ii Bab 1: Perwakilan Data 1.1 Sistem Nombor Perlapanan.........................................................................................................................1 1.2 Sistem Nombor Perenambelasan..............................................................................................................14 Cabaran Masteri 1..............................................................................................................................................21 Bab 2: Algoritma 2.1 Pembangunan Algoritma........................................................................................................................... 30 Cabaran Masteri 2............................................................................................................................................. 39 Bab 3: Kod Arahan 3.1 Persekitaran Kod Arahan.......................................................................................................................... 43 3.2 Struktur Kod Arahan...................................................................................................................................74 Cabaran Masteri 3............................................................................................................................................ 111 Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)...........................................................................................................119 Jawapan...............................................................................................................................................................................................................127 KANDUNGAN Kand Spotlight A+1 ASK Tg2.indd 2 27/03/2023 3:09 PM
5. Jadual 1.1 menunjukkan bahawa tidak terdapat digit 8 dan 9 selepas digit 7. Nombor yang dibentuk hanya melibatkan digit 0 hingga 7 sahaja. 6. Nombor dalam sistem nombor perlapanan ditandakan dengan subskrip 8 pada hujung nombor tersebut. Contohnya, 20198 . 7. Setiap digit dalam sistem nombor perlapanan mempunyai nilai tempat yang tertentu. 1. Sistem nombor perlapanan terdiri daripada lapan digit, iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7. 2. Sistem nombor perlapanan juga dikenali sebagai Sistem Asas 8 kerana hanya lapan digit yang terlibat untuk mewakili sebarang nombor. 3. Pengiraan secara perlapanan akan menjadikan digit 8 sebagai 10 kerana sistem nombor perlapanan tidak mempunyai digit 8. 4. Jadual 1.1 menunjukkan ketidakwujudan digit 8 dan 9 dalam nombor perlapanan. Jadual 1.1 Ketidakwujudan digit 8 dan 9 dalam nombor perlapanan 1.1 Sistem Nombor Perlapanan Sistem nombor perpuluhan Sistem nombor perlapanan 0 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5 6 6 7 7 8 10 9 11 10 12 Sistem nombor perpuluhan Sistem nombor perlapanan 11 13 12 14 13 15 14 16 15 17 16 20 17 21 18 22 19 23 20 24 21 25 8. Jadual 1.2 menunjukkan beberapa nilai tempat bagi sistem nombor perlapanan. Nilai sesuatu digit dikira dengan mendarabkan digit dengan nilai tempatnya. Jadual 1.2 Nilai tempat bagi sistem nombor perlapanan 85 84 83 82 81 80 32768 4096 512 64 8 1 1 1 Perwakilan Data 1 BAB 01 Spotlight A+1 ASK Tg2.indd 1 17/04/2023 11:07 AM
