Kandungan Mesti Tahu i – viii Bab 1 Kata Nama 1 Bab 2 Kata Adjektif 9 Bab 3 Kata Tanya 16 Bab 4 Kata Seru 23 Bab 5 Kata Kerja Tak Transitif 29 Bab 6 Kata Ganda 36 Bab 7 Imbuhan Awalan dan Imbuhan Akhiran 43 Bab 8 Frasa Nama 49 Bab 9 Pola Ayat Dasar 55 Bab 10 Kata Perintah 61 Bab 11 Kata Pembenar dan Kata Pangkal Ayat 66 Bab 12 Arkib Peribahasa dan Kata-kata Hikmat 71 Bab 13 Kesalahan Ayat 86 Ujian Sumatif 1 96 Ujian Sumatif 2 100 Ujian Sumatif 3 104 Jawapan 108
Kesalahan Penggunaan Kata 13 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Penggunaan Kata 15 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Penggunaan Kata 17 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Penggunaan Kata 19 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Penggunaan Kata 21 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Penggunaan Kata 23 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Keterangan: Kata sendi nama dari hanya digunakan untuk masa/ waktu dan tempat/ arah. Kata sendi nama daripada pula digunakan untuk menyatakan hal yang lebih umum seperti punca bagi manusia, haiwan dan benda, asal kejadian atau sumber dan perbezaan atau perbandingan. Ayat 1 adalah salah kerana Zahid (manusia) bukan merujuk kepada masa atau tempat. Manakala ayat 2 adalah salah kerana Itali (tempat). Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan Kesalahan penggunaan kata ramai/ banyak Salah 1. *Banyak pelanggan di pasar raya itu. 2. *Banyak orang yang berada di pesta itu. 3. *Gadis cantik itu mempunyai ramai peminat. Betul 1. Ramai pelanggan di pasar raya itu. 2. Ramai orang yang berada di pesta itu. 3. Gadis cantik itu mempunyai banyak peminat. Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama Kesalahan penggunaan kata oleh kerana Salah 1. *Oleh kerana ayah bertugas pada hari raya pertama, kami sekeluarga akan pulang ke kampung pada hari raya kedua. 2. *Dia dimarahi oleh guru oleh kerana ponteng kelas. Betul 1. Oleh sebab ayah bertugas pada hari raya pertama, kami sekeluarga akan pulang ke kampung pada hari raya kedua. 2. Dia dimarahi oleh guru oleh sebab ponteng kelas. Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama Kesalahan penggunaan di antara/ antara Salah 1. *Kedai itu terletak antara rumah Siti dan rumah Aini. 2. *Walaupun mereka kembar, banyak perbezaan di antara mereka berdua. Betul 1. Kedai itu terletak di antara rumah Siti dan rumah Aini. 2. Walaupun mereka kembar, banyak perbezaan antara mereka berdua. Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama Kesalahan penggunaan kata dari/ daripada Salah 1. *Hadiah ini saya terima dari Zahid. 2. *Perabot ini diimport oleh Datin Aisyah daripada Itali. Betul 1. Hadiah ini saya terima daripada Zahid. 2. Perabot ini diimport oleh Datin Aisyah dari Itali. Keterangan: Kata bilangan ramai digunakan untuk menunjukkan suasana meriah dan seronok. Manakala, kata bilangan banyak digunakan untuk merujuk bilangan yang tidak melibatkan suasana. Ayat 1 dan ayat 2 salah kerana pasar raya dan pesta merujuk pada suasana yang meriah. Ayat 3 kerana peminat tidak melibatkan suasana. Keterangan: Kata di dalam digunakan untuk merujuk tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya. Manakala, kata dalam pula digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang abstrak sifatnya. Ayat 1 dan ayat 2 adalah salah kerana ingatan dan bidang kejuruteraan ialah perkara abstrak. Ayat 3 adalah salah kerana peti besi mempunyai ruang. Keterangan: Demi dan untuk merupakan kata sendi nama yang membawa maksud tujuan. Jadi, kedua-dua perkataan tersebut tidak boleh hadir serentak. Penggunaan *demi untuk dalam ayat akan dianggap lewah dan perlu digugurkan salah satu. Keterangan: Kata oleh merupakan kata sendi nama yang memerlukan frasa nama (sebab) sebagai objek untuk membentuk frasa sendi. Kata kerana merupakan kata hubung keterangan. Jadi, kata tersebut tidak boleh diletakkan selepas kata oleh. Gabungan yang betul ialah oleh sebab. Keterangan: Kata antara digunakan untuk ayat yang membawa maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Manakala di antara membawa maksud lingkungan yang mempunyai jarak dan ruang. Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama Kesalahan penggunaan kata di dalam/ dalam Salah 1. *Peristiwa itu masih segar di dalam ingatan saya. 2. *Beliau memiliki ijazah di dalam bidang kejuruteraan. 3. *Emak menyimpan barang kemasnya dalam peti besi. Betul 1. Peristiwa itu masih segar dalam ingatan saya. 2. Beliau memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan. 3. Emak menyimpan barang kemasnya di dalam peti besi. Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama Kesalahan penggunaan kata demi untuk Salah 1. *Peraturan itu digubal demi untuk kesejahteraan bersama. 2. *Demi untuk mengekalkan perpaduan, rakyat perlulah bersatu hati. Betul 1. *Peraturan itu digubal demi kesejahteraan bersama. 2. *Demi mengekalkan perpaduan, rakyat perlulah bersatu hati. Info Bahasa dan Kesalahan Umum MESTI TAHU
