ii KANDUNGAN Tema 1: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Bab 1 Rangsangan dan Gerak Balas 1.1 Sistem Saraf Manusia ................................. 1 1.2 Rangsangan dan Gerak Balas dalam Manusia ...................................................... 6 1.3 Rangsangan dan Gerak Balas dalam Tumbuhan ................................................ 19 1.4 Kepentingan Gerak Balas terhadap Rangsangan dalam Haiwan Lain ............. 26 Cabaran Masteri 1 .............................................. 29 Bab 2 Respirasi 2.1 Sistem Respirasi ...................................... 31 2.2 Pergerakan dan Pertukaran Gas di dalam Badan Manusia .............................. 37 2.3 Kesihatan Sistem Respirasi Manusia........ 39 2.4 Adaptasi dalam Sistem Respirasi.............. 42 2.5 Pertukaran Gas dalam Tumbuhan ............ 45 Cabaran Masteri 2............................................... 48 Bab 3 Pengangkutan 3.1 Sistem Pengangkutan dalam Organisma.. 50 3.2 Sistem Peredaran Darah........................... 53 3.3 Darah Manusia.......................................... 63 3.4 Pengangkutan dalam Tumbuhan .............. 68 3.5 Sistem Peredaran Darah dalam Haiwan dan Sistem Pengangkutan dalam Tumbuhan....................................... 77 Cabaran Masteri 3............................................... 78 Tema 2: Penerokaan Unsur dalam Alam Bab 4 Kereaktifan Logam 4.1 Kepelbagaian Mineral................................ 81 4.2 Siri Kereaktifan Logam.............................. 83 4.3 Pengekstrakan Logam daripada Bijihnya...................................................... 87 Cabaran Masteri 4............................................... 91 Bab 5 Termokimia 5.1 Tindak Balas Endotermik dan Eksotermik................................................. 94 Cabaran Masteri 5............................................. 104 Tema 3: Tenaga dan Kelestarian Hidup Bab 6 Elektrik dan Kemagnetan 6.1 Penjanaan Tenaga Elektrik...................... 107 6.2 Transformer............................................. 118 6.3 Penghantaran dan Pengagihan Tenaga Elektrik..................................................... 123 6.4 Pengiraan Kos Penggunaan Elektrik....... 133 Cabaran Masteri 6............................................. 138 Bab 7 Tenaga dan Kuasa 7.1 Kerja, Tenaga dan Kuasa........................ 140 7.2 Tenaga Keupayaan dan Tenaga Kinetik.. 147 7.3 Prinsip Keabadian Tenaga ...................... 152 Cabaran Masteri 7............................................. 156 Bab 8 Keradioaktifan 8.1 Sejarah Penemuan Keradioktifan............ 158 8.2 Atom dan Nukleus .................................. 163 8.3 Sinaran Mengion dan Sinaran Tidak Mengion................................................... 166 8.4 Kegunaan Sinaran Radioaktif.................. 177 Cabaran Masteri 8............................................. 181 Tema 4: Penerokaan Bumi dan Angkasa Lepas Bab 9 Cuaca Angkasa Lepas 9.1 Aktiviti Matahari yang Memberi Kesan kepada Bumi ........................................... 183 9.2 Cuaca Angkasa ....................................... 187 Cabaran Masteri 9............................................. 189 Bab 10 Penerokaan Angkasa Lepas 10.1 Perkembangan dalam Astronomi ............ 190 10.2 Perkembangan dan Teknologi dalam Penerokaan Angkasa Lepas ................... 192 Cabaran Masteri 10........................................... 196 Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)..................................................198 Jawapan ................................................................... 212 00 Kand Spot A+1 Sains Tg3.indd 2 10/02/2023 3:24 PM
1 1 Gambar foto 1.1 Contoh rangsangan dan gerak balas apabila terpijak objek di atas lantai 5. Sistem saraf terlibat dalam mengesan rangsangan dan menghasilkan gerak balas. Struktur Sistem Saraf Manusia 1. Rajah 1.1 menunjukkan sistem saraf manusia yang terdiri daripada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. 2. Sistem saraf pusat merupakan pusat kawalan seluruh badan. Sistem ini terdiri daripada otak dan saraf tunjang. 3. Sistem saraf periferi bercabang keluar daripada sistem saraf pusat ke semua bahagian badan. 4. Sistem saraf periferi terdiri daripada 12 pasang saraf kranium yang menghubungkan otak dengan organ deria dan organ dalaman serta 31 pasang saraf spina yang menghubungkan saraf tunjang dengan otot rangka. Sentuhan (rangsangan) Menarik kaki (gerak balas) 1. Rangsangan merujuk kepada perubahan persekitaran yang boleh dikesan oleh sistem badan. 2. Bunyi, cahaya, bau dan sentuhan ialah beberapa contoh rangsangan. 3. Gerak balas pula merujuk kepada tindakan organisma terhadap rangsangan tersebut. 4. Gambar foto 1.1 menunjukkan contoh rangsangan dan gerak balas. 1.1 Sistem Saraf Manusia Rajah 1.1 Struktur sistem saraf manusia Otak Saraf tunjang Saraf kranium Saraf spina Sistem saraf pusat Sistem saraf periferi 123 1442443 1 Rangsangan dan Gerak Balas BAB Bab 1_ Spot A+1 Sains Tg3.indd 1 01/02/2023 3:39 PM
