The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-70046181, 2024-06-20 03:15:03

MAJALAH SMK LKTP PEMANIS TAHUN 2023

MAJALAH SMK LKTP PEMANIS 2023

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas KEPADA ……………………………………


JAWATANKUASA SINERGI WACANA SMK LKTP PEMANIS 2023 KATA ALU-ALUAN PROFIL SEKOLAH KURIKULUM ORGANISASI SEKOLAH HAL EHWAL MURID KOKURIKULUM TRIVIA 2023 GALERI PEMANIS PENA KREATIF 4 5 12 20 37 41 48 7O 81 187


PENGERUSI : CG. AZMI BIN AB RAHIM TIMB. PENGERUSI : CG. HJH MAIMUNAH BINTI ADDUMAN PENYELARAS : CG. HJH NONI BINTI ZAKARIA EDITOR : CG. ROSZILAH BINTI SURADI SETIAUSAHA : CG. NORANIZAH BINTI MUSTA’AN BENDAHARI : EN. NORHISHAM BIN SELIM AJK GURU : CG. ROSZILAH BINTI SURADI ( KARYA BAHASA MELAYU) CG. HJH NONI BINTI ZAKARIA ( KARYA BAHASA INGGERIS ) CG. SALMAH BINTI MOHD ALI ( DIARI SEKOLAH ) CG. ADZRIN BIN MOHMADDUN ( GRAFIK MAJALAH ) CG. SITI HALIMAH BINTI MOHD HANAFIAH ( FOTOGRAFI ) AJK MURID : BAHRIN SHAH BIN KHALID MOHAMAD EMAN HAZIM BIN HAMZAH MUHAMMAD FAKHRUL RAZIQ BIN ABDULLAH MUHAMMAD HAIQAL BIN ZAINI MUHAMMAD ISMA ZIKRI BIN NORLI MUHAMMAD RAFIQ BIN MOHD RAZIS NUR FASHA AZIERA BINTI MOHD REZAL NURIN SYAFARINA BINTI RAZAK NURUL ANIS ASHIKIN BINTI RAZALI NURUL AQILAH ATHIRAH BINTI SAMSUL SITI NURAINA NAJIHA BINTI MOHD MISAM


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Sesungguhnya, tahun 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut kita sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada. Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID-19, KPM telah memberikan komitmen penuh dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam silibus pendidikan. Malah KPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensi untuk merapatkan kesenjangan yang sedia ada. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri. Tidak dilupakan buat keluarga mangsa kejadaan tanah runtuh di Batang Kali, saya utuskan ucapan takziah sekudusnya. Landasan sistem pendidikan yang kita warisi pada hari ini telah pun melalul siri­siri pemurnian. Namun kita tidak boleh kompromi dalam memastikan tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru, pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat pelaksanaan. Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar warga pendidikan terus istiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta melahirkan anak bangsa yang tinggi sopan dan susilanya, mulia pekertinya serta halus adab santunnya. Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan negara. Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya. Makanya, proses pencarian pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak. Ekosistem harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitra dan negara sejahtera adalah aspirasi yang akan mengangkat darjat kemuliaan {karamah lnsaniah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan murid-murid keseluruhannya. Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemlk dalam keresahan tantangan ekonomi serta kos sara hidup yang menekan memerlukan sarwa pandang yang merentas zaman serta kalis masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menempuh cabaran mendatang sebagai satu pasukan warga pendidikan yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi yang telah berusaha merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepada rakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kasih seluhurnya kerana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya. "MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA" YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK Menteri Pendidikan Malaysia Kata Alu-aluan KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Salam Sejahtera dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik. Saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan bagi mencoret sepatah dua kata dalam majalah sekolah tahun ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah ini. Sesungguhnya usaha warga sekolah dalam merakamkan pelbagai peristiwa penting sepanjang tahun termasuklah informasi menarik yang lain membuktikan komitmen dan kerjasama padu semua dalam memberikan yang terbaik. Pendidikan menuntut penglibatan aktif semua pihak bagi memastikan potensi murid dapat dibangunkan selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembangunan dari aspek akademik serta akhlak, adab dan integriti berlandaskan konsep Karamah lnsaniah adalah penting bagi memastikan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dapat dilahirkan dalam usaha membangunkan Malaysia Madani. Kebersamaan semua guru dan warga sekolah dalam menyediakan pendidikan berkualiti termasuklah memastikan peluang pendidikan dapat dinikmati oleh semua tanpa mengira status sosioekonomi mahupun keupayaan bagi mengelakkan sebarang keciciran amatlah saya hargai. Keterbukaan serta penglibatan aktif ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dalam sama-sama memacu kecemerlangan pendidikan negara juga menunjukkan bahawa peranan pembinaan negara tercinta ini adalah tanggungjawab semua sepertimana ungkapan 'it takes a village to raise a child'. Akhir kata, syabas sekali lagi atas penerbitan majalah sekolah ini dan semoga segala gerak kerja yang dimainkan oleh semua pihak membawa kecemerlangan dan kesejahteraan kepada murid, warga pendidik, sekolah dan negara amnya. Kata Alu-aluan KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA


Assallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah pada tahun 2023 ini. Tiada kata secantik bahasa untuk menyusun kata-kata, tiada gambar secantik lukisan untuk saya gambarkan perasaan penghargaan saya. Sekalung ucapan tahniah saya rakamkan buat warga sekolah, khususnya sidang edaksi yang telah berjaya menerbitkan Majalah Sekolah bagi tahun 2023. Tahun 2023 adalah tahun untuk melakar sebuah wajah baharu pendidikan Malaysia dan akan dilakukan hasil kerjasama peringkat pakar-pakar pendidikan di segenap lapisan bagi mencapai ekosistem harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera. Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha yang penting kerana menjadi rujukan masyarakat luaran untuk mengenal watak dan kebitaraan sesebuah sekolah. Selain memaparkan aktiviti dan pencapaian pada tahun semasa. Majalah sekolah juga mampu menyerlahkan aura iklim serta budaya sekolah hasil garapan pemimpin sekolah dan warganya. Saya percaya komitmen yang tinggi dan kerjasama padu daripada warga sekolah dan sidang redaksi bagi merealisasikan penerbitan majalah. Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor, segala komitmen dan sumbangan warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan majalah pada tahun-tahun yang mencabar ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Pendidikan adalah asas dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang maju berteraskan semangat bersatu padu, progresif, berbudaya dan berwatak. Bagi menyahut cabaran ini, kita harus meningkatkan kualiti serta memberi fokus kepada kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti. Aspek akademik, sahsiah dan nilai perlu diterapkan dalam pendidikan. Justeru itu, guru-guru diharapkan dapat memberi fokus kepada pembelajaran berorientasikan perkembangan bagi menyokong usaha melahirkan "Anak Baik Lagi Cerdik". Penerbitan majalah sekolah merupakan aktiviti yang diusahakan oleh murid hasil bimbingan daripada guru-guru dengan tujuan mendokumentasikan seluruh kegiatan sekolah sepanjang tahun. Majalah sekolah merupakan satu dokumen yang berharga pada masa akan datang untuk melihat dan mengungkap kembali kejayaan serta perkembangan yang telah dicapai oleh sekolah. Pastinya murid-murid dengan bantuan dan bimbingan guru telah memperoleh idea baharu dengan menggabungkan aspek kreativiti dan inovasi bagi menghasilkan sebuah majalah yang bermutu. Dalam mencapai aspirasi yang unggul, proses membina ilmu perlulah seiring dengan usaha menyempurnakan akhlak setiap modal insan. Bersesuaian dengan gerak kerja Jabatan Pendidikan Negeri Johar iaitu Pendidikan Holistik Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan. Nilai-nilai ini perlu diberi fokus utama agar generasi yang dididik pada hari ini akan menjadi insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan mempunyai sahsiah terpuji. lntegrasi ilmu yang bertunjangkan keagamaan dan keperluan hakiki perlu diperkasa dan diperkukuh bagi menjamin jati diri murid terus unggul bagi menghadapi arus globalisasi perdana yang kian mencabar. Akhir kata, saya menyeru semua pihak termasuk pemimpin sekolah, guru-guru, pihak berkepentingan dan pihak swasta terus membulatkan tekad dan berusaha gigih untuk memastikan pendidikan di Malaysia khususnya negeri Johor berada di puncak kegemilangan. Semoga inti pati yang terkandung dalam majalah sekolah ini membuktikan aspresiasi pihak sekolah dalam mencipta sebuah ekosistem pendidikan yang harmoni agar Malaysia Madani dapat direalisasikan. "MALAYSIA MADAN! "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Kata Alu-aluan PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR


Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, majalah sekolah iaitu SINERGI, edisi ke-21 tahun 2023/2024 ini dapat disiapkan dengan sempurna untuk tatapan semua. Sekalung tahniah dan syabas dititipkan kepada Sidang Redaksi Majalah ini kerana kesepakatan dalam bekerja telah membolehkan majalah ini berada di tangan pembaca. Majalah ini suatu dokumen bercetak yang sangat penting sebagai gambaran kecemerlangan pendidikan SMK LKTP Pemanis. Walaupun teknologi canggih atas talian dan teknologi komunikasi pada masa sebenar telah mengambil alih sebahagian besar naskhah penulisan tradisional, namun SMK LKTP Pemanis masih mampu mengekalkan penerbitan majalah Sinergi dalam bentuk yang sedia ada bagi kesekian kalinya. SMK LKTP Pemanis sentiasa mengalu-alukan aplikasi teknologi terkini, tetapi pada masa yang sama berusaha menjaga kesinambungan sejarah yang sangat berharga ini. Bagi warga sekolah, segala butiran dan gambar yang dimuatkan dalam majalah ini bukan sekadar catatan kenangan indah zaman persekolahan, bahkan suatu rujukan tentang kemajuan SMK LKTP Pemanis yang autentik dan rasmi. Dalam menghadapi era globalisasi yang mencabar ini, semua murid perlu berusaha dengan lebih gigih untuk melengkapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kendiri disamping mempamerkan sahsiah yang terpuji. Justeru, saya berharap agar semua warga SMK LKTP Pemanis sentiasa bergerak seiring dengan transformasi yang berlaku dalam Dasar Pendidikan Negara. Akhir kata, saya mendoakan SMK LKTP Pemanis akan terus maju dalam semua aspek dan segala usaha yang dilakukan akan diberkati oleh Allah SWT. Kejayaan yang luar biasa akan diperoleh hasil dari usaha yang berlipat ganda. Marilah kita bersama-sama berjuang meneruskan kejayaan sekolah ini. Sekian, Terima Kasih. Azmi bin Ab. Rahim Pengetua SMK LKTP Pemanis Kata Alu-aluan PENGETUA SMK LKTP PEMANIS


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya maka terhasillah majalah sekolah kali ini. Saya mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa guru serta pelajar yang turut terlibat dalam kesungguhan menyiapkan majalah ini. Kemunculan majalah ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga sekolah. Naskhah bersejarah ini menggambarkan wajah SMK LKTP Pemanis sepanjang tahun 2023. Di samping itu, naskhah ini merupakan satu lapangan atau landasan buat para pelajar memaparkan ideaidea bernas dan menarik. Satu kenyataan yang jelas terpapar adalah semangat kerjasama dan komitmen warga sekolah yang dipertontonkan bagi mencerminkan gambaran menyeluruh tentang aktiviti dan kejayaan SMK LKTP Pemanis. Sejajar dengan alaf baru, maka mutu pendidikan kita juga harus seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia semasa. Saya amat berharap agar segala misi, visi dan matlamat sekolah dapat dikecapi. PIBG dengan besar hati akan sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menjayakan sarana sekolah. Akhir kata, saya ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa atas sokongan dan kerjasama bagi memartabatkan nama SMK LKTP Pemanis. SMP dihati ! Sekian, terima kasih HJH ANIZAH BINTI MOHAMAD YDP PIBG, Kata Alu-aluan YANG DIPERTUA PIBG SMK LKTP PEMANIS


