JADUAL ANALISIS SOALAN ekonomi SPM (3767) Bab Kertas 1 (3767/1) Kertas 2 (3767/2) Ujian Bertulis (Objektif Aneka Pilihan) Ujian Bertulis (Subjektif Respons Terhad / Subjektif Respons Terbuka) 2021 2022 2021 2022 Tingkatan 4 1 Pengenalan Kepada Ekonomi 1.1 Konsep Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas 1.2 Sistem Ekonomi dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi 2 2 1 (a) 1 (b)(c) 2 Pasaran 2.1 Keseimbangan Pasaran 2.2 Keanjalan Harga 5 5 4 (a) 1 (d) 3 Wang, Bank, dan Pendapatan Individu 3.1 Wang dan Bank 3.2 Pendapatan Individu 3.3 Penggunaan Pendapatan Individu 1 2 3 2 (a) 2 (b) 4 (b)(c) 4 Pengeluaran 4.1 Konsep Pengeluaran, Kos dan Hasil 4.2 Produktiviti dan Eksternaliti 5 2 2 (c) 2 (d) Tingkatan 5 1 Ekonomi dan Kerajaan 1.1 Peranan Kerajaan dalam Ekonomi 1.2 Penunjuk Ekonomi 1.3 Alat Dasar Ekonomi 2 2 2 3 (a)(b)(c) 5 (a)(b)(c) 6 (a)(b)(c) 2 Malaysia dan Ekonomi Global 2.1 Globalisasi 2.2 Perdagangan Antarabangsa 2.3 Imbangan Pembayaran 2.4 Kadar Pertukaran Asing – 4 2 1 7 (a)(b)(c) – – 3 (d) Jumlah 40 7
KERTAS MODEL SPM Ekonomi Kertas 1 3767/1 1 jam 15 minit 1 Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 1. Ilmu ekonomi ialah bidang yang mengkaji cara manusia A merapatkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin B menggunakan tabungan untuk meningkatkan pendapatan pada masa depan C menghasilkan keluaran dengan menggunakan faktor pengeluaran secara optimum D memenuhi pelbagai kehendak manusia dengan sumber ekonomi yang terhad 2. Jadual di bawah berkaitan dengan pengeluaran yang dilakukan oleh Kilang Sos GFK. Teknik Pengeluaran Sos Cili (botol) Sos Tiram (botol) J 0 1 000 K 200 800 L 600 500 M 800 300 Berapakah kos lepas apabila Kilang Sos GFK menukar teknik pengeluaran daripada K kepada M? A 200 botol sos cili B 500 botol sos tiram C 600 botol sos cili D 800 botol sos tiram 3. Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran sebuah negara. Barang Y 0 Barang X •A •B Berdasarkan rajah di atas, apakah maksud titik B? A Masalah pilihan B Ketidakupayaan ekonomi C Wujudnya masalah pengangguran D Kombinasi pengeluaran yang tidak cekap 4. Maklumat di bawah berkaitan dengan Firma Suhaila’s. Firma Suhaila’s merupakan pengeluar roti canai segera yang popular. Firma ini menggunakan tenaga pekerja tempatan untuk mengeluarkan produknya. Masalah asas ekonomi yang manakah berkaitan dengan maklumat di atas? I Apa yang hendak dikeluarkan II Bagaimana hendak dikeluarkan III Berapa yang hendak dikeluarkan IV Untuk siapa dikeluarkan A I dan II B I dan III C II dan III D II dan IV KM1 K1 – 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
5. Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri sistem ekonomi negara X. • Firma bermotifkan keuntungan. • Mekanisme pasaran menyelesaikan masalah asas ekonomi. Negara X mengamalkan sistem ekonomi A perancangan pusat B campuran C pasaran bebas D Islam 6. Apakah kelebihan sistem ekonomi campuran berbanding dengan sistem ekonomi pasaran bebas? A Kestabilan penawaran B Keadilan agihan pendapatan C Tiada persaingan antara firma D Keuntungan firma lebih tinggi 7. Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan bagi lima orang individu terhadap barang Q. Harga (RM) DJ DK DM DJ DK DM DL DN DL DN 5 3 6 Kuantiti (unit) 0 Berapakah kuantiti yang diminta oleh individu M pada tingkat harga RM5 jika jumlah permintaan pasaran ialah 29 unit? A 3 unit B 6 unit C 10 unit D 20 unit 8. Kombinasi pilihan yang manakah betul tentang penentu permintaan bagi barang S? Penentu Permintaan Harga Barang S Kuantiti Permintaan Barang S A Harga barang pengganti meningkat Tetap Bertambah B Kerajaan menaikkan kadar cukai pendapatan Naik Berkurang C Pendapatan pengguna bertambah Naik Bertambah D Jangkaan harga pada masa depan meningkat Tetap Berkurang 9. Apakah implikasi yang akan timbul apabila berlaku lebihan penawaran dalam pasaran? I Tingkat harga barang akan meningkat II Kuantiti barang diminta akan menurun III Tingkat harga barang akan menurun IV Kuantiti barang diminta akan meningkat A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM1 K1 – 2