Tema 1: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup 2 1 Fungsi Sistem Saraf Manusia 1. Sistem saraf kita bertindak sebagai pusat kawalan badan agar semua fungsi dalam badan berjalan dengan lancar dan berada dalam keadaan yang seimbang. 2. Sistem saraf berfungsi untuk mengesan rangsangan, menghantar maklumat dalam bentuk impuls, mentafsir impuls dan menghasilkan gerak balas yang sewajarnya. 3. Rajah 1.2 menunjukkan ringkasan fungsi sistem saraf manusia. Menghantar impuls saraf untuk menghasilkan gerak balas Mengintegrasi Mengesan rangsangan dan menghantar impuls saraf Sistem saraf periferi Sistem saraf pusat Efektor Contoh: Otot atau kelenjar Afektor Contoh: Organ deria atau organ dalaman Rajah 1.2 Fungsi sistem saraf manusia Tindakan Terkawal dan Tindakan Luar Kawal 1. Tindakan terkawal ialah tindakan yang disedari dan berlaku mengikut kehendak diri seseorang. 2. Dalam tindakan terkawal, otak mentafsir impuls saraf dan membuat keputusan. 3. Efektor yang terlibat dalam tindakan terkawal ialah otot yang menghasilkan pergerakan semasa gerak balas. 4. Rajah 1.3 menunjukkan contoh tindakan terkawal seseorang apabila terdengar bunyi deringan telefon bimbit. Telefon berdering 3 Efektor (otot tangan) bertindak melakukan gerak balas mengangkat telefon bimbit. 1 Afektor (reseptor) di dalam telinga mengesan bunyi deringan telefon bimbit lalu mencetuskan impuls saraf. 2 Otak (sistem saraf pusat) mentafsir dan mengintegrasi impuls saraf lalu membuat keputusan untuk mengangkat telefon bimbit. Otak menghasilkan impuls saraf bagi gerak balas tersebut. Galeri Info Tindakan terkawal dikawal oleh bahagian otak yang dikenali sebagai serebrum. Rajah 1.3 Aliran impuls saraf dalam tindakan terkawal Bab 1_ Spot A+1 Sains Tg3.indd 2 01/02/2023 3:39 PM
Bab 1 Rangsangan dan Gerak Balas 3 1 5. Contoh lain tindakan terkawal ialah membaca, berlari, menari, menjawab soalan dan bermain bola. AKTIVITI 1.1 Gambar foto 1.2 Pembaris Tangan rakan Tangan anda Meja Pastikan tangan yang menangkap pembaris tidak bergerak. Tujuan: Mengukur kepantasan masa gerak balas murid. Radas: Pembaris meter Prosedur: 1. Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan. 2. Pembaris dipegang dengan hujung tanda sifar berada di antara ibu jari dan jari telunjuk rakan seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 1.2. 3. Pembaris dilepaskan secara tiba-tiba untuk ditangkap oleh rakan. 4. Selepas rakan menangkapnya, jarak yang dilalui oleh pembaris direkodkan. Jarak ini mewakili ukuran masa gerak balas. 5. Aktiviti ini diulangi sebanyak empat kali dan purata jarak tersebut dihitung. Pemerhatian: Cubaan 1 2 3 4 5 Jarak yang dilalui oleh pembaris sebelum ditangkap (cm) 16 12 15 18 13 Purata jarak yang dilalui oleh pembaris sebelum ditangkap = 16 + 12 + 15 + 18 + 13 5 = 14.8 cm Perbincangan: 1. Dalam aktiviti ini, rangsangan ialah cahaya dari pembaris yang memasuki mata. Gerak balas pula ialah tindakan menangkap pembaris dengan jari. 2. Gerak balas ini dikelaskan sebagai tindakan terkawal kerana dilakukan secara sedar dan menurut kehendak individu. 3. Individu yang mencatatkan masa gerak balas yang pendek berupaya bertindak dengan cepat dalam aktiviti seperti memandu, bermain sukan atau permainan komputer. Kesimpulan: Semakin pendek jarak yang dilalui oleh pembaris sebelum ditangkap, semakin pendek masa gerak balas seseorang individu. 6. Tindakan luar kawal ialah tindakan automatik yang berlaku tanpa disedari. 7. Tindakan seperti pernafasan, degupan jantung dan rembesan hormon merupakan tindakan luar kawal. 8. Tindakan luar kawal seperti ini melibatkan afektor pada organ dalaman untuk mengesan rangsangan. 9. Satu lagi jenis tindakan luar kawal ialah tindakan refleks yang melibatkan saraf tunjang. 10. Rajah 1.4 menunjukkan tindakan refleks seseorang apabila tersentuh objek yang panas. Galeri Info Pemeriksaan tindakan refleks dilakukan melalui ujian sentakan lutut. Lutut diketuk secara lembut dengan tukul refleks. Tindakan refleks akan menyebabkan kaki terangkat di luar kawal. Bab 1_ Spot A+1 Sains Tg3.indd 3 01/02/2023 3:39 PM