Kesalahan Penggunaan Kata 20 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Majmuk 22 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Majmuk 24 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Penggunaan Kata 14 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Majmuk 16 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Majmuk 18 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Penggunaan Kata Nafi Kesalahan penggunaan kata tidak/ bukan Salah 1. *Hadiah ini tidak untuk Soraya. 2. *Kenyataan yang dikeluarkan itu bukan benar. 3. *Dia bukan mengharapkan simpati kita. Betul 1. Hadiah ini bukan untuk Soraya. 2. Kenyataan yang dikeluarkan itu tidak benar. 3. Dia tidak mengharapkan simpati kita. Kata Majmuk Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan dan membawa makna baharu atau makna tertentu. Kata majumk terbahagi kepada empat: Kata majmuk rangkaian bebas (dieja terpisah) nasi minyak Duta Besar bom tangan rantai tangan jam tangan rumah panjang Kata majmuk istilah khusus (dieja terpisah) minyak mentah cari gali timur laut ijab kabul mata pelajaran ulang kaji Kata Majmuk Kesalahan ejaan kata majmuk Salah 1. *Kaki tangan pejabat itu bercuti pada hari Ahad. 2. *Temubual itu berlangsung selama satu jam. 3. *Mimi merupakan anakemas dalam keluarganya. Betul 1. Kakitangan pejabat itu bercuti pada hari Ahad. 2. Temu bual itu berlangsung selama satu jam. 3. Mimi merupakan anak emas dalam keluarganya. Kata Majmuk Kata majmuk maksud kiasan/ simpulan bahasa (dieja terpisah) telinga lintah mandi kerbau panjang tangan jantung hati ulat buku anak emas Kata majmuk berbentuk mantap (15 perkataan sahaja dan ejaannya perlu dicantumkan) antarabangsa setiausaha kerjasama beritahu sukarela olahraga bumiputera suruhanjaya matahari jawatankuasa tandatangan warganegara kakitangan tanggungjawab pesuruhjaya Kata Majmuk Kesalahan pengimbuhan kata majmuk: awalan/ akhiran Salah 1. *Pihak polis sudah mengenalpasti suspek utama kes itu. 2. *Hafiz telah mengambilalih jawatan itu semula. 3. *Semua murid perlu mengemaskini maklumat diri mereka. 4. *Wartawan itu menemubual pelajar cemerlang SPM. Betul 1. Pihak polis sudah mengenal pasti suspek utama kes itu. 2. Hafiz telah mengambil alih jawatan itu semula. 3. Semua murid perlu mengemas kini maklumat diri mereka. 4. Wartawan itu menemu bual pelajar cemerlang SPM. Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri Kesalahan penggunaan kata ialah/ adalah Salah 1. *Berita yang disampaikan itu ialah benar 2. *Dia adalah kakak kesayangan saya. Betul 1. Berita yang disampaikan itu adalah benar 2. Dia ialah kakak kesayangan saya. Keterangan: Kata bukan digunakan di hadapan frasa nama dan frasa sendi nama. Manakala, kata tidak digunakan di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif. Ayat 1 adalah salah kerana untuk Soraya (frasa sendi nama). Ayat 2 dan 3 adalah salah kerana benar (frasa adjektif) dan mengharapkan (frasa kerja). Keterangan: Kata majmuk jenis rangkai kata bebas, istilah khusus dan maksud kiasan perlu dieja secara terspisah. Kata majmuk berbentuk mantap pula perlu dieja bercantum atau satu perkataan. Kakitangan merupakan kata majmuk berbentuk mantap. Jadi, ejaanya perlu dicantumkan. Keterangan: Kata majmuk jenis rangkai kata bebas, istilah khusus dah maksud kiasan tetap dieja secara terpisah walaupun menerima imbuhan awalan atau imbuhan akhiran. Keterangan: Kata pemeri ialah digunakan di hadapan frasa nama sahaja. Manakala, kata pemeri adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ayat 1 adalah salah kerana benar (frasa adjektif). Ayat 2 adalah salah kerana kakak (frasa nama). Info Bahasa dan Kesalahan Umum MESTI TAHU
