sumber pembiayaan perniagaan pada halaman 70-71. (ii) Kemukakan jenis pembiayaan luaran iaitu bank dan institusi kewangan atau agensi kerajaan dengan contoh yang bersesuaian.
45TIP SOS KERTAS 2 Bahagian A Arahan: Jawab semua soalan. 1. (a) Jelaskan tiga komponen utama dalam kunci kira-kira bagi sesebuah perniagaan. [3 markah] (b) Huraikan empat kegunaan kunci kira-kira dalam membantu perniagaan. [7 markah] 2. (a) Terangkan kepentingan Titik Pulang Modal (TPM) kepada usahawan dan perniagaan. [2 markah] (b) Cadangkan empat tindakan susulan yang boleh diambil oleh usahawan sekiranya mengeluarkan output di sebelah kiri TPM. KBAT Mengaplikasi [8 markah] 3. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nisbah-nisbah kewangan bagi Syarikat Kasih Sayang Enterprise dan Kasih Mesra Enterprise bagi tahun berakhir 31 Disember 2021. Nisbah Asas Syarikat Kasih Sayang Enterprise Syarikat Kasih Mesra Enterprise Peratusan Untung Tokokan 37.23% 36.36% Peratusan Margin Untung Kasar 27.13% 37.23% Peratusan Margin Untung Bersih 29.84% 16.8% Peratusan Pulangan atas Modal 28.1% 25.71% Nisbah Semasa 4.16 : 1 4.89 : 1 B.Teks Ms 99 B.Teks Ms 110 B.Teks Ms 111 – 113 Soalan 2(a): (i) Memahami kepentingan TPM kepada perniagaan. (ii) Antara kepentingannya adalah menentukan jumlah output (unit) dan nilai (RM) yang perlu dicapai oleh usahawan sebagai titik kelangsungan perniagaan.
46TIP SOS (a) Pada pendapat anda, syarikat yang manakah menunjukkan prestasi yang lebih baik dari aspek kedudukan kecairan? Berikan alasan anda. KBAT Menganalisis [4 markah] (b) Nyatakan nisbah yang digunakan untuk menentukan pelaburan syarikat. Sekiranya anda merupakan seorang pelabur, syarikat yang manakah anda akan pihak untuk melabur? Terangkan alasan anda. KBAT Menilai [6 markah] 4. Cempaka Sari Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menjual produk D’Hati. Maklumat berikut merupakan ringkasan penyata pendapatan Cempaka Sari Sdn Bhd. Butiran RM Untung 100 000 Kos tetap 100 000 Margin caruman 200 000 Kos berubah 300 000 Hasil jualan (RM5 seunit) 500 000 (a) Hitungkan kos berubah seunit bagi produk D’Hati. [2 markah] (b) Hitungkan Titik Pulang Modal (TPM) dalam seunit bagi produk D’Hati. [2 markah] (c) Hitungkan TPM dalam unit bagi produk D’Hati jika kos tetap bertambah sebanyak RM50 000. [2 markah] B.Teks Ms 107 & 110 Soalan 4(b): (i) Memahami pengiraan Titik Pulang Modal (TPM). (ii) Menggunakan formula Titik Pulang Modal (TPM) unit = kos tetap / (harga − kos berubah seunit) (iii) Tunjukkan jalan penyelesaian dengan menggunakan nota: caruman seunit = harga − kos berubah seunit.
