The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sabrinaaliya08, 2021-12-13 03:51:40

KESEPADUAN NASIONAL DI DALAM ANIMASI UPIN DAN IPIN

PROJEK ETIKA

JABATAN KEJURUTERAAN PETROKIMIA

SESI 1 : 2021 / 2022

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PROJEK

NAMA NO PENDAFTARAN
NURZAIDATUL HAFIZAH BINTI ISMAIL 33DCE19F1071
33DCE19F1087
NURSYAHZANANI BINTI SALIM 33DCE19F1094
NUR IZZAH HUSNA BINTI AHMAD 33DCE19F1095
NUR HAZIQAH HUSNA BINTI ZAINAL 33DCE19F1097
NUR ‘ ALIYA SABRINA BINTI SEPIRE

KELAS : DCE5C
NAMA PENSYARAH : PUAN FARHA BINTI MUHAMMAD

PENGENALAN
Filem animasi atau kartun merupakan salah satu media yang popular masa kini . Animasi
berkembang pesat melalui televisyen dan filem di mana kebanyakan penayangan mengambil tempoh
masa yang agak lama jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya . Mohd Amir dan Md Sidin
( 2011 ) menambah bahawa animasi telah berkembang daripada sebuah imej bergerak kepada
teknologi “ cel animation ” ( kaedah tradisional lukisan tangan ) kepada pengguna animasi 3D secara
keseluruhan . Secara asasnya , kandungan animasi yang disiarkan di televisyen dan filem
mempunyai tema dan gaya tersendiri yang bermula dari cerita fantasi mahupun cerita rakyat . Namun
begitu , jalan cerita dan kandungan animasi boleh berubah mengikut cerita-cerita semasa atau yang
mana paling tepat dapat menepati citarasa penonton .

Upin & Ipin merupakan siri animasi tayangan singkat yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les’
Copaque di Malaysia . Kisah filem animasi ini didukung oleh dua kanak-kanak kembar yang
bersekolah di Tadika Mesra yang turut disertai Jarjit , Mei Mei , Devi , Susanti , Ehsan dan rakan-
rakan lain . Mereka sering bergaul , bermain serta melakukan pelbagai aktiviti masyarakat kampung
bersama-sama . Pada peringkat awal penerbitan animasi ini , Upin & Ipin disiarkan sempena bulan
ramadhan pada tahun 2007 di saluran TV9 ( Malaysia ) dengan tujuan mendidik anak anak agar
menghayati erti bulan mulia dan kini telah menjangkau lima musim . Ia tidak terhad kepada
rancangan televisyen sahaja , bahkan juga dalam bentuk DVD dan video dalam talian melalui internet
Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara khususnya negara jiran Indonesia .

OBJEKTIF
Membincangkan peranan filem animasi Upin dan Ipin dalam menyatupadukan masyarakat di
Malaysia
TEMA

Animasi Upin & Ipin lebih bertemakan pada persahabatan . Animasi ini bertumpukan pada dua orang
kembar iaitu Upin & Ipin bersama rakan-rakannya di Kampung Durian Runtuh . Dua orang kembar ini
sangat akrab dengan rakan-rakannya walaupun berlainan agama dan bangsa . Sebagai contoh, Mei
Mei yang merupakan seorang yang berbangsa cina , Jarjit yang merupakan bangsa punjabi , Susanti
yang berasal dari Indonesia dan Rajoo yang berbangsa India . Manakala , Upin , Ipin , Fizi , Ehsan ,
Mail , Dzul dan Ijat berbangsa Melayu dan merupakan bangsa majoriti di dalam animasi ini .

Selain itu, animasi Upin & Ipin memaparkan institusi kekeluargaan yang kukuh . Hubungan antara
Opah , Kak Ros , Upin dan Ipin dilihat amat erat dan saling menghormati . Institusi kekeluargaan yang
kukuh yang diperlihatkan seolah-olah sebagai cerminan sosial dan sesuatu yang perlu dicontohi oleh
masyarakat dan menjadi faktor yang dapat mempengaruhi kreativiti kanak-kanak melalui penonjolan
tema tersebut .

