泛 亚 EXCELLENCE AWARDS 4 Tahun 年级 5 set Ujian Akhir Sesi Akademik Set dapat dileraikan Jawapan lengkap Format dan Penskoran Terkini Zaharin Liam Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Bahasa Melayu 国文 模 拟 评 估
BAHASA MELAYU [011] 1 jam 15 minit 1. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan. Bahagian A [10 markah] Soalan 1 dan 2 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1 Semua penumpang bot itu diingatkan memakai jaket keselamatan. A ketika B kerana C supaya D sehingga 2 Murid-murid Tahun Empat Jaya tarian singa semasa Malam Kebudayaan dan Kesenian. A mempersembahkan B dipersembahkan C persembahan D sembahan Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 A Su Ling ke pasar pagi bersama ibunya. B Bungkusan di atas meja itu dari nenek di kampung. C Buah epal itu dipotong oleh ibu untuk sebilah pisau. D Abang bekerja di restoran itu akan tiga tahun yang lalu. Nama: Kelas: Tarikh: Kertas Model 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 1 Set 1_Kertas Model UASA BM Thn 4.indd 1 02/10/2024 9:21 AM
Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SJKC Jalan Pinang telah menganjurkan Karnival Usahawan Cilik selama dua hari. Tujuan utama karnival tersebut diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang keusahawanan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara murid, guru dan ibu bapa. Malah, semangat kerjasama dan sikap saling menolong dapat diwujudkan. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Gombak. Beliau memuji sikap ibu bapa yang sentiasa menyokong program sekolah. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah tayangan video, rumah misteri, jualan makanan, pameran dan persembahan murid. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. 4 Apakah tujuan utama karnival tersebut diadakan? A Mendapatkan keuntungan yang lumayan B Mengeratkan hubungan antara murid, guru dan ibu bapa C Memupuk semangat kerjasama dan sikap saling menolong D Mencungkil bakat murid-murid dalam bidang keusahawanan 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Karnival tersebut diadakan sehari sahaja. B Karnival tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan. C Guru Besar SJKC Jalan Pinang yang merasmikan karnival tersebut. D Guru dan ibu bapa turut membuat persembahan pada hari karnival tersebut. 6 Berikut ialah aktiviti yang diadakan semasa karnival tersebut berdasarkan petikan kecuali A rumah misteri. B tayangan video. C jualan makanan. D pertandingan permainan video. © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 2 Set 1_Kertas Model UASA BM Thn 4.indd 2 02/10/2024 9:21 AM
Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Pada hari Ahad yang lalu, Rajesh dan keluarganya telah menyertai Program Hari Tanpa Kenderaan yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Mereka menunggang basikal ke sana. Semasa di sana, Rajesh dan adiknya bermain kasut roda. Program ini dapat memelihara alam sekitar kerana dapat mengurangkan asap yang dilepaskan oleh kenderaan bermotor. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. BAHAN 2 Hari Tanpa Kenderaan Hari : Setiap Ahad Masa : 7:00 pagi – 10:00 pagi Tempat : Padang Merdeka, Kuala Lumpur ✤ Menggalakkan orang ramai mencintai alam sekitar ✤ Mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat asap yang dilepaskan oleh kenderaan bermotor ✤ Pengunjung boleh berbasikal, berjoging dan bermain kasut roda di kawasan bandar © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 3 Set 1_Kertas Model UASA BM Thn 4.indd 3 02/10/2024 9:21 AM