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Memetik kalimah agung Bismillahirrahmanirrahim sebagai mulanya kata,bersyukur ke hadrat Allah SWT tuhan sekalian alam selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW Bersyukur kepada Allah SWT dengan izin-Nya, majalah Bingkisan Pemanis Edisi ke-21 yang menyimpan cerita suka dan duka warga SMP dapat diterbitkan lagi pada tahun 2023. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada sidang redaksi Bingkisan Pemanis kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan nukilan buat tatapan semua warga SMP. Sesungguhnya ilmu merupakan elemen penting dalam pembinaan sesuatu tamadun dan kejayaan sesuatu bangsa. Ilmu menjadi penerang kepada kegelapan dan penyuluh kepada yang buta.Sejarah membuktikan bahawa kekuatan ilmu telah membantu bangsa Eropah keluar dari zaman kegelapan, malahan dengan ilmu jugalah Islam mencapai zaman kegemilangannya Oleh itu, kita sebagai seorang pelajar khususnya pelajar SMP hendaklah menuntut ilmu sedalam-dalamnya. Semoga lahirlah Ibn Sina dan Al-Khawarizmi baru pada zaman Islam moden ini,janganlah jadikan ilmu ini bak mentimun bengkok. Bagi kelompok kelahiran tahun 2006,selama lima tahun menjadi penghuni SMP, akhirnya kalian akan melangkah kaki keluar sekolah dan bersedia menghadapi cabaran dunia luar.Selama lima tahun ini jugalah lahirnya pahit manis dan susah senang bersama guru-guru serta kakitangan sekolah yang tidak dapat dilupakan.Tanpa kalian siapalah SMP. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada warga pendidik SMP yang selama ini berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan SMP terus cemerlang dalam apa-apa jua bidang sama ada akademik mahu pun kokurikulum.Usaha gigih guru-guru dalam mendidik pelajar di SMP sangat saya hargai. Hubungan ini boleh dikatakan terendam sama basah,terampai sama kering. Sebagai menggulung kata-kata,saya sebagai wakil pelajar, ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada sidang redaksi SINERGI “WACANA SMK LKTP PEMANIS” atas kejayaan menerbitkan majalah ini. Semoga generasi akan datang terus memartabatkan SMP di persada kegemilangan.Jadikanlah Al Quran dan Sunnah sebagai panduan dalam menghadapi hari-hari mendatang. Saya juga mendoakan agar Sekolah Menengah Pemanis yang tercinta ini akan terus cemerlang gemilang dan terbilang.Semoga segala jasa dan pengorbanan warga SMP akan dibalas dengan pahala dari Maha Esa. Sekian, terima kasih. BAHRIN SHAH BIN KHALID KETUA PELAJAR SMK LKTP PEMANIS Kata Alu-aluan KETUA PELAJAR SMK LKTP PEMANIS


PROFIL AM SEKOLAH KOD SEKOLAH : JEA 7036 NAMA SEKOLAH : SMK LKTP PEMANIS JENIS SEKOLAH : SEKOLAH KERAJAAN GRED SEKOLAH : A SESI PERSEKOLAHAN : PAGI NO. TELEFON/ NO. FAKS : 07-9456853 KATEGORI SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR PERINGKAT SEKOLAH : MENENGAH RENDAH DAN MENENGAH ATAS E-MEL : jea7036 @moe.gov.my


Sekolah ini ditubuhkan di atas permintaan penduduk Felda LKTP Pemanis 1 dan Pemanis 2 kerana kesulitan ibu bapa menghantar anak ke SMK Buloh Kasap yang terletak 23 Kilometer dari Felda Pemanis.SMK LKTP Pemanis terletak di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Pemanis 1, iaitu kira-kira 35 kilometer dari Bandar Segamat. Luas Kawasan sekolah meliputi 5.907 hektar. Sekolah ini mula dibina pada 26 Januari 1993 dan siap pembinaannya pada 31 ogos1994 dan diberi nama sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan SMK LKTP Pemanis bersempena dari sebuah bukit yang terdapat dalam tanah rancangan ini iaitu Bukit Pemanis. Kemudian bangunan sekolah telah diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Johor pada 28 November 1994. Sekolah ini mengandungi 3 blok bangunan tiga tingkat iaitu Blok A,B, dan C yang terdiri daripada sebuah makmal sains, sebuah bilik kaunseling,sebuah bilik am guru dan 18 buah kelas. Sekolah ini juga memiliki satu blok bangunan dua tingkat untuk bengkel kemahiran hidup. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai sebuah kantin, sebuah bengkel pertanian, sebuah rumah pam pencegah kebakaran, sebuah bangsal basikal dan padang. Kos pembinaan blok-blok sekolah ini ialah RM3,461,600. Pada 1 Januari 1997, sekolah ini telah mendapat 8 unit rumah guru untuk penempatan guru-guru dengan keluasan 1 hektar. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Disember 1994 bersama pengetua pertama iaitu Encik Ismail bin Jalis dengan 13 orang guru dan 2 orang pembantu am rendah. Jumlah pelajar ketika itu seramai 444 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2. Pelajar tingkatan 4 didaftarkan pada 2 minggu berikutnya untuk memenuhi keperluan sekolah. Pada peringkat tahun pertama persekolahan, hanya tingkatan 1,2 dan 4 sahaja yang dibenarkan mendaftar disekolah ini kerana kemudahan sekolah masih tidak mencukupi. Bekalan buku teks terpaksa dipinjam dari SMK Buloh Kasap dan sekolah-sekolah lain di daerah segamat. Walau bagaimanapun serba kekurangan, sekolah ini masih dapat melahirkan pelajar yang berkualiti sehingga kini. Sejarah Sekolah SENARAI PENGETUA SMK LKTP PEMANIS DARI TAHUN 1994 - 2023 CIKGU HJ ISMAIL BIN JALIS CIKGU HJH ZALEHA BINTI MD SAID CIKGU HJ NOJUMUDDIN BIN ABD SAMAD CIKGU HJH ZAINAB BIN ISMAIL CIKGU KAMSIAH BINTI ABDUL WAHAB CIKGU HJ AHMAD BIN ISMAN CIKGU HJH MASITAH BINTI YUSOP CIKGU HJH NOORIZAH BINTI MAHMOOD CIKGU HJ OTHMAN BIN MD NOR CIKGU HJH NOOR AZURA BINTI JAFFERI CIKGU DR HJ ABDULLAH ZAWAWI BIN MOHD HAIRANI CIKGU AZMI BIN AB RAHIM 1994-1955 1955-1998 1998-2001 2001-2007 2007-2011 OGOS 2011-NOV 2011 DIS 2011-2015 2015-JULAI 2016 2016-APRIL 2019 APRIL 2019-SEPT 2020 DIS 2020-NOV 2022 2023-KINI