10 1 Gambar foto 1.3 Pandangan hadapan mata Mata 1. Apabila anda memerhatikan mata anda menggunakan cermin, anda hanya melihat sebahagian daripada struktur mata sahaja (Gambar foto 1.3). 2. Rajah 1.13 menunjukkan struktur dan fungsi struktur mata. Rajah 1.13 Struktur dan fungsi struktur mata Kelopak mata Sklera Bulu mata Iris Pupil Sel kon Sel rod Retina 14243 Ligamen penggantung Gentian kuat yang memegang kanta mata Iris Bahagian berwarna pada mata yang mengawal saiz pupil. Konjunktiva Membran mukus yang melindungi kornea. Pupil Bukaan di tengah iris yang mengawal kuantiti cahaya yang sampai ke retina. Kornea Lapisan lut sinar yang membias dan memfokuskan cahaya. Gelemair Cecair lut sinar yang mengekalkan bentuk mata dan membantu memfokuskan cahaya ke retina. Otot silium Otot yang mengawal ketebalan kanta mata. Sklera Lapisan teguh berwarna putih yang melindungi dan menetapkan bentuk bola mata. Koroid Lapisan berwarna hitam yang mencegah pantulan cahaya di dalam bola mata. Retina Lapisan yang mempunyai fotoreseptor untuk mengesan cahaya dan menghasilkan impuls saraf. Retina mempunyai tujuh juta fotoreseptor jenis sel kon dan 127 juta fotoreseptor jenis sel rod. • Sel kon membolehkan kita melihat warna dalam cahaya terang. Kebanyakannya terdapat pada bintik kuning. • Sel rod membolehkan mata melihat dalam keadaan keamatan cahaya rendah. Objek dilihat dalam pelbagai tona warna kelabu. Bintik kuning Bintik paling peka terhadap cahaya yang mempunyai banyak fotoreseptor. Gelemaca Bahan lut sinar seperti jeli yang menetapkan bentuk bola mata dan membantu memfokuskan cahaya ke retina. Saraf optik Gentian saraf yang membawa impuls saraf dari retina ke otak. Titik buta Titik keluar bagi semua gentian saraf optik. Titik ini tiada fotoreseptor. Kanta mata Cakera dwicembung yang lut sinar dan kenyal yang memfokuskan cahaya ke retina. 10 M s e a r A r i k n o m Urutan tiga lapisan yang membentuk bola mata boleh diingati seperti berikut: Saya Kaya Raya Sklera (paling luar) Koroid Retina (paling dalam) Tema 1: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Bab 1_ Spot A+1 Sains Tg3.indd 10 01/02/2023 3:39 PM
Tema 1: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup 24 1 Tujuan: Mengkaji gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan sentuhan. Pernyataan masalah: Bagaimanakah tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan? Hipotesis: Penguncupan daun pokok semalu tidak bergantung kepada arah sentuhan. Pemboleh ubah: (a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Sentuhan pada dahan pokok semalu (b) Pemboleh ubah bergerak balas: Penguncupan daun pokok semalu (c) Pemboleh ubah dimalarkan: Kekuatan sentuhan, keadaan persekitaran seperti cahaya, air dan daya tarikan graviti Bahan: Pokok semalu Prosedur: Pensel Daun pokok semalu Rajah 1.36 1. Satu dahan pada pokok semalu di satu kawasan sekolah (seperti di padang, taman bunga atau taman sains) disentuh secara lembut dengan sebatang pensel seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.36. 2. Gerak balas yang berlaku diperhatikan. 3. Selepas beberapa minit, pokok itu kembali seperti keadaan asal. 4. Langkah 1 dan 2 diulangi sebanyak dua kali dengan menyentuh dahan daun yang sama daripada arah yang berbeza, dengan kekuatan sentuhan yang sama. Pemerhatian: Rajah 1.37 Daun pada dahan pokok semalu menguncup setiap kali disentuh, walaupun daripada arah yang berbeza. Perbincangan: Pokok semalu menunjukkan gerak balas seismonasti. Pokok ini menguncup daunnya dengan serta merta pada dahan yang disentuh. Seismonasti tidak bergantung kepada arah sentuhan. Kesimpulan: Penguncupan daun pokok semalu tidak bergantung kepada arah sentuhan. • Pokok semalu mempunyai duri. Jadi, berhati-hati semasa menjalankan eksperimen. • Elakkan daripada memusnahkan pokok semalu. Hargai setiap organisma hidup di Bumi. Eksperimen Eksperimen 1.2 Perbincangan: Dalam eksperimen ini, gerak balas yang dikaji penting untuk memastikan tumbuhan mendapat cahaya yang mencukupi untuk berfotosintesis Kesimpulan: Pucuk menunjukkan fototropisme positif. Bab 1_ Spot A+1 Sains Tg3.indd 24 01/02/2023 3:39 PM
