PENSYARAH PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DR. SITI KAUSAR BINTI. ZAKARIA Murugan A/L Yelumalai (MC230923656) Staceylin Patrick (MC230923451) Wan Norhanisah Izzati Binti Wan Daud (MC230923244) M Sharvini A/P Mohan (MC230923303) Kavisha A/P Tharma Raj (MC230923255) Mohd Akmal Bin Mohd Hafiz (MC230923452)
KANDUNGAN WARISAN BUDAYA KELESTARIAN ETIKA & PERADABAN 01. Muka Hadapan 02. Ahli-ahli Kumpulan 03. Kandungan 04. Pengenalan 05. Elemen-Elemen Warisan Budaya 06. Seni Kraftangan 07. Muzik 08. Tarian 09. Pakaian Tradisional 10. Makanan Tradisional 11. Bagaimana Warisan Budaya mencerminkan Etika & Peradaban dalam masyarakat 13. Kesimpulan 14. Rujukan 12. Usaha Melestarikan Etika dan Peradaban dalam Masyarakat Malaysia
Warisan budaya merupakan harta pusaka yang amat berharga bagi kita sebagai bangsa. Ia merangkumi segala tradisi, kepercayaan, nilai-nilai, dan adat yang telah diwarisi oleh nenek moyang kita. Malaysia, sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India, memiliki pebagai warisan budaya yang menarik. Namun, dengan berlalunya masa, warisan budaya kita semakin dilupakan oleh masyarakat kita sendiri. Ini disebabkan oleh kesibukan kita dengan dunia moden dan teknologi serta pengaruh budaya-budaya barat. Sirih junjung buat pinangan, Dihias indah cantik ditatang; Tradisi kita dilupa jangan, Adat dikendong budaya dijulang. Oleh itu, penting bagi kita untuk memastikan warisan budaya kita dapat terus dikekalkan dan dihargai oleh masyarakat. Ini demi menjaga identiti unik negara serta melahirkan generasi yang memiliki nilai etika yang murni serta mewujudkan peradaban yang bermoral tinggi.
TARIAN PAKAIAN TRADISIONAL
Tanglung adalah simbol penting dalam budaya Cina, digunakan dalam berbagai acara dan perayaan. Dibuat dari bahan seperti kertas, buluh dan sutera. Tanglung biasanya digantung di pintu rumah dan kedai untuk menerangi pintu masuk, dan juga digunakan dalam perayaan seperti Tahun Baru Cina. Dengan pelbagai bentuk dan warna, tanglung adalah warisan seni budaya kaum Cina yang kaya dengan simbolisme dan sejarah. 2 Bunga Malai adalah sejenis seni budaya kaum India yang menggunakan bunga-bunga sebagai hiasan dan lambang. Bunga Malai digunakan dalam pelbagai acara seperti menyambut tetamu, perayaan, perkahwinan, dan upacara keagamaan. Bunga Malai menunjukkan penghargaan, penghormatan, dan kegembiraan kepada orang yang menerimanya. Bunga Malai adalah warisan seni budaya kaum India yang melambangkan kehormatan. 3 Labu Sayong merupakan contoh warisan seni kraftangan Melayu. Ia diperbuat daripada tanah liat khas yang hanya boleh ditemui di Kuala Kangsar, Perak. Masyarakat Melayu, khususnya di Perak sejak dulu lagi menggunakan Labu Sayong sebagai bekas untuk menyimpan air kerana keunikan bahan buatannya untuk menyejukkan air yang disimpan. Labu sayong melambangkan keunikan dan warisan budaya yang berharga 1 Malaysia sememangnya kaya dengan seni dan budaya. Salah satu warisan yang menjadi kebanggaan Malaysia adalah hasil seni kraftangan. Kraftangan merujuk kepada penghasilan benda harian atau hiasan dengan hanya menggunakan tangan atau alatan mudah. Seni kraftangan adalah warisan budaya yang mencerminkan keunikan dalam masyarakat kita.
