The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2024-01-14 22:21:07

Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 4 KSSM

Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 4 KSSM

Keywords: Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 4 KSSM,Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 4,Modul A+1,Perniagaan Tingkatan 4 KSSM,Modul Perniagaan Tingkatan 4 KSSM,Modul Perniagaan Tingkatan 4,Modul Perniagaan,Perniagaan,Tingkatan 4 KSSM,Perniagaan KSSM

TAJUK 1 TUJUAN PERNIAGAAN BAB 1 Pengurusan Sumber Manusia 1.0 Pengenalan ..................................................................1 1.1 Tujuan Perniagaan.......................................................2 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan .....................................3 1.3 Bentuk-bentuk Perniagaan Lain ................................12 1.4 Klasifikasi Perniagaan ...............................................15 1.5 Skala Perniagaan .......................................................19 1.6 Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi dan Skala Perniagaan .......................................................21 1.7 Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia .........21 Soalan Berformat SPM .......................................................22 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)..........................................29 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan 2.0 Pengenalan.................................................................34 2.1 Peranan Kerajaan dalam Menangani Isu-isu Tempatan, Negara dan Serantau................................34 2.2 Trend Persekitaran Perniagaan..................................43 2.3 Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan kepada Persekitaran Perniagaan ................................46 2.4 Kesan Perubahan Persekitaran terhadap Organisasi Perniagaan .................................................................52 Soalan Berformat SPM .......................................................53 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)..........................................62 TAJUK 2 ORGANISASI PERNIAGAAN BAB 3 Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan 3.1 Maksud Visi, Misi dan Objektif Perniagaan .............64 3.2 Perbandingan Visi, Misi dan Objektif Beberapa Perniagaan yang Berbeza ..........................64 3.3 Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan.....................66 3.4 Tujuan Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan sebagai Panduan Perniagaan...................67 3.5 Menghasilkan Visi, Misi dan Objektif bagi Perniagaan Tertentu...................................................68 3.6 Kesan kepada Perniagaan Akibat Kegagalan Mencapai Matlamat dan Objektif..............................70 3.7 Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan....................................71 3.8 Pencapaian Visi, Misi dan Objektif Perniagaan yang Dipilih...............................................................72 Soalan Berformat SPM .......................................................73 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)..........................................81 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan 4.1 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan ....................................85 4.2 Tujuan Setiap Bahagian Fungsian.............................86 4.3 Pembangunan Produk dan Pasaran Baharu...............94 4.4 Penggunaan Teknologi Maklumat.............................96 4.5 Hubungan dan Interaksi dengan Bahagian Fungsian Lain............................................................97 4.6 Interaksi dan Perkaitan antara Bahagian Fungsian dalam Dua Perniagaan Berlainan.............100 Soalan Berformat SPM .....................................................102 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)........................................109 KERTAS PENILAIAN..................................................115 Modul A+ Pnigaan Tg4 Kand 2nd.indd 2 4/13/2022 9:04:47 AM


1 BAB 1 1. Perniagaan ialah satu aktiviti urus niaga yang melibatkan barang atau perkhidmatan di antara dua pihak iaitu penjual dan pembeli untuk memenuhi keperluan dan kehendak bagi tujuan mendapatkan keuntungan . 2. Aktiviti perniagaan akan melibatkan pertukaran nilai antara penjual dan pembeli bagi membolehkan penjual mendapatkan keuntungan . 3. Terdapat enam komponen asas dalam perniagaan iaitu; (a) Barang dan pekhidmatan: Ciri-ciri Barang (i) Sesuatu yang mempunyai bentuk fizikal . (ii) Objek yang boleh disentuh dan dilihat . (iii) Contoh: makanan , komputer . dan beg . Perkhidmatan (i) Satu aktiviti yang memberi faedah kepada pengguna dan peniaga. (ii) Tidak mempunyai bentuk fizikal secara khusus. (iii) Disalurkan terus kepada pengguna oleh peniaga yang menyediakan perkhidmatan tersebut. (iv) Contoh: pengangkutan , agensi pelancongan dan insurans . (b) Memenuhi keperluan dan kehendak: Ciri-ciri Keperluan (i) Sesuatu yang menjadi perkara asas kepada manusia untuk meneruskan kehidupan . (ii) Terhad , mudah diperoleh dan sama bagi setiap individu. (iii) Contoh: makanan , pakaian dan tempat tinggal . Kehendak (i) Sesuatu yang diperlukan oleh manusia bagi tujuan mendapatkan keselesaan dalam kehidupan. (ii) Tidak terhad, sukar dipuaskan dan berbeza antara individu. (iii) Contoh: kereta mewah , televisyen dan perabot (c) Pertukaran nilai: (i) Aktiviti urus niaga yang melibatkan tindakan pembeli memberi sesuatu yang bernilai (wang) kepada penjual sebagai balasan kepada produk yang diperoleh. (ii) Urus niaga ini berlaku apabila mempunyai persetujuan antara penjual dengan pembeli pada harga yang ditetapkan. Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 1.0 Pengenalan Buku Teks m.s. 5 – 8 Modul A+ Pnigaan Tg4 B1 4th.indd 1 4/13/2022 9:06:29 AM


2 BAB 1 (d) Penjual dan pembeli: Ciri-ciri (i) Penjual • Individu yang menawarkan barang atau pekhidmatan. (ii) Pembeli • Individu yang memerlukan atau mengkehendaki barang atau perkhidmatan tersebut. (e) Kontrak perniagaan: (i) Perjanjian yang dimeterai oleh dua atau lebih individu. (ii) Pihak tersebut akan terikat secara sah pada perjanjian yang telah dipersetujui. (f) Keuntungan perniagaan: (i) Lebihan daripada hasil jualan setelah ditolak semua kos yang terlibat. (ii) Keuntungan yang tinggi melambangkan imej dan kecemerlangan sebuah perniagaan itu. (iii) Perniagaan akan menyumbang semula sebahagian daripada keuntungan kepada masyarakat setempat. 4. Aktiviti perniagaan dapat dikelaskan kepada dua iaitu: (a) Aktiviti perniagaan berasaskan barang . (i) Aktiviti berasaskan barang melibatkan faktor-faktor pengeluaran untuk menhasilkan barang fizikal . (ii) Faktor-faktor pengeluaran seperti bahan mentah , buruh , modal dan tanah. (b) Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan . (i) Aktiviti yang melibatkan penawaran barang tidak nyata yang dapat memberi keselesaan , kepuasan dan kecekapan kepada pengguna. 1.1 Tujuan Perniagaan Buku Teks m.s. 11-16 1. Tujuan perniagaan adalah untuk menawarkan barang atau perkhidmatan oleh seseorang peniaga atau organisasi kepada pembeli . 2. Tujuan perniagaan juga melibatkan aktiviti pembayaran atau pertukaran wang untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan yang dikehendaki oleh pengguna. 3. Organisasi perniagaan ialah sekumpulan individu yang menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Organisasi ini terbahagi kepada dua. 4. Organisasi Bermotifkan Untung (OBU): (a) Organisasi yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran dalam menghasilkan barang atau perkhidmatan untuk ditawarkan kepada pengguna bagi tujuan memperoleh keuntungan . (b) Keuntungan penting pada OBU kerana: (i) Keuntungan dapat mengukur tahap prestasi perniagaan sepanjang operasi perniagaan. Modul A+ Pnigaan Tg4 B1 4th.indd 2 4/13/2022 9:06:29 AM


