Mesti Tahu iii – x Bab 1 Morfologi 1 – 18 Nota 1 Latihan 1 – 16 3 Bab 2 Sintaksis 19 – 38 Nota 19 Latihan 1 – 16 23 Bab 3 Penyuntingan 39 – 67 Nota 39 Latihan 1 – 15 41 Bab 4 Bahasa Melayu Standard 68 – 85 Nota 68 Latihan 1 – 16 70 Bab 5 Peribahasa 86 – 95 Nota 86 Latihan 1 – 14 87 Pentaksiran 1 96 – 100 Pentaksiran 2 101 – 104 Pentaksiran 3 105 – 109 Jawapan 110 – 126 Kandungan
Mesti TAHU Fakta Penting Morfologi (Bab 1) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Morfologi (Bab 1) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Morfologi (Bab 1) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Morfologi (Bab 1) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Morfologi (Bab 1) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Morfologi (Bab 1) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Bentuk Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Tugas Kata Adjektif Kata Tunggal dan Kata Majmuk 1. Kata kerja terbahagi kepada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. 2. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek atau penyambut untuk melengkapkan maksudnya. 3. Objek bagi kata kerja transitif mestilah terdiri daripada frasa nama. 4. Kata kerja transitif terdiri daripada: (a) Kata kerja transitif aktif (b) Kata kerja transitif pasif 5. Kata kerja tak transitif tidak memerlukan penyambut untuk menyempurnakan ayat. 6. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada: (a) Kata kerja tak transitif berpelengkap (b) Kata kerja transitif tanpa pelengkap 1. Kata tugas terdiri daripada: (a) Kata Penyambung Ayat/ Kata Hubung (i) Kata Hubung Gabungan (ii) Kata Hubung Berpasangan (iii) Kata Hubung Pancangan (b) Kata Praklausa (i) Kata seru (ii) Kata tanya (iii) Kata perintah (iv) Kata pembenar (v) Kata pangkal ayat (c) Kata Prafrasa (i) Kata bantu (v) Kata pemeri (ii) Kata penguat (vi) Kata sendi nama (iii) Kata nafi (vii) Kata arah (iv) Kata penegas (viii) Kata bilangan Kata adjektif terdiri daripada sembilan jenis. 1. Bentuk kata terdiri daripada: Golongan Kata 2. Golongan kata terdiri daripada: • Kata nama • Kata kerja • Kata adjektif • Kata tugas Kata nama terdiri daripada: Kata tunggal Kata ganda Kata terbitan Kata majmuk Bentuk Kata Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Nama Am Hidup Kata Nama Am Tak Hidup Kata Nama Khas Hidup Kata Nama Khas Tak Hidup Kata Nama Sifatan/ keadaan Kata Adjektif Ukuran Waktu Cara Perasaan Perasaan Jarak Warna Pancaindera Kata Tunggal Kata Majmuk Satu suku kata Contoh: yu, am, bah, stor Kata nama majmuk Contoh: jalan raya, guru besar, kertas kerja, cermin mata, buku tulis, botol air, susu pekat manis Dua suku kata Contoh: ubat, inti, anjung, bawang, lupa, cawan, bantu Tiga suku kata Contoh: asrama, dewasa, gaharu, ceramah, belanja, telefon Kata kerja majmuk Contoh: ambil alih, tunjuk ajar, kenal pasti, kuat kuasa Empat suku kata atau lebih Contoh: bendahara, matahari, muzakarah, sentimeter, matematik, universiti, maharajalela Kata adjektif majmuk Contoh: biru laut, hijau daun, kelabu asap, merah jambu, muda remaja Akronim Contoh: ASEAN, PROTON
Mesti TAHU Fakta Penting Sintaksis (Bab 2) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Sintaksis (Bab 2) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Sintaksis (Bab 2) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Sintaksis (Bab 2) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Sintaksis (Bab 2) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Sintaksis (Bab 2) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. 5. Pendepanan sebahagian daripada predikat dibahagikan kepada: Pendepanan Sebahagian Predikat Pendepanan frasa kerja Penyanyi itu menguruskan perniagaan secara dalam talian. Menguruskan perniagaan penyanyi itu secara dalam talian. Pendepanan frasa adjektif Murid prasekolah itu pandai menari. Pandai murid prasekolah itu menari. Pendepanan frasa sendi nama Guru menyerahkan slip keputusan kepada abang. Kepada abang guru menyerahkan slip keputusan. Ragam Ayat 1. Ragam ayat terbahagi kepada ayat aktif dan ayat pasif. 2. Ayat aktif mengutamakan kata kerja sebagai judul. 3. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. 7. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua ialah kata kerja yang tidak boleh menerima imbuhan pasif di-. Kata ganti diri pertama dan kedua Aku, saya, engkau, awak, anda, kami, kita Rumah itu saya sewa. Ayat Majmuk 1. Ayat majmuk terbahagi kepada ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. 2. Penggabungan ayat menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil dan kemudian. Rian mendengar muzik sambil makan. Tina berjalan dan bersenam. 