Kesalahan Ayat Pasif 44 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Penggunaan Kata 46 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Imbuhan Pinjaman 48 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Ayat Pasif 38 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Imbuhan Pinjaman 40 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Imbuhan Pinjaman 42 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kesalahan Ayat Pasif Kesalahan penyisipan kata lain antara kata ganti nama dengan kata kerja pasif Salah 1. *Rak itu saya akan pasang. 2. *Surat itu saya sedang tulis. 3. *Rumah itu kami akan bersihkan. Betul 1. Rak itu akan saya pasang. 2. Surat itu sedang saya tulis. 3. Rumah itu akan kami bersihkan. Kesalahan Penggunaan Kata Kesalahan penggunaan kata baru/ baharu Salah 1. *Lelaki itu baharu tiba di sini pagi tadi. 2. *Ayah membeli kasut baru untuk saya Betul 1. Lelaki itu baru tiba di sini pagi tadi. 2. Ayah membeli kasut baharu untuk saya. Imbuhan Pinjaman Imbuhan Awalan Yunani-Latin-Inggeris Imbuhan Maksud Contoh anti- menentang/benci antikomunis, antibarat auto- dengan sendiri autonomi, automatik poli- banyak poligami, politeknik pro- menyokong pro-Malaysia, proaktif sub- sebahagian daripada subtajuk, subtopik supra- melebihi/ merentasi supranasional, suprakelas pasca- selepas pacsamajlis, pascakomunis multi- pelbagai multibudaya, multidemensi Imbuhan Maksud Contoh -is pelaku/ orang/ keadaan kartunis, ekonomis -isme kepercayaan/ fahaman kapitalisme, patriotisme -logi bidang ilmu biologi, antologi -grafi bidang ilmu kaligrafi, biografi Imbuhan Pinjaman Imbuhan Awalan Sanskrit Imbuhan Maksud Contoh maha- teragung/ tertinggi mahaguru, mahasiswi tata- susunan/ peraturan tatabahasa, tatasusila pra- sebelum prakata, prauniversiti juru- orang yang mahir juruteknik, juruterbang swa- sendiri swadaya, swalayan eka- satu ekafungsi, ekamatra dwi- dua dwijantina, dwifungsi tri- tiga tribahasa, tribulan panca- lima pancaindra, pancasusila Imbuhan Akhiran Sanskrit Imbuhan Maksud Contoh -man pelaku/ sifat/ kepunyaan (lelaki) seniman, budiman -wan sejarawan, karyawan -wati/ -nita pelaku/ sifat/ kepunyaan (perempuan) peragawati, olahwagawati, biduanita Kesalahan Imbuhan Pinjaman Kesalahan penggunaan imbuhan pinjaman awalan Salah 1. *Pelajar itu mahir bertutur dalam tri bahasa. 2. *Maha guru itu menunjukkan teknik bersilat yang betul. Betul 1. Pelajar itu mahir bertutur dalam tribahasa. 2. Mahaguru itu menunjukkan teknik bersilat yang betul. Kesalahan Ayat Pasif Kesalahan ayat pasif diri ketiga Salah 1. *Pesakit itu sedang doktor rawat. 2. *Wayang ditonton keluarga Farah petang tadi. 3. *Baju kakak susun di dalam almari. Betul 1. Pesakit itu sedang dirawat oleh doktor. 2. Wayang ditonton oleh keluarga Farah petang tadi. 3. Baju disusun oleh kakak di dalam almari. Keterangan: Baru ialah kata bantu yang merujuk pada masa kini. Manakala, baharu merujuk pada kata adjektif yang membawa makna sesuatu barang yang baru dibeli atau dimiliki. Biasanya, baharu menerangkan kata nama atau frasa nama. Keterangan: Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan diri kedua merupakan bentuk terikat. Oleh sebab itu, perkataan lain seperti akan atau sedang tidak boleh disisipkan antara kata ganti nama diri dan kata kerja pasif. Perkataan tersebut perlu diletakkan di hadapan kata ganti nama. Keterangan: Tri- dan maha- merupakan imbuhan pinjaman. Jadi, semua imbuhan pinjaman perlu dieja secara rapat (satu perkataan). Contohnya, tri perlu dicantumkan ejaannya dengan bahasa untuk membentuk perkataan tribahasa. Keterangan: Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga merupakan bentuk terikat. Oleh sebab itu, perlu mengikut susunan yang betul untuk menghasilkan ayat pasif diri ketiga iaitu O + KK + oleh + S + K. Ayat 1, 2 dan 3 adalah salah kerana susunan ayat pasif tersebut mengikut susunan ayat pasif diri pertama dan kedua. Info Bahasa dan Kesalahan Umum MESTI TAHU