47TIP SOS (d) Hitungkan TPM dalam unit bagi produk D’Hati jika kos berubah berkurangan sebanyak 10%. [2 markah] (e) Cempaka Sari Sdn Bhd ingin memperoleh keuntungan sebanyak RM80 000. Berapakah kuantiti produk D’Hati yang perlu dijual dengan andaian kos tetap, kos berubah seunit dan harga jualan seunit tidak berubah atau malar? [2 markah] 5. Maklumat berikut diperoleh daripada dua buah kedai runcit iaitu Kedai Runcit Asmara Dana dan Kedai Runcit Asmara Kalbu pada 31 Disember 2021. Kedai Runcit Asmara Dana Kedai Runcit Asmara Kalbu Jualan RM50 000 Kos jualan RM32 000 Hasil operasi RM 5 000 Belanja operasi RM 8 000 Modal awal RM65 000 Peratusan margin untung bersih 25% (a) Hitungkan nisbah-nisbah yang berikut bagi Kedai Runcit Asmara Dana: (i) Peratusan untung tokokan [2 markah] (ii) Peratusan margin untung kasar [2 markah] (iii) Peratusan margin untung bersih [2 markah] B.Teks Ms 111 – 112 Soalan 5(a)(iii): (i) Memahami pengiraan peratusan margin untung bersih. (ii) Menggunakan formula peratusan margin untung bersih = untung bersih / jualan × 100 (iii) Tunjukkan jalan penyelesaian dengan menggunakan nota: untung bersih = untung kasar + hasil operasi − belanja operasi
59TIP SOS Bahagian B Arahan: Jawab semua soalan. 1. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri keperibadian seorang usahawan. Pada tahun 2012, Kamarul Karim dan Fadilla Karim telah menubuhkan ZAWARA sebagai pusat fesyen dalam talian. Hasilnya, ZAWARA telah berkembang dan mampu membuka sehingga 20 butik di Malaysia. Pada tahun 2015, ZAWARA menjadi pilihan laman membeli-belah dalam talian yang kelima berdasarkan carian Google Malaysia serta menjadi contoh success story oleh pihak HQ Facebook di California, Amerika Syarikat. Perniagaan fesyen khususnya fesyen Muslimah adalah sangat menarik untuk dijalankan kerana ia mampu memberi pulangan yang lumayan. Walaupun begitu, setiap perniagaan pasti ada pasang surutnya yang tidak boleh lari daripada cabaran dan masalah. Perniagaan industri fesyen sama sahaja seperti industri lain iaitu kejayaan tidak akan kekal. Bak kata Heidi Klum, “one day you are in and the next day you are out”. Oleh itu, perniagaan industri fesyen perlu berusaha keras untuk memastikan kejayaan berterusan. Faktor kejayaan utama perniagaan fesyen antarabangsa seperti “Top Shop”, “Louis Vuitton” dan lain-lain adalah melalui proses pengurusan syarikat serta kepakaran dalam kewangan. Pereka fesyen antarabangsa seperti Marc Jacobs, La Perla dan Alexander Mc Queen, mereka semua telah bankrap dan nama mereka dibeli oleh syarikat korporat besar sebagai jenama fesyen yang tidak dimiliki lagi oleh pereka-pereka fesyen tersebut. Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada https://www.thevocket.com/ceo-zawara-cabaran-industrifesyen/ (a) Kenal pasti ciri keperibadian usahawan di atas. [2 markah] (b) Jelaskan ciri keperibadian usahawan di 1(a). KBAT Menganalisis [9 markah] (c) Huraikan kelebihan menjadi usahawan kepada negara. [4 markah] B.Teks Ms 135 – 141 Soalan 1(c): (i) Memahami beberapa kelebihan menjadi usahawan kepada negara pada halaman 141. (ii) Antara kelebihan adalah dapat memperkenalkan produk tempatan ke luar negara.
60TIP SOS 2. Maklumat berikut berkaitan dengan bantuan profesional dan strategi pemasaran perniagaan. ARKIB : 14/12/2009 14/12/2009 11:11am LANGKAWI (14 Dis). - Seorang pengusaha sekolah memandu, Mohd Fadzil Salleh, 54, dipilih sebagai tokoh usahawan peringkat kebangsaan anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara). Mohd Fadzil yang berasal dari Perlis menerima sijil, trofi serta wang tunai RM10 000 yang disampaikan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malik. Pengusaha itu berkata, beliau telah memulakan perniagaannya sekitar 1980-an dengan bermodalkan dana pinjaman daripada MARA sebanyak RM500. Mohd Fadzil berkata, berkat kesabarannya juga, beliau berjaya menubuhkan Institut Memandu IKMP (Perlis) Sdn Bhd yang kini mempunyai 29 cawangan serta lebih 200 tenaga kerja. - Bernama Pengusaha sekolah memandu dipilih tokoh usahawan 10 (a) Jelaskan golongan sasaran pasaran bagi perniagaan Mohd Fadzil. KBAT Menganalisis [4 markah] (b) Kenal pasti tiga agensi kerajaan dan tiga badan berkanun yang boleh memberikan bantuan kewangan kepada Mohd Fadzil. KBAT Mengaplikasi [9 markah] (c) Berikan dua agensi yang boleh memberikan bantuan khidmat nasihat dan perundingan kepada Mohd Fadzil. [2 markah] B.Teks Ms 146 – 147 Soalan 2(a): (i) Memahami golongan pemasaran bagi perniagaan Encik Mohd Fadzil. (ii) Berikan empat poin golongan sasaran dengan justifikasi yang bersesuaian pada kes yang diberikan.
