The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gorumont, 2022-09-07 06:55:49

TENTATIF MA JKPMM 2022

TENTATIF MA JKPMM 2022

JAWATANKUASA PERSEKUTUAN PEMUDA-PEMUDI(PMM)
SIB KAWASAN TAGINAMBUR, KOTA BELUD

Ruj : JKPMM (MA) 01-22 (1)
Tarikh : 07 SEPTEMBER 2022

Kepada,

Pengerusi PMM,
SIB Sidang-sidang Lokal,
Kawasan Taginambur, Kota Belud.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERSEKUTUAN PEMUDA-PEMUDI (PMM) SIB
KAWASAN TAGINAMBUR TAHUN 2022

Shallom dan salam damai dalam kasih Kristus, Tuhan kita. Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikut adadah butiran Mesyuarat Agung PMM SIB Kawasan Taginambur tahun 2022 sebagai
tindakan semua sidang lokal:-

Tarikh : 10 September 2022 (Sabtu)
Tempat : Gereja SIB Pinasang, Tamu Darat
Masa : 08:30 pagi
Yuran : RM15/Org

Disempurnakan oleh Pst. Phool Tampisal, Ketua SIB Kawasan Taginambur

3. Sehubungan itu, surat ini disertakan dengan tentatif Mesyuarat Agung, Laporan Pelayanan dan
Laporan Kewangan sebagai makluman semua sidang lokal. Sebarang pertanyaan mengenai laporan
pelayanan dan laporan kewangan bolehlah disalurkan secara bertulis kepada JKPMM SIB Kawasan
Taginambur untuk mendapat maklum balas sebelum MA ini berlangsung.

4. Hal ini disesuaikan daripada surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak SIB Sabah bahawa
perbahasan mengenai laporan pelayanan dan laporan kewangan tidak lagi dijalankan semasa MA bagi
maksud dan justifikasi tertentu.

5. Sebagai makluman, setiap sidang lokal hanya dibenarkan menghantar 3 orang perwakilan, iaitu
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari (atau diwakili oleh mana-mana AJK) dengan syarat perwakilan
tersebut telah lengkap menerima vaksinisasi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Semua
perwakilan juga diwajibkan memakai “mask” sepanjang berlangsungnya MA dan mengamalkan 3C, 3W
seperti yang disarankan oleh pihak KKM.

6. Perhatian dan kerjasama pihak tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai demi kelancaran
Mesyuarat Agung ini nanti. Tuhan memberkati semua PMM sidang lokal.

Sekian dan terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………..
( DKN. JAYMON KASSIM )
Pengerusi,
PMM SIB Kawasan Taginambur.

sk.
Pengerusi Majlis Kawasan, SIB Kawasan Taginambur


Click to View FlipBook Version