Bahawasanya kami Pelajar-pelajar SMK LKTP Pemanis berikrar akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan Prinsip-prinsip Rukun Negara sepanjang masa. Kami juga berikrar Akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kami. Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi agama, kesejahteraan diri, keluarga bangsa dan negara


‘SENTIASA CEMERLANG’ Sekolah Menengah Pemanis Sekolah yang tercinta Berdiri megah menjana minda Mendidik putera puteri negara Menjadi insan yang berjasa Pada agama, bangsa dan negara Chorus “Sentiasa Cemerlang” Cogan kata dijulang Jadi amalan Menuju cita wawasan “Sentiasa Cemerlang” Cogan kata dijulang Menuju cita wawasan Sekolah Bestari dalam taman Sekolah Menengah Pemanis Lambang kebanggaan kami Terpahat dalam di hati kami Amalkan ilmu yang diberi Kami sedia untuk berbakti Majulah, maju SMP Ciptaan: Guru SMK LKTP Pemanis 1999 Sempena Hari Guru


LOGO SMK LKTP PEMANIS WARNA KUNING Kesetiaan kepada Raja dan Negara WARNA HITAM Tekad dan azam yang kukuh WARNA PUTIH Kebersihan dan keikhlasan WARNA BIRU Kebersihan warga sekolah WARNA MERAH Semangat berani menghadapi cabaran BENDERA SMK LKTP PEMANIS IJAZAH & SIJIL :Melahirkan insan berilmu TIGA GULUNGAN :Permuafakatan kerjasama dan bantu- membantu OBOR :Ilmu sebagai penyuluh hidup PENSEL :Alat dalam proses pendidikan SEPARA BULATAN :Melahirkan insan yang mahir dalam bidang sains dan teknologi


PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA SEKOLAH LESTARI KEUNGGULAN PERIBADI


BAHASA MELAYU BOLA BALING SENTIASA CEMERLANG MELAHIRKAN MURID MINDA KELAS PERTAMA YANG BERBUDAYA SAING DI PERINGKAT GLOBAL, PROGRESIF DAN INOVATIF DENGAN ASPIRASI KPM


PENGETUA PENOLONG KANAN PIBG PK KOKURIKULUM PERSATUAN / KELAB BUKAN AKADEMIK KOMPUTER SPBT MALAYSIAKU PENCEGAHAN JENAYAH KO AKADEMIK BAHASA STEM SEJARAH PSV RBT SUKAN & PERMAINAN B.JARING B.BALING PETANQUE BOLA TAMPAR SEPAK TAKRAW E-SPORT BADAN BERUNIFORM PENGAKAP KRS PUTERI ISLA M KADET POLIS KADET BOMBA RUMAH SUKAN UNICORN CHIMERA PHOENIX KOPERASI RIMUP GKMP BAHASA PK PENTADBIRAN GKMP KEMANUSIAAN & KEMASYARAKATAN GKMP SAINS & MATEMATIK GKMP TEKNIK & VOKASIONAL B. MELAYU B.INGGERIS SEJARAH GEOGRAFI PEND. SENI PEND. ISLAM PJPK SAINS MATEMATIK MATEMATIK TAMBAHAN FIZIK KIMIA BIOLOGI RGD SAINS KOMPUTER RBT ASK PEPERIKSAAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA PENYELIAAN & PENCERAPAN PUSAT SUMBER SEKOLAH MAKMAL KURSUS & PERKEMBANGAN STAF JADUAL WAKTU PEMBANTU MAKMAL PENDIDIKAN KHAS PK HEM DISIPLIN & TATATERTIB BADAN DAKWAH DAN ROHANI PENGAWAS SEKOLAH MAJLIS PEMIMPIN PELAJAR MAJLIS PEMIMPIN KELAS KESELAMATAN KESIHATAN / ISOLASI KEBERSIHAN & KECERIAAN PEND PENCEGAHAN JENAYAH BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH SKIM BANTUAN BUKU TEKS DATA & REKOD MURID PENGURUSAN BILIK DARJAH KANTIN PEMBANTU PENGURUSAN MURID