4 BAB 1 A Milikan Tunggal 1. Perniagaan milikan tunggal merujuk kepada perniagaan yang dimiliki dan dikawal oleh seorang individu sahaja. 2. Perniagaan milikan tunggal tertakluk pada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978). 3. Pemilik perlu mendaftarkan perniagaan dengan Pendaftar Perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 4. Ciri-ciri utama milikan tunggal: 5. Langkah penubuhan milikan tunggal: (a) Mesti didaftarkan dengan Pendaftar Perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). (b) Membuat permohonan carian nama dengan menggunakan Borang PNA 42 . (c) Membuat permohonan mendaftar nama perniagaan dengan menggunakan Borang A . (d) Perlu membayar yuran pendaftaran. Kadar pembayaran adalah sebanyak RM30 untuk nama sendiri dan RM60 untuk nama tred (bukan nama pemilik). (e) Mendapatkan sijil perakuan pendaftaran (Borang D) dan pamerkan pada premis perniagaan. 6. Kelebihan dan kekurangan milikan tunggal: Kelebihan Kekurangan (a) Mudah ditubuhkan. (a) Diuruskan secara individu . (b) Tidak banyak syarat dan memerlukan modal kecil . (b) Sukar berkembang kerana modal kecil. (c) Mudah diuruskan kerana saiznya yang kecil. (c) Beban kerja semua ditanggung oleh pemilik. (a) Dimiliki oleh seorang pemilik sahaja. (b) Sumber modal daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada agensi kewangan, atau pinjaman daripada saudara mara. (c) Diuruskan oleh pemilik dan biasanya mendapat bantuan daripada ahli keluarga. (g) Keuntungan tertakluk kepada cukai pendapatan individu . (f) Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad . (e) Saiz perniagaan adalah kecil . (d) Pemilik dan perniagaan tidak boleh dipisahkan . Ciri-ciri Modul A+ Pnigaan Tg4 B1 4th.indd 4 4/13/2022 9:06:29 AM


20 BAB 1 A Pasaran Domestik B Pasaran Antarabangsa 1. Pasaran antarabangsa melibatkan beberapa aktiviti perniagaan yang dijalankan antara sebuah negara dengan negara lain. 2. Pasaran antarabangsa melibatkan aktiviti import , eksport dan entreport . 3. Liputan pasaran antarabangsa menjadi luas dan pasaran baharu akan wujud. Pasaran Domestik (a) Skala Tempatan (b) Skala Negeri (c) Skala Kebangsaan (i) Membekalkan barang dan perkhidmatan mereka di kawasan tertentu sahaja. (ii) Saiz pasaran adalah kecil . (iii) Kos perniagaan adalah rendah kerana tidak melibatkan operasi yang besar. (i) Perniagaan berjaya menembusi pasaran yang lebih besar pada peringkat daerah dalam sesebuah negeri. (ii) Kos yang ditanggung agak tinggi kerana perlu memenuhi permintaan dari pelbagai daerah. (i) Mempunyai saiz pasaran yang lebih besar . (ii) Peniaga dapat menikmati ekonomi bidangan . (iii) Mampu membeli stok dalam kuantiti yang banyak . (iv) Peniaga boleh mendapatkan diskaun lebih tinggi atas pembelian tersebut. 1. Pasaran domestik melibatkan penjualan produk pada peringkat pasaran dalam negara . 2. Pasaran ini tertumpu kepada negeri-negeri yang terdapat dalam Malaysia. Pasaran Antarabangsa (a) Skala Zon • Peniaga membei fokus kepada pasaran di kawasan-kawasan tertentu yang bersesuaian dengan barang dan perkhidmatan. (b) Skala Global • Pasaran adalah luas merentasi sempadan negara. Pasaran ini mudah ditembusi dengan wujudnya Internet . Modul A+ Pnigaan Tg4 B1 4th.indd 20 4/13/2022 9:06:32 AM


21 BAB 1 1.6 Perkaitan Antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi dan Skala Perniagaan Buku Teks m.s. 52-53 1.7 Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia Buku Teks m.s. 54-55 (a) Kebanyakkan aktiviti adalah berasaskan pertanian . (b) Malaysia dikenali sebagai negara pengeluar bahan mentah seperti getah dan bijih timah . (b) Pelbagai insentif diberikan dan seterusnya pada awal tahun 1990-an, sektor kedua mengambil alih sebagai penyumbang utama eksport. (b) Penekanan yang tinggi kepada sektor perkhidmatan selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju. (c) Ekonomi negara sukar berkembang kerana hanya bergantung kepada sektor utama . (a) Kerajaan mula menggalakkan rakyat menceburi sektor kedua, bagi tujuan mengurangkan kebergantungan kepada barang import . (a) Sumbangan sektor ketiga semakin meningkat. 1. Selepas Merdeka 2. Era 1990-an 3. Menjelang Abad ke-21 1. Perniagaan boleh menawarkan barang, perkhidmatan atau kedua-duanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. 2. Jenis barang atau perkhidmatan yang ditawarkan akan mempengaruhi aktiviti perniagaan yang dijalankan. 5. Perniagaan boleh dikategorikan mengikut skala, domestik, dan antarabangsa . 6. Teknologi moden seperti Internet membolehkan perniagaan bersaiz kecil menembusi pasaran pada peringkat antarabangsa. 3. Terdapat tiga sektor dalam perniagaan iaitu sektor utama, kedua dan ketiga. 4. Apabila perniagaan semakin berkembang, bentuk pemilikan juga boleh diubah mengikut keperluan perniagaaan. Perniagaan (a) Penawaran barang dan perkhidmatan (c) Skala (d) Klasifikasi (b) Bentuk pemilikan perniagaan Modul A+ Pnigaan Tg4 B1 4th.indd 21 4/13/2022 9:06:32 AM