1 Bab 1 Kata Nama 1. Kata nama ialah kata yang menjadi inti frasa nama dalam ayat. Kata nama biasanya ditandai dengan kata bilangan atau kata ganti nama tunjuk ini atau itu. 2. Kata nama terdiri daripada kata nama am dan kata nama khas. 3. Kata nama am ialah kata untuk merujuk manusia, haiwan, tumbuhan, tempat atau sesuatu benda secara am sahaja. Contohnya ibu, guru, ikan, kereta, pohon kelapa dan kilang. 4. Kata nama am terdiri daripada kata nama am hidup dan kata nama am tak hidup. NOTA Kata Nama Am Hidup Manusia Contoh: • Bapa • Guru • Doktor • Kakak • Ketua • Pengikut • Pekerja • Petani • Usahawan • Seniwati Contoh: • Pokok • Haiwan • Malaikat • Burung • Arnab • Jin • Tupai • Kucing • Penyu • Ketam Contoh: • Bank • Masjid • Sekolah • Klinik Contoh: • Meja • Kerusi • Bola Contoh: • Senyuman • Idea • Rancangan Contoh: • Cuaca • Keamanan • Keadilan Institusi Konkrit Abstrak Berbilang Tak Berbilang Bukan Manusia Bukan Institusi Kata Nama Am Tak Hidup Kata Nama Am 5. Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, tumbuhan, tempat atau benda secara khusus. 6. Biasanya huruf awal bagi kata nama khas akan ditandai dengan huruf besar. 7. Kata nama khas terdiri daripada kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Hidup Manusia Contoh: • Emylinda • Datin Rosnita • Shahrul • Senator Ali • Profesor Zainab • Pak Cik Abu Contoh: • Sang Belang • Sang Kancil • Si Tompok • Jibrail • Hystrix Brachyura • Oreochromis Niloticus Contoh: • Korea • Perodua Axia • Restoran Emerald • Facebook • Universiti Malaya • Akta Alam Sekitar • Melayu Bukan Manusia Tak Hidup Kata Nama Khas
3TIP SOS Soalan 11 hingga 15 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 11. Setiap kali musim buah-buahan, datuk akan mengajak kami pergi ke bendang. A mengajak kami pergi ke hutan B mengajak kami pergi ke dusun C mengajak kami pergi ke sawah D mengajak kami pergi ke bendang 12. Mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu telah dikejarkan ke pejabat untuk rawatan lanjut. A dikejarkan ke balai B dikejarkan ke hospital C dikejarkan ke sekolah D dikejarkan ke pejabat 13. Kedua-dua mempelai itu bersanding di atas pelamin yang dihias indah. A bersanding di atas lantai B bersanding di atas bumbung C besanding di atas permaidani D bersanding di atas pelamin 14. Baju karung yang ditempah oleh ibu di butik itu belum siap lagi. A Baju korong yang ditempah oleh ibu B Baju kurang yang ditempah oleh ibu C Baju kurung yang ditempah oleh ibu D Baju karung yang ditempah oleh ibu 15. Siswa Universiti Kebangsaan Malaysia itu muncul juara dalam Pertandingan Pidato Teknologi Hijau Peringkat Negeri selepas berjaya menewaskan tujuh peserta lain. A Murid Universiti Kebangsaan Malaysia B Pekerja Universiti Kebangsaan Malaysia C Pelawat Universiti Kebangsaan Malaysia D Siswa Universiti Kebangsaan Malaysia Soalan Subjektif Latihan A Teliti ayat-ayat di bawah. Kemudian, kenal pasti kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam setiap ayat yang berikut. 1. Keindahan Gunung Kinabalu telah menarik hati para pendaki gunung dari serata dunia. Kata nama khas: Kata nama am : 2. Pameran buku yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai. Kata nama khas: Kata nama am : 3. Penduduk Kampung Saputeh berasa bimbang jika banjir melanda kampung mereka. Kata nama khas: Kata nama am : • Untuk soalan subjektif, soalan 1, Gunung Kinabalu ialah kata nama khas. Jadi, huruf pertama untuk setiap perkataan itu mestilah ditulis dengan huruf besar.
7TIP SOS Latihan D Lengkapkan tempat kosong bagi setiap ayat yang berikut dengan kata nama am atau kata nama khas yang paling sesuai. kedai jururawat sukarelawan Kota Kinabalu Menara Berkembar Petronas teksi pemuda Kementerian Kesihatan Malaysia Restoran tali kasut 1. itu sering menjadi pilihan kami sekeluarga kerana kelazatan makanannya sangat memenuhi cita rasa kami. 2. Mak Cik Jijah berjalan kaki sahaja untuk ke runcit itu. 3. Pihak sering memantau tahap penularan wabak denggi agar sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal. 4. Kakak cuba membantu adik mengikat sekolahnya. 5. Pelancong dari negara Korea itu meminta pemandu tersebut menghantarnya ke lapangan terbang. 6. Keindahan panorama dari bangunan itu mendorong Izati untuk mengunjunginya sekali lagi. 7. Adik meronta-ronta ketakutan apabila melihat itu memegang jarum suntikan. 8. Ayah terpaksa ke pada petang ini juga untuk menghadiri mesyuarat yang penting itu. 9. Peristiwa pergaduhan sekumpulan di kampung itu masih menjadi buah mulut para penduduk kampung sehingga kini. 10. Para sedang sibuk mengagih-agihkan bekalan makanan dan minuman kepada mangsa gempa bumi itu. • Nama tempat yang disebut secara umum perlulah ditulis dengan huruf kecil kecuali jika perkataan tersebut ditulis pada awal perkataan. • Contoh ayat: Abang ke sekolah dengan menaiki bas. : Sekolah abang terletak jauh dari rumah.
