The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1202 Bank Soalan Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2024-01-08 21:22:28

1202 Bank Soalan Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 KSSM

1202 Bank Soalan Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 KSSM

Keywords: 1202 Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 KSSM,1202 Bank Soalan Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 KSSM,1202 Bank Soalan,Bank Soalan KSSM,Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 KSSM,Prinsip Perakaunan,Tingkatan 4 KSSM,Tingkatan 4,KSSM,Prinsip Perakaunan KSSM

Kandungan MESTI TAHU iii − x Modul 1 Pengenalan Kepada Perakaunan 1 Modul 2 Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan 10 Modul 3 Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber Maklumat 19 Modul 4 Buku Catatan Pertama 30 Modul 5 Lejar 46 Modul 6 Imbangan Duga 59 Modul 7 Penyata Kewangan Milikan Tunggal Tanpa Pelarasan 69 Modul 8 Pelarasan Pada Tarikh Imbangan dan Penyediaan Penyata 78 Kewangan Milikan Tunggal Modul 9 Pembetulan Kesilapan 91 Pentaksiran Tingkatan 4 102 Jawapan 113


MESTI TAHU Fakta dan Rumus Penting Fakta dan Rumus Penting 1 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta dan Rumus Penting 7 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta dan Rumus Penting 3 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta dan Rumus Penting 9 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta dan Rumus Penting 5 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta dan Rumus Penting 11 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kod Etika Akauntan Profesional Kompetensi Kerahsiaan Integriti Objektiviti Sifat Profesional Simpan kira Perakaunan • Merekod • Merekod • Membuat rumusan • Membuat analisis • Membuat tafsiran • Membuat laporan Andaian dalam Perakaunan Prinsip dalam Perakaunan Batasan dalam Perakaunan Entiti berasingan Ketekalan Kos Manfaat Tempoh perakaunan Pengiktirafan hasil dan belanja Usaha berterusan Prinsip kos Wang sebagai ukuran Aset Aset Bukan Semasa Aset Semasa Mempunyai tempoh hayat penggunaan melebihi setahun kewangan Mempunyai tempoh hayat penggunaan kurang daripada setahun kewangan Contoh: Premis, kenderaan, alatan pejabat, dan perabot Contoh: Inventori, tunai di tangan dan tunai di bank Mempunyai tahap kecairan yang rendah Mempunyai tahap kecairan yang tinggi Hasil Hasil Operasi Hasil Bukan Operasi Hasil daripada aktiviti utama perniagaan Hasil bukan daripada aktiviti utama perniagaan Contoh: Komisen diterima Contoh: Faedah simpanan tetap Aset = Liabiliti + Modal + Hasil – Belanja Persamaan Perakaunan Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik Aset = Liabiliti + Modal + Untung bersih/- Rugi bersih


NOTA RINGKAS 1.1 Perakaunan, Subbidang Perakaunan, Kerjaya, dan Badan Profesional 1. Fungsi simpan kira dan perakaunan: Simpan Kira Perakaunan • Merekod semua urus niaga perniagaan dengan tepat dan sistematik berdasarkan sistem catatan bergu dalam pelbagai jenis akaun. • Mengenal pasti, merekod, mentafsir, menganalisis dan melapor maklumat kewangan perakaunan untuk membantu pihak pengurusan membuat keputusan yang berkaitan dengan operasi perniagaan. • Merancang dan mengawal aktiviti perniagaan. 2. Kitaran Perakaunan ialah urutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam suatu tempoh kewangan bermula daripada dokumen sumber sehingga penyediaan Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan Kewangan. 3. Urutan kitaran perakaunan adalah seperti berikut: Kitaran Perakaunan Dokumen sumber Catatan Penutupan Buku Catatan Pertama Pengeposan ke lejar Pelarasan Penyediaan Imbangan Duga Imbangan Duga Terselaras Penyediaan Penyata Kewangan Modul 1 Pengenalan kepada Perakaunan 4. Perakaunan kewangan melibatkan proses merekod, mengklasifikasi, melapor, dan mentafsir prestasi perniagaan dan keadaan ekonomi semasa. 5. Perakaunan pengurusan melibatkan proses menyediakan pelbagai laporan kewangan untuk membantu pihak pengurusan membuat keputusan perniagaan dengan lebih cekap. 6. Pengauditan melibatkan proses memeriksa kesahihan dan keadilan penyata kewangan sesuatu perniagaan untuk mengesan perbuatan yang tidak amanah. 1


