The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NETT PRICE
Sem. Malaysia: RM5.30
Sabah/Sarawak: RM5.60

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2025-03-17 00:43:29

Grab A Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tahun 6 SJKC

NETT PRICE
Sem. Malaysia: RM5.30
Sabah/Sarawak: RM5.60

泛 亚 EXCELLENCE AWARDS Tahun 年级 6  5 set Ujian Akhir Sesi Akademik  Set dapat dileraikan  Jawapan lengkap Format dan Penskoran Terkini Zaharin Liam Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Bahasa Melayu 国文 模 拟 评 估


BAHASA MELAYU [011] 1 jam 15 minit 1. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan. Bahagian A [10 markah] Soalan 1 dan 2 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1 Agnes mencipta enam rangkap untuk ibunya bersempena dengan hari lahir ibunya. A hadiah B pantun C cerpen D drama 2 Anak-anak Puan Lim sentiasa menjaga tingkah laku apabila berkunjung ke rumah Puan Hawa. A dia B kita C kami D mereka Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 A Nenek telah makan tiga butir buah durian yang dibeli oleh ayah. B Pak Usop berehat di pondok sambil minum sebuah air kelapa muda. C Kak Esah menghidangkan beberapa ketul buah tembikai kepada para tetamu. D Encik Siva menyewa beberapa buah chalet ketika keluarganya bercuti di Pulau Langkawi. Nama: Kelas: Tarikh: Kertas Model 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 1


Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kai Jun murid Tahun Enam Bestari. Dia menunggang basikal ke sekolah setiap hari, manakala rakan-rakannya yang lain menaiki bas atau kereta. Kai Jun seorang murid yang peramah, rajin dan bertanggungjawab. Dia mempunyai tiga kawan baik iaitu Kanesh, Hazim dan Steven. Mereka berkawan baik sejak tahun satu. Selepas pulang dari sekolah, Kai Jun selalu membantu ayahnya berniaga di kedai runcit. Dia menyusun barang jualan dan melayan pelanggan yang datang ke kedai. Kadangkala, dia membantu ayahnya membersihkan kedai. Kai Jun berhasrat untuk mengikut jejak ayahnya menjadi seorang peniaga apabila dewasa kelak. 4 Bagaimanakah cara Kai Jun pergi ke sekolah setiap hari? A Menaiki bas sekolah B Menunggang basikal C Menaiki kereta ayahnya D Menumpang kereta rakannya 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Kai Jun seorang peniaga kedai runcit. B Kai Jun murid yang bertanggungjawab tetapi malas. C Kawan-kawan Kai Jun membantunya di kedai runcit. D Kai Jun bercita-cita untuk menjadi seorang peniaga apabila dewasa kelak. 6 Berikut ialah aktiviti yang dilakukan oleh Kai Jun di kedai runcit ayahnya berdasarkan petikan kecuali A melayan pelanggan. B membersihkan kedai. C menyusun barang jualan. D membantu di kaunter pembayaran. © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 2


Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Li Yin dan keluarganya berasa gembira tinggal di Kampung Gemilang yang sungguh indah. Penduduk sentiasa bersatu hati untuk menceriakan kampung mereka. Pada hujung minggu lepas, mereka berkumpul di balai raya untuk mengadakan gotongroyong. Semua penduduk turut hadir dan bekerjasama melakukan aktiviti gotong-royong untuk memastikan persekitaran kampung bersih dan ceria. Semangat muhibah yang terjalin antara penduduk kampung menyebabkan nama Kampung Gemilang dikenali ramai. BAHAN 2 GOTONG-ROYONG PERDANA KAMPUNG GEMILANG Anjuran Persatuan Penduduk Kampung Gemilang Tarikh : 1 September 2024, Ahad Masa : 8:00 pagi – 12:00 tengah hari Tempat : Balai Raya Kampung Gemilang ✤ Semua penduduk dijemput hadir. ✤ Sila bawa peralatan yang sesuai. ✤ Makanan dan minuman disediakan. Kampung Bersih, Hidup Harmoni © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 3