3. Semasa proses menggabungkan ayat, subjek atau predikat yang sama perlulah digugurkan. 8. Kata hubung pancangan relatif hadir dalam ayat majmuk pancangan relatif dan kata hubung pancangan komplemen hadir dalam ayat majmuk pancangan komplemen. 9. Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil keterangan kepada predikat. Zulkarnain begitu baik kerana dia telah membantu rakannya dalam kesusahan. Ayat Majmuk Pasif 1. Ayat majmuk pasif terdiri daripada: (a) Ayat majmuk pasif gabungan (b) Ayat majmuk pasif relatif (c) Ayat majmuk pasif komplemen (d) Ayat majmuk pasif keterangan 4. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif (KKT) yang diikuti oleh frasa nama dan objek sebagai penyambutnya. Subjek KKT Objek Wani menaip tugasannya pada pagi itu. 5. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif dan tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Contohnya: Ali mendaki semasa hujan lebat. Ali mendaki. 6. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif mengandungi ayat kata kerja pasif di- dan ter-. Botol itu dibeli oleh Khalid. Kata kerja pasif diBola itu terkena muka adik. Kata kerja pasif ter4. Ayat majmuk pancangan ialah ayat dalam binaan ayat majmuk yang berfungsi sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut. 5. Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada: (a) Ayat majmuk pancangan relatif (b) Ayat majmuk pancangan komplemen (c) Ayat majmuk pancangan keterangan 6. Ayat majmuk relatif dikenali dengan penggunaan perkataan yang. Nazri merupakan anak yang baik 7. Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat dalam binaan ayat majmuk yang berfungsi sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut. Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa semua rakyat perlu mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian COVID-19. 2. Ayat majmuk pasif boleh dipasifkan jika mengandungi kata kerja transitif. Ayat Majmuk Gabungan Aktif: Irfan mencipta lagu dan Huzairi bermain muzik. Pasif: Lagu dicipta oleh Irfan dan muzik dimain oleh Huzairi. Ayat Majmuk Relatif Aktif: Lili menunggang motosikal yang baharu. Pasif: Motosikal yang baharu ditunggang oleh Lili. Ayat Majmuk Komplemen Aktif: Ina memberitahu adiknya bahawa dia berjaya dalam temu duga. Pasif: Bahawa dia berjaya dalam temu duga adik diberitahu oleh Ina.
MESTI TAHU Fakta Penting Peribahasa (Bab 5) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Peribahasa (Bab 5) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Peribahasa (Bab 5) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Peribahasa (Bab 5) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Peribahasa (Bab 5) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Peribahasa (Bab 5) @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Contoh peribahasa yang sesuai digunakan semasa menulis karangan. Bidalan Maksud Beri betis hendakkan paha Sikap orang yang tamak, diberikan sedikit hendakkan lebih. Biar lambat asal selamat Membuat sesuatu pekerjaan biarlah teliti dan cermat. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut Tahu menyimpan rahsia. Buangkan yang keruh, ambil yang jernih Berdamai dan melupakan perbalahan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan. Cicir dipungut, hilang dicari Jangan melakukan pembaziran. Contoh peribahasa yang sesuai digunakan semasa menulis karangan. Pepatah Maksud Air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam Sangat sedih. Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan Perkara yang kecil dibesar-besarkan. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Membuat sesuatu pekerjaan, biarlah bersungguh-sungguh sehingga menampakkan hasil. Besar periuk, besarlah keraknya Banyak pendapatan banyak pula belanjanya. Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk Perantau pulang ke tempat asalnya. Contoh peribahasa yang sesuai digunakan semasa menulis karangan. Perumpamaan Pepatah Bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berserakan Kita mestilah berhati-hati dalam menyelesaikan masalah yang rumit dan sensitif. Laksana pohon kayu tidak berbuah Seseorang yang berilmu tetapi tidak menggunakannya. Seperti cacing kepanasan Selalu gelisah. Seperti katak di bawah tempurung Seseorang yang tidak banyak pengetahuan tentang dunia luar. Contoh peribahasa yang sesuai digunakan semasa menulis karangan. Bidalan Maksud Jalan di tepi-tepi, benang orang jangan dipijak Jaga budi bahasa dan tingkah laku apabila berada di perantauan. Jangan menumbuk di periuk, menanak di lesung Jangan membuat kerja yang salah tempatnya. Lempar batu sembunyi tangan Berpura-pura tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan. Marahkan nyamuk kelambu dibakar Tindakan terburu-buru yang akhirnya merugikan diri sendiri. Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi Setelah lama bersusah payah, akhirnya tercapai juga cita-cita. Contoh peribahasa yang sesuai digunakan semasa menulis karangan. Pepatah Maksud Daging gajah sama dilapah, daging tuma sama dicecah Pembahagian yang sama banyak. Harapkan pegar, pegar makan padi Menaruh kepercayaan kepada seseorang yang akhirnya membinasakan diri sendiri. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya Tanpa usaha, sesuatu kejayaan itu tidak akan datang sendiri. Lain padang, lain belalang Keadaan yang tidak sama di sesuatu tempat; sesuatu masa. Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri Menceritakan aib keluarga, diri sendiri yang dapat malu. Membantu murid memahami teks Meningkatkan kemahiran berbahasa Kepentingan Menguasai Peribahasa Melayu Digunakan dalam menulis karangan (layak mendapat markah cemerlang) Supaya dapat menguasai Soalan 5, Kertas 2, Bahasa Melayu
1 Bab 1 Morfologi Morfologi 1. Dalam peperiksaan Bahasa Melayu, soalan morfologi akan ditanya pada Kertas 2, Bahagian A, Sistem dan Aplikasi Bahasa. 2. Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan. (a) Contoh kata tunggal yang tidak menerima sebarang imbuhan, iaitu ini, itu, sini dan sana. (b) Akronim juga tergolong dalam jenis kata tunggal. Contoh akronim adalah seperti yang berikut. Tabika Taman bimbingan kanak-kanak Bernama Berita Nasional Malaysia Petronas Petroleum Nasional 3. Kata terbitan pula ialah perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu imbuhan + kata dasar. Pengimbuhan ini yang disebut sebagai kata terbitan. (a) Awalan kata nama Contoh: Penyodok, pemberita, penduduk, jururawat, mahasiswa, tatacara, prasekolah, ekabahasa, dwibahasa (b) Awalan kata kerja Contoh: Membawa, mendidik, menggubah, mengetuk, memperkecil, bermain, belajar, terambil, dibungkus (c) Awalan kata adjektif Contoh: Terbesar, terputih, termanis, teruncing, teringan, secantik, sehitam, senipis, seberat, seindah (d) Akhiran kata nama Contoh: Bantuan, ukiran, angkasawan, budiman, seniwati, profesionalisme, hadirin, hadirat, qariah, solehah (e) Akhiran kata kerja Contoh: Belikan, susunkan, dengarkan, hormati, masuki, ikuti (f) Apitan kata nama Contoh: Pekerjaan, pembangunan, pentadbiran, pengehadan, pekarangan, permainan, pelajaran, kegemaran (g) Apitan kata kerja Contoh: Meluahkan, menarikan, mendermakan, memberikan, menggondolkan, mengesahkan, memasuki, mencurigai, membasahi, mengairi, beralaskan, berdekatan, digerakkan (h) Apitan kata adjektif Contoh: Kearaban, kemelayuan, kecinaan (i) Imbuhan sisipan Contoh: Cerucuk, celoreng, gerigi, gementar, keruping, kelangkang, kemuning, telunjuk 4. Kata majmuk ialah gabungan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Biasanya, kata majmuk dieja terpisah. (a) Contoh kata majmuk: Susu pekat manis, balai raya, urus setia, kuat kuasa, kuning langsat (b) Ada juga kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan walaupun sebenarnya perkataan tersebut mengandungi dua kata dasar. (i) Bentuk yang telah mantap Contoh: Kakitangan, setiausaha, matahari, tandatangan, bumiputera, jawatankuasa, warganegara (ii) Penggandaan kata majmuk lazimnya melibatkan perkataan pertama sahaja Contoh: Ketua-ketua Jabatan, buku-buku nota, cermin-cermin mata, pasu-pasu bunga, beg-beg tangan (iii) Pengimbuhan kata majmuk Contoh: Tambah seri – bertambah seri, daya serap – daya serapan, satu padu – menyatupadukan, urus niaga – diurusniagakan 5. Kata ganda ialah proses yang melibatkan penggandaan kata dasar. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. (a) Penggandaan penuh Contoh: Rantai-rantai, cerdik-cerdik, pembacapembaca, jualan-jualan, tulisan-tulisan, kehendak-kehendak, perlumbaan-perlumbaan (b) Penggandaan separa Contoh: Lelaki, lelangit, pepohon, rerambut, sesiku, jejari, kekura, berlari-lari, sekecil- kecil, berturut-turut, sayang-menyayangi, bantumembantu (c) Penggandaan berentak Contoh: Comot-momot, kuih-muih, lauk-pauk, lintang-pukang, rempah-ratus, sayur-mayur, hingar-bingar, bengkang-bengkok, titik-bengik, lintang-pukang, saudara-mara NOTA RINGKAS