7. Percukaian merupakan satu proses yang mana jumlah cukai yang perlu diperuntukkan terhadap seseorang atau sesebuah syarikat ditentukan selepas pendapatan atau keuntungan yang diperoleh diketahui. 8. Profesional bermaksud orang yang mengamalkan satu bidang profesion kerana pengetahuan, kepakaran dan kemahirannya. Contohnya peguam, jurutera, akauntan, doktor, dan arkitek. 9. Ciri-ciri akauntan sebagai pemimpin: Ciri-ciri Akauntan sebagai Pemimpin Akauntabiliti Integriti Komited Amanah Dedikasi Sabar Objektiviti Jujur 10. Kod etika profesion perakaunan merupakan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh semua akauntan semasa menjalankan profesion perakaunan. 1.2 Sejarah Perakaunan dan Perkembangannya 1. Rekod perakaunan yang paling awal didapati di Babylonia pada tahun 3500 S.M. 2. Pada tahun 2300 S.M, rekod dibuat di atas kepingan tanah liat. 3. Penyimpanan rekod menjadi lebih maju dengan ciptaan papyrus (kertas) dan calamus (pen) pada tahun 400 S.M. di Mesir. 4. Urus niaga direkodkan dalam nilai wang apabila sistem kewangan diperkenalkan pada abad ke-5 dan ke-6 S.M. 5. Pada abad ke-7 hingga ke-11 S.M., orang India telah memajukan penggunaan sistem angka yang membolehkan penyusunan angka dengan teratur serta memudahkan pengiraan. Sistem angka Roman digantikan dengan sistem angka Hindu-Arab pada tahun 850 M. 6. Sistem maklumat perakaunan boleh digunakan oleh entiti perniagaan untuk (a) membandingkan prestasi perniagaan (b) mengawal dan merancang aktiviti perniagaan (c) menilai kemampuan perniagaan (d) mentaksir cukai pendapatan perniagaan 1.3 Penyata Kewangan 1. Penyata Kewangan terdiri daripada Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan Kewangan. 2. Penyata Pendapatan disediakan dengan tujuan untuk menentukan untung atau rugi perniagaan pada akhir tempoh kewangan. 3. Penyata Pendapatan mengandungi butiran hasil operasi, butiran belanja operasi dan keuntungan dan/atau kerugian perniagaan tempoh kewangan tertentu. 4. Penyata Kedudukan Kewangan menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan pada akhir tempoh kewangan selepas Penyata Pendapatan disediakan. 5. Penyata Kedudukan Kewangan mengandungi butiran aset, butiran liabiliti dan ekuiti pemilik pada tarikh tertentu. 2


TIP SOS 1. Antara butir-butir berikut, yang manakah komponen Penyata Pendapatan? I Aset Bukan Semasa II Akaun Perdagangan III Akaun Untung Rugi IV Liabiliti Bukan Semasa A I dan III C II dan III B I dan IV D II dan IV 2. Antara butir-butir berikut, yang manakah komponen Penyata Kedudukan Kewangan? I Kos jualan II Aset semasa III Untung kasar IV Ekuiti pemilik A I dan III C II dan III B I dan IV D II dan IV 3. Apakah hasil operasi bagi sebuah kedai menjual kain? A Jualan kain B Sewa diterima C Faedah diterima D Untung jualan perabot 4. Antara butir-butir berikut, yang manakah dikelaskan sebagai aset? I Akaun belum bayar, modal II Overdraf bank, perabot III Akaun belum terima, alat tulis prabayar IV Pelaburan, sewa prabayar A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 5. Rajah berikut berkaitan dengan pembahagian akaun. Akaun Baki Debit Baki Kredit Akaun Aset X Akaun Liabiliti Y Apakah X dan Y? KLON SPM X Y A Akaun Ambilan Akaun Modal B Pulangan Belian Pulangan Jualan C Akaun Belum Bayar Akaun Belum Terima D Akaun Sewa Diterima Akaun Sewa Dibayar 6. Jeannie yang merupakan pemilik Pusat Kecantikan Jeannie Secrets telah memulangkan satu kotak losyen ‘Sunscreen’ kepada pembekal kerana tersalah jenis. Apakah kesan urus niaga ke atas aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan Jeannie? Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik A Bertambah Bertambah Tiada kesan B Berkurang Berkurang Tiada kesan C Bertambah Tiada kesan Bertambah D Berkurang Tiada kesan Berkurang 7. Inventori pada harga kos RM1 260 dijual secara kredit sebanyak RM2 120. Apakah kesan urus niaga tersebut ke atas aset dan ekuiti pemilik? Aset Ekuiti Pemilik Inventori Penghutang Modal A Berkurang Bertambah Bertambah B Berkurang Bertambah Berkurang C Bertambah Berkurang Berkurang D Bertambah Bertambah Berkurang 8. Berikut merupakan kesan satu urus niaga terhadap persamaan perakaunan yang diperoleh daripada Syarikat Elektrik Sinar. Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik RM – RM5 550 RM – RM6 000 RM + RM450 Pernyataan yang manakah menunjukkan urus niaga di atas? KLON SPM KERTAS 1 Soalan 7: Untung diperolehi daripada jualan inventori tersebut. 12


