The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Spotlight A+1 Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2023-07-14 06:33:01

Spotlight A+1 Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1

Spotlight A+1 Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1

Keywords: Spotlight A+1 Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1,Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1,RBT Tg 1,RBT Tingkatan 1,KSSM RBT,KSSM RBT Tg 1,KSSM Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1,Tingkatan 1

FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PELAPORAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 1, 2 DAN 3 BIL PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis 2 Jenis Soalan • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif 3 Bilangan Soalan Bahagian A: OAP – 10 soalan Bahagian B: OPB – 10 soalan Bahagian C: Subjektif – 2 soalan 4 Markah Bahagian A: 10 markah Bahagian B: 40 markah Bahagian C: 20 markah Jumlah: 70 markah 5 Tempoh Ujian 1 jam 30 minit 6 Konstruk • Mengingat • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik


Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi 1.1 Dunia Reka Bentuk.....................................................................................................................1 1.2 Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi.................................................................................14 1.3 Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk ..................................................................................18 Cabaran Masteri 1.............................................................................................................................23 Bab 2 Pengurusan Projek 2.1 Pengurusan Projek Reka Bentuk..............................................................................................27 Cabaran Masteri 2.............................................................................................................................39 Bab 3 Proses Reka Bentuk 3.1 Projek Brief................................................................................................................................43 Cabaran Masteri 3.............................................................................................................................56 Bab 4 Lakaran 4.1 Lakaran Piktorial .......................................................................................................................60 Cabaran Masteri 4.............................................................................................................................77 Bab 5 Aplikasi Teknologi 5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi ..................................................................................................83 Cabaran Masteri 5.1........................................................................................................................103 5.2 Reka Bentuk Fesyen...............................................................................................................107 Cabaran Masteri 5.2........................................................................................................................128 Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)....................................................................................132 Jawapan.........................................................................................................................................................................................141 KANDUNGAN


1.1 Dunia Reka Bentuk 1.1.1 Definisi reka bentuk dan teknologi 1. Reka bentuk ialah pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan. 2. Teknologi ialah pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem bagi tujuan memudahkan tugasan manusia. 3. Reka bentuk dan teknologi merupakan gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik yang bertujuan memudahkan kehidupan manusia. 4. Bidang reka bentuk terbahagi kepada dua, iaitu: (a) Reka bentuk konkrit – proses mereka bentuk produk yang dapat dilihat dan dipegang. (b) Reka bentuk abstrak – proses mereka bentuk produk yang dapat dilihat tetapi tidak dapat dipegang. Anjung TIP Teknologi dalam pembuatan produk telah memberi pendapatan tambahan kepada negara kita, Malaysia. Produk konkrit Produk abstrak • Pakaian • Mesin • Pemakanan • Peralatan Teknologi • Masakan • Sulaman • Lukisan • Seramik Seni • Bahasa • Grafik • Pengiklanan • Atur cara Komunikasi • Pengangkutan • Sistem pembelajaran • Sewaaan • Sistem pengairan Perkhidmatan Rajah 1.1 Pecahan bidang reka bentuk dan teknologi Sistem pendidikan di Malaysia telah ditambah baik dengan transformasi Kurikulum Sekolah Menengah yang membawa perubahan dalam kandungan, reka bentuk dan organisasi kurikulum serta penekanan terhadap Kemahiran Abad ke-21. Galeri Info Reka bentuk dan teknologi 1 1 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan 1 Teknologi BAB