7 Tujuan utama aktiviti gotong-royong diadakan adalah supaya A Kampung Gemilang dikenali ramai. B Kampung Gemilang bersih dan ceria. C penduduk Kampung Gemilang berasa gembira. D penduduk Kampung Gemilang berkumpul di balai raya. 8 Penduduk sentiasa bersatu hati untuk menceriakan kampung mereka. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A buah. B baris. C blok. D biji. 9 Perkataan hadir dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A ikut. B naik. C timbul. D datang. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Peralatan disediakan oleh pihak penganjur. B Aktiviti gotong-royong bermula pada pukul tujuh pagi. C Penduduk perlu membawa makanan dan minuman sendiri. D Semua penduduk Kampung Gemilang bekerjasama mengadakan gotong-royong. © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 4


Bahagian B [10 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Kok Meng dan abangnya telah menyertai Karnival Larian Sihat yang diadakan di Dataran Gemilang. Karnival itu diadakan untuk melahirkan masyarakat yang cergas, sejahtera dan sihat serta bebas daripada penyakit. Kok Meng berasa gembira kerana berpeluang untuk menyertai karnival tersebut. “Selain dapat menjaga kesihatan, saya dapat berkenalan dengan kawan baharu,” kata Kok Meng kepada abangnya. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa tetapi juga dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan. 1 (a) Karnival Larian Sihat diadakan di . [1 markah] (b) Apakah tujuan karnival tersebut diadakan? [2 markah] (c) Bulatkan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Kok Meng berasa gembira kerana berpeluang untuk menyertai karnival tersebut. [1 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 5


(d) Pilih dan tuliskan (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. “Selain dapat menjaga kesihatan, saya dapat berkenalan dengan kawan baharu,” kata Kok Meng kepada abangnya. Kok Meng dan abangnya memberitahu bahawa selain dapat menjaga kesihatan, mereka dapat berkenalan dengan kawan baharu. Kok Meng memberitahu abangnya bahawa selain dapat menjaga kesihatan, dia dapat berkenalan dengan kawan baharu. [1 markah] Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Muthu telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat daerah. Pada hari yang sama, dia juga akan mengikuti lawatan sambil belajar ke Melaka yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah sekolah. 2 Sekiranya kamu berada dalam situasi Muthu, apakah tindakan yang perlu kamu lakukan? [5 markah] © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 6


Bahagian C [10 markah] Grafik di bawah menunjukkan tentang senaman. Tuliskan pendapat kamu tentang faedah-faedah bersenam. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. melapangkan fikiran dan mengurangkan stres mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah menjadikan badan sihat dan cergas Faedah-faedah Bersenam © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 7


Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. AKTIVITI BERSAMA KELUARGA 1 Tuliskan cerita berdasarkan gambar di atas. ATAU 2 Tuliskan sepucuk surat berdasarkan gambar di atas. © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. B1 – 8


Penerangan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) boleh berlaku secara formatif dan sumatif: • Pentaksiran Formatif: Pentaksiran yang berlaku secara berterusan dalam PdP • Pentaksiran Sumatif : Pentaksiran yang berlaku pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) ialah ujian yang perlu diambil oleh murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) pada akhir sesi akademik. Format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA): Subjek Bahasa Melayu (011) Jenis Instrumen Ujian Bertulis : Pemahaman & Penulisan Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRTh) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) Bilangan Soalan Bahagian A (10 markah): OAP • Tatabahasa (3-5 soalan) • Pemahaman Petikan (5-7 soalan) (Teks tunggal & Teks pelbagai) Bahagian B (10 markah): OPB dan SRTh • Pemahaman Petikan dan Tatabahasa (3-5 soalan) • Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan) Bahagian C (10 markah): SRTb • Penulisan Perenggan – 1 soalan Bahagian D (20 markah): SRTb • Penulisan Karangan – 1 soalan Markah 50 markah Tempoh Ujian 1 jam 15 minit Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa Kemahiran Membaca: • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis Kemahiran Menulis: • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik Catatan • Merangkumi soalan yang berdasarkan kurikulum yang telah dipelajari dalam tempoh sesi akademik tersebut sahaja © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. J – 2


