The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairulzuhry2607, 2021-09-01 10:39:18

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 2

w7bty-aqy9t

KAJIAN KES SEJARAH
KESULTANAN JOHOR RIAU

Disediakan oleh: Khairul Zuhry bin Khairul
Rulam
Kelas: 2 Florida
No. Matrik: CP201125

1.2 JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK

Bil. Tarikh Perkara Catatan

1. 14/8/21 Tugasan diterima.

2. 29/8/21 Mengumpul maklumat di buku

teks.

3. 30/8/21 Menaip kajian kes menggunakan

aplikasi Microsof ord di

komputer riba.

4. 31/8/21 Kajian kes siap dan sedia

dihantar.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

a) Menjelaskan latar belakang pengasasan Kesultanan Johor Riau.

b) Menyatakan faktor kegemilangan kesultanan Johor Riau dari
aspek berikut:
- Pusat perdagangan yang unggul.
- Pengurusan pelabuhan.
- Pusat persuratan.

c) Menyatakan langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan
persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa.

1.4 KAEDAH KAJIAN

i. Bahan Ilmiah

- Nama Pengarang : Dr. Sufan bin Mansor
- Tahun Terbit : 2018
- Tajuk Buku : Sejarah Tingkatan 2
- Tempat Terbit : Kuala Lumpur, Malaysia
- Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

Saya juga turut merujuk dokumen buku teks Sejarah Tingkatan 2
untuk memastkan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan
kajian saya tdak akan diragui akan kebenarannya.

2.1 PENGENALAN

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu
Melaka. Kerajaan ini juga mewarisi sistem pemerintahan dan
pentadbiran serta wilayah jajahan takluk dan naungan Kesultanan
Melayu Melaka. Kesultanan Johor Riau juga meneruskan tradisi
kegemilangan dan keagungan kerajaan awal di Alam Melayu.

2.2 PERKEMBANGAN ISI LAPORAN

Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan
Mahmud Shah dan Tun Fatmah. Baginda menggunakan gelaran
Sultan Alauddin Riayat Shah l (1528-1564). Bendahara Seri Nara
Diraja dittahkan menghimpunkan rakyat untuk membuka negeri di
pesisir Sungai Johor.

Sepanjang pemerintahan Sultan Alauddin Riayat l, terdapat tga
pusat pemerintahan yang telah didirikan. Pusat pemerintahan yang
pertama terletak di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun 1528.
Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai yang lebar
dan dalam memudahkan kapal untuk keluar masuk. Kawasan
berbukit di sekitar Kota Kara menjadi benteng pertahanan daripada
ancaman luar.

Seterusnya, Pusat pemerintahan Kota Sayong di Sayong Pinang.
Sebab pusat pemerintahan ini dibina adalah untuk menggantkan
pusat pemerintahan Kota Kara yang diserang dan dimusnahkan oleh
Portugis pada tahun 1535. Sultan Alauddin Shah l berundur dan
membuka pusat pemerintahan di Kota Sayong kerana kapal perang
musuh sukar melintasi sungai yang sempit lalu menjadikannya lebih
selamat. Akhir sekali, Pusat pemerintahan Kota Batu di Johor Lama.
Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Shah l memindahkan pusat

pemerintahan ke Kota Batu, Johor Lama. Kawasan ini juga dikenali
sebagai Tanjung Batu. Kedudukannya yang strategk di Sungai Johor
yang lebar dan dalam memudahkan kemasukan kapal dagang.

Kesultanan Johor Riau telah berkembang dan diperintahkan oleh
sultan daripada dua keturunan. Dari tahun 1528 hingga 1699,
pemerintahan Kesultanan Johor Riau diketuai oleh waris
berketurunan Kesultanan Melayu Melaka. Manakala dari tahun 1699
hingga 1824 kegemilangan dan kemasyhuran Kesultanan Johor Riau
diteruskan pula oleh sultan berketurunan Bendahara Johor.