F Warna 1. Warna ialah kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang boleh memberi kesan secara langsung kepada mata, emosi dan psikologi orang yang melihat dan menggunakannya. 2. Warna dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu warna primer (asas/utama), warna sekunder dan warna tertier. Biru hijau Biru Merah Kuning Biru ungu Biru Kuning jingga Kuning hijau Kuning Merah Merah jingga Merah ungu Biru Merah Kuning Hijau Jingga Ungu Warna primer Warna sekunder Warna tertier Rajah 1.17 Kumpulan warna (a) Warna primer merupakan warna utama atau warna asas. Warna-warna ini tidak dihasilkan daripada campuran warna-warna lain. (b) Warna sekunder ialah warna yang terhasil daripada campuran dua warna primer, seperti campuran warna merah dan warna biru akan menghasilkan warna ungu. (c) Warna tertier ialah warna yang terhasil daripada campuran satu warna primer dengan satu warna sekunder seperti berikut: (i) Biru + ungu = Biru ungu (ii) Biru + hijau = Biru hijau (iii) Kuning + jingga = Kuning jingga (iv) Kuning + hijau = Kuning hijau (v) Merah + jingga = Merah jingga (vi) Merah + ungu = Merah ungu G Ruang 1. Ruang ialah kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan bagi menampakkan objek dengan lebih jelas. 2. Dua jenis ruang, iaitu ruang nyata (fizikal) dan ruang ilusi (tampak): (a) Ruang nyata – ruang sebenar di antara dua objek yang berhampiran. (b) Ruang ilusi – ruang gambaran yang terhasil apabila dua objek dihasilkan dalam bentuk lukisan. Ruang ilusi positif Ruang ilusi negatif Rajah 1.19 Jenis ruang ilusi 6 1 1 Bab 1: Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi Anjung TIP Warna panas ialah warna yang terang dan jelas. Warna panas dapat menimbulkan suasana ceria, riang dan bersemangat. Warna sejuk ialah warna yang memberi kesan cahaya yang rendah. Warna sejuk dapat menimbulkan kesan redup, tenang, damai dan menyejukkan mata memandang.


1. Rajah di bawah menunjukkan reka bentuk kerusi yang mempunyai kriteria yang baik. Apakah kriteria itu? A Ergonomik B Keaslian reka bentuk C Kecenderungan inovasi D Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran 2. Apakah bidang reka bentuk konkrit di mana produk dapat dilihat dan dipegang? A Sewaan C Mesin B Grafik D Pengiklanan 3. Antara berikut yang manakah elemen reka bentuk? A Saiz, ruang, kesatuan B Tekstur, garisan, keseimbangan, C Bentuk, warna, tekstur D Kontras, pengulangan, harmoni 4. Antara berikut, yang manakah rupa organik? A C B D 5. Apakah yang dimaksudkan dengan harmoni dalam prinsip reka bentuk? A Semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, tema dan idea yang sempurna. B Pengolahan semula idea yang kompleks kepada bentuk visual yang lebih ringkas, jelas dan mudah difahami. C Sesuatu yang dapat memberikan rasa aman, damai dan selesa pada pandangan mata. D Aplikasi pelbagai gaya, nilai dan idea dalam suatu reka bentuk. 6. Objek baharu dihasilkan dengan cara mengerat, menebuk atau mencungkil keluar bahagian bongkah yang tidak diperlukan. Berdasarkan pernyataan di atas, pilih teknik membina bentuk objek tersebut. A Penyatuan B Peleraian C Pembenaman D Pembuangan 7. Antara berikut, yang manakah kumpulan warna sekunder? A Kuning, merah, biru B Kuning, hijau ungu C Jinggga, hijau, ungu D Merah, jingga, biru Soalan Objektif Jawab semua soalan. 1 CABARAN MASTERI 1 1 Bab 1: Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi 23


2.1 Pengurusan Projek Reka Bentuk 2.1.1 Definisi pengurusan projek reka bentuk 1. Pengurusan projek reka bentuk ialah kaedah mengurus sumber seperti kemahiran, teknik dan pengetahuan yang melibatkan proses kerja, iaitu skop kerja, tempoh masa dan kos projek. 2. Skop kerja melibatkan skop produk (kualiti, ciri dan fungsi reka bentuk) dan skop projek (kepimpinan serta pengurusan masa, bahan, maklumat, ruang dan ahli kumpulan). Pengurus projek yang baik akan dapat mengawal sumber yang terhad dengan cekap. 3. Tempoh masa merupakan masa yang ditetapkan untuk menyiapkan projek mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Projek yang dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan menggambarkan pengurusan projek yang baik dan cekap. 4. Kos projek melibatkan peruntukan kewangan yang telah dipersetujui bagi menjayakan projek seperti pembayaran upah, pembelian bahan, sewaan, insurans dan perbelanjaan mengurus projek. Anjung TIP Penjimatan kos projek dapat mengoptimumkan penggunaan sumber yang lain. Secara tidak langsung, hal ini dapat menguntungkan ekonomi negara. Ujian Diagnostik 2.1 1. Nyatakan tiga proses kerja yang terlibat dalam pengurusan projek reka bentuk. 2. Nyatakan tiga ciri skop produk. Rajah 2.1 Aspek-aspek pengurusan projek reka bentuk Mengawal pelaksanaan Menentukan bilangan produk Mengawal sumber yang terhad Merancang aktiviti projek Menyediakan pelan atau lakaran reka bentuk produk Pengurusan projek reka bentuk 27 2 2 2 Pengurusan Projek BAB


