The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chansarveshyuga, 2021-04-23 23:22:55

Tun Dr ismail tokoh-2

Tun Dr ismail tokoh-2

Tun Dr. Ismail merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua. Beliau menjadi Timbalan Perdana
Menteri ketika Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri pada 22 September 1970 menggantikan Tunku
Abdul Rahman.' Sebelum dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail telah menjawab
pelbagai jawatan penting dalam kabinet. Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Menteri
Kehakiman dan Keadilan. Menteri Perusahaan dan Perdagangan, Kementerian Dalam Negeri dan Menteri
Sumber Asli. Selain itu, kredebiliti Tun Dr. Ismail juga terserlah apabila beliau dilantik menjadi Duta Besar
Tanah Melayu pertama ke Amerika Syarikat dan Wakil Tetap pertama Tanah Melayu ke PBB.’ Kedua-dua
jawatan ini amat penting bagi negara yang baru mencapai keinerdekaan untuk memperkenalkan negara ke
peringkat antarabangsa dan meletakkan batu asas yang kukuh bagi sebuah negara baru. Pada 9 Jun 1966,
Tun Dr. Ismart telah dianugerahkan gelaran “Tun” oleh DYMM Tuanku Ismail Nasirudin Shah ibni
Almarhum Stiltan Zainal Abidin, Yang Dipertuan Along Malaysia keempat. Beliau merupakan orang
pertama yang dianugerahkan gelaran “Tun” ‘

Beberapa aspek latarbelakang kehidupan Tun Dr. Ismail akan dilihat seperti latarbelakang keluarga,
pendidikan, kerjaya dan pembabitan awal politik beliau. Aspek latarbelakang seseorang tokoh amat penting
untuk diteliti kerana faktor latarbelakang akan membentuk peribadi dan corak kepimpinan seseor‹ing
pemimpin. Keperibadian dan kesungguhan Tun Dr. Ismail sebagai pemimpin negara terbukti apabila beliau
menjadi orang kepercayaan dua or‹ing Perdana Menteri Malay sia iaitu Tunku Abdul Rahman dan juga Tun
Abdul Razak. Malahan ketika naenjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail telah diberi
kepercayaan untuk memegang dua buah kementerian yang penting iaitu Kementerian Dalam Negeri dan
Kementerian Perdagangan dan lndustri.‘

NAMA TUN DR.ISMAIL BIN DATO ABDUL RAHMAN
TARIKH LAHIR 4 NOVEMBER 1915

LAHIR JOHOR BAHRU ,JOHOR
IBU Datin Zaharah Abu Bakar
BAPA DATO HAJI ABDUL RAHMAN MOHAMED YASSIN

PASANGAN TOK PUAN NORASHIKIN DATO MOHD SETH
ANAK
MOHAMED TAWFIK ISMAIL
MENINGGAL DUNIA ZAILAH ISMAIL

PEKERJAAN BADARIAH ISMAIL
TARMIZA ISMAIL
ZAMAKHSHARI ISMAIL

ARIFF ISMAIL

2 OGOS 1973 (UMUR 57)
KUALA LUMPUR
AHLI POLITIK

Anak kelahiran Johor Bahru ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah dan kemudian
melanjutkan pelajaran di English College, kedua-duanya di Johor Bahru. Setelah lulus dengan

cemerlang dalam pendidikan peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke King Edward
College of Medicine, Singapura dari tahun 1936 hingga 1939. Setelah itu, beliau telah mendapat
tawaran melanjutkan pengajian di Queen's College, The University of Melbourne, Australia sehingga
memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1945. Beliau
mendapat penghargaan dan menjadi kebanggaan negara kerana menjadi anak melayu pertama lulus
Ijazah Perubatan dari Universiti tersebut. Sekembali ke Tanah Air, beliau menyertai Jabatan Kesihatan
Johor buat seketika dan kemudian membuka klinik perubatannya sendiri yang dikenali sebagai Klinik

Tawakkal di Johor Bahru.

Beliau terdorong untuk menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato' Onn
Jaafar sebagai Presiden UMNO dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau
menceburkan arena politik setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 1951.

Beliau merupakan duta pertama dari Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun 1957.
Beliau juga diberikan pentauliahan untuk menjadi duta negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu. Jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959.

Beliau pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960
sehingga 21 Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab kesihatan.
Kekosongan jawatannya sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah diisi oleh Tun Abdul
Razak.

Beliau sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal Luar Negeri
pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak
mempengerusikan MAGERAN dan meminta beliau untuk menjadi Timbalan Pengarah
MAGERAN (Mei 1969-Februari 1971). Beliau kembali menjawat jawatan Kabinet dan kekal
sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sehingga 1 Ogos 1973.

Semasa hayat beliau, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan
dan Perusahaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Jawatan terakhir yang dipegang oleh beliau
adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga merupakan Timbalan Perdana Menteri
Malaysia yang kedua selepas Tun Abdul Razak pada 1970.

Jasa yang paling besar dilakukan oleh beliau adalah mengembalikan keyakinan rakyat
Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Berikut merupakan kata-kata yang dikeluarkan oleh
Tun Suffian mengenai jasa beliau:

It was during the agonising days that his outstanding qualities came to the fore. Perhaps it can be
said that more than anybody else the Tun contributed substantially to the restoration of public
confidence in the Government's determination to restore law and order after the May 13th incidents.

Tun Dr.Ismail mula menempa nama dalam bidang politik apabila
dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor tahun

1948 hingga 1954. Di peringkat persekutuan pula, beliau mula
menyertai UMNO pada tahun 1951 setelah Dato' Onn Jaafar meletak
jawatan dan Tunku Abdul rahman diangkat sebagai Presiden UMNO.

