BANK SOALAN Nota Ringkas Latihan Intensif Soalan Berkualiti 100% Format SPM 1 Set Ujian Pentaksiran Jawapan Lengkap Akses Digital KSSM PENTAKSIRAN BAHARU SPM Tingkatan 4 PBD MESRA & MENYELURUH Zulkifli bin Jamil Pendidikan seni visual
MESTI TAHU iii – x Bab 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja 1 Bab 2 Seni Lukisan 12 Bab 3 Seni Catan 22 Bab 4 Seni Cetakan 32 Bab 5 Reka Bentuk Landskap 42 Bab 6 Reka Bentuk Dalaman 53 Bab 7 Seni Ukiran 63 Bab 8 Seni Reka Grafik (Ilustrasi) 73 Bab 9 Seni Foto (Genre Fotografi) 83 Pentaksiran Tingkatan 4 93 Jawapan 99 Kandungan
MESTI TAHU Bab 1 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 2 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 2 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 2 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja: Konsep Penting 1. Alat kebesaran Diraja – Lambang kedaulatan, keagungan, kekuasaan, dan kemegahan negara kita. 2. Awan larat – Ukiran atau motif yang tersusun dan berhubungan (berangkaian). 3. Muskat – Pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. 4. Sampir – Bahagian sarung keris yang berada di bahagian atas sekali. 5. Kain sakhlat – Kain yang diperbuat daripada bulu domba (biri-biri). 6. Solek – Teknik lipatan untuk menghasilkan tengkolok. 7. Mess Kit – Pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong semasa menghadiri majlis santapan malam beristiadat. Seni Lukisan: Konsep Penting 1. Hatching – Garisan selari. 2. Crosshatching – Silang pangkah. 3. Alegori – Seni visual yang dihasilkan menggunakan watak dan peristiwa untuk menyampaikan sesuatu mesej. 4. Imitasi – Suatu kaedah yang memerlukan pelukis meniru semula objek asal (menunjukkan keadaan yang sebenar atau secara realistik). 5. En plein air – Dalam bahasa Perancis bermaksud di luar rumah iaitu tindakan melukis di luar rumah. Keris Panjang Diraja Seni Lukisan: Aliran Renaissance dan Aliran Baroque Seni Lukisan: Aliran Romantisisme dan Aliran Naturalisme Keris Panjang Diraja merupakan alat kebesaran negara yang utama dalam istiadat pertabalan. Menggambarkan potret dan figura manusia. Memberi tumpuan kepada emosi dan suasana. Menekankan seni berbentuk imitasi dengan meniru alam semula jadi dan lukisan figura setepat yang mungkin. Berbentuk realistik. Bertemakan keagamaan, mitologi dan sejarah. Fokus kepada karya bertemakan kesengsaraan, pemerintahan beraja dan kejatuhan gereja. Bertemakan alam semula jadi. Memberi penekanan kepada bentuk semula jadi, jalinan, warna, cahaya, dan ruang. Bertemakan keagamaan, sejarah, alegori, dan potret tokoh. Renaissance Romantisisme Naturalisme Baroque Tengkolok / Mahkota / Tanjak Diraja Solek Tengkolok Diraja Pahang ‘Sekelongsong Bunga’ Tengkolok Diraja Negeri Sembilan ‘Dendam Tak Sudah’ Tengkolok Diraja Selangor ‘Setanjak Balung Raja’ Tengkolok Diraja Perlis ‘Dendam Tak Sudah’ Tengkolok Diraja Kedah ‘Dendam Tak Sudah’ Tengkolok Diraja Terengganu ‘Belalai Gajah’ Tengkolok Diraja Kelantan ‘Ketam Budu’ Mahkota Kerajaan Johor – Tanjak Diraja Perak ‘Ayam Patah Kepak’ Contoh Tengkolok / Mahkota / Tanjak Diraja Fakta Penting 1 3 5 7 9 11
1 Bab 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja 1. Alat Kebesaran Diraja (a) Cogan Alam • Alat ini mempunyai struktur bulatan pada bahagian hulu. • Terdapat ukiran anak bulan dan bintang daripada emas pada bahagian atas bulatan. • Terdapat lambang 11 buah negeri di sekeliling bulatan tersebut. • Empat ekor harimau secara berdiri menanggung bulatan itu. • Motif enam tangkai padi yang diperbuat daripada emas menghiasi batang tongkat. (b) Cogan Agama • Tongkat bulat berhulu besar diperbuat daripada perak. • Panjangnya ialah 155.04 sentimeter. • Terdapat ukiran anak bulan dengan bintang pecah lima yang diperbuat daripada emas pada bahagian hulu