The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2023-07-16 23:11:49

Grab Me SPM Ekonomi

Grab Me SPM Ekonomi

Keywords: Grab Me SPM Ekonomi,Grab Me Ekonomi,SPM Ekonomi,Grab Me SPM,KSSM Ekonomi,Ekonomi SPM,Ekonomi,Ekonomi KSSM,Ekonomi Tingkatan 4 & 5

Tingkatan 4 Bab 1 Pengenalan kepada Ekonomi ...................... 1 1.1 Konsep Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas 1.2 Sistem Ekonomi dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi Bab 2 Pasaran...................................................... 20 2.1 Keseimbangan Pasaran 2.2 Keanjalan Harga Bab 3 Wang, Bank dan Pendapatan Individu ....... 60 3.1 Wang dan Bank 3.2 Pendapatan Individu 3.3 Penggunaan Pendapatan Individu Bab 4 Pengeluaran............................................. 102 4.1 Konsep Pengeluaran, Kos dan Hasil 4.2 Produktiviti dan Eksternaliti Tingkatan 5 Bab 1 Ekonomi dan Kerajaan ............................ 127 1.1 Peranan Kerajaan dalam Ekonomi 1.2 Penunjuk Ekonomi 1.3 Alat Dasar Ekonomi Bab 2 Malaysia dan Ekonomi Global ................. 183 2.1 Globalisasi 2.2 Perdagangan Antarabangsa 2.3 Imbangan Pembayaran 2.4 Kadar Pertukaran Asing ii KANDUNGAN


BAB PENGENALAN KEPADA EKONOMI 1 Takrif Ilmu Ekonomi 1.1 Konsep Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas 1 Mengkaji manusia mengurus Memenuhi kehendak tidak terhad Satu bidang sains sosial Sumber ekonomi terhad Ilmu Ekonomi Ilmu Ekonomi Mengikut Pandangan Ahli Ekonomi 1. Klasik – Ilmu ekonomi sebagai sains kekayaan bagi memenuhi keperluan manusia untuk mencapai kekayaan tersebut. 2. Neoklasik – Ilmu ekonomi sebagai sains kebajikan kerana menganggap kekayaan material adalah sumber kebajikan manusia. 3. Moden – Ilmu ekonomi sebagai sains sosial yang mengkaji kekurangan dan pilihan.


Konsep Kekurangan dan Pilihan 2 • Masalah kekurangan berlaku disebabkan oleh sumber ekonomi sedia ada tidak mampu memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. • Oleh itu, unit-unit ekonomi harus membuat pilihan. Kehendak tidak terhad Sumber ekonomi terhad Kehendak • Keinginan terhadap barang atau perkhidmatan untuk hidup lebih selesa dan mewah. Kekurangan • Keinginan manusia yang jauh melebihi apa yang dapat dihasilkan dalam ekonomi dengan sumber ekonomi yang terhad. Masalah Pilihan • Pembuatan keputusan tentang kehendak yang perlu dipenuhi terlebih dahulu dan melibatkan pengorbanan. Berbeza antara individu Berubah dari semasa ke semasa Kehendak Tidak terhad Ikut tingkat pendapatan Contoh, kereta mewah Ikut cita rasa


3 Unit Ekonomi Kekurangan Pilihan Kos Lepas Isi rumah • Individu/keluarga/ sekumpulan individu yang tinggal bersama. • Sumber pendapatan atau wang. • Memilih barangan yang memaksimumkan kepuasan. • Barangan kedua terbaik yang dilepaskan. Firma • Organisasi yang merancang dan menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang atau perkhidmatan. • Faktor pengeluaran atau sumber ekonomi. • Memilih output yang memaksimumkan keuntungan. • Output kedua terbaik yang dilepaskan. Kerajaan • Organisasi yang mempunyai kuasa dalam menguatkuasakan undang-undang. • Sumber hasil kerajaan atau kutipan cukai. • Memilih projek pembangunan yang memaksimumkan kebajikan masyarakat. • Projek pembangunan kedua terbaik yang dilepaskan.