Tarian Bharathanatyam adalah salah satu daripada tujuh tarian Gaya Klasik India. Bharata Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang berkait dengan agama Hindu. Tarian ini memerlukan masa yang lama untuk dikuasai kerana ia melibatkan pelbagai gerakan tangan, kaki, dan mata yang perlu dipelajari dengan teliti. Walaupun sudah beribu tahun lamanya, tarian klasik India ini masih dijadikan pilihan ramai untuk dipelajari kerana keunikannya yang mampu memukau mereka yang melihat. 2 3 1 Masyarakat Malaysia mempunyai adat dan budaya yang berbeza. Antara seni budaya yang mencerminkan keunikan kaum tersendiri adalah seni tarian. Tarian dapat definisikan sebagai satu seni tari pergerakan badan, kaki, dan tangan mengikut irama muzik. Setiap tarian tradisional di Malaysia mempunyai asal usul dan makna yang tersendiri. Tarian Zapin berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut, Arab Selatan dan penghijrahan dari Hadramaut ke Malaysia menghasilkan adaptasi Zapin Melayu, yang memperhalusi pergerakannya mengikut estetika penduduk Asia Tenggara. Tarian Zapin menonjolkan kehalusan dan kelembutan dalam pergerakan yang mencerminkan sifat hormat dan kesopanan. Tarian Naga merupakan tarian tradisi masyarakat berketurunan Cina. Mengikut kepercayaan orang Cina, Tarian Naga dipersembahkan dengan tujuan memohon, iaitu mengharapkan sesuatu yang lebih baik dengan memberikan kesenangan, kemakmuran dan kejayaan. Kebiasaanya, Tarian Naga dipersembahkan dengan pelbagai cara dari segi kostum naga yang berbeza warna. Setiap warna mempunyai maksud yang berbeza seperti merah membawa maksud kegembiraan dan nasib yang baik. Manakala warna emas atau perak pula melambangkan unsur kemakmuran.
Kepelbagaian genre seni muzik telah berkembang pesat dan mempengaruhi masyarakat komuniti di Malaysia. Istimewanya, kepelbagaian muzik tradisional oleh kaum seperti Melayu, Cina dan India serta etnik Sabah dan Sarawak mencipta keunikan yang tidak terdapat di negara lain. Sape adalah sejenis alat muzik tradisional yang berbentuk gitar, berasal dari Sarawak. Sering digunakan oleh kaum etnik Kenyah, Kayan, Iban, Dayak dan Kelabit, alat muzik ini mengalunkan irama melodi yang tenang dan mengasyikkan. Pada asalnya sape dimainkan untuk upacara ritual di rumah panjang. Kulintangan adalah alat muzik tradisional Sabah yang mempunyai kombinasi irama gong dan gendang. Digunakan oleh etnik Bajau, Bisaya, Brunei dan beberapa suku Kadazandusun secara tradisi, kulintangan selalunya dimainkan semasa acara perkahwinan atau upacara keagamaan. Nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang berfungsi di istana sebagai seni persembahan istana Diraja Melayu. Muzik Nobat adalah sejenis pancaragam Diraja yang hanya dimainkan di istana oleh pemain muzik yang terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. 1 2 3
Sari dan Dhoti adalah pakaian tradisional kaum India. Sari adalah kain panjang yang dililit sekitar badan. Dhoti adalah kain putih panjang yang dililit sekitar pinggang. Kedua-dua pakaian ini tidak mempunyai jahitan. Sari biasanya dipakai untuk majlis rasmi, upacara keagamaan, dan pakaian harian. Manakala. Dhoti dan kemeja putih tanpa kolar dipanggil jippa. Jippa biasanya dipakai untuk upacara keagamaan dan perkahwinan. Thundu pula adalah selendang putih yang dipakai di bahu bersama jippa dan dhoti. Dari tengkolok bulu burung dan pakaian kulit kayu hinggalah kain songket Raja yang antik, Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional. Pakaian Tradisional adalah satu cara dan etika berpakaian oleh sesebuah komuniti masyarakat dan etnik pelbagai kaum. Busana tradisi mempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadi identiti sesebuah masyarakat berdasarkan kepercayaan agama dan amalan serta