Akhir sekali , animasi ini juga menunjukkan tema kesepakatan antara penduduk Kampung Durian
Runtuh . Antara watak yang sering kali ditayangkan adalah Tok Dalang yang merupakan jiran
terdekat yang sangat akrab dengan keluarga Upin & Ipin . Kemudian , terdapat juga watak Uncle
Muthu yang merupakan seorang peniaga di sebuah gerai di kampung itu . Gerainya sering dikunjungi
oleh penduduk kampung tersebut . Berikutan itu , Ah Tong juga merupakan satu watak penting di
dalam animasi ini . Ah Tong yang merupakan seseorang yang berbangsa cina sangat rapat dengan
Uncle Muthu dan Tok Dalang . Dia seringkali dilihat berada di gerai Uncle Muthu . Hubungan baik
antara penduduk yang berlainan bangsa dan agama ini membuktikan tema kesepakatan di dalam
animasi ini .

NILAI DAN PENGAJARAN
 HORMAT MENGHORMATI
Hormat-menghormati juga adalah antara nilai yang dominan . Watak utama dalam siri animasi ini iaitu
Upin dan Ipin seringkali menunjukkan nilai ini . Walaupun kedua-dua beradik ini nakal , namun
apabila mereka terserempak dengan orang yang lebih dewasa , mereka pasti akan mengucapkan
salam . Disebabkan nilai inilah semua orang yang berada di sekeliling mereka begitu sayang kepada
dua beradik ini . Misalnya , setiap kali berada di sekolah , Upin dan Ipin akan mengucapkan salam
kepada guru kelas mereka iaitu Cikgu Jasmin . Apabila berada di rumah , mereka juga memberi
layanan yang baik kepada opah berbanding kakak sulung mereka iaitu Kak Ros .
Berdasarkan contoh perlakuan nilai hormat-menghormati tersebut , jelas menunjukkan kepada kita
bahawa “ jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya ” . Pepatah ini amat bertepatan kepada
kita semua jika ingin melahirkan anak yang mempunyai nilai peribadi yang baik seperti nilai hormat-
menghormati , maka lakukanlah ketika anak-anak ini masih kecil . Ini dapat dilihat dalam siri
animasi Upin dan Ipin yang mana sejak di sekolah lagi Ehsan dan kawan-kawannya telah diajar
menghormati guru . Setiap kali Cikgu Jasmin masuk ke dalam kelas, anak didiknya pasti akan
mengucapkan salam .

Gambar di atas menunjukkan Upin , Ipin dan rakan-rakan bersalaman dengan Cikgu Jasmin di akhir
persekolahan

 BAIK HATI
Baik hati boleh diistilahkan sebagai sikap yang sentiasa mengambil berat perasaan dan
kebajikan orang lain secara tulus ikhlas . Sikap baik hati ini boleh dilihat dengan menilai tindak-
tanduk seseorang terhadap orang lain . Contoh bentuk baik hati yang merujuk dalam perkataan
adalah seperti “ Cikgu , biar saya tolong angkat buku ni , ” kata Ehsan kepada Cikgu Jasmin . Dalam
siri animasi Upin dan Ipin , nilai baik hati ini dapat dilihat dengan perbuatan watak Ehsan yang
membantu Cikgu Jasmin membawa beg tanpa perlu disuruh . Perbuatan Ehsan ini memang selalu
berlaku di sekolah apabila murid-murid membantu guru-guru mereka membawa beg yang berisi buku
untuk dibawa ke bilik guru ataupun ke kelas .
Selain Ehsan , Upin dan Ipin juga ada menunjukkan nilai baik hati . Mereka sering memberi bantuan
secara ikhlas kepada Cikgu Jasmin serta rakan sekelas yang lain . Apabila berada di rumah , adik-
beradik kembar ini turut akan memberi bantuan kepada opah sama ada ketika diminta atau tidak .
Walaupun sering bertekak dengan Kak Ros , namun watak Upin dan Ipin ini juga kadang kala dapat
dilihat akan membantu kakak mereka .