BIL NAMA GURU GRED KELULUSAN OPSYEN BIDANG TUGAS PENTADBIRAN 1 CG. AZMI BIN AB RAHIM DG 52 Sarjana Pendidikan Perniagaan & Keusahawanan Perdagangan / Perniagaan Pengetua 2 CG. HJH SA’DIAH BINTI MAD SA’AT DG54 B. Education (TESL) Hons. UPM Bahasa Inggeris/ Bahasa Melayu GPK Pentadbiran 3 CG. HJH RASHIDAH BINTI AHMAD DAHARI DG52 Sarjana Sains dan Pend.Teknik & Vokasional Teknologi serta Pendidikan (KHB) GPK Hal Ehwal Murid 4 CG. HJH MAIMUNAH BINTI ADDUMAN DG52 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Prinsip Akaun / Ekonomi GPK Kokurikulum/ 5 CG. FARIDAH SYAFIRAH BINTI ALI DG48 Sarjana Pendidikan Psikologi Pendidikan Kemahiran Hidup/ ERT GKMP Teknik & Vokasional 6 CG. FUZIAH BINTI A.RAHMAN DG52 B.Sc Edu. (Hons) Chemistry Kimia GKMP Sains & Mate/ K.P. Kimia 7 CG. HJH NONI BINTI ZAKARIA DG48 B.Ed. TESL Bahasa Inggeris GKMP Bahasa /PenyelarasTS25 8 CG. NORLI BINTI MUHAMMAD DG48 Sarjana Muda Sastera & Pendidikan Sastera/Geografi GKMP Sains & Kemasyarakatan 9 CG. MOHD KHANAFI BIN MOHD YUNUS DG48 Sarjana Muda Kejuteraan Elektrik KPLI Matematik Matematik SU Peperiksaan/Guru Disiplin / Guru Ting.5A 10 CG. ZOHARI BIN MESLAN DG48 Diploma Perguruan Matematik KP Matematik 11 CG. FAZLINDA BINTI MESRI DG48 B.Sc. Edu. Physic Fizik /Matematik Guru Pengurusan Data 12 CG. NOR ANISAH BINTI SARIOH DG48 Sarjana Psikologi Pendidikan Biologi/Sains Guru Perpustakaan & Media/ Bendahari Koperasi/ Bendahari PIBG 13 CG.INTAN ZAHARAH BINTI ABU SHOED DG48 Ijazah Sarjana Muda TESOL Bahasa Inggeris KP Bahasa Inggeris / Penyelaras PDB/ Guru Ting.2B 14 CG. ROSZILAH BINTI SURADI DG44 Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu KP BM,/KP TI /SU PIBG/ SU SPBT/ Guru Ting.3B 15 CG. ADZRIN BIN MOHMADDUN DG44 Sarjana Muda Seni Reka Grafik Grafik Berkomputer KP MPV / Guru Ting. 5B 16 CG.NURUL JALILAH BINTI ABDUL RAHMAN DG44 Sarjana Pendidikan Pengurusan Pentadbiran Kaunseling Kaunselor 17 CG.MAHFIZUDDIN BIN MASTUGI DG44 Sarjana Muda Komunikasi, DPLI Pend.Seni Visual Pend.Seni Visual KP Pend.Seni Visual / Guru Ting.4C 18 CG. AMIR BIN MUSA DG 44 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan Sains Sukan /PJPK SU Sukan/Guru Ting.1B 19 CG. NORANIZAH BINTI MUSTA’AN DG44 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pend. Khas Pendidikan Khas Penyelaras Pend Khas / SU SPBT P.Khas /SU Majalah 20 CG.SALMAH BINTI MOHD ALI DG44 Ijazah Sarjana Muda Kemahiran Hidup Pendidikan Reka Bentuk & Teknologi Penyelaras MPP 21 CG. SITI HALIMAH BINTI MOHD HANAFIAH DG41 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat ICT SU HEM/ KP Sains Komp / Penyelaras Bestari 22 CG. NUR SHAAFIKA BINTI MOHD NOOR DG41 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah Sejarah SU Koko/ Guru Ting. 5A 23 CG.ZAITUL IFFAH BINTI ZAKARIA DG41 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah Sejarah KP Sejarah / SU SPM / Guru Ting 4A 24 CG.NURHANIS BINTI JOHARI DG41 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Multimedia Kreatif ASK Ketua Bilik Kesihatan/ Guru Ting.2A/ KP ASK 25 CG. FAUZIAH BINTI MOHAMAD DG41 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) Pendidikan Khas Guru Ting Pendiidkan Khas /SU PASM 26 CG. MUHAMMAD FIZUWAN BIN MD NGALIMON DG41 Ijazah Sarjana Muda Al-Quran Dan Multimedia Pendidikan Islam KP Pendidikan Islam 27 CG.MASITAH BINTI MOHD NOOR DG41 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi Biologi SU Kurikulum / KP Sains/ Guru Ting. 3A 28 CG. NAILI NI’AM BINTI ZAKARIA DG41 Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab Pendidikan Islam & Bahasa Arab Guru Ting.4B 29 CG.NUR ADNIN BINTI RUZUAN DG41 Sarjana Muda Sastera Pendidikan Bahasa Melayu Guru Ting.1A 30 CG.ATIRAH HUDA BINTI ROZLAN DG41 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Rumah Tangga Sains Rumah Tangga & RBT KP Geografi / Guru Ting.1B PROFIL PENDIDIK SMK LKTP PEMANIS, SEGAMAT 2023


DARI KIRI : CG.NORLI BINTI MUHAMMAD (GKMP SAINS KEMAYARAKATAN) , CG.HJH NONI BINTI ZAKARIA ( GKMP BAHASA), CG. HJH MAIMUNAH BINTI ADDUMAN ( GPK KOKURIKULUM) , CG. HJH SA’DIAH BINTI MAD SA’AT ( GPK PENTADBIRAN), CG.AZMI BIN AB RAHIM ( PENGETUA), CG.HJH RASHIDAH BINTI AHMAD DAHARI ( GPK HAL EHWAL MURID), CG.FUZIAH BINTI A RAHMAN ( GKMP SAINS DAN MATEMATIK) DAN CG.FARIDAH SYAFIRA BINTI ALI ( GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL)


HADAPAN : CG HJH. NONI BINTI ZAKARIA, CG.HJH MAIMUNAH BINTI ADDUMAN, CG. HJH SA’DIAH BINTI MAD SA’AD, CG.AZMI BIN AB RAHIM, CG.HJH RASHIDAH BINTI AHMAD DAHARI, CG. FUZIAH BINTI A RAHMAN DAN CG.NORLI BINTI MUHAMMAD TENGAH : CG.NUR SHAAFIKA BINTI MOHD NOOR, CG.FAUZIAH BINTI MOHAMAD, CG.ROSZILAH BINTI SURADI, CG.NURHANIS BINTI JOHARI, CG.ZAITUL IFFAH BINTI ZAKARIA, CG.MASITAH BINTI MOHD NOOR, CG.NUR ADNIN BINTI RUZUAN,CG.NORANIZAH BINTI MUSTA’AN, CG.NURUL JALILAH BINTI ABDUL RAHMAN, CG. ATHIRAH HUDA BINTI ROZLAN,CG.SITI HALIMAH BINTI MOHD HANAFIAH, CG.FAZLINDA BINTI MESRI, CG.AINUN SA’ADAH BINTI MOHD ASSRI , CG.NOR ANISAH BINTI SARIOH DAN CG.NAILI NI’AM BINTI ZAKARIA BELAKANG : CG. MAHFIZUDDIN BIN MASTUGI, CG. ZOHARI BIN MESLAN, CG. MUHAMMAD FIZUWAN BIN MD NGALIMON, CG. MOHD KHANAFI BIN MOHD YUNUS DAN CG.ADZRIN BIN MOHMADDUN


