The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TATACARA PENGURUSAN MURID KEMBALI KE SMK PUTRAJAYA PRESINT 8(1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kamila bt Musa, 2020-06-14 11:00:55

SMKPUTRAJAYA PRESINT 8(1) KEMBALI KE SEKOLAH

TATACARA PENGURUSAN MURID KEMBALI KE SMK PUTRAJAYA PRESINT 8(1)

SMK PUTRAJAYA PRESINT 8(1)

TATACARA
PENGURUSAN MURID KEMBALI KE

SMK PUTRAJAYA PRESINT 8(1)

1

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
‘SELAMAT KEMBALI KE SMK PUTRAJAYA PRESINT 8(1)’

PENGURUSAN MURID KE SEKOLAH-UMUM

1. Murid yang bergejala sama ada mengalami demam (suhu badan 37.5°C dan ke atas), batuk,

selsema, sakit tekak atau sesak nafas TIDAK DIBENARKAN masuk ke kawasan sekolah.

2. Semua murid WAJIB menggunakan pelitup muka (face mask). Murid yang tiada pelitup muka TIDAK

DIBENARKAN masuk ke kawasan sekolah.

3. Pelitup muka (face mask) yang telah digunakan tidak boleh dibuang di kawasan sekolah. Murid mesti

membawa pulang dan dibuang di rumah masing-masing.

4. Setiap murid WAJIB menyediakan bekas/plastik untuk menguruskan sampah masing-masing. Sampah

dibawa pulang dan dibuang di rumah masing-masing.

5. Murid digalakkan untuk sentiasa membawa bersama pensanitasi tangan (hand sanitizer) sendiri.

6. Pemeriksaan suhu badan dan saringan demam serta gejala batuk, selsema, sakit tekak dan sesak

nafas dilakukan DUA KALI pada setiap hari oleh guru bertugas iaitu:

i Sebelum sesi persekolahan bermula pada jam 7.00 pagi sehingga jam 7.30 pagi.

ii Selepas waktu rehat

7. Tempoh masa murid berada dalam kawasan sekolah:

Hari Masa

Isnin - Khamis 7.00 pagi hingga 2.00 petang

Jumaat 7.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

Murid TIDAK DIBENARKAN berada dalam kawasan sekolah selain waktu berkenaan.
8. Murid menunaikan solat zohor di rumah masing-masing.
9. Semua murid mesti memakai kasut sepanjang berada dalam kawasan sekolah.
10. Murid DIGALAKKAN membawa bekalan makanan dan minuman sendiri dari rumah. Pihak kantin

sekolah hanya menyediakan makanan berbungkus.
11. Murid hendaklah sentiasa berada dalam kawasan yang dibenarkan sahaja.

2

PENGURUSAN KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH

i MENAIKI KENDERAAN IBU BAPA/PENJAGA.
Kenderaan ibu bapa/penjaga masuk ke kawasan sekolah melalui pintu pagar utama

(Mulai jam 7.00 pagi hingga 7.30 pagi)

Pemeriksaan suhu badan dan saringan murid yang bergejala oleh guru bertugas dijalankan
di Bulatan Bestari.

(Semasa murid berada dalam kenderaan ibu bapa/penjaga)

TIDAK BERGEJALA BERGEJALA

 Murid menaiki tangga  Ibu bapa/penjaga
foyer Dataran Wawasan membawa murid
dan mencuci tangan pulang ke
dengan menggunakan rumah/mendapat
air dan sabun atau rawatan di
pensanitasi tangan hospital/klinik.
(hand sanitizer) di lokasi
yang disediakan.  Ibu bapa/penjaga
memberi maklumat
 Murid bergerak ke bilik kesihatan murid kepada
darjah melalui laluan Guru Kelas.
pergerakan terarah
yang dilabelkan.

 Murid mencatat masa
kehadiran dan suhu
badan dalam buku log
kehadiran harian.

3

ii MENUNGGANG MOTORSIKAL / BASIKAL
Murid menuntun motorsikal/basikal masuk ke kawasan sekolah melalui pintu pagar utama

(Mulai jam 7.00 pagi hingga 7.30 pagi)
Murid meletakkan motorsikal/basikal di ruang parkir berbumbung yang sedia ada.

Murid bergerak ke foyer Dataran Wawasan melalui laluan sehala yang dilabelkan.

Murid duduk sementara di ruang masa senggang yang disediakan.

Pemeriksaan suhu badan dan saringan murid yang bergejala oleh guru bertugas

TIDAK BERGEJALA BERGEJALA

 Murid mencuci tangan  Murid dibawa ke bilik
dengan menggunakan isolasi.
air dan sabun atau
pensanitasi tangan  Guru bertugas
(hand sanitizer) di lokasi menghubungi ibu
yang disediakan. bapa/hospital untuk
tindakan susulan.
 Murid bergerak ke bilik
darjah melalui laluan  Ibu bapa/penjaga
pergerakan terarah memberi maklumat
yang dilabelkan. kesihatan murid kepada
Guru Kelas.
 Murid mencatat masa
kehadiran dan suhu
badan dalam buku log
kehadiran harian.

PERINGATAN
Murid yang mengingkari arahan menuntun motorsikal/basikal semasa memasuki kawasan sekolah.

1. Pengawal Keselamatan mencatatkan nama murid, kelas dan kesalahan yang dilakukan.
2. Murid TIDAK DIBENARKAN membawa masuk motorsikal/basikal pada hari seterusnya.

Motorsikal/basikal diparkir luar kawasan sekolah.

4

iii BERJALAN KAKI
Murid masuk ke kawasan sekolah melalui pintu pagar utama

(Mulai jam 7.00 pagi hingga 7.30 pagi)

Murid bergerak ke foyer Dataran Wawasan melalui laluan sehala yang dilabelkan.

