The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sem. Malaysia: RM9.95
Sabah/Sarawak: RM10.50

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2024-03-20 21:30:52

1202 Bank Soalan Sejarah Tingkatan 1 KSSM

Sem. Malaysia: RM9.95
Sabah/Sarawak: RM10.50

Keywords: 1202 Bank Soalan Sejarah Tingkatan 1 KSSM,1202 Bank Soalan Sejarah Tingkatan 1,Sejarah Tingkatan 1 KSSM,Sejarah Tingkatan 1,Sejarah,Sejarah KSSM,Tingkatan 1 KSSM,Tingkatan 1,KSSM

MESTI TAHU iii – x Bab 1 Mengenali Sejarah 1 Bab 2 Zaman Air Batu 9 Bab 3 Zaman Prasejarah 17 Bab 4 Mengenali Tamadun 29 Bab 5 Tamadun Awal Dunia 37 Bab 6 Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom 47 Bab 7 Peningkatan Tamadun India dan China 57 Bab 8 Tamadun Islam dan Sumbangannya 66 Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 1 77 Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2 83 Jawapan 89 Kandungan


MESTI TAHU Bab 1 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 2 7 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 3 9 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 1 5 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 3 11 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta dan Rajah Penting Pengertian Sejarah mengikut sejarawan Keadah Penyelidikan dalam Sejarah Tahap Zaman Air Batu Maksud Zaman Prasejarah Kepentingan Sejarah Lokasi Zaman Prasejarah di Asia Tenggara • Zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenali tulisan. • Terbahagi kepda dua zaman, iaitu Zaman Batu dan Zaman Logam. Zaman Batu Keadah Bertulis – maklumat diperoleh melalui sumber yang dipahat atau ditulis Keadah Lisan – maklumat diperoleh melalui temu bual. Keadah arkeologi – menggunakan kaedah saintifik – kaedah cari gali atau ekskavasi Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik Zaman Neolitik Zaman Logam Gua Liang Bua, Pulau Flores, Indonesia Gua Padah-lin, Myanmar Ban Chiang, Thailand Lenggong, Malaysia Sa Hyun, Vietnam Gua Tabon, Filipina Mengenal asal usul keluarga dan negara Memupuk semangat patriotisme Mengukuhkan perpaduan Mengambil iktibar Membangunkan negara dan bangsa Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah Lokasi Zaman Prasejarah Kaedah Kepentingan Sejarawan Pengertian Herodotos Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa. E.H. Carr Suatu proses interaksi berterusan antara ahli Sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dan masa lampau. Ibn Khaldun Membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat. Khoo Kay Kim Merujuk kepada apa-apa yang sudah berlaku agar kita lebih memahami apa yang berlaku pada masa kini. Muhd Yusof Hashim Merupakan catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa dahulu. Zaman Huraian Miosen Suhu dunia panas dan kering. Mamalia, hidupan laut dan hidupan air telah wujud. Gunung ganang telah terbentuk secara fizikal. Pliosen Penyejukan dan pengeringan alam sekitar global. Wujudnya padang rumput dan padang savana. Pleistosen Berlakunya glasier sebanyak 11 kali. Manusia tahu membuat api. Manusia telah sampai ke Australia melalui jalan darat (Pentas Sunda). Holosen Kemajuan dalam kehidupan manusia. Melakukan aktiviti pertanian. Telah pandai mencipta roda dan tulisan kuneiform.


MESTI TAHU Bab 5 25 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 6 31 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 5 27 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 6 33 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 5 29 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bab 6 35 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Fakta Penting Perbandingan Aspek Pemerintahan dan Pentadbiran Ciri-ciri Demokrasi Athens Perbandingan Aspek Teknologi Tamadun Yunani Pemerintahan dan Pentadbiran di Sparta • Tamadun ini terkenal dengan negara kota atau polis hasil gabungan bandar utama, bandar kecil dan kampung. • Acropolis ialah pusat komuniti dalam polis yang dilindungi dengan kubu dan lengkapi dengan bangunan kerajaan, pusat ibadat, istana dan rumah bangsawan. • Agora – tempat pertemuan dan pasar awam. • Tiga polis terkenal iaitu Athens, Sparta dan Corinth. • Dua ciri utama polis: – jumlah penduduk yang ramai – keluasan wilayah • Polis merupakan tanah suci kurniaan dewa dan warganegara bertanggungjawab menjaga kepentingannya. • Membangkitkan semangat kekitaan dalam masyarakat. Fungsi Dewan Perhimpunan • Melantik Ahli Majlis. • Menggubal undang-undang. • Membuat deklarasi peperangan. • Membuat perjanjian dengan negara lain. • Membincangkan hal kewangan dan percukaian. • Menerima duta daripada negara lain. • Pemerintahannya berbentuk monarki terhad. • Terdapat dua orang raja yang memerintah untuk mengelakkan berlaku kezaliman/kekajaman. • Pentadbiran dibantu oleh Dewan Perhimpunan dan Majlis. • Peranan ephors untuk mengelakkan raja memerintah secara mutlak. • Masyarakat dididik dengan disiplin ketenteraan termasuk wanita dan kanak-kanak. • Disiplin ini menjadi asas perkembangan Sparta dan taat setia rakyat kepada negara kota. • Mereka sanggup mempertahankan negara kota demi kedaulatannya. Mesopotamia Mesir Purba • Diperintah oleh raja. • Negara kota membentuk empayar. • Wujud undang-undang / Kod Hammurabi. • Firaun memerintah seperti tuhan. • Berkuasa mutlak. • Percaya kehidupan selepas mati. Indus Huang He • Pemerintahan dikuasai oleh pendeta. • Mempunyai pengaruh dalam bidang keagamaan dan pentadbiran. • Berasaskan negara kota. • Raja berkuasa dalam politik, ekonomi dan keagamaan. • Kuasa raja dari syurga. Mesopotamia Mesir Purba • Ada sistem tali air. • Kalendar 12 bulan. • Sistem nombor berasaskan 60. • Mencipta roda, kertas, sauk, bajak. • Kemajuan matematik dan geometri. • Kemahiran perubatan, • Pembinaan pengairan. • Cipta kertas. Indus Huang He • Penggunaan grid. • Sistem perparitan dan pembentungan. • Penciptaan kertas. • Penghasilan sutera, peralatan daripada besi, kompas magnetik dan wang syiling. Majlis Majistret Juri Dewan Perhimpunan Tamadun Huang He • Tamadun ini terletak di kedudukan dua sungai utama iaitu Sungai Huang He (Sungai Kuning) dan Sungai Yangtze. • Masyarakat awal tamadun ini menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. • Kedudukan geografi tamadun ini yang terpencil menghalang mereka berdagang dengan kerajaan luar dan terpaksa menghasilkan makanan sendiri. • Terdapat tiga kerajaan utama: – Kerajaan Xia (2,205 – 1766 SM) – Kerajaan Shang (1766 – 1050 SM) – Kerajaan Zhou (1050 – 256 SM) • Pusat kerajaan Shang ialah Anyang. • Selain pertanian, masyarakatnya membuat tembikar, membina kapal, menghasilkan varnis, sutera, sulaman dan ukiran. • Penciptaan alat daripada kayu dan logam untuk pertanian.