TIP SOS A Menjual barang berkos RM5 550 pada harga RM6 000 secara kredit B Membeli perabot bernilai RM6 000 secara kredit pada harga RM5 550 C Membayar RM5 550 untuk menjelaskan hutang sebanyak RM6 000 D Menerima RM5 550 daripada seorang penghutang dan memberi diskaun RM450 9. Maklumat berikut diperoleh daripada buku sebuah perniagaan. Syarikat Elektrik Tai Chung menjual sebuah televisyen bernilai RM5 490 dengan harga RM7 680 secara kredit kepada pelanggan. Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap persamaan perakaunan? Inventori Penghutang Modal A (5 490) 7 680 2 190 B 7 680 (2 190) 5 490 C 5 490 2 190 7 680 D 5 490 (7 680) (2 190) 10. Antara berikut, yang manakah merupakan Akaun Kontra? A Belian B Jualan C Inventori akhir D Diskaun diberi 11. Antara berikut, yang manakah benar bagi Akaun Kontra? I Akaun Kontra-aset mempunyai baki kredit II Baki Akaun Kontra tidak perlu diselaraskan III Akaun Kontra sentiasa mempunyai baki debit IV Akaun Kontra-liabiliti mempunyai baki debit A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV KLON SPM 12. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri Akaun Kontra-aset? I Mempunyai baki debit II Mempunyai baki kredit III Diselaraskan dengan baki debit akaun aset yang berkaitan IV Diselaraskan dengan baki kredit akaun liabiliti yang berkaitan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 13. Antara berikut, padanan yang manakah betul? Akuan Kontra Akaun Induk I Pulangan masuk Belian II Diskaun diterima Jualan III Peruntukan hutang ragu Penghutang IV Ambilan Modal A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 14. X merupakan suatu senarai kesemua akaun lejar am sesebuah organisasi. Apakah X? A Carta akaun B Imbangan duga C Carta perniagaan D Penyata Kedudukan Kewangan 15. Antara berikut, yang manakah benar mengenai carta akaun? I Biasanya disusun mengikut kecairan aset II Mengandungi maklumat kewangan sesebuah syarikat III Hanya akaun-akaun nominal diberi nama dan nombor rujukan IV Menyenaraikan semua baki akaun lejar am sesebuah organisasi A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Soalan 10: Catatan kontra akan mengurangkan baki dalam akaun berkaitan dengannya. 13


TIP SOS 1. Lengkapkan rajah berikut. Komponen Penyata Kewangan Komponen Penyata Pendapatan Komponen Penyata Kedudukan Kewangan 2. Nyatakan sama ada setiap butir berikut adalah aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil atau belanja. Tandakan (✓) pada lajur-lajur yang berkenaan. Butir Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik Hasil Belanja (a) Simpanan tetap di bank (b) Faedah atas simpanan tetap (c) Penerimaan wang daripada pelanggan (d) Hutang kepada pembekal (e) Pembekal barang niaga (f) Membayar insurans atas belian (g) Ambilan tunai untuk kegunaan peribadi (h) Pinjaman kepada pembantu kedai (i) Membeli alat tulis (j) Rak pameran yang digunakan di pejabat (k) Modal yang dilaburkan dalam perniagaan (l) Pelaburan tambahan oleh pemilik (m) Bayaran untuk elektrik (n) Van digunakan untuk urusan perniagaan (o) Bayaran membaiki van (p) Inventori alat tulis (q) Angkutan keluar (r) Angkutan masuk KERTAS 2 Soalan 1: Komponen Penyata Kedudukan Kewangan terdiri daripada aset dan liabiliti perniagaan. 14


TIP SOS 3. Berikan dua contoh bagi setiap yang berikut. (a) Hasil operasi (b) Hasil bukan operasi (c) Belanja operasi (d) Belanja bukan operasi 4. Lengkapkan persamaan perakaunan berikut. (a) Aset = + (b) Aset = Liabiliti + + – (c) Aset = + Modal + 5. Berdasarkan maklumat berikut, lengkapkan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Mac 2022 dan Penyata Kedudukan Kewangan pada tarikh tersebut. RM Inventori, 1 April 2021 6 580 Belian 20 350 Angkutan masuk 580 Bank 5 840 Sewa kedai 2 400 Modal 1 April 2021 25 000 Diskaun diterima 670 Hasil perkhidmatan persolekan 36 880 Ambilan 2 520 Peralatan persolekan 17 560 Belanja promosi 4 500 Hasil jualan bahan persolekan 18 560 Pulangan belian 590 Komisen jurusolek 3 300 Akaun belum bayar 5 650 Belanja am 180 Soalan 3 (d): Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan. 15


