ii KANDUNGAN TEMA 1: Warisan Negara Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 1.1 Konsep Alam Melayu ............................... 1 1.2 Kewujudan Kerajaan di Alam Melayu ...... 5 1.3 Kerajaan Alam Melayu yang Masyhur ..... 6 1.4 Kerajaan Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman ......................................... 9 Cabaran Masteri 1 ............................................... 14 Bab 2 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 2.1 Sistem Pemerintahan ........................... 17 2.2 Kegiatan Ekonomi ................................ 19 Cabaran Masteri 2 ............................................... 24 Bab 3 Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 3.1 Bahasa dan Tulisan .............................. 28 3.2 Persuratan ............................................. 29 3.3 Seni Bina .............................................. 31 3.4 Struktur Sosial ...................................... 34 Ujian Masteri 3 ..................................................... 36 Bab 4 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 4.1 Agama dan Kepercayaan ..................... 39 4.2 Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu ......................................... 43 Cabaran Masteri 4 ............................................... 49 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka 5.1 Pengasasan Kesultan Melayu Melaka ............................................................... 53 5.2 Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka .................................................. 54 5.3 Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang Berpusat di Melaka ..................... 66 Ujian Masteri 5 ..................................................... 68 Bab 6 Kesultanan Johor Riau 6.1 Pengasasan Kesultanan Johor Riau .... 71 6.2 Kegemilangan Kesultanan Johor Riau .............................................................. 75 Ujian Masteri 6 ..................................................... 79 Bab 7 Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor 7.1 Pengasasan Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor .................... 84 7.2 Warisan Kesultanan Melayu Melaka di Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor ............................................... 89 Cabaran Masteri 7 ............................................... 95 Bab 8 Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis 8.1 Pengasasan Kesultanan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis .................. 97 8.2 Hubungan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan Negeri-negeri Melayu yang Lain ........ 102 Cabaran Masteri 8 ............................................. 105 Bab 9 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis 9.1 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis ........................... 108 9.2 Keunikan Adat dan Pemerintahan Negeri Sembilan ............................................. 113 Cabaran Masteri 9 ............................................. 118 Bab 10 Sarawak dan Sabah 10.1 Sarawak dan Sabah dalam Alam Melayu ............................................................. 121 10.2 Kemunculan Pemerintahan Tempatan ............................................................. 122 10.3 Kegiatan Ekonomi Masyarakat Sarawak dan Sabah .......................................... 126 10.4 Keunikan Masyarakat Bumiputera Sarawak dan Sabah ........................... 127 Cabaran Masteri 10 ............................................ 137 Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)....................141 Jawapan .......................................................147
1.1 Konsep Alam Melayu 1. Alam Melayu meliputi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia. 2. Asia Tenggara merupakan tanah luas terbentang yang menghubungkan daratan dan kepulauan yang dikenali sebagai Pentas Sunda. 3. Gelaran lain bagi Alam Melayu ialah Kepulauan Melayu atau Dunia Melayu dan gelarannya berbeza-beza mengikuti peredaran zaman. 4. Masyarakat yang menghuni kawasan ini berkongsi tamadun yang sama merangkumi aspek kepercayaan, asal usul keturunan, bahasa, budaya dan masyarakat. 5. Konsep Alam Melayu dapat dilihat dari segi geografi, bahasa dan budaya. Aspek Geografi 1. Kepelbagaian pendapat tokoh-tokoh tempatan dan luar negara terhadap aspek geografi Alam Melayu sering dijadikan sebagai rujukan dalam perbincangan konsep Alam Melayu. 2. Alam Melayu merupakan sebahagian Asia Tenggara yang meliputi Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, selatan Thailand, selatan Myammar dan selatan Indonesia. 3. Pandangan tokoh-tokoh terhadap aspek geografi Alam Melayu adalah seperti berikut: Angkor Srivijaya Majapahit Laut China Selatan Selat Melaka Champa Funan Kedah Tua Gangga Negara Peta 1.1 Kerajaan-kerajaan Alam Melayu yang masyhur Galeri Info Buku ini merupakan satu pengenalan untuk membincangkan maksud Alam Melayu, istilah MelayuAustronesia dan asal usul perkataan Melayu. 1 1 1 1 Kerajaan Alam Melayu BAB