tongkat. • Diukir dengan ayat-ayat suci al-Quran pada batang dan hulunya. (c) Cokmar • Dua batang tongkat pendek yang diperbuat daripada perak. • Setiap satu panjangnya 81.32 sentimeter. • Berbentuk kubah pada bahagian hulu. (d) Keris Panjang Diraja • Keris ini disalut dengan emas pada bahagian hulu hingga ke sarung keris. • Diukir lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang 11 buah negeri pada bahagian atas sampirnya. • Ditempa dengan besi waja yang diambil dari 11 bilah keris negeri pada bahagian mata keris. • Berbentuk tapak kuda dengan bermotif buah jering pada bahagian hulu atau kepala keris. (e) Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja • Disalut dengan perak bagi Keris Panjang dan Sundang Diraja. • Terdapat ukiran pada bahagian hulu dan sarungnya. (f) Payung Ubur-ubur Kuning • Mempunyai dua puluh kaki yang diperbuat dengan menggunakan kain sutera berwarna kuning Diraja. • Anak bulan dan bintang dipasangkan pada bahagian puncak payung. (g) Tombak Berambu • Mempunyai dua puluh batang. • Diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari 11 buah negeri pada bahagian mata tombak. • Berlok tiga pada bahagian mata tombak. 2. Alat Perhiasan Diraja (a) Tengkolok Diraja • Ditenun dengan sutera, berwarna hitam dan bersulam benang emas. • Dinamakan ‘Dendam Tak Sudah’ bagi bentuk solek pada bahagian ulunya. • Anak bulan dan bintang pecah empat belas diperbuat daripada emas putih diletakkan pada bahagian depan. • Terdapat lambang Kerajaan Persekutuan yang berwarna-warni pada bahagian tengah bintang pecah empat belas. (b) Muskat • Diinspirasi daripada pakaian tradisi Muskat, Oman dan pakaian rasmi pegawai kerajaan negeri Kedah. • Diperbuat dengan menggunakan benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas. • Bermotif ragam hias awan larat dan bunga raya. • Labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang. • Dipakai dengan seluar panjang yang bersulam di kaki dan tengkolok. (c) Mess Kit • Reka bentuk dan coraknya diolah berdasarkan Muskat. • Mempunyai motif ragam hias awan larat pada bahagian lengan dan kolar. • Bermotif bunga raya iaitu lima kelopak menggambarkan lima prinsip Rukun Negara. • Dipakai dengan vest, kemeja putih dan seluar panjang hitam yang terdapat jalur keemasan pada bahagian tepi. • Epolet, keris bersilang dan lima bintang pecah lima bersusun secara bulatan merupakan aksesori tambahan pakaian ini. • Terdapat aiguillette berwarna keemasan pada bahagian kanan dada. (d) Keris Pendek Diraja • Diperbuat daripada mata keris lama yang berhulu, bersarungkan gading dan bertatahkan emas. NOTA
2 • ‘Hulu Pekaka’ merupakan nama hulu keris ini yang berbentuk kepala ‘Geroda’. • Diselitkan lambang Kerajaan Persekutuan pada bahagian sampir keris. (e) Pending Diraja • Diperbuat menggunakan emas sepuluh mata bertatahkan permata delima. • Terdapat lambang Kerajaan Persekutuan di bahagian tengah. • Menggunakan kain sakhlat bertekat benang emas dengan corak bunga bagi tali bengkungnya. (f) Gandik Diraja • Diperbuat dengan menggunakan emas putih bertatah penuh dengan permata berlian yang bermotifkan awan larat. • Mempunyai anak bulan dengan bintang yang diperbuat daripada emas putih pada bahagian tengahnya. • Boleh diceraikan kepada loket atau kerongsang. (g) Kalung Diraja • Diperbuat dengan menggunakan emas putih bertatah penuh dengan permata berlian. • Boleh diceraikan kepada kerongsang, sepasang subang dan kerabu. 3. Fungsi dan Peranan Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja (a) Alat Kebesaran Diraja Alat Fungsi Peranan Keris Panjang Diraja • Alat kebesaran negara yang utama digunakan dalam istiadat pertabalan. • Simbol kebesaran dan kekuasaan. Cogan Alam • Alat yang digunakan dalam istiadat rasmi raja-raja Melayu di Malaysia. • Simbol keteguhan, keutuhan dan kesepaduan antara negeri di Malaysia. Cogan Agama • Alat yang digunakan dalam istiadat rasmi raja-raja Melayu di Malaysia. • Simbol kesepaduan antara negeri di Malaysia yang berteraskan Islam. Cokmar • Alat perang pada zaman dahulu dan alat kebesaran negara. • Simbol kekuasaan, kekuatan dan kebesaran. Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja • Alat yang merupakan tiga senjata Melayu lama. • Simbol kekuasaan, kekuatan dan kebesaran. Payung Ubur-ubur Kuning • Alat yang digunakan dalam majlis istiadatistiadat rasmi. • Lambang kebesaran raja-raja Melayu. Tombak Berambu • Alat yang digunakan dalam majlis istiadatistiadat rasmi. • Alat kebesaran Diraja. (b) Alat Perhiasan Diraja Alat Fungsi Peranan Tengkolok Diraja • Alat yang dipakai pada hari penting seperti: – Hari Pertabalan – Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan – Lawatan rasmi ke negeri-negeri di Malaysia – Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Parlimen • Lambang kebesaran raja-raja Melayu. Muskat • Pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong. • Lambang kebesaran raja-raja Melayu. Mess Kit • Pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong semasa menghadiri majlis santapan malam beristiadat. • Pakaian Diraja yang merupakan simbol kebesaran. Keris Pendek Diraja • Salah satu alat yang menjadi pelengkap bagi pakaian kebesaran Diraja. • Yang di-Pertuan Agong sahaja yang memakainya untuk majlis istiadat Diraja. • Lambang kekuasaan baginda. Pending Diraja • Pengancing tali pinggang atau kepala tali pinggang yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong. • Pakaian Diraja yang merupakan simbol kebesaran. Gandik Diraja • Sebagai perhiasan ulu (kepala) bagi Raja Permaisuri Agong. • Dipakai dalam istiadat kebesaran Diraja dan ketika pertabalan Yang di-Pertuan Agong. • Perhiasan Diraja dan simbol kebesaran. Kalung Diraja • Rantai leher yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agong semasa istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan ketika pertabalan Yang di-Pertuan Agong. • Perhiasan Diraja dan simbol kebesaran.
3 TIP SOS A Isikan tempat-tempat kosong dengan jawapan yang betul. 1. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. (a) berfungsi sebagai alat perang pada zaman dahulu dan menjadi alat kebesaran negara. (b) Hulu pada Keris Pendek Diraja dinamakan dan berbentuk . (c) Pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mendapat inspirasi daripada pakaian tradisi negara Oman yang dinamakan . (d) Tengkolok Diraja Selangor menggunakan solek . (e) ‘Ketam Budu’ merupakan solek yang terdapat pada . (f) Gandik Diraja diperbuat daripada bertatah penuh dengan permata berlian bermotifkan . (g) Pending Diraja diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatahkan permata delima manakala tali bengkungnya diperbuat daripada . (h) Motif bunga raya yang terdapat pada Mess Kit merupakan . 2. Namakan alat kebesaran dan perhiasan Diraja Yang di-Pertuan Agong dengan betul. LATIHAN (a) (b) (c) Soalan 2: (a) Pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong. (b) Dipakai pada Hari Pertabalan, Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan dan semasa Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Parlimen. (c) Pelengkap kepada pakaian kebesaran Diraja dan majlis istiadat Diraja.
4 TIP SOS 3. Namakan alat perhiasan Diraja Raja Permaisuri Agong dengan betul. B Jawab semua soalan. 1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan alat kebesaran Diraja? (b) Apakah peralatan perang zaman silam yang akan mengiringi Istiadat Pertabalan Diraja? (c) Pada pendapat anda, apakah makna bagi simbol empat ekor harimau pada Cogan Alam? Jelaskan. (a) (b) Soalan 1(a): (i) Peralatan yang menjadi simbol dan keagungan warisan Kesultanan Melayu.