39 BAB 2 (b) Pembaharuan penting untuk memangkinkan kejayaan dalam dunia perniagaan serta untuk menangani isu tempatan , negara dan serantau. Agensi yang penting untuk tujuan ini termasuk: Peranan Kerajaan Negeri 1. Perlembagaan menggariskan bahawa terdapatnya pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. 2. Bidang kuasa yang diberi kepada kerajaan negeri ke atas bahan galian dan tanah membolehkan kewujudan kawasan industri untuk menggalakkan dan memajukan kegiatan ekonomi . 3. Kerjasama kerajaan negeri dengan sektor swasta dapat menggalakkan aktiviti perniagaan. 4. Peningkatan aktiviti perniagaan bukan sahaja meningkatkan pendapatan kerajaan negeri menerusi bayaran lesen perniagaan, malah meningkatkan pelaburan asing dan peluang pekerjaan . 5. Bidang teknologi dan komunikasi penting untuk perkembangan perniagaan di samping adanya kemudahan infrastruktur dan ruang niaga. 6. Senarai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) bagi 13 negeri tertakluk di bawah kuasa Menteri Kewangan . Perhatian diberikan pada produk pelaburan , pembangunan dan operasi yang dapat menjana pembangunan ekonomi negeri. 7. PKEN berkerja rapat dengan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk membantu usahawan mencapai kecemerlangan dalam projek perniagaan yang disokong oleh kerajaan negeri. 8. Kerajaan negeri merancang pembangunan pertanian ke atas lokasi tanah pertanian yang strategik untuk perkembangan ekonomi negeri. Ini biasanya dilakukan dengan penglibatan sektor pelaburan . Agensi Huraian (c) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) atau Malaysian Agriculture Research Institute (i) Menyediakan kursus dan latihan untuk para pengusaha pertanian . (ii) Bertanggungjawab ke atas semua bidang yang berkaitan dengan tanaman dan ternakan untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi. (d) Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) atau Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (i) Memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi. (ii) Menjalankan aktiviti penyelidikan untuk memastikan tiada pennyelewengan dari segi kualiti. (iii) Menjalankan kajian mengenai penggunaan teknologi terkini dalam produk tempatan. (e) Syarikat Penyelidikan dan Pembangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB Research) (i) Ditubuhkan sebagai sebuah jabatan dalam TNB. (ii) Menjalankan penyelidikan tenaga elektrik dan alam sekitar . (iii) Menjalankan tugas mengkomersialkan penyelidikan dan inovasi serta memperluas nilai kepada sektor tenaga negara. Modul A+ Pnigaan Tg4 B2 5th.indd 39 4/13/2022 9:08:17 AM


44 BAB 2 B Trend Menurun C Trend Mendatar 1. Persekitaran perniagaan yang mendatar memberi gambaran bahawa perniagaan berada dalam tahap yang konsisten dan perkembangan perniagaan dalam keadaan malar . 2. Keadaan ini berlaku disebabkan tiada perubahan yang ketara dalam faktor dalaman dan faktor luaran . 3. Peniaga perlu berusaha meningkatkan daya saing dengan membuat penambahbaikan pada produk sedia ada atau menghasilkan produk baharu untuk mencari pasaran baharu. Tanpa usaha ini, pasaran akan menjadi tepu, iaitu kuantiti jualan akan statik atau tidak berubah. D Pasaran 1. Pasaran merujuk pada suatu keadaan berlakunya urus niaga antara penjual dengan pembeli, pada suatu tingkat harga dan masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 2. Pasaran boleh berlaku secara bersemuka ataupun dalam talian , melalui e-dagang. 3. Secara amnya, pasaran boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: 1. Trend ini memperlihatkan aktiviti atau operasi yang negatif terjadi dalam perniagaan, iaitu operasi perniagaan semakin menurun dan keuntungan semakin merosot . 2. Faktor dalaman yang bertanggungjawab dalam kegagalan perniagaan termasuk pengurusan yang tidak cekap , sumber manusia yang kurang mahir , aktiviti pemasaran yang tidak berkesan serta kurangnya kerja penyelidikan dan pembangunan yang menghasilkan pembaharuan. 3. Perniagaan terjejas sebab faktor luaran di luar kawalan peniaga termasuk keadaan ekonomi dunia, keadaan politik yang kurang stabil ataupun ancaman penyakit sehingga menyukarkan operasi perniagaan. Trend Menurun (a) Pasaran untuk semua (Mass Market) (b) Pasaran produk (c) Pasaran kewangan • Produk yang dikeluarkan adalah untuk ditawarkan kepada semua pengguna. • Contoh: Sabun mandi dan beras • Merujuk kepada semua jenis produk. • Contoh: Makanan dan perumahan • Produk berkaitan dengan kewangan. • Contoh: Saham, sekuriti dan pelaburan Modul A+ Pnigaan Tg4 B2 5th.indd 44 4/13/2022 9:08:17 AM


47 BAB 2 A Faktor Dalaman 1. Faktor dalaman merujuk pada faktor yang dimiliki oleh perniagaan dan memberikan kekuatan serta kelemahan kepada organisasi berkenaan. 2. Organisasi berkenaan mampu mengatasi kekurangan yang berlaku dan juga mampu mengasah kekuatan sedia ada untuk menambahkan keberkesanan organisasi. Gaya Pengurusan Sumber Manusia 1. Sumber manusia merujuk kepada pekerja dalam sesuatu organisasi perniagaan. 2. Pengurusan sumber manusia amat penting untuk kejayaan perniagaan. 3. Sumber tenaga kerja yang mencukupi dan baik akan menjadikan persekitaran perniagaan lebih berkesan dan berdaya saing . • Tahap perhubungan yang baik terjalin antara pekerja dan majikan. • Masih terdapat risiko kegagalan majikan mencapai matlamat sebab ada pekerja yang menyalahgunakan perhubungan baik antara majikan dengan mereka untuk kepentingan sendiri. • Majikan bijak menjaga perhubungan baik antara mereka dengan pekerja. • Perhubungan baik adalah sekadar memberi motivasi kepada pekerja untuk berusaha mencapat matlamat yang ditetapkan. • Tindakan majikan yang tegas dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. • Tindakan ini berpotensi untuk menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja. • Wujudnya hubungan yang baik antara majikan dengan pekerja dalam semua aspek . • Matlamat organisasi biasanya tercapai kerana pekerja akan sanggup berusaha untuk mencapainya. • Majikan memberikan ruang atau kebebasan kepada pekerja. • Ini menyebabkan tingkah laku pekerja sukar dikawal . • Organisasi gagal mencapai matlamat yang ditetapkan. 1. Gaya pengurusan laissez-faire 3. Gaya pengurusan sederhana 2. Gaya pengurusan sokongan 4. Gaya pengurusan autokratik 5. Gaya pengurusan demokratik Modul A+ Pnigaan Tg4 B2 5th.indd 47 4/13/2022 9:08:18 AM