Sejak awal lagi, Alam Melayu telah mengalami perkembangan budaya yang pesat dengan kemunculan beberapa kepandaian dalam bidang kesenian seperti pembuatan gangsa dan seni mempertahankan diri. Kepandaian tersebut merupakan ciptaan asli masyarakat di Alam Melayu. Selain itu, nilai-nilai murni serumpun seperti gotong-royong juga diamalkan dalam kehidupan seharian. Dalam bidang persembahan pula, wayang kulit telah muncul di Kelantan dan Pulau Jawa. Dato' A.Aziz Deraman, budayawan Rajah 1.3 Pandangan tokoh terhadap budaya Alam Melayu 3. Walaupun penduduk di Alam Melayu dibahagikan kepada beberapa buah negara dari segi geografi, namun ikatan keserumpunan bahasa dan kebudayaan yang diamalkan oleh mereka telah menyedarkan kita bahawa kita tetap serumpun di Alam Melayu. Gambar foto 1.1 Silat Gambar foto 1.2 Pembuatan gangsa Gambar foto 1.3 Wayang kulit Ujian Diagnostik 1.1 1. Di manakah letaknya lokasi Alam Melayu? 2. Padankan tokoh-tokoh dengan pendapat mereka tentang Alam Melayu dari aspek geografi dengan betul. Meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea. a i Meliputi selatan Vietnam, Kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina. b Meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan Taiwan. c ii iii Gambar foto 1 Gambar foto 2 Gambar foto 3 1 1 Tema 2: Warisan Negara 4
1.2 Kewujudan Kerajaan di Alam Melayu 1. Perkembangan kerajaan Alam Melayu: Petempatan kecil Pelabuhan Kerajaan 2. Contoh kerajaan Alam Melayu adalah seperti Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Nagara. a Kerajaan Funan Tempoh wujud: Abad pertama Lokasi: Lembah Sungai Mekong Pusat kerajaan: Vyadhapura c Kerajaan Kedah Tua Tempoh wujud: Abad ke-5 Lokasi: Sungai Mas dan Sungai Bujang Pusat kerajaan: Sungai Mas dan Pangkalan Bujang f Kerajaan Majapahit Tempoh wujud: Abad ke-13 Lokasi: Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur Pusat kerajaan: Kota Trowulan e Kerajaan Srivijaya Tempoh wujud: Abad ke-7 Lokasi: Lembah Sungai Musi, Sumatera Pusat kerajaan: Palembang b Kerajaan Champa Tempoh wujud: Abad ke-2 Lokasi: Selatan dan tengah Vietnam Pusat kerajaan: Indrapura d Kerajaan Angkor Tempoh wujud: Abad ke-9 Lokasi: Lembah Sungai Mekong Pusat kerajaan: Hariharalaya 1 1 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 5
(b) Kerajaan Champa Latar belakang Lokasi Selatan dan tengah Vietnam Pusat Pentadbiran Indrapura Pengasas • Diasaskan oleh Chu-Lien (tahun 192 M). • Sering diserang oleh Dai Viet. • Baginda berjaya membebaskan Champa daripada pengaruh China. Zaman kegemilangan • Semasa pemerintahan Che Bong Nga. • Berjaya mematahkan serangan Dai Viet dan membunuh pemerintahnya iaitu Raja Tran Due Tong. • Meluaskan empayar ke Dai Viet hingga ke Lembah Sungai Merah. • Pemerintahan baginda mendapat pengiktirafan daripada Dinasti Ming pada tahun 1369. Zaman kemerosotan • Zaman kemerosotan berlaku setelah kemangkatan pemerintahnya, Indravarman pada tahun 1441. • Siri serangan telah diadakan oleh Dai Viet ke atas Champa dan akhirnya berjaya menawan Champa pada tahun 1471. (c) Kerajaan Srivijaya Latar belakang Lokasi Lembah Sungai Musi, Sumatera Pusat Pentadbiran Palembang Pengasas • Diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa (683 M). • Baginda mengukuhkan kedudukan dengan menawan kawasan sekitar seperti Bangka dan Taruma. Zaman kegemilangan • Semasa pemerintahan Sangramadhananjaya (abad ke-8). • Berjaya menawan Sumatera, selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra. • Membolehkan Srivijaya menguasai jalan laut perdagangan antarabangsa di Selat Melaka dan Selat Sunda. • Menjadi kuasa perdagangan utama di Alam Melayu. • Srivijaya juga merupakan pusat pengajian agama Buddha. Zaman kemerosotan • Kerajaan Srivijaya mulai merosot apabila tentera Chola dari selatan India menyerang pada tahun 1025. (d) Kerajaan Angkor Latar belakang Lokasi Lembah Sungai Mekong Pusat Pentadbiran Hariharalaya Pengasas • Jayavarman II dari Chenla. • Baginda telah berjaya menyatukan wilayah-wilayah di Lembah Sungai Mekong. Zaman kegemilangan • Semasa pemerintahan Suryavarman II. • Berjaya meluaskan empayar Angkor ke sekitar Lembah Sungai Mekong hingga ke selatan Myanmar. • Baginda juga berjaya mematahkan serangan daripada Champa dan Dai Viet. • Baginda berusaha mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dengan pedagang luar. • Jayavarman VII pula telah meluaskan pengaruh empayar Angkor sehingga sempadan Annam. • Baginda telah membina Angkor Thom dan 102 buah hospital demi kebajikan rakyat jelata. 1 1 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 7
