Ancaman Komunis dan
covid-19 serta perbezaan
pengisytiharan darurat
Nama: Hijanah Binti Abdul Halim
Kelas: 4 Azalea
Objektif kajian
1 saya ingin mengetahui ancaman komunis dan covid-19
2. Saya ingin mengetahui langkah2 kerajaan menangani ancaman komunis
dan covid
3. Saya ingin mengetahui semangat rakyat malaysia semasa menghadapi
cabaran.
Kaedah
kajian
1 saya menggunakan kaedah kajian melayari internet
2 kaedah kajian penyelidikan perpustakaan
3. Kaedah kajian temu bual orang sumber
Cara Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita
Kemasukan Pengaruh Komunis Dari China
Sejak awal tahun 1920-an melalui cawangan Parti
Koumintang (KMT) yang beribu pejabat di China. Tahun
1924, cawangan KMT ditubuhkan pada hampir setiap
bandar di negeri Melayu bagi menyebarkan pengaruh
komunis di bandar Muar, Melaka, Seremban,Klang,
Kuala-Lumpur dan Sungai Petani.
Terdapat sebuah lagi pertubuhan,iaitu Main School yang bergerak dalamkalangan
orang Hailam di bawah arahan Parti Komunis China (PKC). Pada tahun 1927, perpecahan
berlaku antara Parti KMT dengan PKC. The Communist International (Comintern) yang
berpusat di Moscow mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN) pada tahun
1928. PKN tidak berjaya mencapai matlamatnya. Keadaan ini mendorong Comintern
mengarahkan penubuhan parti baharu, iaitu Parti Komunis Malaya(PKM).
Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia
Tahun 1920, beberapa orang pemimpin komunis dari Indonesia seperti Tan Malaka, Alimin ,
Moeso, Boedisoejitro, Hasonoesi, Winanta, Soebakat dan Sutan Perpateh menyebarkan
fahaman komunis di Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah.Kegagalan Parti
Komunis Indonesia (PKI) menguasai Pulau Jawa (1926) menyebabkan PKI berusaha untuk
membuka cawangan di Tanah Melayu. Namun begitu, usaha mereka tidak mendapat
sambutan daripada orang Melayu kerana komunis menggunakan kekerasan untuk
mencapai matlamat mereka.
Penubuhan Parti Komunis Malaya
Pada tahun 30 April 1930, PKM telah ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Mereka
bergerak masuk ke dalam Kesatuan Sekerja untuk mengukuhkan pengaruh komunis.
Semasa kedatangan Jepun. Mereka telah membentuk Malaysian People's Anti-Japanese
Army (MPAJA) atau Bintang Tiga (1942). Mereka juga menerima bantuan senjata, latihan,
kewangan,bekalan logistik dan perubatan daripada pihak British.
Selepas Jepun menyerah kalah, kekosongan politik berlaku di Tanah Melayu disebabkan
oleh kelewatan British kembali ke Tanah Melayu. Keadaan ini memberikan peluang kepada
PKM untuk meluaskan pengaruhnya.
Asal-usul Covid-19
Ketika kes Coronavirus terus melanda China, kerajaan republik itu
bertindak menyembunyikan wabak tersebut berkenaan WHO
sehingga 31 Disember 2019, apabila asal-usulnya sudah tidak
dapat lagi dikesan.
Beijing ketika itu menafikan virus tersebut boleh berjangkit dari individu ke
individu sehingga tampil mengakui pada akhir Januari tahun 2020. WHO
mengisytiharkan wabak misteri itu sebagai Darurat Kesihatan Awam
susulan kebimbangan Antarabangsa (PHEIC) pada 30 Januari 2020 ketika
kes jangkitan mula melanda negara lain termasuk AS pada bulan yang
sama.