Bab 1 Rangsangan dan Gerak Balas 25 1 Ujian Diagnostik 1.3 Saya amat menggemari tumbuhan pasu di dalam rumah. Saya mendapati setelah beberapa lama, tumbuhan pasu saya tumbuh sehala ke arah tingkap yang menghadap cahaya matahari. Bagaimanakah saya boleh memastikan tumbuhan pasu saya tumbuh tegak ke atas? Rajah 1.39 Rangsangan graviti Rajah 1.38 Rangsangan cahaya Menyelesaikan Masalah Mengenai Gerak Balas Tumbuhan 1. Memahami gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan akan membantu kita menyelesaikan pelbagai masalah. 2. Teliti situasi-situasi berikut. (a) Situasi 1 (b) Situasi 2 1. Bagi setiap gerak balas berikut, nyatakan jenis rangsangan yang terlibat dan bahagian tumbuhan yang menunjukkan gerak balas tersebut. (a) Hidrotropisme positif. (b) Fototropisme positif. 2. (a) Bagaimanakah tumbuhan bergerak balas terhadap daya tarikan graviti? (b) Apakah kepentingan gerak balas tersebut kepada tumbuhan? 3. (a) Bagaimanakah gerak balas nastik berbeza daripada tropisme dalam tumbuhan? (b) Apakah maksud seismonasti? Berikan satu contoh tumbuhan yang menunjukkan gerak balas ini. Portal Spotlight Portal Spotlight Menanam tumbuhan di ISS https://bit.ly/ 2KMqaDC Sekiranya manusia perlu hidup di angkasa lepas dalam keadaan graviti sifar, bagaimanakah manusia boleh menanam tumbuhan di angkasa lepas? Bayangkan diri anda sebagai seorang angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Rancangkan satu eksperimen untuk mengkaji gerak balas tumbuhan dalam keadaan graviti sifar di stesen angkasa tersebut. Bab 1_ Spot A+1 Sains Tg3.indd 25 01/02/2023 3:39 PM
Bab 1 Rangsangan dan Gerak Balas 29 1 1. Rajah 1 menunjukkan struktur telinga manusia. (a) Namakan struktur berlabel A hingga F. (b) Antara struktur A hingga F, nyatakan dua struktur yang mempunyai reseptor. 2. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. (a) Pendengaran stereofonik membolehkan haiwan menentukan bunyi. (b) Badan ikan mempunyai untuk mengesan gerakan atau getaran dalam air. (c) Deria dan terlibat dalam mengesan rasa makanan. 3. Rajah 2 menunjukkan laluan impuls saraf dalam tindakan terkawal pada manusia. Rangsangan Afektor (reseptor) Otak Efektor Gerak balas Rajah 2 (a) Apakah itu tindakan terkawal? (b) Apakah fungsi afektor (reseptor), otak dan efektor? 4. Rajah 3 menunjukkan medan penglihatan seekor haiwan. (a) Apakah perbezaan antara objek yang dilihat di kawasan A dengan objek yang dilihat di kawasan B? KBAT Mengaplikasi (b) Apakah jenis penglihatan haiwan yang ditunjukkan dalam Rajah 3? Terangkan jawapan anda. KBAT Mengaplikasi 5. Rajah 4 menunjukkan keputusan eksperimen seorang murid. Klinostat Kotak hitam Anak benih Cahaya Cahaya P Q Lubang Klinostat berfungsi memutarkan pasu dalam susunan radas Q. Rajah 4 (a) Apakah jenis tropisme yang dikaji dalam eksperimen ini? KBAT Menganalisis A B C D F E Rajah 1 CABARAN MASTERI 1 Kawasan A Kawasan A Kawasan B Rajah 3 Bab 1_ Spot A+1 Sains Tg3.indd 29 01/02/2023 3:39 PM
Tema 1: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup 30 1 (b) Berikan pemerhatian ke atas susunan radas P. Apakah inferens yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian anda? KBAT Menganalisis (c) Mengapakah anak benih dalam susunan radas Q tumbuh tegak ke atas? KBAT Menganalisis (d) Berikan satu pemboleh ubah yang perlu dimalarkan dalam eksperimen ini. Berikan alasan mengapa pemboleh ubah tersebut patut dimalarkan. KBAT Menilai 6. Rajah 5 menunjukkan peta alir yang menunjukkan mekanisme penglihatan manusia. Impuls saraf Impuls saraf Kornea Gelemair X Y Otak Saraf optik Z Gelemaca Cahaya Cahaya Cahaya Cahaya Cahaya Cahaya Rajah 5 (a) Namakan bahagian yang berlabel X, Y dan Z. KBAT Menganalisis (b) Berdasarkan Rajah 5, apakah peranan yang dimainkan oleh Z. KBAT Menganalisis (c) “Tanpa otak, mata tidak boleh melihat.” Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Terangkan jawapan anda. KBAT Menilai 7. Adakah bersin satu tindakan terkawal? Terangkan jawapan anda. KBAT Menilai 8. Adakah penglihatan stereoskopik penting bagi kemandirian haiwan pemangsa? Terangkan jawapan anda. KBAT Menilai 9. Pada pendapat anda, adakah tindakan mengorek telinga membahayakan keselamatan telinga? Mengapakah anda berpendapat demikian? KBAT Menilai 10. Seorang murid telah mencalarkan korneanya secara tidak sengaja apabila menggosok matanya yang dimasuki habuk. (a) Adakah kejadian ini akan mempengaruhi penglihatan murid ini? Terangkan jawapan anda. KBAT Menilai (b) Cadangkan tindakan yang perlu dilakukan jika mata dimasuki habuk. KBAT Mencipta 11. Bunyi yang terlalu kuat boleh merosakkan reseptor dalam telinga. Cadangkan satu langkah bagi mencegah kerosakan telinga pekerja di tempat kerja yang bising? KBAT Mencipta 12. Pertimbangkan sama ada setiap amalan berikut baik untuk kesihatan organ deria kita. Terangkan jawapan anda. KBAT Menilai Amalan A – Menonton filem menggunakan telefon bimbit. Amalan B – Menggunakan sarung tangan semasa menggunakan cecair pencuci yang kuat. 13. Pernyataan berikut menunjukkan sumbangan inovasi dan teknologi. Inovasi dan teknologi berupaya memberikan harapan baru kepada mereka yang cacat organ deria. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut? Terangkan jawapan anda. KBAT Menilai Bab 1_ Spot A+1 Sains Tg3.indd 30 01/02/2023 3:39 PM