Kertas Model 1 Bahagian A 1 B 2 D 3 D 4 B 5 D 6 D 7 B 8 A 9 D 10 D Bahagian B 1 (a) Dataran Gemilang (b) Tujuan karnival tersebut diadakan adalah untuk melahirkan masyarakat yang cergas, sejahtera dan sihat serta bebas daripada penyakit. (c) kerana/untuk (d) Kok Meng memberitahu abangnya bahawa selain dapat menjaga kesihatan, dia dapat berkenalan dengan kawan baharu. 2 Saya akan memilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat daerah kerana banyak ilmu dan pengalaman baharu yang akan saya peroleh. Selain itu, lawatan ke Melaka boleh dilakukan bersama keluarga pada cuti sekolah. Bahagian C Pada pendapat saya, bersenam mendatangkan banyak faedah. Antaranya termasuklah menjadikan badan sihat dan cergas. Dengan bersenam, kita juga dapat melapangkan fikiran dan mengurangkan stres. Hal ini adalah penting demi kesihatan mental. Selain itu, kita boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Kesimpulannya, kita harus mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam agar badan sentiasa sihat dan bertenaga. Bahagian D 1 Karangan tidak berformat (Cerita) Pada hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga bergotong-royong menceriakan halaman rumah. Ayah membahagikan tugas kepada kami. Adik membantu ayah mencuci keretanya menggunakan air sabun. Kereta ayah kelihatan sangat bersih selepas dicuci. Saya dan abang mencuci longkang di sekitar halaman rumah. Kami mengutip daundaun kering lalu mencuci longkang dengan air dan berus. Jawapan Kakak pula menanam pokok bunga di dalam pasu. Pelbagai jenis bunga ditanam olehnya untuk menceriakan kawasan rumah. Ibu menyediakan hidangan untuk kami sekeluarga. Kami berasa sangat gembira kerana dapat bersama-sama membersihkan halaman rumah agar lebih bersih dan ceria. 2 Karangan berformat (Surat kiriman tidak rasmi) Kai Wen, No.2, Jalan Serantau, Taman Dato Onn, 81110 Johor Bahru, Johor. 4 Oktober 2024 Menemui sahabatku, Aishah, yang berada di Selangor. Semoga saudari berada dalam keadaan sihat. Saudari, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan aktiviti gotong-royong yang diadakan oleh keluarga saya pada minggu lepas. Ayah saya telah membahagikan tugas kepada kami. Adik membantu ayah mencuci keretanya menggunakan air sabun. Kereta ayah kelihatan sangat bersih selepas dicuci. Saya dan abang pula mencuci longkang di sekitar halaman rumah. Kami mengutip daundaun kering lalu mencuci longkang dengan air dan berus. Kakak saya menanam pokok bunga di dalam pasu. Pelbagai jenis bunga ditanam olehnya untuk menceriakan kawasan rumah. Selepas selesai, kami makan hidangan yang disediakan oleh ibu. Kami berasa amat gembira kerana rumah kami menjadi bersih dan ceria. Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Kai Wen © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. J – 3