51 BAB 2 C Analisis Faktor Dalaman dan Faktor Luaran 1. Sesebuah organisasi perniagaan boleh memperbaiki tahap pencapaian dengan membuat analisis terhadap perniagaannya. 2. Analisis SWOT merupakan satu kaedah menganalisis yang digunakan dalam perancangan dan persediaan sesebuah perniagaan. 3. SWOT ialah singkatan kepada perkataan Strength (Kekuatan), Weakness (Kelemahan), Opportunities (Peluang) dan Threat (Ancaman). 4. Kegunaan SWOT adalah seperti berikut: (a) Menilai kesan perubahan persekitaran dalaman dan luaran yang boleh mempengaruhi aktiviti perniagaan (b) Membantu organisasi merancang aktiviti perniagaan secara sistematik . (c) Menjadi panduan untuk membentuk perniagaan yang lebih mampan. (d) Kekuatan dan kelemahan merupakan komponen analisis faktor dalaman . Oleh itu, peniaga berdaya memperbaiki kelemahan yang wujud, seperti memberikan latihan tambahan kepada pekerja yang kurang mahir. Peniaga perlu mengukuhkan kekuatan untuk meningkatkan prestasi perniagaan. (e) Peluang dan ancaman adalah komponen untuk analisis faktor luaran . Perniagaan perlu berusaha untuk menyesuaikan corak perniagaan mengikut keadaan. Contohnya, mengubah perniagaan bersemuka kepada perniagaan secara dalam talian semasa wabak penyakit Covid-19. Kepantasan dan keupayaan untuk merebut peluang yang wujud akan memberikan pulangan yang lumayan kepada organisasi perniagaan berkenaan. (a) Kekuatan (i) Merangkumi keupayaan dan kemampuan perniagaan untuk bersaing . Contoh kekuatan ialah pekerja mahir, jenama terkenal dan lokasi strategik. (a) Kelemahan (i) Kekurangan yang akan menghalang perkembangan perniagaan. (ii) Kelemahan ini merangkumi aspek: • Pekerja kurang mahir. • Jenama masih belum dikenali • Sumber kewangan tidak mencukupi. (c) Peluang (i) Kelebihan yang diperoleh daripda perubahan di luar persekitaran perniagaan. (ii) Tidak dapat dikawal oleh peniaga, contohnya: • Kewujudan teknologi baharu • Undang-undang yang positif terhadap perniagaan (d) Ancaman (i) Perubahan persekitaran yang menghalang perkembangan perniagaan. Contohnya: • Pesaing yang agresif. • Undang-undang baharu yang menghalang perkembangan perniagaan • Penularan wabak penyakit . S W O T Modul A+ Pnigaan Tg4 B2 5th.indd 51 4/13/2022 9:08:20 AM


53 BAB 2 Soalan Berformat SPM Kertas 1 Tiap-tiap soalan berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling sesuai. 1. Gambar berikut berkaitan dengan logo sebuah agensi kerajaan. Apakah peranan agensi tersebut dalam sektor perniagaan? A Mengawal aktiviti perniagaan B Menstabilkan kewangan negara C Menyelesaikan masalah perniagaan D Memantau aktiviti pengeluaran negara 2. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan kerajaan dalam menagani isu perniagaan. KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan tinggi pada suku kedua tahun ini, berkembang 16.1 peratus berbanding penguncupan 17.1 peratus pada suku sama tahun lalu. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata prestasi ekonomi disokong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik dan prestasi eksport yang terus mantap. Katanya, pertumbuhan yang kukuh ini juga mencerminkan asas yang rendah berikutan kemerosotan aktiviti yang ketara pada suku kedua tahun 2020. Sumber B.H online. Ogos 13, 2021 Pernyataan di atas boleh dikaitkan dengan isu pada peringkat A tempatan B serantau C negeri D negara 3. Pilih akta yang berkaitan dengan penubuhan sebuah perniagaan? I Akta Syarikat 2016 II Akta Alam Sekitar 1974 III Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) IV Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 2006) A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4. Maklumat berikut berkaitan dengan pelepasan cukai. • Diberikan kepada syarikat yang berstatus MSC • Perniagaan terlibat dalam industri teknologi tinggi Pernyataan di atas merujuk kepada A taraf perintis B potongan cukai C pengecualian cukai D elaun cukai pelaburan 5. Gambar berikut berkaitan dengan logo sebuah agensi kerajaan tempatan. Apakah peranan yang dijalankan oleh agensi tersebut? A Menarik pelaburan asing B Penyediakan ruang perniagaan C Mempromosikan aktiviti perniagaan D Memberikan latihan kepada peniaga 6. Maklumat berikut berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi negara. KUALA LUMPUR: Perbelanjaan peribadi pengguna dilihat akan terus menjadi pendorong utama pertumbuhan ekonomi negara. Sumber: Utusan Malaysia, 3 Dis, 2021 Apakah kesan jangka panjang sekiranya perkara ini berlaku? A Kadar faedah akan rendah B Pengguna mempunyai wang C Ekonomi negara terus berkembang D Syarikat mengalami kekurangan pekerja Modul A+ Pnigaan Tg4 B2 5th.indd 53 4/13/2022 9:08:21 AM


55 BAB 2 A Ekologi B Ekonomi C Sosio budaya D Undang-undang 19. Apakah kesan kepada perniagaan akibat perubahan persekitaran dari aspek pasaran? A Kuantiti barang import bertambah B Kuantiti barang tempatan bertambah C Permintaan barang import menurun D Permintaan barangan tempatan meningkat 20. Antara berikut, yang manakah merupakan kesan perubahan dari aspek undang-undang? I Melindungi pengguna daripada penipuan II Mewujudkan sistem perniagaan yang adil III Pendapatan individu akan meningkat IV Penglibatan tenaga buruh yang meningkat A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Kertas 2 Bahagian A Jawab semua soalan. 1. (a) Berikan dua aspek peranan kerajaan pusat. Aspek perundangan Aspek kewangan Aspek perkembangan aktiviti perniagaan [mana-mana dua jawaban] (2 markah) (b) Terangkan tiga jenis pelepasan cukai. Taraf perintis: – Diberikan kepada syarikat yang menyertai promosi kerajaan. – Syarikat akan dikecualikan daripada pembayaran cukai selama 5 tahun. Elaun cukai pelaburan: – Pelepasan cukai diberikan kepada syarikat yang melabur dalam perniagaan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC). – Syarikat yang berasaskan bahan mentah tempatan juga berhak mendapat pelepasan cukai ini. Potongan cukai: – Potongan cukai ini diberikan kepada pengeksport bahan tempatan. – Kadar potongan bergantung pada jenis perbelanjaan yang terlibat. Pengecualian cukai: – Diberikan kepada syarikat yang berstatus Koridor Raya Multimedia dan yang terlibat dalam industri teknologi tinggi. – Diberikan kepada perbelanjaan penyelidikan pasaran eksport, pameran dan pengiklanan di luar negara. Elaun pelaburan semula: – Diberikan kepada syarikat yang mengeluarkan makanan, pembinaan jalan dan pembukaan tanah untuk pembelian aset modal. – Pendapatan syarikat dilaburkan semula untuk pembelian aset. [ mana-mana tiga jawaban berserta dengan penjelasan] (6 markah) Modul A+ Pnigaan Tg4 B2 5th.indd 55 4/13/2022 9:08:21 AM