5 TIP SOS (d) Apakah alat kebesaran lain yang turut dipakai bersama Muskat? (e) Apakah fungsi dan peranan Keris Pendek Diraja? Berikan alasan anda. (f) Mengapakah Muskat bermotifkan ragam hias awan larat dan bunga raya? Berikan alasan anda. (g) Nyatakan kepentingan menghargai alat kebesaran dan perhiasan Diraja. KBAT Mengaplikasi (h) Apakah kaitan alat kebesaran dan perhiasan Diraja dengan institusi Diraja? KBAT Menganalisis Soalan 1(h): (i) Institusi beraja merupakan teras kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran negara. (ii) Raja mempunyai kuasa mutlak kepada sistem Raja Berperlembagaan.
6 TIP SOS 2. Berdasarkan gambar di bawah, jawab soalan-soalan berikut. (a) Berikan nama alat kebesaran Diraja yang terdapat dalam gambar di atas. (b) Terangkan perbezaan tombak dengan lembing dan mengapakah tombak dijadikan sebagai alat kebesaran Diraja? (c) Bagaimanakah bahasa seni visual dapat diaplikasi dalam penghasilan alat kebesaran Diraja? KBAT Menganalisis Soalan 2(c): (i) Merangkumi unsur seni dan prinsip rekaan.
17 TIP SOS KERTAS 1 Pilih jawapan yang paling tepat. 1. Siapakah pelukis dalam aliran Rococo yang merupakan pengasas kepada Royal Academy di London? A Thomas Gainsborough B Mary Cassatt C Raphael D Titian 2. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan aliran Impresionisme? I Menggunakan tema keagamaan, mitologi dan sejarah II Menggambarkan gaya hidup moden III Sering menggunakan teknik garisan hatching, crosshatching dan gosokan IV Penggunaan unsur seni yang bertindih-tindih A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3. Antara berikut, yang manakah merupakan karya Camille Pissarro dalam aliran Impresionisme? A A Lady Walking in a Garden with a Child B Portrait of Princess C Young Girls D La Guaira 4. Berikut ialah karya Young Girls. Karya di atas dihasilkan oleh Mary Cassatt. Apakah aliran seni yang dihasilkan oleh beliau? A Impresionisme B Renaissance C Naturalisme D Rococo 5. • Kejelasan dalam imej dan dramatik tetapi tidak terlalu terperinci. • Tema keagamaan, sejarah dan potret golongan bangsawan. Maklumat di atas merujuk kepada lukisan aliran A Rococo B Baroque C Renaissance D Impresionisme 6. Maklumat di atas adalah berkaitan dengan A Jean-Baptiste-Camille Corot B Thomas Gainsborough C Jules Bastein-Lepage D Edgar Degas 7. Antara berikut, yang manakah benar tentang imitasi dalam penghasilan sesuatu karya? A Melukis gambar alam menjadi abstrak B Penggunaan unsur seni yang bertindih-tindih C Merakam gambar pemandangan alam di tepi pantai D Meniru semula objek alam seolah-olah seperti gambar 8. • Aliran seni yang terpenting menjelang abad ke-19. • Aliran ini bermula dengan sekumpulan pelukis muda di Paris. • Kebanyakan karya dihasilkan di luar bangunan atau di kawasan terbuka. Apakah faktor yang menyebabkan ramai pelukis pada waktu itu menghasilkan karya di kawasan terbuka? • Seorang pelukis dalam aliran Realisme. • Pernah memenangi Prix de Rome bagi lukisan yang bertajuk Study of a Beech Tree. Soalan 4: (i) Sering menggunakan teknik garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan dalam aliran ini.
18TIP SOS A Terciptanya ‘French box easel’ memudahkan dan memberi keselesaan kepada pelukis B Iklim yang sejuk memudahkan pelukis menghasilkan karya di luar bangunan C Mempunyai sokongan daripada golongan bangsawan D Lebih menekankan seni lukisan berbentuk imitasi 9. Manakah antara berikut merupakan karya yang dihasilkan dalam aliran Neoklasisisme? A B C D 10. Berikut ialah karya dalam aliran Naturalisme. Berdasarkan gambar di atas, bilakah karya SelfPotrait dihasilkan oleh Jules Bastien-Lepage? A Abad ke-16 C Abad ke-19 B Abad ke-18 D Abad ke-17 11. Berikut merupakan media yang sering digunakan oleh pelukis-pelukis aliran Naturalisme kecuali A Pastel C Cat akrilik B Pensel D Pen dan dakwat 12. Berikut ialah tokoh yang terkenal semasa aliran Neoklasisisme kecuali A Joseph Wright B Antoine-Jean Gros C Anton Raphael Mengs D Louis-Jean-Francois Lagrenee 13. Berikut merupakan karya Head of a Girl oleh Diego Velazquez. Pada aliran manakah karya di atas dihasilkan? A Baroque B Renaissance C Romantisisme D Neoklasisisme 14. Siapakah pelukis yang terpenting dalam aliran Baroque semasa Zaman Keemasan Sepanyol? KBAT Mengaplikasi A Rembrandt van Rijn B Diego Velazquez C Edgar Degas D Raphael Soalan 14: (i) Antara karya beliau ialah Head of a Girl, 1618.