TIP SOS Akaun belum terima 2 820 Alat tulis 150 Lekapan 6 350 Kadar bayaran 530 Tunai 1 390 Insurans 820 Perabot 11 480 Inventori pada 31 Mac 2022 bernilai RM5 760. Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Mac 2022 RM RM RM Hasil perkhidmatan persolekan Hasil jualan bahan persolekan Tolak Kos jualan: Inventori awal Belian Tolak Pulangan belian Tambah Angkutan masuk Kos belian Tolak Inventori akhir Kos jualan Untung kasar Tambah Hasil Diskaun diterima Tolak Belanja: Sewa kedai Belanja promosi Komisen jurusolek Belanja am Alat tulis Kadar bayaran Insurans Untung bersih Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2022 RM RM Aset Bukan Semasa Peralatan persolekan Lekapan Perabot Pastikan penghitungan pada setiap peringkat adalah betul. 16


TIP SOS 1. Antara berikut, yang manakah fungsi dokumen perniagaan? I Sumber maklumat perakaunan II Rujukan kepada pemegang-pemegang saham III Memberi maklumat tentang sesuatu perniagaan IV Mengingatkan peniaga tentang hutang urus niaga A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 2. Situasi berikut berlaku dalam Kedai Runcit Anzo. Encik Anzo telah menghantar e-mel kepada Ling Enterprise untuk membekal 50 paket tepung atta Cap Mawar secara kredit. Pilih aliran dokumen yang betul. A Pesanan belian → Bil Tunai → Resit B Pesanan belian → Nota Serahan → Invois C Pesanan belian → Nota Serahan → Invois → Bil Tunai D Pesanan belian → Makluman Debit → Nota Serahan → Invois 3. Antara berikut, yang manakah fungsi dokumen sumber? I Sebagai rujukan ketika urus niaga berlaku II Menyenaraikan semua urus niaga yang berlaku III Membuktikan bahawa sesuatu urus niaga telah berlaku IV Menyumbangkan kepada perekodan dalam buku perakaunan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV KLON SPM 4. Antara berikut, pasangan yang manakah tidak benar? Dokumen perniagaan Fungsi A Invois Memberitahu pembeli tentang amaun yang perlu dibayar. B Nota Kredit Mengurangkan jumlah pada invois. C Resit (salinan) Pengesahan bahawa pembayaran telah dibuat. D Baucar pembayaran Merekodkan semua jenis pembayaran wang dan diakui oleh penerima. 5. Pilih pasangan yang betul. Dokumen Kegunaan I Memo Untuk merekod ambilan II Slip bank Untuk merekod jualan tunai yang dibankkan III Invois lain (asal) Untuk merekod belian aset semasa IV Slip pindahan wang Untuk merekod transaksi melalui perbankan atas talian A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 6. Maklumat berikut berkaitan dengan urus niaga yang berlaku di Orion Auto Sdn. Bhd. Pemilik syarikat telah meluluskan permohonan bagi sebuah kenderaan berkos RM62 550 untuk kegunaan pejabat. Apakah dokumen yang digunakan? A Memo B Invois C Nota Debit D Nota Kredit KLON SPM KERTAS 1 Soalan 6: Ini merupakan satu dokumen dalaman untuk memaklumkan perniagaan tentang urus niaga yang tidak mempunyai dokumen sokongan. 24


TIP SOS 14. Antara berikut, yang manakah dokumen bukan sumber dalam perniagaan? I Penyata akaun II Penyata bank III Slip daftar tunai IV Slip pindahan wang A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 15. Pilih padanan yang betul. Dokumen Kegunaan A Penyata akaun Mengenal pasti bayaran melalui perintah sedia ada B Penyata akaun Mencatatkan semua urus niaga sesuatu tempoh kewangan C Penyata bank Menyemak ketepatan catatan pihak bank dengan catatan dalam Lejar D Penyata bank Merekodkan transaksi keluar dan masuk wang pemegang akaun semasa 1. Rajah di bawah menunjukkan suatu aliran urus niaga Syarikat Ani. Pembekal Syarikat Ani Pembeli Dokumen Z Dokumen Y Dokumen X Dokumen X adalah berkaitan dengan barang niaga yang dibeli oleh Syarikat Ani. Dokumen Y adalah berkaitan dengan barang niaga yang dijual secara kredit oleh Syarikat Ani. Dokumen Z adalah berkaitan dengan barang niaga yang dipulangkan kepada Syarikat Ani. Nyatakan dokumen-dokumen itu. Dokumen X: Dokumen Y: Dokumen Z: 2. Lengkapkan peta pemikiran berikut untuk menunjukkan kegunaan sesebuah perniagaan mengeluarkan nota debit. Kegunaan Nota Debit (e) (b) (a) (d) (c) KERTAS 2 Soalan 2: Sila merujuk kepada buku teks anda atau dapatkan maklumat dalam talian. 26