57 BAB 2 (b) Berikan dua perbezaan antara gaya pengurusan laissez faire dan gaya pengurusan autokratik. Ciri Gaya Pengurusan Laissez Faire Gaya Pengurusan Autokratik Majikan Majikan memberi kebebasan kepada pekerja dan bertolak ansur. Majikan tegas, berkuasa penuh dan tiada tolak ansur. Pekerja Sukar dikawal. Dapat dikawal sepenuhnya. Emosi pekerja Pekerja amat berpuas hati dan mengambil kesempatan. Pekerja tidak berpuas hati dan tidak setia. Kesan Organisasi gagal mencapai matlamat. Organisasi dapat mencapai matlamat. [mana-mana dua perbezaan] (4 markah) Bahagian B Jawab semua soalan. 1. (a) Adakah peranan kerajaan penting untuk kemajuan dan perkembangan perniagaan di sesebuah negara? Jelaskan. Ya. Aspek perundangan: – Hanya kerajaan sahaja yang mampu menetapkan perubahan ini melalui penggubahan undang-undang yang berkaitan perniagaan melalui Parlimen Malaysia. – Pelbagai akta digubal untuk membantu kelancaran perniagaan. – Contohnya, akta berkaitan penubuhan perniagaan, akta untuk menjaga keselamatan dan persekitaran dan lain-lain. Perlindungan pengguna: – Hanya kerajaan dapat memastikan penjual tidak menindas pengguna dalam mencari keuntungan. – Akta berkaitan pengelolaan perniagaan seperti Akta Sewa Beli dan Akta Kawalan Harga dan lain-lain dimaktubkan untuk melindungi pengguna dalam masyarakat. Pelepasan cukai: – Bantuan ini hanya dapat diberikan oleh kerajaan untuk memastikan kemajuan dan perkembangan sektor perniagaan dalam negara. – Pelbagai pelepasan cukai diberikan untuk membantu peniaga dan usahawan mengembang dan memajukan perniagaan. – Contohnya, taraf perintis, elaun cukai pelaburan dan lain-lain. Kewangan: – Ini merujuk pada sumber pembiayaan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti ekonomi. – Kerajaan bertindak seperti ‘ibu’ atau ‘ayah’ dalam memberikan bantuan ini untuk menggerakkan ekonomi dalam keadaan meleset. – Contohnya, bantuan kewangan yang diberikan kepada kumpulan peniaga dan orang ramai semasa pandemik Covid-19 untuk menggerakkan ekonomi. – Kerajaan juga membantu dengan menubuhkan agensi yang memberikan bantuan kepada peniaga. Antaranya termasuk MARA, TEKUN dan PUNB. [setiap isi diberi 2 markah; mana-mana 3 isi diterima] (7 markah) Modul A+ Pnigaan Tg4 B2 5th.indd 57 4/13/2022 9:08:21 AM


59 BAB 2 (b) Huraikan bantuan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai keadaan pada FASA 2. Menurunkan kadar faedah supaya rakyat dapat meningkatkan pembelian. Menurunkan kadar cukai untuk menambahkan kuasa beli penduduk. Melaksanakan dasar fiskal untuk meningkatkan permintaan Keadaan ini akan meningkatkan harga barang dan merancakkan ekonomi negara. [mana-mana dua isi yang dihuraikan] (4 markah) (c) Sekiranya anda seorang peniaga dalam FASA 2, apakah rancangan anda untuk terus mengembangkan perniagaan anda? KBAT Menganalisis Menambahkan pengeluaran. Mengupah lebih ramai pekerja untuk mempercepatkan proses pengeluaran. Menambahkan promosi untuk mengembangkan perniagaan. Mengorak langkah untuk mengharungi pasaran antarabangsa. Membuat pelaburan di dalam dan luar negara untuk meningkatkan keuntungan. [setiap isi satu markah] (5 markah) Bahagian C (Kajian Kes) Berdasarkan kes di bawah, jawab soalan-soalan yang berikut. Brendan Kitinggen, seorang penduduk asli Sarawak bekerja sebagai pengurus di sebuah restoran yang terkenal di Pulau Pinang. Semasa wabak Covid-19 melanda dunia pada tahun 2020, restoran tersebut terpaksa ditutup kerana pemilik tidak dapat menampung kos pengendalian restorannya. Brendan menjadi penganggur. Dengan berbekalkan pengalaman yang ada serta dengan sokongan keluarganya, Brendan telah membuka perniagaan sendiri. Brendan masih mengusahakan perniagaan gerai makanan, tetapi menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah pelanggan. Brendan gigih mencari bantuan untuk meningkatkan pengetahuan bagi memajukan usahanya. Brendan mengharapkan kerajaan dapat membantu dalam menggerakkan ekonomi negara agar kitaran perniagaan akan pulih seperti sedia kala. Ini akan membantu perkembangan dalam perniagannya dan juga keadaan masyarakat. Brendan juga mengharapkan bantuan daripada agensi kerajaan untuk membolehkannya mengusahakan perniagaannya dengan lebih lancar lagi. Kerajaan berusaha membantu rakyat dalam pelbagai cara. Antaranya, termasuk bantuan kewangan kepada peniaga kecil. Penurunan kadar cukai dalam pelbagai jenis kenderaan juga telah dilancarkan untuk mencergaskan kembali ekonomi. Kerajaan juga bertindak membuat penangguhan dalam pembayaran bil dan ansuran bank. 1 (a) Apakah jenis pengangguran yang berlaku kepada Brendan? Pengangguran kitaran (1 markah) (b) Jelaskan sebab berlakunya jenis pengangguran dalam soalan1(a). Berlakunya wabak Covid-19. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan aktiviti perniagaan tidak dapat dijalankan. Kemelesetan ekonomi. Pendapatan dan keuntungan dalam perniagaan merosot. Peniaga tidak mampu mengupah Brendan kerana tiada keuntungan dalam perniagaan. (4 markah) Modul A+ Pnigaan Tg4 B2 5th.indd 59 4/13/2022 9:08:22 AM