49 Bab 8 Frasa Nama 1. Frasa nama merupakan salah satu daripada bahagian utama dalam binaan ayat. 2. Binaan bagi frasa nama biasanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan dan kata ganti nama sebagai perkataan utamanya. 3. Apabila kata bilangan yang menunjukkan makna jamak (banyak) digunakan dalam ayat, maka kata nama tersebut tidak perlu diulang lagi. Contoh: Kata Bilangan Kata Nama Analisis Ratusan pengunjungpengunjung 7 Ratusan pengunjung 3 4. Kata nama juga tidak perlu diulang apabila kata adjektif telah dijamakkan sebagai penerang kepada kata nama tersebut. Manakala kata adjektif pula tidak perlu dijamakkan lagi sekiranya kata nama sudah dijamakkan. Contoh: Contoh Ayat Analisis Kereta-kereta itu mahal-mahal belaka. 7 Kereta itu mahal-mahal belaka. 3 Kereta-kereta itu mahal belaka. 3 Contoh Ayat Analisis Anak-anak Puan Fasihah baik-baik belaka. 7 Anak Puan Fasihah baik-baik belaka. 3 Anak-anak Puan Fasihah baik belaka. 3 5. Frasa nama juga perlu mematuhi hukum DM, iaitu hukum penyusunan kata dalam binaan ayat dengan mendahulukan unsur yang “Diterangkan” dan seterusnya diikuti dengan unsur “Menerangkan.” Contoh: Contoh Perkataan Analisis Tomato sos 7 Sos tomato 3 Kari serbuk 7 Serbuk kari 3 Membakut Lima Bintang Hotel 7 Hotel Lima bintang Membakut 3 6. Penggunaan hukum DM juga mestilah mengikut konteks ayat. Contoh: Contoh Ayat Analisis Pak Karim sangat rajin menternak telur ayam kerana dia yakin kegiatan ini mampu menghasilkan pulangan yang lumayan. 7 Pak Karim sangat rajin menternak ayam telur kerana dia yakin kegiatan ini mampu menghasilkan pulangan yang lumayan. 3 Contoh Ayat Analisis Goreng cempedak di dalam pinggan itu habis dimakan oleh adik. 7 Cempedak goreng di dalam pinggan itu habis dimakan oleh adik. 3 NOTA
50TIP SOS Soalan Objektif Soalan 1 hingga 10 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. yang terlibat dalam kemalangan di lebuh raya itu remuk dan rosak teruk. A Dua buah telefon bimbit B Dua buah komputer riba C Dua buah rumah D Dua buah kereta 2. di dalam peti ais itu habis diminum oleh Amir kerana dia terlalu dahaga. A Jus oren B Baju sejuk C Kek pandan D Buah tembikai 3. itu mengajar mata pelajaran Sains di kelas saya. A Pereka grafik perempuan B Juruterbang perempuan C Doktor perempuan D Guru perempuan 4. Ibu menggantungkan ayah di dalam almari setelah selesai digosok. A selendang-selendang baharu B baju-baju kemeja C baju-baju kurung D gaun-gaun labuh 5. sanggup beratur panjang semata-mata mahu membeli martabak Pak Cik Mohd Noor yang sedap itu. A Para penternak B Para usahawan C Para pembeli D Para penjual 6. Kakak mengelap yang sudah dibasuh itu sebelum menyimpannya di dalam almari. A pinggan-pinggan kaca B buah-buahan kering C sayur-sayur segar D buku-buku lama 7. Abang Ikhmal membeli untuk menambah nilai telefon bimbitnya yang kehabisan kredit. A kad hari lahir B kad prabayar C kad kredit D kad debit 8. Permintaan terhadap akan meningkat menjelang musim perayaan kerana diperlukan untuk membuat lemang. A buluh perindu B buluh lemang C tabung buluh D rebung buluh Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah. 9. Dua orang anggota Persatuan Bulan Sabit Merah mengusung salah seorang yang tercedera. A pengadil perlawanan B pemain bola sepak C pekerja sambilan D pembantu rumah 10. dipinjam oleh Kaisara di perpustakaan sekolahnya. A Beberapa pucuk surat B Beberapa keping poskad C Beberapa buah komputer D Beberapa naskhah buku rujukan • Bagi soalan objektif, soalan 2, jawapan yang tepat ialah A, iaitu Jus oren. Kata kunci bagi soalan ini ialah habis diminum oleh Amir.... Oleh itu, jawapannya mestilah merujuk minuman.
53TIP SOS Latihan C Lengkapkan tempat kosong bagi setiap ayat di bawah dengan frasa nama yang betul. bas mini ketiga-tiga orang jiran ketiga-tiga orang guru dua pasang baju kurung hal-hal lain ratusan pelancong banyak pelanggan Restoran Nabalu ayam daging sesetengah murid 1. Pak Cik Abdul Rahman mempunyai tetap kerana dia sentiasa bersikap mesra dan melayan mereka dengan baik sekali. 2. Kami menikmati makanan tengah hari di sebelum meneruskan perjalanan ke daerah Ranau. 3. terpaksa menunggu selama dua jam apabila penerbangan mereka dijadualkan semula secara tiba-tiba. 4. Beberapa orang ahli mesyuarat itu sedang membincangkan yang berkaitan dengan usaha untuk memajukan kampung mereka. 5. itu menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang hasil dedikasi dan kesungguhan mereka dalam menjalankan tugas sepanjang tahun tersebut. 6. Mak Cik Munirah menghadiahkan kepada Suhana sempena hari ulang tahun kelahirannya. 7. Sejak Fadlan memiliki kenderaan sendiri, dia tidak pernah lagi menaiki untuk ke pejabat. 8. Pihak pentadbir sekolah terpaksa mengendalikan pelbagai masalah disiplin yang masih suka melanggar peraturan sekolah. 9. Syanti sangat peramah dan bertimbang rasa walaupun mereka terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan keturunan. 10. Keluarga Mukhriz menternak ratusan ekor dan mereka menjadi pembekal utama bekalan daging ayam ke premis-premis di seluruh bandar tersebut. • Dalam binaan ayat, unsur yang “Diterangkan” mestilah didahulukan. Kemudian, barulah diikuti oleh unsur yang “Menerangkan.” • Contoh: Fathimah Kedai Makan (7), Kedai Makan Fathimah (3) : Mini karipap (7), Karipap mini (3) : Lapan setengah jam (7), Lapan jam setengah (3)