Tema 3: Tenaga dan Kelestarian Hidup 154 7 Contoh 1 Simon membaling bola berjisim 250 g secara menegak ke atas dengan halaju 12 m s–1. Hitung (a) tenaga kinetik bola tersebut, (b) tenaga keupayaan graviti maksimum yang boleh dimiliki oleh bola itu, (c) ketinggian maksimum bola itu sebelum jatuh semula ke tangan Simon. [Pecutan graviti dianggarkan sebagai 10 m s–2] Penyelesaian (a) Jisim bola, m = 250 1000 kg = 0.25 kg Tenaga kinetik = 1 2 mv2 = 1 2 × 0.25 kg × (12 m s–1)2 = 18 J (b) Berdasarkan prinsip keabadian tenaga, Tenaga keupayaan graviti = Tenaga kinetik = 18 J (c) mgh = 18 J 0.25 kg × 10 m s–2 × h = 18 J h = 18 J 0.25 kg × 10 m s–2 = 7.2 m Contoh 2 Rajah 7.25 menunjukkan suatu spring di dalam kereta mainan yang berjisim 100 g. Rajah 7.25 Spring di dalam kereta mainan dimampatkan sebanyak 8 cm dan tenaga keupayaan yang tersimpan dalam spring ialah 5 N. Apabila kereta dilepaskan, spring melancarkan kereta mainan dengan halaju v m s–1. Dengan menganggap tiada kehilangan tenaga, hitung halaju maksimum yang boleh dicapai oleh kereta mainan tersebut. v m s–1 Rajah 7.24 12 ms–1 Anjung TIP 1 J ≡ 1 kg m2 s–2 Bab 7_Spot A+1 Sains Tg3.indd 154 10/02/2023 3:43 PM
Bab 7 Tenaga dan Kuasa 155 7 Penyelesaian Berdasarkan prinsip keabadian tenaga, Tenaga kinetik = Tenaga keupayaan kenyal 1 2 mv2 = 1 2 Fx 1 2 × 100 1 000 kg × v2 = 1 2 × 5 N × 8 100 m Tukar unit “cm” kepada “m” v2 = 5 N × 0.08 m 0.1 kg = 4 m2 s–2 v = 4 m2 s–2 = 2 m s–1 Contoh 3 Sebuah bongkah kayu 0.3 kg diletakkan pada satu spring dan ditekan dengan daya 8 N. Apabila daya yang dikenakan itu dialihkan, bongkah kayu itu terlontar ke atas. Bongkah kayu itu mencapai ketinggian maksimum 0.2 m. Tentukan nilai x. [Pecutan graviti dianggarkan sebagai 10 m s–2] Penyelesaian Berdasarkan prinsip keabadian tenaga, Tenaga keupayaan kenyal = Tenaga keupayaan graviti 1 2 Fx = mgh 1 2 × 8 N × x = 0.3 kg × 10 m s–2 × 0.2 m x = 0.3 kg × 10 m s–2 × 0.2 m 1 2 × 8 N = 0.15 m Tukar unit “g” kepada “kg” 8 N 0.2 m x Ujian Diagnostik 7.3 1. Apakah yang anda faham tentang Prinsip Keabadian Tenaga? 2. Rajah 7.27 menunjukkan satu daya, F dikenakan ke atas spring supaya bola boleh dilancarkan ke atas apabila tangan dilepaskan. Berapakah daya yang telah digunakan untuk memampat spring itu? [Pecutan graviti dianggarkan sebagai 10 m s–2] KBAT Mengaplikasi 3. Apabila daya 30 N diperlukan untuk memampat spring pistol mainan sebanyak 2.4 cm, spring tersebut mampu menolak peluru plastik yang berjisim 5 g keluar dari muncung pistol pada halaju v m s–1. Apakah nilai v? KBAT Mengaplikasi 4. Rajah 7.28 menunjukkan sebuah roller-coaster yang berjisim 200 kg bergerak dari lokasi A ke lokasi B. Tentukan ketinggian rollercoaster di lokasi A. [Pecutan graviti dianggarkan sebagai 10 m s–2] KBAT Mengaplikasi Rajah 7.27 Rajah 7.28 A B h m 40 m s–1 Rajah 7.26 F 90 cm 8 cm 45 g Anjung TIP 1 N ≡ 1 kg m s–2 Bab 7_Spot A+1 Sains Tg3.indd 155 10/02/2023 3:43 PM
158 8 Wilhelm Roentgen berjaya menghasilkan dan mengesan sinar-X. Henri Becquerel menemui sinaran mengion daripada uranium secara tidak sengaja. Paul Villard menemui sinar gama daripada radium. • Marie Curie menyarankan istilah “keradioaktifan”. • Marie dan Pierre Curie menjumpai dua unsur radioaktif, polonium dan radium. Ernest Rutherford menemui keradioaktifan daripada uranium yang mempunyai dua bentuk berbeza dan menamakan dua bentuk itu sebagai sinar alfa dan beta. 1895 1898 1896 1899 Sejarah Penemuan Keradioaktifan 1. Kajian tentang keradioaktifan bermula pada hujung abad ke-19 sejak penemuan sinar-X oleh Wilhelm Roentgen. 2. Rajah 8.1 menerangkan sejarah ringkas penemuan keradioaktifan. Rajah 8.1 Sejarah ringkas penemuan keradioaktifan 8.1 Sejarah Penemuan Keradioaktifan Penemuan keradioaktifan https://goo. gl/1xzdFC Portal Spotlight Portal Spotlight 8 Keradioaktifan BAB © PAN ASIA Bab 8_Spot A+1 Sains Tg3.indd 158 09/02/2023 3:10 PM