Murid duduk sementara di ruang masa senggang yang disediakan.

Pemeriksaan suhu badan dan saringan murid yang bergejala oleh guru bertugas

TIDAK BERGEJALA BERGEJALA

 Murid mencuci tangan  Murid dibawa ke bilik
dengan menggunakan isolasi.
air dan sabun atau
pensanitasi tangan  Guru bertugas
(hand sanitizer) di lokasi menghubungi ibu
yang disediakan. bapa/hospital untuk
tindakan susulan.
 Murid bergerak ke bilik
darjah melalui laluan  Ibu bapa/penjaga
pergerakan terarah memberi maklumat
yang dilabelkan. kesihatan murid kepada
Guru Kelas.
 Murid mencatat masa
kehadiran dan suhu
badan dalam buku log
kehadiran harian.

5

PENGURUSAN MURID TIDAK SIHAT/BERGEJALA
Guru Kelas / Mata Pelajaran melaporkan kes kepada Guru Kesihatan

Guru Kesihatan membawa murid ke bilik isolasi (Bilik Kesihatan)
Guru Kesihatan memeriksa suhu badan murid

Guru Kesihatan menghubungi ibu bapa/penjaga murid untuk dibawa pulang atau
Hospital Putrajaya untuk tindakan susulan.

Guru Kesihatan melakukan proses sanitasi Bilik Kesihatan.

6

TATACARA KE TANDAS
Mohon kebenaran guru di dalam kelas untuk ke tandas dan menulis di Buku Pergerakan Murid
(nama dan masa keluar)- hanya seorang murid dibenarkan keluar ke tandas pada satu masa.

Gunakan laluan pergerakan terarah yang telah dilabelkan untuk ke tandas.
Ambil nombor giliran yang disediakan di luar pintu utama tandas (mengikut giliran 1 hingga 5).

Bawa angka giliran tersebut dan sangkutkan di luar pintu tandas yang digunakan.
Selesai ‘urusan’ di dalam tandas-pastikan tandas kekal bersih
(pam dan cuci tandas selepas penggunaan)
Cuci tangan dengan sabun di sinki yang disediakan.

Ambil angka giliran yang telah disangkut di pintu tandas dan disangkut kembali
di luar pintu utama tandas.

7

TATACARA KE BILIK-BILIK KHAS

PENGURUSAN SESI PdP DI BILIK-BILIK KHAS
(MAKMAL SAINS, MAKMAL KOMPUTER, BENGKEL GKT, BENGKEL RC, BILIK SENI, BILIK KAUNSELING)
1. Guru perlu menunggu murid di bilik-bilik khas.
2. Pelan kedudukan murid dalam bilik-bilik khas perlu disediakan bagi setiap kelas. Pelan
boleh diselaraskan mengikut pelan kedudukan murid di dalam kelas masing-masing.
3. Aktiviti berkumpulan di dalam bilik-bilik khas adalah TIDAK dibenarkan.
4. Radas / peralatan / bahan yang perlu digunakan oleh murid hendaklah siap diletak di atas
meja sebelum sesi PdP bermula dan perlu disanitasi selepas selesai sesi PdP.
5. Sesi PdP perlu ditamatkan 5 minit awal untuk membolehkan tatacara pergerakan keluar
dari bilik-bilik khas dipatuhi.
6. Tatacara pergerakan murid ke bilik-bilik khas:

Murid bergerak keluar dari kelas mengikut giliran dengan dikawalselia oleh guru subjek
yang berada di dalam kelas.
di kelas

Murid bergerak dalam satu barisan menuju ke bilik khas mengikut laluan pergerakan
terarah.

Murid menunggu di luar bilik khas mengikut tanda penjarakan yang telah disediakan
sebelum dibenarkan masuk oleh guru.

Murid masuk ke bilik khas mengikut giliran dan bergerak berpandukan laluan
pergerakan terarah menuju ke tempat duduk masing-masing seperti yang telah

ditetapkan dalam pelan kedudukan

7. Selesai Pdp di bilik-bilik khas:

Murid bergerak mengikut giliran ke sinki untuk membasuh tangan / menggunakan
pensanitasi tangan.

Murid bergerak keluar mengikut susunan kedudukan dari hadapan dan terus menuju ke
kelas / bilik khas yang berikutnya dengan mengamalkan penjarakan.

8

PENGURUSAN BALIK DARI SEKOLAH
1. Murid perlu memastikan kelas berada dalam keadaan bersih sebelum meninggalkan kelas.
2. Pelitup muka, tisu dan sebarang sampah mesti dibawa pulang dan dibuang di rumah.
3. Murid tidak dibenarkan meninggalkan sebarang buku teks, buku latihan dan peralatan
pembelajaran di dalam loker atau laci meja di dalam kelas.
4. 5 minit sebelum waktu pdp berakhir, murid-murid akan membaca doa dan Surah Al-Asr.
5. Guru mata pelajaran akan memberi ingatan tentang amalan kebiasaan baharu kepada
murid-murid sebelum balik.
6. Laluan balik murid ialah melalui TANGGA ILMU sahaja.
7. Murid Tingkatan 5 Satria dan 5 Siber boleh menggunakan laluan TANGGA BESTARI untuk
turun menuju ke TANGGA ILMU.
8. Murid perlu bergerak dalam keadaan yang teratur, mengamalkan penjarakan sosial dan
mengelakkan bersesak-sesak ketika balik dari sekolah.
9. Murid yang menaiki basikal dan motosikal perlu menuntun motosikal.
10. Murid akan menunggu ibu bapa atau penjaga di terminal bas sahaja.
11. Murid tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah selepas pukul 2 petang.

9


Click to View FlipBook Version