The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Fast Track Kertas Model SPM Pendidikan Moral

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2023-08-18 01:47:41

Fast Track Kertas Model SPM Pendidikan Moral

Fast Track Kertas Model SPM Pendidikan Moral

Keywords: Fast Track Kertas Model SPM Pendidikan Moral,Fast Track,Kertas Model SPM Pendidikan Moral,Kertas Model,SPM,Kertas Model SPM,Pendidikan Moral,SPM Pendidikan Moral,Kertas Model Pendidikan Moral,KSSM Kertas Model Pendidikan Moral,KSSM Pendidikan Moral

FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021 MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL (1225) BIL PERKARA 1225 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis 2 Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka 3 Bilangan Soalan Bahagian A (50 markah) 5 soalan (Jawab semua soalan) Bahagian B (10 markah) 2 soalan (Jawab satu soalan sahaja) Bahagian C (40 markah) 2 soalan (Jawab semua soalan) 4 Jumlah Markah 100 markah 5 Tempoh Ujian 2 jam 30 minit 6 Konstruk • Mengingat • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta 7 Cakupan Konteks Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM (Tingkatan 4 dan 5) 8 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi 5 : 3 : 2 9 Kaedah Penskoran • Analitik • Holistik 10 Alatan Tambahan Tiada


KERTAS MODEL SPM Pendidikan Moral 1225 2 jam 30 minit 1 Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua soalan di Bahagian A dan Bahagian C dan satu soalan di Bahagian B. Bahagian A [50 markah] Jawab semua soalan. 1. Gambar berikut berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi. (a) Sebagai seorang pelajar, jelaskan dua cara anda memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan harian. [4 markah] KM1 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


(b) Anda menerima mesej berunsur seksual daripada nombor telefon yang tidak dikenali. Apakah tindakan anda? Berikan hujah anda. [3 markah] (c) Bagaimanakah anda menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika dalam kehidupan harian? (i) (ii) (iii) [3 markah] 2. Maklumat berikut berkaitan dengan sikap Justin di Kelab Pengguna Sekolah. Justin merupakan bendahari Kelab Pengguna di sekolahnya. Suatu hari, adik Justin terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ibu bapa Justin memerlukan wang untuk merawati adik tetapi belum menerima gaji bulanan. Dalam keadaan terdesak, Justin telah menggunakan duit kelab untuk membiayai kos rawatan adiknya. Pada penghujung bulan, Justin memulangkan wang tersebut sebaik sahaja ibu bapanya menerima gaji. (a) Jelaskan maksud integriti individu. [2 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM1 2


(b) Berikan empat amalan integriti individu yang sepatutnya diamalkan oleh Justin. (i) (ii) (iii) (iv) [4 markah] (c) Terangkan dua kepentingan amalan integriti individu terhadap diri Justin. [4 markah] 3. Maklumat berikut berkaitan dengan pengurusan perbelanjaan. Jakson suka mengejar kemewahan hidup dengan membeli barangan berjenama luar negara. Dia beranggapan barangan tersebut lebih bermutu, bertahan dan berprestij tinggi berbanding dengan barangan berjenama tempatan. Kadangkala, dia terpaksa berhutang kad kredit semata-mata untuk memenuhi nafsunya. (a) Berikan komen anda terhadap sikap Jakson. [3 markah] KM1 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


(b) Sebagai rakan Jakson, bagaimanakah anda dapat mengubah pandangan Jakson dalam pengurusan perbelanjaan terhadap jenama tempatan? [3 markah] (c) Jelaskan dua kesan terhadap negara jika rakyat Malaysia bersikap seperti Jakson. (i) (ii) [4 markah] 4. Maklumat di bawah berkaitan dengan aktiviti pemerdagangan haiwan eksotik. Dilaporkan lebih sejuta ekor tenggiling dibunuh dan diperdagangkan secara haram seluruh negara dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM1 4


(a) Apakah perasaan anda apabila melihat gambar di atas? Berikan sebab anda. [3 markah] (b) Apakah faktor yang mendorong kepada pemerdagangan haiwan eksotik walaupun pelbagai usaha telah dilakukan? (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Jelaskan usaha anda dalam menangani aktiviti pemerdagangan haiwan. [4 markah] 5. Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama antara negara-negara anggota ASEAN. asean KERJASAMA NEGARA ANGGOTA ASEAN B POLITIK EKONOMI PENDIDIKAN SOSIAL BUDAYA PERTAHANAN & KEAMANAN I D A N G KM1 5 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


(a) Selain Malaysia, nyatakan dua buah negara anggota ASEAN. (i) (ii) [2 markah] (b) Jelaskan kebaikan kerjasama di atas kepada negara-negara anggota ASEAN. (i) (ii) (iii) (iv) [4 markah] (c) Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda dapat mengamalkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk mengekalkan hubungan antarabangsa? [4 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM1 6