61 BAB 2 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) BAB 2: Trend Semasa dalam Perniagaan Tahap Penguasaan Tafsiran 1 Menyatakan peranan kerajaan dalam perniagaan untuk menangani isu tempatan, negara dan serantau. 1. Apakah Bank Negara Malaysia? Bank pusat/ bank induk negara ini. Mengawal kelancaran pengoperasian bank-bank perdagangan di negara ini. Memantau dan mengawal keadaan ekonomi negara. 2. Apakah isu tempatan yang perlu diselesaikan oleh kerajaan dalam usaha memajukan perniagaan? Perlesenan perniagaan yang sah. Tempat atau tapak perniagaan. Keselamatan perniagaan. Keselamatan pengguna. Tahap Penguasaan Tafsiran 2 Menerangkan pengaruh persekitaran perniagaan dan kepentingan peranan kerajaan terhadap perniagaan. 1. Jelaskan peranan kerajaan dalam menangani isu perlindungan pengguna. Menggubal undang-undang yang berkaitan perlindungan pengguna. Mengambil tindakan agar pengguna tidak ditindas. Mewujudkan agensi seperti Tribunal Tuntutan Pengguna untuk menjadi saluran pengguna menyuarakan ketidakpuasan mereka dan membantu pengguna menyelesaikan masalah kepenggunaan. 2. Nyatakan peranan Bank Pusat dalam mengatasi masalah ekonomi. Mengawal dan mengeluarkan mata wang negara. Jurubank kepada kerajaan. Jurubank kepada bank perdagangan. Melaksanakan dasar kewangan kerajaan. Mengawal pengiriman wang ke luar negara. Peminjam terakhir bank perdagangan. Tahap Penguasaan Tafsiran 3 Menghurai dan mengaplikasi kesan pengaruh persekitaran perniagaan dan peranan kerajaan terhadap perniagaan. Nyatakan tindakan anda sebagai pengurus pengeluaran untuk meningkatkan mutu/ kualiti produk anda. Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Menghubungi agensi kerajaan yang sesuai untuk mendapatkan bantuan. Modul A+ Pnigaan Tg4 B2 5th.indd 61 4/13/2022 9:08:22 AM


62 BAB 2 MARDI – yang menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian dan memperkenalkan teknologi baharu untuk meningkatkan kualiti produk. SIRIM – memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi. Menjalankan kajian untuk meningkatkan mutu dan memastikan tiada penyelewengan dalam kualiti produk. MPC – menyediakan input dalam bidang produktiviti dan kuantiti dengan memberikan kursus dan latihan untuk peningkatan kualiti usahawan dalam pelbagai bidang Tahap Penguasaan Tafsiran 4 Menganalisis faktor-faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan. Berdasarkan situasi di bawah, anda dikehendaki membuat analisis dan mencadangkan penyelesaian. Anda bekerja sebagai broker penjualan aset tetap seperti rumah dan tanah. Kebelakangan ini anda mendapati adalah sukar untuk ‘mendapat perniagaan’ walaupun harga aset dalam pasaran sudah pun turun. Mengapakah ini berlaku? Negara mengalami deflasi. Harga produk dalam pasaran telah turun secara berterusan. Pembeli masih enggan membeli aset. Pembeli meramalkan harga akan turun lagi. Pembeli menangguhkan pembelian untuk membeli pada harga yang lebih rendah lagi. Keadaan ekonomi yang meleset menyebabkan pembeli tiada kuasa beli yang tinggi. Tahap Penguasaan Tafsiran 5 Menghubungkaitkan persekitaran perniagaan dengan peranan kerajaan untuk menangani isu semasa perniagaan. Anda mengambil alih perniagaan perabot rotan ayah anda. Anda bangga dengan warisan turun-temurun yang diusahakan oleh ayah anda, dan telah mempunyai rancangan yang lebih besar untuk perniagaan ini. Rancangan anda ialah untuk mengeksport perabot ini ke pasaran antarabangsa. Tambahan pula, anda hendak memastikan pembeli dan bakal pembeli anda yakin dengan jaminan kualiti produk rotan tersebut. Kemukakan cadangan ini kepada ayah anda dan syorkan agensi kerajaan yang dapat membantu anda mengembangkan perniagaan ayah anda ini. SIRIM [Standard and Industrial Research Institute of Malaysia] atau Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia: – Membantu memastikan perabot menepati piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi. – Menjalankan kajian untuk memastikan tiada penyelewengan dari segi kualiti perabot. – Menjalankan aktiviti penyelidikan dan menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pembangunan dan perubahan dalam teknologi. Modul A+ Pnigaan Tg4 B2 5th.indd 62 4/13/2022 9:08:22 AM


115 Kertas Penillaian 1. Tujuan perniagaan ialah . A meningkatkan pendapatan B mewujudkan peluang pekerjaan C membantu masyarakat setempat D menawarkan barang dan perkhidmatan 2. Pilih jawapan yang betul. Barang Perkhidmatan A Pakaian Polisi insurans B Pelancongan Salun kecantikan C Pusat tuisyen Buku komik D Telefon bimbit Motor 3. Pernyataan yang manakah merupakan ciri kehendak manusia? A Mudah dipenuhi B Hidup lebih selesa C Mempunyai batasan D Sama untuk semua individu 4. Berikut ialah kelebihan milikan tunggal kecuali . A mudah diuruskan B mudah ditubuhkan C sukar berkongsi kepakaran D bebas menguruskan perniagaan 5. Antara berikut, yang manakah menerangkan kelebihan perkongsian? I Modal lebih besar II Berkongsi kepakaran III Sukar ditubuhkan IV Modal terhad A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 6. Apakah ciri-ciri koperasi? A Aktiviti berunsurkan politik B Liabiliti anggota adalah tidak terhad C Modal perniagaan disumbangkan oleh anggota D Melaksanakan kegiatan berkaitan dengan perdagangan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya 7. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri Syarikat Awam Berhad? A Bilangan minimum ahlinya berjumlah dua orang B Syer hanya boleh dipindah milik atas persetujuan lembaga pengarah C Syarikat ini mesti dibubarkan jika majoriti pemegang syer menjadi muflis D Sebelum ditubuhkan, syer syarikat jenis ini mestilah disenaraikan di bursa saham 8. Pilih persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dan sederhana. A Menikmati ekonomi bidangan B Mempunyai sumber yang cukup untuk menguasai pasaran C Mudah untuk mendapatkan pekerja yang mahir dan berpengalaman D Lebih mudah untuk melakukan perubahan dalam strategi perniagaan 9. Pilih kelebihan perniagaan bersaiz besar. I Wujud ekonomi bidangan II Komunikasi lebih baik III Memberi layanan peribadi IV Mudah menguasai pasaran A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 10. Maklumat berikut berkaitan dengan kelebihan perniagaan bersaiz kecil. Encik Ali merupakan pemilik Qayyum Enterprise sentiasa mengenali semua pelanggan tetap yang datang ke kedainya. Pernyataan tersebut merujuk kepada A pelanggan yang berpuas hati dengan layanan yang diberikan B layanan peribadi yang diberikan kepada semua pelanggan C komunikasi yang lebih baik antara Encik Ali dengan pekerjanya D kaedah untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan cita rasa pelanggan Kertas 1 Masa: 1 jam 15 minit Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Tiap-tiap soalan berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Kertas Penilaian Tingkatan 4 Modul A+ Pnigaan Tg4 KP 2nd.indd 115 4/13/2022 9:14:25 AM