Latar belakang Covid-19 di Malaysia
Pada 25 Januari 2020, kes pertama Covid-19 telah dikesan di Malaysia dan didapati
3 warganegara China yang sebelum ini mempunyai hubungan rapat dengan orang
yang dijangkiti di Singapura. Mereka telah pergi ke Malaysia melalui Singapura
pada 24 Januari 2020 dan telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Selepas itu, warganegara Malaysia pertama yang disahkan menghidap Covid-19
adalah pada 4 Februari 2020. Seorang lelaki yang berusia 41 tahun itu baru
pulang dari Singapura dan dia mula demam dan batuk. Dia telah dikuarantin di
Hospital Sungai Buloh, Selangor. Kesannya, jumlah kes menjadi meningkat kepada
22 pada 16 Februari, ia merupakan gelombang pertama Covid-19.
Pada 16 Mac 2020, jumlah kes positif meningkat melebihi 533 kes, dan Perdana
Menteri telah mengumumkan Perintah Kawalan pergerakan.
Langkah-langkah kerajaan menangani
ancaman komunis
Pengisytiharan darurat
Pada 16 Jun 1948, komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai
Siput, Perak. Komunis membunuh Arthur Wallet, pengurus Ladang Ephil, John Allison,
pengurus Ladang Phin Soon dan pembantunya Ian Cristian. Sir Edward Gent,
Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu mengisytiharkan darurat. Undang-undang
Darurat dilaksanakan di kawasan tertentu di negeri Perak seperti di Ipoh dan Sungai
Siput serta di Johor yang merangkumi daerah Muar, Klang, Kulai dan Plentong.
Pada 17 Jun 1948, Undang-undang Darurat ini diperluas meliputi keseluruhan negeri
Perak dan Johor. Seterusnya, pada 18 Jun 1948, undang-undang ini dikuatkuasakan ke
seluruh Tanah Melayu. Dengan itu, usaha membanteras ancaman komunis di
Persekutuan Tanah Melayu bermula dengan rasminya.
Pengisytiharan darurat semasa wabak Covid-19
Pada 25 Oktober 2020, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah menolak permintaan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat sebagai tindak
balas kepada lonjakan kes Covid-19 di seluruh Malaysia.
Pada 16 September 2020 pula, Perdana Menteri sekali lagi memohon darurat untuk
menghentikan pilihan raya kecil yang bakal diadakan di kawasan Bugaya, Sabah dan
kawasan Gerik,Perak pada bulan Januari 2021. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah
telah memperkenankan permohonan tersebut untuk menguatkuasakan darurat di
kedua-dua kawasan pilihan raya ini sebagai tindak balas terhadap gelombang jangkitan
ketiga Covid-19, yang telah mencecah sejumlah 86,000 kes positif dan 422 kematian
pada hari tersebut.
Pada 12 Januari 2021, Sultan Abdullah mengisytiharkan darurat kebangsaan hingga
sekurang-kurangnya 1 Ogos 2021untuk mengekang penyebaran Covid-19 dan sebagai
tindak balas terhadap kemelut politik yang melibatkan kerajaan Perikatan Nasional yang
diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin. Di bawah pengisytiharan darurat ini, parlimen dan
pilihan raya ditangguhkan sementara kerajaan Malaysia diberi kuasa untuk
memperkenalkan undang-undang tanpa persetujuan.
Usaha Kerajaan Menangani Ancaman
Komunis
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DARURAT
1 Menahan sesiapa sahaja yang terlibat dalam pergerakan komunis
tanpa sebarang perbicaraan
2. Mengetatkan undang-undang senjata api dengan mengenakan
hukuman mati terhadap mereka yang membawa senjata api
dan bahan letupan
3. Menggeledah rumah kediaman, memagar kampung,
mengadakan perintah berkurung , mewujudkan
Kampung Baru dan memindahkan serta menempatkan
penduduk.
PEMERKASAAN PASUKAN KESELAMATAN Tentera
Polis 1. Pasukan Askar Melayu
2. Pasukan Askar Komanwel
1. Cawangan Khas
2. Special Constables 3. Sarawak Rangers
3. Polis Hutan
Sukarelawan
4. Polis Wanita
1. Home Guard
5. Senoi Praaq( Urang Perang)
6. Auxiliary Police
Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan
Di bawah Undang-undang Darurat, kerajaan memperkenalkan sistem
pendaftaran kad pengenalan pada 23 Julai 1948 bagi mengawal
pergerakan penduduk. Langkah ini diambil untuk memudahkan
pihak keselamatan membezakan orang awam dengan 12 tahun ke
atas dikehendaki mendaftarkan diri dengan pihak berkuasa. Orang
awam dikehendaki membawa kad pengenalan ke mana-mana
sahaja.