19 TIP SOS 15. • Lebih tertumpu kepada emosi dan suasana. • Pelukis lebih cenderung kepada sesuatu yang ideal. Maklumat di atas merujuk kepada aliran A Neoklasisisme C Renaissance B Romantisisme D Rococo 16. Di manakah aliran Rococo bermula? A Itali C Perancis B Jerman D Belanda 17. Berikut ialah karya Willow and White Poplars. Apakah aliran seni yang digunakan oleh JeanBaptiste-Camille Corot? A Rococo C Naturalisme B Realisme D Romantisisme 18. Beliau dikaitkan dengan permulaan aliran Naturalisme dan menghasilkan karya Self-Potrait. Siapakah yang dimaksudkan? A Thomas Gainsborough B Jules Bastien-Lepage C Francois Boucher D Titian 19. Kombinasi yang manakah benar tentang nama pelukis dan tajuk karya. KBAT Menganalisis Nama Pelukis Tajuk Karya A William Blake The Cottage in the Lane B Joseph Wright Part of the Collosseum Seen in Sunlight C Edouard Manet An Old Cistern D Francisco Goya Job’s Complaint 20. Maklumat di atas merujuk kepada A En plein air B Canvas stand C French box easel D French tripod stand 21. Berikut ialah karya Girl Listening to a Guitar. Karya yang dihasilkan oleh Francisco Goya di atas adalah daripada aliran A Baroque B Rococo C Naturalisme D Romantisisme 22. Antara berikut, yang manakah merupakan pelukis bagi karya Tobias and the Angel dalam aliran Renaissance? A Jules Bastien-Lepage B Vincent van Gogh C Leonardo da Vinci D Titian 23. Pelukis yang telah menghasilkan karya dalam aliran Impresionisme di atas ialah A Edgar Degas B Mary Cassatt C Raphael D Titian • Aliran Impresionisme. • Dicipta pada pertengahan abad ke-19. • Young Woman in a Black and Green Bonnet, Looking Down (1890) • Young Girls (1897) • Maternite (1890) • Nurse Reading to a Little Girl (1895) Soalan 23: (i) Hal benda pilihan pelukis ini mengisahkan tentang ibu, anak dan wanita.
30 Arahan: Jawab satu soalan sahaja. Soalan 1 Anda sedang melalui kaki lima sebuah bangunan. Kelihatan seorang lelaki sedang membaiki kasut. Bersebelahan tukang kasut terdapat beberapa pasang kasut dan peralatan membaiki kasut. Lakarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan terhadap bentuk, jalinan dan ruang. Panduan dalam Menghasilkan Karya: (a) Bentuk seorang lelaki sedang membaiki kasut, beberapa pasang kasut dan peralatan seperti jarum khas, pisau, penukul dan benang (atau peralatan lain yang sesuai). (b) Jalinan pada figura manusia, kasut yang sedang dibaiki, beberapa pasang kasut dan peralatan membaiki dengan menggunakan teknik-teknik dalam garisan bagi menimbulkan kesan jalinan. (c) Fokus kepada ruang dekat dengan komposisi yang menarik dan berlatar belakang yang boleh menampakkan lelaki tersebut berada di kaki lima bangunan kedai. KERTAS 2
31 Soalan 2 Berhampiran sebuah tasik terdapat seekor kambing yang sedang meragut rumput. Di sekitar tasik ditumbuhi pokok-pokok renek. Lakarkan suasana tersebut dari sudut yang menarik dengan memberi penekanan terhadap bentuk, ruang dan jalinan. Panduan dalam Menghasilkan Karya: (a) Bentuk seekor kambing dan pokok-pokok renek (nampakkan sedikit bahagian tasik). (b) Jalinan pada kambing dan pokok-pokok renek. (c) Penggunaan ruang dekat dengan mengaplikasi komposisi yang menarik dalam hasil karya.