Bahagian B [10 markah] Jawab mana-mana satu soalan dalam bahagian ini. 6. Keratan akhbar di bawah menunjukkan penglibatan pelajar dalam gejala dadah. (Sumber: hmetro.com.my) (Sumber: Kosmo) Pelajar mesti mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala dadah. Mengapakah pelajar mesti mengelakkan daripada terlibat dalam gejala tersebut? Berikan hujah anda. [10 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM2 6


7. Maklumat berikut menunjukkan usaha kerajaan untuk memartabatkan integriti di dalam negara. Pelan Antirasuah Nasional (NACP) telah dilancarkan oleh kerajaan pada 29 Januari 2019 dengan menggariskan wawasan jangka panjang tindakan antirasuah ke arah negara bebas rasuah. Rakyat mesti mengambil tindakan antirasuah demi merealisasikan pelan tersebut. Terangkan implikasi pengabaian usaha kerajaan tersebut. [10 markah] KM2 7 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


Bahagian C [40 markah] Jawab semua soalan. 8. Maklumat di bawah berkaitan dengan keunikan rakyat Malaysia. Kaum Bahasa Makanan Pakaian Perayaan Melayu • Melayu • Nasi lemak • Baju Melayu • Hari Raya Aidilfitri Cina • Mandarin • Dim sum • Ceongsam • Tahun Baharu Cina India • Tamil • Tose • Sari • Deepavali Iban • Iban • Kasam ikan • Baju burung • Gawai Dayak Kadazandusun • Kadazandusun • Tuhau • Tangkang • Pesta Keamatan (a) Setiap rakyat mesti mengekalkan keunikan tersebut. Cadangkan strategi bagi memastikan keunikan ini berkekalan. Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal yang anda pelajari. [10 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM2 8


(b) Ramalkan cabaran yang akan dihadapi oleh kita dalam mengekalkan keunikan tersebut. [10 markah] KM2 9 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


9. Maklumat berikut berkaitan dengan penyebaran berita palsu. (Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia) Kemajuan teknologi telefon pintar dan kepantasan internet telah mendorong kepada orang ramai menyebarkan berita palsu. Penularan berita palsu amat membimbangkan semua pihak dan pihak kerajaan terpaksa mengambil tindakan undang-undang untuk menanganinya. (a) Mengapakah pihak kerajaan bertindak tegas terhadap penyebar berita palsu? [4 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM2 10


(b) Huraikan kesan penyebaran berita palsu. [8 markah] KM2 11 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


(c) Jelaskan cara anda boleh menyebarkan maklumat secara beretika kepada orang ramai. Berikan jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal yang anda pelajari. [8 markah] KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM2 12


KERTAS MODEL SPM Pendidikan Moral 1225 3 2 jam 30 minit Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua soalan di Bahagian A dan Bahagian C dan satu soalan di Bahagian B. Bahagian A [50 markah] Jawab semua soalan. 1. Gambar berikut berkaitan dengan kes perlanggaran kereta di tempat letak kereta. Sally terlanggar sebuah kereta semasa meletak kenderaan. Dia memilih untuk melarikan diri dari tempat kejadian kerana pada ketika itu tiada sesiapa yang berada di situ. (a) Tindakan Sally tidak berkeperibadian mulia. Nyatakan tiga tindakan yang harus diamalkan oleh Sally. (i) (ii) (iii) [3 markah] KM3 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


(b) Jelaskan dua kepentingan Sally mengamalkan keperibadian mulia dalam situasi tersebut. [4 markah] (c) Dalam perjalanan ke sekolah, anda ternampak satu kemalangan yang berlaku di depan mata anda. Sebuah motosikal telah melarikan diri setelah melanggar seorang wanita yang sedang melintas jalan raya. Apakah yang perlu anda lakukan? Jelaskan sebab anda. [3 markah] 2. Gambar di bawah menunjukkan keunikan rakyat Malaysia. (a) Berikan satu contoh pakaian bagi kaum berikut: (i) Kaum Iban (ii) Kaum Melayu [2 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. KM3 2