7 7 7TIP SOS Apakah kata dasar? • Kata dasar ialah perkataan yang boleh berdiri dengan sendiri. • Kata dasar juga boleh menerima imbuhan. • Contohnya: lari - berlari, kerja - bekerja, masak - memasak, tolong - menolong, jerit - menjerit Latihan 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan perkataan bergaris kepada kata dasar. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Ibu bapa berperanan menerapkan nilai mulia kepada anak mereka bagi mengelak anak-anak terbabit dengan kegiatan jenayah pada masa depan. Sebarang bentuk pencegahan jenayah bukan sahaja tanggungjawab kerajaan mahupun polis, tetapi memerlukan penyertaan ibu bapa. Pada masa sama, amat penting ibu bapa memelihara nilai mulia dalam kalangan anak mereka untuk mengelakkan anak-anak terbabit dalam kegiatan jenayah kerana jenayah boleh menjadi penyakit sosial yang terus membarah dalam kalangan masyarakat. Untuk mencapai aspirasi itu, kita perlu kembali kepada dasar utama dengan memupuk, mendidik dan mendisiplinkan anak supaya dapat melahirkan insan yang lebih prihatin dan bertanggungjawab. (i) Perkataan Ayat (ii) Perkataan Ayat (iii) Perkataan Ayat (iv) Perkataan Ayat (v) Perkataan Ayat (vi) Perkataan Ayat
11 11 11TIP SOS Jenis kata ganda adalah seperti yang berikut. Kata Ganda Penuh Kata Ganda Separa Kata Ganda Berimbuhan Kata Ganda Berentak Buku-buku Jejentik Tolong-menolong Sayur-mayur Meja-meja Lelangit Hormat-menghormati Gunung-ganang Latihan 9 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan enam kata ganda. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Anak-anak yang sedang mandi-manda di kolam itu lari lintang-pukang apabila mendengar bunyi letupan yang bertalu-talu seperti bunyi tembakan. Malah Rashid yang berbadan gemuk itu pun mampu mengheret tubuhnya pantas meninggalkan kolam itu. Ayah Rashid sudah berkali-kali mengingatkan mereka agar berhenti mandi di kolam yang berhampiran dengan hutan kecil itu. Tempat itu menjadi tumpuan para pemburu memburu binatang sejak sekian lama. Keadaan yang begitu ceria bertukar menjadi huru-hara lantaran semuanya lari lintang-pukang mencari tempat yang selamat. (i) Perkataan Ayat (ii) Perkataan Ayat (iii) Perkataan Ayat (iv) Perkataan Ayat (v) Perkataan Ayat (vi) Perkataan Ayat
19 Bab 2 Sintaksis Sintaksis 1. Sintaksis merupakan susunan kata dalam ayat seperti bentuk, struktur dan binaan ayat. Soalan sintaksis akan ditanya dalam peperiksaan SPM bahasa Melayu pada Kertas 2, Bahagian A, Sistem dan Aplikasi Bahasa. 2. Sintaksis merangkumi: Sintaksis Subjek dan predikat Ayat bersusunan biasa dan ayat bersusunan songsang Pola ayat Ayat pasif Ayat majmuk Jenisjenis ayat Ayat aktif Ayat tunggal (a) Subjek dan Predikat (i) Setiap ayat mengandungi subjek dan predikat. Ayat akan tergantung jika tidak mempunyai subjek dan predikat. (ii) Susunan ayat mestilah mengikut hukum D-M, iaitu DiterangkanMenerangkan. (iii) Setiap binaan bagi membentuk ayat terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan dan lebih dipanggil frasa. (iv) Dalam ayat tunggal, subjek hanya terdiri daripada frasa nama. (v) Subjek ialah unsur yang diterangkan (D). Subjek berada di hadapan ayat, dalam ayat bersusunan biasa. (vi) Subjek juga boleh berfungsi sebagai kata nama tunggal atau frasa nama dalam ayat. (vii) Predikat pula merupakan unsur yang menerangkan (M) subjek. Predikat berada selepas frasa subjek dalam ayat bersusunan biasa. (viii) Predikat dalam ayat tunggal pula boleh terdiri daripada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) atau frasa sendi nama (FSN). (ix) Contohnya; Subjek Predikat Buku itu amat tebal. (FA) (b) Ayat Bersusunan Biasa (i) Pengucapan yang memiliki makna yang lengkap dipanggil ayat. (ii) Ayat bersusunan biasa mempunyai subjek dan predikat dalam satu ayat. (iii) Ayat susunan biasa merangkumi frasa subjek mendahului frasa predikat. (iv) Contohnya; Subjek Predikat Ayah memandu kereta ke pejabat. (FK) (c) Ayat Bersusunan Songsang (i) Ayat bersusunan songsang merupakan ayat susunan terbalik. (ii) Ayat bersusunan songsang merangkumi susunan frasa predikat mendahului frasa subjek. (iii) Predikat dalam susunan ayat telah bertukar kedudukannya dengan subjek, iaitu predikat mendahului subjek. Predikat Subjek Memandu kereta ke pejabat ayah. (iv) Ayat bersusunan songsang mengalami dua proses pendepanan, iaitu pendepanan seluruh predikat dan pendepanan sebahagian daripada predikat. (v) Pendepanan seluruh frasa predikat boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu pendepanan frasa kerja, pendepanan frasa adjektif dan pendepanan frasa sendi nama. (vi) Pendepanan frasa kerja hanya melibatkan kata kerja sahaja, iaitu kata kerja dengan objek, kata kerja dengan kata bantu dan unsur keterangan dalam frasa kerja. NOTA RINGKAS
