The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by junctiontropic, 2019-09-20 13:23:43

pamplet bengkel pss cemerlang

DIRASMIKAN OLEH


Pn Siti Azlina Binti Saari
Pegawai Pendidikan Daerah Gombak



21 September 2019 (SABTU)



SBP INTEGRASI GOMBAK

PENGENALAN








Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan
kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang
perlu diurus secara sistematik. Hal ini supaya PSS dapat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam situasi
yang selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai
objektifnya. Sehubungan dengan itu, sumber dan prasana yang
cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek paling utama
bagi menarik minat seluruh warga sekolah untuk menggunakan PSS

dengan optimum.






OBJEKTIF








 Membantu Guru Pusat Sumber & Media mengurus PSS dengan
lebih cemerlang mengikut instrument penilaian yang telah

ditetapkan pihak penilai kebangsaan.
 Meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya
dalam bidang pengurusan bahan, fizikal serta sistem
pentadbiran.
 Meningkatkan kualiti pengurusan PSS khasnya sistem fail PSS
mengikut rubrik Instrument yang telah disediakan oleh JU
Kebangsaan PSS.
 Melengkapkan sistem rangkaian sumber PSS dengan info dan
maklumat yang sesuai dan betul.

BIODATA DIRI PENCERAMAH






Norafizah binti Abdul Razak dilahirkan di Kuala Lipis Pahang
merupakan Guru Cemerlang Perpustakaan & Media Kementerian
Pendidikan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda pendidikan Melayu
(sedang menyambung pengajian sarjana (Master Of Human
Performance Strategy). Beliau telah berpengalaman sebagai Guru
Perpustakaan dan Media selama 26 tahun dan sebagai guru selama 28
tahun. Beliau pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
pada 1999 ,2006 dan 2015 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
‘New Deal’: 2011 dan 2012.
Sebelum bertugas di Sekolah Kurang Murid Kg Baharu Jerantut
Pahang mulai 2018. Beliau telah menabur bakti selama 20 tahun di
Sekolah Berprestasi Tinggi SK Seri Biram Pekan Pahang sehingga
melonjakkan Pusat Sumber Sekolah ini sehingga ke peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Beliau pernah membantu sekolah ini
memenangi Anugerah PSS Cemerlang Kebangsaan 2004,2006 dan
2009. Anugerah NILAM Kebangsaan 2003, 2005 dan 2011.
Pemantapan kerjaya dalam bidang Pusat Sumber sekolah adalah
sebagai Jurulatih Program NILAM Negeri Pahang.Fasilitator
Pembangunan Pusat Sumber Sekolah Negeri Pahang. Jurulatih
Program Tunas NILAM Negeri Pahang. Fasilitator Research Learning
(RBL) Peringkat Kebangsaan.
Selain itu beliau pernah membentang Kertas Kerja Peringkat
kebangsaan dan antarabangsa iaitu di Seminar Pendidikan Khas- UKM
Peringkat Antarabangsa (2016), Seminar Pendidikan Antarabangsa
Pekan (2015), Seminar Pedagogi Peribumi Kebangsaan (2015), Seminar
Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara (2015), Simposium Guru
Penasihat Kelab Doktor Muda Kebangsaan (2014),Panel forum
peringkat kebangsaan ( Simposium Kelab Doktor Muda Kebangsaan.
Panel Forum Perkongsian Amalan Terbaik PSS Peringkat Kebangsaan
2018. Seminar Teknologi Pendidikan Antarabangsa 2018.

JAWATANKUASA









Urusetia / Penyelaras Pn Norhiyah Mohamad Noor

Penceramah/Cenderahati Pn Norita Hashim

Sijil Pn Wan Noradelin Kassim

Persiapan Tempat & Pn Fenty Khosny

Buku Program Pn Noor Ruzzuwana Rahlan


Dokumentasi Pn Norhasliza Mohamad









TENTATIF









MASA ATURCARA
8.00 pagi Pendaftaran
8.30 pagi Sarapan
9.00—10.30 pagi Bedah Rubriks Fail A—Fail C
10.30 pagi REHAT
11.00—12.00 tengahari Bedah Rubriks Fail D —Fail E
PelaksanaanProgram, Kertas Kerja,
12.00 – 1.30 ptg
NILAM dan sesi soal jawab.
1.35 ptg Penutup


Click to View FlipBook Version