Hubungan Perdagangan 1. Kedudukan yang strategik antara jalan utama perdagangan antarabangsa timur dan barat serta kekayaan hasil bumi merupakan antara faktor pemerintah Alam Melayu menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan dunia luar yang lain. 1. Hubungan diplomatik yang terjalin antara kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan-kerajaan dunia luar yang lain telah menyumbang kepada penyebaran agama. 2. Contoh agama yang disebarkan adalah seperti agama Hindu, agama Buddha dan agama Islam. 3. Penyebaran agama-agama ini telah memberikan kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan rakyat setempat seperti pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosiobudaya. Guangzhou Arikamedu Barygaza Tamralipti Barbaricon Aden Alexandra Tyre Antioch Rom Turan Oc-Eo Kedah Tua Palembang Tuban Laut Kaspia LAUTAN HINDI Pedagang luar ke Alam Melayu Pedagang Alam Melayu ke pelabuhan luar Barangan Alam Melayu dibawa ke Rom Petunjuk U 2. Kesimpulannya, selain faktor kedudukan yang strategik dan kekayaan hasil bumi, para pemerintah yang mengamalkan sikap keterbukaan juga mendorong kepada perkembangan dan kemakmuran ekonomi kerajaan Alam Melayu. Hubungan Keagamaan Peta 1.5 Laluan utama perdagangan antarabangsa kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan dunia luar yang lain sejak abad pertama hingga abad ke-15 1 1 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 11
Bahagian A Pilih jawapan yang paling tepat. 1. Alam Melayu meliputi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian A barat benua Asia B timur benua Asia C barat daya benua Asia D tenggara benua Asia 2. Manakah antara berikut merupakan ikatan keserumpunan penduduk yang menetap di Alam Melayu? I Bahasa II Kemahiran III Taraf pendidikan IV Kebudayaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3. Pernyataan berikut berkaitan dengan zaman kegemilangan sebuah kerajaan Alam Melayu. Semasa pemerintahan Fan Shih-man, pengaruh empayar kerajaan ini tersebar ke Sungai Mekong hingga ke Teluk Camranh di sebelah timur. Kerajaan tersebut merujuk kepada A kerajaan Funan B kerajaan Srivijaya C kerajaan Gangga Nagara D kerajaan Angkor 4. Kerajaan Alam Melayu yang muncul pada abad ke-13 ialah A kerajaan Srivijaya B kerajaan Angkor C kerajaan Funan D kerajaan Majapahit 5. Kerajaan-kerajaan luar berikut telah muncul sezaman dengan kerajaan Alam Melayu Funan, kecuali A empayar Rom B empayar Parsi C kerajaan Kushan D Dinasti Qin 6. Apakah faktor utama yang menyebabkan kerajaan-kerajaan di Alam Melayu muncul sebagai kerajaan yang gemilang? A Kekuatan tentera B Kekayaan sumber bumi C Kebijaksanaan pemerintah D Kekebalan kubu pertahanan 7. Apakah tujuan kerajaan Srivijaya menjalin hubungan luar dengan India? I Persahabatan II Perdagangan III Keagamaan IV Diplomatik A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 1 1 Tema 2: Warisan Negara 14 CABARAN MASTERI 1
Bahagian B 1. Peta di bawah berkaitan dengan kawasan Alam Melayu. U Taiwan Papua New Guinea Madagaskar Australia Tanah Melayu New Zealand (a) Apakah yang anda faham dengan konsep alam Melayu? (2 markah) (b) Nyatakan pendapat tokoh-tokoh berikut tentang kawasan Alam Melayu dari aspek geografi. (i) Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi (2 markah) (ii) Alfred Russel Wallace (2 markah) (c) Terdapat persamaan dalam kalangan masyarakat di kawasan Alam Melayu. Jelaskan. (4 markah) 2. Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan Alam Melayu. Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Negara merupakan antara kerajaan Alam Melayu yang masyhur. (a) Di manakah letaknya lokasi pusat pentadbiran kerajaan Alam Melayu berikut: (i) Funan (ii) Srivijaya (2 markah) (b) Nyatakan kemasyhuran-kemasyhuran kerajaan berikut: (i) Angkor (2 markah) (ii) Gangga Nagara (2 markah) (c) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri kepimpinan yang boleh diteladani oleh generasi akan datang daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Alam Melayu? (4 markah) KBAT Mengaplikasi KBAT Menganalisis 1 1 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 15
