BUKU SKRAP SAINS
TAJUK :
KELAS MAKANAN
NAMA: MUHAMMAD ALIF ADHA BIN AZAHA
KELAS: 3 USM
NAMA GURU: PUAN FATIMAH DIN
1
BIL. ISI KANDUNGAN
1. Pendahuluan
2. Biodata Diri
3. Isi Kandungan Beserta Piramid Makanan
4. Penerangan Setiap Kelas Makanan
4.1 Karbohidrat
4.2 Protein
4.3 Lemak
4.4 Vitamin
4.5 Mineral
4.6 Pelawas
4.7 Air
5 Kepentingan Makanan Seimbang
6 Kesan Makanan Tidak Seimbang
2
1. PENDAHULUAN
Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan
yang dimakan seharian perlu diambil kuantiti yang besar daripada kumpulan makanan
di bahagian bawahpiramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di
bahagian atas. Piramid makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada
lima kumpulan bedasarkan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat
dan fungsinya.
Piramid makanan Malaysia memberi panduan mengenai cara pengambilan
makanan seimbang setiap hari. Makanan yang pelbagai kuantiti yang betul membantu
kita untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan tubuh badan.
Makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk
memberi kita zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Bentuk piramid yang lebih
besar di bahagian bawah dan semakin mengecil ke atas menggambar kepda individu
perlu mengambil makanan yang lebih banyak pada bahagian bawah (dasar) piramid
dan makanan sedikit makanan – makanan pada aras paling atas (puncak) piramid.
3
2. BIODATA DIRI
NAMA : MUHAMMAD ALIF ADHA BIN AZAHA
UMUR : 9 TAHUN
TARIKH LAHIR : 14 OKTOBER
NO . KAD PENGENALAN : 121014-02-0127
NAMA BAPA : AZAHA BIN MD SALLEH
PERKERJAAN BAPA : KTMB BERHAD
NAMA IBU : ZAINAH BINTI MOHD NOOR
PERKERJAAN IBU : GURU
NO . TELEFON : 014-6685434
ALAMAT : 231 LORONG KTC 4/11, KULIM HITECH PARK, 09000 KULIM,
KEDAH
CITA-CITA : PILOT
MATLAMAT HIDUP : INGIN BERJAYA DALAM PELAJARAN DAN SEMUA
BIDANG YANG SAYA AKAN CEBURI
4
3. ISI KANDUNGAN PIRAMID MAKANAN
Piramid Makanan ini direka untuk panduan makan yang lebih sihat. Ketahui jumlah
zat yang diperlukan dalam setiap hidangan untuk kekal sihat. Selain itu, pengambilan
air yang mencukupi dapat memastikan badan kita sentiasa terhidrat bagi menjaga
kesihatan terutama di musim pandemik Covid-19 ini.
5
4. KELAS MAKANAN DALAM PIRAMID MAKANAN
a) Aras 1
Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil dengan jumlah yang paling
banyak berbanding kumpulan makanan lain, iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian
sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari. Buah-buahan dan sayur-
sayuran merupakan sumber utama yang paling banyak diperlukan oleh tubuh
badan.
b) Aras 2
Kumpulan makanan karbohidrat adalah seperti nasi, mi, bijirin, produk bijirin
dan ubi-ubian. Kumpulan makanan ini perlu diambil sekurang-kurangnya 3
hingga 5 sajian sehari.
c) Aras 3
Asasnya adalah sumber protein. Makanan seperti ikan, ayam, daging dan
kekacang perlu dimakan secara sederhana. Pengambilan ikan hanya 1 sajian
sehari manakala jika ayam, telur dan daging sekurang-kurangnya 1 hingga 1
sajian. Produk kekacang dan tenusu boleh diambil sekuranng-kurangnya 2
sajian sehari.
d) Aras 4
Pengambilan lemak, minyak, gula dan garam perlulah dihadkan. Pengambilan
berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit seperti obesiti, kencing manis,
sakit jantung dan tekanan tinggi.
6
4.1 KARBOHIDRAT
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam
sistem tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula, sirap, madu, kanji, tepung
gandum, kentang, ubi kayu dan beberapa lagi. Karbohidrat banyak terdapat dalam
bijirin seperti beras, gandum dan sebagainya.