61TIP SOS Bahagian C (Soalan Kajian Kes) 1. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri keperibadian dan campuran pemasaran dalam perniagaan. Seorang wanita yang merupakan anak kelahiran Klang, Selangor berjaya membuktikan bahawa golongan wanita mampu berdiri sama dengan golongan lelaki jika mempunyai keazaman dan kesungguhan luar biasa. Bagi Samidah Salim, 55 tahun, beliau menceburi bidang perniagaan sejak lebih 20 tahun lalu dengan mengusahakan butik pakaian dan beberapa bidang perniagaan lain sebelum menceburi bidang katering. “Berkat minat dan keazaman, saya tekad terus melangkah dalam mengusahakan Mazmida Katering. Cabaran pasti ada dalam apa juga bidang, namun saya tidak berasa tertekan malah gembira dengan apa yang saya lakukan,” kata Samidah. Atas permintaan pelanggan yang menginginkan majlis dalam taman selain berazam untuk mencetuskan satu kelainan di sekitar daerah Klang, Samidah mula berusaha mencari lokasi strategik demi merealisasikan impian itu. Tambahnya lagi, “saya sekeluarga berusaha mencari kawasan lapang untuk dibangunkan menjadi Laman Mazmida yang dilengkapi khemah dengan berkonsepkan taman”. Bagi memudahkan pelanggan, Laman Mazmida dilengkapi keperluan untuk semua majlis atau acara. Kebanyakan pelanggan yang menyewa laman ini adalah untuk mengadakan majlis perkahwinan, jamuan makan dan kesyukuran. Samidah berkata, “kami menerima tempahan tetamu sekurangkurangnya 100 orang dalam satu majlis.” Menurutnya lagi, pihaknya akan melakukan perbincangan rapi dengan setiap pelanggan terlebih dahulu bagi memastikan sebarang masalah tidak berlaku ketika majlis berlangsung. Tempahan perlu dibuat awal setahun sebelum majlis berlangsung bagi mengelakkan sebarang kesulitan seperti masalah perebutan tarikh khususnya pada musim cuti sekolah. Tekad untuk melebarkan sayap perniagaannya, Samidah sekeluarga kini dalam perancangan membuka dewan yang dinamakan Dewan Mazmida yang menggunakan konsep kristal. Mereka berhasrat untuk membuka sewaan dewan dengan harga berpatutan yang dihiasi indah berkonsepkan kristal bagi pelanggan yang ingin mengadakan sebarang majlis. Menurut Samidah, penubuhan dewan itu adalah disebabkan faktor kekurangan dewan dan lokasi yang boleh disewa oleh penduduk di sekitar daerah Klang. Malahan, bufet Ramadan di Laman Mazmida turut ditawarkan dengan lebih 30 pilihan makanan dengan harga berpatutan. Harganya adalah RM35 seorang bagi dewasa manakala RM25 bagi kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun dan warga emas. Samidah berkata, “perniagaan yang bertahan dalam tempoh lebih 20 tahun bukanlah sesuatu yang mudah dan saya berpuas hati dan gembira dengan apa yang dikecapi kini. Bagi saya mudah sahaja, selain kesungguhan dan disiplin diri, saya sentiasa mengamalkan rasa gembira ketika bekerja kerana ia mampu menaikkan semangat serta mewujudkan sikap positif dalam diri. Berkenaan soal penyediaan hidangan, saya sendiri memberi tunjuk ajar kepada anak dan pekerja bagi memastikan resipi asal itu tidak berubah.” Sumber: Diubahsuai daripada https://www.hmetro.com.my/m/2017/06/238022/pengalaman-bisnes10-tahun Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut: (a) Terangkan kekuatan diri yang perlu ada pada Puan Samidah Salim jika dia ingin menjadikan berniaga sebagai suatu kerjaya. [10 markah] (b) Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh Puan Samidah Salim dari aspek campuran pemasaran supaya berjaya sebagai usahawan katering. KBAT Mengaplikasi [10 markah] B.Teks Ms 140 – 146 Soalan 1(b): (i) Memahami beberapa elemen dalam campuran pemasaran yang perlu diambil oleh Puan Samidah Salim. (ii) Huraikan setiap elemen campuran pemasaran (harga, produk, promosi dan agihan) dengan contoh yang sesuai.