AZMI BIN AB.RAHIM EX-OFFICIO ANIZAH BINTI MOHAMAD YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA NORAIMIE BINTI JAHIM ROSZILAH BINTI SURADI SETIAUSAHA BENDAHARI NOR ANISAH BINTI SARIOH MOHD KHANAFI BIN MOHD YUNUS AJK GURU DAN AJK STAF ZOHARI BIN MESLAN AMIR BIN MUSA MASITAH BINTI MOHD NOOR MOHAMED HAFIZIE BIN MOHAMED YATIN ROHANI BINTI MUSTAJAB ISMALIZA BINTI ISMAIL AJK PEMANIS 1 NORAZLINA BINTI RAHMAT NORALISA BINTI SARING ZURAIDAH BINTI ABD AZIZ NOONURUL JANNAH BINTI MOHD NOOR AJK PEMANIS 2 ABDUL WAHAB BIN OMAR NORAZLINA BINTI MOHD NOR SURIA BINTI MOHD SALLEH NORAZLIANA BINTI ASHAARI PEMERIKSA KIRA-KIRA ROHANI BINTI AYOB


BIL NAMA JAWATAN 1 NORHISHAM BIN SELIM PEMBANTU TADBIR 2 RAZAK BIN UDA PEMBANTU AM PEJABAT 3 ZURAIDAH BINTI ALI PEMBANTU AM PEJABAT 4 KHAIRIAH BINTI YUSOF PEMBANTU AM PEJABAT 5 HASHIMAH BINTI MUSTAFA PEMBANTU MAKMAL 6 SITI MAHYUNI BINTI MISNAN PEMBANTU MAKMAL 7 NURAINI BINTI DAWET@DAUD PEMBANTU MAKMAL 8 ROHANI BINTI MUSTAJAB PEMBANTU PENGURUSAN MURID 9 MOHAMED HAFIZIE BIN MOHAMED YATIN JURUTEKNIK KOMPUTER


EN.IDRIS BIN SAMIAN | EN.MOHD AZIZY BIN ALADIN | EN.MOHD BADARUZAMAN BIN KAMIS | PN.ALIESZAWATI BINTI MOHAMED YATIN | PN.SITI ZARINA BINTI ROSLAN | PN.RIMA RANI BINTI RASHIDI | PAGI : PN. HASNALIZA BINTI SULAIMAN | PN. ASRIMAH BINTI ATAN MALAM : EN. ABDUL WAHAB BIN OMAR | EN. ZAKWAN BIN MAZLAN EN.HAJI DAIM BIN AMIN (PENGUSAHA) | PN.NORAZLINA BINTI RAHMAT | PN.SHALIHA BINTI SAPEE | PN.ROZITA BINTI IBRAHIM


SELAMAT BERSARA KEPADA : Cg Hjh Siti Radziah binti Johari GPK HEM Cg Hjh Fa’iza binti Abu Bakar GPK KOKO SELAMAT BERPINDAH KEPADA : Cg.Tey Ah Kuan GPK Pentadbiran pindah sebagai Pengetua di SJKC Seg Hwa, Segamat Cg Abd Hadi bin Adman GKMP Teknik dan Vokasional pindah sebagai GPK Pentadbiran di SMK Palong Timur Pn.Azian binti Amran Pembantu Operasi pindah ke SMK Dato’ Cg Maizura binti Ismail Ahmad Arshad Guru Biologi pindah ke SMK Bandar Putra Cg Faridah Syafira binti Ali GKMP Teknik dan Vokasional pindah ke SMK Tinggi Segamat


Cg Atirah Huda binti Rozlan Sebagai Guru Geografi, Sejarah, PJPK & Bahasa Inggeris dari Universiti Pendidikan Sultan Idris Cg Nur Adnin binti Ruzuan Sebagai Guru Bahasa Melayu dan Pend.Seni Visual dari Universiti Sains Malaysia Cg Hjh Sa’diah binti Mad Sa’at Sebagai GPK Pentadbiran dari PPD Segamat Cg Azmi bin Ab Rahim Sebagai Pengetua dari SMK Tinggi Segamat Cg Hjh Maimunah binti Adduman Sebagai GPK KOKO dari SMK Canossion Convent, Segamat Cg Hjh Rashidah binti Ahmad Dahari Sebagai GPK HEM dari SMK Jementah, Segamat Cg Naili Ni’am binti Zakaria Sebagai Guru Pendidikan Islam dari Maahad Yaakubiah Nipah, Kelantan


Khairiah binti Yusof Sebagai Pembantu Am Pejabat dari SMK Seri Jementah, Segamat Nuraini binti Dawet@Daud Sebagai Pembantu Makmal dari SMK Taman Johor Daya 1, Johor Bahru NUR’AINUN SA’ADAH BINTI MOHD ASSRI Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Matematik, UiTM Puncak Alam, Selangor SITI NORASYIKIN BINTI HASAN Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Moral (Kepujian), UPSI Tanjong Malim, Perak Cg Razilah binti Baharudin Sebagai Guru PPKI dari SMK Dato’ Ahmad Arshad Cg Ibrahim bin Kamaruddin Sebagai Guru Bahasa Melayu dari SJKC Seg Hwa, Segamat


CG.NOR ANISAH BINTI SARIOH CG. ABD HADI BIN ADMAN PN.ZURAIDAH BINTI ALI CG.NORLI BINTI MUHAMMAD


CG FARIDAH SYAFIRA BINTI ALI CG HJH NONI BINTI ZAKARIA CG ADZRIN BIN MOHMADDUN CG NURUL JALILAH BINTI ABD RAHMAN


CG. SALMAH BINTI MOHD ALI CG. NOR ANISAH BINTI SARIOH CG. FUZIAH BINTI A RAHMAN CG. NORANIZAH BINTI MUSTA’AN EN.MOHAMED HAFIZIE BIN MOHAMED YATIN