Tema 3: Tenaga dan Kelestarian Hidup 160 8 Rajah 8.2 Langkah-langkah membina kebuk awan Perbincangan: 1. Runut-runut terbentuk secara rawak di dalam kebuk awan. 2. Runut-runut yang terbentuk itu berbeza dari segi corak, ketebalan dan panjang. Kesimpulan: Sinaran mengion wujud secara semula jadi di persekitaran kita. Lebih daripada sejenis sinaran mengion boleh wujud dalam satu masa. 2. Corak runut-runut yang diperhatikan dalam kebuk awan wujud secara rawak. Sinar alfa Sinar beta Muon Rajah 8.3 • Sinar alfa meninggalkan runut yang lurus, tebal dan pendek. • Sinar beta meninggalkan runut yang halus dan berputar belit. • Muon meninggalkan runut yang lurus dan panjang. 3. Keradioaktifan juga boleh dikesan dan diukur dengan tiub GeigerMüller (tiub GM) dan pembilang Geiger (Gambar foto 8.1). Gambar foto 8.1 Alat yang mampu mengesan kehadiran sinaran radioaktif. Tiub GM Menerima isyarat daripada tiub GM dan mencatatkan bacaan keradioaktifan dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Pembilang Geiger 4 Kotak lutsinar ditelangkupkan dan ditutup dengan ketat. 5 Selepas 10 minit, lampu dipadamkan dan lampu suluh ditujukan ke arah kotak lutsinar. Pemerhatian dilakarkan. Galeri Info Muon berpunca daripada perlanggaran antara sinaran kosmik dengan molekul-molekul udara. Corak runut-runut di dalam kebuk awan https://bit.ly/ 2FKRC5A Portal Spotlight Portal Spotlight Anjung TIP Runut yang diperhatikan dalam kebuk awan boleh dihasilkan oleh sinar latar belakang yang wujud sepanjang masa di persekitaran kita. © PAN ASIA Bab 8_Spot A+1 Sains Tg3.indd 160 14/02/2023 3:15 PM
198 PENTAKSIRAN SUMATIF 1. Rajah 1 menunjukkan struktur otak manusia. K Rajah 1 Aktiviti yang manakah dikawal oleh K? A Membaca B Menunggang basikal C Denyutan jantung D Sentakan lutut 2. Maklumat berikut menunjukkan peta alir pengesanan rasa. Bahan terlarut Jenis rasa M Impuls N Apakah M dan N? M N A Reseptor rasa Otak B Air liur Lidah C Lidah Otak D Air liur Reseptor rasa 3. Rajah 2 menunjukkan medan penglihatan, P bagi seekor haiwan. P Rajah 2 Antara pernyataan berikut, yang manakah betul mengenai medan penglihatan ini? I Kawasan P adalah medan penglihatan bertindih II Medan penglihatan ini adalah luas III Seekor burung mempunyai jenis penglihatan ini IV Haiwan ini mempunyai penglihatan stereoskopik Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. A I dan II C II dan III B III dan IV D I dan IV 4. Rajah 3 menunjukkan sistem respirasi manusia. Q Rajah 3 Apakah yang akan berlaku apabila struktur Q mengecut dan menjadi rata? A Isi padu rongga toraks berkurangan B Udara dari luar masuk ke dalam peparu C Tulang rusuk turun ke bawah dan ke dalam D Tekanan udara dalam rongga toraks meningkat 5. Rajah 4 menunjukkan sistem respirasi belalang. R Rajah 4 Mengapakah struktur R mempunyai dinding nipis dan lembap? A Membenarkan udara keluar dan masuk ke dalam badan B Menyediakan luas permukaan yang besar C Meningkatkan kadar pertukaran gas respirasi D Meningkatkan kecekapan pertukaran gas 6. Rajah 5 menunjukkan sistem peredaran darah dalam badan manusia. Peparu Jantung Badan Rajah 5 PENTAKSIRAN SUMATIF UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) Pentaksiran Spotlight A+1 Sains Tg3.indd 198 10/02/2023 3:46 PM
199 PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran Sumatif Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang darah beroksigen dan darah terdeoksigen? A Darah beroksigen mengalir dari peparu ke jantung dan ke seluruh bahagian badan B Darah terdeoksigen mengalir dari jantung ke seluruh bahagian badan C Darah beroksigen mengalir dari jantung ke peparu dan ke seluruh bahagian badan D Darah terdeoksigen mengalir dari peparu ke jantung dan ke seluruh bahagian badan 7. Rajah 6 menunjukkan keratan rentas batang pokok monokotiledon yang mempunyai berkas vaskular. S Rajah 6 Apakah fungsi S? A Mengangkut air sahaja B Mengangkut garam mineral sahaja C Mengangkut glukosa sahaja D Mengangkut air dan garam mineral 8. Rajah 7 menunjukkan kedudukan logam X dalam siri kereaktifan logam. Zink X Timah Plumbum Kereaktifan bertambah Rajah 7 Apakah logam X? A Aluminium C Timah B Ferum D Kuprum 9. Rajah 8 menunjukkan sebuah relau bagas untuk pengekstrakan logam. Rajah 8 Apakah tindak balas yang akan berlaku? A Aluminium oksida + Hidrogen B Magnesium oksida + Hidrogen C Magnesium oksida + Karbon D Zink oksida + Karbon 10. Rajah 9 menunjukkan satu tindak balas eksotermik. Rajah 9 Antara berikut, yang manakah ciri-ciri tindak balas tersebut? I Suhu menurun II Suhu meningkat III Haba dibebaskan ke persekitaran IV Haba diserap dari persekitaran A I dan II C II dan III B III dan IV D I dan IV 11. Antara alat elektrik berikut, yang manakah menggunakan arus terus (a.t.)? A Pengering rambut B Kereta elektrik C Pembersih vakum D Pengisar 12. Rajah 10 menunjukkan sebuah pengecas telefon bimbit yang mengandungi transformer. 5 V Np Ns = 30 240 V Rajah 10 Berapakah bilangan lilitan gegelung primer dalam transformer itu? Diberi: Vp Vs = Np Ns A 40 C 1 440 B 720 D 7 200 13. Maklumat berikut menunjukkan label voltan dan kuasa pada suatu alat elektrik. Voltan: 240 V Kuasa: 1 100 W Apakah fius yang sesuai bagi alat elektrik ini? Diberi: Arus (A) = Kuasa (W) Voltan (V) A 3 A C 10 A B 5 A D 13 A Pentaksiran Spotlight A+1 Sains Tg3.indd 199 10/02/2023 3:46 PM