TIP SOS 3. Dokumen berikut diperoleh daripada Syarikat Alatan Sukan Andre. SALINAN B2365 INVOIS Syarikat Alatan Sukan Andre 28 Jalan Muxin 54100 Kuala Lumpur Tel: 03-2615987 Fax: 03-26150987 Kepada Kedai Ma Yun Jalan Habibah 51400 Kuala Lumpur Tarikh: 21 Mei 2022 Kuantiti Butir Harga seunit (RM) Jumlah (RM) 10 25 30 Raket skuasy ‘Miko’ Raket tenis ‘Nadia’ Raket badminton ‘Wei Wei’ 85.00 120.00 75.00 850 3 000 2 250 Tolak: Diskaun niaga 10% 6 100 610 Jumlah 5 490 (Ringgit: Lima ribu empat ratus sembilan puluh sahaja) Syarat : 5% 7 hari Serahan : Angkutan dibayar K. & K. di. K. Ma Yun Andre ............................ ............................ T. T. Penerima T. T. Pengurus (a) Namakan Buku Catatan Pertama yang digunakan oleh Syarikat Alatan Sukan Andre untuk merekod urus niaga tersebut. (b) Nyatakan pihak yang akan menanggung bayaran angkutan yang dikenakan. (c) Menurut syarat ‘K. & K. di K.’, siapakah yang berhak membetulkan sebarang kesilapan dan ketinggalan dalam invois? (d) Berdasarkan dokumen tersebut, kira jumlah yang perlu dibayar oleh Kedai Ma Yun pada 26 Mei 2022. Soalan 3 (d): Ingat, ambil kira diskaun tunai 5% semasa mengira jumlah yang perlu dibayar. 27


TIP SOS 4. Kedai Kasut Antonio mengeluarkan Nota Kredit berikut selepas Syarikat Jaya memulangkan barang niaga yang bernilai RM240 kerana salah warna. SALINAN CN 1110 NOTA KREDIT Kedai Kasut Antonio 12 Jalan Maktab 52900 Kuala Lumpur Kepada Syarikat Jaya 15 Jalan Sultana 40300 Subang Jaya Tarikh: 21 Sep 2022 Akaun tuan telah dikreditkan seperti berikut: Kuantiti Butir Harga seunit (RM) Jumlah (RM) 12 Selipar Tolak: Diskaun niaga 10% (Dua belas pasang selipar dipulangkan kerana salah warna) 20 240 24 Jumlah 216 (Ringgit: Dua ratus enam belas sahaja) Antonio ............................ T. T. Pengurus (a) Berikan tiga sebab Nota Kredit dikeluarkan. (b) Nyatakan Buku Catatan Pertama Syarikat Jaya yang digunakan untuk merekodkan urus niaga tersebut. (c) Nyatakan Buku Catatan Pertama Kedai Kasut Antonio yang digunakan untuk merekodkan urus niaga tersebut. 5. Nyatakan keadaan di mana diskaun berikut dibenarkan. (a) Diskaun niaga (b) Diskaun tunai Soalan 4 (a): Sila merujuk kepada buku teks anda atau dapatkan maklumat dalam talian. 28