Beliau juga menganggotai Majlis Perundangan Persekutuan yang
ditubuhkan oleh Sir Gerald Templer pada tahun 1955 dan setahun
selepas itu, beliau dilantik sebagai Menteri Tanah, Perlombongan dalam

kabinet persediaan Tunku Abdul Rahman.

Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Tun Dr.Ismail telah dilantik
sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1956.

Tunku Abdul Rahman turut memilih beliau sebagai salah seorang ahli
rombongan ke London pada Februari 1956 bagi rundingan kemerdekaan
Tanah Melayu. Beliau telah dilantik sebagai Duta Malaysia ke Amerika

Syarikat yang pertama dan pada masa yang sama sebagai wakil
Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Jasa Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman dalam sejarah tanah air kita.
Antaranya, kejayaan memulihkan keamanan selepas Peristiwa 13 Mei adalah sesuatu yang
mengagumkan semua pihak. Usaha-usaha sebegini adalah permulaan ke arah mengenali

dengan lebih dekat perwatakan beliau. Antaranya tegas. jujur dan berani menghadapi
cabaran dalam memikul tanggungjawab. Oleh itu penghasilan buku yang bertajuk “Tun Dr.
Ismail: Merintis Kepemimpinan Berintegriti” akan menjelaskan nilai-nilai kepemimpinan

negarawan ini untuk diteladani. Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, dikenali dengan nama
ringkasnya TDI - Telus, Dinamik dan Integriti. Ini adalah nilai-nilai teras yang selari
dengan matlamat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk melahir dan
membentuk pemimpin masa depan. Nilai-nilai ini merupakan amalan dan pegangan

negarawan yang menjadi focus bagi generasi muda sekarang.

 Pidato Tun Dr. Ismail diadakan sekali setiap dua tahun oleh Akademi
Perubatan Malaysia untuk memperingati beliau. Pidato ulung itu telah
diberikan oleh Yang Amat Arif Tun Mohamed Suffian bin Mohamed
Hashim, Ketua Hakim Negara pada bulan Ogos 1974.

 Sebuah tempat di kawasan Segambut, Kuala Lumpur telah
dinamakan Taman Tun Dr. Ismail sebagai memperingati jasanya.

 Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) di UTM Skudai sempena memperingati
jasa beliau kepada negara.

 Kolej Tun Dr. Ismail di UPM, Serdang dinamakan untuk
memperingati beliau. Salah sebuah kolej yang ternama dan unggul
dalam bidang sukan, kebudayaan dan akademik. Beberapa tokoh
terkenal negara sempat meluangkan masa bersama warga kolej KTDI
UPM.

 Kolej kediaman Tun Dr. Ismail di UTHM, Batu Pahat juga diberikan
dengan menggunakan nama beliau

 Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail di UKM, Cheras (PPUKM)
mengambil nama beliau sempena memperingati jasa beliau sebagai
seorang doktor dan negarawan yang banyak berjasa kepada tanah air
ini.

Tun Dr. Ismail merupakan seorang tokoh politik Malaysia yang amat berjasa kepada negara.
Ketokohan serta sikap tegas beliau dalam melaksanakan urusan negara amatlah disegani. Berdiri sebagai
orang kuat di bawah pimpinan dua orang Perdana Menteri menunjukkan bahawa bakat serta ketokohan Tun
Dr. Ismail dalam pentadbiran negara amatlah diperlukan. Tun Dr. Ismail adalah seorang pemimpin yang
jujur, berprinsip dan tegas dalam menyatakan pendiriannya mengenai sesuatu perkara, terutumanya
berkaitan dengan pelaksanaan tugasnya sebagai pemimpin negara. Tun Dr. Ismail bukanlah seorang ahli
politik dalam erti kata yang lazim, beliau lebih merupakan seorang pentadbir yang cekap dan memang
sewajarnya beliau menjadi orang kanan kepercayaan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Jika beliau
mempunyai umur yang panjang, mungkin kini beliau tersenarai sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
ketiga selepas Tun Razak.

Latarbelakang keluarga serta pendidikan yang diterima beliau telah membentuk peribadi dan sifat
kepimpinan beliau. Bakat kepimpinan beliau dalam politik diwarisi daripada ayah, abang serta ipar beliau
yang juga turut terbabit dalam dunia politik. Selain itu, keperibadian beliau sebagai doktor telah menjadikan
beliau seorang pemimpin yang teliti dalam membuat setiap keputusan. Walaupun tidak bercita-cita
menjadi seorang ahli politik, namun beliau berjaya menjadi seorang ahli politik yang disegani dan
ketokohan beliau sebagai ahli politik sukar untuk dicari ganti.

RUJUKAN

1. "Penyata Rasmi Dewan Rakyat 11 Julai 1973" (PDF). Parlimen Malaysia. 11 Julai 1973. Dicapai
pada 2 Februari 2021.

2. ^ Thajunnisa (2004), p. 4
3. ^ Ooi, Kee Beng (18 January 2007). The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His

Time Diarkibkan 18 Mac 2009 di Wayback Machine, pp. E2–E3, E8. The Sun.
4. ^ Sunday Interview: Secrets and all – A son shares a legacy Diarkibkan 13 Oktober 2007

di Wayback Machine. (7 January 2007). Malaysia Today.
5. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1959" (PDF).
6. ^ Panjat ke:a b "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN

PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 24 Disember 2020.
7. ^ "Kurniaan tinggi kepada Sultan Pahang, Dr. Ismail". eresources.nlb.gov.sg. Singapura: Berita

Harian. 29 Oktober 1965. OCLC 220731980. Dicapai pada 8 Mac 2021.
8. ^ Thajunnisa (2004), p. 63


Click to View FlipBook Version