The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1202 Bank Soalan Pendidikan Moral TIngkatan 4 KSSM(Edisi Terbaharu)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2024-05-07 22:04:01

1202 Bank Soalan Pendidikan Moral TIngkatan 4 KSSM(Edisi Terbaharu)

1202 Bank Soalan Pendidikan Moral TIngkatan 4 KSSM(Edisi Terbaharu)

Keywords: 1202 Bank Soalan Pendidikan Moral TIngkatan 4 KSSM(Edisi Terbaharu),Pendidikan Moral TIngkatan 4 KSSM,Pendidikan Moral,TIngkatan 4 KSSM,Pendidikan Moral KSSM,Edisi Terbaharu),KSSM,Moral,Moral Tingkatan 4

Contoh Soalan dan Jawapan Keterangan Kategori Markah 6. (a) Jelaskan maksud integriti keluarga. (2m) Integriti keluarga bermaksud pembinaan keluarga yang bahagia, utuh dan penyayang (1m) berlandaskan nilai murni ataupun sikap bermoral (1m). F1 – 1 markah F2 – 1 markah (b) Bincangkan implikasi perbuatan tidak berintegriti jika diamalkan oleh anggota keluarga. (8m) Implikasi pertama adalah akan berlaku kerosakan akhlak dalam kalangan anggota keluarga (Fakta). Hal ini demikian kerana, ibu bapa gagal mendidik anak-anak menjadi individu yang berintegriti (Huraian). Ini akan menjatuhkan imej keluarga (Huraian). Sebagai contohnya, anak-anak akan terlibat dalam masalah sosial seperti merokok, menjadi keldai dadah, lari dari rumah dan lain-lain lagi (Contoh). Ini adalah kerana kurang pemantauan daripada ibu bapa (Huraian). Kesannya, nama keluarga akan menjadi bahan bualan orang ramai dan akan dipinggirkan oleh masyarakat (Huraian/ Kesimpulan). Selain itu, implikasi seterusnya adalah dapat meruntuhkan institusi kekeluargaan (Fakta). Hal ini demikian kerana, ibu bapa sangat sibuk bekerja mencari sumber kewangan (Huraian) sehinggakan tiada masa terluang dengan anak-anak (Huraian). Pergaduhan ataupun perselisihan faham antara ibu bapa boleh menyebabkan penceraian dan perpecahan dalam keluarga (Contoh). Maka ini boleh menyebabkan keluarga tidak harmoni dan tidak bahagia (Kesimpulan/Huraian). Markah : (7-8 markah) • Nilai universal yang menepati situasi • Fakta yang sangat jelas, tepat dan lengkap • Huraian sangat terperinci dan relevan dengan isu/situasi • Contoh sangat sesuai • Pengolahan sangat menarik • Kematangan pengembangan idea Implikasi pertama adalah akan berlaku kerosakan akhlak dalam kalangan anggota keluarga (Fakta). Hal ini demikian kerana, ibu bapa gagal mendidik anak-anak menjadi individu yang berintegriti (Huraian). Ini akan menjatuhkan imej keluarga (Huraian). Sebagai contohnya, anak-anak akan terlibat dalam masalah sosial seperti merokok, menjadi keldai dadah, lari dari rumah dan lain-lain lagi (Contoh). Ini adalah kerana kurang pemantauan daripada ibu bapa (Huraian). Kesannya, nama keluarga akan menjadi bahan bualan orang ramai dan akan dipinggirkan oleh masyarakat (Huraian/ Kesimpulan). Markah : (5-6 markah) • Nilai universal yang menepati situasi • Fakta yang tepat dan lengkap • Huraian terperinci dan relevan dengan isu/situasi • Contoh sesuai • Pengolahan menarik Implikasi pertama, berlaku kerosakan akhlak (Fakta). Ibu bapa gagal mendidik anak-anak jadi integriti (Huraian/Contoh). Implikasi kedua, runtuh institusi keluarga (Fakta). Ibu bapa tiada masa terluang dengan anak-anak (Huraian/Contoh). Markah : (3-4 markah) • Fakta tepat • Huraian kurang mendalam/tidak terperinci • Contoh kurang sesuai • Pengolahan sederhana Pertama, berlakunya kerosakan akhlak (Fakta). Seterusnya, institusi keluarga akan runtuh (Fakta). Markah : (1-2 markah) • Senaraikan fakta sahaja dalam bentuk poin • Fakta terhad • Tiada huraian • Jawapan umum CONTOH CARA MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B TINGKATAN 4 (UNIT 6)