aktiviti seharian mereka Baju kurung dan baju Melayu adalah pakaian tradisional Kaum Melayu. Baju kurung terdiri daripada baju lengan panjang dan kain panjang, manakala baju Melayu terdiri daripada baju lengan panjang dan sampin. Kedua-dua pakaian ini mempunyai gaya moden dan tradisional. Wanita biasanya memakai selendang atau tudung, dan lelaki biasanya memakai songkok. Cheongsam dan Samfoo adalah pakaian tradisional kaum Cina. Cheongsam adalah baju panjang dengan leher tinggi, pinggang sendat, butang di bahu, dan belahan di kiri dan kanan. Samfoo pula adalah baju pendek dengan seluar. Kedua-dua pakaian ini biasanya dibuat daripada satin dan dihiasi dengan motif seperti bunga, burung, naga, dan lain-lain. 1 2 3
Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara tidak langsung memangkin kepada perkembangan variasi jenis makanan dan juadah lazat yang diwarisi sejak sekian lama. Makanan warisan juga telah lama menjadi identiti sesuatu kaum kerana keistimewaannya. Makanan warisan disukai bukan sahaja kerana rasa, tekstur tetapi juga aromanya yang membangkitkan selera. Ketupat ialah sejenis makanan tradisional yang sangat digemari pada perayaan Hari Raya. Ketupat adalah satu juadah utama apabila tiba hari perayaan. Ketupat bukan sahaja dinikmati orang Melayu, malah juadah ikonik ini turut terkenal dalam kalangan kaum yang lain. Char Kuey Teow adalah menu yang sering kita lihat di kedai makan. Juadah ini diperbuat daripada sejenis mi dipanggil kuey teow yang berbentuk leper dan kira-kira 1 sentimeter lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan sayur kucai Cina. Makanan ini juga popular di dalam kalangan kaum yang lain kerana keunikan rasa dan tektsturnya yang tersendiri. Tosai mempunyai banyak nama lain. Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india. Tosai boleh didapati di mana-mana kedai mamak yang juga menjadi lokasi popular bagi setiap kaum. Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia sebagai sarapan pagi. Nasi lemak mendapat namanya daripada rasa nasi itu sendiri yang lemak dan berkrim. Tidak seperti nasi biasa yang ditanak menggunakan air biasa. Nasi lemak kini dimakan bersama sambal. kacang tanah goreng, telur rebus ataupun telur mata kerbau bersama hirisan timun sebagai pelengkap hidangan.
Makanan Tradisional menggambarkan kepelbagaian rasa yang mencerminkan kepelbagaian budaya di Malaysia. Ia juga menunjukkan bagaimana makanan dapat menjadi penghubung antara pelbagai kaum dan budaya. Dalam budaya Malaysia, makanan seringkali disajikan dan dinikmati bersama-sama dalam acara-acara khusus atau perayaan. Ini juga menunjukkan betapa pentingnya nilai-nilai kebersamaan dan keramahan dalam masyarakat Malaysia. Seni Kraftangan mempamerkan nilai-nilai kesabaran, ketelitian, dan kreativiti dalam masyarakat Malaysia. Ia juga menunjukkan kekayaan dan kepelbagaian budaya setempat. Kemahiran dan teknik yang digunakan dalam pembuatan kraftangan ini juga seringkali diturunkan dari generasi ke generasi, mencerminkan nilai-nilai penghormatan terhadap warisan dan tradisi. Ini menunjukkan bagaimana masyarakat Malaysia menghargai sejarah dan asal-usul mereka Seni Tarian mencerminkan nilai-nilai disiplin dan dedikasi. Kemahiran yang diperlukan untuk menguasai tarian-tarian ini menunjukkan dedikasi dalam melestarikan seni dan budaya mereka. Tarian-tarian ini juga mencerminkan nilai-nilai toleransi dan penghargaan terhadap kepelbagaian. Dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai budaya, tarian dari kaum India, Melayu, dan Cina dipelajari dan dipertunjukkan oleh semua kaum. Seni Muzik membawa nilai keharmonian dan keserasian dalam masyarakat. Ia juga mencerminkan bagaimana masyarakat Malaysia menghargai dan mengekalkan warisan budaya mereka melalui