Rancangan Briggs
Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney,
Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada tahun
1950. Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs pula
dilantik menjadi Pengarah Operasi. Tujuan utama
langkah ini adalah untuk memutuskan hubungan PKM
dengan Min Yuen yang membekalkan makanan,
senjata, maklumat dan ubat-ubatan kepada PKM.
Rancangan Briggs merupakan langkah yang berkesan
untuk melemahkan pergerakan komunis.
Tawaran pengampunan
Pada 6 September 1949, Sir Henry Gurney
mengisyaratkan pengampunan kepada komunis supaya
menyerah diri. Setiap hari, Radio Malaya menyiarkan
syarat tawaran pengampunan. Poster juga ditampal
dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil. Penyebaran
risalah ini dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah
disebarkan melalui pengangkutan udara. Iklan dan
wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk
memeluk anggota komunis supaya menyerah diri.
Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat
Pada 22 Disember 1949, Majlis Perundangan Persekutuan
mengisytiharkan kempen "Bulan Rakyat Melawan Penjahat".
Penduduk berbilang kaum diseru supaya mendaftarkan diri secara
sukarela dengan pihak berkuasa. Menjelang bulan Mac 1950,
jumlah sukarelawan telah mencecah ke angka 435 905 orang.
Perintah Berkurung
Perintah berkurung ialah tindakan melarang
penduduk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu.
Perintah Berkurung membolehkan pasukan
keselamatan menjalankan operasi dengan lebih
berkesan. Misalnya, pada bulan Jun 1951, penduduk
di kawasan Labis, Johor, dikenakan perintah
berkurung untuk membolehkan pasukan
keselamatan menjalankan operasi memburu
komunis.
Perang Saraf
Perang saraf ialah rancangan yang dilaksanakan oleh British untuk
menghapuskan komunis melalui usaha menangani hati dan fikiran
rakyat. Pada tahun 1952, Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi
British di Tanah Melayu. Beliau ingin menjalinkan hubungan baik
dengan penduduk tempatan supaya mereka bekerjasama dengan
pihak kerajaan dan menyampaikan segala maklumat tentang komunis.
Perang saraf berjaya memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu
dan membanteras ancaman komunis.
Langkah-langkah kerajaan menangani
penularan wabak Covid-19
Perdana menteri umum PKP di peringkat awal
Pada 16 Mac, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac di
seluruh negara. Muhyiddin berkata perintah kawalan selama
14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Pelaksanaan PKPD
Mengakui situasi semasa di negara ini berkemungkinan menjadi lebih sukar, tanggal
25 Mac menerusi satu perutusan khas, Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Sinergi kerjasama kerajaan, swasta dan NGO
Setiap lapisan masyarakat, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO)
turut berperanan besar dalam memutuskan rantaian wabak ini. Beberapa buah hotel
sebagai contoh telah menawarkan kepada kerajaan untuk dijadikan sebagai pusat
kuarantin.
Suasana Ramadhan yang berbeza
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan ( Kluster Keselamatan) sebelum ini
berkata bahawa bazar Ramadhan tidak dibenarkan beroperasi jika tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan prosedur operasi standards
(SOP) untuk penganjuran bazar sekiranya PKP tamat sebelum Ramadhan.
Penutup
Nilai yang saya dapat daripada kajian kes ini adalah
sabar dan tabah menghadapi ujian. Melalui kajian
kes ini saya lebih mencintai negara dan berazam
untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Harapan saya semua rakyat Malaysia bersatu padu
dan bertoleransi untuk kesejahteraan bersama.
Sumber rujukan
1. Buku teks tingkatan 4, Ridzuan Bin Hasan, Sharifah
Afidah, Muslimin Bin Fadzil, Subramaniam a/l Raman.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
2.Orang sumber, Fathiah Binti Jaafar dan Abdul Halim
Bin Shamsuri
3.Sumber internet, [email protected],
www.stoducu.com.my, www.astroawani.com.my