201 PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran Sumatif Bahagian B [20 markah] Jawab semua soalan. 1. Diana melawat sebuah gerai kraftangan yang dikendalikan oleh Persatuan Orang Buta. Dia mendapati bahawa mereka menggunakan deria sentuhan untuk menghasilkan kraftangan. (a) Rajah 1 menunjukkan keratan rentas bagi kulit manusia. J: K: Rajah 1 Pada Rajah 1, label struktur J dan K dengan menggunakan perkataan berikut. Reseptor haba Reseptor tekanan Reseptor sentuh [2 markah] (b) Tuliskan BENAR atau PALSU dalam petak di bawah. Pernyataan BENAR / PALSU (i) Kepekaan kulit terhadap rangsangan tidak bergantung kepada ketebalan epidermis kulit. (ii) Orang buta hanya menggunakan hujung jari untuk membaca Braille. (iii) Hujung jari mempunyai lebih banyak reseptor daripada tapak kaki. [2 markah] 2. (a) Rajah 2.1 menunjukkan proses pertukaran gas melalui alveolus manusia. M: N: Rajah 2.1 (i) Lengkapkan petak dalam Rajah 2.1 dengan menggunakan perkataan berikut. Oksigen Nitrogen Karbon dioksida [2 markah] (ii) Terangkan bagaimana proses ini boleh berlaku. [1 markah] Pentaksiran Spotlight A+1 Sains Tg3.indd 201 10/02/2023 3:46 PM
202 PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran Sumatif (b) Rajah 2.2 menunjukkan seorang pekerja kilang simen memakai topeng muka. Rajah 2.2 Apakah kesan terhadap peparu pekerja kilang itu jika dia tidak memakai topeng muka semasa bekerja? [1 markah] 3. (a) Rajah 3 menunjukkan proses pemindahan darah kepada penerima darah. Darah penderma O AB Rajah 3 Dua penerima, P dan Q menerima darah penderma. Jadual 1 menunjukkan jenis darah bagi keduadua penerima darah. Penerima Jenis darah P O Q AB Jadual 1 Gariskan pernyataan yang betul tentang penerima darah. (i) Darah penerima yang tidak serasi dengan darah penderma boleh mengakibatkan (pengenapan, penggumpalan). (ii) Penerima Q selamat menjalani pemindahan darah kerana dia merupakan (penerima, penderma) universal. [2 markah] (b) Darah manusia terdiri daripada dua komponen utama, iaitu sel-sel darah dan plasma. Padankan sel-sel darah dengan fungsinya yang betul. Sel-sel darah Fungsi (i) (ii) [2 markah] Membawa bahan terlarut seperti garam mineral, protein dan hormon ke seluruh bahagian badan Memusnahkan bakteria dan menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit Membawa oksigen ke seluruh bahagian badan Pentaksiran Spotlight A+1 Sains Tg3.indd 202 10/02/2023 3:46 PM
204 PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran Sumatif Bahagian C [60 markah] Jawab semua soalan. 6. Benny dan rakan-rakannya telah menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji tindak balas beberapa logam dengan oksigen. Rajah 6.1 menunjukkan siri kereaktifan logam hasil daripada eksperimen tersebut. Magnesium Aluminium Zink Besi Timah Plumbum Kereaktifan menurun Rajah 6.1 (a) (i) Nyatakan satu logam yang lebih reaktif daripada besi. [1 markah] (ii) Namakan sebatian yang terbentuk apabila plumbum bertindak balas dengan oksigen. [1 markah] (b) Jadual 2 menunjukkan keputusan eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji kereaktifan logam, K, L dan M terhadap air dan oksigen. Logam Tindak balas dengan Air Oksigen K Tidak Cergas L Tidak Kurang cergas M Ya Sangat cergas Jadual 2 Susun kereaktifan logam mengikut tertib menurun. Terangkan jawapan anda. [2 markah] (c) Benny seterusnya menjalankan eksperimen dengan memanaskan aluminium oksida dan zink oksida dengan karbon dalam mangkuk pijar yang berlainan. Aluminium oksida + karbon Mangkuk pijar M Mangkuk pijar N Zink oksida + karbon Rajah 6.2 Pentaksiran Spotlight A+1 Sains Tg3.indd 204 10/02/2023 3:46 PM
209 PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran Sumatif (a) Apakah maksud magnetosfera? [1 markah] (b) Terangkan bagaimana magnetosfera dapat melindungi Bumi daripada angin suria. [2 markah] (c) Berdasarkan Rajah 10.1, terangkan bagaimana aurora berlaku berdekatan kedua-dua kutub Bumi. [2 markah] (d) Nyatakan dua kesan perubahan cuaca angkasa terhadap Bumi. 1. 2. [2 markah] (e) Rajah 10.2 menunjukkan dua jenis teleskop yang digunakan untuk mengkaji fenomena di angkasa lepas. Teleskop radio Teleskop angkasa Rajah 10.2 Nyatakan dua perbezaan antara kedua-dua teleskop tersebut. 1. 2. [2 markah] (f) Teknologi angkasa lepas menggunakan roket untuk melancarkan pesawat ke angkasa lepas. Menggunakan kreaktiviti anda, reka satu model roket dengan menggunakan bahan-bahan berikut: 1. Botol (plastik) air mineral 2. Penyumbat botol 3. Salur getah 4. Kadbod dan pita pelekat atau glu 5. Gunting atau pisau 6. Air 7. Pam basikal Lukis model tersebut dan terangkan bagaimana model itu berfungsi. [1 markah] Pentaksiran Spotlight A+1 Sains Tg3.indd 209 10/02/2023 3:46 PM