88 Pentaksiran Tingkatan 5 Masa: 1 jam 15 minit Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. KERTAS 1 1. Rajah di bawah berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia dalam perniagaan. P Amalan kerja yang beretika, berintegriti dan mementingkan kecemerlangan. Penerapan budaya kerja seperti Kaizen, 5S dan Zero Defect. Apakah P? A Memantapkan budaya profesional B Menggalakkan kreativiti dan inovasi C Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran D Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni 2. Antara berikut, aspek yang manakah mampu meningkatkan kecekapan pekerja? I Mengagihkan tugas mengikut kebolehan II Menyediakan penginapan bagi pekerja III Menjalankan program motivasi IV Mewujudkan hubungan yang harmoni A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 3. Maklumat di bawah berkaitan dengan aspek dalam pengelolaan sumber manusia. Encik Subramanian telah ditawarkan jawatan sebagai tukang masak di sebuah hotel terkenal di Perlis. Beliau mempunyai pengalaman selama empat tahun dalam bidang masakan dan mempunyai diploma bidang kulinari dari universiti tempatan. Apakah aspek pengelolaan tersebut? A Sistem penggajian B Penyelesaian masalah C Penempatan pekerja dan fasiliti D Standard prosedur operasi tugas 4. Maklumat berikut menunjukkan kemahiran kebolehkerjaan Johan dan Johari. • Johan – Lepasan universiti • Johari – Menjadi tukang pemasangan perabot selama 15 tahun Apakah kelebihan Johari berbanding Johan jika mereka memohon jawatan sebagai penyelia di sebuah kilang pemasangan perabot sofa? A Kelayakan dalam bidang tertentu B Berpengalaman dalam industri tertentu C Berpengalaman dan berpengetahuan luas D Berpengalaman dan berkemahiran tentang produk 5. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan peranan membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran dalam pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan? A Teknik merekrut dan proses pemilihan pekerja B Program latihan pembangunan yang berterusan C Amalan kerja yang beretika, berintegriti dan mementingkan kecemerlangan D Mewujudkan kerjasama melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan kemahiran 6. Maklumat di bawah berkaitan dengan sistem penggajian. Misbun, Kalathan dan Tan Kok Leong bekerja di sebuah syarikat pengeluaran makanan sejuk beku di Johor. Misbun bekerja sebagai jurujual syarikat dan dibayar mengikut jumlah jualan yang dilakukannya. Kalathan pula dibayar sebanyak RM50.00 sehari setiap kali hadir bekerja manakala Tan Kok Leong pula dibayar sebanyak RM2 500 secara tetap.