1 Bab 1 NOTA Mengenali Sejarah 1.1 Pengertian Sejarah Pengertian Sejarah Bahasa Melayu • Berasal daripada bahasa Arab iaitu “syajaratun” yang bererti pokok. • Sejarah juga ialah salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul. Kamus Dewan • Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo. • Kajian atau pengetahuan tentang peristiwa yang lalu. Bahasa Inggeris • History iaitu cerita tentang seseorang. • Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani, historia yang bererti penyelidikan. 1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan Sejarawan Pandangan 1. Herodotus • Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa. • Karyanya yang terulung ialah The Persian War. 2. E.H Carr • Sejarah ialah satu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan faktafaktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dan masa lampau. • Karyanya yang terkenal ialah What is History?. 3. Ibn Khaldun • Sejarah ialah tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahanperubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu. • Karyanya yang terkenal ialah Muqaddimah. 4. Khoo Kay Kim • Sejarah ialah apa-apa yang pernah dan sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. • Sejarah ialah ibu kepada semua bidang. 5. Muhd Yusof Ibrahim • Sejarah ialah catatan atau rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa lalu. • Karya terkenal ialah Sejarawan dan Persejarahan Melayu: Tradisi dan Transformasi. 1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah 1. Kronologi ialah rentetan peristiwa yang berlaku mengikut urutan masa. 2. Ruang masa dibahagikan kepada: Dekad 10 tahun Abad 100 tahun Alaf 1 000 tahun 3. Tahun Masihi dikira selepas kelahiran Nabi Isa AS.


2 1.5 Penyelidikan dalam Sejarah 1. Kaedah bertulis: (a) Kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat atau ditulis. (b) Tulisan tertua dikesan di dinding gua, dipahat pada batu, ditulis pada kulit kayu, gading dan daun lontar. (c) Kaedah bertulis merangkumi lima tahap: • Mengenal pasti sumber. • Mengesahkan sumber bertulis. • Mengumpul dan menyimpan sumber. • Peralatan yang sesuai. • Menganalisis. 2. Kaedah lisan: (a) Proses mendapatkan maklumat melalui temu bual. (b) Tokoh yang dipilih ialah orang sumber. (c) Orang sumber mempunyai pengalaman dari segi pemerhatian peristiwa sejarah dan pengalaman sendiri. (d) Tiga tahap dalam kaedah lisan: • Persediaan • Rakaman temu bual • Memproses rakaman 3. Kaedah arkeologi: (a) Kaedah arkeologi merupakan kaedah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat sejarah daripada bahan tinggalan sejarah. (b) Kaedah yang digunakan ialah cari gali/ ekskavasi. (c) Contoh: fosil, tembikar, bahan logam dan binaan daripada batu. (d) Arkeologi bawah air: Kajian saintifik yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik. (e) Kapal dagang yang tenggelam telah meninggalkan khazanah warisan kapal karam. (f) Kajian dijalankan oleh Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah. 1.6 Tafsiran dalam Sejarah 1. Tafsiran sejarah menerangkan tentang sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya. 2. Perbezaan dalam tafsiran berlaku kerana sumber yang pelbagai, berbeza pandangan, berbeza ideologi dan tujuan penulisan. 3. Contoh tafsiran: Penentangan Tok Janggut di Kelantan adalah kerana tidak berpuas hati dengan cukai tanah tetapi sejarawan Barat mentafsirkannya sebagai pemberontakan. 1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah 1. Mengenal asal usul – mengenali budaya bangsa. 2. Mengambil iktibar – memberi pengajaran. 3. Memupuk patriotisme – agar menghargai warisan bangsa. 4. Mengukuhkan perpaduan – antara kaum. 5. Membangunkan negara dan bangsa – mengekalkan kegemilangan. 6. Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah – mampu membuat tafsiran. 1.4 Sumber Sejarah Sumber Sejarah Primer Sekunder • Fosil • Artifak • Batu bersurat • Manuskrip • Fail rasmi jabatan • Diari • Surat peribadi • Buku • Majalah • Akhbar • Jurnal • Ensiklopedia • Risalah • Bahan telah diolah dan diterbitkan • Bahan tersebar kepada umum • Belum diolah • Belum diterbitkan • Bersifat asli • Belum ditafsir Contoh:


3TIP SOS 1. Maksud perkataan sejarah dalam bahasa Inggeris ialah A pokok B asal usul C salasilah D cerita tentang seseorang 2. History merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa A Arab B Yunani C Sanskrit D Inggeris 3. Berikut merupakan pengertian sejarah mengikut Kamus Dewan kecuali A tanggapan B asal usul C salasilah D tambo 4. Apakah karya terkenal yang dihasilkan oleh Herodotus? A Histories B Muqaddimah C What is History D Sejarah dan Persejarahan Melayu 5. Siapakah yang memberi pengertian sejarah berikut? Satu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau. A E.H. Carr B Herodotus C Ibn Khaldun D Muhd Yusof Ibrahim 6. Rajah berikut berkaitan dengan pengertian sejarah. Mengaitkan sejarah dengan peradaban. X Siapakah X? B.Teks Ms 4 B.Teks Ms 4 B.Teks Ms 4 B.Teks Ms 5 B.Teks Ms 5 B.Teks Ms 5 A E.H. Carr B Ibn Khaldun C Khoo Kay Kim D Muhd Yusof Ibrahim 7. Pernyataan berikut merupakan definisi sejarah oleh seorang sejarawan. Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa. Siapakah tokoh sejarahwan tersebut? A E.H. Carr B Herodotus C Ibn Khaldun D Muhd Yusof Ibrahim 8. Karya Muqaddimah merupakan sebuah karya terkenal. Siapakah pengarang karya di atas? A Herodotus B Ibn Battuta C Ibn Khaldun D Syed Muhammad Naquib Al-Attas 9. Susun ruang masa di bawah mengikut urutan menaik. Dekad Alaf Abad A Abad → alaf → dekad B Dekad → alaf → abad C Dekad → abad → alaf D Alaf → dekad → abad B.Teks Ms 5 B.Teks Ms 5 B.Teks Ms 6 Bahagian A Pilih jawapan yang paling tepat. Soalan 6: Hasil karya tokoh ini yang terpenting ialah Muqaddimah.


14TIP SOS Bahagian B Jawab soalan-soalan berikut. 1. Ahli sains menganggarkan bumi kita berusia lebih daripada 4.6 bilion tahun. (a) Apakah pembentukan fizikal bumi mulai 650 juta tahun sehingga 195 juta tahun dahulu? [3 markah] (b) Terangkan perkembangan hidupan sekitar 94 juta tahun dahulu sehingga kini. [3 markah] (c) Apakah iktibar yang diperoleh dari pembentukan fizikal bumi? KBAT Mengaplikasi [4 markah] 2. Teori Milankovitch telah diasaskan oleh seorang seorang ahli sains Serbia, iaitu Milutin Milankovitch. (a) Apakah teori beliau? [3 markah] (b) Apakah kesan yang berlaku akibat proses penyejukan dan pengeringan alam sekitar? [3 markah] B.Teks Ms 27 – 28 B.Teks Ms 30 – 31 Soalan 1(c): • Bersyukur dengan alam ciptaan Tuhan. • Pembentukan selat, laut dan teluk memberi manfaat kepada manusia. • Setiap hidupan mempunyai kitaran hidup.


16TIP SOS (c) Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku jika manusia tidak menjaga alam sekitar? KBAT Menganalisis [4 markah] Bahagian C Jawab semua soalan. 1. Rajah berikut merujuk kepada tahap Zaman Air Batu. Tahap Zaman Air Batu Zaman Miosen Zaman Pliosen Zaman Pleistosen Zaman Holosen (a) Jelaskan ciri-ciri Zaman Pliosen. [6 markah] (b) Manusia pada Zaman Holosen mula menunjukkan kemajuan. Buktikan pernyataan tersebut. [6 markah] (c) Jelaskan iktibar yang diperoleh dari perkembangan manusia Zaman Holosen. KBAT Mengaplikasi [8 markah] 2. (a) Jelaskan perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu Akhir. [6 markah] (b) Apakah kesan yang berlaku ketika Zaman Air Batu di Asia Tenggara? [6 markah] (c) Petikan berikut merujuk kepada peningkatan suhu dunia. GENEVA: Suhu purata bumi dijangka meningkat melebihi had 1.5 darjah Celsius buat pertama kali dalam tempoh lima tahun akan datang berikutan pemanasan global yang semakin bertambah buruk. Sumber : BH Online, Mei 19, 2023 Pada pendapat anda, apakah keadaan yang akan berlaku jika suhu dunia terus meningkat? KBAT Menganalisis [8 markah] B.Teks Ms 30 – 31 Soalan 2(c): • Suhu dunia akan terus meningkat. • Gangguan kepada ekosistem. • Berlaku perubahan iklim yang ketara.