123 Kertas Penillaian Bahagian B [30 markah] Bahagian ini mengandungi 3 soalan. Pilih 2 soalan sahaja. 7. (a) Nyatakan tiga jenis trend persekitaran perniagaan. Trend meningkat Trend menurun Trend mendatar (3 markah) (b) Jelaskan tiga faktor yang boleh mempengaruhi trend persekitaran. Faktor dalaman, iaitu gaya pengurusan. Gaya pengurusan yang cekap dan sistematik akan menyebabkan peningkatan aktiviti dan operasi perniagaan. Gaya pengurusan yang tidak sesuai akan menyebabkan perniagaan semakin merosot. Faktor dalaman, iaitu pekerja. Pekerja yang berkebolehan akan meningkatkan daya pengeluaran. Pekerja yang kurang produktif menyebabkan aktiviti pengeluaran terjejas. Faktor luaran, iaitu ekonomi. Keadaan ekonomi stabil dan positif memberi peluang kepada perniagaan. Keadaan ekonomi yang lembap atau perlahan memberi kesan negatif kepada perniagaan. Faktor luaran, iaitu politik. Politik yang stabil akan mendorong peningkatan dalam perniagaan. Keadaan politik yang tidak stabil memberi kesan yang negatif kepada perniagaan. (6 markah) (c) Huraikan dua peranan kerajaan persekutuan dalam aspek perkembangan aktiviti perniagaan. Aktiviti promosi. Berusaha untuk memacu pertumbuhan ekonomi ke arah yang lebih stabil dan kukuh. MATRADE menjalankan peranan sebagai sebuah agensi kerajaan yang mempromosikan aktiviti berkaitan dengan perdagangan di luar negara. Aktiviti latihan dan pembangunan. Bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peniaga terutama dalam kalangan Bumiputera agar terus berdaya saing dalam pasaran. Agensi terlibat, iaitu MPC berperanan menyediakan input dalam bidang produktiviti dan kualiti, iaitu kursus keusahawanan, pengurusan dan kawalan kualiti. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan oleh kerajaan dapat menjana kreativiti dan inovasi untuk menempah kejayaan dalam dunia perniagaan. Agensi yang terlibat, iaitu MARDI menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian dan memperkenalkan teknologi baharu kepada industri untuk tujuan peningkatan produktiviti dan kualiti produk. (6 markah) 8. Baca maklumat di bawah dan jawab soalan yang berikut. Keadaan persekitaran perniagaan akan sentiasa berubah dan hal ini akan memberi impak kepada pencapaian matlamat dan objektif perniagaan. Oleh yang demikian, semua matlamat dan objektif yang telah ditetapkan oleh organisasi berkemungkinan tidak akan tercapai. Pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi sama ada menjadi halangan atau ancaman kepada perniagaan. (a) Berikan tiga langkah penyelesaian yang boleh digunakan apabila gagal mencapai matlamat. Mengurangkan kos. Menurunkan harga produk. Mempelbagaikan barang atau perkhidmatan. Mengurangkan kadar pembayaran dividen kepada pemegang syer. Menyemak semula matlamat perniagaan. (3 markah) Modul A+ Pnigaan Tg4 KP 2nd.indd 123 4/13/2022 9:14:26 AM


125 Kertas Penillaian (b) Jelaskan tiga tujuan bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan yang dicadangkan. Penumpuan pada bidang tugas yang diberi sahaja. Dapat meningkatkan kemahiran kerana melakukan kerja yang sama dalam satu jabatan. Mudah melatih pekerja baharu kerana dalam bidang pengkhususan yang sama. Mengurangkan kos dan masalah pengurusan kerana wujud sistem perkongsian sumber. (3 markah) (c) Pada pendapat Puan Siti Zaleha, tiada bahagian fungsian boleh bekerja secara berasingan tapi setiap fungsian saling bergantung antara satu sama lain. Jelaskan tiga kepentingan interaksi perniagaan Puan Siti Zaleha dengan organisasi luar. Mewujudkan jaringan perniagaan. Dapat membantu mengukuhkan sistem operasi. Mengekalkan kelangsungan perniagaan dalam pasaran. Mengukuhkan hubungan baik. Mengukuhkan hubungan baik dengan pelanggan akan membantu peningkatan dalam pencapaian matlamat perniagaan. Menambahkan sumber perniagaan. Membolehkan perniagaan menambah potensi sumber peniagaan seperti bahan mentah, pembiayaan dan kepakaran. Menjalinkan kerjasama strategik. Meningkatkan jalinan kerjasama antara perniagaan dengan perniagaan lain yang berpotensi untuk kerjasama strategik. (6 markah) Bahagian C [20 markah] Jawab semua soalan. 10. Baca maklumat di bawah dan jawab soalan yang berikut. Karim merupakan seorang pengusaha ladang strawberi di kawasan tanah rendah, iaitu di Semeling, Kedah. Karim menjual hasil ladang kepada pemborong di pasar dan juga pasar raya yang berhampiran. Dia sedar bahawa perniagaannya akan bertambah baik sekiranya corak pentadbiran diubahsuai. Cara ini akan membolehkannya mendapat harga yang lebih tinggi. Dia hendak memperkenalkan konsep membeli di ladang kepada pelanggan sasarannya dan juga memperkenalkan kegiatan pelancongan berasaskan pertanian di sekitar kawasan ladangnya. Dalam perancangannya, Karim hendak mengubah suai kawasan ladangnya untuk dijadikan sebuah kawasan pelancongan dengan membina sebuah kilang kecil untuk memproses hasil strawberi dari ladangnya. Strawberi tersebut akan diproses, dibungkus dan dijual dalam bentuk makanan ringan, jeruk atau jem. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk memetik strawberi dan menikmati strawberi segar terus dari ladang. Usaha ini meningkatkan bilangan pengunjung ke ladang dan kilang stawberinya. Dengan ini, Karim bukan sahaja akan mendapat pelanggan akhir, malah akan dapat mempromosikan produk kilangnya. Untuk memenuhi keperluan pelawat, Karim perlu menyediakan sebuah kafe yang menjual minuman dan makanan ringan. Usaha ini merupakan satu lagi peluang untuk mencari keuntungan dalam perusahaannya. Namun begitu, Karim sedar bahawa rancangan ini akan memerlukan modal tambahan yang agak banyak. Isterinya pula tidak bersetuju dengan rancangannya. “Rancangan kamu ini pastinya memerlukan modal yang sangat banyak malah perlu ada strategi pemasaran yang menarik. Tanpa promosi, pasti rancangan itu gagal” isterinya terus berleter. (a) Banyak perubahan yang Karim perlu lakukan bagi mengubah perniagaannya. (i) Nyatakan dua bahagian fungsian yang ingin diubahnya. Bahagian fungsian pentadbiran Bahagian fungsian pengagihan (2 markah) Modul A+ Pnigaan Tg4 KP 2nd.indd 125 4/13/2022 9:14:26 AM