104 BAB 1 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Kertas 1 1 D 2 D 3 C 4 C 5 C 6 A 7 D 8 D 9 C 10 D 11 C 12 D 13 C 14 B 15 B 16 B 17 A 18 B 19 D 20 B 21 D 22 C 23 B 24 B 25 D 26 C 27 C 28 D 29 B 30 A Kertas 2 Bahagian A 1. (a) Pengurusan sumber manusia ialah satu usaha pembangunan dan pelaksanaan sistem dalam organisasi [1m] bertujuan untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi. [1m] (b) (i) Sumber manusia sentiasa mencukupi [1m] (ii) Sumber manusia diberikan latihan yang cukup dan terkini [1m] (iii) Pengagihan sumber manusia secara berkesan [1m] (iv) Kebajikan pekerja sentiasa dijaga [1m] (v) Prestasi sumber manusia sentiasa dipantau [1m] (c) Prestasi pasukan atau jabatan [1m] • Prestasi pasukan akan mempengaruhi produktiviti, kuantiti dan kualiti pengeluaran sesuatu perniagaan. [1m] • Prestasi dan motivasi pasukan boleh dipertingkatkan melalui latihan dan kursus secara intensif. [1m] 2. (a) (i) Pecah amanah dan tanggungjawab [1m] (ii) Rasuah dan korupsi [1m] (iii) Salah guna aset syarikat [1m] (iv) Tidak beretika dan integriti [1m] (v) Ingkar arahan tanpa sebab yang kukuh [1m] (b) (i) Tujuan hukuman sebagai peringatan dan pengajaran supaya pekerja lebih berdisiplin dan dapat meningkatkan prestasi kerja. [1m] (ii) Sistem pemberhentian pekerja yang sistematik dapat mengurangkan pembaziran sumber. [1m] (iii) Bertujuan mewujudkan suasana harmoni antara majikan dengan pekerja. [1m] [Pilih mana-mana dua jawapan di atas] (c) (i) SOP merupakan dokumen arahan bertulis untuk mencapai keseragaman pelaksanaan tugas dan fungsi-fungsi tertentu. [1m] (ii) Meliputi peraturan, pelan, pematuhan dan dasar untuk memastikan tugas dilaksanakan mengikut piawaian yang disasarkan. [1m] (iii) SOP bertujuan untuk meminimumkan risiko dan memelihara keselamatan semua pekerja. Contohnya, pegawai bomba dan penyelamat perlu memakai baju keselamatan ketika bertugas memadamkan kebakaran. [1m] Jawapan 3. (a) Penempatan pekerja dan fasiliti (i) Menempatkan pekerja adalah mengikut aspek kemahiran, kebolehkerjaan, minat kerjaya dan pengalaman pekerja serta keperluan perniagaan. [1m] (ii) Fasiliti yang bersesuaian dapat membantu meningkatkan kecekapan dan prestasi kerja.[1m] (iii) Contohnya, seorang akauntan memerlukan perisian perakaunan yang terkini. [1m] (b) Penyelesaian masalah (i) Perhubungan yang harmoni antara majikan dan pekerja dapat mewujudkan suasana tempat kerja yang sejahtera. [1m] (ii) Pihak pengurusan perlu mengadakan perbincangan dari masa ke semasa bagi menggalakkan komunikasi yang berkesan. [1m] (iii) Contohnya, setiap masalah pekerja boleh dirunding untuk mencari penyelesaian terbaik. [1m] (c) Struktur organisasi (i) Fungsi struktur organisasi adalah untuk memberi penjelasan tentang tanggungjawab, jawatan, jalur hubungan komunikasi dan deskripsi tugas. [1m] (ii) Mengagihkan sumber dengan cekap dan berkesan dalam organisasi mengikut keperluan setiap unit, bahagian atau jabatan dalam organisasi. [1m] (iii) Membolehkan penyelarasan antara fungsi kerana setiap bahagian atau jabatan dalam organisasi mempunyai objektif yang berlainan. [1m] (iv) Mewujudkan rantaian arahan dan komunikasi bagi membolehkan bahagian atau jabatan diwujudkan untuk mengendalikan bidang tugas tertentu. [1m] 4. (a) Kelayakan yang bersesuaian • Seseorang pekerja perlu mempunyai kelayakan akademik mengikut bidang pengkhususan bagi proses pemadanan dengan tugas dan kriteria yang diperlukan oleh majikan. [1m] Berpengalaman • Seseorang pekerja yang berpengalaman akan membolehkan mereka melakukan pekerjaan dengan cekap dan berkesan. Pengalaman boleh diperolehi secara formal dan bukan formal. [1m] Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan • Seseorang pekerja yang dinamik dan kreatif perlu memahami kelebihan dan keunikan produk dan perkhidmatan agar pengguna mendapat manfaat daripada penggunaannya. [1m] Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan atau jabatan • Seseorang pekerja yang mempunyai pengalaman, kreativiti dan potensi boleh menyumbang kepada pencapaian sasaran individu dan pasukan atau jabatan. Pengalaman yang bersesuaian dengan kerja yang ditawarkan akan meningkatkan produktiviti organisasi. [1m] Bab 1