10. Rajah di bawah menunjukkan keluk perubahan keseimbangan pasaran jam tangan. Harga (RM) P2 S S Q2 Kuantiti (unit) 0 P0 P1 D2 D0 D1 D2 D0 D1 Q0 Q1 Antara berikut, yang manakah kesan peningkatan pendapatan isi rumah kepada keseimbangan pasaran jam tangan tersebut? A Beralih dari D0 D0 ke D2 D2 B Kuantiti keseimbangan pasaran yang baharu ialah Q2 C Harga keseimbangan pasaran akan meningkat dari P0 ke P1 D Tiada perubahan yang berlaku kepada keluk keseimbangan pasaran 11. Jika harga barang N meningkat daripada RM6.00 kepada RM12.00, kuantiti diminta barang N akan menurun daripada 30 unit kepada 10 unit. Berapakah nilai keanjalan permintaan bagi barang N? A 0.67 B 0.75 C 1.32 D 1.50 12. Cik Lye Ying membeli sebuah telefon pintar berharga RM1 900 dengan bayar ansuran bulanan sebanyak RM160 sebulan. Fungsi wang dalam pernyataan di atas ialah I alat ukuran nilai II alat simpanan nilai III alat bayaran tertunda IV alat perantaraan pertukaran A I dan II B I dan III C II dan III D II dan IV 13. Maklumat di bawah berkaitan dengan Syarikat Bahagia Berhad. Syarikat Bahagia Berhad mempunyai hampir 10 000 tenaga kerja yang menjalankan tugas mengikut kepakaran masing masing. Pada setiap bulan, semua pekerja akan menerima upah yang dimasukkan terus ke akaun mereka. Hal ini memudahkan mereka menerima upah pada masa yang telah ditetapkan. Kemudahan yang manakah telah digunakan oleh majikan Syarikat Bahagia Berhad? A Draf bank B Debit langsung C Pindahan kredit D Perintah sedia ada 14. Jadual berikut menunjukkan butiran pendapatan dan bayaran yang telah dibuat oleh Encik Rozaini dalam setahun. Butiran RM Pendapatan tahunan 32 000 Cukai pendapatan 1 300 Ansuran kereta 7 200 Bayaran zakat 400 Caruman KWSP 3 500 Caruman PERKESO 160 Berapakah pendapatan boleh guna Encik Rozaini? A RM19 440 B RM21 300 C RM26 640 D RM27 040 KM1 K1 – 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan di Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [60 markah] Jawab semua soalan. 1. (a) Dengan menggunakan contoh yang sesuai, jelaskan konsep kos lepas. [3 markah] (b) Maklumat di bawah berkaitan dengan sistem ekonomi di negara P. • Motif pengeluaran yang mengutamakan keuntungan maksimum. • Mengeluarkan barang yang diminta oleh pasaran. Terangkan cara penyelesaian masalah asas ekonomi oleh sistem ekonomi negara tersebut. [6 markah] (c) Maklumat di bawah menunjukkan situasi yang berkaitan dengan penawaran. Situasi 1 Berlaku penguncupan atau pengembangan penawaran. Situasi 2 Berlaku pengurangan atau pertambahan penawaran. KERTAS MODEL SPM Ekonomi Kertas 2 3767/2 2 jam 15 minit 1 KM1 K2 – 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
Bandingkan kedua-dua situasi tersebut. (i) Persamaan [2 markah] (ii) Perbezaan [4 markah] (d) Jadual di bawah menunjukkan peratus perubahan kuantiti diminta dan peratus perubahan harga bagi barang X. Jenis Barang Peratus Perubahan Kuantiti Diminta (%) Peratus Perubahan Harga (%) X 20 40 (i) Berapakah nilai pekali keanjalan harga permintaan tersebut? [1 markah] (ii) Tafsirkan nilai keanjalan di (d)(i). [4 markah] 2. (a) Mengapakah perkhidmatan dalam talian bank perdagangan menjadi pilihan pengguna masa kini? [6 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM1 K2 – 2