Faktor Pengeluaran 4 Faktor Pengeluaran Buruh Tanah Modal Usahawan • Faktor pengeluaran digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan yang terdiri daripada buruh, tanah, modal dan usahawan. • Sumbangan tenaga manusia secara fizikal atau mental • Ada mobiliti pekerjaan dan mobiliti geografi • Buruh mahir (doktor) dan buruh tidak mahir (pekerja ladang) • Anugerah alam semula jadi • Tiada mobiliti tempat tetapi ada mobiliti kegunaan • Sumber boleh diperbaharui (hasil laut) dan sumber tidak boleh diperbaharui (bijih timah) • Alat ciptaan manusia • Ada mobiliti geografi yang tinggi (mesin) • Tiada mobiliti geografi (bangunan atau kilang) • Menggabungkan dan menyelaras faktor pengeluaran • Meminimumkan kos dan memaksimumkan pengeluaran serta untung • Individu yang kreatif, inovatif dan berani menghadapi risiko


Maksud Permintaan • Keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli sesuatu barang dan perkhidmatan pada suatu tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu. Permintaan berkesan • Permintaan yang disokong oleh kuasa beli atau kemampuan membayar. P ↑ , Qd ↓ P ↓ , Qd ↑ BAB 2 PASARAN • Semakin tinggi harga (P) barang, semakin kurang kuantiti diminta (Qd). • Hubungan antara harga dan kuantiti diminta adalah negatif. • Semakin rendah harga barang, semakin banyak kuantiti diminta dengan andaian ceteris paribus (faktor lain tidak berubah). Hukum Permintaan 20 Hukum Permintaan 2.1 Keseimbangan Pasaran


Permintaan (DD) Individu • Kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh seseorang individu pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Keluk Permintaan Individu Jadual Permintaan Individu Harga (RM) Kuantiti (unit) Titik 3 10 a 2 20 b 1 30 c Jadual Permintaan Alia terhadap Pen Huraian Jadual: 1. Pada harga RM3, sebanyak 10 unit pen diminta oleh Alia. 2. Apabila harga turun kepada RM2 dan RM1, kuantiti diminta oleh Alia meningkat kepada 20 unit dan 30 unit. Huraian Keluk: 1. Pada harga RM3, sebanyak 10 unit pen diminta. (Titik a) 2. Apabila harga turun kepada RM2 dan RM1, kuantiti diminta oleh Alia meningkat kepada 20 unit dan 30 unit. (Titik b dan c) 3. Keluk permintaan (DD) terbentuk dengan menyambungkan titik a, b dan c. 4. Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. 5. Ini menunjukkan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta. Keluk Permintaan Individu D D a b c 0 10 20 30 3 2 1 Harga (RM) Kuantiti (unit) 21 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran


Keluk Permintaan Pasaran Permintaan (DD) Pasaran • Kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Jadual Permintaan Pasaran Harga seunit (RM) Kuantiti diminta oleh Alia (unit) Kuantiti diminta oleh Nani (unit) Permintaan pasaran (unit) Titik 30 10 20 30 x 20 20 30 50 y 10 30 40 70 z Huraian Jadual: 1. Permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta oleh Alia dan Nani pada setiap tingkat harga. 2. Pada harga RM30 seunit, permintaan pasaran ialah 30 unit iaitu dengan menjumlahkan kuantiti diminta Alia sebanyak 10 unit dan Nani sebanyak 20 unit. 3. Apabila harga turun kepada RM20 dan RM10 seunit, permintaan pasaran meningkat iaitu masing-masing bertambah kepada 50 unit (20+30) dan 70 unit (30 + 40). (a) (b) (c) = (a) + (b) 22


BAB 3 WANG, BANK, DAN PENDAPATAN INDIVIDU Diterima umum Penawaran terhad Ciri-ciri wang Mudah dibahagikan Tahan lama Kestabilan nilai Mudah dibawa 60 Fungsi Wang 3.1 Wang dan Bank Wang • Komoditi atau benda yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan pertukaran. Kelemahan sistem barter 1. Barang tidak tahan lama 2. Masalah membawa barang 3. Masalah kehendak serentak 4. Kesukaran menentukan kadar pertukaran 5. Kesukaran membahagikan barang kepada unit kecil