TIP SOS 6. Pada 11 Julai 2022, Syarikat Titan mengeluarkan invois kepada Kedai Yi Lin untuk barang yang dibeli secara kredit berjumlah RM13 690. Kedai Yi Lin menerima 20% diskaun niaga bagi belian tersebut. Syarat diskaun tunai adalah 15% 7 hari dan 10% 14 hari. Tiga hari kemudian, Kedai Yi Lin memulangkan barang bernilai RM640 kerana rosak. KBAT Hitung jumlah yang perlu dibayar jika Kedai Yi Lin menjelaskan hutang pada 15 Julai 2022. 7. Pada setiap Pesta Tanglung, Su Min Bakery menawarkan diskaun niaga dan diskaun tunai untuk melariskan jualan kuih bulannya. Pada tahun ini, pemilik Su Min Bakery bercadang untuk menawarkan diskaun niaga dan diskaun tunai yang menarik seperti berikut: KBAT • 5% diskaun niaga bagi pesanan melebihi 500 kotak dengan harga RM75.00 sekotak. • 20% diskaun niaga bagi pesanan melebihi 1 200 kotak dengan harga RM75.00 sekotak. • Diskaun tunai 3% 7 hari, 2% 14 hari Pada 10 Oktober 2022, East Coast Mall telah membeli 600 kotak kuih bulan manakala Restoran Chung Hwa membeli 1 250 kotak kuih bulan. East Coast Mall menjelaskan invois pada 15 Oktober 2022 dan Restoran Chung Hwa pada 18 Oktober 2022. Hitung (a) diskaun niaga yang diberikan kepada East Coast Mall dan Restoran Chung Hwa, (b) diskaun tunai yang diberikan kepada East Coast Mall dan Restoran Chung Hwa, (c) bayaran yang dibuat oleh East Coast Mall dan Restoran Chung Hwa, (d) kos sekotak kuih bulan bagi East Coast Mall dan Restoran Chung Hwa. Soalan 7 (b): Peratus diskaun tunai bagi East Coast Mall adalah tidak sama dengan Restoran Chung Hwa. 29


TIP SOS 1. Nyatakan Buku Catatan Pertama yang sesuai untuk merekodkan urus niaga berikut. (a) Ambilan barang untuk promosi. (b) Membayar minuman untuk tetamu di pejabat. (c) Menjual penghawa dingin terpakai secara kredit. (d) Memulangkan barang yang rosak kepada Yasmin. (e) Ambilan tunai daripada bank untuk kegunaan perniagaan. (f) Hannah memulangkan barang bernilai RM160 yang rosak. (g) Pemilik mengambil barang niaga untuk kegunaan keluarga. 2. Nyatakan dua kegunaan Buku Catatan Pertama. 3. Nyatakan tiga urus niaga yang dicatatkan dalam Jurnal Am. 4. Apakah kegunaan Jurnal Pulangan Jualan? KERTAS 2 Soalan 3: Jurnal Am mencatatkan semua urus niaga yang tidak dicatat dalam Jurnal Khas. 37


TIP SOS 5. Baki-baki berikut diperoleh daripada buku-buku Syarikat Hai-O pada 1 Mei 2022. Tunai di tangan Tunai di bank Kenderaan Lekapan Alatan pejabat Inventori Akaun belum terima: Syarikat Sivam Kedai Huang Akaun belum bayar: Kavitha Enterprise Syarikat Danial RM 3 500 7 320 30 000 2 840 6 720 2 160 2 680 3 570 5 260 2 730 Berdasarkan maklumat yang diberi, lengkapkan Jurnal Am berikut. Jurnal Am Tarikh Butir Folio Dt. Kt. 6. Buku Tunai berikut diperoleh daripada Kedai Runcit Kg. Damai. KBAT Buku Tunai Tarikh Butir Diskaun Tunai Bank Tarikh Butir Diskaun Tunai Bank 2022 Mac 1 11 20 25 30 Baki b/b Modal Jualan Tunai Mei Hwa Sewa RM 60 RM 280 1 350 RM 2 500 790 320 650 2022 Mac 1 4 14 20 31 Baki b/b Lekapan Alat tulis Bank Dennis RM 90 RM 120 790 RM 2 780 1 560 380 (a) Apakah baki tunai dan baki bank pada 31 Mac 2022? Soalan 5: Rekodkan semua aset di ruangan debit dan liabiliti di ruangan kredit Jurnal Am. 38