37 Bab 5 NOTA Tamadun Awal Dunia 5.1 Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia 1. Terdapat empat tamadun awal dunia, iaitu: (a) Tamadun Mesopotamia (b) Tamadun Mesir Purba (c) Tamadun Indus (d) Tamadun Huang He 2. Tamadun-tamadun ini bermula dan berkembang di lembah-lembah sungai. 3. Kepentingan sungai kepada manusia: (a) Membekalkan air kepada manusia dan tanaman. (b) Membina kawasan petempatan. (c) Menjadi alat perhubungan. Perkembangan Empat Tamadun Awal Dunia 1. Tamadun Mesopotamia (a) Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal di dunia. (b) Perkataan Mesopotamia bermaksud tanah di antara dua sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. (c) Terdapat beberapa buah kerajaan yang wujud dalam tamadun ini, iaitu: • Sumeria • Babylon • Akkad • Asyria • Chaldea (d) Tamadun Mesopotamia ini bermula di Sumer yang terletak di wilayah selatan. (e) Orang Sumeria ini telah membina petempatan, bercucuk tanam dengan menebus tanah dan membina sistem pengairan. (f) Ciri-ciri kerajaan Sumer: Bandar maju Pengkhususan pekerjaan Institusi yang kompleks Peningkatan teknologi Pengurusan simpan kira Ciri-ciri Utama (g) Terdapat kawasan subur yang terletak di di antara Laut Mediterranean dan Teluk Parsi, iaitu Bulan Sabit Subur dan berkembang menjadi bandar besar yang mempunyai strukur yang lengkap. (h) Struktur bandar dibina daripada tanah liat. (i) Tempat ibadat berbentuk piramid atau zigurat dibina di pusat bandar. (j) Dinding besar dibina di sekeliling bandar untuk benteng pertahanan. (k) Negara kota terbentuk daripada petempatan perkampungan yang berkembang menjadi bandar. (l) Contohnya Negara-kota Ur yang muncul sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan. S. Nil LAUT MERAH MESIR Petunjuk Lembah Bulan Sabit TELUK PARSI MESOPOTAMIA S. Tigris Akkad BabylonSumer S. Euphrates LAUT MEDITERRANEAN


38 2. Tamadun Mesir Purba: (a) Tamadun Mesir Purba terbentuk di tebing Sungai Nil, iaitu sungai terpanjang di dunia. (b) Herodotus menggelar tamadun ini sebagai ‘hadiah Sungai Nil’ kerana sungai ini membawa tanah lumpur berwarna hitam yang subur untuk pertanian. (c) Terdapat tiga tahap pemerintahan dalam tamadun Mesir Purba, iaitu: • Kerajaan Purba – bermula daripada perkampungan petani dan membentuk dua buah kerajaan, iaitu di hulu dan di hilir Sungai Nil. Kemudiannya, disatukan oleh raja Mennes dan membuka bandar Memphis sebagai ibu kota. • Kerajaan Pertengahan – raja sebagai tonggak kejayaan dan kegemilangan kerajaan. Pemerintah menggalakkan aktiviti perdagangan menggunakan jalan sungai seperti dengan Nubia. Raja juga memberi perlindungan ketenteraan kepada pedagang yang diancam penjahat. • Kerajaan Baru – wujud apabila golongan bangsawan memerintah Mesir. Pemerintahnya digelar sebagai firaun dan mempunyai angkatan tentera yang kuat. Contoh firaun terkenal ialah Ramses yang membina banyak monumen berupa berhala. Giza Saqqarah Hulu Mesir Thebes LAUT MERAH S.Nil Buhen Nubia Petunjuk LAUT MEDITERRANEAN Kerajaan Purba Kerajaan Pertengahan Kerajaan Baru Hilir Mesir Delta Nil Heliopolis Memphis 3. Tamadun Indus: (a) Tamadun Indus merupakan tamadun terawal di India dan terletak di Sungai Indus. (b) Pada awalnya penduduk di bahagian barat laut hidup secara nomad, kemudian mula membina petempatan. (c) Tamadun ini mengalami dua musim yang ekstrem: • Musim hujan yang membawa banjir besar dan memusnahkan tanaman dan petempatan. • Musim kering yang membawa kemarau dan memusnahkan tanaman. (d) Kegiatan ekonomi yang utama ialah penanaman gandum, barli dan kapas, di samping hasil pembuatan daripada kapas dan besi. (e) Terdapat dua bandar terancang dalam tamadun ini, iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa. (f) Kedua-dua bandar ini mempunyai sistem paip dan pembentungan yang sistematik. (g) Tamadun ini merosot akibat bencana alam dan serangan orang Aryan. PETUNJUK Lembah Sungai Indus LAUT ARAB TIBET INDIA TELUK BENGGALA Mohenjo-Daro Rajagthan Harappa Pergunungan Baluchistan Banjaran Himalaya Surtkagen-dor S. Indus Gujerat Lothai Punjab Kathlawar 4. Tamadun Huang He: (a) Pembentukan tamadun ini hasil daripada dua batang sungai, iaitu Sungai Huang He (Sungai Kuning) dan Sungai Yangtze. (b) Masyarakat awal telah membina petempatan dan menjalankan aktiviti pertanian, penternakan dan mengumpul hasil hutan. (c) Banjir kerap berlaku kerana limpahan air Sungai Huang He yang menenggelamkan kampung. (d) Mereka hidup terpencil kerana kedudukan geografi dan tidak berdagang dengan orang luar. (e) Terdapat tiga buah kerajaan awal, iaitu kerajaan Xia, kerajaan Shang dan kerajaan Zhou. (f) Perkembangan petempatan mewujudkan beberapa bandar seperti Anyang yang menjadi pusat kerajaan semasa dinasti Shang. (g) Kegiatan ekonomi lain ialah pembuatan tembikar, membina kapal, menghasilkan varnis, sutera , sulaman dan ukiran. Gurun Gobi CHINA Anyang S. Huang He S. Yangtze Luoyang Yangzhou LAUT KUNING PETUNJUK Tamadun Huang He Tanah Tinggi Tibet Zhengzhou