Portal Spotlight Portal Spotlight Portal Spotlight Portal Spotlight Senarai tugas ketua kampung https://goo.gl/sVXeTS 3. Pentadbiran pada peringkat wilayah pula telah diubah suai agar dapat memenuhi keperluan pemerintahan pada masa kini. DYMM Raja Perlis Keenam, Tuanku Syed Putra Jamalullail (1945-2000) DYMM Raja Perlis Ketujuh, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (2000-kini) Rajah 9.2 Salasilah Raja-Raja Perlis Rajah 9.3 Pentadbiran peringkat wilayah • Sultan atau Raja menduduki hierarki tertinggi dalam sistem pemerintahan beraja. • Sultan atau Raja sebagai ketua negeri dan memiliki keistimewaan. • Tanggungjawab Sultan atau Raja: - Ketua agama Islam. - Lambang perpaduan rakyat. Sultan (negeri) • Tujuan pembesar dilantik: Wakil pentadbir pihak kerajaan. • Tanggungjawab pembesar terhadap jajahan atau daerah. • Pentadbiran secara unit daerah masih kekal sehingga kini. Pembesar (Jajahan/Daerah) • Penghulu – Penguasa pada peringkat mukim. • Peranan – Sebagai perantara antara rakyat dengan pemerintah. • Pentadbiran mukim masih kekal sehingga kini. • Ketua kampung merupakan jawatan yang diubah suai untuk mentadbir unit yang lebih kecil. Penghulu (Mukim) Adat Istiadat 1. Faktor keserumpunan budaya telah membawa kepada wujudnya persamaan warisan adat diraja kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis. 2. Antara istiadat diraja yang diamalkan adalah seperti keputeraan, penganugerahan darjah kebesaran dan pemakaman pemerintah. 3. Di samping itu, alat-alat kebesaran turut diwarisi dan digunakan dalam setiap upacara rasmi. Gambar foto 9.1 Darjah Setia Mahkota Perlis Sultan (Negeri) Pembesar (Jajahan/Daerah) Penghulu (Mukim) 9 9 Bab 9 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis 109 9 9
Karya-karya Persuratan Penerangan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah • Pengarang: Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad (1927) • Kandungan: - Sejarah istana Kedah dan pentadbiran di Perlis. - Mengisahkan pengasasan dan senarai pemerintah, pembukaan ibu kota, alat kebesaran diraja, iaitu nobat dan pengislaman pemerintah Kedah. Hikayat Merong Mahawangsa • Dihasilkan sekitar tahun 1821. • Kandungan: - Mengisahkan pengasasan kerajaan Kedah, pembukaan kota pentadbiran dan pengislaman pemerintah. Salasilah Atau Tarikh Kerajaan Kedah • Pengarang: Wan Yahya bin Wan Muhammad Taib (1911) • Kandungan: - Merekod secara kronologi maklumat jurai pemerintah negeri Kedah dari tahun 630M hingga tahun 1911. - Mendedahkan tentang perkembangan ekonomi dan pentadbiran kerajaan Kedah melalui pembahagian daerah. Syair Sultan Maulana • Dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804-1845). • Dipersembahkan dalam bentuk syair. • Kandungan: Kisah perang tentera Kedah. Hikayat Seri Kelantan • Dihasilkan pada tahun 1914. • Kandungan: - Mengisahkan pemerintahan negeri Kelantan sejak zaman Che Siti Wan Kembang, Puteri Saadong dan Raja Abdullah hingga tahun 1900. Detik2 Sejarah Kelantan • Pengarang: Sa'ad Shukri bin Haji Muda(1971) • Kandungan: - Merekodkan sejarah pengasasan kerajaan Kelantan. - Peristiwa penting setiap pemerintah. Jadual 9.1 Karya Sejarah Gambar foto 9.2 UndangUndang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Persuratan 1. Kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis juga mewariskan karya-karya persuratan yang amat bernilai. 2. Karya-karya persuratan ini masih dijadikan sumber rujukan penting dalam mengkaji kewujudan sesebuah kerajaan hingga kini. Galeri Info Pemantapan undang-undang Islam dalam undang-undang kerajaan Kedah dan Kelantan: • Pada tahun 1955, kerajaan Kedah memperkenalkan enakmen zakat yang diuruskan melalui penubuhan sebuah jawatankuasa. • Kerajaan Kelantan memperkenalkan enakmen dan pekeliling berkaitan undang-undang jenayah Islam dan Islam dalam kehidupan. 9 9 Bab 9 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis 111
Keunikan Adat Perpatih Upacara kedim Perkahwinan Pelaksanaan hukuman Jurai keturunan sebelah ibu Wanita mewarisi pusaka • Penerimaan orang dari suku lain atau orang luar sebagai ahli suku. • Seseorang itu dikehendaki mengangkat sumpah setia dan bersaudara dengan ahli suku yang bakal disertai dan membuat penghebahan. • Perkahwinan sesama suku adalah tidak digalakkan kerana suku yang sama dianggap sebagai sebuah keluarga besar dan bersaudara. • Galakan terhadap perkahwinan di luar suku bertujuan untuk mempererat hubungan antara suku. • Lelaki yang berkahwin akan menjadi anggota keluarga suku isterinya yang diberi gelaran “orang semenda” (orang mendatang). • Perkahwinan sesama suku akan menyebabkan wanita hilang hak mewarisi harta pusaka manakala lelaki akan hilang hak untuk menyandang jawatan dalam adat. • Adat memulih pusaka boleh dilakukan untuk mengembalikan hak-hak mereka. • Bertujuan untuk pemulihan. • Memberikan kesedaran kepada pesalah agar pesalah tidak mengulangi kesalahan. • Kesalahan yang kecil boleh diselesaikan dengan bermaafmaafan atau memberikan denda yang ringan. • Kaum wanita dianggap sebagai Ibu Soko; ibu yang melahirkan anggota keluarga. • Anak merupakan anggota suku ibunya. • Anggota suku dianggap sedarah kerana mereka berasal daripada moyang wanita yang sama sebelah ibu. • Kaum wanita berhak mewarisi harta pusaka seperti tanah dan rumah agar wanita tidak diabaikan. • Hak ini diwarisi kepada anak perempuan secara turuntemurun. Rajah 9.6 Keunikan Adat Perpatih Gambar foto 9.2 Wanita Minangkabau Gambar foto 9.3 Perkahwinan Adat Perpatih 9 9 Tema 2: Warisan Negara 114