86 Bab 13 Kesalahan Ayat 1. Murid perlu berhati-hati semasa membina ayat. 2. Terdapat pelbagai jenis kesalahan ayat yang perlu diberikan perhatian. Antaranya ialah: (a) Kesalahan ayat tergantung. – Setiap ayat mestilah mempunyai subjek dan predikat. – Contohnya: Pameran robotik itu mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai. Subjek – Pameran robotik itu Predikat – mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai. – Ayat yang tidak mempunyai subjek atau predikat akan disebut sebagai ayat tergantung. Hal ini demikian kerana struktur ayat tersebut tidak lengkap dari segi maksud atau idea yang ingin disampaikan kepada pembaca. – Teliti contoh-contoh ayat di bawah. NOTA Ayat tergantung ✗ Sepatutnya... ✓ Di kelas kami berasa sedih atas perpindahan Cikgu Maisarah. Murid-murid di kelas kami berasa sedih atas perpindahan Cikgu Maisarah. Untuk memajukan negara memerlukan generasi pelapis yang berkualiti. Untuk memajukan negara, kita memerlukan generasi pelapis yang berkualiti. Memandu kereta itu abang saya. Yang memandu kereta itu abang saya. (b) Kesalahan ejaan. Salah Betul Salah Betul pra sekolah prasekolah gantirugi ganti rugi internet Internet ko kurikulum kokurikulum television televisyen dikampung di kampung kompiuter komputer di anugerahkan dianugerahkan tusyen tuisyen patriotisma patriotisme swa foto swafoto selsema selesema 1980an 1980-an kontijen kontinjen agent ejen urusetia urus setia stesyen stesen di masak dimasak skuash skuasy manafaat manfaat tata tertib tatatertib otomatik automatik dwi bahasa dwibahasa peramugari pramugari pasca-siswazah pascasiswazah penambah baikkan penambahbaikan
89TIP SOS Soalan Objektif Soalan 1 hingga 9 Pilih ayat yang betul. 1. A Salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisma adalah dengan mengunjungi tempat-tempat bersejarah. B Puan Rahimah akan menghantar anak lelakinya ke pusat tuisyen pada pukul lapan malam. C Ibu dan ayah sedang menuntun televisyen ketika kami pulang ke rumah. D Pelancung dari Thailand itu amat fasih berbahasa Melayu. 2. A Harga sepasang baju kebaya ini berapakah? B Kasut sekolah yang kotor itu belum dibasuh oleh saya. C Abang menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya telah. D Tugasan itu ditaip oleh Wan Khadija menggunakan komputer. 3. A Afiq mengkemukakan cadangan supaya derma kilat dilaksanakan untuk membantu keluarga Kit Meng yang terlibat dengan kebakaran baru-baru ini. B Kanak-kanak memperlukan makanan yang berzat dan seimbang bagi menyokong tumbesaran mereka. C Para remaja haruslah mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mengkikis sifat malu jika mahu berjaya dalam apa-apa jua bidang yang diceburi. D Rakyat haruslah bersatu padu demi memastikan keamanan negara sentiasa terjamin. 4. A Fariza sambil Marlia pergi ke pusat sumber untuk meminjam buku. B Faiz menuju ke singki lalu membasuh tangannya yang kotor. C Semua murid hadir pada hari ini sambil Izham. D Puan Syuhada mahu makan kek tetapi roti? 5. A Sewaktu makan angin di Pulau Pinang, Encik Hafiz dan keluarganya menginap di Hotel Georgetown. B Puan Nureen singgah di gerai Mak Cik Syamsiah untuk membeli goreng pisang. C Su Fah membeli dua kotak oren jus di Kedai Runcit Farah. D Keropok lekor ini enak dimakan bersama cili sos. 6. A Murid-murid lelaki di kelas itu tinggi-tinggi belaka. B Pemandangan di kawasan pergunungan ini indah sangat. C Nasi goreng kampung yang dibuat oleh kakak sungguh sedap. D Gelandangan yang tidur di kaki lima itu tersangat amat kurus sekali. 7. A Aimuni menutop novel itu lalu menyimpannya di atas rak. B Nenek memasokkan terung-terung yang dipetiknya ke dalam bakul. C Puan Atikah menghidangkan bubur jagung itu kepada tetamunya. D Shahrul melapurkan kejadian ragut itu kepada pihak polis. 8. A Pasu itu antik kepunyaan Datin Badriyah. B Yusri memberikan kepada ibunya surat itu. C Awak akan pergi ke Kelantan atau Terengganu? D Saya sangat yakin bahawa saya akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. 9. A Buku ini ditulis dalam dwi bahawa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. B Stesen bas itu dipenuhi oleh warga kota yang ingin pulang ke kampung. C Pintu masuk ke pusat beli-belah itu akan terbuka secara otomatik jika ada pengunjung yang ingin memasukinya. D Juru jual perempuan itu ialah kakak Aiza. • Bagi soalan objektif, soalan 4, jawapan yang tepat ialah B, iaitu Faiz menuju ke singki lalu membasuh tangannya yang kotor. • Ayat A salah. Sepatutnya, ayat yang betul ialah Fariza dan Marlia pergi ke pusat sumber. • Ayat C salah. Sepatutnya, ayat yang betul ialah semua murid hadir pada hari ini kecuali Izham. • Ayat D salah. Sepatutnya, ayat yang betul ialah Puan Syuhada mahu makan kek atau roti?.