40TIP SOS 1. Jadual berikut merujuk kepada antara lokasi tamadun awal dunia. Lokasi Tamadun Lembah Sungai Indus Indus Lembah Sungai Huang He Huang He Mengapakah tamadun-tamadun ini wujud di lembah sungai? A Sumber bekalan air B Mengelakkan musuh C Selamat daripada binatang buas D Terhindar daripada bencana alam 2. Rajah berikut merupakan empat tamadun awal dunia. Mesir Purba X Indus Y Tamadun Awal Dunia X dan Y merujuk kepada I Mesopotamia II Huang He III China IV Mesir Awal A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3. Pernyataan berikut berkaitan dengan tamadun awal dunia. Lokasi tamadun ini terletak di antara dua sungai iaitu sungai Tigris dan sungai Eupharates. Apakah tamadun yang dimaksudkan? A Tamadun Indus B Tamadun Huang He C Tamadun Mesir Purba D Tamadun Mesopotamia B.Teks Ms 92 B.Teks Ms 92 B.Teks Ms 94 4. Terdapat beberapa buah kerajaan awal dalam tamadun Mesopotamia. Kerajaan-kerajaan tersebut ialah I Akkad II Harappa III Nubia IV Asyria A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Mesopotamia’? A Kawasan tanah subur B Tanah hitam yang subur C Tanah di antara dua sungai D Kawasan yang bebas banjir 6. Kerajaan Sumeria merupakan kerajaan terawal dalam tamadun Mesopotamia. Bagaimanakan mereka membina kawasan pertanian? A Membina petempatan di kawasan sekeliling B Membawa penduduk dari petempatan lain C Membuat tembok di sekeliling ladang D Menebus guna tanah 7. Ilustrasi berikut merupakan binaan yang wujud dalam tamadun Mesopotamia. B.Teks Ms 94 B.Teks Ms 94 B.Teks Ms 94 B.Teks Ms 95 Bahagian A Pilih jawapan yang paling tepat. Soalan 6: Mereka menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan bagi mengawal aliran air sungai.


57 Bab 7 NOTA Peningkatan Tamadun India dan China 7.1 Tamadun India Lokasi dan Perkembangannya 1. Tamadun India terletak di Lembah Ganges. 2. Kerajaan terbahagi kepada dua, iaitu kerajaan kecil (janapada) dan kerajaan besar (mahajanapada). 3. Magadha merupakan kuasa besar yang berkuasa dalam tamadun India. 4. Kedudukan Magadha yang strategik di Lembah Ganges membolehkannya menguasai laluan perdagangan di Sungai Ganges. 5. Kerajaan ini telah membawa perubahan politik dan menjadi asas kewujudan kerajaan lain dalam tamadun India. 6. Kerajaan lain ialah Dinasti Nanda, Maurya dan Gupta. Perluasan Kuasa dalam Tamadun India U Magadha S. Ganges TELUK CAMBAY TELUK BENGGALA S.Indus 1. Maksud perluasan kuasa ialah usaha sesebuah kerajaan untuk menguasai dan memperluas pengaruhnya. 2. Faktor perluasan kuasa: (a) Kekuatan tentera: • Pasukan tentera yang kuat penting untuk mempertahankan diri daripada musuh. (b) Dasar pemerintahan: • Raja mengetuai pemerintahan dan menentukan dasar perluasan kuasa. (c) Sumber manusia: • Sumber manusia yang mencukupi membolehkan kerajaan ditadbir dengan berkesan. (d) Diplomasi keagamaan: • Aspek keagamaan dan kemanusiaan penting dalam usaha memperluaskan kuasa. (e) Kewangan: • Pembiayaan kewangan yang mencukupi penting dalam usaha perluasaan kuasa. Bentuk Perluasan Kuasa 1. Fizikal: (a) Menguasai wilayah-wilayah lain. (b) Kekuatan tentera dan disiplin tentera memainkan peranan yang penting. (c) Negara yang ditakluki perlu mengakui taklukan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan yang menang. (d) Perluasan kuasa berbentuk fizikal berlaku semasa Dinasti Nanda, Dinasti Maurya dan Dinasti Gupta. (e) Gabungan kekuatan tentera dan dasar pemerintah membolehkan dinasti ini membentuk empayar. (f) Dinasti Nanda: • Perluasan kuasa merangkumi kekuatan tentera 20,000 kavalri, 200,000 infantri dan 3,000 tentera bergajah. • Empayarnya merangkumi Bengal (timur), Punjab (barat) dan wilayah Deccan. • Pataliputra sebagai pusat pemerintahan U Mathura Vidisha Pataliputra Pundravardhana TELUK CAMBAY TELUK BENGGALA Petunjuk: Dinasti Nanda (g) Dinasti Maurya: • Mempunyai kekuatan tentera iaitu 9,000 tentera bergajah, 30,000 kavalri dan 600,000 infantri. • Membentuk empayar yang luas semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka.