Contoh Soalan dan Jawapan Keterangan Kategori Markah 8. (a) Amalan perpaduan bermula dari sekolah melalui pendidikan dan penerapan nilai murni. Wajarkah sekolah menganjurkan lebih banyak aktiviti yang bertemakan perpaduan? Huraikan aktiviti sekolah yang boleh mengeratkan perpaduan di sekolah. (4m) Pihak sekolah wajar menganjurkan aktiviti bertemakan perpaduan. Pihak sekolah boleh menyambut hari kemerdekaan. Hal ini kerana menyambut hari kemerdekaan dapat menyemai semangat cinta akan negara dalam usaha untuk memupuk semangat perpaduan. Selain itu, pihak sekolah boleh menganjurkan program gotong royong. Ini adalah kerana melalui aktiviti ini, dapat melibatkan semua murid dari kalangan pelbagai kaum, yang secara langsung dapat memupuk perpaduan dalam kalangan murid. F1 – 1 markah F2 – 1 markah F3 – 1 markah F4 – 1 markah (b) Terangkan kepentingan mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. (8m) Kepentingan perpaduan adalah ia dapat mengukuhkan ekonomi negara (F). Rakyat Malaysia yang bersatu padu akan mengembleng tenaga bersama untuk memastikan negara terus maju (H). Selain itu, pelabur asing tidak bimbang melabur di Malaysia kerana keadaan negara kita yang aman dan damai (H). Seterusnya, pelancong asing akan tertarik dengan pengalaman Malaysia yang mengekalkan perpaduan antara kaum (H). Maka, seluruh rakyat Malaysia perlu berusaha bersama-sama mengharumkan negara Malaysia supaya kita dapat hidup tenteram dan bahagia (H). Selain itu, dapat menjamin imej negara (F). Hal ini kerana amalan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia akan dipandang mulia oleh negara lain (H). Oleh itu, negara dan rakyat Malaysia akan dijadikan contoh teladan kepada negara lain (H). Kesannya, negara lain akan sentiasa menyantuni negara Malaysia (H). Segala tindakan rakyat negara Malaysia yang berusaha mengekalkan perpaduan akan dicontohi oleh rakyat negara lain (H). Markah : (7-8 markah) • Nilai universal yang menepati situasi • Fakta yang jelas, tepat dan lengkap • Huraian sangat terperinci dan relevan dengan isu/situasi • Contoh sangat sesuai • Pengolahan sangat menarik • Kematangan pengembangan idea Kepentingan perpaduan adalah ia dapat mengukuhkan ekonomi negara (F). Rakyat Malaysia yang bersatu padu akan mengembleng tenaga bersama untuk memastikan negara terus maju (H). Selain itu, pelabur asing tidak bimbang melabur di Malaysia kerana keadaan negara kita yang aman dan damai (H). Seterusnya, pelancong asing akan tertarik dengan pengalaman Malaysia yang mengekalkan perpaduan antara kaum (H). Maka, seluruh rakyat Malaysia perlu berusaha bersama-sama mengharumkan negara Malaysia supaya kita dapat hidup tenteram dan bahagia (H). Markah : (5-6 markah) • Nilai universal yang menepati situasi • Fakta yang tepat dan lengkap • Huraian terperinci dan relevan dengan isu/ situasi • Contoh sangat sesuai • Pengolahan menarik Kepentingan perpaduan ialah ia dapat mengukuhkan ekonomi negara. Rakyat Malaysia satu padu dan usaha bersama untuk pastikan negara terus maju. Selain itu, dapat menjamin imej negara. Markah : (3-4 markah) • Fakta tepat • Huraian kurang mendalam/tidak terperinci • Contoh kurang sesuai • Pengolahan sederhana Kepentingan adalah kukuhkan ekonomi dan menjamin imej negara. Markah : (1-2 markah) • Senaraikan fakta sahaja • Fakta terhad • Tiada huraian • Jawapan umum (c) Ramalkan kesan terhadap masyarakat jika aspek perpaduan tidak dititikberatkan oleh semua pihak. Jawapan anda perlulah berdasarkan nilai universal yang dipelajari. (8m) Masyarakat harus mengamalkan nilai toleransi, nilai kerjasama dan nilai rasional (Nilai). Kesan pertama, tidak akan wujud keharmonian dalam masyarakat (F). Sikap tidak puas hati terhadap kaum lain sentiasa wujud dalam kalangan masyarakat (H). Masyarakat akan sentiasa menyebabkan perselisihan faham sehingga wujud sikap perkauman yang boleh menimbulkan permusuhan antara kaum (H). Contohnya, peristiwa 13 Mei 1969 yang pernah berlaku perlu dijadikan pengajaran oleh masyarakat untuk mengelakkan menggugat ketenteraman masyarakat (H). Selain itu, penularan berita perkauman boleh menggugat kedaulatan negara (F). Kebelakangan ini, isu perkauman diungkit dalam media sosial (H). Contohnya, TikTok, Instagram, Facebook dan lain-lain lagi (H). Maka, rakyat harus berhati-hati ketika menggunakan media sosial untuk mengelakkan penyebaran berita yang boleh mencetuskan kebencian kaum dan boleh menggugat perpaduan serta kesejahteraan masyarakat (H). Markah : (7-8 markah) • Nilai universal yang menepati situasi • Fakta yang jelas, tepat dan lengkap • Huraian sangat terperinci dan relevan dengan isu/situasi • Contoh sangat sesuai • Pengolahan sangat menarik • Kematangan pengembangan idea Masyarakat harus mengamalkan nilai toleransi, nilai kerjasama dan nilai rasional (Nilai). Kesan pertama, tidak akan wujud keharmonian dalam masyarakat (F). Sikap tidak puas hati terhadap kaum lain sentiasa wujud dalam kalangan masyarakat (H). Masyarakat akan sentiasa menyebabkan perselisihan faham sehingga wujud sikap perkauman yang boleh menimbulkan permusuhan antara kaum (H). Contohnya, peristiwa 13 Mei 1969 yang pernah berlaku perlu dijadikan pengajaran oleh masyarakat untuk mengelakkan menggugat ketenteraman masyarakat (H) Markah : (5-6 markah) • Nilai universal yang menepati situasi • Fakta yang tepat dan lengkap • Huraian terperinci dan relevan dengan isu/ situasi • Contoh sangat sesuai • Pengolahan menarik Kesan pertama, masyarakat tidak hidup harmoni. Masyarakat akan menjadi musuh antara satu sama lain. Selain itu, sebar berita perkauman dalam media sosial. Contohnya, TikTok. Markah : (3-4 markah) • Fakta tepat • Huraian kurang mendalam/tidak terperinci • Contoh kurang sesuai • Pengolahan sederhana Kesan adalah masyarakat tidak hidup harmoni dan sebar berita perkauman. Markah : (1-2 markah) • Senaraikan fakta sahaja • Fakta terhad • Tiada huraian • Jawapan umum CONTOH CARA MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C