33 TIP SOS A Isikan tempat-tempat kosong dengan jawapan yang betul. 1. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. (a) Seni cetakan Barat bermula dengan cetakan dalam bentuk hitam putih. (b) Mesin cetak pertama sekitar tahun 1450 dicipta oleh . (c) dan merupakan pelukis cetakan Jepun yang menggunakan blok warna rata, terang dan besar. (d) Cetakan benaman menggunakan kaedah gurisan atau dipanggil . (e) Jacques Callot merupakan pelukis aliran Baroque yang menggunakan cetakan . (f) Gaya dan aliran Mannerisme menolak gaya yang bercirikan fahaman dan ajaran agama Kristian. (g) Cetakan kayu dihasilkan dalam bentuk pada pertengahan abad ke-15. 2. Nyatakan abad berdasarkan karya dengan betul. Jacques Callot, James Abbott, McNeill Whistler, Cornelis Matsys, The Fair at Impruneta Billingsgate (Billingsgate Market) Four Blind Peasants (a) (b) (c) Rembrandt van Rijn, Thomas Bewick, Hans Collaert II, The Windmill The Yellow Wagtail Sculpura in Aes (d) (e) (f) LATIHAN Soalan 2(b): (i) Antara aliran yang wujud pada abad ini ialah Rococo, Neoklasisisme, Romantisisme, Realisme, Impresionisme dan Post-Impresionisme.
34TIP SOS B Jawab semua soalan. 1. (a) Nyatakan definisi cetakan. (b) Nyatakan tiga aliran yang telah anda pelajari dalam seni cetakan. (c) Pada pendapat anda, bagaimanakah aliran dan tema dapat mempengaruhi hasil cetakan? KBAT Mengaplikasi (d) Apakah keistimewaan yang terdapat dalam cetakan? (e) Terangkan proses-proses untuk menghasilkan cetakan gurisan asid. Soalan 1(c): (i) Merujuk kepada subjek, pengaruh, pedagang dan pengembara serta stail dan gaya.
35 TIP SOS (f) Nyatakan dua ciri cetakan gurisan asid. (g) Berikan tiga nama pelukis Barat dalam bidang seni cetakan. (h) Pada pendapat anda, apakah yang membezakan seni cetakan Barat dengan tempatan? KBAT Mengaplikasi (i) Mengapakah seni cetakan konvensional semakin kurang mendapat tempat di Malaysia? KBAT Menganalisis 2. Berdasarkan gambar di bawah, jawab soalan-soalan berikut. Karya: The Chillingham Bull Soalan 1(f): (i) Sifat yang khusus pada jenis cetakan tersebut yang berbeza dengan cetakan lain.
36TIP SOS (a) Siapakah pelukis bagi karya cetakan tersebut? Nyatakan juga abad karya tersebut. (b) Pada pendapat anda, apakah tema yang digunakan dalam karya tersebut? (c) Jelaskan bahasa seni visual yang terdapat dalam gambar di atas. KBAT Menganalisis (d) Berdasarkan pengetahuan anda, berikan ciri-ciri penting bagi karya tersebut. KBAT Mengaplikasi Soalan 2(c): (i) Unsur seni: Garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. (ii) Prinsip rekaan: Harmoni, kontra, penegasan, kepelbagaian, imbangan, kesatuan serta irama dan pergerakan.
37 TIP SOS KERTAS 1 Pilih jawapan yang paling tepat. 1. Apakah keistimewaan yang terdapat dalam seni cetakan? A Boleh dikomersialkan di dalam dan luar negara B Boleh dihasilkan sama ada berbentuk hitam putih atau warna C Kos penghasilan yang lebih murah berbanding karya-karya seni catan D Dapat menghasilkan lebih daripada satu edisi dengan blok yang sama 2. Manakah antara berikut merupakan maklumat yang betul mengenai aliran pada abad ke-18 dan 19? A Penggunaan plat tembaga dalam penghasilan karya cetakan B Menggunakan rekaan geometri secara berulang-ulang C Seni cetakan berfungsi untuk tujuan komersial D Penggunaan dekorasi dalam karya cetakan 3. Berikut ialah karya The Spanish Fury oleh Jan Collaert. Karya tersebut dihasilkan pada abad keA 17 C 16 B 18 dan 19 D 15 4. Berikut ialah karya The Wine Glass. Apakah ciri utama yang terdapat dalam karya pada abad ke-18 dan 19 seperti gambar di atas? A Menonjolkan figura B Memaparkan imej realis C Menonjolkan alam benda D Subjek utama tidak diletakkan di bahagian tengah 5. • Terpengaruh dengan ciri-ciri gaya cetakan Jepun. • Mencipta komposisi simetri. Siapakah pelukis aliran Impresionisme Barat yang dimaksudkan? A Hans Holbein C Claude Monet B Jacques Callot D Rembrandt 6. Apakah nama alat yang digunakan untuk meratakan warna pada blok kayu? A Berus B Penggelek C Pisau palet D Minyak turpentin 7. Apakah tujuan seni cetakan aliran Baroque? A Untuk tujuan komersial B Memberi pendidikan kepada masyarakat setempat C Melahirkan lebih ramai pelukis-pelukis yang berbakat D Meraih simpati menerusi kesan-kesan dramatik dan kemuliaan yang ditonjolkan 8. Karya cetakan yang manakah dihasilkan pada abad ke-17? KBAT Mengaplikasi A Soalan 3: (i) Pada abad ini, cetakan kayu kurang mendapat perhatian pelukis berbanding cetakan gurisan dan intaglio.