60TIP SOS 1. Di mana letaknya lokasi tamadun India? A Di sekitar Lembah Mekong B Di sekitar Lembah Ganges C Di sekitar Lembah Nubra D Di sekitar Lembah Pangi 2. Rajah berikut berkaitan dengan kerajaankerajaan yang wujud dalam Tamadun India. X Maurya Y Tamadun Indus X dan Y diwaliki oleh kerajaan I Nanda II Magadu III Nandri IV Gupta A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3. Kerajaan kecil dalam tamadun India dikenali sebagai janapada. Apakah maksud mahajanapada? A Gabungan kerajaan-kerajaan B Kerajaan berpusat C Kerajaan maharaja D Kerajaan besar 4. Apakah fungsi pasukan tentera selain daripada digunakan untuk meluaskan kuasa? A Melengkapkan senarai pekerjaan B Mengurangkan masalah pengangguran C Menunjukkan kekuatan oleh pemerintah D Mempertahankan negara dari serangan musuh 5. Pembentukan sesebuah empayar amat bergantung kepada A sumber kewangan kerajaan tersebut B jumlah kenderaan yang digunakan B.Teks Ms 140 B.Teks Ms 140 B.Teks Ms 140 B.Teks Ms 141 B.Teks Ms 142 C kemahiran peperangan yang dimiliki D perakuan yang diberikan oleh kerajaan yang kalah 6. Apakah faktor kejayaan utama perluasan kuasa tamadun India? I Kekuatan peralatan II Kekuatan ketenteraan III Disiplin pasukan tentera IV Kekuatan panglima tentera A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 7. Pernyataan berikut berkaitan dengan tamadun India. Penekanan kepada aspek X membolehkan nama Dinasti Maurya terutamanya Zaman Asoka terkenal di serata dunia. Aspek X yang dimaksudkan ialah A ketenteraan B kebajikan rakyat C keamanan negara D keagamaan 8. Peta di bawah merujuk kepada penyebaran agama Buddha. LAUTAN HINDI Pataliputra BACTRIA TARIM BASIN BURMA SRI LANKA ALEXANDRIA ATHENS ANTIOCH Siapakah yang menjadikan kaedah penyebaran agama sebagai satu cara penaklukan? A Chandragupta B Magadha C Maurya D Asoka B.Teks Ms 142 B.Teks Ms 144 B.Teks Ms 144 Bahagian A Pilih jawapan yang paling tepat. Soalan 7: Kehilangan banyak nyawa dan kemusnahan harta benda dalam Perang Kalinga telah menyedarkan Asoka untuk mengubah bentuk perluasan kuasanya.


65TIP SOS (b) Jelaskan pendidikan tinggi dalam sistem pendidikan tamadun China. [3 markah] (c) Sistem peperiksaan dalam tamadun China dijalankan dengan kawalan yang ketat. Pada pandangan anda, adakah wajar sistem peperiksaan ini digunakan dalam sistem pendidikan negara kita? Beri hujah anda. KBAT Menilai [4 markah] Bahagian C Jawab semua soalan. 1. (a) Jelaskan faktor perluasan kuasa tamadun India. [6 markah] (b) Terangkan peluasan kuasa yang dilakukan oleh Dinasti Maurya. [6 markah] (c) Mengapakah perluasan kuasa oleh kuasa-kuasa besar dunia perlu dihalang? Beri penjelasan anda. KBAT Mengaplikasi [8 markah] 2. Sistem pemilihan pegawai perkhidmatan awam telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan tamadun China semasa pemerintahan Dinasti Han. (a) Apakah matlamat sistem pendidikan tamadun China? [4 markah] (b) Huraikan sistem peperiksaan perkhidmatan awam dalam tamadun China. [8 markah] (c) Petikan berikut merujuk kepada kepentingan pendidikan. Melalui pendidikan, sesebuah negara mampu bangkit menjadi lebih hebat, lebih maju. Malah mampu menguasai dunia. Pada permulaannya, kuasailah pengetahuan untuk memajukan diri, keluarga, komuniti dan negara. Tiada apa yang mendatangkan kerugian melalui ilmu pengetahuan. Sumber: https://bkupm.upm.edu.my/artikel/kepentingan_pendidikan-63372 Mengapakah pendidikan penting dalam pembangunan sesebuah bangsa dan negara? KBAT Mengaplikasi [8 markah] B.Teks Ms 141 B.Teks Ms 149 – 151 Soalan 2(c): • Menjadikan seseorang berilmu pengetahuan. • Meningkatkan status sosial. • Membaiki taraf hidup. • Membawa pembangunan.


77 Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 1 BAHAGIAN A [20 markah] Pilih jawapan yang tepat. 1. Istilah berikut berkaitan dengan maksud Sejarah dalam bahasa Melayu, kecuali A riwayat B asal usul C salasilah D penyelidikan 2. Siapakah sejarawan yang memberikan pengertian Sejarah berikut? Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan yang berlaku pada sifatsifat masyarakat itu. A E.H.Carr B Herodotus C Ibn Khaldun D Khoo Kay Kim 3. Arkeokogi bawah air merupakan salah satu kajian saintifik tentang Sejarah peninggalan manusia. Antara berikut, manakah penyelidikan yang melibatkan keadah tersebut? A Rangka manusia atas bukit B Alat gangsa dalam gua C Lukisan dalam gua D Artifak kapal laut 4. Roda dan tulisan kuneiform dipercayai dicipta kira-kira 5,000 tahun pada Zaman A Miosen B Pliosen C Holosen D Pleistosen 5. Suhu merupakan ciri utama dalam Zaman Air Batu Akhir. Apakah perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu Akhir? I Penurunan suhu bumi II Kenaikan suhu bumi III Kecairan air batu IV Penurunan paras air laut A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 6. Peralatan berikut dihasilkan oleh manusia Zaman Prasejarah. • Kapak besi bersoket • Tulang mawas • Pisau bersoket Peralatan tersebut dihasilkan pada A Zaman Paleolitik B Zaman Mesolitik C Zaman Neolitik D Zaman Logam 7. Maklumat berikut berkaitan dengan Zaman Prasejarah dunia. Penemuan lukisan dalam Gua Chauvet, Perancis. Apakah kesimpulan hasil penemuan tersebut? A Kaitan dengan upacara ritual B Kaitan dengan ritual pengebumian C Penglibatan aktiviti memburu binatang D Penemuan rangka manusia Zaman Prasejarah