Rajah 9.8 Hierarki Pemerintahan Adat Perpatih • Lembaga ialah Ketua Suku yang dilantik oleh Buapak. • Peranan Lembaga adalah seperti berikut: - Memilih Undang dan Penghulu. - Menjaga keselamatan dan keamanan. - Menyelesaikan pertelingkahan antara Suku. - Mengurus pembahagian harta pusaka. • Tanggungjawab anak buah ialah memilih seorang ketua yang bergelar Buapak. • Buapak merupakan ketua yang berperanan sebagai sumber rujukan perkara yang berkaitan dengan adat dan hukum. • Mengetahui, memahami dan menghafal adat dan asal usul kelompok kekeluargaan yang diwakilinya. • Terlibat secara langsung dalam pemilihan dan pelantikan Buapak dalam kelompok yang diwakilinya. • Pelantikan pemimpin pada semua peringkat tidak boleh dilakukan sekiranya tiada Ibu Soko. • Yang di-Pertuan Besar dipilih oleh Undang Yang Empat. • Memainkan peranan sebagai ketua negeri. • Merupakan simbol kesatuan dan persekutuan. • Undang ialah Ketua Luak yang dilantik oleh Lembaga. • Undang Yang Empat termasuk Undang Sungai Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau. • Undang berperanan untuk memilih Yamtuan yang layak daripada keturunan Yamtuan Radin untuk menjadi Yamtuan Besar atau Yang diPertuan Besar. B Pemerintahan Adat Perpatih Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar Undang Lembaga Buapak Anak Buah dan Ibu Soko 9 9 Tema 2: Warisan Negara 116
Bahagian C 1. Pengasasan kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis menyumbang kepada perkembangan warisan kesenian. (a) Jelaskan warisan-warisan berikut: (i) Warisan seni ukir (ii) Warisan seni bina (6 markah) (b) Terangkan warisan-warisan berikut: (i) Warisan seni persembahan (ii) Warisan seni silat (6 markah) (c) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat memelihara dan memulihara kesenian yang unik ini? (8 markah) 2. Keserumpunan Alam Melayu telah menyebabkan terdapat masyarakat Minangkabau yang merantau dan menetap di Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Naning. Mereka turut membawa adat resam mereka, iaitu Adat Perpatih. (a) Jelaskan keunikan Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan. (6 markah) (b) Nyatakan peranan dan fungsi bagi ketua-ketua setiap kumpulan. (6 markah) (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah bukti yang menunjukkan bahawa negara kita merupakan sebuah negara demokrasi? (8 markah) KBAT Mengaplikasi KBAT Menilai 9 9 Tema 2: Warisan Negara 120
PENTAKSIRAN SUMATIF BAHAGIAN A (20 markah) Jawab semua soalan. 6. Antara berikut, yang mana merupakan faktorfaktor yang membawa kepada penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam ke Alam Melayu? I Kestabilan politik II Peranan mubaligh III Aktiviti perdagangan IV Peranan golongan bangsawan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 7. Maklumat berikut merupakan aliran agama yang terdapat di kerajaan Alam Melayu. Tripaksa Kerajaan yang dimaksudkan ialah A Funan B Angkor C Srivijaya D Majapahit 8. Gambar foto berikut merupakan pokok-pokok bakau yang terdapat di persisiran pantai Melaka. Apakah peranan yang dimainkan oleh tumbuhan-tumbuhan tersebut? I Sebagai benteng pertahanan II Sebagai perlindungan semula jadi III Hasil eksport IV Petunjuk kepada pelayar kapal 1. Apakah kerajaan yang terawal muncul di Alam Melayu? A Majapahit B Srivijaya C Angkor D Funan 2. Siapakah putera-putera raja yang mentadbir wilayah dalam kerajaan Funan? A Raja Kecil B Rajapakma C Rajakumara D Raja Mahkota 3. merupakan pelabuhan utama bagi kerajaan Funan. A Yosadharapura B Turan C Tuban D Oc Eo 4. Apakah tujuan kerajaan Alam Melayu menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan India dan China? A Membawa kemajuan B Menyebarkan agama C Mendapat bantuan tentera D Memantapkan kedudukan 5. Patih Gajah Mada merupakan tokoh penting dalam kerajaan Majapahit. Apakah sumbangan beliau? A Peluasan empayar B Pengasasan kerajaan C Penyebaran agama Islam D Memajukan perdagangan PENTAKSIRAN SUMATIF UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 141
Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) PENTAKSIRAN SUMATIF 18. Apakah tujuan utama kerajaan Perlis menghantar bunga emas kepada kerajaan Siam setiap tiga tahun sekali? A Sebagai ufti B Sebagai cukai C Sebagai tanda persahabatan D Untuk mendapatkan naungan 19. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi masyarakat di Sabah dan Sarawak? A Agama dan kepercayaan B Keunikan kaum C Keadaan cuaca D Kedudukan 20. Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan sungai terhadap masyarakat Sarawak dan Sabah? I Agama dan kepercayaan II Aktiviti perlombongan III Sumber protein IV Kegunaan domestik A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV BAHAGIAN B (40 markah) Jawab semua soalan. 1. Maklumat berikut berkaitan dengan faktor kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka adalah disebabkan oleh faktor dalaman dan faktor luaran. (a) Nyatakan faktor-faktor dalaman yang dimaksudkan. (2 markah) (b) Apakah pengajaran yang dapat anda peroleh daripada keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka? (4 markah) 143
Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) PENTAKSIRAN SUMATIF (c) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan kegiatan ekonomi di negara kita? (4 markah) BAHAGIAN C (20 markah) Jawab satu soalan. 1. Maklumat berikut berkaitan dengan kegiatan perdagangan semasa zaman Kesultanan Johor Riau. Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di Pelabuhan Johor terutamanya di Pelabuhan Riau. Antara kapal yang berlabuh termasuklah kapal Siam, Portugis, Inggeris dan pulau-pulau di Alam Melayu. (a) Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang menjadi tumpuan pedagang. (6 markah) (b) Pengurusan yang baik dan teratur menjamin kemajuan sesebuah pelabuhan. Terangkan pengurusan yang diamalkan dalam pelabuhan kerajaan tersebut. (6 markah) (c) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk memajukan pelabuhan di negara kita? Jelaskan. (8 markah) 2. Pemimpin dalam Adat Perpatih ialah ketua adat seperti Ibu Soko, Buapak, Lembaga, Undang dan Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar. Penyandang pesaka adat pada setiap peringkat dipilih hasil daripada permuafakatan. (a) Terangkan peranan dan fungsi bagi setiap ketua adat dalam Adat Perpatih. (6 markah) (b) Jelaskan keunikan yang ada dalam Adat Perpatih. (6 markah) (c) Berdasarkan pengalaman sejarah anda, nyatakan bukti-bukti yang menjadikan negara kita sebuah negara demokrasi. (8 markah) 146
JAWAPAN Bab 1 Kerajaan Alam Melayu Ujian Diagnostik 1.1 1. Meliputi kawasan gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia. 2. (a) iii (b) ii (c) i Ujian Diagnostik 1.2 1. Indrapura, Kota Trowulan 2. Abad pertama, abad ke- 6 3. Kawasan yang kita diami telah mempunyai kerajaan yang agung setanding dengan tamadun lain di dunia. (Mana-mana jawapan yang munasabah) Ujian Diagnostik 1.3 1. Kaundinya 2. (a) Pemerintahnya iaitu Indravaman meninggal dunia. (b) Serangan daripada Dai Viet. 3. (a) Kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah. (b) Perkembangan perdagangan. Ujian Diagnostik 1.4 1. (a) Empayar Rom (c) Empayar Kushan (b) Empayar Parsi (d) Dinasti Han 2. (a) Kedudukan strategik antara laluan perdagangan timur dan barat. (b) Kekayaan hasil bumi. 3. Untuk mempererat hubungan persahabatan. Cabaran Masteri 1 Bahagian A 1. D 2. B 3. A 4. D 5. D 6. C 7. C Bahagian B 1. (a) F1 – Merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar. (1m) F2 – Di bahagian tenggara benua Asia. (1m) (b) i. F1 – Meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, (1m) F2 – Papua New Guinea, Australia, New Zealand. (1m) F3 – Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan. (1m) ii. F1 – Meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim. (1m) F2 – Kepulauan Nicobar, Filipina (1m) F3 – Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea. (1m) (c) F1 – Perkongsian kepercayaan. (1m) F2 – Perkongsian asal usul keturunan. (1m) F3 – Perkongsian bahasa. (1m). F4 – Perkongsian budaya. (1m) 2. (a) i. F1 – Vyadhapura (1m) ii. F1 – Palembang (1m) (b) i. F1 – Suryavarman II meluaskan empayar ke sekitar Lembah Sungai Mekong hingga selatan Myammar. (1m) F2 – Berjaya menghalang ancaman daripada Champa dan Dai Viet. (1m) F3 – Mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dengan pedagang luar. (1m) F4 – Jayavarman VII meluaskan empayar ke sempadan Angkor Thom. (1m) ii. F1 – Sering dikunjungi oleh pedagang luar sejak abad ke-5. (1m) F2 – Kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah. (1m) F3 – Berjaya mempertahankan kedaulatannya daripada serangan kerajaan Srivijaya pada tahun 850 M. (1m) (c) F1 – Perancangan strategik. (1m) F2 – Sedia melaksanakan pembaharuan. (1m) F3 – Menyelesaikan masalah secara perundingan. (1m) F4 – Mengukuhkan perpaduan kaum. (1m) F5 – Mementingkan ilmu pengetahuan. (1m) F6 – Melakukan kemajuan sosial. (1m) F7 – Adil dan saksama. (1m) 3. (a) F1 – Empayar Byzantine (1m) F2 – Kerajaan Abbasiyah (1m) F3 – Kerajaan Chola (1m) F4 – Dinasti Tang (1m) (b) F1 – Dapat mengukuhkan kedudukan kerajaan. (1m) F2 – Membantu dalam perkembangan perdagangan. (1m) F3 – Memudahkan perluasan empayar. (1m) F4 – Mudah mendapat bantuan ketenteraan sekiranya diserang. (1m) F5 – Mudah mendapat pengiktirafan kerajaan yang lain. (1m) (c) F1 – Memantapkan lagi pertahanan kerajaan. (1m) F2 – Menyatukan masyarakat. (1m) F3 – Memantapkan sistem pemerintahan kerajaan. (1m) F4 – Memperbesarkan saiz angkatan tentera. (1m) F5 – Menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan yang lain. (1m) Bahagian C 1. (a) i. F1 – Penggunaan bahasa serumpun yang dikaitkan dengan bahasa Melayu. (1m) F2 – Bahasa serumpun mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik peribumi. (1m) F3 – Mempunyai persamaan melalui kata-kata tertentu . (1m) C1 – Seperti empat/ papat/ ampat/ pat/ apat / lima/ limo/ limah/ limo (1m) ii. F1 – Meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu/ Papua New Guinea/ Australia/ New Zealand/ Kepulauan Pasifik/ Taiwan (1m) F2 – Meliputi selatan Vietnam/ Kemboja/ selatan Myanmar/ Segenting Kra/ Malaysia/ Indonesia/ Brunei/ Filipina (1m) JAWAPAN 147
Jawapan JAWAPAN F3 – Meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim/ Kepulauan Nicobar/ Filipina/ Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea (1m) F4 – Meliputi Malaysia/ Indonesia/ Brunei/ Singapura/ selatan Thailand/ Filipina/ Indochina/ selatan Myanmar (1m) F5 – Kini, Alam Melayu merupakan sebahagian daripada Asia Tenggara. (1m) (b) i. F1 – Masyhur semasa diperintah oleh Fann Shih-man. (1m) F2 – Empayar diperluas ke Sungai Mekong hingga Teluk Camranh di sebelah timur. (1m) F3 – Selatan Myammar dan Segenting Kra dikuasai. (1m) F4 – Penguasaan wilayah ini membolehkan Funan menguasai jalan perdagangan utama. (1m) F5 – Funan menjadi pusat perdagangan pada abad ketiga. (1m) ii. F1 – Berjaya menakluk Sumatera/ selatan Myanmar/ Tanah Melayu/ Segenting Kra semasa pemerintahan Sangramadhananjaya. (1m) F2 – Menguasai jalan laut antarabangsa/ Selat Melaka/ Selat Sunda. (1m) F3 – Menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu. (1m) F4 – Menjadi pusat pengajian agama Buddha. (1m) (c) F1 – Memastikan kelangsungan hidup manusia. (1m) H1 – Mendapat bekalan makanan - seperti ikan/ hasil laut. (1m) F2 – Mendapat bekalan air untuk kegunaan harian. (1m) H2 – Mempunyai saliran yang dapat mengairi kawasan pertanian. (1m) C1 – Contoh, dalam Kerajaan Majapahit Sungai Bengawan Solo / Sungai Brantas membekalkan air untuk padi sawah. (1m) F3 – Memudahkan perhubungan dan pengangkutan. (1m) H4 – Untuk mengangkut hasil pertanian. (1m) H5 – Untuk berhubung dengan masyarakat. (1m) 2. (a) F1 – Funan (1m) F2 – Champa (1m) F3 – Majapahit (1m) F4 – Angkor (1m) F5 – Kedah Tua (1m) F6 – Srivijaya (1m) (b) F1 – Kerajaan Funan : Memohon bantuan ketenteraan untuk melawan Dai Viet. (1m) F2 – Kerajaan Majapahit : Menjalin hubungan persahabatan. (1m) F3 – Kerajaan Angkor : Memperkukuhkan persahabatan dan perdagangan. (1m) F4 – Kerajaan Champa : Memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China, iaitu Dai Viet. (1m) F5 – Kerajaan Srivijaya : Mendapatkan pengiktirafan. (1m) F6 – Kerajaan Kedah Tua : memperkukuh hubungan perdagangan. (1m) (c) F1 – Mengekalkan kestabilan politik. (1m) F2 – Meningkatkan hubungan kerjasama seperti politik, ekonomi dan sosial. (1m) F3 – Dapat meningkatkan kemajuan sains dan teknologi. (1m) F4 – Dapat menarik pelabur asing. (1m) F5 – Dapat meluaskan pasaran ekspot negara. (1m) F6 – Membantu mengekalkan keamanan sejagat. (1m) F7 – Dapat memajukan industri pelancongan. (1m) F8 – Mengelakkan konflik antara negara. (1m) F9 – Memupuk semangat setiakawan. (1m) F10 – Menjalin kerjasama dalam bidang perubatan. (1m) Bab 2 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu Ujian Diagnostik 2.1 1. Kurung Bnam, Rajadhiraja dan Cakravatin. 2. Raja sebagai jelmaan dewa. 3. (a) Dewaraja (b) Maharaja, Sri Maharaja, Sri Bathara (c) Kerajaan Srivijaya Ujian Diagnostik 2.2 1. Menyimpan air untuk tujuan pengairan tanaman. 2. (a) Barangan Alam Melayu yang pelbagai. (b) Lokasi strategik di tengah-tengah laluan perdagangan timur dan barat. (c) Kemudahan pelabuhan 3. (a) Oc Eo (b) Sungai Mas (c) Surabaya Cabaran Masteri 2 Bahagian A 1. D 2. D 3. B 4. C 5. A 6. D 7. B 8. D Bahagian B 1. (a) F1 – Kurung Bnam (1m) F2 – Rajadhiraja (1m) (b) F1 – Raja Champa dibantu oleh para pembesar. (1m) F2 – Mengutip cukai, menjaga keamanan dan mengukuhkan pertahanan. (1m) F3 – Pada peringkat wilayah, Champa dibahagikan kepada lima wilayah. (1m) F4 – Indrapura, Amaravati, Vijaya, Kauthara dan Pandurangga. (1m) (c) F1 – Menegakkan keadilan. (1m) F2 – Memastikan kesejahteraan rakyat. (1m) F3 – Menjamin kestabilan negara. (1m) F4 – Mewujudkan undang-undang. (1m) F5 – Memajukan ekonomi negara. (1m) F6 – Memastikan pentadbiran cekap dan telus. (1m) F7 – Mengekalkan perpaduan negara. (1m) 2 (a) i. F1 – Untuk menyara diri. (1m) ii. F1 – Menyimpan air. (1m) F2 – Menahan air dan mencegah banjir. (1m) 148