1. Kaedah mengurus sumber seperti kemahiran, teknik dan pengetahuan merupakan perkara penting bagi memastikan kejayaan sesuatu projek. Apakah tiga komponen utama pengurusan sumber? A Skop kerja, tempoh masa dan kos projek B Pembahagian tugas, kos bahan dan kos pengeluaran C Skop kerja, kos bahan dan kos projek D Pembahagian tugas, tempoh masa dan kos pengeluaran 2. Rajah di bawah menunjukkan kaedah penjanaan idea. Apakah kaedah penjanaan idea tersebut? A Meniru objek di persekitaran B Menterbalikkan fungsi sesuatu alat C Menukar saiz objek D Menterbalikkan kedudukan 3. Rajah di bawah menunjukkan tiga langkah dalam pengurusan projek. Pengurusan Projek Perancangan X Pengawalan Apakah X ? A Penyusunan B Penjadualan C Penyediaan D Perangkaan 4. Antara berikut, yang manakah cara menyediakan penjadualan dalam pengurusan projek? A Carta alir B Carta organisasi C Blok pengurusan projek D Blok hubungan aktiviti melalui rangkaian 5. Apakah tugas-tugas pengurus projek bersama ahli pasukan projek? I Penentuan utama II Penentuan subutama III Perancangan aktiviti IV Matris organisasi A I, II dan III C I, III dan IV B I, II dan IV D II, III dan IV 6. Rajah di bawah menunjukkan carta organisasi pasukan pengurusan projek di sekolah. Pengurus projek Setiausaha Bendahari P Pembangun mock-up (model) Soalan Objektif Jawab semua soalan. CABARAN MASTERI 2 Bab 2: Pengurusan Projek 39 2 2


3.1 Projek Brief 3.1.1 Definisi projek brief 1. Projek brief ialah proses perbincangan awal antara pihak pengurus projek dengan pelanggan dengan kehadiran pereka bentuk. 2. Pereka bentuk yang hadir akan menterjemahkan idea reka bentuk produk daripada pelanggan kepada bentuk lakaran bebas atau contengan. 3. Perbincangan bertujuan mendapatkan maklumat secara terus daripada pelanggan mengenai produk yang bakal dihasilkan. Ujian Diagnostik 3.1 1. Nyatakan definisi projek brief. 2. Mengapakah projek brief perlu dijalankan sebelum penghasilan sesuatu produk? Galeri Info Perbincangan merupakan proses interaksi dan bersemuka untuk membolehkan pertukaran idea serta menyelesaikan masalah. Perbincangan berfokus terhadap produk yang ingin dihasilkan. Anjung TIP Tajuk projek mestilah mempunyai daya tarikan terhadap produk. Ciri-ciri projek brief Mock-up atau model Lakaran idea Tajuk projek Kriteria produk Analisis kajian Perancangan pengurusan projek Gambaran keseluruhan projek A Tajuk projek 1. Setiap projek mestilah mempunyai tajuk projek yang spesifik. 2. Tajuk projek akan memberi gambaran awal bentuk dan fungsi produk yang akan dihasilkan. Rajah 3.1 Ciri-ciri projek brief 3.1.2 Ciri projek brief 1. Pengurus projek akan menentukan ciri-ciri yang terdapat dalam projek brief. 43 3 3 3 Proses Reka Bentuk BAB