• Wang boleh digunakan untuk menjalankan urus niaga (jual beli) barang dan perkhidmatan. • Memudahkan urus niaga dalam ekonomi. • Contoh: Mariam membeli alat tulis di koperasi. • Wang boleh menentukan nilai barang dalam sebutan harga. • Membolehkan pengguna dan penjual membuat perbandingan nilai antara barang. • Contoh: Harga sebatang pen ialah RM2.00. • Wang boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan. • Wang tahan lama dan mempunyai nilai yang stabil. • Contoh: Syafiq menabung sebanyak RM1.00 pada setiap hari. • Wang boleh digunakan untuk urus niaga secara hutang atau kredit. • Membeli barang secara ansuran. • Diterima sebagai alat bayaran tertunda kerana mempunyai nilai yang stabil. • Contoh: Puan Atiqah membayar ansuran kereta sebanyak RM500.00 sebulan. Alat Perantaraan Pertukaran Alat Ukuran Nilai Alat Penyimpan Nilai Alat Bayaran Tertunda 61 Fungsi Utama Wang


Kaedah bank pusat menstabilkan nilai mata wang 1. Mewujudkan sandaran minimum • Nilai sandaran minimum 80.59% dalam bentuk emas dan rizab antarabangsa. 2. Campur tangan dalam pasaran pertukaran asing (FOREX) • Jika nilai RM rendah, Bank Negara Malaysia akan menjual mata wang asing dan membeli RM menyebabkan nilai RM meningkat dan menjadi stabil. 3. Mengawal inflasi • Memastikan kadar inflasi (kenaikan harga barang secara berterusan) pada paras terkawal dengan menggunakan alat dasar kewangan. Fungsi Bank Pusat (Bank Negara Malaysia) Mengawal kestabilan nilai mata wang Jurubank kepada kerajaan Mengeluarkan mata wang Mengawal kestabilan ekonomi Jurubank kepada bank perdagangan 62 Fungsi Bank Pusat


Pengeluaran Firma 1. Unit ekonomi yang produktif sama ada organisasi atau unit pengeluaran yang merancang dan menggabungkan faktor pengeluaran yang terhad untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. 2. Peranan firma: (a) Sebagai pembekal barang dan perkhidmatan (b) Sebagai pengguna faktor pengeluaran Firma Awam Firma Swasta Objektif • Memaksimumkan kebajikan masyarakat Contoh • KWSP • Permodalan Nasional Berhad Objektif • Memaksimumkan keuntungan • Memaksimumkan jualan Contoh • CIMB Bank Berhad • Ranhill Berhad Jenis Firma BAB 4 PENGELUARAN Saiz Firma • Kecil (milikan tunggal) • Besar (syarikat berhad) 102 4.1 Konsep Pengeluaran, Kos dan Hasil


Pengeluaran Input Output (keluaran) Pengeluaran juga ialah suatu proses mengubah bentuk input kepada output. Pengeluaran bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Input (Nanas) Output (Air Kotak Nanas) • Suatu proses yang menggabungkan faktor pengeluaran (buruh, tanah, modal dan usahawan) untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. • Faktor pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. • Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan dalam proses pengeluaran. Transformasi 103


Kuantiti tetap pada setiap tingkat output Wujud pada tingkat output sifar Berlaku dalam jangka masa pendek Contoh: Mesin, kilang Input Tetap Merupakan input pengeluaran Kuantiti berubah mengikut tingkat output Berlaku dalam jangka masa pendek dan panjang Tidak wujud pada tingkat output sifar Contoh: Buruh, bahan mentah Berbentuk fizikal Input Berubah 104


BAB 1 EKONOMI DAN KERAJAAN 127 • Mengeluarkan barang awam dan barang sosial • Menggaji kakitangan awam • Guna tenaga penuh • Kestabilan harga • Pertumbuhan ekonomi • Kestabilan imbangan pembayaran • Undang-undang dan peraturan • Subsidi • Cukai Peranan kerajaan dalam ekonomi Sebagai pengeluar dan majikan Mencapai objektif makroekonomi Mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif


Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan 1.1 Peranan Kerajaan dalam Ekonomi 128 Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar 1. Kerajaan mengeluarkan barang awam dan barang sosial dalam ekonomi yang tidak dapat dikeluarkan oleh pihak swasta kerana tidak menguntungkan. Barang Awam Barang Sosial • Barang yang dapat digunakan oleh seseorang individu tanpa mengurangkan faedah penggunaan individu lain. • Barang atau perkhidmatan yang membawa manfaat kepada semua masyarakat. • Tidak dikenakan bayaran atau dengan bayaran paling minimum. • Tiada bayaran. • Contoh: Jalan raya, padang awam, sekolah, dan klinik kerajaan. • Contoh: Perkhidmatan pendidikan, loji pembersihan air dan perkhidmatan kesihatan. • Unit ekonomi yang menjalankan kegiatan ekonomi dengan matlamat untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Kerajaan


129 2. Monopoli semula jadi kerajaan ialah pengeluaran barang dan perkhidmatan oleh firma berkaitan kerajaan sahaja. 3. Ciri-ciri pasaran monopoli semula jadi adalah seperti berikut: Satu firma sahaja Keluaran tidak ada pengganti Penentu harga pasaran Tiada kebebasan keluar masuk industri Peranan Kerajaan sebagai Majikan 1. Kerajaan menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam kepada masyarakat. 2. Contoh pekerjaan ialah tentera, guru, polis dan lain-lain. 3. Faedah sampingan yang ditawarkan kepada kakitangan awam ialah: (a) Elaun perumahan dan elaun sara hidup (COLA) (b) Imbuhan tetap khidmat awam (c) Cuti tahunan mengikut kelayakan (d) Kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan (e) Pencen selepas bersara (f) Cuti bersalin Ciri-ciri


Globalisasi BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL 2.1 Globalisasi 183 • Proses interaksi dan integrasi antara manusia, firma dan kerajaan pelbagai negara. Pasaran baharu Peserta baharu Peraturan dan norma baharu Kaedah komunikasi baharu Ciri-ciri Globalisasi Ciri-ciri Globalisasi 1 Pasaran Baharu • Perkembangan pasaran baharu seperti perbankan, insurans, pengangkutan antara sebuah negara dengan negara lain melalui kelonggaran undang-undang. 2 Peserta Baharu • Kewujudan syarikat multinasional, pertubuhan perdagangan sedunia, blok perdagangan dan lain-lain. 3 Kaedah Komunikasi Baharu • Lebih cepat dan murah dengan menggunakan internet dan komunikasi elektronik. • Pengangkutan yang lebih cepat dan murah menggunakan teknologi yang canggih. 4 Peraturan dan Norma Baharu • Peluasan dasar ekonomi kapitalis seperti penswastaan dan liberalisasi perdagangan, perjanjian pelbagai hala antara negara serta peningkatan hak asasi manusia.


Syarikat Multinasional 184 • Firma yang beroperasi di beberapa negara secara serentak. Syarikat Multinasional Risiko kehilangan aset Risiko kesukaran mendapat balik keuntungan Kekurangan kemudahan asas Bantahan masyarakat tempatan atas bayaran gaji rendah Tenaga buruh yang kurang mahir dan tidak bermotivasi Ciri-ciri Syarikat Multinasional 1. Firma bersaiz besar yang mempunyai cawangan di beberapa buah negara. 2. Pemindahan teknologi yang canggih antara cawangan di negara yang berbeza. 3. Semua cawangan dikawal oleh firma induk di negara asal. Risiko bagi Syarikat Multinasional


185 Dapat memasarkan barang dan perkhidmatan ke luar negara untuk mendapat keuntungan maksimum. Menjimatkan kos pengangkutan kerana pembukaan operasi pengeluaran berhampiran sasaran pasaran. Pembukaan operasi pengeluaran di luar negara dapat mengurangkan cukai yang dikenakan atas barangan itu. Pemindahan operasi pengeluaran ke negara yang kaya sumber alam mengatasi masalah bekalan bahan mentah. Kos buruh yang rendah tetapi berkemahiran dapat menarik syarikat multinasional membuka operasi di sesebuah negara. Meluaskan pasaran Perlindungan perdagangan Bahan mentah atau hasil bumi yang unik Tenaga buruh dengan kemahiran khusus Kos pengangkutan yang tinggi Dorongan Syarikat dalam Operasi Antarabangsa


Click to View FlipBook Version