1.1.1 Perbezaan Nombor Perlapanan dengan Nombor Perpuluhan 1. Sistem nombor perpuluhan terdiri daripada 10 digit, iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. 2. Sistem nombor perpuluhan dikenali juga sebagai Sistem Asas 10. 3. Nombor dalam sistem nombor perpuluhan ditandakan dengan subskrip 10 pada hujung nombor tersebut. Contohnya, 277510. 4. Setiap digit dalam sistem nombor perpuluhan mempunyai nilai tempat yang tertentu. 5. Jadual 1.3 menunjukkan beberapa nilai tempat bagi sistem nombor perpuluhan. Nilai sesuatu digit dikira dengan mendarabkan digit dengan nilai tempatnya. Jadual 1.3 Nilai tempat bagi sistem nombor perpuluhan 104 103 102 101 100 10000 1000 100 10 1 6. Jadual 1.4 menunjukkan perbezaan antara sistem nombor perlapanan dengan sistem nombor perpuluhan. Jadual 1.4 Perbezaan antara sistem nombor perlapanan dengan sistem nombor perpuluhan Sistem Kriteria Nombor perlapanan Nombor perpuluhan Digit terlibat 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 Nama lain Sistem Asas 8 Sistem Asas 10 Subskrip 8 10 Nilai tempat 1, 8, 64, 512, … 1, 10, 100, 1000, … Contoh 2658 197510 7. Sistem nombor perpuluhan mudah untuk difahami berbanding sistem nombor perlapanan kerana sistem nombor perpuluhan digunakan setiap hari. 1.1.2(i) Penukaran Nombor Perpuluhan kepada Nombor Perlapanan 1. Sistem nombor perlapanan mempunyai kelebihan apabila sistem ini digunakan untuk mewakili nombor perduaan yang panjang. 2. Maka, sistem nombor perlapanan membolehkan lebih banyak data dalam nombor perduaan dapat disimpan dalam ingatan komputer. 3. Penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan boleh dilakukan melalui kaedah bahagi dengan 8 dan gunakan bakinya. 4. Kaedah ini memerlukan nombor asal dibahagi dengan 8. Kemudian, hasil bahagi dan bakinya akan dicatatkan. Hasil bahagi yang pertama akan dibahagi dengan 8 sekali lagi dan hasil bahagi serta bakinya akan dicatatkan. Bab 1 Perwakilan Data 2 1 01 Spotlight A+1 ASK Tg2.indd 2 17/04/2023 11:07 AM
Contoh 10 Tukarkan nombor perenambelasan B5E16 kepada nombor perduaan. Langkah 1 Pisahkan digit-digit pada nombor perenambelasan. B 5 E Langkah 2 Tukarkan digit-digit dalam nombor perenambelasan kepada nombor perduaan dengan merujuk kepada Jadual 1.6. B 5 E 1011 0101 1110 Langkah 3 Cantumkan semua nombor perenambelasan untuk membentuk hanya satu nombor perenambelasan. B 5 E 1011 0101 1110 101101011110 Maka, B5E16 bersamaan dengan 1011010111102 . 1.2.2(iv) Penukaran nombor perduaan kepada nombor perenambelasan 1. Penukaran nombor perduaan kepada nombor perenambelasan adalah penting kerana sistem nombor perenambelasan membantu memendekkan penulisan nombor perduaan yang panjang. 2. Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk menukarkan nombor perduaan kepada nombor perenambelasan: (a) Kaedah pengumpulan empat digit nombor perduaan dan menukarkannya kepada nilai perenambelasan (i) Kaedah ini dilakukan dengan membahagikan nombor perduaan kepada kumpulan empat digit bermula dari kanan. (ii) Jika bilangan digit dalam kumpulan paling kiri tidak mencukupi, maka sifar perlu ditambah untuk membentuk kumpulan empat digit. (iii) Kemudian, setiap kumpulan empat digit tersebut perlu ditukarkan kepada nombor perenambelasan dengan merujuk kepada Jadual 1.6. Contoh 11 Tukarkan nombor perduaan 1010012 kepada nombor perenambelasan. Langkah 1 Bahagikan nombor perduaan kepada kumpulan empat digit bermula dari kanan. 10 1001 Langkah 2 Tambah sifar pada kumpulan paling kiri untuk membentuk kumpulan empat digit. 0010 1001 Langkah 3 Tukarkan kepada nombor perenambelasan dengan merujuk kepada Jadual 1.6. 0010 1001 2 9 Maka, 1010012 bersaman dengan 2916. Bab 1 Perwakilan Data 16 1 01 Spotlight A+1 ASK Tg2.indd 16 17/04/2023 11:07 AM