muzik. Seni Muzik juga berfungsi sebagai alat komunikasi dan ekspresi. Melalui melodi dan irama, muzik menyampaikan emosi, cerita, dan pengalaman yang berbeza. Ini menunjukkan bagaimana masyarakat Malaysia menggunakan muzik sebagai cara untuk berkomunikasi dan berekspresi. Pakaian Tradisional pula mencerminkan nilai-nilai sopan santun dan rasa hormat terhadap adat dan budaya. Ia juga menunjukkan kepelbagaian etnik dan budaya dalam masyarakat Malaysia. Pakaian tradisional juga mempamerkan simbol kesatuan dan keharmonian. Dalam pelbagai acara dan perayaan, masyarakat Malaysia dari pelbagai etnik seringkali mengenakan pakaian tradisional masing-masing sebagai tanda penghargaan dan penghormatan terhadap budaya lain. Ini menunjukkan bagaimana peradaban masyarakat Malaysia hidup dalam suasana yang harmoni. Elemen-elemen warisan budaya Malaysia seperti seni kraftangan, seni tarian, seni muzik, pakaian tradisional, dan makanan mencerminkan etika dan peradaban dalam masyarakat Malaysia dalam banyak cara:
Etika dan peradaban adalah dua elemen penting dalam masyarakat Malaysia kerana ia membentuk asas bagi interaksi sosial yang harmoni dan produktif. Kita boleh melakukan beberapa langkah untuk melestarikan etika dan peradaban dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menekankan dan mengukuhkan pendidikan moral dan etika di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan tinggi. Ini akan membantu generasi muda memahami dan menghargai nilai-nilai etika dan peradaban. Ini penting kerana individu yang beretika dan bertanggungjawab akan membentuk masyarakat yang lebih adil, aman, dan harmoni. Menganjurkan dan menyertai perayaan budaya yang berbeza. Ini akan mempromosikan penghargaan dan pemahaman terhadap kepelbagaian budaya. Langkah ini juga membantu dalam memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat. Ini penting kerana perpaduan dan keharmonian adalah asas kepada pembangunan dan kemajuan peradaban sesebuah negara. Menggunakan media massa untuk menyebarkan maklumat tentang pentingnya etika dan peradaban. Ini dapat mencapai khalayak yang lebih luas dan mempengaruhi pandangan masyarakat. Media Massa bukan sahaja dapat mencapai khalayak yang lebih luas, malah mampu mempengaruhi perubahan sosial. Pemimpin Negara harus menjadi contoh dalam menampilkan sifat yang beretika. Mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat lantas dapat menjadi contoh positif dan membimbing masyarakat. Ini penting kerana pemimpin yang beretika dapat membentuk masyarakat yang sama. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada pembentukan peradaban yang maju dan berdaya saing.
Warisan budaya memainkan peranan penting dalam melestarikan etika dan peradaban dalam masyarakat. Melalui elemen-elemen warisan seperti seni kraftangan, seni tarian, seni muzik, pakaian tradisional, dan makanan tradisional, kita dapat memahami dan menghargai nilai-nilai etika dan peradaban yang telah diwarisi oleh generasi sebelum kita. Seni kraftangan, misalnya, mencerminkan kehormatan dan kreativiti masyarakat kita, sementara seni tarian dan muzik mengekspresikan emosi dan cerita masyarakat kita. Pakaian tradisional menunjukkan identiti unik kita dan makanan tradisional pula mencerminkan kepelbagaian budaya dan sejarah kita. Dengan memahami dan menghargai warisan ini, kita dapat memupuk rasa hormat dan penghargaan terhadap budaya kita. Kesimpulannya, warisan budaya adalah jambatan yang menghubungkan masa lalu dengan masa depan, membolehkan kita untuk memahami asal usul kita dan membina masa depan yang lebih baik berdasarkan nilai-nilai etika dan peradaban yang telah diwarisi. Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk memelihara dan melestarikan warisan budaya ini untuk generasi akan datang.