GRED PURATA MATA PELAJARAN (GPMP) SPM TAHUN 2022 SUBJEK BM BI PAI SJ MM SN PSV MT SK FZ KIM BIO RGD T GRED 2.65 6.26 3.32 1.82 5.44 3.44 3.81 7.89 3.14 6.00 6.72 4.36 1.93 4.00 NAMA : MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN MOHD ARDANI CITA-CITA : GURU BIOLOGI PRINSIP : SUCCES IS NOT FINAL, FAILURE IS NOT FATAL, IT IS THE COURAGE TO CONTINUE THAT COUNTS IDOLA : MAIZURA BINTI ISMAIL PENDIDIKAN TERKINI : SAINS HAYAT, KOLEJ MATRIKULASI JOHOR NAMA : NUR NAJIHAH BINTI AZHAR CITA-CITA : SETIAUSAHA PRINSIP : NOBODY CAN TEACH YOU AS WELL AS YOU CAN TEACJ YOURSELF IDOLA : DR AMALINA BAKRI PENDIDIKAN TERKINI : PENGURUSAN PEJABAT, UITM , LENDU MELAKA NAMA : NUR SHAQEENA BINTI ABAS CITA-CITA : GURU SUKAN PRINSIP : DO IT FOR YOU, NOT FOR THEM IDOLA : TUN DR. SITI HASMAH PENDIDIKAN TERKINI : STPM NAMA : FATIN FIRZANAH BINTI ESA CITA-CITA : PROGRAMMER PRINSIP : JADILAH ORANG YANG BERSYUKUR IDOLA : STEVE JOBS PENDIDIKAN TERKINI : SAINS FIZIKAL, KOLEJ MATRIKULASI JOHOR GRED PURATA SEKOLAH BAGI SPM 2022 : 4.24 6 A 5 A 5 A 5 A


TING. MATA PELAJARAN NAMA GURU TING. JUM. PELAJAR JUM. ELEKTIF L P PENYAYANG 1 ASAS MASAKAN CIKGU FAUZIAH 1 2 3 PENYAYANG 2 ASAS ROTI CIKGU NORANIZAH 2 1 3 JUMLAH 3 3 6 5 AZAM SC TULEN, SK/BIO CIKGU NUR SHAAFIKA 11 6 17 5 BAKTI SN,RGD, PSV CIKGU ADZRIN 11 16 27 JUMLAH 22 22 44 4 AZAM SC TULEN, SK/BIO CIKGU ZAITUL IFFAH 6 5 11 4 BAKTI SN,RGD, PSV USTAZAH NAILI 11 10 21 4 CEKAL SN,PSV, TI CIKGU MAHFIZUDDIN 13 6 19 JUMLAH 30 21 51 3 AZAM RBT CIKGU MASITAH 15 10 25 3 BAKTI ASK/RBT CIKGU ROSZILAH 13 17 30 JUMLAH 28 27 55 2 AZAM RBT CIKGU NURHANIS 7 20 27 2 BAKTI ASK/RBT CIKGU INTAN ZAHARAH 11 16 27 JUMLAH 18 36 54 1 AZAM ASK/RBT CIKGU ADNIN 13 20 33 1 BAKTI RBT CIKGU ATIRAH 19 12 31 JUMLAH 32 32 64 JUMLAH KESELURUHAN 133 141 274


PENGERUSI : BAHRIN SHAH BIN KHALID | NAIB PENGERUSI : MOHAMAD FIRHANUSSIN | SETIAUSAHA : NOR FARISHA SYUHADA BINTI MOHD NAZRI | NAIB SETIAUSAHA : NUR FASHA AZIERA BINTI MOHD REZAL | BENDAHARI : NUR FASHA AZWA BINTI AZALAN | EXCO DISIPLIN : MUHAMAD FAREEZ ZIKRY BIN MOHD REZAL | EXCO KEHADIRAN : MUHAMMAD FAKHRUL RAZIQ BIN ABDULLAH | EXCO PERHIMPUNAN : MOHAMMAD DANIAL BIN ZOHARI | EXCO KANTIN : NURUL SHUHADA ATHIRAH BINTI ABDULLAH | AHLI JAWATANKUASA 1: WAN ARIF, MOHAMAD HARRAZ, SITI NURAINA NAJIHA, NUR ALYSHA FARHANA | AHLI JAWATANKUASA 2 : MUHAMMAD ISMA, AMANINA AHIRA, NURAIN NAJWA, SAIDATUL NAJWA | AHLI JAWATANKUASA 3 : SYAFIQ AMIRUL, MOHAMAD JAZMIN, ARZIRA MAISARA, NURIN SYARAFINA | AHLI JAWATANKUASA 4 : NUR NAZIHA, MUHAMMAD FAIZ, NURKHAIRINA GURU PENDAMPING : CG.ADZRIN BIN MOHAMADDUN, CG. ZAITUL IFFAH BINTI ZAKARIA, CG. MASITAH BINTI MOHD NOOR DAN CG. MAHFIZUDDIN BIN MASTUGI


PENGERUSI : AINUL NAJIHAH BINTI AHMADNIZAM | NAIB PENGERUSI : AIDIL IZZANI DANISH BIN FAIZUL AZUWAR | SETIAUSAHA : NABIHA BINTI JOFRI | NAIB SETIAUSAHA : AMNI DANIA BINTI AZLAN | BENDAHARI : INTAN NURAQILAH BINTI NOR AZMI | NAIB BENDAHARI : AISHAH BINTI SALLEH | AHLI JAWATANKUASA : MUHAMMAD HAIQAL BIN ZAINI, AHMAD ZARIF FAZRIQ BIN MAZLAN, NUR HUMAIRAH BINTI MOHD HAMIZAN | AHLI BIASA : SITI NURSYAFIQAH NAJWA BINTI FAUZI, MOHAMAD SYAZMIL AFIQ BIN AYUB, NURIN SYAZLYANA BINTI RAZAK, NUR ARISSA BINTI NORAZRIZAL, SITI NUR UMAIRAH BINTI MOHD RASHID, NUR FARZANA AFRINA BINTI RAHIMI, MOHAMAD EZANY NAZRIF BIN YAHAYA, PUTRA AZFAR BIN AMIN FARHAN, NUR NABILAH HAFIZAH BINTI MOHD YASIN, NOR ARIYANA ARIANI BINTI SAPURI, NURNALISA NADIA BINTI SHAMSUL, NUR DANISH IBTISAM BINTI JOHAR GURU PENDAMPING : CG.NURUL JALILAH BINTI ABDUL RAHMAN DAN CG.SITI HALIMAH BINTI MOHD HANAFIAH