Gambar di atas menunjukkan Upin dan Ipin membantu Kak Ros membuat kuih raya

 KEJUJURAN
Jujur dapat diertikan boleh menjaga amanah . Jujur merupakan salah satu sifat manusia yang mulia .
Orang yang memiliki sifat jujur biasanya akan mendapat kepercayaan daripada orang lain . Sifat jujur
merupakan salah satu rahsia diri seseorang untuk menarik kepercayaan umum kerana orang yang
jujur sentiasa berusaha untuk menjaga amanah . Jika orang yang memegang amanah adalah orang
yang jujur maka amanah tersebut tidak akan terabaikan dan dapat terjaga atau terlaksana dengan
baik . Begitu juga sebaliknya , jika amanah tersebut jatuh ke tangan orang yang tidak jujur maka
‘ keselamatan ’ amanah tersebut pasti ‘ tidak akan tertolong ’ .
Dalam siri animasi Upin dan Ipin ini watak Mail sering dikaitkan dengan kejujuran . Mail merupakan
antara kawan baik Upin dan Ipin . Walaupun rajin , namun Mail sering kali melakukan perbuatan
berbohong kepada kawan-kawan yang lain . Misalnya Mail yang berbohong kepada kawan-kawan
dan Cikgu Jasmin bahawa hari lahirnya bakal tiba sedangkan hari lahirnya yang sebenar belum tiba .
Murid sepatutnya mengamalkan nilai kejujuran sekiranya ingin berjaya . Masyarakat Melayu itu
sendiri amat menitikberatkan nilai kejujuran dalam mendidik anak mereka . Apabila perlakuan jujur ini
tidak dilakukan maka akan terdapat hukuman yang akan diberikan sama ada dalam bentuk fizikal
mahupun mental . Pepatah Melayu sendiri ada menyebut , “ Harapkan pagar , pagar makan padi” .
Pepatah ini merujuk kepada ketidakjujuran seseorang individu setelah diberi sesuatu amanah .

Gambar di atas menunjukkan babak dalam siri Kail dan Laga . Mael meminta maaf kepada Upin dan
Ipin kerana menipu dengan mengatakan ikan laga boleh diperolehi di pasar

ULASAN

Animasi yang disukai ramai ini bukan sahaja menarik minat golongan kanak-kanak , malahan
golongan dewasa juga tidak ketinggalan untuk mengenali dengan lebih dekat tentang animasi yang
berjaya ini . Oleh sebab itu , " Upin dan Ipin " secara tidak langsung bertindak sebagai medium untuk
menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia . Ini dapat dilihat daripada penerimaan
animasi ini dalam kalangan khalayak pelbagai etnik di Malaysia . Antaranya , sebab animasi ini
berperanan dalam menyatupadukan masyarakat Malaysia juga boleh ditentukan dari aspek berikut :

a) Watak-watak yang mempunyai pelbagai etnik

Watak utama ialah Upin dan Ipin . Dalam rancangan kartun ini , Upin dan Ipin mempunyai kawan
yang berlainan bangsa . Mereka bermain bersama dengan setia , sambil menghormati nilai dan
budaya masing-masing , seperti memahami tradisi etnik . Kanak-kanak yang pernah menonton kartun
ini juga akan berkawan dengan kaum lain sesuai dengan gaya watak yang dilakonkan oleh Upin dan
Ipin . Bukan sahaja kanak-kanak akan menonton animasi ini , ibu bapa atau ahli keluarga juga akan
menonton animasi ini bersama anak-anak mereka . Oleh itu , mereka akan menyerap nilai perpaduan
yang murni daripada animasi ini , kerana animasi ini menunjukkan gagasan 1Malaysia , tidak kira
agama , bangsa mahupun bangsa , mereka akan sentiasa berkawan .

b) Pengajaran menghormati orang tua

Apa yang menarik , walaupun animasi ini berkisarkan kehidupan kanak-kanak yang aktif dan nakal ,
ia turut diselitkan dengan pengajaran positif yang mengajar penonton yang lebih muda untuk
menghormati orang yang lebih tua . Ini dapat dilihat dengan kewujudan watak Kak Ros , Opah , Tok
Dalang dan Cikgu Jasmin . Dalam animasi ini , lebih ramai watak dewasa sentiasa dihormati .

c) Penggunaan Bahasa Melayu

Selain itu , watak dalam animasi ini menggunakan bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan untuk
komunikasi . Ini dapat mendidik anak-anak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa kebangsaan
sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya supaya mereka dapat berkomunikasi
dengan lebih mudah memahami antara satu sama lain walaupun bukan sebangsa .

d) Patriotisme

Selain itu , animasi Upin dan Ipin juga banyak memfokuskan kepada etika dan tanggungjawab yang
merupakan konsep penting yang perlu ada dalam melahirkan insan yang bersemangat patriotisme .
Watak lain seperti Opah dan Kak Ros memainkan peranan penting dalam memberi nasihat , tunjuk
ajar dan menjadi pendengar kepada rintihan mereka . Nilai-nilai murni yang cuba ditonjolkan dalam
cerita animasi ini mudah difahami oleh kanak-kanak dan menjadi pengalaman atau ingatan yang
berkekalan kepada mereka .