RUJUKAN Mr.sundram (2018, November 23). TARIAN – TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA. Unique of Malaysia https://uniqueofmalaysia.home.blog/2018/11/23/tarian-tarian-tradisional-di-malaysia/ CIKGU TARISHINI (2015, August 22). TARIAN- TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA. http://tarshu14.blogspot.comhttps://www.gotravelly.com/blog/10-tarian-tradisional-india-yang-mendunia/ Dasar Kebudayaan Negara 2021 - Portal Rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. (n.d.). Www.motac.gov.my. https://www.motac.gov.my/muat-turun/category/123-dasar-kebudayaan-negara-2021 Keaslian baju melayu. (2023, April 20). Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/WM/2023/04/958906/keaslian-baju-melayu BAJU CINA / SAMFOO UNTUK LELAKI. (n.d.). Pemetaanbudaya.jkkn.gov.my. Retrieved September 24, 2023, from https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/710 Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Pusat rujukan persuratan melayu @PRPM. Prpm.dbp.gov.my. https://prpm.dbp.gov.my/ Makanan Tradisional Melayu - Pengkhazanahan Rumah Melayu. (n.d.). Sites.google.com. https://sites.google.com/a/ipgkbm.org/rumahmelayu/makanan-tradisional-melayu Anwar, O. S. F. M. (2019, June 11). Pertahan busana Melayu, warisan kerajaan silam. BH Online. https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/06/572877/pertahan-busana-melayu-warisan-kerajaan-silam Busana Tradisional. (n.d.). Pemetaanbudaya.jkkn.gov.my. https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/8 Aziz, M. (2023, January 17). Siri 1: Tarian Zapin Sarawak, antara minat dan budaya. TVS. https://tvstv.my/2023/01/17/tarian-zapin-sarawak-antara-minat-dan-budaya/ Tarian Kaum India - Memukau dengan Keindahan Tarian Bharathanatyam, Tarian Kolattam, & Tarian Kathakali. (n.d.). Downtownjb.my. Retrieved September 24, 2023, from https://downtownjb.my/en/article_details/40/tarian-kaum-india-di-johor-bahru Sb, U. S. (2010, May 31). Uthaya Sankar SB: Bharatanatyam, Tarian Tradisional Tamil. Uthaya Sankar SB. https://uthayasb.blogspot.com/2010/05/bharatanatyam.html Zulkifli, A. R. (2021, April 11). Peneraju kraf warisan bangsa. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/xpresi/2021/04/693539/peneraju-krafwarisan-bangsa Mengekalkan warisan seni buatan tangan» Media Permata Online. (2020, January 30). Mengekalkan Warisan Seni Buatan Tangan. https://mediapermata.com.bn/mengekalkan-warisan-seni-buatan-tangan/ BUNGA MALAI SERI MAJLIS | KLiK. (n.d.). Www.klik.com.my. Retrieved September 24, 2023, from https://www.klik.com.my/item/story/5560293/bunga-malai-seri-majlis#:~:text=Bunga%20malai%20antara%20elemen%20penting Ismail, M. (2023, March 24). Sejarah dan Kearifan Tempatan dalam Warisan Labu Sayong. Dewan Budaya. https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2023/03/24/5166/ Khairuddin, A. H. bin. (2022). WARISAN KEBUDAYAAN: MEMAHAMI KONSEP MENGIKUT PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) DAN ANTROPOLOGI KEBUDAYAAN SERTA PEMAHAMAN DI MALAYSIA: CULTURAL HERITAGE: UNDERSTANDING THE CONCEPT ACCORDING TO THE UNITED NATIONS AND CULTURAL ANTHROPOLOGY AS WELL AS HOW IT IS UNDERSTOOD IN MALAYSIA. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 5(1), 19–34. https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/40299 Malaysiaku Cintaku: Seni Tari Malaysia. (2010). Malaysiaku Cintaku. https://bmpengurusan.blogspot.com/2010/08/seni-tari-malaysia.html webmaster. (n.d.). 213 MAKANAN TRADISI MELAYU DIIKTIRAF WARISAN KEBANGSAAN. USIM CULTURAL CENTRE. Retrieved September 24, 2023, from https://kebudayaan.usim.edu.my/213-makanan-tradisi-melayu-diiktiraf-warisan-kebangsaan/ Wacana Peradaban – Menjana Modal Insan | Institut Islam Hadhari (HADHARI). (n.d.). https://www.ukm.my/hadhari/wacana-peradaban-menjana-modal-insan/