4. Alatan dan bahan untuk cantuman mock-up atau model. (a) Pistol perekat panas: Memerlukan bekalan elektrik untuk berfungsi. Sesuai digunakan untuk mencantumkan bahanbahan seperti plastik, mounting board dan kadbod. Rajah 3.7 Pistol perekat panas (hot glue gun) (b) Perekat kayu: Digunakan untuk mencantum dua atau lebih permukaan kayu atau bahan berunsur kayu. Terdapat beberapa jenis perekat kayu, antaranya ialah urea formaldehyde (UF) dan phenol formaldehyde (PF). (c) Gam paip PVC: Digunakan untuk menyambung mock-up atau model yang menggunakan paip PVC tidak berulir. Bentuk cecair dan terdapat dalam tin pelbagai saiz. Rajah 3.8 Gam paip PVC (d) Benang dan jarum: Digunakan untuk mencantum mock-up yang menggunakan bahan fabrik. Benang juga boleh digunakan untuk menghasilkan corak. (e) Perekat Super glue: Digunakan untuk mencantum pelbagai bahan mock-up seperti plastik, mounting board, fabrik, kadbod dan kayu. Amat popular kerana boleh merekat dengan kuat dan cepat. Rajah 3.9 Perekat Super glue Anjung TIP Gunakan perekat dengan berhati-hati kerana bahan tersebut mengandungi bahan kimia dan mudah melekat pada kulit manusia. Portal Spotlight Portal Spotlight Portal Spotlight Portal Spotlight Layari laman sesawang ini melihat pelbagai jenis mock-up. https://bit.ly/3TLAEGE Bab 3: Proses Reka Bentuk 53 3 3


1. Apakah takrifan projek brief? A Proses menjana idea daripada hasil lawatan dan pemerhatian yang dilakukan. B Proses perbincangan awal antara pihak pengurus projek dengan pelanggan. C Proses mencapai kata sepakat antara pengurus projek dan pereka bentuk. D Proses sumbangsaran antara pengurus projek dengan pengguna. 2. Pernyataan di bawah menerangkan salah satu ciri projek brief. Skop kerja merangkumi skala pengeluaran produk sama ada secara besar-besaran, sederhana atau kecil. Kertas kerja dihasilkan oleh pengurus projek. Pilih ciri projek brief yang sesuai dengan pernyataan di atas. A Kriteria projek B Perancangan dalam pengurusan projek C Gambaran keseluruhan projek D Analisis kajian 3. Apakah maksud tujuan pasaran dalam kriteria pertimbangan utama projek brief? A Reka bentuk atau ciri-ciri produk yang akan dihasilkan. B Reka bentuk produk dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. C Kumpulan sasaran dan saingan bagi produk yang akan dipasarkan. D Modal untuk menghasilkan produk dan keuntungan yang akan diperolehi. 4. Rajah di bawah menunjukkan perubahan suatu reka bentuk produk. Pada pendapat anda, apakah tujuan perubahan pada reka bentuk produk? A Reka bentuk baharu menggunakan tin yang lebih tebal. B Reka bentuk baharu mempunyai kandungan yang lebih sedikit. C Reka bentuk baharu boleh dikitar semula. D Reka bentuk baharu lebih mudah dipegang. 5. Nyatakan takrifan mock-up. A Model olokan yang dibina untuk memberi gambaran awal reka bentuk produk yang akan dihasilkan dari segi ergonomik, rupa bentuk, warna dan saiz. B Model akhir yang dibina untuk memberi gambaran awal reka bentuk produk yang akan dihasilkan dari segi ergonomik, rupa bentuk, warna dan saiz. C Model sebenar yang dibina untuk memberi gambaran awal reka bentuk produk yang akan dihasilkan dari segi ergonomik, rupa bentuk, warna dan saiz. Soalan Objektif Jawab semua soalan. CABARAN MASTERI 3 Bab 3: Proses Reka Bentuk 56 3 3