Kandungan MESTI TAHU iii – x Unit 1 Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan 1 Unit 2 Peribadi Mulia Hiasan Diri 8 Unit 3 Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan 17 Unit 4 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika 24 Unit 5 Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri 33 Unit 6 Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani 40 Unit 7 Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera 48 Unit 8 Hak dan Tanggungjawab Warganegara 56 Unit 9 Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara 63 Unit 10 Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika 70 Unit 11 Keunikan Rakyat Malaysia 78 Unit 12 Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama 85 Pentaksiran 1 Tingkatan 4 92 Pentaksiran 2 Tingkatan 4 101 Jawapan 110 – 126


MESTI TAHU Fakta Penting Kepercayaan kepada Tuhan 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Baik Hati 7 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bertanggungjawab 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Berterima Kasih 9 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Hemah Tinggi 5 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Hormat 11 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. BAIK HATI • Baik hati ialah kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri serta orang lain dengan memberikan bantuan juga sokongan moral secara ikhlas. • Contoh sikap adalah seperti yang berikut. ✓ Menolong mereka yang memerlukan bantuan ✓ Membantu mangsa banjir ✓ Memberikan sumbangan kewangan kepada mangsa bencana alam KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • Kepercayaan kepada Tuhan ialah keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masingmasing selaras dengan prinsip Rukun Negara. • Contoh sikap adalah seperti yang berikut. ✓ Percaya kewujudan Tuhan ✓ Menghormati agama lain ✓ Bersembahyang ✓ Pergi ke rumah ibadat BERTERIMA KASIH • Berterima kasih ialah perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan. • Contoh sikap adalah seperti yang berikut. ✓ Bersyukur atas sesuatu pemberian ✓ Mengucapkan terima kasih BERTANGGUNGJAWAB • Bertanggungjawab ialah kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. • Contoh sikap adalah seperti yang berikut. ✓ Menyiapkan tugasan yang diberikan ✓ Bersikap adil ✓ Menjalankan kewajipan ✓ Mematuhi peraturan HORMAT • Hormat ialah menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial. • Contoh sikap adalah seperti yang berikut. ✓ Hormat kepada ibu bapa ✓ Hormat kepada guru atau orang yang lebih tua ✓ Hormat kepada rakan dan jiran ✓ Hormat kepada raja dan negara ✓ Hormat kepada adat dan kepelbagaian kaum HEMAH TINGGI • Hemah tinggi ialah beradab sopan dan berbudi pekerti mulia. • Contoh sikap adalah seperti yang berikut. ✓ Tidak sombong ✓ Tidak menunjukkan kelebihan diri ✓ Tidak menyinggung perasaan ✓ Menjaga perilaku ✓ Tidak bercakap kasar ,