Jawapan JAWAPAN (b) F1 – Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai. (1m) F2 – Mengusahakan tanaman lain seperti pisang, tebu, bijan, kekacang, kelapa, sayur-sayuran dan buah-buahan. (1m) F3 – Mendapatkan kulit kura-kura. (1m) (c) F1 – Meningkatkan penggunaan teknologi moden. (1m) F2 – Memelihara dan memulihara sumber semula jadi. (1m) F3 – Mengadakan sistem pengairan yang berkesan. (1m) F4 – Menggunakan benih dan baja yang berkualiti. (1m) F5 – Memodenkan sistem pemasaran hasil pertanian. (1m) F6 – Melahirkan golongan petani moden. (1m) 3. (a) i. F1 – Gaharu (1m) F2 – Sarang burung (1m) F3 – Rotan (1m) F4 – Kapur barus (1m) ii. F1 – Gamat (1m) F2 – Rumpai air (1m) F3 – Mutiara (1m) (b) F1 – Sebagai bahan makanan. (1m) F2 – Sebagai perubatan. (1m) F3 – Sebagai barang perhiasan. (1m) F4 – Sebagai bahan binaan. (1m) F5 – Sebagai bahan pewangi. (1m) F6 – Sebagai bahan kraf tangan. (1m) (c) F1 – Mengadakan promosi melalui pameran di peringkat antarabangsa. (1m) F2 – Memperkenalkan melalui media sosial. (1m) F3 – Memberi penerangan kepada pelancong asing tentang kegunaan hasil hutan dan laut negara kita. (1m) F4 – Menarik pelabur asing untuk menceburi bidang berkenaan. (1m) F5 – Memperkenalkan tempat-tempat pengeluaran hasil hutan dan laut. (1m) Bahagian C 1. (a) F1 – Raja-raja Funan menggunakan gelaran Kurun Bnam yang bermaksud raja gunung. (1m) F2 – Menggunakan gelaran Rajadhiraja yang melambangkan raja Funan sebagai raja segala raja. (1m) F3 – Menggunakan Cakravatin yang bermaksud pemerintah alam sejagat. (1m) F4 – Raja Srivijaya digelar Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. (1m) F5 – Raja Angkor menggunakan gelaran Dewaraja yang dikaitkan raja sebagai dewa. (1m) F6 – Raja-raja Majapahit menggunakan gelaran Maharaja, Sri Maharaja dan Sri Bathara. (1m) (b) F1 – Raja dibantu oleh Sapta Prabu dan para pembesar. (1m) F2 – Sapta Prabu ialah Majlis Penasihat Diraja. (1m) F3 – Mereka terdiri daripada kerabat diraja. (1m) F4 – Majapahit dibahagi kepada 14 wilayah. (1m) F5 – Setiap wilayah dipecahkan kepada Kabupaten, Kawadanan, Pakuwuan dan Kebuyutan. (1m) F6 – iaitu daerah dan daerah kecil serta kampung. (1m) (c) F1 – Bersatu padu memajukan negara. (1m) F2 – Taat setia kepada Raja dan Negara. (1m) F3 – Meraikan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan dan Raja. (1m) F4 – Menghargai sumbangan institusi beraja. (1m) F5 – Mengekalkan kestabilan negara. (1m) F6 – Mematuhi undang-undang negara. (1m) F7 – Tidak mencemarkan nama baik sultan dan raja. (1m) F8 – Tidak melakukan perbuatan yang boleh mengancam keselamatan negara. (1m) 2. (a) i. F1 – Kedudukan strategik. (1m) F2 – Terletak di Lembah Sungai Mekong. (1m) F3 – Kesuburan tanah. (1m) H3 – Hujan membekalkan air ke tasik-tasik besar/ Tonle Sap untuk mengairi kawasan padi sawah. (1m) ii. F1 – Pulau Jawa mempunyai tanah yang subur. (1m) F2 – Sungai Bengawan Solo/ Sungai Brantas membekalkan air untuk padi sawah. (1m) F3 – Pemerintah Majapahit membina beberapa sistem pengairan. (1m) (b) F1 – Pemerintah Angkor telah membina kolam/ baray. (1m) H1 – Untuk menyimpan air . (1m) F2 – Di Champa, Ketua Air di setiap kampung diwujudkan (1m). H2 – Untuk menyelenggarakan terusan/ daik (1m). F3 – Pemerintah Majapahit telah membina beberapa sistem pengairan. (1m) H3 – Untuk meningkatkan pengeluaran padi sawah. (1m) (c) F1 – Memberi kesedaran dan memupuk minat kepada generasi muda. (1m) H1a – Bahawa dunia tani menjanjikan pulangan lumayan melalui pendidikan. (1m) H1b – Melalui subjek RBT di sekolah. (1m) H1c – Golongan muda akan disuntik semangat transformasi untuk menggunakan bioteknologi dalam sektor pertanian. (1m) C1 – Contohnya, kini setongkol jagung berharga RM2. (1m) F2 – Menawarkan latihan dan pengalaman pendidikan dalam penternakan, perikanan dan perladangan. (1m) H2a – Dikendalikan oleh Jabatan Pertanian. (1m) H2b – Penawaran biasiswa bagi bakal siswazah yang melanjutkan pengajian dalam sains pertanian dan sains akuakultur di IPTA. (1m) C2 – Contohnya, Universiti Malaysia Terengganu. (1m) F3 – Menawarkan bantuan modal dan pemberian insentif/ subsidi kepada golongan muda yang menceburi bidang pertanian. (1m) H3 – Bantuan modal dapat digunakan untuk membeli mesin-mesin yang canggih, baja-baja kimia dan bahan racun serangga. (1m) 149