23 Latihan 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Mereka menangkap ikan haruan dan puyu di bendang semasa zaman kanak-kanak. Sepanjang malam, mereka menilik ikan peliharaan tersebut dengan harapan esok akan turun ke bendang lagi. Kanak-kanak zaman dahulu memeriahkan bendang dengan pelbagai aktiviti. Penduduk Kampung Teluk Batu, Lenggong memeriahkan petak sawah yang terbiar dengan aktiviti yang bermanfaat. Mereka menganjurkan pesta di bendang sempena cuti Hari Malaysia untuk menarik lebih banyak orang datang. Penduduk mengetengahkan sukan bendang dalam kalangan anak muda memandangkan mereka gemar menghabiskan masa dengan telefon pintar. Anak-anak muda membersihkan kawasan bendang dengan membuang rumput dan jerami. Mereka menggunakan media sosial bagi menarik kehadiran penduduk kampung dan masyarakat sekitar. Pengunjung membanjiri jalan dan tali air bagi merasai pengalaman bermain sukan bendang. Dipetik dan diubah suai daripada Nostalgia Gelak Tawa Sukan Bendang Oleh Ahmad Safar Arman Majalah Dewan Budaya, Bil. 12/2020 (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) 23 23TIP SOS Ayat aktif dan kata ganti nama diri ketiga. • Ayat aktif mempunyai kata kerja transitif. • Ayat aktif diikuti oleh frasa nama dan objek sebagai penyambut ayat. • Kata ganti nama diri ketiga (mereka, penduduk kampung, anak-anak muda) perlu dipasifkan menggunakan di…oleh. Latihan Intensif
30 3030 30TIP SOS Cerakinkan ayat: • Cerakin bermaksud pisahkan atau memisahkan ayat • Jadikan ayat agar mempunyai satu subjek dan satu predikat untuk membentuk ayat tunggal • Gugurkan kata hubung yang digunakan dalam ayat Latihan 8 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, cerakinkan ayat majmuk di bawah ini kepada ayat tunggal tanpa mengubah susunan dan maksud ayat-ayat tersebut. Anda perlu menyalin semula ayat tersebut menjadi ayat tunggal. Span laut ialah organisma ringkas yang menghuni laut sejak jutaan tahun dahulu. Spesies ini tidak mempunyai simetri pada tubuh badannya atau sebarang tisu dan organ. Span laut mempunyai sel yang pelbagai jenis dan berlainan fungsi. Span laut juga bukanlah haiwan boleh bergerak tetapi kehidupannya ialah melekat di dasar laut. Namun begitu, terdapat beberapa spesies span laut yang boleh bergerak kurang dari satu milimeter sehari. Span laut mendapat nama filum Porifera kerana permukaan badan berlubang-lubang. Manakala, bahagian dalam badan span laut diselaputi oleh lapisan sel kolar dan dilapisi pula lender matriks. Kebanyakan span laut menghasilkan protein berserat atau duri kaca Spikul ketika berasa terancam. Penghasilan objek tersebut boleh menyukarkan pemangsa mengunyah span laut dan menghalau pemangsa menghampirinya. Dipetik dan diubah suai daripada Span Laut Haiwan Tidak Popular? Oleh Nursyazni Abdul Rahim Majalah Dewan Kosmik, Bil. 11/2020 Bil. Cerakinkan Ayat Majmuk (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix)
39 Bab 3 Penyuntingan Penyuntingan 1. Soalan penyuntingan akan ditanya pada Kertas 2, Bahagian A, Sistem dan Aplikasi Bahasa dalam peperiksaan SPM Bahasa Melayu. Soalan ini akan ditanya pada soalan tiga. 2. Kesalahan bahasa ialah kesalahan yang terdapat dalam penggunaan ayat. Kesalahan bahasa ini perlu disunting. Antara kesalahan yang perlu disunting adalah seperti yang berikut. Penyuntingan Kesalahan ejaan Kesalahan imbuhan Kesalahan tanda baca Kesalahan frasa Kesalahan istilah 3. Baca petikan dengan teliti dan gariskan perkataan yang mempunyai kesalahan bahasa serta senaraikan kesalahan mengikut kehendak soalan. Jangan senaraikan lebih kesalahan bahasa atau kurang. (a) Kesalahan Ejaan (i) Kesalahan ejaan mengandungi kesalahan seperti: Kesalahan Ejaan Kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap Penggunaan kata sendi nama di- dan keKata nama khas Hukum DM Awalan di- dan keAkronim Penggunaan vokal a, e, i, o, u (ii) Kesalahan ejaan juga boleh didapati pada ejaan yang dipengaruhi oleh ejaan bahasa Melayu Lama seperti jemaah, kakanda, istirahat dan sebagainya. (iii) Kesalahan ejaan bagi kata majmuk, iaitu kereta api sewajarnya dieja dua patah perkataan. Berbeza dengan ejaan bagi kata majmuk yang telah mantap, iaitu dieja tanpa jarak antara keduaduanya seperti setiausaha, kakitangan dan sebagainya. (iv) Bagi ejaan akronim perkataan tersebut perlu dieja menggunakan huruf besar seperti FELDA, MARDI dan sebagainya. (v) Sebagai contohnya: Kenal pasti empat kesalahan ejaan dalam petikan di bawah. Kemudian, betulkan. Petikan Pembetulan Kesalahan Ejaan Program suntikan vaksin di malaysia berjaya mencapai sasaran 300 000 suntikkan setiap hari bagi menangani COVID19. (i) Malaysia (ii) suntikan (iii) COVID-19 (b) Kesalahan Tanda Baca (i) Kesalahan ejaan tanda baca melibatkan penggunaan tanda koma, tanda noktah, tanda soal, tanda seru, huruf besar, huruf kecil, pembuka kata dan penutup kata atau pengikat kata dan lain-lain. (ii) Jika satu perkataan bertemu dengan angka, tanda sempang (-) perlu digunakan bagi ejaan tersebut. Sebagai contohnya, ke-10, ke-112 dan sebagainya. (iii) Contohnya: Kenal pasti satu kesalahan tanda baca dalam ayat di bawah. Ayat Pembetulan Kesalahan Tanda Baca Pada majlis ulang tahun perkahwinannya yang ke13, Ahmad membawa keluarganya melancong ke luar negara. ke-13 (c) Kesalahan Imbuhan (i) Imbuhan atau kata terbitan merupakan kesalahan bahasa yang turut diuji. Kesalahan imbuhan terdiri daripada: NOTA RINGKAS