1 Unit 1 Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan 5.1.1 Maksud Norma Masyarakat Norma masyarakat merujuk kepada: 1. Perilaku atau tindakan yang diterima sebagai amalan dalam sesuatu kelompok, komuniti atau budaya 2. Peraturan sosial yang menjadi kebiasaan 3. Perbuatan yang wajar diamalkan dan patut dielakkan 4. Amalan agama menjadi sebahagian daripada norma masyarakat 5. Tingkah laku yang wajar diterima 6. Akur dan menyesuaikan diri dengan peraturan 5.1.2 Contoh Norma Masyarakat Contoh norma masyarakat adalah seperti yang berikut. 1. Duduk ketika makan 2. Beratur ketika membeli makanan 3. Mengetuk pintu sebelum memasuki bilik pengetua 4. Menjaga kebersihan diri 5. Melakukan ajaran agama 6. Mendengar nasihat dan teguran ibu bapa 7. Memakai pakaian yang sopan 8. Berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni 9. Mematuhi peratuan 10. Memaafkan kesalahan orang lain 11. Mengaku kesilapan yang telah dilakukan 5.1.3 Kepentingan Amalan Norma Masyarakat Kepentingan amalan norma masyarakat adalah seperti yang berikut. 1. Menjadi panduan bertingkah laku 2. Membentuk masyarakat yang teratur 3. Membina masyarakat yang harmoni tanpa perselisihan faham 4. Sebagai ukuran bertingkah laku 5. Melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa 6. Membentuk masyarakat yang bersatu padu 5.1.4 Kesan Pengabaian Norma Masyarakat Antara kesan pengabaian norma masyarakat adalah seperti yang berikut. 1. Bersikap individualistik 2. Bertingkah laku dan membuat keputusan berasaskan pertimbangan diri sahaja 3. Tidak melibatkan diri dalam aktiviti sosial 4. Masyarakat menjadi kurang beradab 5. Berkomunikasi dengan kurang sopan 6. Hubungan sosial terjejas 7. Gaya hidup berubah 8. Melakukan perbuatan melebihi batasan sosial 9. Menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat 5.1.5 Perasaan Apabila Mematuhi Norma Masyarakat Perasaan apabila mematuhi norma masyarakat adalah seperti berikut: 1. Bangga 2. Seronok 3. Gembira 4. Bersyukur 5.1.6 Amalan Norma Masyarakat 1. Bersikap jujur 4. Memberikan salam 2. Berbudi bahasa 5. Bertegur sapa 3. Bersopan santun Cadangan Nilai 1. Hormat 4. Kesederhanaan 2. Toleransi 5. Kebebasan 3. Hemah tinggi NOTA


TIP 22 SOS 2 Soalan 1(b) – Kesan sekiranya amalan di atas tidak dihayati dan diamalkan dalam kehidupan. • Hubungan antara masyarakat terjejas • Pertelingkahan berlaku • Kebahagiaan terancam Soalan Struktur BAHAGIAN A 1. Gambar berikut menunjukkan suatu majlis keramaian yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat. (a) Sejauh manakah amalan norma masyarakat tersebut dapat membentuk keluarga bahagia? Jelaskan. [3 markah] (b) Nyatakan tiga kesan sekiranya amalan di atas tidak dihayati dan diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat. [3 markah] (c) Jelaskan dua nilai universal yang perlu diamalkan dalam kehidupan masyarakat untuk mempraktikkan norma tersebut. [4 markah]


3 TIP SOS 3 • Kita disarankan agar mengamalkan norma baharu bagi mengekang penularan wabak COVID-19. • Norma baharu perlu dipatuhi agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan dan tahap kesihatan setiap individu terjamin. 2. Gambar di bawah berkaitan dengan pandemik COVID-19. Hidup dengan COVID-19 Norma Baharu Elakkan 3S Selama 2 Tahun Sesak Tempat yang sesak Guna pelitup muka 1 m Kerap membasuh tangan Penjarakan sosial Sempit Sembang dekat Tempat tertutup yang sempit Jangan sembang dekat-dekat (a) Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan amalan norma masyarakat yang patut diamalkan dalam kehidupan harian. [4 markah] (b) Mengapakah rakyat perlu mematuhi norma baharu tersebut? [4 markah] (c) Sekiranya anda keluar ke pasar malam, apakah norma yang perlu dipatuhi setelah masuk ke dalam rumah? [2 markah]


5 TIP SOS 5 Soalan 1(b) – Wajar • Menghormati ibu bapa • Menjauhi telefon bimbit ketika makan • Mengutamakan masa bersama keluarga Soalan Esei BAHAGIAN B 1. Gambar di bawah menunjukkan suasana semasa di meja makan. (a) Apakah maksud norma masyarakat? [2 markah] (b) Berdasarkan situasi di atas, wajarkah perubahan norma masyarakat tersebut? Bincangkan jawapan anda berdasarkan nilai universal yang telah dipelajari. [8 markah]