TIP SOS (b) Berapakah diskaun diberi dan diskaun diterima pada 31 Mac 2022? 7. Nyatakan tujuan penyediaaan Buku Tunai Runcit. 8. Berdasarkan maklumat berikut, sediakan Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai. Mei 1 3 4 7 9 11 12 13 14 17 18 20 21 23 27 28 30 31 Belian tunai sebanyak RM5 040 Pinjaman daripada Bank Makmur ialah RM42 000. Menerima RM4 060 daripada Syarikat Maoli dan diskaun diberi ialah RM140. Jualan yang direkod pada mesin daftar tunai ialah RM6 230. Membeli perabot baharu berharga RM1 645. Jualan yang direkod pada mesin daftar tunai ialah RM15 050. Belian tunai sebanyak RM4 550. Keluarkan tunai sebanyak RM2 100 untuk kegunaan sendiri. Menerima RM5 040 daripada Syarikat Rayyan dan diskaun diberi ialah RM560. Membayar Syarikat Yansen RM4 655 dan diskaun diterima ialah RM245. Membayar bil telefon sebanyak RM875. Jelaskan hutang sebanyak RM2 240 dengan Syarikat Hadi dan diskaun diterima ialah RM112. Jualan yang direkod pada mesin daftar tunai ialah RM12 740. Jual sebuah van lama dengan harga RM8 750. Menerima sewa sebanyak RM3 850 daripada Min Kyoung. Keluarkan tunai sebanyak RM1 750 untuk kegunaan sendiri. Membayar gaji sebanyak RM4 760. Membayar faedah pinjaman sebanyak RM50. Jurnal Penerimaan Tunai Tarikh No. Resit Butir Akaun Dikredit Folio Bank Dt. Diskaun Diberi Dt. Akaun Belum Terima Kt. Jualan Kt. Lainlain Akaun Kt. Jan 3 4 7 11 14 21 23 27 RM RM RM RM RM Soalan 7: Anda boleh dapatkan maklumat tersebut di buku teks anda. 39


TIP SOS Jurnal Pembayaran Tunai Tarikh No. Cek Butir Akaun Didebit Folio Bank Kt. Diskaun Diterima Kt. Akaun Belum Bayar Dt. Belian Dt. Lainlain Akaun Dt. Jan 1 9 12 13 17 18 20 28 30 31 RM RM RM RM RM 9. Rekodkan urus niaga berikut ke dalam Buku Catatan Pertama yang berkenaan. Jan 1 RM Baki tunai di bank 14 500 Baki tunai di tangan 1 250 Baki Buku Tunai Runcit 35 Kenderaan 25 000 Perabot 850 Lekapan 1 350 Inventori 720 Akaun belum terima: Dennis 400 Akaun belum bayar: Fu 500 2 Sekeping cek berjumlah RM165 dikeluarkan oleh ketua juruwang sebagai bayaran balik tunai yang telah dibelanjakan. 3 Jualan tunai sebanyak RM285 dibankkan. Belian barang daripada Syarikat Axiana dengan cek bernilai RM1 648. 4 Menjual barang secara kredit kepada Syarikat Selvam pada harga senarai RM3 390 kurang 10% diskaun niaga. 5 Menerima invois sebanyak RM215 untuk alat tulis daripada Kedai Parveen. 6 Bayar insurans nyawa pemilik sebanyak RM1 320 dengan cek. 7 Membeli barang secara kredit daripada Syarikat Yani pada harga senarai RM2 560 kurang 5% diskaun niaga. 8 Menerima cek bernilai RM360 daripada Dennis kerana menjelaskan hutangnya yang berjumlah RM400. Belian sebanyak RM223 dibayar dengan cek. Soalan 9: Tentukan Buku Catatan Pertama bagi setiap urus niaga sebelum membuat catatan. 40


1. Maklumat berikut merujuk kepada Perniagaan Aloha. Penyata kewangan Perniagaan Aloha dibuat berdasarkan data perakaunan bagi tempoh 1 Mei 2021 hingga 30 April 2022. Apakah andaian yang diamalkan oleh Perniagaan Aloha? A Entiti berasingan B Usaha berterusan C Wang sebagai ukuran D Tempoh perakaunan 2. Pernyataan yang manakah menerangkan ciri yang betul bagi Klinik Pergigian Don and Rakan-rakan? A Liabiliti tidak terhad B Bilangan minimum ahli 50 orang C Agihan keuntungan dalam bentuk dividen D Sumber modal daripada penjualan saham 3. Rajah berikut berkaitan dengan pembahagian akaun. Akaun Baki Debit Baki Kredit Akaun Ambilan X Akaun Modal Y Apakah X dan Y? X Y A Akaun Sewa diterima Akaun Sewa dibayar B Akaun Belum Terima Akaun Belum Bayar C Akaun Pulangan Belian Akaun Pulangan Jualan D Akaun Angkutan Masuk Akaun Angkutan Keluar KLON SPM KLON SPM KLON SPM Kertas 1 Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap solan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 4. Nilai yang manakah menepati persamaan perakaunan? Liabiliti (RM) Aset (RM) Modal (RM) A 1 200 4 800 6 000 B 6 600 3 000 3 600 C 2 400 7 200 9 600 D 2 400 9 600 7 200 5. Pada akhir tempoh kewangan, buku perniagaan Kedai Maju mempunyai baki seperti berikut: KBAT RM Aset 35 000 Liabiliti 13 540 Berapakah modal awal jika perniagaan Kedai Maju mengalami kerugian sebanyak RM4 650? A RM16 810 B RM21 460 C RM26 110 D RM43 890 6. Berikut merupakan kesan satu urus niaga terhadap persamaan perakaunan yang diperoleh daripada Xiang Xin Enterprise. Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik RM – RM250 RM Tiada kesan RM – RM250 Pernyataan yang manakah menunjukkan urus niaga di atas? A Membayar RM3 000 untuk menjelaskan hutang sebanyak RM3 250 B Menjual barang berkos RM3 000 pada harga RM3 250 secara kredit C Membeli komputer bernilai RM3 250 secara kredit pada harga RM3 000 D Menerima RM3 000 daripada seorang penghutang dan memberi diskaun RM250 KLON SPM KLON SPM KLON SPM Pentaksiran Tingkatan 4 102