(b) Gambar di bawah menunjukkan dua sektor ekonomi yang berbeza. Gambar A Gambar B (i) Nyatakan sektor ekonomi di atas. [2 markah] (ii) Jelaskan faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan bagi Gambar B. [6 markah] (c) Gambar di bawah menunjukkan satu tawaran daripada Kedai Elektrik Super. Harga tunai : RM2 200 Deposit : RM 0 Tempoh ansuran : 24 bulan Kadar faedah : 8% setahun (i) Hitung bayaran ansuran bulanan bagi barang tersebut. [3 markah] KM1 K2 – 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
(ii) Jelaskan kelebihan kaedah pembayaran di (c)(i). [3 markah] 3. (a) Keratan akhbar di bawah berkaitan dengan eksternaliti. (Sumber: Berita Harian Online) Bagaimanakah kerajaan mengawal situasi di atas? [4 markah] (b) Jelaskan jenis pengangguran kitaran. [3 markah] (c) Jelaskan peranan teknologi maklumat sebagai faktor penggalak globalisasi ekonomi di Malaysia. [4 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM1 K2 – 4
(d) Maklumat di bawah berkaitan dengan akaun semasa dalam imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2020. Butiran (bersih) RM (Bilion) Barangan Perkhidmatan Pendapatan primer Pendapatan sekunder 33.0 -4.3 -12.9 -4.9 (Sumber: www.dosh.gov.my) (i) Hitung akaun semasa di atas. [2 markah] (ii) Tafsirkan kedudukan imbangan akaun semasa di (d)(i). [2 markah] (e) Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing antara Dolar Amerika Syarikat (USD) berbanding Ringgit Malaysia (RM) pada tahun 2019 dan 2020. 2019 1USD = RM4.0325 2020 1USD = RM4.1390 (Sumber: www.bnm.gov.my) Jelaskan kesan perubahan kadar pertukaran asing terhadap eksport dan import Malaysia. [5 markah] KM1 K2 – 5 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
Bahagian B [40 markah] Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini. 4. Maklumat di bawah berkaitan dengan satu projek pembinaan infrastruktur di Malaysia. KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya menyatakan kelulusan pembinaan tiga lebuh raya oleh kerajaan adalah rasional demi kepentingan rakyat. Kerajaan memang mengharapkan penambahan lebuh raya supaya dapat menyelesaikan masalah kesesakan trafik yang tidak dapat ditampung oleh lebuh raya yang sedia ada. (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada www.mstar.com.my) (a) Jelaskan peranan kerajaan di atas. [4 markah] (b) Jelaskan kesan ke atas pasaran barang keperluan selepas pembinaan lebuh raya tersebut. [7 markah] (c) Setujukah anda bahawa projek di atas dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat? Beri ulasan anda. [9 markah] 5. Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran. Usahawan Kuih Bangkit Ingin Bantu Wanita Lain Berjaya © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM1 K2 – 6
BATU PAHAT: Bermula secara kecil-kecilan untuk membantu suami, Siti Raya Bachok, 57, kini mampu tersenyum lega atas kejayaan perniagaan kuih bangkit yang diusahakannya sejak lebih 25 tahun yang lalu. Dia ingin membantu masyarakat kampungnya, bukan sekadar memberi peluang pekerjaan malah mahu melihat pengusaha kuih lain di situ turut berjaya. Selain itu, dia berhasrat untuk memperbesar perniagaannya. Siti Raya bercadang untuk membuka pusat jualan yang lebih luas. (Sumber: https://www.bharian.com.my) (a) Jelaskan kos pengeluaran yang wujud dalam aktiviti tersebut. [5 markah] (b) Bagaimanakah bank perdagangan boleh membantu Siti Raya merealisasikan impiannya? [6 markah] (c) Usaha usahawan tersebut dapat membantu kerajaan untuk mencapai guna tenaga penuh dan pertumbuhan ekonomi. Berikan ulasan anda. [9 markah] 6. Maklumat berikut berkaitan dengan Pakej Rangsangan Ekonomi di Malaysia. PUTRAJAYA: Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 telah berjaya menyelamatkan lebih 2.4 juta pekerjaan. Mengikut unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran dijangka meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860 000 penganggur pada Mei 2020. Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada ekonomi dunia dan Malaysia turut terkena tempiasnya. (Sumber: https://www.astroawani.com, Jumaat, 05 Jun 2020) (a) Terangkan jenis pengangguran di atas. [4 markah] (b) Bagaimanakah dasar belanjawan negara dapat digunakan untuk mengatasi masalah ekonomi tersebut? [7 markah] (c) Tindakan kerajaan di atas dapat meningkatkan jumlah hasil negara. Berikan hujah anda. [9 markah] KM1 K2 – 7 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
7. Maklumat berikut berkaitan dengan syarikat multinasional di Malaysia. Australia (5) Indonesia (17) China (15) Japan (3) Korea Selatan (2) Iran (1) Nepal (1) Bangladesh (1) Sri Lanka (1) Maldives (1) India (14) Myanmar (2) Laos (2) Kemboja (2) Thailand (22) Vietnam (3) Taiwan (2) Filipina (9) Brunei (1) Singapura (1) Malaysia (15) Hong Kong (1) Arab Saudi (1) New Zealand (1) U AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang pertama di Asia yang mana ibu pejabatnya terletak di Malaysia. Syarikat ini telah membuka beberapa cawangan lain di rantau ASEAN seperti di Indonesia (Indonesia AirAsia), Thailand (Thai AirAsia dan Thai AirAsia X) dan Filipina (Philippines AirAsia). (Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/AirAsia) (a) Mengapakah syarikat tersebut bertindak sedemikian? [5 markah] (b) Bagaimanakah penglibatan Malaysia dalam perjanjian perdagangan ASEAN mampu memberi kebaikan terhadap syarikat di atas? [6 markah] (c) Peningkatan pelaburan langsung asing terhadap syarikat tersebut mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat. Anda bersetuju dengan pernyataan tersebut. Kemukakan alasan anda. [9 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM1 K2 – 8 KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan di Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [60 markah] Jawab semua soalan. 1. (a) Jelaskan konsep ilmu ekonomi. [3 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan satu sistem ekonomi. Kerajaan berkuasa penuh untuk merancang dan mengawal peruntukan faktor pengeluaran serta membuat keputusan dalam segala aktiviti ekonomi. Jelaskan kelebihan dan kelemahan sistem ekonomi di atas. (i) Kelebihan [3 markah] (ii) Kelemahan [2 markah] KERTAS MODEL SPM Ekonomi Kertas 2 3767/2 2 2 jam 15 minit KM2 K2 – 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
(c) Dua rajah di bawah menunjukkan perubahan yang berlaku berkaitan keluk permintaan. D a b c D Harga (RM) 5 10 15 Kuantiti (unit) 0 20 30 10 Harga (RM) Q2 D2 D0 D1 D2 D0 D1 Kuantiti (unit) 0 P0 Q0 Q1 Rajah 1 Rajah 2 Jelaskan perbezaan dua rajah di atas. [6 markah] (d) Rajah berikut menunjukkan keluk penawaran bagi kereta Proton Persona. Harga (RM) Kuantiti (unit) 0 P Q0 S0 S0 S1 S1 Q1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM2 K2 – 2
Terangkan tiga faktor yang menyebabkan peralihan keluk penawaran dari S0 S0 ke S1 S1 . [6 markah] 2. (a) Jelaskan perbezaan skim perbankan Islam Takjiri dengan Mudharabah. [5 markah] (b) Terangkan tiga fitur yang mempengaruhi pembelian secara kredit. [6 markah] KM2 K2 – 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