TIP 66 SOS 6 Soalan 2(b) – Norma masyarkat yang telah diamalkan oleh penduduk kampung tersebut berdasarkan nilai-nilai universal. • Nilai toleransi – memberikan kerjasama • Nilai rasional – bersatu padu dan memberikan komitmen 2. Gambar di bawah menunjukkan amalan gotong-royong membersihkan kawasan kediaman. (a) Apakah perasaan anda apabila melihat situasi dalam gambar di atas? [2 markah] (b) Bincangkan norma masyarakat yang telah diamalkan oleh penduduk kampung tersebut berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. [8 markah]


8 Unit 2 Peribadi Mulia Hiasan Diri 5.2.1 Ciri Individu Berkeperibadian Mulia Ciri individu berkeperibadian mulia adalah seperti yang berikut. 5.2.2 Contoh Cara Mempraktikkan Keperibadian Mulia Berikut merupakan contoh cara mempraktikkan keperibadian mulia. Contoh Cara Mempraktikkan Keperibadian Mulia Diri • Menjaga batasan pergaulan • Bersikap pemaaf • Berani mengakui kesilapan Keluarga • Mendapat sokongan ibu bapa • Bersikap sederhana dalam kehidupan Rakan sebaya • Menegur kesalahan rakan • Menegur dengan cara yang baik Masyarakat • Membantu mangsa banjir • Menjadi sukarelawan dalam program kemasyarakatan Negara • Mengharumkan nama negara • Tidak melakukan fitnah sehingga memporakperandakan negara NOTA Sabar dan tenang ketika menghadapi kesukaran dalam kehidupan Ikhlas dan jujur dalam tindakan Bersikap sederhana dalam pemikiran, pertuturan dan perlakuan Ciri Individu Berkeperibadian Mulia Membuat perkara baik tanpa mengharapkan balasan Bersikap sederhana dalam pemikiran, pertuturan dan perlakuan


11 TIP SOS 11 Soalan Struktur BAHAGIAN A 1. Sikap pemimpin negara yang berjiwa rakyat seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak dan beberapa orang pemimpin yang lain patut dicontohi. Mereka sentiasa menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan atas bahu mereka sebaik mungkin dan jasa mereka tetap dikenang walaupun mereka telah tiada. (a) Jelaskan dua perlakuan mulia yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin tersebut. [4 markah] (b) Huraikan kepentingan mengamalkan sikap berkeperibadian mulia. [4 markah] (c) Ramalkan kesan sekiranya para pemimpin tidak berkeperibadian mulia. [2 markah] Soalan 1(b) – Kepentingan mengamalkan sikap berkeperibadian mulia. • Disenangi ramai • Dihormati dan dipandang mulia oleh orang ramai • Menjamin kebahagiaan dalam kehidupan


13 TIP SOS 13 3. John seorang murid yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dia ditawarkan menyambung pelajaran di universiti awam secara sepenuh masa dengan tajaan biasiswa. Namun begitu, keadaan keluarganya sekarang tidak mengizinkannya untuk melanjutkan pelajaran. Dia perlu mencari nafkah untuk menyara keluarga kerana bapanya sakit. Oleh sebab itu, John memilih untuk melanjutkan pelajaran pada waktu malam secara sambilan. (a) Berdasarkan situasi di atas, wajarkah John mencari kerja untuk menyara hidup keluarganya? [4 markah] (b) Nyatakan nilai universal yang diamalkan oleh John. [2 markah] (c) Huraikan amalan keperibadian mulia yang diamalkan oleh John. [4 markah] Soalan 3(b) – Nilai universal yang dimalkan oleh John. • Nilai bertanggungjawab • Nilai berdikari


TIP 1414 SOS 14 Soalan Esei BAHAGIAN B 1. Sikap para belia hari ini amat membimbangkan. Sikap bersopan santun dan berbudi pekerti mulia bagaikan sudah luput daripada amalan harian mereka. Ibu bapa perlulah memainkan peranan penting bagi menanamkan nilai ini dalam diri anak-anak. (a) Jelaskan ciri-ciri individu yang berperibadian mulia. [2 markah] (b) Jelaskan nilai universal yang perlu ditanamkan ke dalam diri remaja agar mereka bersikap lebih sopan dan menghormati ibu bapa. [8 markah] Soalan 1(b) • Remaja merupakan tonggak kepada kepimpinan negara. Rosak remaja, maka hancurlah negara. • Nilai yang perlu ditanam ke dalam diri remaja agar mereka bersikap lebih sopan dan menghormati ibu bapa ialah nilai hemah tinggi.