5. Jadual 1.12 menunjukkan perbezaan antara bilangan digit yang diwakili oleh nombor perduaan dan perenambelasan yang sangat ketara. Jadual 1.12 Perbezaan digit dalam nombor perduaan dan perenambelasan Kriteria Nombor perduaan Nombor perenambelasan Bilangan aksara 14 14 Bilangan digit setiap aksara 8 2 Jumlah digit 14 × 8 = 112 14 × 2 = 28 6. Jelaslah bahawa nombor perenambelasan membolehkan nombor perduaan yang panjang ditulis dengan beberapa digit sahaja. Ujian Diagnostik 1.2 1. Lengkapkan peta pemikiran yang berikut dengan menulis A atau B pada petak yang disediakan. KBAT Mengingat A Nombor perpuluhan B Nombor perenambelasan Sistem Nombor (a) Pilihan digit dari 0 hingga 9 dan A hingga F (c) Pilihan digit dari 0 hingga 9 (b) Dikenali sebagai Sistem Asas 10 (d) Ditandakan dengan subskrip 16 2. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat. KBAT Memahami Dalam nombor perenambelasan, abjad A mewakili nombor (a) , abjad B mewakili nombor (b) , abjad C mewakili nombor (c) , abjad D mewakili nombor (d) , abjad E mewakili nombor (e) dan abjad F mewakili nombor (f) dalam nombor perpuluhan. Bab 1 Perwakilan Data 19 1 01 Spotlight A+1 ASK Tg2.indd 19 17/04/2023 11:07 AM
1. Algoritma ialah set arahan penyelesaian langkah demi langkah untuk menghasilkan output yang dikehendaki. 2. Rajah 2.1 menunjukkan urutan langkah demi langkah yang telah direka bentuk oleh pengatur cara komputer untuk mendapatkan output yang dikehendaki. Langkah 1 Langkah 3 Output Langkah 2 Rajah 2.1 Algoritma penyelesaian langkah demi langkah 3. Berdasarkan algoritma tersebut, pengatur cara akan melaksanakan atur cara menggunakan bahasa pengaturcaraan tertentu. Seterusnya, atur cara akan diuji sehingga dapat menghasilkan output seperti yang dikehendaki tanpa sebarang ralat. 2.1.1(i) Struktur Kawalan Pilihan Bersarang 1. Struktur kawalan pilihan bersarang berlaku apabila terdapat lebih daripada satu syarat pilihan yang perlu dipatuhi. 2. Struktur kawalan pertama akan menentukan sama ada struktur kawalan kedua perlu dilaksanakan atau tidak. 3. Jika syarat pertama adalah benar, maka syarat yang kedua akan dilaksanakan. Jika syarat pertama adalah palsu, maka syarat untuk struktur kawalan kedua tidak akan dilaksanakan. 4. Jika terdapat dua syarat yang perlu dipenuhi dalam suatu struktur kawalan bersarang dan syarat dalam struktur kawalan pertama adalah benar, maka, struktur kawalan kedua akan dilaksanakan sehingga tamat. Seterusnya, diikuti dengan pelaksanaan struktur kawalan pertama sehingga tamat. Output dihasilkan jika syarat dipenuhi MULA TAMAT Syarat 1 = benar? Syarat 2 = benar? Tidak Tidak Ya Ya Rajah 2.2 Struktur kawalan pilihan bersarang Portal Spotlight Portal Spotlight Struktur kawalan pilihan bersarang. bit.ly/2tuWsv0 2.1 Pembangunan Algoritma 30 2 2 Algoritma BAB 02 Spotlight A+1 ASK Tg 2.indd 30 27/04/2023 2:08 PM