7 Tujuan utama Program Hari Tanpa Kenderaan diadakan adalah untuk . A menjimatkan perbelanjaan orang ramai B menggalakkan orang ramai mencintai alam sekitar C menggalakkan orang ramai melakukan aktiviti fizikal D menyedarkan orang ramai tentang keburukan kenderaan 8 Semasa di sana, Rajesh dan adiknya bermain kasut roda. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A biji. B buah. C pucuk. D pasang. 9 Perkataan dilepaskan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A dijadikan. B disalurkan. C dibekalkan. D dibebaskan. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Aktiviti sukaneka turut diadakan pada hari tersebut. B Program tersebut kurang mendapat sambutan orang ramai. C Program Hari Tanpa Kenderaan diadakan pada setiap hari Sabtu. D DBKL yang menganjurkan Program Hari Tanpa Kenderaan tersebut. © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 4 Set 1_Kertas Model UASA BM Thn 4.indd 4 02/10/2024 9:21 AM
Bahagian B [10 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Sabtu, 15 Jun 2024 8:30 pagi Taklimat Program Gotong-royong Perdana disampaikan oleh guru besar. Beliau membahagikan para peserta kepada beberapa kumpulan. 9:00 pagi Aktiviti gotong-royong bermula. Guru-guru dan murid-murid melakukan kerja mengikut tugasan yang telah ditetapkan. Ada kumpulan yang melakukan kerja pembersihan manakala kumpulan lain membaiki peralatan sekolah yang rosak. 11:00 pagi Aktiviti gotong-royong berakhir. Sebelum bersurai, para peserta menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak sekolah. 1 (a) Taklimat Program Gotong-royong Perdana disampaikan oleh . [1 markah] (b) Apakah tugas yang dilakukan oleh para peserta pada hari gotong-royong tersebut? [2 markah] (c) Bulatkan satu kata ganda penuh yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Guru-guru dan murid-murid melakukan kerja mengikut tugasan yang telah ditetapkan. [1 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 5 Set 1_Kertas Model UASA BM Thn 4.indd 5 02/10/2024 9:21 AM
(d) Pilih dan tuliskan (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Beliau membahagikan para peserta kepada beberapa kumpulan. Para peserta dibahagikan oleh beliau kepada beberapa kumpulan. Beliau dibahagikan oleh para peserta kepada beberapa kumpulan. [1 markah] Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu dan rakan-rakan berlari dalam acara rentas desa. Tiba-tiba, seorang rakan kamu terjatuh. Lututnya berdarah. 2 Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang boleh dilakukan? [5 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 6 Set 1_Kertas Model UASA BM Thn 4.indd 6 02/10/2024 9:21 AM
Bahagian C [10 markah] Grafik di bawah menunjukkan tentang menabung. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan-kebaikan menabung. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Kebaikan-kebaikan Menabung melanjutkan pelajaran wang simpanan dapat digunakan jika berlaku kecemasan menyediakan simpanan untuk masa hadapan memupuk sikap berjimat cermat © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 7 Set 1_Kertas Model UASA BM Thn 4.indd 7 02/10/2024 9:21 AM
Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. AMALAN GAYA HIDUP SIHAT © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 8 Set 1_Kertas Model UASA BM Thn 4.indd 8 02/10/2024 9:21 AM
Penerangan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) boleh berlaku secara formatif dan sumatif: • Pentaksiran Formatif: Pentaksiran yang berlaku secara berterusan dalam PdP • Pentaksiran Sumatif : Pentaksiran yang berlaku pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) ialah ujian yang perlu diambil oleh murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) pada akhir sesi akademik. Format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA): Subjek Bahasa Melayu (011) Jenis Instrumen Ujian Bertulis : Pemahaman & Penulisan Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRTh) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) Bilangan Soalan Bahagian A (10 markah): OAP • Tatabahasa (3-5 soalan) • Pemahaman Petikan (5-7 soalan) (Teks tunggal & Teks pelbagai) Bahagian B (10 markah): OPB dan SRTh • Pemahaman Petikan dan Tatabahasa (3-5 soalan) • Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan) Bahagian C (10 markah): SRTb • Penulisan Perenggan – 1 soalan Bahagian D (20 markah): SRTb • Penulisan Karangan – 1 soalan Markah 50 markah Tempoh Ujian 1 jam 15 minit Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa Kemahiran Membaca: • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis Kemahiran Menulis: • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik Catatan • Merangkumi soalan yang berdasarkan kurikulum yang telah dipelajari dalam tempoh sesi akademik tersebut sahaja © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. J – 2 Set Jaw_Kertas Model UASA BM Thn 4.indd 2 19/11/2024 8:52 AM
Kertas Model 1 Bahagian A 1 C 2 A 3 A 4 D 5 B 6 D 7 B 8 D 9 D 10 D Bahagian B 1 (a) guru besar (b) Tugas yang dilakukan oleh para peserta pada hari gotong-royong tersebut ialah kerja pembersihan dan membaiki peralatan sekolah yang rosak. (c) Guru-guru/murid-murid (d) Para peserta dibahagikan oleh beliau kepada beberapa kumpulan. 2 Saya akan berhenti berlari dan memeriksa keadaan lutut rakan saya. Kemudian, saya akan terus meminta tolong daripada guru yang bertugas. Bahagian C Pada pendapat saya, menabung merupakan amalan yang terpuji. Antara kebaikan menabung ialah kita dapat menyediakan simpanan untuk masa hadapan. Kita juga boleh menggunakan wang simpanan untuk melanjutkan pelajaran. Selain itu, wang simpanan dapat digunakan jika berlaku kecemasan. Akhir sekali, amalan menabung dapat memupuk sikap berjimat cermat kerana kita tidak boros berbelanja. Bahagian D Karangan tidak berformat (Fakta) Setiap individu harus mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Terdapat pelbagai cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Antara amalan gaya hidup sihat ialah melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Aktiviti senaman membolehkan badan kita membuang toksin melalui peluh. Selain itu, kita perlu makan makanan yang berkhasiat agar badan kita mendapat nutrisi dan zat yang mencukupi. Di samping itu, kita perlu menjaga kebersihan Jawapan diri seperti kerap mencuci tangan, mandi dan memakai pakaian yang bersih. Penjagaan kebersihan dapat menghindarkan diri kita daripada penyakit berjangkit. Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat adalah amat penting untuk mengekalkan kesihatan badan kita. Karangan berformat (Perbualan) Dani : Lihat poster ini, Ah Meng. Poster ini tentang amalan gaya hidup sihat. Ah Meng : Ya, Dani. Antara amalan gaya hidup sihat ialah melakukan senaman sekurangkurangnya tiga kali seminggu. Aktiviti senaman membolehkan badan kita membuang toksin melalui peluh. Selain itu, kita perlu makan makanan yang berkhasiat agar badan kita mendapat nutrisi dan zat yang mencukupi. Dani : Benar, Ah Meng. Kita juga perlu menjaga kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan, mandi dan memakai pakaian yang bersih. Penjagaan kebersihan dapat menghindarkan diri kita daripada penyakit berjangkit. Ah Meng : Ya. Mari kita mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengekalkan kesihatan badan kita. Dani : Baiklah, Ah Meng. Kertas Model 2 Bahagian A 1 B 2 B 3 C 4 A 5 D 6 A 7 A 8 A 9 D 10 C Bahagian B 1 (a) kebaikan media sosial (b) Media sosial penting kepada kita kerana kita boleh menggunakan media sosial untuk berinteraksi dengan rakan, mengikuti berita semasa dengan pantas dan berkongsi maklumat dengan rakan. (c) Facebook/Ming Hui © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. J – 3 Set Jaw_Kertas Model UASA BM Thn 4.indd 3 19/11/2024 8:53 AM