113 MODUL 1 Kertas 1 1. C 2. C 3. C 4. A 5. C 6. B 7. D 8. C 9. B 10. A 11. A 12. D 13. C 14. C 15. A Kertas 2 1. Peringkat Kitaran Perakaunan Fungsi Dokumen sumber Bukti bertulis bagi sesuatu urus niaga Buku Catatan Pertama Merekod butiran urus niaga berdasarkan maklumat dalam dokumen sumber Lejar Merekod maklumat daripada Buku Catatan Pertama dengan menggunakan sistem catatan bergu Imbangan Duga Menguji ketepatan catatan bergu dengan menyenaraikan baki akhir setiap akaun dalam lejar Pelarasan Menyelaraskan urus niaga pada tarikh imbangan dalam Jurnal Am dan lejar untuk menetukan baki yang terkini bagi akaun-akaun berkenaan Imbangan Duga Terselaras Menguji ketepatan catatan bergu dalam lejar selepas pelarasan Catatan penutupan Merekod penutupan semua akaun hasil dan akaun belanja Penyata Kewangan Menghitung untung rugi perniagaan bagi suatu tempoh dan menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan pada tarikh tertentu, lazimnya pada akhir tempoh kewangan 2. Akauntan, juruaudit, perunding/penasihat kewangan, ketua pegawai kewangan, pengurus dana, penganalis belanjawan, pengurus kewangan, pengurus akaun, eksekutif akaun, kerani akaun. 3. (a) Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) (b) Institut Akauntan Malaysia (MIA) (c) Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA) (d) Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) 4. (a) Menyimpan data mengenai transaksi perniagaan. (b) Memproses data untuk menjana maklumat yang berguna untuk membuat keputusan. (c) Membantu pihak pengurusan perniagaan untuk mengawal dan merancang aktiviti perniagaan. (d) Mentaksir cukai pendapatan perniagaan. 5. (a) Tidak merekodkan kedudukan pengurusan perniagaan sama ada cekap atau tidak. (b) Tidak menunjukkan kemahiran atau kepakaran pekerja. (c) Tidak menunjukkan sebarang tanda kemerosotan moral dalam kalangan kakitangan. (d) Tidak menunjukkan sama ada terdapat kerjasama dan tolak ansur antara pekerja. (e) Tidak menunjukkan kepuasan pekerja, hubungan majikan-pekerja, kesihatan pekerja, dan sama ada pekerja akan mogok atau tidak. (f) Andaian bahawa nilai wang adalah stabil dan tidak berubah adalah salah. Sebenarnya, nilai mata wang berubah dari semasa ke semasa. 6. 7. (a) Tidak. Semua aset perniagaan yang diperoleh hendaklah direkodkan berdasarkan harga sebenar atau kos asal pembelian, bukan nilai pasaran semasa. (b) Prinsip kos 8. (a) Menurut konsep kos manfaat, kos penyediaan maklumat hendaklah tidak melebihi nilai maklumat tersebut kepada pengguna penyata kewangan. Jika Puan Aida pasti jumlah wang sebenar yang hilang melebihi RM4 000, adalah berbaloi untuk mengupah Encik Sam untuk membuat penyiasatan dan sebaliknya. (b) Puan Aida boleh merujuk kepada modal awal yang tercatat dalam buku catatan harian. Modal awal tambah jumlah kutipan daripada urus niaga pada hari tersebut tolak jumlah wang di dalam mesin daftar tunainya akan mendedahkan jumlah wang yang hilang. Andaian, prinsip dan batasan perakaunan Andaian Perakaunan Entiti berasingan Ketekalan Tempoh perakaunan Pengiktirafan hasil dan belanja Usaha berterusan Prinsip kos Kos manfaat Wang sebagai ukuran Prinsip Perakaunan Batasan Perakaunan Jawapan Modul 1


Click to View FlipBook Version