93 1. Apakah nama pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mendapat inspirasi daripada pakaian tradisi Muskat, Oman? A Muskat B Mess Kit C Baju kurung teluk belanga D Tengkolok Diraja Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2. Apakah nama alat perhiasan Diraja berdasarkan gambar di atas? A Tengkolok Diraja B Pending Diraja C Gandik Diraja D Kalung Diraja Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3. Apakah peranan alat kebesaran Diraja di atas? A Simbol kekuasaan, kekuatan dan kebesaran B Simbol keteguhan dan keutuhan C Lambang kebesaran D Alat peperangan Masa: 1 jam Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 4. Bentuk solek ‘Dendam Tak Sudah’ berasal dari negeri A Perlis B Kedah C Perak D Negeri Sembilan 5. Pending ialah perhiasan yang perlu dipakai di A pinggang B kepala C badan D leher 6. Antara berikut, yang manakah aliran lukisan bagi X dan Y? X Y X Y A Baroque Renaissance B Naturalisme Realisme C Realisme Naturalisme D Impresionisme Neoklasisisme KERTAS 1 Pentaksiran Tingkatan 4
99 Jawapan BAB 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja Latihan A 1. (a) Cokmar berfungsi sebagai alat perang pada zaman dahulu dan menjadi alat kebesaran negara. (b) Hulu pada Keris Pendek Diraja dinamakan ‘Hulu Pekaka’ dan berbentuk kepala ‘Geroda’. (c) Pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mendapat inspirasi daripada pakaian tradisi negara Oman yang dinamakan Muskat. (d) Tengkolok Diraja Selangor menggunakan solek Setanjak Balung Raja. (e) ‘Ketam Budu’ merupakan solek yang terdapat pada Tengkolok Diraja Kelantan. (f) Gandik Diraja diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian bermotifkan awan larat. (g) Pending Diraja diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatahkan permata delima manakala tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat. (h) Motif bunga raya yang terdapat pada Mess Kit merupakan bunga kebangsaan Malaysia. 2. (a) Muskat (b) Tengkolok Diraja (c) Keris Pendek Diraja 3. (a) Gandik Diraja (b) Kalung Diraja B 1. (a) Merujuk kepada sekumpulan alatan yang menjadi lambang kekuasaan, kedaulatan dan keagongan Yang di-Pertuan Agong. (b) Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja. (c) Simbol harimau melambangkan keberanian. Alasan: • Untuk menonjolkan sifat harimau yang berani dan yakin dalam melakukan sesuatu perkara. • Sfera yang ditanggung oleh harimau menunjukkan keutuhan dari segi perpaduan. [Mana-mana jawapan murid yang difikirkan sesuai] (d) Keris Panjang Diraja (e) Fungsi: Salah satu pelengkap kepada pakaian kebesaran Diraja dan dipakai untuk majlis istiadat Diraja. Peranan: Lambang kekuasaan Baginda. Alasan: • Disebabkan keunikan keris tersebut yang diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading yang bertatahkan emas. • Hulu keris dinamakan ‘Hulu Pekaka’ dan berupa kepala ‘Geroda’ dan sampir keris diterapkan lambang Kerajaan Persekutuan. [Mana-mana jawapan murid yang difikirkan sesuai] (f) Alasan: • Muskat bermotifkan ragam hias awan larat kerana Islam merupakan agama rasmi bagi negara Malaysia. • Ragam hias mengandungi banyak nilai falsafah yang mempengaruhi pemikiran orang Melayu iaitu falsafah ketuhanan dan falsafah kemasyarakatan. • Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia. [Mana-mana jawapan murid yang difikirkan