TIP 2020 SOS 20 2. Kerajaan telah memberikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kepada rakyat Malaysia. Keluarga yang berpendapatan bawah RM5000, akan menerima bantuan tersebut sewaktu menghadapi pandemik COVID-19. (a) Huraikan dua nilai universal yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan terhadap rakyat. [4 markah] (b) Terangkan dua bantuan lain yang mampu mengurangkan beban rakyat Malaysia. [4 markah] (c) Kerajaan menegakkan prinsip keprihatinan dalam membantu keluarga miskin. Jelaskan maksud prinsip tersebut. [2 markah] Soalan 2(a) – Dua nilai universal yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan terhadap rakyat. • Nilai bertanggungjawab • Nilai rasional


21 TIP SOS 21 3. Encik Fadil dan rakannya merupakan guru yang mengawasi peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Connaught. Ketika membuat tuntutan perjalanan dan penginapan, rakan sekerjanya telah membuat tuntutan lebih daripada kadar yang sepatutnya. Rakannya menyuruh Encik Fadil turut membuat tuntutan yang berlebihan. (a) Berdasarkan situasi di atas, jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh Encik Fadil. [4 markah] (b) Huraikan satu nilai universal yang perlu diamalkan oleh rakan Encik Fadil. [3 markah] (c) Apakah perasaan anda jika menegakkan prinsip keadilan? Berikan alasan anda. [3 markah] Soalan 3(c) – Perasaan jika menegakkan prinsip keadilan. • Bangga / bersyukur / gembira / terharu


TIP 2222 SOS 22 Soalan Esei BAHAGIAN B 1. (a) Senaraikan contoh-contoh prinsip keadilan. [2 markah] (b) Jeeva, seorang pengawas sekolah dan anggota Pengakap yang patuh pada peraturan. Dia dipilih untuk menghadiri Jambori Pengakap Peringkat Antarabangsa. Ketika mengikuti jambori tersebut, Jeeva telah keluar dari tapak perkhemahan tanpa kebenaran pihak penganjur. Apabila diketahui oleh pihak penganjur, Jeeva tidak dibenarkan meneruskan aktiviti dalam perkhemahan tersebut. Wajarkah tindakan pihak penganjur tersebut? Jelaskan jawapan anda berdasarkan prinsip keadilan. [8 markah] 2. (a) Apakah kepentingan dalam membuat keputusan berdasarkan prinsip keadilan? [2 markah] (b) Sekumpulan remaja membuli seorang remaja sehingga menyebabkan kematian. Mereka dijatuhi hukuman ringan kerana berusia di bawah 18 tahun. Setujukah anda dengan tindakan tersebut? Bincangkan jawapan anda berdasarkan nilai universal yang telah dipelajari. [8 markah] Soalan 2(b) Setuju • Memberi peluang untuk insaf • Mengubah sikap • Menjamin masa hadapan


23 TIP SOS 23 Soalan Esei BAHAGIAN C 1. Encik Hamid bekerja sebagai pengurus kewangan di sebuah Syarikat XX selama 15 tahun. Pada suatu hari, anak perempuannya telah ditimpa kemalangan dan perlu membuat pembedahan segera. Kos pembedahan tersebut sebanyak RM20 000. Dia membuat keputusan untuk menggunakan wang syarikat terlebih dahulu. Setelah itu, barulah dia memberitahu majikannya. (a) Nyatakan proses-proses pertimbangan moral dalam menyelesaikan dilema moral. [4 markah] (b) Berdasarkan situasi di atas, wajarkah perbuatan Encik Hamid? Kemukakan alasan anda dengan nilai universal yang telah dipelajari. [8 markah] (c) Jika anda ialah majikan Encik Hamid, jelaskan tindakan anda dalam menyelesaikan masalah di atas. [8 markah] Soalan 1(c) – Jika anda ialah majikan Encik Hamid, tindakan anda dalam menyelesaikan masalah di atas ialah: • Memahami keadaan Encik Hamid • Menghulurkan bantuan pinjaman • Memberikan cuti khas untuk menjaga anak perempuannya yang sakit


92 Bahagian A [50 markah] Jawab semua soalan yang berikut. 1. Maklumat di bawah berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi. Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. (Sumber: Buku Teks Tingkatan 4, halaman 46) (a) Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan dua etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan anda. [2 markah] (b) Merujuk pada jawapan di (a), mengapakah kita perlu menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika? [4 markah] (c) Jelaskan nilai universal yang perlu diamalkan oleh pengguna teknologi maklumat dan komunikasi. [2 markah] (d) Jika anda seorang pengguna yang bijak dan penuh beretika ketika menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, apakah perasaan anda? Berikan alasan anda. [2 markah] Pentaksiran 1 TINGKATAN 4


97 Bahagian B [10 markah] Jawab satu soalan sahaja. 6. Gambar di bawah menunjukkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan. KELAS TAMBAHAN DALAM TALIAN Hubungi: 01X-XXXXXX (Sumber: Buku Teks Tingkatan 4, halaman 48) (a) Nyatakan etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. [2 markah] (b) Bagaimanakah anda memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika dalam aspek pembelajaran? Bincangkan. [8 markah]