(d) Melalui aplikasi itu, banyak maklumat saya kongsi dengan rakan-rakan. 2 Saya akan melarang dia menconteng alat permainan itu. Saya akan menasihatinya agar menjaga dan menghargai alat permainan di taman permainan supaya orang lain juga dapat menggunakan kemudahan yang disediakan. Bahagian C Semua murid ingin menjadi murid yang cemerlang. Untuk menjadi murid yang cemerlang, kita perlu rajin belajar. Selain itu, kita harus menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas. Di samping itu, kita patut menyertai aktiviti sukan di sekolah agar kekal aktif. Kesimpulannya, kita mampu menjadi murid yang cemerlang jika kita berusaha bersungguh-sungguh. Bahagian D Karangan tidak berformat (Fakta) Keselamatan di jalan raya adalah sangat penting. Oleh sebab itu, kita harus sentiasa menjaga keselamatan diri semasa di jalan raya. Antara cara untuk menjaga keselamatan diri ialah kita perlu beratur semasa menaiki bas. Perbuatan berebut-rebut semasa menaiki bas adalah amat berbahaya. Selain itu, kita mestilah memakai tali pinggang keledar semasa menaiki kereta untuk mengurangkan risiko kecederaan parah dan kematian akibat kemalangan. Di samping itu, jika hendak melintas jalan, kita perlu menggunakan jejantas yang disediakan agar kita selamat. Kesimpulannya, kita patut mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan diri dan orang lain. Karangan berformat (Ucapan) Yang berusaha tuan guru besar, guru-guru dan rakan-rakan yang disayangi. Hari ini, saya ingin menyampaikan ucapan tentang “Keselamatan di Jalan Raya”. Hadirin sekalian, Untuk menjaga keselamatan diri, kita perlu beratur semasa menaiki bas. Elakkan berebut-rebut supaya tidak terjatuh. Selain itu, kita mestilah memakai tali pinggang keledar semasa menaiki kereta untuk mengurangkan risiko kecederaan parah dan kematian akibat kemalangan. Hadirin sekalian, Jika hendak melintas jalan, kita perlu menggunakan jejantas yang disediakan agar kita selamat. Kesimpulannya, kita patut mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan diri dan orang lain. Sekian, terima kasih. Kertas Model 3 Bahagian A 1 A 2 D 3 A 4 C 5 B 6 C 7 C 8 A 9 D 10 D Bahagian B 1 (a) buah rambutan (b) Sang Kancil menyeberangi Sungai Balleh dengan meminta semua buaya timbul ke permukaan sungai dan naik ke badan mereka satu persatu. (c) Sang Kancil/Sungai Balleh (d) Sang Kancil digelar Syah Alam di Rimba disebabkan oleh kebijaksanaannya. 2 Saya akan membawa Haris ke bilik rawatan untuk berehat. Kemudian, saya akan melaporkan keadaannya kepada guru kelas. Selepas itu, saya akan menemani Haris di bilik rawatan sampai ibu bapanya datang. Bahagian C Pada pendapat saya, membaca merupakan amalan yang berfaedah kepada murid-murid. Antara faedah membaca buku ialah menambah ilmu pengetahuan. Dengan membaca surat khabar, murid-murid dapat mengetahui berita semasa. Selain itu, murid-murid juga dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Kesimpulannya, amalan membaca harus dipupuk dalam kalangan murid. Bahagian D Karangan tidak berformat (Keperihalan) Pada hari Sabtu yang lepas, kami sekeluarga menziarahi datuk dan nenek di kampung. Kami bertolak pada pukul lapan pagi. © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. J – 4 Set Jaw_Kertas Model UASA BM Thn 4.indd 4 19/11/2024 8:53 AM
2022 此系列包括: Judul-judul dalam siri ini: 泛亚出版有限公司 Pan Asia Publications Sdn. Bhd. 199101016590 (226902-X) No. 2-16, Jalan SU 8, Taman Perindustrian Subang Utama, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603-5614 4168 Faks: +603-5614 4268 E-mel: [email protected] Laman web: www.panasiapub.com © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada penerbit. Cetakan Pertama 2025 Dicetak oleh Metrobay Industry Sdn. Bhd. (430102-W) 199101016590 (226902-X) Online Bookstore Ingin menjadi penulis kami? Sertai kami dengan menghantar e-mel ke alamat [email protected]. 泛亚出版有限公司 Akses Digital Grab A KERTAS MODEL UASA Bahasa Melayu Tahun 4 科目 Subjek 年级 Tahun 国文 Bahasa Melayu 4 5 6 英文 Bahasa Inggeris 4 5 6 数学 Matematik 4 5 6 科学 Sains 4 5 6 NETT PRICE SEM. M’SIA RM5.30 SABAH/ SARAWAK RM5.60 9 786294 970380 ISBN 978-629-497-038-0