79 III Pembukaan Laluan Sutera sebagai laluan perdagangan IV Melaksanakan sistem pemilihan pegawai perkhidmatan awam A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 18. Mengapakah sistem peperiksaan menjadi komponen penting dalam sistem pendidikan masyarakat China? A Boleh meningkatkan taraf sosial B Menjamin keselamatan diri C Dilantik menjadi pemimpin D Mengukuhkan ekonomi 19. Pilih padanan yang betul berkaitan dengan agama yang dianuti oleh masyarakat jahiliah di Semenanjung Arab. Agama Keterangan A Majusi Menyembah api B Wathani Ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS C Hunafa’ Menyembah berhala D Nasrani Percaya kepada roh dan kuasa ghaib 20. Apakah sumbangan utama Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam sejarah Islam? I Melantik gabenor II Membukukan al-Quran III Memerangan golongan murtad IV Semakin ramai yang memeluk Islam A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV BAHAGIAN B [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Kamus Dewan mendefinisikan sejarah sebagai peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau. (a) Apakah maksud sejarah mengikut pandangan sejarawan berikut: (i) Herodotus (ii) Ibn Khaldun [2 markah] (b) Apakah kepentingan mempelajari sejarah? [4 markah]


82 BAHAGIAN C [20 markah] Jawab satu soalan. 5. Tamadun boleh ditakrifkan sebagai satu pencapaian oleh manusia dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perdagangan, pemerintahan, pembentukan bandar, pengkhususan pekerjaan, teknologi dan sebagainya. (a) Jelaskan maksud tamadun dalam: (i) bahasa Yunani [2 markah] (ii) bahasa Arab [2 markah] (b) Manusia pada zaman tamadun awal mempunyai kemahiran dalam pembentukan bandar. Jelaskan pernyataan tersebut. [8 markah] (c) Pada pandangan anda, apakah iktibar yang diperoleh dari perkembangan tamadun awal? [8 markah] 6. Tamadun Rom merupakan kesinambungan daripada tamadun Yunani dan sangat terkenal dalam bidang seni bina. (a) Apakah faktor yang membantu perkembangan kegiatan seni bina tamadun Rom? [6 markah] (b) Jelaskan binaan berikut: (i) Colosseum [3 markah] (ii) Akueduk [3 markah] (c) Malaysia turut mempunyai seni bina menarik yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Jelaskan kepentingan pengekalan seni bina ini kepada negara. [8 markah]


89 BAB 1 Bahagian A 1. D 2. B 3. A 4. A 5. A 6. B 7. B 8. C 9. C 10. B 11. C 12. D 13. C 14. A 15. B 16. C 17. C 18. D 19. B 20. A Bahagian B 1. (a) F1 – Asal usul (keturunan), salasilah. (1m) F2 – Perkara yang benar-benar berlaku pada masa lampau. (1m) F3 – Kajian tentang peristiwa lalu. (1m) (b) F1 – Sumber yang pelbagai. (1m) F2 – Perbezaan pandangan. (1m) F3 – Perbezaan ideologi. (1m) F4 – Tujuan penulisan. (1m) (c) F1 – Mengenal asal usul bangsa dan negara. (1m) F2 – Mengambil iktibar/ pengajaran daripada peristiwa sejarah. (1m) F3 – Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. (1m) F4 – Mengukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum. (1m) F5 – Membangunkan negara dan bangsa. (1m) F6 – Mengaplikasikan kemahiran pemikiran Sejarah. (1m) (Mana-mana jawapan yang munasabah) (Mak: 4m) 2. (a) F1 – Rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur. (1m) F2 – Mengikut urutan masa dari awal hingga akhir. (1m) F3 – Bergerak mengikut satu garisan lurus. (1m) (b) (i) F1 – 10 tahun (1m) (ii) F1 – 100 tahun (1m) (iii) F1 – 1000 tahun (1m) (c) F1 – Memudahkan sejarawan membuat penulisan sejarah. (1m) H1 – Penulisan dalam sejarah dibahagikan mengikut tema tertentu seperti politik, ekonomi dan sosial. (1m) F2 – Memudahkan sejarawan melakukan penyelidikan. (1m) C2 – Sejarah Malaysia dibahagikan kepada era Kesultanan Melayu Melaka, kemunculan kuasa luar dan kemerdekaan negara. (1m) (Mana-mana jawapan yang munasabah) (Mak: 4m) 3. (a) F1 – Sumber yang belum diolah/ diterbitkan. (1m) F2 – Sumber ini bersifat asli. (1m) F3 – Sumber yang belum ditafsir. (1m) C3 – Fosil/ artifak/ batu bersurat/ manuskrip/ dokumen rasmi/ surat peribadi/ diari. (1m) (b) F1 – Artifak berkaitan peralatan ciptaan manusia yang digunakan untuk perburuan, pertanian dan perdagangan. (1m) F2 – Berdasarkan sumber, sejarawan boleh mengetahui kegiatan seharian dan cara hidup manusia zaman tersebut. (1m) F3 – Kandungan dalam ensiklopedia diambil dari sumber sejarah yang sahih. (1m) C3 – The Encyclopedia of Malaysia (1m) (c) F1 – Berasa bangga kerana negara dan bangsa mempunyai sejarah tersediri yang perlu diketahui oleh generasi hari ini. (1m) F2 – Menghargai segala warisan bangsa yang ada. (1m) F3 – Membuktikan kebijaksanaan masyarakat silam di negara ini. (1m) F4 – Mampu menaikan semangat jati diri rakyat negara ini. (1m) F5 – Menjadi panduan kepada generasi hari ini. (1m) (Mana-mana jawapan yang munasabah) (Mak: 4m) 4. (a) F1 – Maklumat yang diperoleh daripada sumber yang dipahat atau ditulis. (1m) F2 – Terdapat di dinding gua, dipahat pada batu atau ditulis pada kulit kayu. (1m) F3 – Juga catatan harian seseorang. (1m) (b) F1 – Tahap persediaan. (1m) F2 – Tahap rakaman dan temu bual. (1m) F3 – Tahap memproses rakaman. (1m) Jawapan Bab 1