sesuai] (g) • Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid. • Meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan alat kebesaran dan perhiasan Diraja. • Memartabatkan dan mendaulatkan institusi Diraja. [Mana-mana jawapan murid yang difikirkan sesuai] (h) • Alat kebesaran dan perhiasan Diraja adalah identiti atau imej pemerintah dan kerajaannya. • Lambang kedaulatan raja. [Mana-mana jawapan murid yang difikirkan sesuai] 2. (a) • Payung Ubur-ubur Kuning • Tombak Berambu (b) Perbezaan: • Lembing – Senjata yang digunakan menerusi teknik rejaman dengan matanya yang tirus. • Tombak – Senjata pertarungan yang memiliki mata yang lebar dan berlok tiga. (c) Murid menerangkan berkaitan unsur seni dan prinsip rekaan. Contoh jawapan: • Jalinan pada ukiran yang terdapat pada alat kebesaran Diraja memberikan nilai estetik yang tinggi. • Prinsip pergerakan yang terdapat pada corak ukiran menjadikan alat kebesaran lebih bertenaga dan bernilai. [Mana-mana jawapan murid yang difikirkan sesuai] KERTAS 1 1. B 2. D 3. B 4. C 5. C 6. B 7. C 8. D 9. B 10. C 11. D 12. C 13. D 14. B 15. B 16. C 17. B 18. B 19. A 20. B 21. A 22. C 23. A KERTAS 2 (Rujuk Lampiran 1 dan 2) BAB 2 Seni Lukisan Latihan A 1. (a) Aliran Neoklasisisme lebih memberi tumpuan kepada bentuk figura manusia yang menggambarkan sejarah dan pakaian klasik bagi menghidupkan kembali kegemilangan era klasik. (b) Karya ‘Girl Listening to a Guitar’ dihasilkan oleh Francisco Goya. (c) Lukisan potret, pemandangan dan kehidupan harian khusususnya berkaitan golongan bangsawan menjadi tumpuan para pelukis adalah merujuk kepada aliran Rococo. (d) Aliran Naturalisme lebih menekankan seni lukisan berbentuk imitasi dengan meniru alam semula jadi dan manusia. (e) Giorgio Vasari bukan hanya seorang pelukis tetapi beliau juga seorang penulis dan arkitek yang dikenali sebagai ‘Sejarawan Seni yang Pertama’. (f) Christain Wilhelm Allers merupakan seorang pelukis yang gemar menggunakan pensel untuk menghasilkan karyanya. (g) Mary Cassatt merupakan seorang pelukis wanita yang menonjol pada akhir abad ke-19. (h) Aliran Renaissance bermula di Florence, Itali pada abad ke-14 dan berakhir pada abad ke-17. (i) Diego Velazquez dianggap pelukis terpenting pada Zaman Keemasan Sepanyol. (j) Aliran Romantisisme menumpukan terhadap emosi dan suasana termasuklah kerohanian, imaginasi, misteri dan semangat. 2. (a) Rococo (b) Baroque (c) Renaissance (d) Realisme (e) Impresionisme (f) Baroque Bab 1 – Bab 2
Sem. M‘sia RM9.95 Sabah/Sarawak RM10.50 ISBN 978-967-466-800-6 BANK SOALAN Buku ini diterbitkan untuk membantu murid membiasakan diri dengan pelbagai jenis soalan yang berdasarkan format peperiksaan SPM terbaharu. Murid dapat membina keyakinan dengan menjawab soalan-soalan topikal yang disediakan. Buku ini juga mengandungi soalan klon SPM dan soalan-soalan yang berfokus kepada soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). CIRI-CIRI EKSTRA: MESTI TAHU Fakta dan Definisi Penting TIP SOS Tip untuk menjawab soalan Judul-judul dalam siri ini: Mata Pelajaran/Tingkatan 4 5 Tatabahasa English Grammar Matematik Sains Sejarah Ekonomi Perniagaan Pendidikan Seni Visual Kimia Fizik Pendidikan Moral Prinsip Perakaunan Biologi Matematik Tambahan Mathematics Chemistry Physics Biology Additional Mathematics 199101016590 (226902-X) 9 789674 668006