3. Padankan struktur kawalan pilihan yang berikut dengan fungsi yang betul. KBAT Memahami 4. Nyatakan satu perbezaan berserta contoh bagi struktur kawalan ulangan for dan while. KBAT Mengaplikasi 1. Rajah 1 menunjukkan salah satu daripada teknik pemikiran komputasional. Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Output Rajah 1 Apakah teknik pemikiran komputasional tersebut? A Pengitlakan B Pengecaman corak C Algoritma D Peniskalaan CABARAN MASTERI 2 2. Antara berikut, yang manakah paling tepat mengenai algoritma? I Carta alir II Peta minda III Teka silang kata IV Pseudokod A I dan III C I dan IV B II dan IV D II, III dan IV 3. Antara berikut, yang manakah bukan suatu struktur kawalan? A for C if B while D Dwipilihan Struktur kawalan ulangan for Struktur kawalan ulangan while Contoh: Contoh: Bahagian A Ulangan dibuat untuk bilangan kali tertentu. Ulangan dibuat sehingga suatu syarat dipenuhi. Memilih antara dua set tindakan untuk dilaksanakan. Lebih daripada satu syarat pilihan yang perlu dipatuhi. while Pilihan bersarang Dwipilihan for Bab 2 Algoritma 39 2 02 Spotlight A+1 ASK Tg 2.indd 39 27/04/2023 2:08 PM
4. Teliti situasi yang berikut. See Ying akan menghadiri satu temu duga di Syarikat Debunga Sdn Bhd pada pukul 8.00 pagi. Setelah tiba di syarikat tersebut, penyambut tetamu meminta See Ying untuk naik ke tingkat 5 menggunakan lif. Jika lif telah penuh, See Ying perlu menggunakan laluan alternatif, iaitu menaiki tangga untuk ke tingkat 5. (a) Berdasarkan situasi, wakilkan tindakan yang perlu diambil oleh See Ying dengan melukis carta alir. (b) Nyatakan jenis struktur kawalan yang digunakan. (c) Berikan justifikasi anda bagi jawapan di 4(b). KBAT Menilai 1. Rajah 5 menunjukkan rumus untuk menghitung purata bagi dua nombor. Jika purata bagi dua nombor yang dimasukkan tidak melebihi 50, maka kemasukan nombor akan diulang sehingga purata bagi dua nombor itu adalah lebih atau sama dengan 50. jumlah = nom1 + nom2 purata jumlah/2 Rajah 5 Lukis satu carta alir berdasarkan Rajah 5. KBAT Menilai 2. Teliti situasi yang berikut. Danish menunggu bas di hadapan sekolahnya untuk ke stesen MRT Kota Indah. Apabila bas tiba, Danish menunggu pintu bas untuk dibuka. Kemudian, Danish menaiki bas itu dan memasukkan tambang ke dalam mesin tiket layan diri. Jika wang mencukupi, mesin itu akan mengeluarkan tiket dan baki wang akan dipulangkan sekiranya ada. Jika wang tidak mencukupi, Danish perlu memasukkan lagi wang ke dalam mesin itu. Bahagian C (a) Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan segmen carta alir yang berikut. Ya Ya Tidak tambang Tidak mencukupi? Ada baki tambang? (ii) PAPARKAN “Sila masukkan wang” (i) SETKAN tambang = wang yang dimasukkan (b) Nyatakan struktur kawalan yang digunakan. (c) Justifikasikan jawapan anda di 2(b). KBAT Menganalisis Bab 2 Algoritma 42 2 02 Spotlight A+1 ASK Tg 2.indd 42 27/04/2023 2:08 PM
1. Atur cara komputer ialah satu set arahan atau perintah yang mengarahkan komputer untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang tertentu. 2. Arahan komputer tidak ditulis dalam bahasa tabii (natural language), iaitu bahasa yang digunakan oleh manusia seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Sebaliknya, arahan komputer ditulis dalam bentuk kod yang dikenali sebagai kod arahan. 3. Penulisan bagi kod arahan ini dikenali sebagai pengekodan atur cara atau pengaturcaraan. 4. Bentuk kod arahan dalam sesuatu atur cara bergantung kepada bahasa pengaturcaraan yang digunakan. 