Kertas Model 2 Bahagian A 1 A 2 C 3 D 4 C 5 D 6 D 7 C 8 A 9 B 10 C Bahagian B 1 (a) rakan karibnya, Daud (b) Penghantar pesanan ringkas itu meminta nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank daripada Kim Lee. (c) Kim Lee/Daud (d) Tiba-tiba, Kim Lee teringat akan pesanan ayahnya supaya maklumat peribadi tidak diberikan kepada orang lain. 2 Saya akan menasihati rakan saya supaya berpayung untuk melindungi dirinya daripada sinaran terik cahaya matahari. Selain itu, saya akan mengingatkannya supaya memakai pakaian yang nipis dan longgar serta minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi. Bahagian C Pada pendapat saya, antara cara untuk memupuk perpaduan antara kaum adalah dengan menganjurkan aktiviti sukan dan permainan. Melalui aktiviti tersebut, kita dapat berkenalan dengan kawan baharu. Selain itu, kita boleh mengadakan majlis rumah terbuka semasa musim perayaan untuk mengeratkan hubungan antara kaum. Akhir sekali, kita boleh menganjurkan program gotong-royong untuk memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antara ahli masyarakat. Bahagian D 1 Karangan tidak berformat (Fakta) Kita sering ke bilik sains untuk melakukan eksperimen. Jadi, kita perlu mematuhi peraturan bilik sains bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Antara peraturan bilik sains termasuklah melakukan eksperimen mengikut arahan guru. Kita juga dilarang bermain-main semasa melakukan eksperimen. Selain itu, kita mesti melaporkan kepada guru sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan supaya tindakan segera dapat diambil. Di samping itu, kita harus membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul selepas digunakan. Kesimpulannya, kita perlu mematuhi peraturan bilik sains untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain. 2 Karangan berformat (Ucapan) Yang dihormati guru besar, guru-guru dan murid-murid sekalian. Pagi ini, saya akan menyampaikan ucapan yang bertajuk “Peraturan Bilik Sains”. Hadirin sekalian, Antara peraturan bilik sains termasuklah melakukan eksperimen mengikut arahan guru. Kita juga dilarang bermain-main semasa melakukan eksperimen. Selain itu, kita mesti melaporkan kepada guru sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan supaya tindakan segera dapat diambil. Di samping itu, kita harus membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul selepas digunakan. Kesimpulannya, kita perlu mematuhi peraturan bilik sains untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain. Sekian, terima kasih. Kertas Model 3 Bahagian A 1 A 2 B 3 B 4 C 5 A 6 A 7 D 8 B 9 A 10 A Bahagian B 1 (a) Pengerusi Persatuan Pengakap (b) Wen Hui disayangi dan dihormati oleh rakan-rakannya kerana dia tidak bersikap sombong dan sentiasa mengambil berat terhadap rakan-rakannya. (c) memimpin/dirancang (d) Wei Hui bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga pandai memimpin. 2 Saya akan menasihati abang supaya mengubah gaya hidupnya. Saya akan menunjukkan maklumat tentang kesan kurang rehat dan kurang tidur kepada abang. Saya juga akan mencadangkan abang supaya melakukan aktiviti riadah untuk menyihatkan badannya. Bahagian C Pada pendapat saya, permainan tradisional banyak membawa kebaikan kepada kita. Antaranya termasuklah mengeratkan hubungan dengan keluarga dan kawan-kawan. Selain itu, kita boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Di samping itu, kita dapat mengekalkan permainan tradisional yang merupakan warisan budaya kita. Kesimpulannya, kita harus memupuk minat generasi muda terhadap permainan tradisional supaya permainan ini tidak pupus. © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. J – 4


2022 此系列包括: Judul-judul dalam siri ini: 199101016590 (226902-X) Online Bookstore Ingin menjadi penulis kami? Sertai kami dengan menghantar e-mel ke alamat [email protected]. 泛亚出版有限公司 Akses Digital 科目 Subjek 年级 Tahun 国文 Bahasa Melayu 4 5 6 英文 Bahasa Inggeris 4 5 6 数学 Matematik 4 5 6 科学 Sains 4 5 6 Grab A KERTAS MODEL UASA Bahasa Melayu Tahun 6 泛亚出版有限公司 Pan Asia Publications Sdn. Bhd. 199101016590 (226902-X) No. 2-16, Jalan SU 8, Taman Perindustrian Subang Utama, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603-5614 4168 Faks: +603-5614 4268 E-mel: [email protected] Laman web: www.panasiapub.com © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada penerbit. Cetakan Pertama 2025 Dicetak oleh Metrobay Industry Sdn. Bhd. (430102-W) NETT PRICE SEM. M’SIA RM5.30 SABAH/ SARAWAK RM5.60 9 786294 970403 ISBN 978-629-497-040-3


Click to View FlipBook Version