44 4444 44TIP SOS Kata terbitan dan frasa adjektif: • Kata terbitan merupakan proses penambahan imbuhan pada kata dasar. Oleh itu, murid perlu mengenal pasti kata dasar yang mempunyai kesalahan imbuhan • Frasa adjektif yang menggunakan kata penguat, tidak boleh hadir serentak dalam satu ayat Latihan 3 Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan kata terbitan manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan frasa adjektif. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Petikan 1 Jelapang ialah bangunan yang diperbuat daripada kayu menyerupai rumah bagi simpan padi. Setiap rumah pada zaman dahulu dipunyai jelapang padi sekiranya mereka mempunyai sawah padi. Setelah musim menuai, padi yang sudah terbersihkan dan dikeringkan akan disimpan di dalam jelapang. Ukuran jelapang bergantung kepada luas sawah yang dimiliki oleh sesebuah keluarga. Padi yang terhasil mempunyai tiga kegunaan. Pertama, padi akan ditumbuk atau dimesin untuk menjadi beras. Sebelum peralatan moden, iaitu mesin padi digunakan, penduduk akan mengguna lesung untuk menumbuk padi. Kedua, padi yang disimpan itu dari semasa ke semasa akan dijual untuk mendapatkan wang tunai. Ketiga, sebahagian kecil daripada padi tersebut diberikan kepada haiwan ternakan seperti ayam dan itik. Dipetik dan diubah suai daripada Semangat Padi Sudah Mati Oleh A. Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara 2011 Majalah Dewan Masyarakat, Bil. 11/2020 Petikan 2 Kajian yang dijalankan terhadap penduduk negara yang melanda COVID-19 seperti di China, Itali dan Amerika Syarikat mendapati kadar kemurungan sangat meningkat sekali. Individu yang dijangkiti wajib menjalani kuarantin sama ada di hospital, pusat kuarantin atau di rumah dalam tempoh tertentu. Kefahaman akibat penyakit COVID-19 ini amat rendah sekali dan tidak banyak diketahui oleh masyarakat. Kajian turut dijalankan terhadap rakyat Iran, Itali dan Sepanyol menunjukkan majoriti rakyat mengalami tekanan emosi akibat pandemik COVID-19. Pasukan petugas barisan hadapan mengalami diskriminasi yang paling amat teruk daripada masyarakat di sana dengan tidak membenarkan anak-anak mereka dihantar ke pusat asuhan dan sekolah kerana mempunyai kontak rapat. Golongan berusia mempunyai risiko yang tertinggi sekali berbanding dengan golongan muda untuk dijangkiti. Daya ketahanan diri mereka rendah dan sangat berisiko sekali jika mereka menghidap penyakit kronik. Dipetik dan diubah suai daripada Kesan COVID-19 Terhadap Kesihatan Mental Oleh Harmy Mohamed Yusoff Majalah Dewan Kosmik, Bil. 12/2020
45 45 45TIP SOS Ayat bersusunan biasa dan ayat bersusunan songsang: • Ayat bersusunan biasa ialah ayat yang didahului oleh subjek dan diikuti oleh predikat • Ayat bersusunan songsang ialah ayat yang didahului oleh predikat dan diikuti oleh subjek • Ayat bersusunan songsang juga dikenali sebagai ayat terbalik Bil. Petikan 1 Kesalahan Pembetulan (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Bil. Petikan 2 Kesalahan Pembetulan (i) (ii) (iii) (iv) (v)
68 Bab 4 Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Standard 1. Soalan bahasa Melayu Klasik kepada bahasa Melayu Standard merupakan soalan keempat dalam Bahagian A, Kertas 2, Bahagian Sistem dan Aplikasi Bahasa. 2. Ciri-ciri bahasa Melayu Klasik ialah: Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik Penggunaan ayat pasif dan ayat songsang dalam struktur ayat. Menggunakan kata pangkal ayat pada setiap permulaan ayat yang diulangulang seperti hatta, alkisah, sebermula, arakian, adapun dan sebagainya. Banyak menggunakan kata partikel -lah dan pun seperti jahitlah baju aku, cepatlah tinggi lagi dan Pak Kaduk pun pucatlah mukanya. Frasa dan ayat mempunyai pengaruh Arab, terutamanya dalam kitab-kitab klasik Melayu. Ayat yang panjang digunakan dalam penceritaan kerana penggunaan ayat majmuk. 3. Terdapat penggunaan bahasa istana dalam bahasa Melayu Klasik kerana banyak penceritaan berkaitan dengan asal usul negeri, kehebatan pemerintah setiap negeri dan penaklukan kawasan jajahan negeri. 4. Bahasa Melayu Klasik dipengaruhi oleh bahasa Arab kerana terdapat penggunaan bahasa Arab seperti Allah Taala, sabdanya dan wallahualam. 