5. Bahasa pengaturcaraan ialah sistem tatatanda yang menetapkan suatu set arahan atau perintah yang boleh digunakan untuk mengarahkan komputer. Bahasa pengatucaraan juga menetapkan peraturan mengenai cara menggunakan dan menulis set arahan itu. 6. Tujuan pelbagai jenis bahasa pengaturcaraan dicipta adalah: (a) memudahkan murid mempelajari pengaturcaraan, (b) memudahkan pembangunan perisian yang spesifik, atur cara saintifik, atur cara sistem, atur cara sesawang, perniagaan, permainan komputer dan sebagainya. 7. Walaupun terdapat pelbagai jenis bahasa pengaturcaraan, namun hanya sebilangan kecil bahasa pengaturcaraan yang digunakan secara meluas. 8. Rajah 3.1 menunjukkan senarai bahasa pengaturcaraan yang popular digunakan (2020). Python C++ Go Swift C# Java JavaScript R PHP Rajah 3.1 Jenis bahasa pengaturcaraan Portal Spotlight Portal Spotlight Jenis bahasa pengaturcaraan bit.ly/2TQYHaL 9. Sebelum atau semasa pelaksanaan atur cara, kod atur cara perlu ditukar kepada kod mesin (machine code). 10. Komputer hanya memahami arahan yang ditulis dalam kod mesin. 11. Kod mesin atau arahan mesin (machine instruction) ialah arahan komputer dalam bentuk nombor perduaan (binary numbers), iaitu nombor yang terdiri daripada digit 0 dan 1. 3.1 Persekitaran Kod Arahan 43 3 3 Kod Arahan BAB 03 Spotlight A+1 ASK Tg2.indd 43 28/04/2023 11:27 AM
(b) Menggunakan pemboleh ubah, pemalar dan fungsi yang tidak dijumpai kerana : (i) Belum diwujudkan atau belum ditakrifkan. (ii) Ejaan nama pemboleh ubah, pemalar dan fungsi tidak tepat. (iii) Penggunaan huruf besar atau kecil tidak tepat. Python mengkategorikan kumpulan kesilapan ini sebagai ralat nama (name error). Contoh segmen kod Output diperoleh skor1 = float(input(‛Skor 1: ′)) skor2 = float(input(‛Skor 2: ′)) purata = (skor1 + skor2)/2 print (″Purata = ″, Purata) Skor 1: 87 Skor 2: 65 Traceback (most recent call last): File ″C:/Users/Dell/Desktop/Python/ ralatnama.py″, line 4, in <module> print (″Purata = ″, purata) NameError: name ′Purata′ is not defined Ralat yang berlaku: Pemboleh ubah tidak wujud. Pembetulan ralat: Ralat dalam contoh ini disebabkan oleh ejaan nama pemboleh ubah yang salah, iaitu Purata. Pembetulan yang perlu dilakukan ialah menukarkan nama “Purata” kepada “purata”. Portal Spotlight Portal Spotlight Jenis ralat dalam Python bit.ly/2Ym5mJt (c) Menggunakan operasi aritmetik, operasi logikal atau operasi perbandingan untuk mengolah data yang tidak sama jenis. Bahasa Python memanggil jenis kesilapan ini sebagai ralat jenis (type error). Contoh segmen kod Output diperoleh nama = ‵Ahmad′ umur = 17 print (nama + umur) Traceback (most recent call last): File ″C:/Users/Dell/Desktop/Python/ ralatjenis.py″, line 3, in <module> print (nama + umur) TypeError: unsupported operand type(s) for +: ‛int′ and ‛str′ Ralat yang berlaku: Menambah satu nombor integer dengan satu rentetan teks. Pembetulan ralat: Tukar jenis data dengan fungsi Python str( ) Segmen kod yang telah dibaiki: nama = ‵Ahmad′ print (nama + str(umur)) Bab 3 Kod Arahan 63 3 03 Spotlight A+1 ASK Tg2.indd 63 28/04/2023 11:27 AM
Ujian Diagnostik 3.1 1. Tandakan (✓) sama ada jenis data yang berikut digunakan dalam bahasa pengaturcaraan Scratch, Python atau kedua-duanya. KBAT Mengingati Nama jenis data Scratch Python (a) number (nombor) (b) integer (c) float (d) double (e) text (teks) (f) char (aksara) (g) boolean atau logik (h) list (senarai) 2. Tentukan jenis data Python bagi setiap nilai yang berikut. KBAT Memahami Nilai Jenis data (a) 0.0 (b) [0] (c) 6.8 (d) – 93 (e) ′b′ (f) ′–345.89′ (g) – 2018.67 (h) ″″ Nilai Jenis data (i) ″Pengaturcaraan 101″ (j) [′epal′, 1.50, ′oren′, 1.85] (k) [′′] (l) True (m) ′False′ (n) ″FALSE″ (o) [″″, ″″, ″″] Bab 3 Kod Arahan 68 3 03 Spotlight A+1 ASK Tg2.indd 68 28/04/2023 11:27 AM