4.1 Lakaran Piktorial Definisi lakaran 1. Lakaran ialah lukisan awal atau lukisan draf yang dihasilkan dengan menggunakan teknik lakaran bebas (freehand sketching) tanpa bantuan alat melukis seperti pembaris atau jangka lukis. 2. Lakaran dijadikan gambaran awal rupa bentuk sesuatu produk. Lakaran juga menjadi medium komunikasi antara pereka bentuk dan pembuat produk. 3. Alatan asas yang digunakan untuk lakaran ialah pensel (2B dan 4B), arang, pastel kapur, pen penanda dan pen. Lakaran juga boleh dihasilkan secara digital, iaitu dengan menggunakan perisian komputer. 4.1.1 Peranan lakaran dalam reka bentuk 1. Lakaran memainkan peranan penting dalam menentukan konsep proses reka bentuk produk, proses pembinaan, bahan yang akan digunakan dan kos penghasilan produk. 2. Proses menghasilkan lakaran mengambil masa dan perlu dilakukan berulang kali sehingga lakaran yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak dan dipersetujui oleh pelanggan. Lukisan awal (contengan) Perincian konsep asas Perincian visual Lakaran lengkap Rajah 4.1 Proses menghasilkan lakaran 3. Perisian Reka Bentuk Berbantu Komputer (Computer Aided Design) atau ringkasnya CAD dapat menghasilkan lakaran reka bentuk dengan lebih pantas, tepat dan terperinci. 4. Peranan utama lakaran dalam reka bentuk produk: (a) Mempercepat pembangunan konsep (b) Asas komposisi untuk ilustrasi (c) Medium komunikasi pelanggan (d) Eksplorasi visual (e) Menyelesaikan perincian visual Portal Spotlight Portal Spotlight Portal Spotlight Portal Spotlight Kepesatan teknologi telah menghasilkan perisian Reka Bentuk Berbantu Komputer (Computer Aided Design) atau CAD bagi menghasilkan lakaran digital. https://bit.ly/40dzB4D 60 4 4 4 Lakaran BAB


1. Apakah maksud eksplorasi visual dalam lakaran? A Lukisan tangan yang dihasilkan tanpa bantuan alat-alat mekanikal. B Kaedah reka bentuk menggunakan komputer. C Pemerhatian dalam membina lakaran menggunakan idea dalam minda. D Penjelajahan secara pandangan mata. 2. Nyatakan takrifan lakaran. A Lukisan awal atau draf yang dihasilkan dengan teknik lakaran bebas iaitu tanpa bantuan alatan melukis seperti pembaris atau jangka lukis. B Lukisan awal atau draf yang dihasilkan sebagai komunikasi antara pereka bentuk dan pembuat produk. C Lukisan awal atau draf yang dihasilkan dengan teknik lakaran bebas iaitu dengan bantuan alatan melukis seperti pembaris atau jangka lukis. D Lukisan awal atau draf yang dihasilkan dengan teknik lakaran komputer iaitu tanpa bantuan alatan melukis seperti pembaris atau jangka lukis. 3. Antara berikut, pilih peranan utama lakaran dalam reka bentuk produk. I Mempercepatkan pembangunan konsep. II Medium komunikasi dengan pelanggan. III Melakukan eksplorasi fizikal. IV Menyelesaikan perincian visual. A I, II dan III C I, III dan IV B I, II dan IV D II, III dan IV Soalan Objektif Jawab semua soalan. Ujian Diagnostik 4.5 1. Rajah di bawah menunjukkan lakaran idea suatu produk. Lukiskan penambahbaikan yang anda rasa perlu dilakukan pada lakaran tersebut untuk menarik minat pelanggan. KBAT Mencipta CABARAN MASTERI 4 Bab 4: Lakaran 77 4 4


5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi 5.1.1 Definisi sistem fertigasi 1. Sistem fertigasi ialah sistem pengeluaran tanaman yang menggunakan sistem pengairan pembajaan yang rapi. Sistem fertigasi ialah sistem penanaman yang tidak menggunakan tanah. 2. Larutan baja dibekalkan ke akar tanaman dengan menggunakan sistem pengairan secara automatik. 3. Media tanaman seperti coco peat atau sekam padi digunakan bagi menggantikan tanah. 4. Tanaman menggunakan sistem fertigasi perlu didedahkan kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya selama 6 jam bagi proses fotosintesis. 5. Sistem fertigasi adalah inovasi pada teknik pengairan titis (teknik agregat) yang terdapat dalam kaedah hidroponik. Galeri Info Fertigasi ialah gabungan perkataan Inggeris, iaitu fertilisation dan irrigation bermaksud pembajaan dan pengairan. Aliran larutan baja Pam Larutan baja Palung Larutan baja Akar tanaman Takung Hidroponik Sistem fertigasi Teknik pasang surut Aeroponik Teknik aliran dalam Teknik takung Teknik pengairan titis (teknik agregat) Teknik aliran cetek Inovasi Rajah 5.1 A Hidroponik 1. Hidroponik ialah kaedah penanaman tanpa tanah yang menggunakan larutan baja di dalam takungan. 2. (a) Teknik aliran cetek: Larutan baja di dalam takung disalur ke dalam palung yang terdapat akar tanaman dengan menggunakan pam air. Rajah 5.2 Teknik aliran cetek 83 5 5 5 Aplikasi Teknologi BAB