99 Bahagian C [40 markah] Jawab semua soalan. 8. Maklumat di bawah berkaitan dengan budaya hedonisme. Budaya hedonisme merupakan pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup sahaja. (a) Apakah faktor berlakunya hedonisme dalam kalangan remaja? [4 markah] (b) Bagaimanakah anda dapat mengelakkan diri daripada budaya tersebut? [8 markah] (c) Berdasarkan nilai universal yang telah dipelajari, huraikan kesan penglibatan diri dalam budaya hedonisme kepada remaja. [8 markah]


110 UNIT 1 Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan Bahagian A: Soalan Struktur 1. (a) Amalan norma masyarakat saling memuliakan dapat mewujudkan hubungan yang mesra sesama ahli keluarga. (1m) Amalan norma tersebut menjamin kebahagiaan keluarga. (1m) Dapat mengeratkan hubungan antara keluarga. (1m) (b) • Hubungan antara masyarakat terjejas (1m) • Kebahagiaan terancam (1m) • Pertelingkahan berlaku (1m) (c) N1 – Hormat (1m) • Memuliakan kepelbagaian budaya (1m) N2 – Rasional (1m) • Memikirkan tentang kesan amalan norma masyarakat dan elakkan perselisihan kaum dalam masyarakat. (1m) 2. (a) Penjarakan sosial, (1m) iaitu mengamalkan penjarakan 1meter apabila berdiri dengan sesiapa. (1m) Pemakaian pelitup muka (1m), sentiasa memakai jika keluar dari rumah. (1m) (b) • Menjaga kesihatan (1m), iaitu mengelakkan jangkitan virus. (1m) • Menghapuskan rantaian COVID-19 (1m), iaitu menjamin keselamatan diri dan orang lain. (1m) (c) • Cuci tangan dengan sabun. (1m) • Tukar pakaian atau mandi. (1m) 3. (a) Bangga/ gembira (1m), rakyat saling bersatu padu menyambut perayaan (1m) dan memberikan layanan yang sopan. (1m) (b) • Bersikap individualistik. (1m) • Bertingkah laku dan membuat keputusan berasaskan pertimbangan diri sahaja. (1m) • Tidak melibatkan diri dalam aktiviti sosial (1m) • Masyarakat menjadi kurang beradab. (1m) (c) • Memuliakan orang yang lebih tua. (1m) • Bertolak ansur (1m) • Menjaga pertuturan (1m) Bahagian B: Soalan Esei 1. (a) F1 – Perilaku / tindakan yang diterima. (1m) F2 – Sebagai amalan dalam sesuatu kelompok/ komuniti/budaya. (1m) (b) J – Tidak wajar N1 – Hormat. N2 – Hemah tinggi. • Mematuhi etika meja makan. • Tidak membawa telefon ke meja makan. • Memuliakan ibu bapa. • Tidak menyinggung perasaan ibu bapa. • Suasana yang tidak selesa. • Hubungan kekeluargaan terjejas. • Kemesraan dalam keluarga akan hilang. (Terima jawapan yang munasabah) (Mak. 8m) 2. (a) F1 – Saya berasa gembira/bersyukur, bangga/ terharu. (1m) F2 – Rakyat saling bantu membantu membersihkan tempat tinggal. (1m) (Terima jawapan yang munasabah) (b) J – Gembira/ bersyukur/ bangga/ terharu (1m) N1 – Toleransi N2 – Baik hati N3 – Rasional N4 – Bertanggungjawab • Berusaha bersama-sama. • Menjadi ahli sukarelawan membersih kawasan persekitaran kampung. • Mengutip sampah. • Mengumpul barangan kitar semula. • Menanam pokok di sekitar kawasan kampung. • Menjalankan kerja gotong-royong bersama-sama. • Bersatu padu dan memberikan komitmen. (Terima jawapan yang munasabah) (Mak. 8m) Bahagian C: Soalan Esei Soalan 1 (a) F1 – Mengetuk pintu sebelum masuk. (1m) F2 – Beratur ketika menggunakan pengangkutan awam. (1m) F3 – Duduk ketika makan. (1m) F4 – Memakai pelitup muka dan hidung. (1m) F5 – Mentaat/memuliakan orang yang lebih tua. (1m) (terima jawapan yang munasabah) (Mak. 4m) (b) • Panduan bertingkah laku. • Menghormati semua orang. • Memberikan bantuan kepada pihak yang memerlukan. • Membentuk masyarakat yang berdisiplin. • Mengutamakan kebaikan bersama. • Mematuhi segala peraturan. • Bersatu padu. • Mewujudkan hubungan yang mesra. • Mudah disenangi/ mudah didekati. • Menjadi teladan. • Membina masyarakat yang harmoni. (Terima jawapan yang munasabah) (Mak. 8m) (c) • Mementingkan diri sendiri. • Membuat keputusan berasaskan keinginan diri. • Tidak melibatkan diri dalam kehidupan sosial. • Menjadi rujukan negatif. • Melakukan perbuatan tidak moral. Jawapan Unit 1