95TIP SOS Latihan D Ayat-ayat di bawah mempunyai pelbagai kesalahan tatabahasa. Kenal pasti satu kesalahan tatabahasa yang terdapat pada setiap ayat yang berikut dan betulkan kesalahan tersebut dengan menulis jawapan yang tepat. 1. Hanim menghulurkan dua puluh cocok sate kepada pengemis yang kelaparan itu. 2. Pemilik syarikat yang terkenal itu berazam untuk meningkatkan taraf hidup para pekerjanya dalam tempuh lima tahun. 3. Syahrir membeli basikal itu dengan harga dua ratus ringgit lima puluh. 4. Setengah kaum ibu kini semakin gemar berniaga secara dalam talian untuk membantu menambahkan pendapatan keluarga. 5. Aktiviti memancing ayah dan rakan-rakannya terpaksa dibatalkan oleh kerana keadaan ombak yang bergelora. 6. Chong Kit berang lalu pulang ke rumahnya semula kerana Adib tidak muncul-muncul walaupun dia telah menunggunya selama dua setengah jam. 7. Para murid Sekolah Menengah Saint Patrick berdiri tegak sambil menyanyi lagu Negaraku dengan penuh bersemangat. 8. Apabila banjir surut, longgokan sampah sarap didapati telah mengotorkan kawasan bandar yang terkenal dengan keindahannya itu. 9. Ramli dan rakan-rakannya sedang menikmati minum petang di Cili Padi Restoran. 10. Golongan remaja wajib mengetahui sejarah kemerdekaan negara dan kewajipan mempertahan kedaulatan negara. • Kesalahan ejaan Salah Betul Spesis Spesies Sekelian Sekalian Salah Betul Profession Profesion Pertunjukkan Pertunjukan
96 Soalan 1 hingga 4 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Kaki Zairul terasa kerana bersenam terlalu lama semalam. A lumpuh B lenguh C lembik D letih 2. Wartawan itu sedang membuat tentang nahas udara yang berlaku di Sarawak. A ucapan B liputan C ujaran D litupan Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3. Pencuri itu pintu rumah yang berkunci dengan sebatang besi. A mengopek B mengoyak C mengorek D mengumpil 4. Puan Normah akan anaknya yang belajar di luar negara. A sayang B hormat C rindu D prihatin Soalan 5 hingga 6 Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 5. Kerajaan mengambil keputusan agar jenazah A bekas menteri kabinet itu dimakamkan di B Makam Pahlawan kerana beliau berjasa kepada C negara. Tiada kesalahan D 6. Pertumbuhan badan-badan kesatuan sekerja A merupakan penanda baik bagi membela nasib B pekerja awam. Tiada kesalahan C D Soalan 7 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 7. I Kemenangan itu menjadi haluan mudah bagi pemain-pemain Malaysia untuk ke peringkat perlawanan yang seterusnya. II Mereka lari lintang-pukang tiada tentu haluan kerana terkejut dengan salakan anjing itu. III Pada bahagian haluan perahu itu terdapat suatu ukiran yang menarik. IV Haluan anggota pengakap itu ke kawasan perkhemahan. A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja UJIAN SUMATIF 1 BAHAGIAN A [10 markah]
98 BAHAGIAN B [10 markah] 1. Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. PUTRAJAYA: Pindaan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akas 1974) mencadangkan denda minima lima ribu ringgit dan denda maksimum sepuluh juta ringgit kepada pelaku jenayah pencemaran alam sekitar. Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Akas 1974 dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku pertama tahun depan. Menurutnya, rakyat mendesak hukuman setimpal dikenakan terhadap penjenayah alam sekitar terutamanya yang membabitkan kes percemaran sungai. Katanya, pihak kementerian sudah mengkaji dan mencadangkan pindaan Akas 1974 untuk dipertimbangkan di Parlimen. Dipetik dan diubah suai daripada Denda 10 Juta Menanti Pelaku Jenayah Alam Sekitar oleh Samadi Ahmad MyMetro, 20 Oktober 2021 (i) (ii) [2 markah] 2. Dalam petikan di bawah ini, terdapat dua kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Pihak sekolah melaksanakan pelbagai-bagai peraturan sekolah sebagai mekanisme untuk mendidik para murid agar menjadi insan yang cemerlang dan berdisiplin. Selain itu, usaha mendidik murid-murid ini turut memerlukan kerjasama yang padu dari ibu bapa. (i) (ii) [2 markah]