90 (c) F1 – Mengkaji peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai, atau tasik. (1m) F2 – Mengkaji kapal dagang yang tenggelam di dasar laut. (1m) F3 – Melindungi warisan bawah air. (1m) F4 – Memastikan setiap bahan sejarah boleh dikaji dengan pelbagai kaedah. (1m) (Mana-mana jawapan yang munasabah) (Mak: 4m) Bahagian C 1. (a) (i) F1 – Berkait dengan tindakan manusia yang penting dan mengagumkan. (1m) H1 – Sebab berlakunya sesuatu perkara. (1m) F2 – Perkataan ‘historia’. (1m) H2 – Penyelidikan tentang peristiwa silam mahupun sezaman. (1m) (ii) F1 – Merujuk pada apa-apa yang pernah berlaku atau sudah berlaku. (1m) F2 – Memahami apa yang berlaku pada masa kini. (1m) H2 – Agar kesilapan masa lalu tidak diulang. (1m) F3 – Ibu pada semua bidang. (1m) (Mak: 6m) (b) F1 – Mengenal pasti sumber sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi. (1m) H1a – Sumber sejarah negara kita terdapat di Portugal dan Belanda. (1m) H1b – Sumber ditulis dalam Bahasa Cina, Sanskrit, dan Bahasa Inggeris. (1m) F2 – Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut. (1m) H2 – Sumber boleh didapati di muzium, arkib atau perpustakaan. (1m) F3 – Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh. (1m) H3a – Bahan harus dikumpulkan di sesuatu tempat. (1m) H3b – Bahan harus dicatat bagi memudahkan penyelidik membuat rujukan. (1m) F4 – Menggunakan peralatan yang sesuai. (1m) H4a – Peralatan seperti komputer untuk menganalisis data. (1m) F5 – Menganalisis. (1m) H5 – Sejarawan perlu mengupas dan menjelaskan penentangan yang wujud pada kajian lepas terhadap peristiwa yang sama. (1m) (Mak: 6m) (c) F1 – Kaedah saintifik untuk mencari maklumat sejarah dari bahan tinggalan sejarah. (1m) F2 – Bahan tinggalan sejarah yang diperoleh dari kaedah cari gali ialah fosil, tembikar, bahan logam. (1m) F3 – Mendapat pengiktirafan dari UNESCO. (1m) C3 – Bandraya Melaka diiktiraf Bandaraya Bersejarah/ Georgetown (Pulau Pinang). (1m) F4 – Memperkenalkan warisan negara kita kepada pihak luar. (1m) H4a – Menarik kedatangan pelancong ke negara kita. (1m) H4b – Memperkenalkan budaya kita kepada negara luar. (1m) F5 – Menjadi satu sumber sejarah yang sahih dan diperlihatkan kepada umum. (1m) (Mana-mana jawapan yang munasabah) (Mak: 8m) 2. (a) F1 – Tafsiran dalam sejarah ialah mengulas sesuatu fakta sejarah. (1m) H1 – Berdasarkan sumber yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa sejarah. (1m) F2 – Menggalakkan penggunaan pelbagai sumber sejarah. (1m) H2 – Kajian yang dihasilkan mempunyai bukti kukuh. (1m) F3 – Penilaian yang berbeza pada sesuatu peristiwa sejarah. (1m) H3a – Penggunaan sumber yang berbeza. (1m) H3b – Perbezaan ideologi. (1m) F4 – Menggalakkan pemikiran terbuka dalam mengkaji sesuatu peristiwa sejarah. (1m) (Mak: 6m) (b) F1 – Sumber yang pelbagai. (1m) H1 – Terdiri dari sumber lisan, sumber bertulis, arkeologi. (1m) F2 – Perbezaan pandangan. (1m) H2 – Setiap sejarawan mempunyai pendapat masing-masing serta penilaian yang berbeza. (1m) F3 – Perbezaan ideologi (1m) H3 – Setiap sejarawan melihat peristiwa sejarah berdasarkan ideologi yang dipegang. (1m) F4 – Tujuan penulisan yang berbeza. (1m) H4 – Bergantung sama ada sejarawan tersebut untuk tulisan ilmiah atau propaganda. (1m) (Mak: 6m) Bab 1


Click to View FlipBook Version