E Langkah-langkah memasang sistem fertigasi 1. Menyediakan lakaran reka bentuk sistem fertigasi: Pemasangan sistem fertigasi perlu merujuk kepada lakaran reka bentuk yang telah disediakan. Siku 90° Tangki nutrien Injap penahan Paip primer Polibeg Tee sama Set penitis Paip poli (paip tertier) Rajah 5.10 Lakaran reka bentuk sistem fertigasi 2. Memotong paip tertier: Paip tertier diukur dan dipotong mengikut ukuran yang telah ditetapkan dalam lakaran reka bentuk yang telah disediakan. Paip tertier Paip tertier Pemotong paip Mengukur dan menanda Memotong dengan pemotong paip (cutter) Rajah 5.11 3. Membuat lubang untuk nipple pada paip tertier: (a) Penebuk lubang digunakan untuk membuat lubang pada paip tertier bagi memasukkan nipple. (b) Jarak antara setiap lubang ialah 30 – 45 cm. (c) Lubang perlu ditebuk selari dan lurus supaya mudah menyambungkan set penitis. (d) Garisan yang terdapat pada paip tertier digunakan sebagai rujukan ketika menebuk untuk mendapatkan lubang yang selari dan lurus. Paip tertier Penebuk lubang Rajah 5.12 Bab 5: Aplikasi Teknologi 93 5 5


1. Nyatakan takrifan sistem fertigasi. A Sistem penanaman tanpa tanah yang menggunakan sistem pengairan pembajaan yang rapi. B Sistem penanaman menggunakan media tanaman dengan sistem pengairan pembajaan yang rapi. C Sistem penanaman menggunakan tanah dengan sistem pengairan pembajaan yang rapi D Sistem penanaman tanpa tanah dengan menggunakan sistem pengairan pembajaan secara manual. 2. Apakah kaedah hidroponik yang diinovasi kepada sistem fertigasi? A Teknik aliran cetek B Teknik aliran ke dalam C Teknik pengairan titis D Teknik pasang surut 3. Rajah di bawah menunjukkan suatu sistem hidroponik. Pilih pernyataan yang berkaitan sistem hidroponik di atas. I Dikenali sebagai teknik takung II Inovasi terbaharu dalam sistem hidroponik III Akar tumbuhan menyerap nutrien dengan lebih cepat IV Dikenali sebagai aeroponik A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 4. Pilih pernyataan yang menerangkan kelebihan sistem fertigasi. I Dikenali sebagai teknik takung II Inovasi terbaharu dalam sistem hidroponik III Akar tumbuhan menyerap nutrien dengan lebih cepat IV Dikenali sebagai aeroponik A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 5. Rajah di bawah menunjukkan kaedah penanaman fertigasi yang menggunakan Struktur pelindung hujan. Soalan Objektif Jawab semua soalan. CABARAN MASTERI 5.1 Bab 5: Aplikasi Teknologi 103 5 5