J1 Jawapan BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 1.0 Pengenalan 1. urus niaga, barang, perkhidmatan, penjual, pembeli, keperluan, kehendak, keuntungan 2. pertukaran, keuntungan 3. enam (a) Barang: (i) fizkal (ii) disentuh, dilihat (iii) makanan, komputer, beg Perkhidmatan: (i) faedah (ii) fizikal (iii) pengguna (iv) pengangkutan, agensi pelancongan, insurans (b) Keperluan: (i) kehidupan (ii) terhad (iii) makanan, pakaian, tempat tinggal Kehendak: (i) keselesaan (ii) berbeza (iii) kereta mewah, tetevisyen, perabot (c) (i) balasan (ii) persetujuan (d) (i) Penjual (ii) Pembeli (e) (i) Perjanjian (ii) sah (f) (i) jualan (ii) imej (iii) keuntungan 4. (a) barang (i) pengeluaran, fizikal (ii) mentah, buruh (b) perkhidmatan (i) keselesaan, kepuasan 1.1 Tujuan Perniagaan 1. menawarkan, pembeli 2. pembayaran, dikehendaki 3. keperluan, kehendak 4. Untung (a) secara langsung, keuntungan (b) (i) prestasi (ii) menentukan (iii) modal (iv) imej (v) tanggungjawab sosial 5. Bukan (a) keperluan, tanpa (b) (i) percuma, pembayaran (ii) harga kos, harga kos (iii) di bawah, rendah 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan 1. entiti, perundangan 2. pengurusan, agihan untung rugi, Milikan tunggal, Perkongsian, Koperasi A. Milikan Tunggal 1. seorang 2. Pendaftaran 3. Suruhanjaya Syarikat Malaysia 4. (a) seorang (b) simpanan (c) bantuan (d) dipisahkan (e) kecil (f) tidak terhad (g) individu 5. (a) Pendaftar Perniagaan (b) PNA 42 (c) Borang A (d) nama sendiri, tred (e) perakuan 6. Kelebihan: (b) kecil (d) pemilik (e) rendah (f) individu Kelemahan: (a) individu (e) kepakaran (f) tidak terhad B. Perkongsian 1. gabungan, 2. 20 2. kepakaran 3. ikatan perkongsian 4. perselisihan 5. (a) biasa (b) 50 (c) Perkongsian 1961 (d) Modal (e) nisbah (f) liabiliti (g) aktif 6. (a) berhad, terhad, mengurus, akaun (b) lelap, tidak terhad, menguruskan, modal (c) biasa, tidak terhad (d) aktif, tidak terhad, Aktif, gaji (e) nominal, nama, modal, tidak terhad 7. (a) Biasa (b) Berhad (c) Liabiliti Terhad 8. Kelebihan: (a) rakan kongsi (b) peraturan (c) pengalaman Kekurangan: (b) rakan kongsi (b) hutang 9. (a) Biasa (ii) liabiliti (iii) hak (b) Berhad (ii) modal (iii) pengurusan (c) Liabiliti Terhad (PLT) (i) gabungan (ii) Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 10. (a) Entiti berasingan (b) Liabiliti Terhad (c) Hayat berterusan (d) Entiti berasingan, bebas (e) Liabiliti Terhad, dilindungi (f) Fleksibiliti perniagaan, tambahan (g) Penjimatan kos, audit 11. (a) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (b) PNA 42 (c) Boang A (c) yuran (d) perakuan pendaftaran 12. (a) kepentingan (b) rahsia (c) sumber (d) idea C. Syarikat Berhad 1. Akta Syarikat 2016 2. sekumpulan individu 3. lembaga pengarah, pemegang saham (a) lembaga pengarah, pengarah urusan (b) Pemegang saham 4. Sendirian Berhad, Awam Berhad Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) 1. Akta Syarikat 2016 2. 2, 50 3. (a) saham (b) harta (c) pasaran saham (d) saham (e) terbesar, mengawal(f) liabiliti (g) modal syer (h) cukai 4. (a) Pendaftar Syarikat (b) yuran (c) menggunakan Borang 13A (d) dokumen (e) Serahan (f) mempamerkan 5. Kelebihan: (a) besar (b) terhad (c) diahsiakan Kekurangan: (a) terhad (b) tinggi (c) kelulusan Syarikat Awam Berhad 1. dua, tiada had 2. Bursa Malaysia 3. Ahli Lembaga Pengarah 4. 51% 5. kewangan 6. dividen 7. Kelebihan: (a) besar (b) bidangan (c) terhad (d) kekal Kekurangan: (a) rumit (b) tinggi, cukai (c) ahli lembaga pengarah (d) kerahsiaan D Koperasi 1. sukarela 2. (a) ekonomi, kos sara (b) politik, kebajikan (c) akta, Akta Koperasi 1993 (d) anggota, yuran, sumbangan (e) hak, keputusan (f) terhad, liabiliti (g) bonus, dividen, cukai (h) Ahli Lembaga Pengarah, Mesyuarat Agung Tahunan 3. (a) sukarela (b) demokratik (c) Kerjasama (d) komuniti (e) latihan (f) autonomi (g) ekonomi 4. Kelebihan: (a) terhad (b) demokrasi, mengundi (c) cukai (d) Rebat Kekurangan: (a) rendah (b) terpisah (c) terhad, syer 1.3 Bentuk-bentuk Perniagaan Lain A Francais 1. dua, perjanjian, francaisor, francaisi Modul A+ Pnigaan Tg4 Jaw 3rd.indd 1 4/13/2022 9:15:36 AM


Click to View FlipBook Version