111 • Mencuri/ merompak. • Pergaulan di luar batasan. • Menjejaskan keharmonian masyarakat. • Tidak berbudi bahasa. (Terima jawapan yang munasabah) (Mak. 8m) UNIT 2 Peribadi Mulia Hiasan Diri Bahagian A: Soalan Struktur 1. (a) • Sikap melaksanakan tugas. (1m) – Menjalankan kewajipan/ tugas yang dimiliki dengan baik (1m) • Menepati janji (1m) – Menunaikan kata yang diberikan (1m) (b) • Disanjung tinggi (1m) • Orang memuji perlakuan mulia (1m) • Menjadi teladan (1m) • Mempengaruhi orang lain untuk bertingkah laku baik (1m) (c) • Negara akan dipandang rendah (1m) • Tidak akan maju/ mundur (1m) 2. (a) • Kurang kesedaran budi bahasa (1m) • Kurangnya didikan dalam keluarga (1m) • Kurangnya didikan agama (1m) (b) • Bercakap dengan bahasa sopan (1m) • Menegur dengan bahasa baik (1m) (c) • Pertelingkahan berlaku (1m) • Imej diri terjejas (1m) (d) • Melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun (1m) • Mempamerkan nilai-nilai yang positif (1m) • Meningkatkan imej diri (1m) 3. (a) J – Wajar (1m) • Dapat membantu keluarga (1m) • Menjaga bapa yang sakit (1m) • Kewajipan seorang anak (1m) (b) • Melaksanakan tugas (1m) • Berdikari (1m) (c) • Membantu keluarga (1m) – Tidak membiarkan keluarga hidup susah (1m) • Gigih berusaha (1m) – Mengejar masa depan dengan melanjutkan pelajaran (1m) Bahagian B: Soalan Esei 1. (a) F1 – Berpegang teguh pada nilai moral. (1m) F2 – Ikhlas dan amanah dalam tindakan. (1m) (Terima jawapan yang munasabah) (b) J – Hormat N1 – Hemah tinggi • Memuliakan orang dewasa. • Bercakap dengan budi bahasa. • Tidak bercakap dengan bahasa kasar/ kesat. • Mendengar nasihat ibu bapa. • Tidak meninggikan suara kepada orang tua. • Menjaga perasaan ibu bapa. • Bertegur sapa dengan orang tua. • Bertutur/ berbual/ bercakap dengan nada suara yang lembut. (Terima jawapan yang munasabah) (Mak. 8m) 2. (a) F1 – Mengucapkan terima kasih. (1m) F2 – Meminta maaf apabila melakukan kesalahan. (1m) (Terima jawapan yang munasabah) (b) • Berbudi bahasa dalam interaksi. • Berkelakuan sopan dan baik. • Membentuk masyarakat yang beretika. • Mengajar untuk memuliakan pendapat orang lain. • Menjaga perasaan orang lain. • Mendisiplinkan seseorang dalam pergaulan. • Mengetahui batasan pergaulan. • Memiliki pemikiran yang bermoral. (Terima jawapan yang munasabah) (Mak. 8m) Bahagian C: Soalan Esei Soalan 1 (a) F1 – Mudah berputus asa dalam usaha mencapai kejayaan. (1m) F2 – Khianat dan bersangka buruk. (1m) F3 – Tamak dan boros. (1m) F4 – Mementingkan diri sendiri. (1m) (terima jawapan lain yang munasabah) (Mak. 4m) (b) • Sentiasa melakukan perkara yang positif. • Disenangi oleh orang ramai. • Menjamin kesejahteraan hidup. • Dihormati dan dipandang mulia. • Disanjungi tinggi oleh masyarakat. • Memperoleh ketenteraman jiwa. • Menjadi suri teladan. (Terima jawapan yang munasabah) (Mak. 8m) (c) • Tidak berbohong. • Menegakkan kebenaran. • Bersikap amanah. • Mengetepikan perbuatan yang tidak menepati janji. • Janji mesti ditunaikan. • Tidak membiarkan seseorang itu menunggu lama. • Menjauhi dadah. • Tidak mengambil dadah sama sekali dalam kehidupan. • Menegur orang yang menghisap dadah. • Tidak berpakaian mencolek mata. • Berpakaian mengikut kesesuaian tempat. • Tidak melanggar peraturan/ undang-undang. (Terima jawapan yang munasabah) (Mak. 8m) Unit 1 – Unit 2


Click to View FlipBook Version