108 BAB 1 Kata Nama Soalan Objektif 1. A 2. D 3. C 4. B 5. C 6. B 7. A 8. D 9. C 10. A 11. B 12. B 13. D 14. C 15. D Soalan Subjektif Latihan A 1. Kata nama khas : Gunung Kinabalu Kata nama am : Keindahan, pendaki gunung, dunia 2. Kata nama khas : Pusat Dagangan Dunia Putra Kata nama am : pameran buku, sambutan, orang ramai 3. Kata nama khas : Kampung Saputeh Kata nama am : Penduduk, banjir, kampung 4. Kata nama khas : Cikgu Mariah Kata nama am : masa, kecemerlangan, peperiksaan 5. Kata nama khas : Pak Seman Kata nama am : padi, anak 6. Kata nama khas : Hari Raya Aidiladha Kata nama am : pengusaha premis perniagaan, harga jualan, hati, musim perayaan 7. Kata nama khas : Pasar Malam Taman Ceria Kata nama am : Ayah, restoran 8. Kata nama khas : Mawaddah Kata nama am : anak 9. Kata nama khas : Kementerian Kesihatan Malaysia Kata nama am : orang ramai, tempat tinggal, kebersihan, wabak denggi 10. Kata nama khas : Puan Syuhadah, Encik Syuib Kata nama am : kenduri kesyukuran, ibadat haji, bulan 11. Kata nama khas : Encik Izman, Bank Rakyat Kata nama am : kereta 12. Kata nama khas : Berita Harian Kata nama am : Nenek, bilik bacaan 13. Kata nama khas : Kilometer 21.1 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson Kata nama am : penunggang motosikal, lori 14. Kata nama khas : Wan Mahirah, Kamus Dewan Kata nama am : perkataan 15. Kata nama khas : New Zealand Kata nama am : Ibu, abang Latihan B 1. Dewan Bahasa dan Pustaka 2. Encik Syamil 3. Menara Berkembar Petronas 4. Pusat Transformasi Bandar 5. dialog 6. antijenayah 7. ekosistem 8. profesion 9. suai kenal 10. prasekolah 11. Kampung Telaga Tujuh 12. Datin Nik Azni Latihan C 1. Ibu, ayah, Abang Ikhmal, Jepun, Mei 2. Pencuri, lembu, Pak Cik Yaakob 3. Jaket kulit, Vanessa 4. Puan Fatimah, pisang emas, pasar, jemput-jemput 5. Restoran, Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Subang Jaya, makanan, minuman, premis 6. Mangsa kemalangan, Hospital Ampang, kepala 7. Haffi, bilik 8. Jus delima, Syarikat Permata Sdn. Bhd., pengguna, pasaran 9. Kari daging, Puan Farhana 10. Puan Zainab, songket, ibu, nenek 11. Kasut sukan, Elina, tapak 12. Zaid, Buku Teks Bahasa Melayu, perpustakaan 13. Ibu, telefon bimbit, Lenovo 14. Annur, mata 15. Shahrul Nizam, anak kucing, Si Putih Latihan D 1. Restoran 2. kedai 3. Kementerian Kesihatan Malaysia 4. tali kasut 5. teksi 6. Menara Berkembar Petronas 7. jururawat 8. Kota Kinabalu 9. pemuda 10. sukarelawan Latihan E (Jawapan yang relevan diterima) Jawapan Bab 1
109 BAB 2 Kata Adjektif Soalan Objektif 1. D 2. A 3. A 4. C 5. A 6. C 7. B 8. B 9. C 10. A 11. B 12. B 13. D 14. D 15. A Soalan Subjektif Latihan A 1. liat 2. kuat 3. empuk 4. teruk 5. mahal 6. pucat 7. condong 8. lembut 9. tegang 10. remuk Latihan B 1. ✗ 7. ✓ 13. ✓ 2. ✓ 8. ✗ 14. ✗ 3. ✗ 9. ✓ 15. ✓ 4. ✓ 10. ✓ 16. ✗ 5. ✗ 11. 3 17. ✗ 6. ✗ 12. ✗ 18. ✓ Latihan C 1. sedap 2. kotor 3. laju 4. kurus 5. bulat 6. pagi 7. tebal 8. lebat 9. tajam 10. kecewa Latihan D 1. bimbang 5. pudar 9. boros 2. akrab 6. indah 10. licin 3. empuk 7. kecewa/sedih 11. mekar 4. yakin 8. jemu 12. montel/comel Latihan E (Jawapan yang relevan diterima) BAB 3 Kata Tanya Soalan Objektif 1. C 2. D 3. C 4. A 5. B 6. D 7. C 8. A 9. D 10. C 11. D 12. B 13. D 14. B 15. D Soalan Subjektif Latihan A 1. Bilakah murid cemerlang itu akan bertolak ke Kedah? 2. Ke manakah kamu sekeluarga akan melancong? 3. Untuk siapakah baju kebaya baharu itu? 4. Bagaimanakah keadaan kamu setelah dirawat di hospital? 5. Di manakah Encik Ramli berada? 6. Bilakah datuk dan nenek hendak datang ke rumah kamu? 7. Berapakah harga sepasang kasut ini? 8. Bilakah kakak membersihkan dapur? 9. Di manakah kampung Encik Azran terletak? 10. Apakah yang ada di dalam genggaman tangan kamu? Latihan B 1. Ayat tanya songsang terbahagi 2. Ayat tanya songsang 3. Ayat tanya songsang 4. Ayat tanya songsang 5. Ayat tanya biasa 6. Ayat tanya songsang terbahagi 7. Ayat tanya songsang terbahagi 8. Ayat tanya biasa Latihan C 1. Apa 5. Mengapa/ Kenapa 2. Bila 6. Di mana 3. Bagaimana 7. Siapa 4. Berapa Latihan D 1. Berapakah 2. Bilakah 3. Siapakah 4. Mengapakah/ Kenapakah 5. Bagaimanakah 6. Apakah 7. Ke manakah 8. Di manakah 9. Siapakah 10. Mengapakah/ Kenapakah Bab 2 – Bab 3