• Membekalkan keperluan tenaga seharian
• Mengenyangkan dengan cepat dan lebih lama
• Membantu sistem penghadaman kerana ia memiliki kandungan serat yang
tinggi berfungsi untuk melancarkan proses pencernaan badan
7
4.2 PROTEIN
Protein mengandungi beberapa zat. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh
diperolehi daripada haiwan. Ianya bagus diambil setiap hari kerana membantu dalam
proses tumbesaran seseorang. Namun, protein seperti daging adalah tinggi lemak dan
boleh juga digantikan dengan kekacang atau tenusu yang mengandungi hanya rendah
lemak.
• Bagus untuk tumbesaran badan dan perkembangan otot
• Meningkatkan metabolisme tubuh badan
• Membantu penghasilan enzim dan hormon
• Mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi
8
4.3 LEMAK
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada
karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Lemak penting kepada manusia
kerana merupakan tenaga yang tersimpan yang diperlukan untuk menjalan aktiviti
seharian. Namun, pengambilannya perlu dihadkan agar tidak mendatangkan kesan
buruk kepada kesihatan tubuh badan.
• Membantu penyerapan vitamin A, D, E dan K
• Penebat haba dan melindungi organ dalaman
• Membekalkan tenaga
9
4.4 VITAMIN
Vitamin mengandungi dalam banyak makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan
menggunakan unsur asas makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah
vitamin terlibat dalm proses penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia
dalam sistem saraf manusia.
• Melancarkan penghadaman
• Tumbesaran yang sempurna
• Kulit dan tubuh yang sihat
• Penglihatan yang baik
• Merawat sel-sel tubuh
• Meningkatkan metabolisme badan
10
4.5 MINERAL
Sebatian organik yang penting untuk memelihara kesihatan badan. Ia juga
seperti vitamin, tidak dapat dibina di dalam badan tetapi diperoleh melalui
makanan. Mineral hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja oleh
tubuh badan.
• Penting untuk kesihatan badan
• Membina sel-sel baru
• Mengawal atur proses-proses badan
11
4.6 PELAWAS
Pelawas atau serat tidak boleh diambil secara berlebihan untuk mengelakkan kesukaran
proses pencernaan. Namun, pelawas diperlukan untuk menjaga kesihatan usus dan
membolehkannya berfungsi dengan baik.
• Merangsang dan membantu proses perkumuhan
• Mengelakkan sembelit
12
4.7 AIR
Air ialah bahan asas dalam semua bendalir tubuh badan. Ianya memainkan peranan
penting dalam pelbagai proses. Bahan buangan perlu dikumuhkan dalam bentuk peluh,
air kencing dan hembusan nafas. Air disarankan pengambilannya sekurang-kurangnya
8 gelas sehari.
• Membantu peredaran darah secara lancar
• Melancarkan proses pencernaan
• Memudahkan proses perkumuhan
• Memudahkan proses pernafasan
• Mengekalkan hidrasi tubuh badan
• Melembapkan saluran pernafasan
13
5. KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
Setiap makanan mempunyai kepentingannya tubuh badan agar kita sentiasa kekal
sihat, cerdas dan cergas sepanjang masa.
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh
badan. Manusia memerlukan makanan dan khasiat untuk pembesaran.
Berikut adalah antara kebaikan dan kepentingan makanan:
1. Mineral : Proses pencernaan
2. Protien : Tumbesaran
3. Karbohidrat : Memberi tenaga
4. Vitamin : Menjaga kesihatan
5. Lemak : Memanaskan badan
6. Air : Mengawal suhu badan
7. Pelawas : Mencegah sembelit
14
6. KESAN MAKANAN TIDAK SEIMBANG
Makan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Hal ini
akan menyebabkan tubuh badan tidak bergerak secara aktif. Oleh itu, kita perlu
merancang makanan yang kita makan supaya seimbang mengikut saranan Piramid
Makanan Malaysia. Berikut merupakan kesan pengambilan makanan secara tidak
seimbang :
1. Obesiti akibat terlalu banyak pengambilan makanan berlemak dan tidak
bernutrisi
2. Masalah sembelit akibat tidak suka makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
3. Berlaku pereputan gigi akibat terlalu banyak pengambilan manisan seperti
aiskrim, gula-gula dan coklat.
4. Sakit perut akibat suka makan makanan yang berasid seperti jeruk dan asam.
5. Pengambilan makanan segera yang terlalu banyak menyebabkan tumbesaran
terbantut
15