(c) Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara bilangan output dengan jumlah kos, kos purata dan kos marginal. Bilangan Output (Unit) Jumlah Kos (RM) Kos Purata (RM) Kos Marginal (RM) 0 100 – – 1 150 150 50 2 190 95 P 3 210 70 20 4 240 Q 30 5 310 62 70 6 420 70 110 (i) Hitungkan nilai P dan Q. [2 markah] (ii) Jelaskan hubungan antara: Jumlah output dengan kos purata. [2 markah] Jumlah output dengan kos marginal. [2 markah] (d) Jelaskan tiga faktor yang boleh meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat. [3 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM2 K2 – 4
3. (a) Jadual di bawah menunjukkan anggaran sumbangan sektor ekonomi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tempoh tiga tahun. Sektor / Tahun Peratus (%) 2017 2018 2019 Sektor utama 17.44 16.83 15.90 Sektor kedua 26.70 26.36 26.09 Sektor ketiga 55.86 56.81 58.01 (Sumber: https://www.dosm.gov.my) (i) Jelaskan konsep Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). [2 markah] (ii) Bagaimanakah arah aliran KDNK negara dari tahun 2017 hingga tahun 2019? [4 markah] (b) Maklumat di bawah berkaitan dengan pengangguran. Situasi 1 Situasi 2 Pengangguran jangka pendek dan kadarnya sangat rendah. Ekonomi mengalami perubahan daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian. (i) Nyatakan jenis pengangguran di atas. [2 markah] (ii) Jelaskan faktor yang menyebabkan berlakunya pengangguran dalam Situasi 2. [3 markah] KM2 K2 – 5 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
(c) Terangkan dua butiran utama dalam akaun semasa. [4 markah] (d) Maklumat di bawah berkaitan dengan perubahan kadar pertukaran asing. Januari 2022 USD$ 1.00 = RM4.2615 November 2022 USD$ 1.00 = RM4.7358 (Sumber: https://www.anm.gov.my) Jelaskan kesan perubahan kadar pertukaran asing di atas terhadap imbangan dagangan negara. [5 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM2 K2 – 6
JAWAPAN Kertas Model 1 Kertas 1 1. D – Ilmu ekonomi ialah satu kajian sains sosial yang mengkaji bagaimana cara manusia mengurus sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. 2. B – 800 – 300 botol sos tiram. Kos lepas ialah pilihan yang terpaksa dilepaskan kerana menambah kuantiti sos cili dari K (200 botol) kepada M (800 botol). 3. B – Titik B berada di luar keluk KKP. Hal ini menunjukkan ketidakupayaan ekonomi untuk mengeluarkan keduadua barang tersebut. 4. A – Masalah apa merujuk kepada penentuan mengeluarkan jenis barang iaitu roti canai. Masalah bagaimana merujuk kepada cara atau teknik pengeluaran berintensifkan buruh iaitu menggunakan tenaga pekerja tempatan. 5. C – Sistem ekonomi pasaran bebas merujuk kepada pihak swasta / firma mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan dan bermotifkan keuntungan serta segala keputusan ekonomi diselesaikan melalui mekanisme pasaran. 6. B – Kelebihan sistem ekonomi campuran adalah memastikan agihan pendapatan lebih adil dan setara antara golongan kaya dan miskin. 7. C – Individu M merujuk kepada keluk permintaan DM. Kuantiti yang diminta oleh individu M pada harga RM5 ialah: 29 unit - (3 unit + 6 unit) 2 = 10 unit. 8. A – Jika harga barang pengganti meningkat, kuantiti permintaan barang S akan bertambah dan harga barang S tidak berubah / tetap. 9. D – Jika berlaku lebihan penawaran, harga barang akan turun dan permintaan akan naik, manakala penawaran akan menurun untuk mencapai keseimbangan pasaran. 10. C – Jika pendapatan isi rumah meningkat, ini akan meningkatkan kuasa beli pengguna, firma akan menaikkan harga kerana permintaan terhadap jam tangan akan meningkat. Keluk beralih dari D0 D0 ke D1 D1 . Harga meningkat dari P0 ke P1 . Kuantiti meningkat dari Q0 ke Q1 . 11. A – 10 - 30 30 × 6 12 - 6 = 0.66 @ 0.67 12. B – Harga telefon pintar merujuk kepada alat ukuran nilai dan membayar secara ansuran merujuk kepada alat bayaran tertunda. 