The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSA TRADISIONAL KEMPIMPINAN MELALUI TELADAN (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TEN, 2021-10-12 11:51:16

PROSA TRADISIONAL KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

PROSA TRADISIONAL KEMPIMPINAN MELALUI TELADAN (1)

anjurPaRnOpSaAniTtiRaAbDaIhSaIOsaNAmLelayu

KEMPIMPINAN MELALUI TELADAN

4 NEBULA

NAMA AHLI KUMPULAN:
1.NUR AINA BATRISYIA BT ABD HALIM (SEGARA)
2.NUR FAZLEEN BINTI KAMARUZAMAN (BUANA)
3.HUSNA KAMILIA BINTI MOHD RAHMATULLAH (BUANA)
4.AZUREEN BALQIS BINTI AMRAN

isi kandungan

SINOPSIS
TEMA
3 PERSOALAN DAN CONTOH
1 WATAK DAN 3 PERWATAKAN UTAMA DAN CONTOH
5 GAYA BAHASA BERSERTA CONTOH
3 LATAR MASA DAN CONTOH
3 LATAR TEMPAT DAN CONTOH
3 LATAR MASYARAKAT DAN CONTOH
3 NILAI MURNI DAN CONTOH
3 PENGAJARAN DAN CONTOH

sinopsis

Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian
penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang
untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih
Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.

Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat
handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera
ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.

Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyamar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta
saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan
Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari
kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari
menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana
menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.

1

Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya menggagalkan rancangan Kertala Sari
untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh
laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala
Sari telah dikerat-kerat anggota badannya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan
bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada
sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada
laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari.

Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua
empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang
tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksamana. Namun laksamana hanya
bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana
kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikit pun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian
Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada
tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.

2

tema

Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara. Keberanian dan
kegagahan Laksamana mempertahankan negeri Melaka dari ancaman penjurit tujuh
bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat huru-hara.

persoalan

1) keberanian dalam menegakkan keadilan.
-Laksamana menawarkan diri kepada Raja Melaka untuk menyelesaikan masalah
kecurian yang sering berlaku di negeri Melaka.
2)penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang
- Laksama menggunakan ilmu sakti yang dimiliki olehnya dengan membubuh hikmat
pada lembing,tombak, dan kayu yang disusun mengelilingi istana.
3) menuntut bela atas kematian orang tersayang
- Seri Bentara Majapahit mengarahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh
Laksamana dan Ratu Melaka sebagai cara menuntut bela atas kematian bapanya

3

watak dan perwatakan

watak - Laksamana
perwatakan

1.Seorang yang berani . contoh, Laksamana berani bertarung dan berjaya
menewaskan musuh-musuhnya seperti Petala Bumi dan Kertala Sari.

2.Seorang yang pemurah -contoh, Laksamana mengagihkan harta benda yang
diterimanya kerana berjaya menemui harta yang dicuri oleh Kertala Sari kepada tiga

bahagian termasuklah kepada golongan fakir miskin dan orang bawahannya.
3.Taat setia kepada pemerintah -contoh Laksamana menjunjung segala titah Sultan

Melaka tanpa sebarang bantahan

4

gaya bahasa

(a) Peggunaan kata penanda wacana. Contohnya, hatta,
alkisah, maka.

(b) Bahasa Arab. Contohnya, Insya-Allah Taala, syahwat,
Demi Allah.

(c) Pengaruh bahasa istana. Contohnya, tuanku, patik,
baginda, titah.

(d) Bahasa Melayu klasik. Contohnya, manira, pakanira, karar.
(e) Simile. Contohnya, Maka dilihatnya Kertala Sari sedang
berkata-kata dengan ibunya seperti laku orang berkelahi.

5

latar masa

1. Zaman pemerintahan Kesultanan Melaka. Peristiwa yang berlaku dalam prosa ini
berlaku pada zaman pemerintahan Kesultanan Melaka.

2. Waktu pagi. Bendahara terkejut apabila mendapati rumahnya telah dimasuki
pencuri dan semua harta bendanya habis dicuri pada waktu pagi.

3. Waktu siang. Sultan Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengetuai rakyat
untuk mendapatkan harta milik mereka semula yang telah dicuri dan disembunyikan

oleh Kertala Sari di Bukit Cina.

6

latar tempat

1. Majapahit. Seri Betara Majapahit menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk
membunuh Sultan Melaka dan Laksamana.

2. Rumah Petala Bumi. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah pergi menemui Kertala
Sari untuk menjemoutnya ke kediaman Patih Gajah Mada.

3. Bukit Cina. Kertala Sari telah menyimpan dan menyembunyikan harta yang
dicurinya di Bukit Cina..

7

latar masyarakat

1. Masyarakat feudal -Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan
beraja .

2. Masyarakat yang bertanggungjawab -Contoh : Laksamana menawarkan diri untuk
menangkap penjurit yang menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka

3. Masyarakat yang mengenang budi – Contoh : Saudagar dan orang-orang kaya
yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh Kertala Sari telah memberikan

sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas serta harta mereka
ditemui.

8

nilai murni

1.Nilai keberanian.
Contoh:Laksamana berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.
2.Nilai tolong-menolong. Contoh: Laksamana menawarkan diri untuk mengawal

keselamatan negeri Melaka.
3.Nilai kebijaksanaan. Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk
mengalahkan Kertala Sari dengan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada

waktu malam.

9

pengajaran

1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh agar keselamatan negara terjamin.
Contoh : Laksamana berani bertarung dengan Kertala Sari yang telah membuat negeri

Melaka huru-hara.
2. Kita hendaklah bijak dalam menangani sesuatu masalah.
Contoh : Laksamana menggunakan tipu helah, iaitu berpura-pura tidur di tengah-
tengah pasar pada waktu malam untuk mengalahkan Kertala Sari.
3. Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan sentiasa dirahmati.
Contoh : Laksamana mengagihkan harta benda yang diterimanya kerana berjaya
menemui harta yang dicuri oleh Kertala Sari kepada tiga bahagian termasuklah

kepada golongan fakir miskin dan orang bawahannya.

10

THANK YOU


Click to View FlipBook Version