5. Bahasa istana yang digunakan tidak perlu ditukarkan kepada bahasa Melayu Standard. Calon perlu mengetahui bahasa istana yang terdapat dalam petikan, iaitu: Bahasa Istana Maksud Santap Makan Beradu Tidur Mangkat Meninggal dunia Gering Sakit Bersiram Mandi Bersemayam Duduk Murka Marah Berangkat Bertolak Inang Pengasuh Berkenan Suka/ Sudi Jemala Kepala Hari keputeraan Hari lahir Gering hulu Pening Bertitah Berkata Iram-iram Payung Mencemar duli Berjalan pergi ke Sembah Memberi salam Junjung kasih Terima kasih Merafak Mengangkat Mohon limpah Mohon izin 6. Penggunaan kata ganti diri dalam bahasa istana perlu dikekalkan. Sebagai contoh, beta, tuanku, baginda, patik dan tuan hamba. 7. Nama-nama watak dalam bahasa Melayu Klasik perlu dikekalkan mengikut petikan prosa. Tidak ada sebarang perubahan antara watak setelah ditukar kepada bahasa Melayu Standard. 8. Latar tempat perlu dikekalkan dalam bahasa Melayu Standard. Gelaran atau jawatan yang terdapat dalam bahasa Melayu Klasik juga perlu dikekalkan. Contohnya: Gelaran atau Jawatan Bendahara Laksamana Bendahara Paduka Raja Penghulu Bendahari Seri Bija Diraja 9. Kata pangkal ayat yang digunakan dalam bahasa Melayu Klasik perlu ditukarkan kepada penanda wacana yang digunakan dalam bahasa Melayu Standard. Kata Pangkal Ayat Bahasa Melayu Standard Maka Kemudian Arakian Sesudah itu lalu, dengan itu Syahadan Seterusnya, selanjutnya Sebermula Pembuka kata, kata permulaan bagi sesuatu cerita Hatta Selepas itu NOTA RINGKAS
70 Latihan 1 Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa kedep tembung laku. Syahadan negeri Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat demikian, bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.” Setelah sudah Kertala Sari berkata kata demikian itu, maka orang penyuruh daripada Patih Gajah Mada itu pun datanglah. Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti laku orang berkelahi. Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Kementerian Pendidikan Malaysia Latihan Intensif Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Standard Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa kedep tembung laku. Syahadan negeri Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat demikian, bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.” Setelah sudah Kertala Sari berkata-kata demikian itu, maka orang penyuruh daripada Patih Gajah Mada itu pun datanglah. Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti laku orang berkelahi. 7070 70TIP SOS Berikut ialah maksud perkataan bahasa Melayu Klasik yang ditukarkan kepada bahasa Melayu Standard. Bahasa Melayu Klasik Maksud Ceritera Cerita, kisah, riwayat Ratu Melaka Sultan Melaka Tembung Sejenis tongkat kayu yang digunakan sebagai senjata/ belantan Laku Perbuatan, perangai
74 Latihan 5 Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Sebermula adapun akan isteri saudagar itu, telah ia melihat kelakuan raja demikian itu maka katanya, “Hai Raja, kepada hati raja, hamba ini seperti perempuan yang lain itukah? Maka raja tiada tahu malu dan sopan kepada segala manusia dan tidak takut akan azab Allah Taala. Jikalau hamba mengerjakan pekerjaan yang demikian itu dan lagi tiada diperkenankan oleh Allah sebagai lagi tiada pada segala makhluk, muka yang mana hamba hendak pandangkan kepada orang, dan apalah jawab tatkala di Padang Mahsyar di hadapan penghulu hamba Yang Maha Mulia itu. Bahawa sesungguhnya pekerjaan itu akan masyhur juga akhirnya dan lagi apabila didengar oleh suami hamba, nescaya matilah hamba dibunuhnya.” Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun Dalam Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka 7474 74TIP SOS Berikut merupakan contoh Bahasa Melayu Klasik yang ditukarkan kepada Bahasa Melayu Standard. • Tiada diperkenankan oleh Allah – Tidak diredai oleh Allah • Pekerjaan itu akan masyhur juga – Perbuatan itu akan tersebar juga Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Standard Sebermula adapun akan isteri saudagar itu, telah ia melihat kelakuan raja demikian itu maka katanya, “Hai Raja, kepada hati raja, hamba ini seperti perempuan yang lain itukah? Maka raja tiada tahu malu dan sopan kepada segala manusia dan tidak takut akan azab Allah Taala. Jikalau hamba mengerjakan pekerjaan yang demikian itu dan lagi tiada diperkenankan oleh Allah sebagai lagi tiada pada segala makhluk, muka yang mana hamba hendak pandangkan kepada orang, dan apalah jawab tatkala di Padang Mahsyar di hadapan penghulu hamba Yang Maha Mulia itu. Bahawa sesungguhnya pekerjaan itu akan masyhur juga akhirnya dan lagi apabila didengar oleh suami hamba, nescaya matilah hamba dibunuhnya.”