4. Tulis segmen kod atur cara Python yang sesuai untuk menghasilkan corak-corak berikut. KBAT Mengaplikasi (a) • Gunakan pernyataan print("* " * i) sahaja untuk memaparkan corak. Nilai i ialah saiz corak yang dihasilkan. • Fungsi print boleh digunakan sekali sahaja dalam setiap atur cara. • Gunakan gelung for atau while untuk mengawal ulangan kod arahan. Corak Segmen kod atur cara (i) Segi empat sama bersaiz 6 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * (ii) Segi tiga sama kaki bersaiz 6 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * (iii) Segi tiga sama kaki bersaiz 6 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * Anjung TIP Pastikan IDLE Python anda menggunakan fon Courier untuk memaparkan atur cara dan output dalam tetingkap masing-masing. Untuk menukar kepada fon Courier 1. Klik Options -> Configure IDLE -> tab Fonts/Tabs 2. Pilih Courier dalam kekotak gulung Font Face (b) • Gunakan pernyataan print(" " * i + "* "*j) di mana (i + j) = 6 (iaitu saiz corak yang dihasilkan). • Fungsi print ini boleh digunakan sekali sahaja dalam setiap atur cara. • Gunakan gelung for untuk mengawal ulangan kod arahan anda. Corak Segmen kod/Atur cara (i) Segitiga sama bersaiz 6 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * (ii) Segitiga sama bersaiz 6 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * Bab 3 Kod Arahan 105 3 03 Spotlight A+1 ASK Tg2.indd 105 28/04/2023 11:27 AM
PENTAKSIRAN SUMATIF BAHAGIAN A [10 markah] Jawab semua soalan PENTAKSIRAN SUMATIF UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 1. Sistem nombor heksadesimal dikenali sebagai sistem nombor . A perduaan B perlapanan C perpuluhan D perenambelasan 2. Selain mewakili warna, sistem nombor perenambelasan juga digunakan untuk . A pembangunan sistem asas bas B pembangunan asas sistem mikropemproses C pembangunan asas papan kekunci D pembangunan asas storan ingatan 3. Rajah 1 menunjukkan kod ASCII nombor perpuluhan. 77 85 68 65 72 Rajah 1 Apakah perkataan yang diperoleh daripada kod ASCII di atas? A MUDAH B MERAH C MARAH D MURAH 4. Algoritma boleh diwakili dalam bentuk dan . I kod atur cara II pseudokod III carta alir IV carta organisasi A I dan II B II dan III C II dan IV D I dan IV 5. Jadual 1 menunjukkan penukaran nombor perenambelasan kepada nombor perduaan yang tidak lengkap. 38C 3 8 C P 1000 Q R Jadual 1 Apakah P, Q dan R? P Q R A 0011 1101 1110001101 B 0011 1101 1111011000 C 0011 1100 1111001000 D 0011 1100 1110001100 6. Apakah fasa yang membolehkan ralat dikenal pasti? A Algoritma B Menulis pseudokod C Pengujian D Pengekodan 7. Berikut merupakan pernyataan tentang sejenis struktur kawalan. Struktur kawalan ini dipilih apabila kita sudah mengetahui bilangan ulangan yang hendak dibuat. Apakah struktur kawalan ini? A Pilihan bersarang B Ulangan for C Ulangan while D Pilihan 119 PSumatif Spot A+1 ASK Tg2.indd 119 28/04/2023 1:58 PM