(b) Jelaskan dua kepentingan keunikan negara sendiri yang harus dikekalkan walaupun budaya global menular dalam generasi kini. [4 markah] (c) Bagaimanakah anda mengamalkan sikap individu global dalam memajukan seni budaya Malaysia? [4 markah] 3. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri seorang pekerja di Syarikat Setia Berhad. Encik John seorang eksekutif kewangan yang sering datang lewat ke pejabat. Dia selalu membuat kerja peribadi pada waktu pejabat. Beliau telah meminta rakan sekerja untuk membantu merakam waktu kehadiran dan menyiapkan kerjanya. Tindakan Encik John tersebut amat tidak berintegriti bagi organisasi. (a) Jelaskan maksud integriti organisasi. [2 markah] KM3 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Moral SPM Bahagian A [50 markah] Jawab semua soalan. 1. Maklumat berikut berkaitan dengan norma masyarakat global. Pembelian dalam talian Pembayaran tanpa tunai Mesyuarat dalam talian Penggunaan perkakasan canggih (a) Jelaskan maksud norma masyarakat global. Soalan tanya maksud [2 markah] (b) Terangkan dua perubahan norma masyarakat global dahulu dan kini berdasarkan maklumat di atas. 4m = 2 perubahan dahulu dan kini (2F) + 2 contoh (2H) [4 markah] (c) Senaraikan empat kepentingan pengamalan norma baharu tersebut dalam masyarakat global. 4m = 4 kepentingan (4F) [4 markah] Video Teknik Menjawab TMS 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


JAWAPAN Kertas Model 1 Bahagian A Soalan Jawapan Markah 1. (a) F1 Perkongsian maklumat dengan mudah dan cepat. H1 Pelbagai maklumat dapat diperoleh dengan mudah tanpa perlu pergi ke perpustakaan / rujuk buku. F2 Pembelajaran tidak terjejas / ketinggalan. H2 Mengikuti kelas secara dalam talian. F3 Berkomunikasi dengan mudah. H3 Membuat panggilan video, telegram dan whatsapp. F4 Menjimatkan kos dan masa. H4 Kos panggilan telefon / kos pengangkutan / kos perbincangan kumpulan dapat dijimatkan secara telesidang. F5 Mengurangkan stres. H5 Melihat video / mendengar muzik / permainan secara maya. [Nota: 2F + 2C = 4m] 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 [maks. 4m] (b) J1 Tidak melayan mesej tersebut / padamkan mesej dan nombor kontak / blok nombor kontak. H1 Menjamin keselamatan diri. H2 Tidak terdedah kepada bahan negatif. H3 Pemikiran tidak dipengaruhi. H4 Mengelakkan diri daripada gejala sosial. H5 Menjaga imej diri. 1 1 1 1 1 1 [maks. 3m] (c) H1 Tidak memuat naik atau tidak memuat turun bahan tanpa keizinan pemilik yang sah. H2 Berkomunikasi secara berhemah dalam talian. H3 Tidak menyebarkan maklumat palsu yang menggugat ketenteraman awam. H4 Tidak menceroboh / menyebarkan virus untuk melumpuhkan sistem pihak lain. H5 Tidak mengeksploitasi maklumat dan data peribadi pihak lain. 1 1 1 1 1 [maks. 3m] 2. (a) H1 Sifat utama yang dapat dilahirkan jati diri produktif. H2 Berkualiti dalam setiap perlakuan. 1 1 (b) H1 Menguruskan kewangan Kelab Pengguna dengan baik. H2 Tidak menggunakan wang Kelab Pengguna untuk kepentingan diri / keluarga. H3 Menjalankan tugas bendahari dengan amanah. H4 Menyelesaikan masalah kewangan dengan baik walaupun dalam keadaan terdesak. H5 Tidak menyalahgunakan kuasa sebagai bendahari. H6 Tidak mengambil kesempatan terhadap kewangan kelab. 1 1 1 1 1 1 [maks. 4m] (c) F1 Memelihara imej diri. H1 Dipandang tinggi oleh rakan dan guru. F2 Mendapat keyakinan orang lain. H2 Rakan dan guru percaya kepada individu yang beramanah. F3 Menjamin hasil kerja yang berkualiti. H3 Cekap dan telus dalam menjalankan tugas bendahari. F4 Mengelakkan diri daripada didenda. H4 Tidak menyeleweng / tidak menyalahgunakan kuasa. 1 1 1 1 1 1 1 1 [maks. 4m] J1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


Sila isikan markah anda dalam ruang yang disediakan untuk menilai prestasi anda. Prestasi saya dalam FAST TRACK Kertas Model SPM Kertas Model SPM 1 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Bahagian A 50 Bahagian B 10 Bahagian C 40 Jumlah Kertas Model SPM 5 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Bahagian A 50 Bahagian B 10 Bahagian C 40 Jumlah Kertas Model SPM 4 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Bahagian A 50 Bahagian B 10 Bahagian C 40 Jumlah Kertas Model SPM 3 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Bahagian A 50 Bahagian B 10 Bahagian C 40 Jumlah Kertas Model SPM 2 Kertas / Bahagian Markah penuh Markah diperoleh Bahagian A 50 Bahagian B 10 Bahagian C 40 Jumlah


Click to View FlipBook Version