212 JAWAPAN JAWAPAN Bab 1 Rangsangan dan Gerak Balas Ujian Diagnostik 1.1 1. (a) Menghubungkan otak dan saraf tunjang ke semua bahagian badan. (b) J – Sistem saraf pusat; K – Sistem saraf periferi; L – Saraf tunjang; M – Saraf kranium (c) Sistem saraf terlibat dalam pengesanan rangsangan, integrasi maklumat tentang rangsangan dan penghantaran maklumat ke efektor yang menjalankan gerak balas. 2. Tindakan terkawal Bunyi kucing mengiau impuls saraf impuls saraf Berjalan ke arah bunyi Afektor (pada telinga) Otak Efektor (otot kaki) Ujian Diagnostik 1.2 1. (a) Hidung, lidah, kulit, telinga dan mata (b) Hidung – rongga hidung; Lidah – tunas rasa; Kulit – lapisan epidermis dan dermis; Telinga koklea; Mata – retina 2. (a) (i) Gegendang telinga (ii) Koklea (b) Cuping telinga mengumpulkan bunyi dan menyalurkan bunyi ke salur telinga. Apabila bunyi terkena gegendang telinga yang berada di hujung salur telinga, gegendang telinga akan bergetar. Getaran gegendang telinga akan dipindahkan ke osikel dan diperkuat sebelum dipindahkan ke jendela bujur. Getaran jendela bujur akan menyebabkan cecair dalam koklea bergerak lalu merangsang reseptor di dalam koklea untuk menghasilkan impuls saraf. Impuls saraf itu akan dihantar ke otak melalui saraf auditori. Tafsiran otak ke atas impuls saraf membolehkan kita mendengar. 3. (a) A – Kornea, Membantu pemfokusan cahaya; B – Pupil, Mengawal kuantiti cahaya yang memasuki mata; C – Iris, Mengawal saiz anak mata; D – Gelemaca, Menetapkan bentuk bola mata dan membantu pemfokusan cahaya; E – Sklera, Melindungi dan menetapkan bentuk bola mata. (b) Cahaya impuls saraf Kornea Otak Gelemair Saraf optik Pupil Retina Kanta Gelemaca 4. Makanan yang masih panas membebaskan lebih banyak rangsangan bau. Jadi, makanan berasa lebih enak jika dimakan panas kerana otak akan menerima impuls saraf daripada reseptor rasa pada lidah dan reseptor bau pada hidung. 5. Kanta cekung digunakan untuk membetulkan rabun jauh dan kanta cembung digunakan untuk membetulkan rabun dekat. 6. Memperlahankan bunyi dari fon telinga./ Elakkan mendengar dengan fon telinga terlalu lama. Ujian Diagnostik 1.3 1. Rangsangan Bahagian tumbuhan yang menunjukkan gerak balas (a) Air Akar (b) Cahaya Pucuk 2. (a) Akar akan tumbuh ke bawah mengikut arah daya graviti manakala pucuk akan tumbuh ke atas. (b) Gerak balas ini membolehkan akar tumbuh ke dalam tanah supaya dapat mencengkam tanah untuk sokongan serta mendapatkan air dan garam mineral yang mencukupi daripada tanah untuk tumbesaran yang sihat. Gerak balas ini juga membolehkan pucuk tumbuh ke atas untuk mendapatkan cahaya matahari. 3. (a) Gerak balas nastik tidak melibatkan pertumbuhan, berlaku dengan lebih cepat dan tidak bergantung kepada arah rangsangan. (b) Gerak balas nastik terhadap sentuhan; Pokok semalu/ Pokok perangkap lalat Venus Ujian Diagnostik 1.4 1. (Nama sebarang haiwan pemangsa). Penglihatan stereoskopik memberikan penglihatan tiga dimensi. Jadi penganggaran jarak dan kedalaman dapat dibuat dengan tepat. 2. Ikan – garis lateral; Kucing – deria pendengaran/misai; Belut – medan elektrik; Ular – Organ Jacobson; Belalang – penderia tubuh 3. Telinga yang lebih dekat kepada sumber bunyi akan mengesan bunyi lebih awal daripada telinga yang satu lagi. Perbezaan masa ini akan ditafsirkan oleh otak bagi menentukan arah bunyi yang didengari. 4. Penglihatan monokular memberikan arnab jumlah medan penglihatan yang amat luas. Jadi, arnab boleh mengesan kehadiran musuh yang datang dari mana–mana arah. Cabaran Masteri 1 1. (a) A – Cuping telinga; B – Osikel ; C – Salur separuh bulat; D – Koklea; E – Tiub Eustachio; F – Gegendang telinga (b) C dan D 2. (a) arah (b) garisan lateral (c) bau, rasa 3. (a) Tindakan yang disedari dan berlaku mengikut kehendak diri seseorang (b) Afektor (reseptor) – Mengesan rangsangan dan menghasilkan impuls saraf apabila terangsang; Otak – Mentafsir dan mengintegrasi impuls saraf; Efektor– Menghasilkan gerak balas 4. (a) Objek di kawasan A dilihat dalam dua dimensi manakala objek di kawasan B dilihat dalam tiga dimensi. (b) Penglihatan stereoskopik. Hal ini demikian kerana kedua–dua mata haiwan berada di hadapan kepala. / Medan penglihatan kawasan B adalah agak besar. 5. (a) Fototropisme (b) Pemerhatian: Pucuk anak benih tumbuh ke arah lubang. Jwpn Spot A+1 Sains Tg3.indd 212 10/02/2023 5:03 PM