PENGERUSI : NUR ALYA BATRISYA BINTI NOOR HISAM | NAIB PENGERUSI : IMAN NUR AMSYAR BIN MUHAMAD AWALLUDIN FAITULLAH | SETIAUSAHA : NUR SALIHA JASMINE BINTI AZWAN | NAIB SETIAUSAHA : NURUL ASHIKIN BINTI ABDUL MALEK | BENDAHARI : MUHAMMAD DANISH HAKIMI BIN MOHD AZLIN | AHLI JAWATANKUASA : MUHAMMAD ADAM SYUKUR BIN ABDULLAH, MUHAMMAD DANISH HAZIQ BIN ABDULLAH, MUHAMAD FAKHRUL AMIRUL BIN REZAL, MUHAMMAD IRFAN BIN SALEHAN, NUR BALQIS MAISARA BINTI MOHD RAZALI, NUR UMAIRAH SAFIYAH BINTI MOHD ROSLAN | PENGAWAS PSS : NURUL SYAIFA BINTI MUHAMMAD SUHAIRI, NURUL ALISA BINTI HISAM, MUHAMMAD AIDIEL IQRAM BIN MOHD FADLI, NUR SYASYA QAHIRAH BINTI HAIRUL HALID, MUHAMMAD FADHIUL BIN MOHAMAD HAIRUL


PENGERUSI : MUHAMMAD RASHIDI ASYRAFF BIN AMAZAL | NAIB PENGERUSI (1) : MUHAMMAD RAFIQ BIN MOHD RAZIS | NAIB PENGERUSI : NUR ANIS ASHIKIN BINTI RAZALI | SETIAUSAHA : SITI NURMUSLIHA BINTI ABDULLAH | NAIB SETIAUSAHA : AUNI SYAFIQAH BINTI AZLAN | BENDAHARI : SITI NURALYA NAJWA BINTI MOHD RIZAL | BIRO DAKWAH DAN KEPIMPINAN : AFIQ AMSYAR PUTRA BIN AZWAN , NOR ARLIYANI BINTI KAMAROZAMAN | BIRO DISIPLIN DAN AKHLAK : MUHAMMAD ASYRAF BIN ZAIDON | BIRO PENGURUSAN SURAU DAN AKTIVITI : MUHAMMAD FAIZ HILMI BIN KAMAL, SITI ZULAIKA BINTI MD HARIUZANIE, MUHAMMAD FAIQ AZIM BIN HAIRUL, NURUL NADIA MASYITAH BINTI ABDULLAH | AHLI JAWATANKUASA : JOEY LUCKY GIVESA GURU PENDAMPING : CG.MUHAMMAD FIZUWAN BIN MD NGALIMON DAN CG.NAILI NI’AM BINTI ZAKARIA


PENGERUSI : EN. AZMI BIN AB RAHIM | NAIB PENGERUSI : PUAN HAJAH MAIMUNAH BINTI ADDUMAN | SETIAUSAHA : PUAN NURHANIS BINTI JOHARI | BENDAHARI : PUAN NOR ANISAH BINTI SARIOH | AJK(GURU) : EN. MOHD KHANAFI BIN MOHD YUNUS, EN. ZOHARI BIN MESLAN, CIK NUR ADNIN BINTI RUZUAN, CIK ATIRAH HUDA BINTI ROZLAN, PUAN HASIMAH BINTI MUSTAFA | JURUAUDIT : PUAN HAJAH MAIMUNAH BINTI ADDUMAN ANGGOTA KOPERASI : IMAN NUR AMSYAR MUHAMAD AWALUDDIN FAITULAH, MUHAMAD ASYRAF ZAIDON, MUHAMAD HAKIM AIMAN MOHD FAIZAL, MUHAMAD SAIFUL ANUAR FAUZI, NOR DAFINAN LYANA ISMAIL, NUR ALYA BATRISYA MOHD HISAM ANGGOTA LEMBAGA : MUHAMAD FIRHANUDDIN BIN ISMAIL, MUHAMAD RASYIDI ASYRAFF BIN AMAZAL, AINUL NAJIHAH BINTI AHMADNIZAM, MUHAMAD ADLIN DANIEL ROSLAN, NUR ARISSA BINTI NORAZRIZAL, NURUL ASYIQIN BINTI MOHD HISAM, MUHAMMAD AMMAR WAFI BIN OTHMAN, MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD KHAIRI, NUR ALIYA HADIRAH BINTI ABD AZIZ, SYASYA UMAIRAH BINTI S HAIRI


BIL PROGRAM NAMA PESERTA KELAS PENCAPAIAN GURU PEMBIMBING 1 KEJOHANAN BOLA JARING P18 PERINGKAT MSSD SEGAMAT 2023 IMAN NUR ANIS BINTI AZMAN 5B CIKGU ANISAH BINTI SARIOH CIKGU ROSZILAH BINTI SURADI CIKGU NURHANIS BINTI JOHARI CIKGU NURUL JALILAH BINTI ABDUL RAHMAN PENYERTAAN NUR FASHA AZWA BINTI AZALAN 5B AINUL NAJIHAH BINTI AHMADNIZAM 5B NURUL ANIS ASHIKIN BINTI RAZALI 4A NURIN SYARAFINA BINTI RAZAK 4A NUR FASHA AZIERA BINTI MOHD REZAL 4A SITI NURMUSLIHA BINTI ABDULLAH 4B NUR SAIDATUL NAJWA BINTI MOHAMAD ISA 4B AZNUR SABRIENA BINTI SABRI 4C NUR HUMAIRAH BINTI MOHD HAMIZAN 4C 2 KEJOHANAN BOLA JARING P15 PERINGKAT MSSD SEGAMAT 2023 NURISYA BINTI JOHARI 1A PENYERTAAN SYASYA UMAIRAH BINTI S HAIRI 1A FARISHA HAYYANI BINTI MOHD HAKIM 1A NURUL ERIESYA BALQIS BINTI MOHD HASRUL 1A AINA ZARITH BINTI MOHD NOOR AZMAN 1A PUTERI ADRIANA BINTI MD RAGIP 1A NUR ALIYA HADIRAH BINTI ABD AZIZ 1A NURUL SYAMIMI BINTI NORAZMI 1B NURUL ASYIQIN BINTI NOOR HISAM 2B WAN NUR ARISSA INSYIRAH BINTI WAN AZLAN 3B NUR NABILAH HAFIZAH BINTI MOHAMMAD YASIN 3B NUR ALYA NABILAH BINTI HAFIDZ 3B


Click to View FlipBook Version