Pentaksiran Sumatif PENTAKSIRAN SUMATIF 8. Berikut merupakan pernyataan tentang sejenis data. Nombor bulat tanpa titik perpuluhan. Termasuk nombor positif dan negatif. Apakah jenis data yang digunakan dalam perkataan tersebut? A Integer B Boolean C Double D String 9. Antara berikut, yang manakah betul tentang pemboleh ubah? I Nilai data yang tetap II Nilai data yang berubah III Storan ingatan dalam komputer yang boleh digunakan dalam atur cara IV Mewakili sesuatu data yang perlu digunakan berulang kali oleh atur cara yang dibangunkan. A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 10. Rajah 2 menunjukkan kod arahan bahasa pengaturcaraan Python bagi jenis data string. x = ayat = str(“komputer”) y = print (ayat[3]) Rajah 2 Apakah output yang diperoleh? A Komputer B Kom C ter D p Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Lengkapkan jadual perbezaan antara nombor perlapanan dan nombor perpuluhan dengan jawapan yang betul. Sistem nombor perlapanan Sistem nombor perpuluhan Dikenali sebagai sistem asas 8 atau sistem nombor (a) . Dikenali sebagai sistem asas 10 atau sistem nombor (b) . Nombor ditanda dengan 8 di hujung nombor tersebut. Nombor ditanda dengan (c) di hujung nombor tersebut. Lapan pilihan digit bermula daripada 0 hingga (d) . Sepuluh pilihan digit bemula daripada 0 hingga 9. [4 markah] 120 PSumatif Spot A+1 ASK Tg2.indd 120 28/04/2023 1:58 PM
Pentaksiran Sumatif PENTAKSIRAN SUMATIF Bahagian C [20 markah] Jawab semua soalan. 1. Jadual 3 menunjukkan proses penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan. 589 ÷ 8 = baki ÷ 8 = baki ÷ 8 = baki ÷ 8 = baki Jadual 3 Berdasarkan Jadual 3, (a) Nyatakan kaedah yang digunakan. [1 markah] (b) Terangkan bagaimana anda laksanakan kaedah yang dinyatakan di 1(a). [4 markah] (c) Lengkapkan Jadual 3 dengan menulis jawapan yang betul. [4 markah] (d) Nyatakan hasil jawapan. [1 markah] 125 PSumatif Spot A+1 ASK Tg2.indd 125 28/04/2023 1:58 PM
127 JAWAPAN Bab 1 Perwakilan Data Ujian Diagnostik 1.1 1. (a) Digit 0 – 9 (b) Sistem Asas 10 (c) Subskrip 10 (d) Sistem nombor yang diguna oleh komputer (e) Digit 0 – 7 (f) Sistem Asas 8 (g) Subskrip 8 2. (a) 1 (b) 8 (c) 64 (d) 512 3. (a) ✓ (b) ✓ (c) ✗ (d) ✗ 4. (a) 72510 (b) 106310 (c) 194810 (d) 211410 (d) 276610 (e) 308710 Ujian Diagnostik 1.2 1. (a) B (b) A (c) A (d) B 2. (a) 10 (b) 11 (c) 12 (d) 13 (e) 14 (f) 15 3. (a) ✓ (b) ✓ (c) ✗ (d) ✗ 4. (a) 1001111010002 (b) 1010111101102 (c) 0111000101002 (d) 1100010111012 (e) 0011101100102 5. (a) 6216 (b) b (c) 12710 (d) DEL (e) 2616 (f) & (g) 2710 (h) ESC(ESCAPE) (i) 4016 (j) @ Cabaran Masteri 1 Bahagian A 1. B 2. B 3. A 4. C 5. D 6. A 7. B 8. C 9. D 10. C 11. D 12. D 13. B 14. A 15. C 16. B 17. C 18. A 19. B 20. C Bahagian B 1. (a) 1138 8 75 9 baki 3 8 9 1 baki 1 8 1 0 baki 1 (b) 17328 8 986 123 baki 2 8 123 15 baki 3 8 15 1 baki 7 8 1 0 baki 1 (c) 111748 8 4732 591 baki 4 8 591 73 baki 7 8 73 9 baki 1 8 9 1 baki 1 8 1 0 baki 1 2. (a) 4610 Hasil darab 8 × 5 = 40 1 × 6 = 6 Hasil tambah 40 + 6 = 46 (b) 16310 82 81 80 Nilai tempat 64 8 1 Digit perlapanan 2 4 3 Hasil darab 64 × 2 = 128 8 × 4 = 32 1 × 3 = 3 Hasil tambah (c) 59410 83 82 81 80 Nilai tempat 512 64 8 1 Digit perlapanan 1 1 2 2 Hasil darab 512 × 1 = 512 64 × 1 = 64 8 × 2 = 16 1 × 2 = 2 Hasil tambah 512 + 64 + 16 + 2 = 594 3. (a) 1000012 Digit perlapanan 4 1 Digit perduaan 1 0 0 0 0 1 Nombor perduaan 100001 (b) 1010000112 Digit perlapanan 5 0 3 Digit perduaan 1 0 1 0 0 0 0 1 1 Nombor perduaan 101000011 JAWAPAN Jaw_Spotlight A+1 ASK Tg2.indd 127 28/04/2023 1:59 PM