96 Pentaksiran 1 Jawab semua soalan yang diberikan. [35 markah] Soalan 1 : Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja pasif. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Langkah kerajaan menggerakkan lebih awal imunisasi COVID-19 memberikan petunjuk positif kepada rakyat dan pelabur bahawa kerajaan serius dalam menjamin dan menjaga kesihatan serta keselamatan rakyatnya. Rakyat tidak harus ragu-ragu mengenai keselamatan vaksin COVID-19 yang digunakan. Pemilihan vaksin dibuat oleh pakar tempatan selepas semua data diteliti oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. Tambahan pula, semua bukti ujian klinikal telah melalui proses penilaian yang ketat dan semakan dari pelbagai aspek. Kegagalan menangani aspek ini boleh mendatangkan risiko kegagalan kepada Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19, sekali gus gagal merendahkan dan mengawal kadar jangkitan virus dalam negara. Justeru, jangkitan COVID-19 ini perlu dicegah oleh setiap lapisan masyarakat secara bersama-sama hingga ke akar umbi. Sumber: Internet [6 markah] (i) Perkataan Ayat (ii) Perkataan Ayat (iii) Perkataan Ayat
103 Soalan 3 : Penyuntingan Petikan di bawah mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sebelas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Isu bahasa rojak atau campuraduk bahasa Melayu-Inggeris mencetuskan kebimbangan banyak pihak termasuk saujana dan penggiat bahasa mengenai masa depan bahasa kebagsaan. Sikap berbahasa begini bukan sahaja memperlihat amalan berbahasa ini dilakukan dengan sembarang semata-mata tetapi telah melanggar peraturan linguiestik bahasa Melayu. Implikasinya, masyarakat di Malaysia tidak peduli tentang kejatian dan kemurnian bahasa Melayu. Murid di sekolah juga turut melibat dengan penggunaan bahasa rojak kerana penggunaan bahasa rojak tergunakan oleh semua lapisan masyarakat. Pelbagai midium digunakan dari pertuturan secara formal hinggalah di dalam penggunaan media sosial. Kelaziman ini ditakuti akan menyebabkan unsur bahasa itu akan hilang dan perbendaharaan kata sesetengah penutur menjadi terhad. Kemerosotan dan kepupusan yang berlaku pada bahasa Melayu kini adalah kerana masyarakat Malaysia sendiri yang tidak sayang akan bahasa dan tidak melestarikannya dalam kehidupan. Dipetik dan diubah suai daripada Bahasa Rojak Ancam Kelestarian Bahasa Melayu Oleh Irwan Hidayat Majalah Pendidik, Bil. 117/2017 [11 markah] Bil. Kesalahan Bahasa Kesalahan Pembetulan (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi)
110 BAB 1 Morfologi Latihan Intensif Latihan 1 Bil. Perkataan Ayat (i) generasi muda Generasi muda perlu sentiasa berdisiplin supaya mampu bersaing dalam apa-apa jua bidang yang diceburi. (ii) jati diri Pengisian program kebudayaan sangat penting bagi membentuk sahsiah dan jati diri belia masa ini. (iii) rumah ibadat Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan masjid, surau dan rumah ibadat dilarang menjalankan aktiviti keagamaan seperti biasa. Latihan 2 Bil. Perkataan Ayat (i) kerap Kampung itu kerap kali dilanda banjir. (ii) besar Baju yang dibeli oleh emak sangat besar dan tidak sesuai untuk adik. (iii) bahaya “Amri perlu menjalani pembedahan dengan segera jika tidak, nyawanya dalam bahaya,” kata Johan. (iv) kekal Tanda lahir seseorang biasanya kekal hingga dewasa. Latihan 3 Bil. Perkataan Ayat (i) rangkaian Isu yang sering dihadapi oleh pengguna ialah rangkaian Internet yang tidak stabil di beberapa kawasan. (ii) perubatan Doktor yang merawat ayah sedang meneliti laporan perubatan yang baru diterimanya daripada jururawat itu. (iii) pesakit Dia dikategorikan sebagai pesakit luar sahaja memandangkan kecederaannya tidak serius. (iv) halangan Walaupun terpaksa menempuhi pelbagai halangan, namun Razri tetap bersemangat menjalani latihan bola sepak itu. (v) kemalangan Eda ternampak satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan ke sekolah pagi ini. (vi) imbasan Kerajaan telah mewajibkan imbasan Kod QR di setiap premis perniagaan. Jawapan Bab 1 110 Latihan 4 Bil. Perkataan Ayat (i) kuatasi Masalah itu dapat kuatasi semalam. (ii) siapkan Kerja sekolah itu telah saya siapkan semalam. (iii) panaskan Lauk itu telah ibu panaskan. (iv) digenggam Tangan ayah digenggam erat oleh ibu. Latihan 5 Bil. Perkataan Ayat (i) giat Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan di sekolah itu. (ii) perlu Para murid perlu menghormati guru dan mengamalkan nilai-nilai murni. (iii) barah Pesakit barah memerlukan pola pemakanan seimbang yang dilengkapi nutrien mencukupi, tinggi kalori dan protein. (iv) didik Saya sayang akan anak-anak didik saya di sekolah ini. (v) disiplin Murid sekolah seharusnya mematuhi peraturan dan disiplin di sekolah. (vi) lahir Bayi yang baru lahir itu montel sekali. Latihan 6 Bil. Perkataan Ayat (i) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. (ii) Bapa Kemerdekaan Malaysia Gelaran Bapa Kemerdekaan Malaysia hanya untuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. (iii) British British pernah menyerang Pasir Salak. (iv) Tanah Melayu Bangsa Melayu merupakan penduduk asal Tanah Melayu. (v) Beliau Beliau merupakan seorang tokoh korporat yang disegani. (vi) Mereka Mereka akan menyertai pertandingan bola keranjang esok. Latihan 7 Bil. Perkataan Ayat (i) untuk Sumbangan untuk mangsa kebakaran di kampung itu telah diserahkan.