e) Episod perayaan pelbagai kaum

Setiap kali ada festival besar di Malaysia , siri animasi " Upin dan Ipin " tidak ketinggalan untuk
mencipta senario festival itu dalam siri mereka . Perayaan utama yang telah digambarkan dalam siri
animasi " Upin dan Ipin " termasuklah Hari Raya Aidilfitri , Tahun Baru Cina , Deepavali dan juga
Krismas . Malah ada episod " Upin dan Ipin " yang menyiarkan siri khas sambutan kemerdekaan
Malaysia . Dalam setiap siri atau episod festival ini , animasi ini sentiasa menjadi contoh yang baik
dan juga secara tidak langsung mengajar penonton untuk menghormati perayaan agama berbilang
kaum . Setiap siri dan episod animasi ini mampu memberi pengaruh dan impak yang besar kepada
masyarakat di seluruh negara . Apa yang diterjemahkan dapat memupuk semangat perpaduan
berbilang kaum , penerapan cintakan negara , aspek disiplin serta gambaran persekitaran sosio-
politik Malaysia dalam gurauan tanpa berat sebelah .

CADANGAN

Media elektronik khususnya program animasi didapati memberi kesan yang sangat kuat kepada
kanak-kanak . Pihak penerbit seharusnya menyedari hakikat ini dengan menerbitkan lebih banyak
program animasi seperti Upin & Ipin supaya kanak-kanak akan lebih terdedah dengan animasi yang
menonjolkan nilai-nilai tempatan kerana ia lebih rapat dengan masyarakat tempatan berbanding
animasi antarabangsa yang tidak melambangkan identiti tempatan . Ini kerana animasi antarabangsa
lebih menekankan budaya dan cara hidup mereka yang sudah pasti sangat berbeza dengan budaya
dan corak hidup masyarakat tempatan . Dengan adanya lebih banyak program animasi bercorak
tempatan , kanak-kanak mempunyai banyak sumber maklumat sekaligus mempengaruhi kreativiti
mereka . Pujian juga harus diberikan kepada syarikat Les’ Copaque kerana berani menerbitkan
program animasi tempatan yang menonjolkan pelbagai nilai-nilai murni yang boleh dimanfaatkan oleh
semua golongan terutamanya kanak-kanak .

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan , kita dapat melihat kepentingan menjaga perpaduan agar kita dapat
hidup dalam keadaan harmoni . Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan seperti
menekankan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah agar dapat
membantu komunikasi antara masyarakat . Bahasa yang sama memudahkan kita berkomunikasi
untuk saling berkenalan dan memahami antara satu sama lain . Ini antara cara perpaduan itu
dipupuk . Seterusnya ialah dengan memberikan hak sekolah vernakular agar mereka melihat bangsa
mereka tutur diiktiraf dan diberi ruang untuk mendidik anak bangsa mereka dengan acuan mereka
sendiri .

Animasi Upin dan Ipin merupakan suatu contoh usaha yang amat cemerlang dalam
menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat . Kanak-kanak yang menonton
rancangan ini dapat melihat suasana hidup dalam masyarakat majmuk . Cara-cara setiap watak
berkawan , dan cara mereka menyelesaikan konflik antara mereka . Hal ini sudah tentu dapat
menanam sikap saling menghormati individu yang berbeza agama , bangsa dan budaya dengan kita .

Perpaduan masyarakat merupakan perkara yang perlu dipelihara bersama . Jika kita tidak
mengambil endah , usaha berpuluh tahun yang dilakukan oleh pelbagai pihak akan musnah . Negara
yang mempunyai perpaduan yang lemah, tidak mampu membangun dengan baik . Oleh itu , amatlah
perlu kita menitikberatkan soal menjaga perpaduan dengan melakukan pelbagai usaha agar
masyarakat peka dengan perkara ini .

Sebagai rakyat malaysia , kita perlulah berlapang dada dan bertoleransi untuk hidup berjiran
dengan mereka yang mempunyai gaya hidup yang berbeza dengan kita . Janganlah pula kita
berprasangka dengan mereka . Tiada jalan lain untuk memahami dan mengenal mereka melainkan
kita bersosial dengan mereka . Jalinkan hubungan yang erat sesama komuniti dalam masyarakat
agar kita dapat bersama-sama membentuk perpaduan yang kukuh memelihara keharmonian
masyarakat .


Click to View FlipBook Version