1. Rajah di bawah menunjukkan alatan yang digunakan dalam penyediaan reka bentuk fesyen. Apakah jenis alatan tersebut? A Alatan mengukur B Alatan mendraf C Alatan memotong D Alatan menjahit 2. Rajah 2 menunjukkan warna baju yang dipakai oleh Syafiqah. Warna biru Apakah pengaruh psikologi warna tersebut kepada Syafiqah? A Nampak berani mencuba sesuatu yang baharu. B Menimbulkan ketenangan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. C Mendorong berfikiran secara rasional dan membuat keputusan yang tepat. D Menarik tenaga bagi menjadikan pemakai lebih kuat dan berkeyakinan. 3. Apakah bahan-bahan yang sesuai digunakan dalam reka bentuk fesyen? I Velkro II Dawai III Manik IV Kadbod A I, II dan III B II, III dan IV C I, III dan IV D I, II dan IV 4. Berikut adalah pengaruh psikologi suatu warna. • Melambangkan kasih sayang dan tumpuan. • Membuatkan pemakai ceria dan kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Apakah warna yang memberi pengaruh psikologi tersebut? A Hijau B Kuning C Merah jambu D Putih 5. Antara berikut, yang manakah alatan untuk menanda dalam reka bentuk fesyen? A C B D Soalan Objektif Jawab semua soalan. CABARAN MASTERI 5.2 Bab 5: Aplikasi Teknologi 128 5 5


PENTAKSIRAN SUMATIF 132 PENTAKSIRAN SUMATIF UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) BAHAGIAN A [10 markah] Jawab semua soalan. 4. Rajah 1 menunjukkan satu teknik pembinaan objek. Rajah 1 Apakah teknik pembinaan objek tersebut? A Peleraian B Pembuangan C Penyatuan D Pembenaman 5. Jadual 1 menunjukkan kos bahan, kos upah dan kos overhed untuk menghasilkan 100 unit bekas alat tulis. Perkara Jumlah (RM) Kos bahan RM750.00 Kos upah RM250.00 Kos overhed RM50.00 Jadual 1 Hitungkan kos modal bagi menghasilkan satu unit bekas alat tulis. A RM7.50 C RM10.50 B RM2.50 D RM10.00 6. Pernyataan yang manakah menerangkan definisi projek brief? A Proses perbincangan antara penjual dan pembeli untuk mendapatkan kesepakatan. B Proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan dengan kehadiran pereka bentuk. C Proses perbincangan awal antara pereka bentuk dan pengurus projek. D Proses perbincangan akhir antara pengeluar dan pengurus projek. 1. Antara pernyataan berikut, yang manakah definisi reka bentuk dan teknologi? A Aplikasi ilmu sains dan teknologi ke dalam produk tertentu. B Penghasilan produk yang dapat memudahkan urusan manusia. C Penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan produk. D Gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik. 2. Pilih penyataan yang sesuai untuk menerangkan definisi inovasi. A Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan dan mesra pengguna. B Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk. C Kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang belum pernah ada. D Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat. 3. Antara berikut, pilih pernyataan yang betul berkenaan dengan kepentingan reka bentuk dan teknologi. I Menyumbang kepada pembangunan sosial, sains dan perniagaan. II Memenuhi kehendak individu dan masyarakat. III Memupuk nilai invensi, inovasi dan kreatif. IV Menyumbang kepada perkembangan teknologi moden. A I, II dan III B II, III dan IV C I, III dan IV D I, II, III dan IV


Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) PENTAKSIRAN SUMATIF 134 BAHAGIAN B [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Berikut adalah elemen reka bentuk. A Ruang B Tekstur C Garisan D Warna Padankan maksud bagi elemen reka bentuk dengan menulis A, B, C dan D dalam petak yang disediakan. Kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang memberi kesan secara langsung kepada mata, emosi dan psikologi orang yang melihat dan memakainya. Teknik yang memberi impak atau kesan terhadap orang yang melihat sesuatu permukaan pada lukisan atau objek. Cantuman atau sambungan siri titik yang mempunyai ukuran panjang dan jarak. Kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan bagi menampakkan objek dengan lebih jelas. [4 markah] 2. Berikut adalah kumpulan warna. A Warna primer B Warna sekunder D Warna tertier Padankan warna bagi kumpulan warna dengan menulis A, B atau C dalam petak yang disediakan. Merah jingga, kuning hijau, merah ungu Jingga, ungu, hijau Merah, kuning, biru Hijau biru, biru ungu, kuning jingga [4 markah]


Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) PENTAKSIRAN SUMATIF 139 BAHAGIAN C [20 markah] Jawab semua soalan. 1. Jadual 1 menunjukkan anggaran kos bagi reka bentuk suatu projek. Nama projek: Beg sandang Bilangan: 100 unit Kos bahan dan alatan RM374.00 Kos upah RM300.70 Kos overhed RM20.30 Jadual 1 Berdasarkan maklumat dalam Jadual 1, jawab soalan yang berikut. (a) Hitungkan kos pengeluaran bagi satu unit beg sandang. Jumlah kos modal = Kos bahan dan alatan + Kos upah + Kos overhed = + + = Kos pengeluaran satu unit = Jumlah kos modal ÷ 100 unit = [2 markah] (b) Hitungkan kos jualan sekiranya keuntungan yang ingin diperoleh ialah 100%. Kos jualan = Kos pengeluaran satu unit + Keuntungan (100% keuntungan) = + = [3 markah] (c) Senaraikan tiga kos overhed yang termasuk dalam kos pengeluaran. [3 markah] (d) Nyatakan dua kaedah untuk menyediakan anggaran kos. [2 markah]


Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi Ujian Diagnostik 1.1 1. Gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik yang bertujuan memudahkan kehidupan manusia. 2. Elemen reka bentuk membolehkan idea pereka bentuk yang dizahirkan dalam bentuk lakaran atau lukisan dapat difahami. 3. Warna primer: Biru Warna sekunder: Ungu, Jingga Warna tertier: Kuning hijau, Biru ungu 4. (i) Kecenderungan inovasi (ii) Kreativiti (iii) Ergonomik (iv) Keaslian reka bentuk (v) Kualiti dan kebolehpasaran [mana-mana tiga] 5. [Lakaran murid yang relevan diterima] Ujian Diagnostik 1.2 1. (i) Memenuhi kehendak individu dan masyarakat. (ii) Menyumbang kepada perkembangan teknologi moden. (iii) Menyediakan peluang kerjaya dan pekerjaan. (iv) Menyumbang kepada pembangunan sosial, sains dan perniagaan. (v) Memudahkan urusan kerja melalui pengubahsuaian tertentu. (vi) Memupuk nilai kreativif, invensi dan inovasi. [mana-mana tiga] 2. Pereka bentuk tidak bebas memilih, tidak kreatif dan tidak menggunakan sumber alam dengan baik. [Jawapan murid yang relevan diterima] 3. Agar produk yang dihasilkan tidak memudaratkan pengguna dan menjejaskan sumber alam. 4. Arkitek/ Pereka bentuk automotif/ Pereka bentuk kejuruteraan/ Pereka bentuk fesyen/ Seni bina landskap/ Pereka bentuk produk/ Pereka bentuk perkhidmatan/ Pereka bentuk industri/ Pereka bentuk alatan pengajaran/ Pereka bentuk grafik/ Pereka bentuk lampu/ Pereka bentuk persembahan makanan [mana-mana lima] Ujian Diagnostik 1.3 1. Kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan baharu yang sama ada belum pernah wujud, belum ditemukan atau belum dipatenkan. 2. Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik dan mesra pengguna. 3. Inovasi, kerana produk yang dihasilkan mampu menjimatkan kos dan menggunakan sumber secara efisien. [Jawapan murid yang relevan diterima] Cabaran Masteri 1 Soalan Objektif 1. A 2. C 3. C 4. A 5. C 6. D 7. C 8. D 9. C 10. A Soalan Subjektif 1. ✓ ✓ 2. Merah, jingga dan kuning 3. (a) Pengulangan (b) Kontras (c) Keseimbangan 4. [Lakaran murid yang relevan diterima] 5. Industri/ Olahraga dan rekreasi/ Kejuruteraan/ Kediaman/ Kesihatan dan keselamatan/ Maklumat dan komunikasi/ Pengangkutan/ Ketenteraan/ Sains gunaan [mana-mana tiga] 6. (a) Memelihara alam sekitar dan menjaga keselamatan pengguna (b) (i) Tumbuhan semakin subur (ii) Tumbuhan lebih selamat kerana bebas bahan kimia [Jawapan murid yang relevan diterima] 7. ✓ ✓ 8. Keaslian Bermanfaat Mesra alam 9. Rupa/ Bentuk/ Tekstur/ Warna [mana-mana tiga] Keringkasan/ Kontras/ Harmoni [mana-mana tiga] 10. (a) [Jawapan murid yang relevan diterima] 141 JAWAPAN JAWAPAN


Click to View FlipBook Version