131 JAWAPAN 4. (a) MULA TAMAT PAPARKAN “Naik lif” PAPARKAN “Naik tangga” Lif penuh orang? Tidak Ya Apabila tiba di Syarikat Debunga Sdn Bhd., naik ke tingkat 5 Sampai di tingkat 5 (b) Struktur kawalan dwipilihan (c) Carta alir di (a) mempunyai dua pilihan tindakan, iaitu See Ying perlu memilih sama ada menaiki lif atau tangga untuk ke tingkat 5. Sekiranya lif penuh, See Ying akan menaiki tangga tetapi sekiranya kurang orang menaiki lif, See Ying akan memilih untuk menaiki lif. Bahagian C 1. MULA TAMAT PAPARKAN purata MASUKKAN nom1, nom2 purata > 50? Ya Tidak jumlah = nom1 + nom2 purata = jumlah / 2 2. (a) (i) Masukkan wang (ii) PAPARKAN “wang baki” (b) Struktur kawalan ulangan While (c) Gelung ulangan While digunakan kerana Danish perlu memasukkan duit tambang sehingga mencukupi. Input duit tambang tidak memerlukan pembilang seperti gelung ulangan For. Sekiranya duit tambang yang dimasuki mencukupi, langkah seterusnya sistem akan memproses sama ada duit tambang yang dimasukkan mempunyai baki atau tidak. Bab 3 Kod Arahan Ujian Diagnostik 3.1 1. Nama jenis data SCRATCH Python (a) number (nombor) ✓ ✗ (b) integer ✗ ✓ (c) float ✗ ✓ (d) text (teks) ✓ ✗ (e) char (aksara) ✗ ✓ (f) string (rentetan) ✗ ✓ (g) boolean atau logik ✓ ✓ (h) list (senarai) ✓ ✓ 2. Jenis Data Jenis Data (a) float (b) list (c) float (d) integer (e) string (f) string (g) float (h) string (i) string (j) list (k) list (l) boolean (m) string (n) string (o) list 3. (a) float (b) string (c) string (d) integer (e) string (f) float (g) boolean (h) string (i) list (j) string 4. (a) 54.0 (b) 21.0 (c) 7.0 (d) 8 (e) 3 (f) 128 (g) ′*****′ (h) 12.00/5 (i) 9.6 (j) 45 5. (a) False (b) False (c) True (d) False (e) True (f) False (g) True (h) True 6. (a) 31 (b) 1 (c) True (d) True (e) True (f) False (g) True 7. (a) Betul; Betul (b) Salah; Salah (c) Betul; Betul (d) Betul; Betul (e) Betul; Betul Jaw_Spotlight A+1 ASK Tg2.indd 131 28/04/2023 1:59 PM
142 JAWAPAN Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahagian A 1. D 2. B 3. A 4. D 5. B 6. C 7. B 8. A 9. D 10. D Bahagian B 1. (a) oktal (b) desimal (c) 10 (d) 7 2. Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 C A D B 3. (a) Benar (b) Palsu (c) Palsu (d) Palsu 4. 2163 ÷ 16 = 135 baki 3 135 ÷ 16 = 8 baki 7 8 ÷ 16 = 0 baki 8 Nombor perpuluhan 2163 bersamaan dengan nombor perenambelasan 87316. 5. P : MALAYSIA Q : 8310 R : 7716 S : 5916 6. (a) iii (b) i (c) iv (d) ii 7. S P Q R 8. (a) Ralat sintaks (b) (i) Teknik semakan meja (ii) Teknik langkah demi langkah (c) penyahpepijat 9. (a) Integer (b) Char (c) Boolean (d) String 10. (a) Palsu (b) Palsu (c) Benar (d) Benar Bahagian C 1. (a) Kaedah bahagi dengan 8 dan gunakan bakinya. (b) Nombor perpuluhan dibahagi dengan 8. Hasil bahagi dan bakinya dicatatkan. Hasil bahagi pertama dibahagi dengan 8 sekali lagi dan hasil bahagi serta baki dicatatkan. Ulang proses ini sehingga hasil bahaginya tidak boleh dibahagi lagi. (c) 589 ÷ 8 = 73 baki 5 73 ÷ 8 = 9 baki 1 9 ÷ 8 = 1 baki 1 1 ÷ 8 = 0 baki 1 (d) Hasil = 11158 2. (a) Jenis data yang sesuai digunakan oleh X dan Y adalah float. Float lebih sesuai digunakan kerana jenis data bagi berat dan tinggi biasa ditulis dalam bentuk nombor perpuluhan. (b) Struktur kawalan pilihan bersarang kerana terdapat sekurang-kurangnya satu lagi syarat yang perlu disemak selepas syarat pertama. (c) *(darab) dan /(bahagi) (d) (i) 25.08 (ii) Berat badan anda berlebihan Jaw_Spotlight A+1 ASK Tg2.indd 142 28/04/2023 1:59 PM