13. C – Upah yang dimasukkan terus ke dalam akaun pekerja menggunakan perkhidmatan pindahan kredit. Memindahkan wang daripada akaun syarikat kepada akaun peribadi pekerja. 14. C – Pendapatan tahunan tolak empat potongan wajib (KWSP, PERKESO, zakat dan cukai pendapatan) RM32 000 - (RM1 300 + RM400 + RM3 500 + RM160) = RM26 640 15. D – Hartanah tahap risikonya rendah dan mendapat pulangan dalam bentuk sewa dan keuntungan modal. 16. A – Mesin merupakan input tetap. Ia tetap wujud walaupun output sifar dan mempunyai mobiliti geografi yang tinggi kerana boleh berpindah dari satu tempat ke tempat lain. 17. A – Input berubah yang ke-1 (kos marginal 9 unit). 18. A – Jumlah hasil = Harga seunit × output = RM25 × 40 000 = RM1 000 000 Jumlah kos = Kos tetap + kos berubah = RM120 000 + (RM15 × 40 000) *60% × RM25 = RM15 = RM120 000 + RM600 000 = RM720 000 Untung = Jumlah hasil - Jumlah kos = RM1 000 000 - RM720 000 = RM280 000 19. B – Sungai yang bersih menambahkan eksternaliti positif kepada masyarakat. 20. D – Produktiviti dipengaruhi oleh gaya kepimpinan dan struktur organisasi. 21. B – Tenaga Nasional Berhad ialah syarikat monopoli yang memenuhi ciri dalam stimulus yang diberi. 22. A – Objektif makroekonomi mencapai guna tenaga penuh dengan mengurangkan kadar pengangguran. 23. D – Inflasi tahun 2020 meningkat disebabkan peningkatan pendapatan yang mana kerajaan melaksanakan Dasar Gaji Minimum RM1 200 (1 Feb 2020). 24. A – KDNK merosot disebabkan pengurangan produktiviti dalam negara dan hal ini menyebabkan pengurangan dalam eksport. 25. C – Dividen petroleum ialah hasil bukan cukai. 26. A – Kesan inflasi menyebabkan kos pinjaman meningkat dan menambah beban hutang peminjam. 27. B – Ciri globalisasi ialah wujud blok perdagangan sebagai peserta baharu dalam pasaran contohnya EU, ASEAN, OPEC. 28. D – Nestle adalah salah satu syarikat multinasional. 29. B – Kelebihan liberalisasi perdagangan dapat menambah tenaga pakar dan memudahkan pergerakan barang, perkhidmatan dan sumber antara satu negara ke negara lain. 30. C – Perlawanan bola sepak Piala Dunia merupakan import barang tak nampak kerana ia merupakan satu perkhidmatan yang dibeli dari luar negara. 31. B – Imbangan akaun semasa = Akaun barangan + Akaun perkhidmatan + Akaun pendapatan = (180 - 110) + 50 - 70 - 30 = RM20 juta 32. D – £1.00 = US$1.47 Cara mengira = RM5.40 RM3.67 33. C – Kenaikan kadar pertukaran asing bermaksud kenaikan nilai Ringgit. Hal ini menyebabkan pengimport terpaksa membayar dengan mahal. 34. A – Pernyataan I betul, pernyataan II salah. 35. B – Pernyataan I salah, pernyataan II betul 36. B – Pernyataan I salah, pernyataan II betul 37. D – Pernyataan I salah, pernyataan II salah 38. B – Pernyataan I salah, pernyataan II betul 39. C – Pernyataan I betul, pernyataan II betul 40. D – Pernyataan I salah, pernyataan II salah J1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
Sila isikan markah anda dalam ruang yang disediakan untuk menilai prestasi anda. Prestasi saya dalam FAST TRACK Kertas Model SPM Kertas Model SPM 1 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Kertas 1 40 Jumlah Kertas 2 Bahagian A 60 Bahagian B 40 Jumlah Kertas Model SPM 3 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Kertas 1 40 Jumlah Kertas 2 Bahagian A 60 Bahagian B 40 Jumlah Kertas Model SPM 2 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Kertas 1 40 Jumlah Kertas 2 Bahagian A 60 Bahagian B 40 Jumlah Kertas Model SPM 5 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Kertas 1 40 Jumlah Kertas 2 Bahagian A 60 Bahagian B 40 Jumlah Kertas Model SPM 4 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Kertas 1 40 Jumlah Kertas 2 Bahagian A 60 Bahagian B 40 Jumlah