2.2 FAKTOR KEGEMILANGAN KESULTANAN
JOHOR RIAU

1) Pusat Pemerintahan Yang Unggul
- Berada di kedudukan yang strategik iaitu di selatan Selat Melaka
yang dalam membolehkan kapal dagang besar untuk masuk dan
berupaya untuk mengawal lalu lintas kapal dagang dari Timur ke
Barat.
- Menjadi perlabuhan tunpuan China, Gujerat, Belanda dan Inggeris
yang memasarkan hasil pertanian pedagang Siam yang diantaranya
adalah beras.
- Berperanan sebagai pusat pertukaran barang dari Alam Melayu
dengan narangan dari China, India dan Arab.
-
2) Pengurusan Pelabuhan

- Menyediakan pelbagai kemudahan sepert gudang penyimpanan
bawah tanah, pegawai untuk urusan perdangangan, dan
membekalkan barang keperluan pedagang sepert lada hitam dan
rempah-ratus.

- Memudahkan urusan perdagangan dengan penciptaan sistem
barter dan mata wang yang dikenali sefagai mas, kupang dan katun.

- Memperkenalkan sistem naungan yang memudahkan pedagang
untuk belayar di Selat Melaka tanpa gangguan.

- Mempunyai Orang Laut yang bertanggunjawab untuk menjaga
keamanan perairan Johor dan Selat Melaka.

- Mempunyai kemudahan membaiki kapal berskala kecil yang
diuruskan oleh Orang Laut .

3) Pusat Persuratan

- Menghasilakan pelbagai karya agung yang mampu mencetuskan
unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau
pandangan hidup. Karya agung juga melambangkan pencapaian
unggul dalam tamadun Melayu yang mencerminkan pemikiran dan
pandangan hidup bangsa Melayu. Antara karya agung terkenal ialah
Sulalatus Salatn, Hikayat Hang Tuah manakala tokoh persuratan
terkenal pula ialah Tun Seri Lanang dan sebagainya.

2.3 LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN
UNTUK MEMARTABATKAN KARYA-KARYA
PERSURATAN MELAYU KE PERINGKAT
ANTARABANGSA

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk memartabatkan
karya-karya persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa ialah
dengan cara mengadakan pameran karya-karya Melayu yang
bertaraf antarabangsa sekaligus memberikan dunia sedikit
pendedahan tentang karya-karya Melayu. Selain itu, kita juga boleh
mengajar anak-anak Melayu untuk menghasilkan karya-karya ini
supaya mereka mempunyai pengetahuan tentangnya manakala
anak-anak yang berbakat pula dapat membawa karya-karya Melayu
ke persada dunia dengan mewakilkan diri ke peringkat yang tnggi
sepert di peringkat antarabangsa.

2.4 MENGAPAKAH GENERASI MUDA HARI INI
PERLU MEMELIHARA KEDAULATAN NEGARA
AGAR KEMAKMURAN DAN KEMAJUAN
NEGARA TERUS TERJAMIN?

Pada pendapat saya, generasi muda hari ini perlu memelihara
kedaulatan negara agar kemakmuran dan kemajuan negara terus
terjamin kerana generasi muda dapat menunjukkan penghargaan
kepada generasi sebelumnya dengan cara meneruskan legasi yang
diturunkan oleh generasi sebelumnya. Selain itu, generasi muda
terutamanya remaja mempunyai peranan yang pentng dalam
menentukan masa hadapan sesuatu negara. Jika sesebuah negara
mempunyai peratusan remaja yang beredukasi tnggi maka
peratusan negara tersebut untuk terus aman dan maju juga akan
meningkat.

3.1 RUMUSAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
terutama sekali ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang telah
membantu memberikan bimbingan dan semangat samada secara
langsung atau tdak langsung.

Terdapat banyak perkara yang telah saya belajar sepanjang
menyiapkan tugasan ini, antaranya ialah terdapat juga kesultanan
Melayu yang lain selain daripada Kesultanan Melayu Melaka. Selain
itu, mereka juga amat bijak dalam aktiit perdagangan dalam
memikirkan segalanya sepert kedudukan yang strategik dan
memperkenalkan mata wang untuk memudahkan urusan
perdagangan dan jual beli.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghargai
dan memelihara hasil peninggalan sejarah kita ini. Antaranya ialah
karya-karya agung, senjata, peralatan mahupun makanan yang
sedikit sebanyak dapat menunjukkan keagungan kaum Melayu pada
suatu masa dahulu.


Click to View FlipBook Version